SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Julai 2009

CUEPACS SEDIA URUS POTONGAN GAJI AHLI

Bernama
27/7/2009

Kesatuan mahu ambil alih peranan AngkasaKUALA LUMPUR: Cuepacs menggesa Kementerian Kewangan membenarkannya mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Ini bagi membolehkan kongres itu memanfaatkan komisen daripada perkhidmatan itu untuk faedah 1.2 juta kakitangan kerajaan.
Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata Angkasa memperoleh RM8.1 bilion setahun dalam bentuk komisen dengan menyediakan perkhidmatan potongan bagi sektor awam dan swasta. "Daripada jumlah ini, 50 peratus disumbangkan oleh kakitangan awam melalui pelbagai potongan," katanya. Angkasa mengenakan caj 2.5 peratus bagi jumlah pinjaman bulanan sebagai komisen bagi perkhidmatan itu.
"Apa yang kami cadangkan ialah untuk membenarkan Cuepacs mengambil alih perkhidmatan potongan bagi pinjaman kakitangan awam dan membiarkan Angkasa meneruskan perkhidmatan bagi sektor swasta. "Jika cadangan itu diterima, ia akan membenarkan Cuepacs menjana kira-kira RM4 bilion setahun daripada perkhidmatan itu," katanya. Pendapatan itu, katanya akan disalurkan semula kepada kakitangan awam melalui sebuah yayasan dalam bentuk biasiswa, bantuan perubatan, geran dan bantuan kewangan. Ahmad Shah berkata, Angkasa tidak menyumbang 'apa-apa kepada kakitangan awam', di sebalik menjana pendapatan besar daripada mereka.
Beliau berkata, Cuepacs mempunyai keupayaan untuk mengambil alih perkhidmatan potongan itu dan apa yang diperlukannya ialah sedikit bantuan pada peringkat permulaan daripada kerajaan untuk menyediakan infrastruktur diperlukan. Sementara itu, Bernama difahamkan Perbendaharaan dan Akauntan Negara bersetuju dengan cadangan berkenaan dan bersedia membantu Cuepacs jika kerajaan meluluskan cadangan itu. – Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

idea yang hebat. sepatutnya lama dah benda ini dilakukan demi kepentingan penjawat awam.

kami sangkakan memang tidak ada cara lain dah.rupa2nya taklah wajib biro angkasa potong potongan bagi pinjaman kakitangan awam..

lebih 4 billion ringgit setahun..memang banyak..kalau cuepacs handle, memang boleh bantu macam2 hal bagi kakitangan awam.

biro angkasa memang tak membantu apa-apa pada kakitangan awam.

bagus idea ni. pihak kerajaan pun tak terfikir dan prihatin soal-soal seperti ini.

syabas..cuepacs!

Tanpa Nama berkata...

lebih baik cuepacs tumpukan benda lain...

angkasa telah menjalankan tugas yg baik selama ini.

Tanpa Nama berkata...

jika cuepacs dpt membuktikan boleh menyediakan perkhidmatan yg setaraf dgn biro angkasa atau lebih lagi, apa salahnya. Yang penting, matlamat peralihan tersebut adalah jelas dan menguntungkan kakitangan perkhidmatan awam, bukan sebaliknya.