SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Disember 2009

KETUA JABATAN SENGAJA WUJUDKAN SYARAT TAMBAHAN - ALOR SETAR

Berita Harian
28/12/2009





Beberapa jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri dikesan mengenakan syarat tambahan yang tidak termaktub dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kenaikan pangkat pegawai sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun sehingga menyebabkan kira-kira 70 peratus daripadanya ketika ini dinafikan hak untuk menikmati kemudahan itu. Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, syarat tambahan yang dikenakan itu menyebabkan kakitangan perlu melalui pelbagai birokrasi termasuk melalui temuduga serta mengisi terlalu banyak borang bagi membolehkan mereka menikmati skim baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 14 Mei dan berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Beliau berkata, langkah itu ternyata melanggar syarat ditetapkan JPA menerusi surat pekeliling perkhidmatan yang hanya menetapkan kakitangan berkaitan perlu berkhidmat lebih 15 tahun dan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lalu. "Selain itu, kakitangan berkenaan juga dikehendaki lulus tahap tiga Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tidak disabitkan dengan kesalahan tata tertib iaitu dengan mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin dan dicadangkan ketua jabatan masing-masing. "Tindakan ini jelas tidak bertanggung jawab dan menyekat peluang pegawai sokongan menikmati kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan JPA," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Kedah kali ke 34 di sini.
Skim KUP yang diumumkan Najib pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam Mei lalu itu, bakal memberi manfaat kepada 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun dengan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta. Sehubungan itu Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau mahu kakitangan awam menumpukan usaha meningkatkan produktiviti berasaskan inovasi dan pengetahuan. Omar berkata, Cuepacs akan menghantar surat rasmi kepada semua Setiausaha Kerajaan Negeri mulai hari ini selain turut memaklumkannya kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan. "Setakat ini, saya tidak mahu sebut secara terperinci mengenai jabatan atau agensi kerajaan di negeri yang terbabit kerana wujud kebimbangan di kalangan ahli kita berikutan peluang mereka mungkin terjejas jika hal ini dilaporkan media.
"Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia jelas melanggar ketetapan JPA dan menafikan hak kakitangan," katanya
.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betullah tu, sangat mendukacitakan kami yang berjawatan kontrak ni. Tapi cuepacs jangan tengok bahagian utara Semenanjung malaysia saja ya, kawasan selatan ini pun kena tengok juga. KEsian mereka2 ini. Walaupun setiap tahun pencapaian mereka lebih baik dari kakitangan tetap namun, hakikatnya cuma ALLAH saja yang tahu

Tanpa Nama berkata...

isi borang sudah, temuduga pun sudah, keputusan saja yang tak pernah timbul sampai setahun, kerja apa ya kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Johor??

mungkin ada benda yang tak betul ni? kena panggil SPRM buat siasatan ni..

Tanpa Nama berkata...

elok di mansohkan sahaja PTK.. dah 30th kerja x kan lah x cekap lg sepatut yg telah berkdimat 25th keatas di kecualikan mengambil PTK sbb mereka2 ini dah dikira pakar dalm pekerjaan/bidang masing2..kebanyakan mereka ni mungkin dah 5/6 kali temuduga kenaikan pangkat tp x berjaya dah nasib badan..dan mungkin peringkat gaji PT2 maksimun..

Tanpa Nama berkata...

skim KUP yang diumumkan baru2 oleh PM ini tidak memberi keistimewaan langsong kpd pegawai2 yg berkhidmat 25th atau lebih yang belum lulus PTK,kpd mereka2 ini sepatututnya diberi pengecualian/kursus peralihan,mereka ini ada pakar/ahli dalam bidang masing2,kebanyakan mereka ini telah pun mendapat APC dan anjakan gaji P2/P3 tapi disebabkan PTK mereka2 ini tak layak untuk KUP/kenaikan pangkat,harap CUEPACs memperjuangkannya supaya berjaya ..Insyallah.

Tanpa Nama berkata...

yang dah koje 25 tahun tu berenti je la...

ramai lagi orang nak koje tu...

cepat2 la pencen...pastu cepat2 la mati..senang sikit..