SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Disember 2009

MAKLUM BALAS: " SYOR JPA PERBETULKAN GRED SPM, STPM, DIPLOMA"

Berita Harian
26/11/2009




Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Merujuk Kepada Surat Pembaca Bertajuk “Syor JPA Perbetulkan Gred SPM, STPM, Diploma” Oleh Pekerja Jelapang, Ipoh, Perak Yang Disiarkan Dalam Akhbar Utusan Malaysia Pada 27 Oktober 2009.
Penentuan gred gaji sesuatu skim perkhidmatan adalah berdasarkan prinsip kadar upah untuk kerja dan syarat lantikan yang diperlukan. Bagi perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) skop fungsi tugas umumnya ialah mengambil trengkas, menaip, pengurusan fail, pengurusan temu janji, mengatur mesyuarat/perbincangan dan mengurus/mengatur program kerja harian ketua jabatan atau penyelianya. Oleh yang demikian, ia diletakkan pada Gred N17 dengan syarat minimum di peringkat SPM dengan kemahiran mengambil trengkas atau nota rintas (Gaji permulaan N17:P1T2). Skim perkhidmatan ini juga diperuntuk kelayakan masuk Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan diberi gaji permulaan yang lebih tinggi iaitu Gred N17:P1T9 (RM1,219.66 sebulan).
Cadangan untuk melihat semula syarat kelayakan masuk dan melaraskan gred bagi skim-skim perkhidmatan yang dibangkitkan oleh pembaca adalah dalam pertimbangan JPA di mana ia perlu diperhalusi dari aspek relativiti dan pariti bagi perkhidmatan-perkhidmatan ini secara keseluruhan yang melibatkan skim-skim perkhidmatan lain yang menetapkan syarat kelayakan masuk di peringkat sijil, STPM dan Diploma.
Unit Komunikasi KorporatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia26 November 2009

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmmg patut diperbetulkan ,kadang2mcm tak adil pula...contohnya kami yang ada lulusan sijil politeknik..tapi gread sama dgn lulusan SPM, yang membezakannya..kami diberi gaji tangga tinggi sedikit..namun gaji mati sama..gread sama..semuanya sama,,,tapi kelulusan kami tk sama...

Tanpa Nama berkata...

lulusan sekolah pula lebih tinggi dari sijil politeknik...apa dah jadi ni...

orang kuat berkata...

kecoh la. dah dapat kerja pun nak bising

Tanpa Nama berkata...

Dah dapat kerjalah boleh bising. kalau tak dapat kerja bising buat ape. cari kerjalah

Tanpa Nama berkata...

TULA BUAT SIJIL PON KENA BAYAR PINJAMAN PTPTN LG..SPM.. X PATUK2

Tanpa Nama berkata...

Aku nk ckp mudah aje tuk bagi ko orang fhm,klu aku citer panjang pun koorg x fhm gak...ko dah tau gaji murah np ko org setuju terima tawaran yg diberi.ko org harus pikir kerja dulu sblm pikir pasal gaji...nk gaji besar gi ar swasta...