SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Julai 2009

CUEPACS SYOR BERI BONUS MENERUSI BAJET 2010

Berita Harian
29/7/2009




JOHOR BAHRU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam, menerusi pengumuman Bajet 2010, Oktober depan. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata perbincangan mengenai bonus hanya akan diadakan pada mesyuarat tertinggi kongres itu minggu depan sebelum dikemukakan kepada kerajaan. "Pemberian bonus ini dibincangkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Khamis lalu. Kita setuju sekiranya pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) tidak dapat dinaikkan dalam keadaan ekonomi ketika ini, namun diharap musim perayaan nanti, kira-kira 1.2 juta penjawat awam negara ini dapat menikmati ‘duit raya’," katanya.
Omar berkata demikian pada majlis perasmian mesyuarat agung dwi tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini, semalam. Beliau berkata, pihaknya menerima banyak panggilan telefon dan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dari penjawat awam yang ingin mendapatkan perkembangan mengenai pemberian bonus selain, perkara lain yang dibangkitkan Cuepacs. Mengenai kadar pemberian bonus, beliau berkata, ia terserah kepada kerajaan kerana Cuepacs memahami keadaan kerajaan yang berdepan dengan situasi ekonomi tidak menentu.
Ketika ini, bonus penjawat awam diberi mengikut budi bicara kerajaan berdasarkan kemampuannya dan pada waktu baik penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000. Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya menyambut baik enam teras Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI), yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin, terutama usaha memperkasa prasarana luar bandar. Beliau berkata, Cuepacs mendapati banyak kemudahan awam seluruh daerah seperti jalan raya dan pondok polis perlu dibaik pulih serta ditingkatkan supaya matlamat menjadikan negara maju dapat dicapai. Katanya, satu pertemuan antara Cuepacs dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut diadakan kelmarin bagi menghindar salah guna kuasa dan rasuah di kalangan penjawat awam.

65 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong.

Tanpa Nama berkata...

Ckp ada kegawatan ekonomi.. tapi aku tgk tender kerajaan berlambak-lambak.. keje berbilion ringgi semua pilih bulu je yg dpt.. yg pandai kipas dpt la.. yg untung org atasan gak. Bonus klu x dpt siap! tunggu PRU13 ni...

Tanpa Nama berkata...

jangan sebab bonus korang nak gadaikan maruah...

sokongalah kerajaan BN sekarang.

mereka bekerja ikhlas dan jujur.

kalau korang x mahu bonus..saya nak.

Tanpa Nama berkata...

harap harap dpt bonus tahun ini.

Tanpa Nama berkata...

jangan pentingkan diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

Harap2 bonus kali ini berbeza dari tahun lepas, dimana semua peringkat menerima bonus sama shj. minima RM2k.

Tanpa Nama berkata...

harap kerjaan dapat beri bonus sebelum hari raya ini,Ini sangat diperlukan.harap Datuk Najib dapat pertimbangka.TQ

zsfoto.blogspot.com berkata...

janganlah korang gaduh sebab tak dapat bonus.. aku tiap-tiap bulan dapat bonus. setakat 2k-3k tu biasa.. kerajaan nak bagi bonus atau tak, aku tetap dapat bonus..

Tanpa Nama berkata...

harap dapat "duit raya" dari kerajaan tercinta. Tiada bonus cukup merumitkan keadaan kewangan kami kerana perbelanjaan yang dikeluarkan merangkumi pada bulan puasa, bulan raya dan bulan persediaan kembali ke sekolah. harap sangat kerajaan mempertimbangkan rayuan ikhlas kami sebagai kakitangan awam.

Tanpa Nama berkata...

takkan sebab bonus nak gadaikan maruah? cukuplah melayu selangor ni dah termakan azab dek kerana mengundi parti alternatif. Nyesal tak sudah.

Cakap boleh saja, buatnya tidak.

(apapun, jangan jadikan bonus tu penyebab buat kerja tak ikhlas. gaji pekerja kerajaan tiap-tiap bulan masuk, gaji swasta tertunggak 4-5 bulan pun ada. Tolong bersyukur walaupun sedikit.)

Tanpa Nama berkata...

dak_fiore,

Harap semua pekerja kerajaan jangan lah suka berpaling tadah..duit gaji ambil tapi hidup menipu kerajaan sebaliknya pangkah pembangkang...
"harap Cuepacs kena la pantau dan ambil tindakan ttg perkara nie jangan sampai dah terhantuk baru nk tergadah...Kita tidak mau ada pengkhianat dalam kerajaan...Berkenaan bonus harap ada la terselit dlm bajet 2010 nanti..Golongan2 kumpulan sokongan 1&2 patut diberi perhatian (terutama yg berkeluarga hidup di bandar2 besar) memandangkan gaji mereka cukup utk belanja bulanan sahaja,,,Kalau syarikat GLC bole dpt bonus 4-6 bulan bonus, kenapa kita yang memang bekerja dgn kerajaan,menyokong kerajaan cuma dapat SATU Bulan sahaja.....Harap Cuepacs Ambil Perhatian serius perkara nie....sekian...- suara hati pekerja sokongan...

hantu berkata...

Kalau x de bonus x beraya lah tahun nie.. pening kepala lah ...

Tanpa Nama berkata...

harap sangat dapat bonus sebelum raya ni..
dan bonus berbeza dari tahun lepas..biar sama rata.
moga kerajaan dapat pertimbangkan kekangan hidup rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan saya ni tak ada kena mengena dengan pembayaran bonus. Saya merayu kepada Pihak Cuepacs agar bela lah kami pekerja yang bergaji hari agar kami pun dapat menikmati hidup yang senang sikit. Bayangkan gaji kami ini masih di bawah RM700.00 sebulan. Kami ni dah bertahun-tahun bekerja dengan kerajaan (Jabatan Pertanian) malah ada yang dah 15 tahun, 20 tahun dan sampai pencen bergaji hari. Tolong lah bela "NASIP KAMI PEKERJA BERGAJI HARI". Jangan abaikan kami, kami pun berkeluarga juga dan mempunyai anak-anak yang disekolahkan. "JANGAN LAH KAMI DIPANDANG SEBELAH MATA SAJA KAMI PUN BERJASA PADA KERAJAAN JUGA, TANPA KAMI TERBENGKELAI LAH SEGALA KERJA-KERJA DI LADANG. ADAKAH PEGAWAI-PEGAWAI SANGGUP MENYANGKUL, MENANAM PADI, MERUMPUT DI TENGAH PANAS, BERLUMPUR? tentu tidak kan???. So, terakhirnya BELA LAH NASIP KAMI PEKERJA RENDAH AWAM BERGAJI HARI. Terima Kasih kalau pihak Cuepacs menangani masalah kami ini.

TQ.

Tanpa Nama berkata...

salam.. saya cadangkan kerajaan bg bonus sama banyak untuk semua kakitangan kerajaan, rm5000 x kira kakitangan sokongan ataupun pro. barulah kena dengan slogan 'rakyat diutamakan'. saya rasa ini lebih baik dpd bagi sebulan gaji yg mana golongan atasan jugak yang dapat bonus banyak. golongan bawahan dapat x banyak manapun..

kump Prof yang bengang berkata...

Kepada presiden cuepacs, tolong la bela nasib kami kumpulan profesional sama, kami bukannya senang nak jadi macam nie kena belajar dan banyak hutang pelajaran perlu dibayar. Kalau setakat kumpulan sokongan yg belajar setakat SPM ja, hutang belajar x banyak . Degree dah hutang ptptn RM27000, Master RM12,000 , PHD RM30000.

Semua ni hutang , jgn la nak asyik tolong kumpulan sokongan saja.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong kita bagi sama adil prof dan sokongan.

Bukan senang dan jadi kump prof. hutang pelajaran bertimbun.

Tanpa Nama berkata...

mana boleh.. kump prof lagi besar elaun dapat berbanding sokongan... jd jgn nak buat perbandingamn atau nak kondem kump sokongan...

2) org kump sokongan juga bnyk yg ada ijazah cuma tak da pluang nk dpt kump prof. jd hutang pun banyak gak, sama lah kita.

Tanpa Nama berkata...

loni ramai pekerja sokongan I & II yang ada sijil degree...so banyak juga beban hutang belajar.... Kalu jadi cikgu tak paa laa...sambung belajar degree terus dapat gaji degree...walaupun kerja sama jee...kalu mereka2 yang kurang bernasib baik kerja sebagai kumpulan I atau II ni....kena tunggu kekosongan atau tunggu boss pencen dulu atau kena g tempat lain yang ada kekosongan...toleh ko tolong mereka2 yang ada degree dlm sokongan I & II ni di beri keadilan yang simpal sama dgn cikgu yang peluangnya bergitu luas dan terbuka kenaikan gaji mereka...tq

zaidy berkata...

korang memang senang tak de bonus pun takpe...mcm aku nie bini masih belajar kt unitar.anak lg...hutang lagi.mungkin aku dlu dah silap langkah

Tanpa Nama berkata...

tau xpe..tp yg penting bonus tetap kena bg.even dh dpt bantuan yg rm500 tu.gred sokongan ade yg degree n master.nak kena byr gak hutang2 tu smua.

Tanpa Nama berkata...

siapa suruh berhutang????aku sambung belajar buat master simpan duit sendiri pun ok jg...tak dpt bonus pun takpa...yang penting aku ada kerja heheh...

Tanpa Nama berkata...

Kita hidup ni jangan banyak merungut. Banyakkan bersyukur. Allah janji kalau kita bersyukur, Dia akan tambahkan lagi.Itu janji Allah. Aku sekarang umur baru 30 tahun, sepanjang umur 30 tahun ni dah lebih 30 jenis kerja KULI yang aku dah buat. Kalu diceritakan tak ramai antara korang yang sanggup nak buat sebab letih atau malu. Aku tak merungut. Aku pun pernah bekerja kerajaan dalam kumpulan sokongan. Aku tak merungut. Dan sekarang aku bekerja dalam Kumpulan P&P. Aku tak merungut..Korang fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dgn pesara? Tak bagi bon uskah?

Tanpa Nama berkata...

Kump pro pn hadapi masalah kewangan terutama hutang ptptn yang berbunga tu, kump sokongan patut bersyukur..kita sama2 makan gaji xpayahlah nk berbalah..harap kerajaan kena bagi bonus sama rata.xkesahlah percent kecil utk pro,tp sekurangnya ada..

Tanpa Nama berkata...

pelik...yg bergaduh sampai libatkan pr kenapa...
ingat satu je...biar mana pihak yg jd kerajaan pun,. dia tetap kerajaan...hak rakyat mesti dikembalikan bukan ikut suka ati je nak bg ke tak...kita ni da lama dipermainkan...tolak sana sini...
nak bonus yg mmg hak kita pun tak dapat...mcm melukut ditepi gantang...mengemis hak sndr...sdgkan kerajaan yg dipilih adalah kerajaan yg mesti membela hak rakyat bukan ada kump tertentu je yang dibela...semua org susah...

Mamang berkata...

dah laa... pasal bonus nk ungkit mngungkit.. dh konfem xde bonus tahun ni.. kjaan xde duit dh..

Tanpa Nama berkata...

Tuh la....dulu Mahathir buat baik,bagi kenaikan gaji,bonus...kena kutuk gak.....Pak Lah bagi kenaikan gaji lagi banyak dari Mahathir...bonus...kena kutuk gak....Pak Najib...mestilah kena fikir 2,3 kali.....tapi sumbangan pertama pada kakitangan awam kurang power dari Mahathir ngan Pak Lah...kurang 2 kali ganda dari Mahathir ngan Pak Lah.....maknanya kurang penghargaan pada kakitangan awam yang semakin perfect....semua benda urus dah semakin cepat...

J41 berkata...

namanya pun BONUS. BONUS yang adil bukan diberi berdasarkan kelas pekerjaan spt sokongan, proffesional dsb. BONUS perlu diberi mengikut prestasi jabatan kerajaan masing2. Jangan pukul rata. Kalau pukul rata nie sapa yang malas akan untung, sapa yang rajin akan demotivated tak kisah laar kumpulan sokongan atau P&P. So, sy cadangkan BONUS diberi mengikut prestasi keseluruhan jabatan kerajaan masing-masing. Kalau jabatan kerajaan yang jenis bwk masuk duit mcm JPJ,Imigresen dsb prestasi dikira berapa banyak wang boleh bwk masuk kpd kerajaan. Jabatan kerajaan yg membelanjakan duit mcm JKR, JPS dsb prestasi dikira berapa banyak yg boleh di belanjakan. Barulah adil dan boleh nampak prestasi sebenar jabatan itu tersendiri. Ini sebenarnya reformasi yg sebenar kene buat bkn tukar kerajaan pd PRU 13 nanti, tukarlah berkali-kali kerajaan sekalipun. Kalau konsep bonus yang pukul rata utk kakitangan awam masih sama sejak merdeka tiada value for money utk pemberian BONUS itu tersendri.

Just my 2 cents

Yg benar,
hulkcamp@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

huh... cupecs tahu jaga kepentingan pekerja bawahan je.... pekeja atasan pon kerja kerajaan jugak. kena jaga jugak. xkan korg je nak mkn bonus.. kita pon nak jugak!!.. cis...

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan mana ada duit nak bagi bonus, tp pelik dalam tak ada duit pun nak gak form team formula 1 yang makan belanja RM300++ juta semusim, ke situ agaknya duit bonus kita

Tanpa Nama berkata...

Cakap rakyat diutamakan..takat selogan sahajalah PM kita. cakap tak serupa bikin.. Kami nak tukar pemimpin islam dr parti lain. Agar boleh buang kurap2 dalam parti umno. Umno tak salah..ketua2 jahanam dalam parti BN yang buat rakyat benci. Beli kapal dan F1 berjuta2 boleh pulak??

** sendiri pun makan rasuah.
Yang kaya cina india jugak. Melayu apa pun tak dapat.

Tanpa Nama berkata...

Syukur laaaa.... besau nilai RM500 tuuuuu..kalau dibandingkan dengan rupiah indon..jutawan tu Pak!
Tahniah! Ini lah nilai penghargaan kepada penjawat awam.
Mana Cuepacs...tunggu cuepacs bagi bunus 2 bulan plak kakakakakakakkkkkk uhuk uhuk uhukk. (batuk la brader)

Tanpa Nama berkata...

Dah terbukti bonus tak ada, nak buat macam mana. Ini denda untuk kakitangan awam agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Dah la beli kapal selam yang berjuta2, helikopter nuri lah...minyak RON 95 la(kereta saya rosak pakai RON 95)....dan macam2. Jangankan bonus 2 bulan, bonus setengah bulan ka atau 1 bulan bonus pun susah nak bagi. RM 500 insentif untuk kumpulan sokongan tu untuk masa Raya aje....Untuk kaum lain yang sambut perayaan mereka mcm mana? Kerajaan kita dalam kepimpinan Pak Najib ni semakin hari semakin teruk.....Kita tukar PM baru lah!! Yay!!

tak dak nama berkata...

tengok apa jadi pada bn waktu paklah pegang...puncanya bonus tak bagi...habis tergadai 4 negeri.....pengajaran dah ada tapi tak belajar dari kesilapan...takut -takut masin jer mulut bekas perdana menteri yang tersohor dulu tun mahathir bagitahu BN akan tumbang macam satu parti yang memerintah jepun selama lebih 50 tahun akhirnya tumbang kerana kesilapan yang tak diduga....BN oh BN...kata rakyat DIDAHULUKAN tapi sebaliknya PENCAPAIAN pulak yang DIDAHULUKAN rakyat DIKETEPIKAN tunggulah PRU13 NI kami tak sokong pembangkang tapi cuma kami letih dengan kerajaan BN skang...fikirlah NAJIB TUN ABDUL RAZAK JAGALAH RAKYAT....

Melayu Malaya berkata...

Kepada Presiden Cuepacs, jangan sembang ajer gah tapi hasilnya tak der. Dulu kata nak tuntut elaun cola sama rata bagi semua negeri....sampai sekarang....HAMPEH...
Yang terbaru nak tuntut bonus 2 bulan gaji pulak...Ermm rasanya macam dah boleh nampak hasil yg akan diperolehi....Apa kata Presiden Cuepacs jumpa PM untuk hantar surat perletakkan jawatan ajer.....Sonang Cito

Tanpa Nama berkata...

Saya paham kerajaan tak dak duit, tapi masa Dr M dulu tak pernah tak dak bonus.. Harap Dr M memerintah lagi semoga nasib kakitangan awam lebih terbela. Miss Dr. M. Tak paham buat benda2 membazir entah apa2 boleh contohnya beli dakwat untuk mengundi berjuta2 pastu tak guna..ape ke bendul tu.

Tanpa Nama berkata...

apa nak kecoh kecoh pasal bonus?tu along belambak kat luar tu..kalau tak pun cari orang jual pasir kat selangor kan banyak pasir...apa ku kesah.

Tanpa Nama berkata...

Jangan asyik dok berkira bonus untuk kakitangan awam je. Bonus isteri bekerja + suami bekerja = 2 bonus.

Bonus suami kerja + isteri tak bekerja + anak ramai cama = ?

Itu belum lagi nak kira kakitangan awam yang bekerja tapi kat ofis tak dak buat kerja = ???

Tanpa Nama berkata...

sokong ker tak sokong ker bonus tetap xder tahun ni haha

Tanpa Nama berkata...

bonus xder la

Tanpa Nama berkata...

bb
jgn la nak berangan nak dapat duit raya ke bonus ke..memang xde punya la tahun ni.tahun depan ada sebabnya PRU13..faham2 je la.Saya ni x la tamak sgt dgn bonus tu tapi yg saya bengang ni tuan presiden kita ni..mentang2 dia tu kum sokongan asyik bela group dia je.Kum prof ni x pandang langsung..rasa nak tenyeh2 pun ada..

Tanpa Nama berkata...

Jangan Haraplah!

Tanpa Nama berkata...

Bonus 2 bulan?? Kerajaan ada duit ke nak bayar... Subsidi pun kena tarik, nak bagi bonus...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

kalau beri bonus alangkah eloknya..tak kan tak ada duit kut..!! hantar Pakistan banyak duit..lambakkan duit di sekolah sekolah jenis kebangsaan cina, tamil banyak duyit..takkan nak bagi bonus kepada pegawai-pegawai rendah ni seribu dua tak ada kut..
sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam!!!

Kami kakitangan sokongan 1 dan 2 ni penyokong tegar kerajaan BN niehh...wpun PRU 12 tu hanyut 4 buah negeri kerana Pak Lah tak nak kasi bonus..masih ada kakitangan rendah masih setia ngan BN...

ada la yekkk!!!meriah sikit nak sambut raya

Tanpa Nama berkata...

layak ke penjawat awam terima bonus tahun ni...??/

NONAME berkata...

Harap2 Wakil Rakyat jadi 'Wakil Rakyat'!. Bukannya jadi 'Wakil Kontraktor'! Barulah ekonomi negara mantap...

Tanpa Nama berkata...

salam.. PM... harap sangat bagilah bonus kat kami kakitangan awam ni...
xdapat banyak cakit jadilah untuk tampung sara hidup kami ni.. dah beraya nk tukar bajupun pikir 5-6kali.. kalu xde bonus memang berayalah kami kakitangan sokongan ni...

Tanpa Nama berkata...

mana la saudara/saudari tahu kami kumpulan sokongan tak banyak hutang???ada antara kami yang sambung belajar jugak, bayar rumah dan lain2.jangan ingat kami kumpulan sokongan 1 dan 2 maka kelulusan kami hanya setakat SPM.Itu menunjukkan ada lagi yang berfikiran ortodoks.Hakikatnya semua sama...untuk hidup perlu berhutang.Apa yang membezakan ialah banyak atau sikit.Gaji besar, belanja besar begitulah sebaliknya.
Saya sokong bonus tak dikira 'sebulan/2 bulan gaji'.lebih baik disama ratakan contohnya 1K untuk semua penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Harap2 Najib tak bagi bonus... Senang sikit PR nak rampas putrajaya..Kita ada 1.3 juta kaki tangan awam. Kalau kita darab seorang kaki tangan awam bersama suami,isteri, anak2, ibu, ayah maka dah 5 undi. jadi 5 undi darab 1.3 juta jawabnya 6.5 juta undi akan berpihak pada PR .. hua3...huaaaaaa. lebih baik kerja sendiri tak payah nk fikir pasal bonus. Keciannnyaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

kami nk bonus!!kami nk bonus!!!
dpt gak bli bju anak2 utk raye nti... kecian nyeeee kami org keje bawahan....wuwuwuwuw...

Tanpa Nama berkata...

terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada saudara Omar Osman kerana berjaya minta bantuan kewangan sebanyak Rm 500 untuk penjawat awam..Mengenai Bonus 2010 memang wajib diberi kepada penjawat awam .ini kerana tanpa penjawat awam menyokong kerajan kita tidak berada dalam negara malaysia yang menuju ke era negara maju..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama kesal...

Kerajaan perlu adil dalam kenaikan gaji kakitangan awam...kenapa polis sahaja yang mendapat kenaikan..sedangkan kami...turut sama berjuang demi negara...Harap kerajaan menyamaratakan antara semua kakitangan awam...Allah Maha Mengetahui segalanya....

Tanpa Nama berkata...

sila beri perhatian kepada pekerja kontrak yg tidak dapat bonus,sepatut nya smue pekerja kontrak dapat..kenapa kementerian kami tak memberi bonus sedangkan kementerian lain dapat menikmati bonus tersebut...tidak adil bg kami kerana tiada pengadilan untuk kami yang bekerja kontrak di kementerian ini..di HARAP PIHAK CUEPACS DAPAT MENANGANI MASALAH YANG KAMI HADAPI>>>ADAKAH KAMI DIANIAYA!!!

Tanpa Nama berkata...

sila beri perhatian kepada pekerja kontrak yg tidak dapat bonus,sepatut nya smue pekerja kontrak dapat..kenapa kementerian kami tak memberi bonus sedangkan kementerian lain dapat menikmati bonus tersebut...tidak adil bg kami kerana tiada pengadilan untuk kami yang bekerja kontrak di kementerian ini..di HARAP PIHAK CUEPACS DAPAT MENANGANI MASALAH YANG KAMI HADAPI>>>ADAKAH KAMI DIANIAYA!!!

Tanpa Nama berkata...

yeke..kerajaan umno najib nak bagi..bonus!x payahlah mengharap sangat syukurLAH allahdulillah rm 500..tahun dpn dpt lagi rm 500 tp mungkin 3 byr..nak tahu claim isteri dia Datin RM(ROSMAH MANSOR) pi luar negara lagi byk..sapa nak cover tu..saya X sukalah DRM ni..yg penting kita tukar kerajaan yg sedia ada..5 tahun sekali kl pakatan x cun tukar balik..kan.so mcm ne..kita rakyat malaysia berdoalah supaya kerajaan pimpinan najib ni tumbang..amin

Tanpa Nama berkata...

mintak bukan takat bonus je dapat , klu boleh gaji naik la skali ... kos sara hidup sekarang tinggi ... rm 50 cam 50 sen

Tanpa Nama berkata...

bonus.. harap dapat. harap juga kerajaan peka membuat penstrukturan gaji baru kakitangan awam. jika kadar gaji lebih tinggi kerajaan nak kurangkan subsidi pun tak pa. satu lagi.. kerajaan juga perlu mengurangkan jumlah kakitangan awam dengan membuat penswastaan. mengurangkan subsidi seperti untuk pendidikan, perubatan, pertanian. biarlah rakyat membayar apa yang patut dibayar. swastakan jabatan yang mampu memperolehi pendapatan mereka sendiri. selepas itu bonus mestilah diberi untuk elak masalah timbul pada masa depan. sekurangnya 3 bulan sebab 2 tahun dah bonus tak bagi.

Tanpa Nama berkata...

kalau ada bonus bagus. kalau tak da. tak pa. asal ada gaji. kalau nak bonus. tunggu hari rabu, sabtu dan ahad. pandai-pandai la cari bonus.

Tanpa Nama berkata...

Slm semua.. wa ada idea, Petronas dpt income suku tahun pertama thn ni RM58.6 bilion.(60% increase). Kakitangan gomen ada 1.3juta. Katakan agih kpd 3 bahagian, sokongan, professional & bagak2 atas. Katakan pecahannya 40%, 30% & 30%.. Wa nk minimum bonus tahun ni RM1500 & maksimum RM5000. 40% confirm dapat RM1500, 30% ikut sebulan gaji(tak kurang RM1500) & yang bagak2 tu maksimum RM5000 je. So, jumlahnye staf sokongan 40%,520000org X RM1500 = RM780 juta, staf pertengahan 30%, 390000org X RM3000(purata)=RM1.17b & staf bagak2 tu 30%, 390000org X RM5000=RM1.95b. Jadi jumlah semua = RM0.780b + RM1.17b + RM1.95b = RM3.9bilion je.. Tengok? Petronas masih ada baki berpuluh bilion lagi!!! RM58.6b - RM3.9b = RM54.7b!!! Come on BN,, come on Dato Najib... itu baru Petronas punyer duit.. belum lagi cukai rokok yg baru naik itu hari, gula, arak & lain2 lagi belum kira tu...! haha! Che Det pernah cakap dalam Malay Dilemma : Inilah dilemma Melayu yang terpinggir di tanah air sendiri jika bangsanya sendiri tidak membantu bangsanya...! Siapa lagi yang nak tolong Melayu kalau tak Melayu jugak!! Ini cuma pandangan gua.. komen2 dan pembetulan dialu-alukan! Adios!! Hidup Malaysia!!!

padan muka berkata...

padan muka takda bonus.

Tanpa Nama berkata...

kami xdapat bonus berturutx harap kerajaan pertimbangkanlah masalah penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

cakap pun tak da guna...

mobile262 berkata...

jangan harapkan bonus...belum tentu dapat..kena usaha untk dapatkan duit yg halal.