SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Disember 2009

PENDAPATAN BIDANG KEJURURAWATAN DI MALAYSIA MASIH RENDAH

Berita Harian
21/12/2009





KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mengkaji semula kadar gaji dan menawarkan insentif menarik dalam bidang kejururawatan bagi memastikan profesion lebih berdaya saing. Presidennya, Omar Osman, berpendapat gaji ditawarkan di negara kita masih ketinggalan jauh lebih rendah berbanding negara lain khususnya Arab Saudi. Walaupun sudah ada kajian berkaitannya dibuat pada 2005, ia masih belum mencapai tahap memuaskan. Oleh itu, beliau menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan gaji kepada jururawat di seluruh negara kerana masih berada pada tahap rendah sedangkan mereka berdepan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Skim gaji baru serta insentif itu juga perlu untuk mengelak jururawat berkenaan berhijrah ke negara lain kerana kecewa dengan pendapatan yang diperoleh sekarang. Omar berkata, walaupun skim baru U29 hingga U42 diwujudkan dalam perkhidmatan itu, ia belum memuaskan dan dianggap masih rendah. "Kerajaan juga sepatutnya sediakan insentif tertentu untuk menggalakkan lebih ramai lepasan sekolah menyertai kerjaya ini. Apa yang mengecewakan kita, jururawat yang sudah mengambil sijil asas, tidak mendapat elaun RM100 sekiranya tidak terbabit dalam kerja. Apa gunanya mereka menghabiskan masa selama setahun bagi mendapatkan sijil itu tetapi tidak dapat apa-apa insentif," katanya. Omar berkata, pihaknya juga sedang dalam tindakan untuk menghantar memorandum kepada kerajaan bagi mengkaji bidang kejururawatan serta kerjaya lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut berdepan isu sama.
"Kita juga menerima aduan ada jururawat yang berkhidmat di pulau seperti Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi tidak menerima sebarang elaun. Kita anggap kawasan itu perlu diberi insentif. Jika guru pedalaman ada elaun, maka jururawat yang bertugas di pulau juga perlu dapat insentif sama. "Saya percaya jika penambahbaikkan dilakukan dalam kerjaya ini dari segi insentif, gaji dan kemudahan kenaikan pangkat, ia akan menjadi lebih menarik. Malangnya apa yang saya lihat kerjaya ini agak statik. Contohnya, kenaikan gaji bagi gred P1T1 (RM827.94) ke P3T24 (RM2,423.63) memerlukan tempoh 30 tahun berkhidmat. "Jadi, tidak mustahil mengapa, ramai jururawat yang sudah tamat kontrak mencari peluang bekerja di negara lain seperti Arab Saudi yang menawarkan pelbagai insentif menarik termasuk gaji yang tinggi," katanya Secara keseluruhan bidang kejururawatan dibahagikan kepada empat bidang asas, iaitu mencakupi jururawat kesihatan, jururawat perubatan, jururawat masyarakat dan jururawat akademik.
Sebagai perbandingan, jururawat yang mempunyai pengalaman dan berkelayakan boleh dinaikkan pangkat ke jawatan ketua jururawat dan penyelia jururawat atau ke bahagian pengurusan. Sebagai contoh, gaji permulaan bagi jururawat ialah pada Gred, iaitu:P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2,177.15P2T1 RM880.88 – P2T24 RM2,298.18 P3T1 RM935.33 – P3T24 RM2,423.63.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs kena banding juga bidang lain dengan Arab Saudi misalnya gaji Jurutera disana berbanding dengan Jurutera di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

gaji jururawat u29 x spt yang di tulis oleh pemberita gaji maximun gaji RM3000 lebih itu x termasok elaun2 yang diterima.

Tanpa Nama berkata...

Pemberita tolong rujuk http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2007/07/Perubatan_dan_Kesihatan_(U).pdf

Tanpa Nama berkata...

zaman IT ni maklumat di hujung jari anda, malulah kalau kita ketinggalan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Cuepacs kerana perihatin akan nasib jururawat. Bayangkan saya telah berkhidmat selama 33 tahun tetapi gaji masih di P1 T11 (U36)(MAKSIMUM!).Tidak ada kenaikan tahunan lagi untuk tempoh 3 tahun sehingga 58.

Tanpa Nama berkata...

bagus cuepacs...fight utk jururawat..kalau boleh utk PA yg lain...ape guna ade kesatuan sekerja kalau tak membela ahli2nya...soal k'jaan nk bagi atau tak terpulang kt najib...jg penting mintak utk kebajikan ahli...yg keje swasta jgn dengki kt org keje gomen..korg pn ade kesatuan sekerja MTUC...fight utk bela pekerja swasta...support each other..rezki dtgnya dr Allah..jgn gaduh2 n dengki2 sesama kita...be profesional...

Tanpa Nama berkata...

Saya Bersetuju Dengan Cadangan Mengkaji Semula Gaji Jururawat Malaysia..Jika guru di pedalaman mendapat pembelaan bagaimana pula nasib jururawat yang bekerja di tempat dan kawasan yang sama.. Fikir2kan. Terima Kasih Cuepacs!!

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn cadangan Cuepacs. Tapi sekarang dah masuk bulan April 2010, masih belum kedengaran apa2 mengenai berita kenaikan gaji jururawat.

Kerajaan harus mengaji apa akan berlaku sekira nya pada satu hari sahaja semua jururawat mogok tidak pergi kerja usah kata 1 hari 1/2 hari mogok pun jadi lah.

Harapan saya, saya tidak menjadi pesakit pada masa itu.

Cuepacs cepat lah gesa kerajaan untuk menaikkan gaji jururawat.

Jururawat yang telah mengambli kursus 1 thn di naik taraf kan kepada jururawat berijazah.

Tanpa Nama berkata...

sudah tiba masanya profesion kejururawatan ni di naik taraf, memandangkan beban tugas yang semakin mencabar dan byk..walaupun byk hospital dibina, ramai jururawat baru tp masih tidak dpt menampung pertambahan pesakit. Cuba lihat..rata2 semua hospital d negara kita kekurangan jururawat. Kemana pergi jururawat kita???? Ramai yg berhijrah ke Arab saudi, singapura, Brunei, malah ada yg gi Australia & Britain. kerana gaji yg d tawarkan sgt lumayan , cuti rehat 2 bulan, d samping kemudahan2 yg lain....

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan tolonglah pandang dan prihatin profesion Nurse.....
Dahulu Nurses bekerja secara sukarela..kerana mereka d kalangan rahib2, d zaman perang mereka hanya membantu mangsa2 perang...
Tapi skrg...Nurses "Paksa rela" terima tugas dah sign "aku janji".
Taraf kesihatan masyarakat skrg semakin baik, jangka hayat umur pun semakin panjang....penduduk M'sia pun semakin ramai....kos sara hidup semakin meningkat...tugas nurses semakin MENCABAR, BERTAMBAH,COMPLICATED....ramai nurses yg da ada degree tp masih gaji skim U29 yg dah naik sister tu U32lah....

Tanpa Nama berkata...

Negara jiran kita Singapura sgt kecil tp gaji missy besar dr gaji missy kita...

Mohon di kaji dan d luluskan skim gaji baru Missy....

Tanpa Nama berkata...

jururawat banyak terdedah dengan penyakit berjangkit diketahui atau tidak. cuepack sila fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju sgt2....beban kerja bertambah....paper work pun semakin banyak yg perlu di fill up...so nursing care pun makin worse. ?.......tambah membebankan staff yg tak cukup....so....sekiranya ade pertambahan gaji taklah terasa sgt sebb tanggungjawab dengan gaji yg diberi setiap bulan setimpal.......of course dgn adanya kenaikan gaji dapat juga menampung rasa ketidakadilan dgn beban kerja yg dipikul......harap gaji jururawat dapat dipertimbangkan semula supaya jururawat kita tidak lari ke luar untuk mencari peluang kerja yg lebih berbaloi dgn tanggungjawab yg diberi....kalau cikgu kerja separuh hari + cuti yg bertimbun2 boleh dapat gaji yg terlebih berbaloi kenapa jururawat tidak...?..?.tq for attention....

Tanpa Nama berkata...

Ambil kira sekali kanaikan gaji bg jururawat yg bekerja di swasta.

Pacman Blog berkata...

sudah2 la tu pakcik oi..bubar kan je lah ceupacs ni..korg dah la pemalas...mulut celupar..tua..ntah apa2 la..boring..gaji nak tinggi..belajar takat diploma je..buat ijazah pun dkt kolej swasta..

Tanpa Nama berkata...

Orang yang tidak menghargai juururawat ketika terlantar sakit dan tidak dapat menolong diri sendiri barulah kenal jururawat diploma dan ijazah dari universiti swasta..

Tanpa Nama berkata...

setiap manusia yg hidup PASTI bertemu jururawat sekurang-kurangnya SEKALI dlm seumur hidup kerana setiap manusia yg hidup pasti akan merasai sakit..jd fikir-fikirkanlah andai tiada insan bernama jururawat.jgn riak,jgn sombong ketika anda masih sihat.anda akan tahu betapa pentingnya jururawat andai anda sakit..ahli keluarga pun belum tentu dapat menjaga anda seperti jururawat.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kpd presiden Cuepacs krn membela Jururawat. Yang saya ingin pertikaikan di sini adalah nasib Jururawat yang ada Ijazah..........Tiada orang pandang

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ceupacs....harap2 sempena hr jururawat yg jatuh pd setiap 12mei nnt ada pengumuman yg di nanti2 jururawat. kami mntk ceupacs kaji blik elaun2 yg layak kami terima. elaun khas bg yg bekerja syif malam mintak di kaji... di zaman yg serba moden dan maju kami hanya terima 'night ration' rm1 semalam

Tanpa Nama berkata...

mna dam mnu kena back-up tentang gaji nurse.. klu bukan mereka siapa lagi.. tu sebab cikgu gaji mereka naik... sebab sepakat... dalam nutsing masing masing nak tonjol diri dengan fahaman individu

mazlan70 berkata...

Pengambilan jururawat u29 d kkm sgt lambat atas dasar apa..