SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Disember 2009

LANTIKAN WAKIL CUEPACS DALAM ANGKASA - OMAR

Utusan Malaysia
21/12/2009





KUALA LUMPUR 20 Dis. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) diminta mempertimbangkan pelantikan wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganggotai Jawatankuasa Tadbir pertubuhan itu secara automatik.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, langkah itu sebagai menghargai sumbangan kakitangan awam yang majoritinya juga adalah ahli Angkasa.
Beliau berkata, 80 peratus daripada 7 juta ahli Angkasa ialah anggota perkhidmatan awam yang masih berkhidmat atau bersara.
''Oleh itu, Angkasa perlu mempertimbangkan pelantikan wakil CUEPACS dalam pertubuhan itu secara automatik.
''Wakil CUEPACS itu hendaklah terdiri daripada Presiden atau sesiapa sahaja yang menjadi presiden kesatuan ini pada masa depan. Wakil CUEPACS tidak perlu bertanding ,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Yang Dipertua Angkasa pada Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa ke- 26 hari ini bagaimanapun menarik diri di saat akhir.
Beliau memberi alasan untuk memberi tumpuan penuh bagi memantapkan lagi kesatuan berkenaan.
Menurut Omar, dengan kehadiran wakil CUEPACS dalam kepimpinan Angkasa kerjasama dua hala boleh dipertingkat demi kebaikan ahli.

10 ulasan:

2bz4money berkata...

Betul tu Tn Hj Omar..fokus je kat CUEPAC; kebajikan ahli diutamakan..ANGKASA lebih bersifat profit making..Saya setuju jugak dengan adanya wakil CUEPACS dalam Jawatankuasa ANGKASA..

Penjawat Awam Kecewa berkata...

Mana ni lagi RM 500..........jangan janji tinggal janji aje.

Fikirlah kebajikan Penjawat Awam ini yang majoritinya berpendapatan rendah.

Penjawat hendak minta pada siapa lagi, kalau tidak kepada Kerajaan yang memerintah.

Takkanlah nak minta bantuan dari Pakatan Rakyat pulak.

Fikir-fikirlah wahai Najib........

2bz4money berkata...

Sdr Penjawat Awam Kecewa,
Kita cuba lihat dari segi impak kewangan sekiranya bantuan tambahan RM500 dipenuhi.

1.3 juta penjawat awam x RM500
= RM600 juta @ RM0.6 Bilion

Dalam keadaan ekonomi sebegini, kita kena faham kedudukan kewangan kerajaan. Kalau PR yang memerintah, langkah yang sama juga diambil.

Fikirkan cara untuk menambahkan pendapat xtra secara kerja sambilan atau kecil-kecila atau kurangkan perbelanjaan harian.

selekez berkata...

2bz4money;

saya setuju dengan pandangan berkaitan impak kewangan jika pembayaran tambahan RM500. Ini kerana sewaktu kita menerima jawatan sebagai pa tidak ada pun tawaran bonus dalam surat lantikan. ingatlah kita kerja untuk beribadat bukan berhambakan duit.

saya juga tidak bersetuju dengan pandangan saudara yang menyarankan bekerja sambilan untuk mendapatkan tambahan pendapatan. sekali lagi sudah tertulis di dalam GO hal ini. Jangan sesekali kita lalai dalam melaksanakan amanah yang diberikan kerana asyik mengejar harta yang membuta mata. Ini semua akan ditanya kelak, hatta dari jam 8 - 4.45 apa yang kita lakukan kepada amanah yang diberi.

p/s. kita yang meminta untuk menyertai perkhidmatan awam; bukannya dijemput atau dipaksa. Sendiri mau ingatlah kawan2 pa.

2bz4money berkata...

selekez,

Saya harap sdr tidak salah faham. Kerajaan juga memahami masalah setengah PA yg mempunyai tanggungan besar; dan dibenarkan mereka ini membuat keja partime; jual burger, jaga stesen petrol dll. Baru2 ini 39 org PA diberi kepercayaan utk bekerja di rumah. Ini juga salah satu cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian seperti kos petrol dan tol dan memberi sumbangan besar dalam mengurangkan kesesakan laluintas serta kesukaran mendapat parkir kereta. Selagi sdr/i jujur dan mempunyai integriti, rezeki berada di mana2...

selekez berkata...

2bz4money,
Saya akui masalah pa terutama yang berada dalam kawasan kos sara hidup tinggi, gaji gred 17 pada hakikatnya memang tidak mencukupi. Tetapi saya harap kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan digunakan secara bijaksana bukan diambil peluang. Berkenaan dengan kerja di rumah, saya kira patut kerajaan luaskan kepada gred lain.

apa pun kelonggaran yang diberikan jangan sampai dijadikan buat mulut pembayar cukai @ rakyat 1malaysia.

Tok Janggut berkata...

Yang tak ramai tanggungan boleh le cakap..............

Te Anda dikedudukan mereka.

Baru anda tahu akan masalah mereka.

Tanpa Nama berkata...

betul tu..bagi PA yg 41 ke atas xde masalah la...bagi yg gred 17 ni anak2 nk sekolah...skg ni beg, kasut & baju sekolah semua nye mahal2...yuran sekolah lagi, buku2 dll...rm 500 patutla diberi kepada yg memerlukan...

joseph stalin berkata...

2bz4money;

Selasa, Disember 22, 2009 9:15:00 PM

saya juga hairan bagaimana PR (pakatan rakyat) boleh melupakan janji mereka tentang memansuhkan bayaran PTPTN. sehingga kini. pegawai bawahan saya merungut janji tidak dikotakan.

cikgusuib berkata...

josepth the stalinist, PR nak mansuh bayaran PTPTN tp kan BN yg memerintah sekarang? kena la nyahkan BN dulu. x payah mansuh, cuma hapus caj faedah/riba/ujrah tu pun dah cukup