SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Januari 2011

ANAK CUCU BOLEH MERANA - PM

Utusan Malaysia
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak menyampaikan amanat tahun baru kepada penjawat awam Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya, semalam.


10/1/2011

PUTRAJAYA 10 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk melaksanakan ‘Pelan 100 Hari’ jika dapat memerintah negara sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.

Perdana Menteri menegaskan, terdapat keanehan serta amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala janji yang populis tanpa membentangkan sebutir maklumat pun mengenai punca sumber kewangannya untuk pembangunan rakyat.

“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak. Kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan.

“Malah tanpa menunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita, negara kita jadi macam Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara.

“Justeru, janganlah kita menang sorak kampung tergadai, saya percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, buatlah penilaian,“ kata beliau sambil menyifatkan 2011 tahun untuk meningkatkan momentum pelaksanaan segala agenda dasar utama negara.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam ‘Program 100 hari’ yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Selain itu, pembangkang berjanji untuk menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Dalam aspek ini, Perdana Menteri meminta rakyat berfikiran rasional dengan membuat penilaian bijaksana kerana ‘apabila sesuatu yang diidamkan, maka ia sepatutnya perlu berasaskan kepada kemampuan sendiri’.

Sebagai contoh, kata Najib, jika mahu membeli kereta dan rumah baru, maka perlulah bertanya pada diri sendiri ‘adakah kita mampu dan dari mana punca kewangannya?’.

“Saya selalu berpegang pada ungkapan, kalau kita percaya ada sesuatu yang begitu baik sekali tetapi tidak berpegang dan tidak berpijak pada bumi yang nyata, kita (sebenarnya) telah menipu diri kita sendiri,“ kata beliau.

Justeru, tegas Perdana Menteri, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab secara fiskal, segala perancangan yang telah dibentangkan dan dilaksanakan sepanjang tahun lalu merupakan tindakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kerana mampu menunaikannya.

Katanya, dua pencapaian utama kerajaan pada tahun lalu adalah berkat daripada usaha bersama antara anggota pentadbiran dan penjawat awam.

“Pertama, kita telah berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia.

“Kita telah pulih kerana kerajaan mengambil tindakan berani dan tegas membentangkan dua pakej rangsangan ekonomi terbesar dan antara terbesar di dunia berdasarkan peratusan Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta sistem kewangan negara yang kukuh serta urus tadbir negara yang baik.

“Kedua, pada tahun lalu, kita telah berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui GTP, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan lapan strategik inisiatifnya, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pembentangan Bajet 2011 dan kita telah mula pelaksanaan awal segala agenda kerajaan itu,“ kata Najib.

Perdana Menteri turut menyatakan rasa syukur apabila sambutan rakyat terhadap agenda utama negara dilihat amat memberangsangkan dengan banyak pihak menzahirkan reaksi positif termasuk juga nilai bursa saham berada di paras tertinggi dalam sejarah negara.

Sehubungan itu, beliau mahu para penjawat awam di semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan memastikan segala yang dirancang dan dibentangkan sebagai agenda utama negara untuk dilaksanakan secara berkesan dan sampai kepada kumpulan sasar iaitu rakyat.

“Saya berharap semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi dan dilaksanakan secepat mungkin jika kita nak negara kita maju dan capai kejayaan berdasarkan perancangan kita yang begitu teliti.

“Satu daripada pra syaratnya ialah wujudnya institusi perkhidmatan awam yang mampu mendokong, melaksanakan dengan tegas dan berkesan mengikut jadual yang telah ditentukan supaya kesannya dapat dirasai oleh rakyat,“ katanya.

Menurut beliau, antara pelaksanaan yang telah menampakkan kejayaan ialah pengurangan sebanyak 30 peratus kadar jenayah iaitu tertinggi dalam masa 20 tahun serta kejayaan membawa keluar 40,000 keluarga miskin daripada tergolong dalam miskin tegar manakala 4,000 lagi dalam proses untuk dikeluarkan dari kelompok tersebut.

“Kita juga dapat perbanyakkan kelas-kelas pra sekolah, meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam, usaha memerangi rasuah semakin meningkat serta projek prasarana berjalan lebih rancak.

“Saya harap kejayaan awal ini memberi kita lebih keyakinan bawa kita berada di landasan yang betul, jika dapat digembleng seluruh kekuatan dan kemampuan, saya percaya pencapaiannya akan bertambah lagi,“ katanya.

108 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KENAPA NAJIB TAKUT TAK PERCAYA.

Siapa TPM kita sekarang ..ROSMAH laa

Tanpa Nama berkata...

HAHAHHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

kata2 org politik tak boleh percaya ha......

Rakyat Yang Selesa berkata...

Lu Fikirlah sendiri.........Kemajuan, Kemakmuran dan keamanan yang selama ini kita kecapi dari siapa ? Mestilah Kerajaan yang telah memerintah sehingga sekarang ini. Janganlah cuba menghancurkan apa yang kita nikmati kini..........Fikir-fikirlah denga Otak bukan kepala lutut.

Tanpa Nama berkata...

Come on Cuepacs!!! Please be apolitical. U represent the civil service irrespective of which party comes into power!

Pak Arab Tua berkata...

Okeh, apa kata kita bagi PR pegang Malaysia sepenggal, kalau bungkus, kita kuburkan mereka....

Sekali sekala nak makan mee goreng, asyik nasik jek.....

Kalau PR tak nak lepas kuasa kan ke banyak cara lain kaannn..........suruh tentera rampas kuasa ke...misalnya lah...

BAru negeri jek, bagilah pegang persekutuan............

Belum try belum taw...

Tanpa Nama berkata...

aku rindu zaman pemerintahan Tun Mahathir....pemimpin skrg hampehhh...yg sekor ikut menantu...yang sekor ikut bini....aiii ape nak jadi dengan malaysia ni pun tak tahu la....

Mohd Asri Yusof berkata...

Sekarang ni pun dah merana.Barang semua makin mahal. Kalau PR cakap semua kakitangan kerajaan dapat RM500 kenaikan gaji atau pelarasan mau si Bijan pitam.....
Kita selalu dimomok-momokkan yang PR tak mampu...dah bagi peluang ke? Kita dah tahu cara BN belanja..kita cuba tukar kepada PR lak. Langsir rumah kita kalau dah pakai lebih 50 tahun dan tak tukar-tukar memang la buruk dan tak mengikuti perkembangan semasa.

Tanpa Nama berkata...

dah ternyata BN tak mampu memerintah...pesanan saya pada kawan2 semua..."jangan takut untuk tukar kerajaan!".Come on la..takkan tergadai bumi malaysia kalau PR yang memerintah.sekarang ni pon tanah kat KL bukan melayu yang punya pon.semua cina yang punya...buat apa nak kasi UMNO memerintah lagi...aku takda nampak apa yang makmur kat malaysia ni kalau tiap2 bulan harga barang naik...kita just memilih parti yang terbaik je skrg...istilah usang "melayu akan hancur tanpa UMNo" dah takde dah skrg ni..

Tanpa Nama berkata...

tahniah pada rakyat malaysia, selagi BN memerintah segala barang akan naik.baru je minyak tanah n ron97..lepas ni tggu je minyak masak plak yang akan naik..syabas atas kemakmuran yang kita alami skrg ni..

umno laknatullah berkata...

bukan umno ke yg gadai tanah org melayu selama ni? nk pangkah lg? tunggu org melayu tinggal seluar dalam br nk tukar?

Tanpa Nama berkata...

BN - singkatan pada Barang Naik.
BN - singkatan pada Babi Negara

undi la PR,PR akan laksanakan janji 100 jika menang PRU13 ni...kita sama-sama la berdoa.

Tanpa Nama berkata...

Najib omong kosong, konon PR laksana janji popular untuk menang pilihan raya dan dia taknak buat janji popular sbb untuk jaga pembangunan rakyat.

g jahanam la,ubah suai rumah sampai berjuta-juta.untuk pembangunan apa..

kefifitan berkata...

jangan undi najib oiii!! die tak bagi bonus kat kita n gaji tak naik2 sbb nak buat bangunan 100 tingkat dan ubah suai rumah...kita tak penah rasa bahagia pon selama ni..kalau undi dia PRU13, 10 tahun kita bekerja penat lelah takkan dapat bonus atas alasan kita tidak boleh berbelanja melebihi pendapatn negara..lu pikir la sendiri!!

rahman nanyan fuck off berkata...

Kami sebagai penjawat awam akan sentiasa sokong dasar kerajaan,bukan dasar BN dan UMNO..

Tanpa Nama berkata...

anwar lagi celaka. mcm lah anwar tu pandai sangat. kes kampung buah pala apa crita? tergadai beb.. janji bukan main lagi dpn org kpg masa tu.. tp akhirnya kecundang jugak. terlopong beb.. kepada penyokong2 pembangkang kt sini, korang mmg jahanam.

Tanpa Nama berkata...

Jangan meleter banyak lah.....undian ku tetap sokong PAKATAN RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan cakap suka hati ler,,,

orang lama berkata...

negara demokrasi buktikan! xsuka kita tukar! janji parti mana yg boleh bagi kat rakyat yg terbaik!!..jgn pro mana2 parti..bagi jer peluang baru namanya demokrasi!

Tanpa Nama berkata...

lepas tu ada yang tiru...lepas tu cakap, kita tidak tiru PR punya janji..hehehe

Tanpa Nama berkata...

anak cucu boleh merana akibat barang naik (BN) heheh

Tanpa Nama berkata...

NAJIB AMAT TAKUT HILANG KUASA.. HEHEHEHHH

Tanpa Nama berkata...

Cilaka Najib....bagi ucapan rasmi sambil berkempen untuk BN..weh,kene amik permit polis dulu la..pembangkang nak buat ucapan kene ada permit.BN nak buat ucapan kene la ada juga.baru adil...negara Malaysia bukan negara demokrasi...tapi negara diktator halus.

Tanpa Nama berkata...

pasal kg buah pala seketul pon nak kecoh...yang KL yang dah tergadai dekat cina tu,ko tak kecoh plak.kalau dh dasar hati batu ttp sokong UMNO,cerita mcm mane pon tak guna.

orang yang menyokong BN selalunya sifat dia mcm ni:
harga barang naik-"takpe la,bape sen je naik"
subsidi dihapuskan-"kerajaan tgh ssh ni,apa salah kita tolong"
najib ubahsuai rumah 65juta-"lantak la,janji x kacau aku"
bangunan 100 tingkat-"ala,baru 100.bukan 1000.haha"

terima kasih pada BN(Babi Negara)...

Tanpa Nama berkata...

anak cucu Najib dan rosmah yang merana sbb tiada lagi kontrak utk wari mereka

Tanpa Nama berkata...

aku cabar pemimpin umno ..apa yg kau megahkan sangat ttg melayu ni..dibumi malaysial apa yg nak dibanggakan..bangunan klcc tu ..pegi tengok sapa yg kat sana ..yg boleh orang melayu banggakan ialah TUGU NEGARA . ADA PAHAM

Tanpa Nama berkata...

Usah bimbang kami di kelantan akan tumbang kerajaan pas kelantan.
itu janji kami. undi kami tidak akan lagi kepada pas.
why? pas sudah menggadai maruah orang melayu yang beragama islam. cakap tak serupa bikin.
macamana dia orang boleh fikir, malaysia yang aman damai ini sekarang dah kacau dek kerana sentimen politik sempit ...

Orang Awam berkata...

Jika Najib naikkan gaji penjawat awam, kita boleh pertimbangkan undi BN. Jika tidak, Jangan harap la..
Kami tak nak kebuluran atas kesalahan mengundi BN. jangan kesal jika Parti lain menang.. hanya parti yang menjaga kebajikan rakyat dapat memerintah. so Najib, fikirlah sebelum pilihanraya..

Tanpa Nama berkata...

Sesekali kita tukar pulak pakatan rakyat perintah kita tenggok nasib penjaqwat awam makin terbela dan rakyat dapat menikmati kebajikan spt rakyat di negeri selangor dapat RM1,000 untuk anak2 ke IPTA dapat RM2,500 sebagai khairat kematian, ayer percuma, maknanya bila negara maju rakyat dapat nikmati bersama, bukan negara yg maju hanya peminpin hidup selesa,

Sekiranya pakatan rakyat pula tak tunai janji dan buat kebajikan kepada penjawat awam atau rakyat kita tukar semula kepada BN, macam tulah kalau rakyat yg bijak, macam di Amerika parti ripublican dan parti Demokrat

Tanpa Nama berkata...

kadang2 kita hanya dimomokan hanya BN yg layak dan pandai perintah, sepatutnya kita beri pula pakatan rakyat perintah barulah kerajaan yg ada benar2 berlumba2 berkhidmat untuk kebajikan rakyat dan kebajikan kepada penjawat awam, bukan hanya kepada guru sahaja dpt kenaikan RM500 tapi kenaikan yg seimbang dengan kos sara hidup penjawat awam, bagimana ? tak nak cuba tukar kita lihat macam mana? kalau tak puas hati kita tukar semula, apa macam, sanggup!

Tanpa Nama berkata...

RAKYAT SEKARANG TAK MUDAH DIPERBODOHKAN KERANA GENERASI BARU SUDAH MULA CELIK IT CELIK MAKLUMAT, MEREKA AKAN FIKIR YG MANA YG TERBAIK BUAT MEREKA, KERANA BEBAN KOS SARA HIDUP RAKYAT SEMAKIN HARI SEMAKIN MENYEMPIT, RAKYAT MAUKAN KEBAJIKAN UNTUK MEREKA MELEPASI TAHAP YG SIMBANG DENGAN PENDAPATAN DAN KOS SARA HIDUP KHASNYA BUAT PENJAWAT AWAM YG HANYA MENHGARAPKAN PENDAPATAN BULANAN MEREKA, ANAK2 MEREKA INGIN HIDUP,MAKAN, PELAJARAN, SEKIRANYA KEMUDAHAN DAN KEBAJIKAN INI MASIH MENYEMPITKAN HIDUP MEREKA BESAR KEMUNGKINAN MEREKA AKAN BERALIH KEPADA MEREKA YG SANGGUP UTK MELAKUKAN KEBAJIKAN UNTUK MEREKA, FIKIR2KAN LAH, MUNKIN INI MASA UNTUK BUAT PERUBAHAN.

Tanpa Nama berkata...

nak tengok ketua BN dengan ketua PAKATAN berDEBAT kt TV.baru tau sapa tipu sapa! BERANI KER? APA KOMEN ORG BN?? anwar dah cabar tue!

Tanpa Nama berkata...

Hanya pemimpin bodoh yang lagak jadi hero.
why perlu percaya kpd DSAI?
why perlu percaya kpd Najib?

why perlu jaga Kaum Melayu?
why perlu jaga entiti Islam?

Where kaum lain eg Cina, India, etc?
Di mana kedudukan mereka?

MALAYSIA PERLU HARMONI DAN AMAN.

Sbg PA kita belajar sejarah Malaysia. Bagaimana kita MERDEKA. Usah terpedaya dgn Pemimpin yg GILA KUASA - tak kira BN mahupun Pakatan.
WE LOVE MALAYSIA.

kefifitan berkata...

Mau ke pemimpin BN brdebat?? dorang mane ade telor...

PTD Cerdik berkata...

Hidup UMNO...xlojik janji PR tu...kalau janji PR tertunai, truk la UMNO cmni..dh xleh makan rasuah lg sbb rakyat dh prcaya PR...Hidup UMNO, Hidup Melayu...biar melayu susah dn miskin,jnji kami (UMNO) masih pegang tampuk pemerintahan...dgn cara tu shj kami dpt hdup mewah...

Rahman Nanyan berkata...

org atas ni jgn cuba2 menghina UMNO, kamu semua sekarang bekerja dan makan gaji dgn siapa? sedar la diri tu sikit.. cukp2 la golongan P&P byk x sokong UMNO, jgn sokongan menuruti pula langkah bodoh seperti itu

InsyaAllah dalam seminggu dua ni ada berita baik utk semua PA, hasil usaha UMNO dan BN semuanya, bukan pakatan pembangkang.

Bersusah payah MP dan menteri UMNO cr wang utk negara dan PA, sampai hati kita enggan mengundinya pula. Tiada bukti langsung ada sesiapa pemimpin UMNO yg rasuah, semuanya fitnah belaka

Pmerintahan YAB PM yang amat adil, mendahulukan rakyat serta sentiasa prihatin membuktikan hanya BN mampu memerintah Malaysia.

Marilah kita bersama terus mendukung BARISAN NASIONAL!!!!

salam 1Malaysia

Tanpa Nama berkata...

nak nak kita takutkan sangat kalau Pakatan Rakyat perintah kita tengok pula apa yg lebih baik dpt mereka bagi untuk rakyat dan penjawat awam, perlu kita bagi peluang mereka perintah untuk kita nilai semula pada setiap 5 tahun sekali, kita sebagai penjawat awam perlu bijak membuat perkiraan agar kita selama ini tidak mudah di perkotak katikkan oleh mereka yg hanya pandai mencanang itu dan ini tapi taraf hidup makin menekan khasnya pa yg dialami oleh penjawat awam, fikir2kan lah

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita nak tengok pemimpin yg rasuah dan menyeleweng kita bagi pakatan rakyat perintah sebagaimana yg dijanjikan mari kita lihat dalam tempoh 100 hari sipakah yg akan kena tangkap dan didakwa kelak, ada berani ke ?

Tanpa Nama berkata...

cakap org politik bukan boleh percaya sangat, percaya kpd diri sendiri sudah, org politik nak kan kuasa jadi boleh jadi kaya dan makan free...org biasa mcm kita yg terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan & bayar cukai untuk bayar gaji YB-YB yg pakai kereta mercedes & tinggal dirumah banglo....

Tanpa Nama berkata...

JOM TUKAR KERAJAAN...BONUS TAK BAGI, BINI JALAN SINI SANA...YG MERANA PA!
JOM TUKAR KERAJAAN... MAMPUS LAA BN... HAHAHAHA

Kat dalam ni 90% PRO PKR....apa macam Najib @ Najis???

Tanpa Nama berkata...

MAMPOS LAA BN & NAJIB.... TU LAA BONUS TAK BAGI, SKANG NI SEMUA PA DAH BENGANG! TGK PERHIMPUNAN PKR KAT STADIUM MELAWATI...90% PENJAWAT AWAM!!! MAMPOS LAAA....

Tanpa Nama berkata...

Bila rangsangan ekonomi berlaku negara nampak macam maju dan berjaya tetapi yg kaya raya adalah pemimpin dan kaum2 pemodal yg memegang saham2 dipapan utama termasuk kaum kerabat pemimpin2 sebaliknya rakyat makin terhimpit hidup tengoklah sekarang ni harga bawang putih aja dah mencecah RM10 sekilo.

Semakin hari terutama penjawat awam yg berpendapatan tetap menghadapi tekanan sara hidup kian meningkat.

Kalau kita lihat di UK rakyat mereka banyak menikmati kebajikan dari negera bahkan bus percuma disediakan untuk ke hospital begitu juga ayer dan letrik, dan gas banyak subsidi yg diberikan.

Sepatutnya bila negera maju rakyat dapat menikmati bersama bukan negara maju rakyat makin terhimpit hidup mereka sebaliknya pemimpin2 makin berhidup mewah.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH BN KERANA MENJAGA RAKYAT MALAYSIA MINYAK NAIK, GULA NAIK, BAWANG NAIK, HARGA MAKANAN NAIK GAJI TAK NAIK.

JANJI PKR TAK MASUK AKAL TETAPI BILA USTAZ DATO HADI KATA TOL DITRENGGANU KITA HAPUSKAN JADI KA TAk?

SO JOM KITA TGK LEBUHRAYA UTARA SELATAN PULA YG NK BG PADA KWSP BAGUS JUGA CADANGAN TU.

TAHNIAH PENGAWAL KSELAMATAN GAJI BARU BERBANDING DENGAN KAKITANGAN AWAM YANG LAIN GAJI TAK ADA SIAPA YANG NAK TOLONG COLA PUN SEPI JE TAMBAH BILA DAPAT 3 JUTA HE HE EHE HE

Tanpa Nama berkata...

BN - tahniah semua barangan naik harga

Bn - harus belajar kejatuhan LDP di jepun

BN jangan fikir gaji pengawal keselamatan je ramai lagi gred kakitangan gaji rendah.

BN cola kami bila nak selaras harap cuepacs hampeh


Bn - ustaz hadi perintah trengganu janji hapus tol beliau buat jadi mungkinkah sejarah berulang dengan pembelian PLUS oleh KWSAP dalam pr ke13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah,berkat doa kita...harap rakyat dapat beralih arah kepada pembangkang skrg ni...saya sbg rakyat selangor dpt lihat kebajikan amat dijaga.anak saya baru shj dapat RM1000 dari PKR Gombak...terima kasih banyak,dengan wang ini dapat la sedikit meringankan beban yuran pengajian.negara maju,kebajikan dijaga..Alhamdulilah

PAP melaka berkata...

Kami sbg rakyat Malaysia amat berharap kerajaan membantu kami,saya dapat rasakan semua harga barang naik mendadak. tolong la.anak dah la ramai.pampers lagi,susu lagi. kami tak nak bangunan tinggi2, tapi tolong la kawal harga barang.

Tanpa Nama berkata...

pada PAP melaka,harap bersabar yer,semua org dalam golongan sokongan pon skrg ni rasa mcm tu juga.

kita tggu je pengumuman BN mengenai kenaikan gaji sebelum pilihan raya ni.walaupun gaji naik.aku akan tetap pangkah PR..

percayala cakap aku ni,lepas je pilihan raya. tgk je apa yang BN akan buat. kalau x cukai naik,atau harga barang akan naik lagi..aku takkan teracun dengan semua ni.

baru-baru ni JPJ diperluaskan kuasa sampai leh buat road block kat ladang n kawasan perumahan..tu sbb terdesak takde duit la tu.pikir logik je,rakyat dah tau la Najib..ingat kitaorg bodoh! mcm ko ke.

saudara BLADE al-Umno berkata...

kami kakitangan kontrak ahli UMNO yg setia, serapkan kami ke jawatan tetap, biar kerajaan bankrap pun xpe yg penting kita sama2 ahli UMNO senang. minta kerajaan pecatkan pekerja tetap, dan ambil yg kontrak ni sebab ternyata kami lebih ikhlas berbanding mereka, lagipun kami ahli UMNO.. kami berjanji xkan bantah biar petrol RON95 naik RM50.00/liter asalkan kami dapat menjadi tetap.

Kearajaan BN nak rasuah pun kami x kisah asalkan tetapkan kami, kami akan undi BN sampai dlm kubur. Jika kerajaan x cukup duit, kami x kisah jika naikkan semua cukai asalkan kami diberi tetap

PTD Cerdik berkata...

Klau kerja kerajaan pusat,xleh nk sokong PR...abis,sama jugak la kalau kerja dgn kerajaan negeri selangor,xleh sokong UMNO la ye...nnt dosa lak..

kefifitan berkata...

Bg aku,PR nk tunai jnji atau x,kite boleh nilai lps PRU...BN ni dh 50thn kite bg pluang,yg kaya suku sakat dia ja..dh 50thn UMNO pgg kuasa,tp asik sbut ketuanan melyu trgugat la,melayu itu la,melayu ini la...aku tgk dr dlu lg,klu UMNO trgugat,lagu yg sma dorg mainkn...mmg fifit la UMNO ni...

Tanpa Nama berkata...

Jom warga PA semua BERSATU HATI... KITA SOKONG PR! KITA SOKONG PR! KITA SOKONG PR! Biar puak2 ahli CUEPACS Bangang ni sokong BN... Kita tukar kerajaan BN sebab sampai ke saat ni RAKYAT hidup susah... Gaji kecik, BONUS tak dapat.

Aku dengar baru ni PM jumpa Ahli Parlimen sbb dia nk buat pilihanraya awal...tetapi dr feedback dia dapat...terus tak jadi!!!! wakakakaka BIAR DIA MAMPOS...SEMOGA ANAK CUCU DIA DILAKNAT DI DUNIA NI DISEBABKAN PENINDASAN DIA KPD RAKYAT MARHAIN...AMIN.

Tanpa Nama berkata...

PRU 12....Lepas 5 negeri tetapi MAJORITI PA SOKONG BN!

PRU 13.... MAJORITI PA SOKONG PR, GOLONGAN PROFESIONAL SOKONG PR, GOLONGAN ALIM ULAMA SOKONG PR, REMAJA SOKONG PR... MAMPOOOSS BN AKAN HILANG 7 NEGERI...!!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku dengar maklumat risikan, N. Sembilan & Tganu akan jatuh ke tangan PR PRU 13 ni....sama2 saksikan!!!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan 7 negeri je bro,tapi persekutuan PR sapu kali ni...

Tanpa Nama berkata...

rakyat sering dimomokkan oleh BN melalui media BN..rtm/berita harian/tv3...
kalu PR memerintah rakyat akan merana..
negara akan huru hara..
rasuah akan berlaku sana-sini..
PR tak mampu memerintah...
Nasib Melayu akan tergadai..

Maka ramailah PA2 yg tak brapa cerdik ni gelabah..kena sokong BN katanya..
org2 kampung diperbodoh-bodohkan..

yg cerdik hanya tersenyum..
20 tahun kelantan diperintah PAS..takde pun rakyat yg merana..Walhal sabah/sarawak (negeri bwh BN) yg pling ramai miskin tegar
takde pun huru hara di kelantan,Selangor/penang/kedah..aman jugak..

jd..kpd penyokong BN..takpayah lah nak bodoh2 kan rakyat..skrg dunia IT..segala keburukan n kelemahan BN tak boleh disorok.

Rosmah (bukan bini najib) berkata...

korang jangan kecoh2 sokong je amno, sokong laki aku ni.. dia terel perintah negara.

klu korang tak nak undi BN aku plan bom C4 kat korang semua.

PTD Putrajaya berkata...

aku benci tengok berita.. tv1, 2 dan 3 adalah macam babi kena ikat kat hidung, media berat sebelah.. takutkan rakyat.. PR tak boleh memerintah.. klu kat parlimen kita tengok, orang BN cakap macam bodoh.. ntah apa2..

BN adalah syaitan

Tanpa Nama berkata...

kerajaan sekarang menyusahkan rakyat.

semua benda nak keluar duit sekarang.. gaji dah la sikit, taraf hidup makin tinggi, harga barang makin mahal, kos sara hidup makin tinggi, tapi gaji alahai.. sikit.. tengah bulan dah sesak..

BN tak pandai perintah negara.. banyak hasil pendapatan negara di beri tidak adil kepada rakyat..

BN adalah kerajaan jarum dalam daging..

rakyat negeri selangor berkata...

semenjak kerajaan negeri selangor beri air percuma ni.. rasa begitu seronok.. tak perlu susah2 nak gi bayar bil..

begitu terasa menyenangkan..

aku sokong kerajaan yg bela rakyat bukan bela kroni sial yg nk untung lebih..

kassim baharum berkata...

hidup BN, jgn percaya janji pembangkang, UMNO bersama membela PA selamanya, pilihanraya galas dan manek urai dah buktikan semua rakyat menyokong BN 100%, kemakmuran dikongsi bersama

Tanpa Nama berkata...

bela PA kepala hotak ko..

kerajaan sekarang bukan saja TAK bela PA malah tak bela rakyat.. bantu sikit umum kaw2.. menunjuk la konon..

klu bela rakyat.. mudahkan rakyat.. bukan menyusahkan.. BN tak pandai urus harta negara!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku rasa kalau najib baca komen ni,mau die mengelabah..haha,harap2 korang sume jangan cakap je..masa pilihan raya undi PR ok.

Tanpa Nama berkata...

PENDEKAR BERKATA:

PAKATAN RAKYAT TIDAK AKAN MENANG KALAU TERUS MENGAMALKAN POLITIK PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN. 3 KOMPONEN PARTI PAKATAN RAKYAT MEMPUNYAI FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA. KALAU MEMERINTAH SEKALI PUN AKAN MENJAHANAMKAN PENDUDUK BUMIPUTRA....SEDARLAH KAUM BUMIPUTRA YANG MEMBANGKANG DAN GILA KUASA. JANGAN SAMPAI KITA MENGEMIS DI NEGARA SENDIRI. BEGITU JUGA PARTI PEMERINTAH SEKARANG. JIKA TIDAK BERJAYA MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA RAKYAT, MENJADIKAN KOS HIDUP SENTIASA MENINGKAT BULAN DEMI BULAN. RAKAT AKAN MARAH DAN MENGAMUK. KITA ADA PENGUATKUASAAN DAN UNDANG-UNDANG. TETAPI MASIH DI TAHAP LEMAH. GAJI YANG DITERIMA TIDAK MAMPU MENAMPUNG KOS HIDUP SEMASA YANG MENINGKAT TANPA PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN. HIDUP RAKYAT AKAN MENJADI LEBIH MERANA JIKA BERTERUSAN BEGINI....

Tanpa Nama berkata...

Dalam tidur2 Pak Lah, dia masih ingat kat PA dan rakyat...

Mari kita sama2 doakan meminta PM diberi bala oleh Allah SWT sebab dia zalimi PA dan rakyat Malaysia...

Kepada Pak Omar Bapuk...tunjuk pada PM post2 kami di sini...

Tanpa Nama berkata...

Penjawat Awam perlu cerdik menilai keadaan sekarang bagimana dikatakan negara semakin maju bahkan TV saban hari paparkan gambar putra jaya keretapiLRT sedang bergerak kapal kat pelabuhan punggah kontena, wah negara kita maju, yang untung siapa? pemodal2, pemimpin2 naik kapal terbang exucutif keluar negara, rakyat apa dah jadi minyak naik, bawang naik, ikan naik, mungkin kita atau anak kita akan kenyang perut bila tengok TV tunjuk pembangunan negara.Fikir2kan lah .

PTD Cerdik dah xsokong UMNO berkata...

dengar kabar kerajaan pimpinan UMNO-BN nak naikkan gaji PA sebelum PRU13. syukur alhamdulillah. mudah-mudahan jd kenyataan. tp ingat kawan-kawan, gaji kita dibayar oleh rakyat melalui pengurusan kerajaan yg memerintah pd hari tersebut. bukannye UMNO yg byr ok.....so, sematkan dalam hati, PRU13 mesti pangkah PR...yeahhhh...!!...

kefifitan berkata...

ye betul tu.. selama ini kerajaan UMNO bg kesenangan kt kroni je.. tp keseluruhan rakyat malaysia ramai yg merana.. jgn disebabkan gula-gula sedikit yg diberi, kita trus sokong UMNO.. UMNO ni akan wt lg truk lepas dorang menang PRU.. gula-gula kita ambil, pangkah tetap Pakatan Rakyat..

PTD Putrajaya berkata...

setuju dengan PTD cerdik,

aku tak setuju dengan mereka yg berkata fahaman politik pembangkang berbeza, malah tidak mungkin mampu menguruskan negara.
cakap jangan sebarang cakap.. sebab mereka2 yg berkata macam ni.. biasanya di pengaruhi oleh berita tv1,tv2 dan tv3 yang sememangnya celaka..

Syafiqah berkata...

Rahman Nanyan berkata...
org atas ni jgn cuba2 menghina UMNO, kamu semua sekarang bekerja dan makan gaji dgn siapa? sedar la diri tu sikit.. cukp2 la golongan P&P byk x sokong UMNO, jgn sokongan menuruti pula langkah bodoh seperti itu



kamu tahu tak Rahman Nanyan.. golongan P&P adalah golongan terpelajar.. bukannya seperti kamu dan segelintir golongan sokongan yang telan bulat-bulat apa yang dikatakan oleh media arus perdana disebabkan tidak mahu belajar dan pemalas..

PTD Putrajaya berkata...

kepada rahman nanyan :

ko ni belajar sampai mana? umno bayar gaji ko ke? balik kang.. semak balik slip gaji ko.. sape yg bagi..

kefifitan berkata...

setahu aku gaji dibayar oleh perbendaharaan..kerajaan yg ada ni tlg urus je..duit perbendaharan pun dari hasil cukai,duit petrolium, duit pelaburan dsb..xnampak pun duit yg kuar dr poket UMNO..malah UMNO yg songlap duit perbendaharan..

PTD Putrajaya berkata...

nasib baik ada orang yg tolong jawabkan.. sekarang baru dia sedar sape yg bayar gaji dia sebenarnya..

Tanpa Nama berkata...

Kpd YAB Rahman Nayan

pesanan saya,

SILUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA
BIARKAN..BIARKAN ..BIARKAN

Tanpa Nama berkata...

KITA PERLU INGAT GAJI KAKITANGAN AWAM TERMASUK GAJI PM DAN PARA MENTERI ADALAH SESUNGGUHNYA DIBAYAR OLEH KERAJAAN, APA ITU KERAJAAN IAITU KUASA EKSUKITIF TUNGGAKNYA SERI PADUKA BAGINDA JABATAN2 KERAJAAN YG MENJALANKAN TUGAS AWAM DAN MENGUTIP CUKAI, TIADA SESEKALI KITA DITAWARKAN ATAU PERLANTIKAN KERJA ATAU AKU JANJI DENGAN UMNO ATAU BN, SEMUA KERJA KITA DISEBUT URUSAN SERI PADUKA BAGINDA ITULAH DISEBUT URUSAN KERAJAAN.

Pak Arab Tua berkata...

Kepada RAHMAN NANYAN

Negara kita dikira demokrasi apabila bebas memilih parti yang boleh memberikan faedah keapda masyarakat dan negara....

Kalau nak suruh PA semua sokong/ wajib sokong UMNO itu bukan demokrasi....

Itu sistem KOMUNIS ALA KUKU BESI....

Enta ni orang2 Chin Peng ka?

Tanpa Nama berkata...

tentera malaysia ni patut dibubarkan jer.....gaji pun xcukup....dah semua orang atasan melantak gila-gila punya....camne nak perang kalau peralatan perang dah berpuluh tahun masih guna lagi.......bubarkan jer ATM ni.......semua bagi kat polis....yang benar....menteri parit dan tali air

Tanpa Nama berkata...

Perlembagaan Malaysia kita perlu pinda supaya ahli parlimen dan ADUN hanya dibenarkan pegang 2 penggal sahaja. Menteri yang ada semua bukannya boleh berfikir dengan betul. Menteri kita banyak barang expired dan recycle dari zaman Dr M. Kalau kat Parlimen tu, golongan macam kita ni jugak yang kena standby kat belakang diorang untuk tolong jawab atau carikan jawapan kalau disoal oleh pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasakan pakatan rakyat lebih berinovatif dalam merencanakan program kebaikan untuk rakyat juga mengenang jasa guru dengan cadangan kenaikan gaji RM500, diharap lepas guru dipanjangkan kesemua kakitangan awam hendaknya, satu cadangan PR untuk menghapuskan TOl wah ! satu yg benar2 mengembirakan rakyat, juga dikatakan rakyat akan dibekalkan sistem wifi secara percuma diseluruh Malaysia, kami sebagai penjawat awam juga menghrapkan agar dihapuskan kadar faedah pinjaman perumahan seperti yg telah dibuat di negeri Kelantan

Tanpa Nama berkata...

Bagi kakitangan kontrak usah bimbang pakatan rakyat yg lebih bersifat kebajikan akan mengatur program yg lebih kemas bagi diserapkan ke jawatan tetap, insallah, yg pentingnya kita perlu yakin mau berubah, kita yakin bumi Malaysia ini kaya dan lebih maju sertaberkebajikan sekiranya dipimpim oleh mereka yg beriman, bijak, jujur, dan berintegeriti, insallah.

DACING SEIMBANG berkata...

PR menampakkan visi yg jelas untuk membela rakyat demi menjaga kebajikan rakyat.BN jelas telah silap langkah dengan memomokkan pembangunan dan mengatakan ekonomi sedang meningkat di samping slogan demi slogan ..padahal apa yg jelas rakyat terbanyak semakin terhimpit dengan kos sara hidup yg meningkat..para PA (yg bijaksana shj) telah dapat memikirkan dengan rasional..jadi perubahan akan berlaku di PRU13

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...bahang pilihanraya Dun Tenang dah mula terasa! Tiba2 Kem Kerjaraya dpt duit 700 juta nak besarkan jalan di kawasan sana sejauh 62km! Sahabat2 yg di Putrajaya dah dikerahkan tenaga mcm buruh paksa kena tinggal anak & bini untuk bertugas di sana!

Mana CUEPACS? Boleh ka PA jadi alat parti politik? Si Presiden Bapuk tu buat apa? Lebih dari bapuk siam! Isu Penjawat Awam dipergunakan semasa pilihanraya tak pernah disebut! Dah laa kebajikan PA tak jaga...si musibat2 Menteri dengan suka hati arahkan PA bertugas untuk kepentingan Anak Haram PM!!!!

mastura, E17, PJ berkata...

PA amat wajar dikerah membantu jentera BN, siapa x suka sila berhenti sebab BN dah byr gaji, PA xde hak utk menolak.

Marilah kita mengukuhkan jati diri BN membela nasib PA. Ketepikan perasaan palsu bahawa kenaikan barang berlaku, itu semua fitnah pembangkang

Tanpa Nama berkata...

Apakah kenyataan anwar ini benar ke?
sama2 kita nilaikan ?

http://www.youtube.com/watch?v=SBjkSzSQE1U

Tanpa Nama berkata...

siapa yg cakap mly lemah? - UMNO!
siapa yg cakap mly perlukan tongkat? UMNO!
UMNO yg semai pemikiran yg cetek ni.
kaum lain hirup udara sama, makan makanan sama, tinggal di tanah yg sama, pergi sekolah sama, universiti pun sama. tp kerja lagi bes. duit lagi banyak.
apa yg buatkan mereka lagi 'kuat' drpd kita?
sebab bagi mereka, takde orang yang cakap mereka lemah. dan mereka tahu mereka kena kerja lagi kuat daripada kita yang bertongkat.
dah 50+ tahun merdeka, tapi sama saja status org mly. sbb semua duit hanya dicuri kroni-kroni UMNO!
sokonglah UMNO lagi, dan jadilah kaum yg paling lemah selamanya, dari segi ekonomi, dan juga mentaliti.

Tanpa Nama berkata...

Apa jawatan sebenar Presiden Cuepacs ni? Dia ni gred berapa dan dalam bidang apa? Kumpulan P & P tak leh jadi Presiden Cuepacs ke?
Pada aku dia ni tak ada tokoh menjadi seorang pemimpin..minta naik gaji PA pun ketaq lutut bila kena gertak dengan orang Najib.

Tanpa Nama berkata...

Mastura engkau ni benar2 dungu dahlah kau ampu gila siap letakan gred gaji sebenarnya kau ni buta hati dan buta maklumat kau tak tau atau buat2 tak tau harga barang sekarang semua dah naik pampers kau pakai selalu tu pun sekarang dah naik, tak taulah aku kalau kau tak pakai pampers tu kau pakai buatan sendiri punya, kau pegi kedai sekarang kau tengok minyak masak kampit mane pegi ? bawang sekarang berapa sekilo ?, ikan kembong makanan yg sering dimakan oleh standard gred 17 tu berapa sekilo?,jgnlah terlalu bebal nak mengampu sebenarnya hanya tertipu dgn diri sendiri aja, akhir kata minta maaf kalau terkasar bahasa.

BIJAN HAMSOR berkata...

ANAK CUCU SAYA AKAN MERANA JIKA PR MEMERINTAH.. HUHUHU..YANG BENAR, BIJAN.

Tanpa Nama berkata...

PEMIMPIN KITA SEMUANYA BEBAL TAK CERDIK MACAM NEGARA JIRAN. APA YG DORANG TAHU NAK CARI KEUNTUNGAN KRONI . BERTIKAM LIDAH DALAM PARLIMEN PUN MACAM BUDAK2.

Tanpa Nama berkata...

Hehe...ko dah penah di merana kan oleh PR ke Bijan.PR tak penah memerintah negara.bila masa plak dia buat ko merana..bukan BN ke yang buat kita sume merana,harga barang naik dll sengal.akai tarak.

kefifitan berkata...

mastura, E17, PJ berkata...
PA amat wajar dikerah membantu jentera BN, siapa x suka sila berhenti sebab BN dah byr gaji, PA xde hak utk menolak.

Marilah kita mengukuhkan jati diri BN membela nasib PA. Ketepikan perasaan palsu bahawa kenaikan barang berlaku, itu semua fitnah pembangkang

woii kalau xtau peraturan sbg penjawat awam, baik ko berenti je la mastura oii.bikin malu gred E17 je.ptut pun sengal,gred 17 mmg cmtu.bkn semua la,sebahagiannya la.

Tanpa Nama berkata...

Setakat jadi pecacai tak bawa kita kemana2 mungkin dapatlah upah sikit2 macam jaga pondok panas dihari pilihanraya, lepas tu minyak naik, barang naik kau juga yg merana keluar duit, pemodal yg bekal barang pelabur saham minyak semua kaya raya, kau mastura ada dapat saham minyak petronas exonmobil atau shell ke ?, kau tengok bila saham mewah nak apungkan di bursa saham siap yg duduk depan2 majlis, kau tak nampak ke ? itu semua pemodal2 terkemuka bank bila2 tak ragu beri pinjaman beli saham2 tu bila diapungkan jual aja dah jadi kaya raya

Tanpa Nama berkata...

dok eh..sokong lg BN tue

Tanpa Nama berkata...

Penjawat Awam Yg Cerdik Berkata,

Kalau rakyat memilihkan pemimpin seperti yang digariskan dalam Islam iaitu yang mampu mentadbir negara dengan baik, tidak rasuah, tidak membazir wang rakyat, tidak salah guna kuasa serta mengkayakan kroni dan saudara mara, InsyaAllah rakyat dapat hidup lebih baik daripada yang dinikmati sekarang.

Penyokong UMNO (akan sokong PR kalau Najib takut berdebat) berkata...

Najib,buktikan la pada rakyat yang janji 100 hari pakatan rakyat tu boleh menyebabkan negara muflis. tolong la buktikan dengan berdebat bersama anwar. jangan bikin malu UMNO BARISAN NASIONAL.

Ahli APCO berkata...

berani ke yob orang UMNO ni.. diorang mane ade teloq..baling batu sembunyi tangan..

Tanpa Nama berkata...

DIA TU MEMANG PENGECUT.CAKAP AJE LEBIH TAPI DIBAWA BERDEBAT KECUT..
MARI KITA TUKAR KERAJAAN.KALAU PR DAPAT TUNAIKAN JANJINYA APA SALAHNYA.BELOM CUBA BELUM TAHU.BERILAH PELUANG KEPADA PR UNTUK MEMERINTAH.KALAU TAK BAGUS KITA TUMBANGKAN DALAM MASA 5 TAHUN.
HIDUP PR....GO 2 HELL BN.

Tanpa Nama berkata...

APA MACAM, ADA BERANIKAH KALAU DEBAT SECARA ILMIAH... BAK KATA ORANG MUDA... ADA BRAN

Tanpa Nama berkata...

Copy dan Paste kan add dibawah ini

http://www.youtube.com/watch?v=SBjkSzSQE1U

pastikan anda dapat nilai dari You Tube ini, benarkah atau tidak

Tanpa Nama berkata...

Ayat ini sangat penting. Anwar dan PR kata tak muflis. Najib dan BN kata janji 100 hari boleh muflis. Tak mungkin kedua-duanya benar. Salah seorang berbohong. Tapi siapa?

Najib ada pakar ekonomi. Anwar ada pakar ekonomi. Masing-masing sediakan fakta dan angka. Bentangkan dalam debat itu. Apa takut? Najib kata debat tidak mendatangkan hasil. Siapa kata?

Atau takut kalah dengan janji ‘kosong’ PR itu. Kalau sungguh BN mendahulukan rakyat, Najib mesti bersedia berdebat dengan Anwar, dan biarkan rakyat yang menonton secara langsung dalam TV itu menjadi hakimnya.

Justru, apa penyelesaian terbaik? Ia tidak lain melainkan satu debat terbuka antara Najib dan Anwar mesti diadakan. Di Amerika, UK dan beberapa negara lain, termasuk negara haram Israel, rasanya, boleh mengadakan debat antara pemimpin tertinggi parti.

Tanpa Nama berkata...

Najibo mana berani..x dok telo

Tanpa Nama berkata...

NAJIB DAYUS!!! TADAK TELOQ, HAPRAK!! MCM NI PEMIMPIN YG ADA?? MALANG NASIB ANAK CUCU AKU NNT...

Tanpa Nama berkata...

Pepatah org tua2 berkata ,
"Berani kerana benar, takut kerana salah"

DEBAT TERBUKA DALAM SEMUA MEDIA ELEKTRONKI berkata...

ADA BERANI....

DEBAT T'BUKA DLM SEMUA MEDIA ELEKTRONKI berkata...

ada berani

kemal shipuden (Ahli UMNO) berkata...

memang takut..najib cakap,anwar boleh demam kalau berdebat dgn najib..tp buat malu najib dan UMNO je,ckp besar dari jauh..klau anak jantan,sahut la cabaran anwar tu..jgn malukan aku yg dh lama sokong UMNO ni..

PA N17 berkata...

Bila PRU13 akan diadakan?? saya ok dengan pemerintahan DR.Mahathir. Tapi sekarang Najib hampeh.. Dulu kos sara hidup tak la setinggi mana pun, tapi sekarang setiap bulan ade ade je harga barang naik.. ish ish ish..
tak boleh jadi ni.. kalau macam ini lah situasi, mungikin PA semua akan hidup merana. kepala otak najib dikawal oleh bininya.. Kita PA bukan bodoh.. Kalau pemimpin tak betul, kita tukarkan saja.. Najib itu bukan kuasa mutlak pun.. Bagi peluang kat pakatan pulak. i tengok kerajaan pakatan selangor sekarang ok je..

Tanpa Nama berkata...

PRU 13, my vote goes to PKR, of course. BN rott in hell.

Tanpa Nama berkata...

Menteri2 BN khasnya yang melayu tu mmg sial/celaka. Macam samseng bila dlm parlimen. Bila pembangkang tegur sikit melenting, maki hamun org. Diorang ingat diorang pehak pemenrintah boleh buat ikut suka kepala mak bapak diorang. Pelajaran tinggi, perangai macam org x sekolah. Sial.
Mampos la engkau BN sial.