SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Januari 2011

CUEPACS MAHU BELA NASIB PEKERJA KONTRAK

Bernama
8/1/2011


KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memastikan nasib lebih 2,000 pekerja kontrak dalam sektor pelajaran di seluruh negara yang tidak disambung perkhidmatan mereka sejak akhir tahun lepas terbela.

Presidennya Omar Osman berkata sebagai langkah pertama, Cuepacs akan menghantar surat permohonan untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Isnin ini, bagi membincangkan masalah yang melibatkan golongan tersebut.

"Di Pulau Pinang setakat ini ada 350 pekerja yang kontrak mereka tidak disambung, di Perak 114 orang sementara di negeri-negeri lain kita sedang tunggu maklum balas daripada pihak negeri untuk statistik sebenar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS di sini.

Pada bulan lepas, beliau memaklumkan seramai 350 pekerja Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang yang berstatus kontrak bakal ditamatkan perkhidmatan mereka pada akhir tahun 2010, dan keadaan yang sama turut bakal dihadapi kira-kira 2,000 pekerja Am Rendah di seluruh negara.

Omar juga berkata CUEPACS akan berjumpa dengan agensi-agensi terlibat bagi mencari jalan penyelesaian melibatkan pekerja-pekerja kontrak dari sektor lain.

"Pada masa ini terdapat kira-kira 50,000 pekerja kontrak di seluruh negara, bagaimanapun jumlah sebenar pekerja yang tidak disambung perkhidmatan masih belum dipastikan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu perjumpaan dengan bahagian perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diadakan Rabu depan untuk membincangkan kaedah penilaian yang lebih berkesan bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk penjawat awam yang akan dimansuhkan mulai Jun ini.

-- BERNAMA

37 ulasan:

Bekas Fasilitator Schoolnet berkata...

Tolonglah dengar rintihan kami....

Seramai 1000 orang Fasilitator Schoolnet di seluruh negera telah ditamatkan kontrak perkhidmatan pada 31 Disember 2010. Untuk pengetahuan pihak Cuepacs, kami dibayar gaji oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan ditempatkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Tugas utama kami untuk meningkatkan kadar celik ICT di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru. Pelbagai program melibatkan ICT telah dilakukan sepanjang tahun 2010. Umum mengetahui, ucapan PM semasa bajet 2011 menyatakan semua PKS disambung kontrak selama setahun lagi.

Berikut merupakan sipnosis mengenai Fasilitator Schoolnet:

Program ini adalah satu program penempatan siswazah menganggur bagi membantu hal-hal yang berkaitan dengan projek SchoolNet di sekolah seluruh Negara. Ini adalah berpunca dari masalah terhadap penggunaan Schoolnet yang sangat rendah di samping isu aduan Schoolnet yang kerap menghadapi masalah.

Kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 telah bersetuju untuk mengambil seramai 1000 (3000 pada awalnya) siswazah mengganggur untuk ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Negara. Bagaimanapun apabila elaun perkhidmatan diselaraskan dengan skim siswazah mengganggur kepada RM2331.00 sebulan, jumlah FS dikurangkan 1000 orang sahaja berbanding pada plan asal iaitu 3000 orang dengan elaun RM1200.00 sebulan.

Di bawah Pakej Rangsangan 2 atau Mini Bajet, peruntukan sebanyak RM150 juta telah diluluskan kepada KTAK (kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) bagi Projek SchoolNet Fasa 2A.

Skop projek yang telah diluluskan adalah:

* penyenggaraan semua sekolah SchoolNet dari September 2009 hingga Disember 2010.
* perlantikan Fasilitator SchoolNet (FS) di 1000 buah sekolah.

Matlamat utama Fasilitator SchoolNet (FS) - membantu sekolah meningkatkan penggunaan SchoolNet di samping memberi ruang kepada graduan mendapat pekerjaan.

Skop kerja FS ini diperluaskan kepada membantu mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan semua inisiatif ICT di sekolah termasuk peralatan, latihan kemahiran ICT dan aplikasi-aplikasi yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.

FS juga berperanan dalam memberikan kemahiran ICT kepada komuniti setempat.

Perlantikan fasilitator (non-teaching) bagi mengurus, melatih dan mempersiapkan (groom) sekolah dalam penggunaan/pembudayaan ICT/SchoolNet dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Moga diberikan perhatian dan pembelaan pihak Cuepacs sebagaimana dengan pembelaan terhadap 2200 orang pekerja kontrak telah ditamatkan perkhidmatan mulai 31/12/2010. Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

Aku dah nak bulan tak di sambung kontrak...korang tidur kaaaa.....dah rase selesa sangat kaaa

Unknown berkata...

maksud aku 6 bulan...

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Usahakanlah sesuatu untuk mereka.Mereka juga ada tanggungan yang perlu diuruskan.Amat bersimpati dengan mereka tidak kira dari jabatan mana sekalipun.Lebih baik sambung kontrak mereka daripada mengambil pekerja baru kerana mereka memang sudah mempunyai pengalaman dengan tugas mereka.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah tahu jawatan itu kontrak, takyah mohon. Kontrak ini ada tempohnya diperlukan. Kalau ditamatkan kontrak, kena pahamlaa dah nama pun kontrak. Jika ditamatkan, sudah tidak diperlukan lagi. Kalau tak jangan mohon daripada mula lagi. Lepas ditamatkan mulalaa merungut, ingat status pekerja kontrak dgn tetap ini sama ker?

Tanpa Nama berkata...

Sahabat pekerja kontrak/sambilan.

Usah angan-angan kerajaan nak ambil semula / sambung kontrak, Omar Cuepacs tak akan berjaya.

Sejak dulu lagi perkara ini telah dibawa ke pengetahuan PM oleh Omar, bukan hari ini.

Berapa banyak Memorandum telah dihantar oleh Omar ke PM, Menteri, semuanya tak dilayan.

Maknanya, Omar tak berjaya dan Cuepacs hanya Jenama yang ada branded tetapi tidak RELIABLE kepada Penjawat Awam.

Tak percaya ?, kau tanyalah rakan-rakan aku yang berkhidmat sebagai PEKERJA KONTRAK/SAMBILAN
seperti Jaga, Pembantu Pejabat, Pekerja Awam, Kerani sambilan di sekolah-sekolah bawah kementerian pendidikan di KELANTAN 2008, 2009.

Berapa banyak keluhan, berapa banyak airmata telah dititiskan dan mengharap Omar Cuepacs, namun janji Omar tetap tinggal janji ....

Omar Cakap aje ... hello PM bila nak bagi Senator.

PTS N17 (PTK) PPD berkata...

bantulah kami semua yang telah ditamatkan kontrak selepas PTK dihapuskan. kerana kami semua menguruskan PTK untuk kakitangan dibawah kementerian pelajaran. kami juga membantu menguruskan peperiksaan stpm,muet,spm,pmr,upsr. kami bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Malaysia, sabah dan srawak.. contoh sperti sy mnghadapi masalah untuk bayar ptptn, yuran pengajian PJJ (degree),tanggung ibu bapa. pengalaman kami cukup banyak. ada juga antara kami sudah berkeluarga. tolonglah. kami dibawah agensi kerajaan iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia. drpd kami: bekas Pembantu Tadbir Sambilan N17 PEJABAT PELAJARAN DAERAH. kontrak kami ditamatkan pada 1/12/2010

PTD yg byk mkn garam berkata...

guna alasan bekerja, ptptn, tanggung itu ini utk paksa kerajaan teruskan kontrak kamu. wah, banyak cantik yee

kenapa x mohon swasta? sebab masa U dulu amik course yg mengarut/bukan2 senang nk lulus, score dan bangga, kemudiannya susah dapat keje kan?

lg 1 nk selesa keje x byk n gaji byk kan?

aku dh menyampah baca rayuan org2 kontrak ni, melainkan pada pekerja yg dah berbelas2 tahun tu, memang layak kerajaan pertimbangkan, tapi kalo keje br setahun dua dah nk ugut kerajaan macam2, ini dh melampau

dah la puak2 ni x setia pada umno, minta sgt kerajaan bn jgn layan mereka

nnt, x lama lgi, semua penganggur pakat minta keje kerajaan sebab mereka juga tanggung ibubapa, ptptn, hutang along, dll

kamu kena faham, jumpah kakitangan kerajaan sekarang sudah melebihi had yang patut dan efisien dalam menguruskan bayaran gaji dan emolumen, berkorban la sikit demi negara, pi berniaga tu tambahkan melayu usahawan dari melalak x bersyukur ni

Tanpa Nama berkata...

SchoolNet pun dah tamat kontrak dengan KPM. Nak buat aper lagi ada Fasilitator SchoolNet??? Benda ni sama seperti bila sesuatu kilang atau jabatan tutup, pekerja pun tamatlah perkhidmatannya.

Dengarnya sekolah semua sudah dapat surat bahawa Kontrak SchoolNet ditamatkan pada 31 Disember 2010.

Faham-faham lah ... dok sekolah nak fasi aper lagi. Carilah kerja lain ... Kerja ada banyak kat dunia ni. Tak kan tak tau, anda semuakan golongan orang cerdik pandai. Budak2 lepas SPM pun pandai cari kerja. Asal kerja kan ...

hamidun basir berkata...

penamatan pekerja kontrak bukti bahawa pembangkanglah puncanya, kerana mungkin mereka rasa pekerja kontrak enggan menyokong pembangkang, lalu mereka menghasut pengarah supaya membuang pekerja kontra

sabar semua, aku yakin hanya UMNO akan membela kamu semua

Tanpa Nama berkata...

Tolong tgk sama ni...harga barang makin hari makin naik, tp GAJI TAK NAIK!!! Sudah laa bonus tak dapat, masuk 2011 lagi menderita PA semua! Satu persatu barang naik harga...cilaka punya PM!!!! Bini buat lawatan kerja kat Arab Saudi. Bila masa dia kerja??? Sial betul...belanja duit rakyat tak kena tempat!!!!

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

kepada mereka yg mengutuk pekerja kontrak beringatlah, mereka ada keluarga untuk diberi makan. jgn terlalu menghina, rezeki ditangan allah. kepada PTD, jgn nk belagaka PTD pun ramai yg kontrak, bukan aku tak tau. PTD ni belagak pandai tp buat kerja tak reti. sebab tu ramai yg tak suka PTD masuk mengetuai jabatan. PTD setakat pemanas kerusi time miting jer wei.. PTD oh PTD, kuat kuat lagak.. hahahahahahaha!

2bz4money berkata...

Biz as usual. Cuepacs boleh membantu sekiranya ada salah laku dalam proses perlantikan/penamatan pegawai bertaraf Kontrak. Sekiranya sudah sampai tempoh penamatan kontrak, Pegawai tersebut sendiri perlu mencari jalan untuk survival kerana banyak lagi kerja yang boleh dilakukan oleh mereka. Merancanglah untuk masa hadapan.

Tanpa Nama berkata...

PTD nie bodoh semuanya bajet bijak. mengarut PTD nie main wayang depan bos. UMNO-ngok bongok

Tanpa Nama berkata...

Yang benarnya kerajaan UMNOgok dah tiada duit, tu pasal semua projek schoolnet diberhentikan. kerajaan UMNOgok bodoh pasal nk uruskan ekonomi. Utusan Meloya cerita ekonomi tp hakikatnya rakyat bawahan tau...

Tanpa Nama berkata...

org yg berstatus tetap ni sedap je becakap...pala hotak dia..klu brani ko letak jawatan cari kerja lain..ada brani????potong jari ko merayu nak keje kerajaan jugak...ckp ikut sedap je..yg si PTD ni satu hal...ko ckp kat aku ko tu mik course pe masa blajar..ramai org xsuka kat PTD ni..blagak nak mampos..keje haram xpndai buat...pastu nak blagak pndai dalam ni plak...

Tanpa Nama berkata...

mana janji kerajaan melalui bajet 2011,katanya bagi yang berjawatan kontrak akan disambung setahun lagi,tapi sampai sekolah dibuka diam sahaja,yang amat mengecewakan guru sandaran tidak terlatih (gstt) yang tiada pengalaman diambil sedangkan gstt 2010 tidak di sambung kontrak,bukan hendak mempertikaikan rezeki gstt baru,cuma mana janji kerajaan bagi kami yang ada pengalaman mengajar,berdasarkan harian metro bertarikh 3.12.10 ada menyatakan timbalan menteri pelajaran,dr mohd puad zarkashi berkata "bagi guru gstt tamat tempoh perkidmatan tahun ini mereka tidak diberhentikan,malah bagi mereka yang sudah menerima surat diberhentikan perkhidmatan,ia akan ditarik balik".

Tanpa Nama berkata...

janji palsu, hanya BN mampu

Tanpa Nama berkata...

www.jobsmalaysia.gov.my

Tanpa Nama berkata...

saper la PTD yg byk mkn garam? harap ajer PTD tp bodoh mcmne la ko jd PTD mungkin pakai kabel kot. Mana la boleh jumlah kakitangan awam melebihi had sebabnya setiap tahun ader kakitangan awam yg pencen, berhenti dsb. Lain la kalo semua kakitangan awam mcm si "PTD yg byk mkn garam" kerja sampai mati....

Tanpa Nama berkata...

khas buat PTD banyak makan garam...sikit hari lagi ko kena darah tinggi la,bnyk sgt mkn garam & lepas tu mati...so ada tempat PTD kosong..kami yg kontrak bleh mohon...nak gak rasa keje mengarah org..mcm PTD2 lain kat malaysia sekarang..satu keje pun tak bleh buat..masuk opis buat muka ketat...bila chair meeting,kumpulan sokongan tanya,apa status kontrak kami..bila kami ni bleh diserap ke jawatan tetap...jawapan plg bangang yg pernah aku dgr...KITA ADA MASALAH KEKANGAN KEWANGAN..dan terus melalut..dan jwpn balas dari kump. sokongan itu..jika benar KITA ADA MASALAH KEKANGAN KEWANGAN,KENAPA TIAP2 TAHUN ADA YG NAIK PANGKAT,NAIK GAJI,DILULUSKAN KUMP.P&P KE LUAR NEGARA..?KENAPA TAK GUNAKAN SAJA PERUNTUKAN2 TU SEMUA UNTUK TETAPKAN KAKITANGAN KONTRAK..?KENAPA PTD YG ADA DI SINI TAK BUAT PAPER JUSTIFIKASI KENAPA KAKITANGAN KONTARK INI PERLU DISERAP DAN HANTAR KE JPA..YG TUAN PENGERUSI BUAT,PAPER KENAIKAN PANGAKT,MENGAPA SI POLAN BIN SI POLAN HARUS DI NAIKAN PANGKAT? muka PTD terus berubah...jwpn PTD bebal ni,u tanya sendiri kat pengurusan tertinggi...

inike kualiti PTD yg ada dlm agensi kerajaan,baru kena ngan staf sokongan,blum kena ngan menteri...so elok la PTD mcm ni blah dr kerajaan...

sebab pertama...korang tak bleh membela kerajaan..

sebab kedua...korang tak bleh nak sampaikan dasar2 kerajaan..

sebab ketiga...korang tak tau buat keje..yg tau bg arahan..lepas tu claim keje tu korang buat...

PTD bnyk mkn garam pun sama jer..sebab inilah sebahgaian kualiti PTD yg ada. bukan semua PTD mcm tu..tapi hampir yg muda2 mcm tu..belagak jer tau..baju mesti ada CUFFLING,kalau takda bukan PTD...kalau cerita bab politik..

korang tak caya,korang suruh PTD bnyk mkn garam cerita kat sini apa tu wawasan 2020...?aku cabar ptd bnyk mkn garam...

PEJAWAT AWAM KONTRAK..BLADE

Pak Arab Tua berkata...

PTD makan garam...

Ulasan angkuh, sombong dan bongkak macam JPA ni macam bapak ente yang punya......

INgat pada yang Maha Tinggi, bila2 masa dia boleh terbalikkan ente jadik makhluk paling hina......

Ente bercakap tak serupa kelulusan ente, ana ingat bila belajar tinggi berjawatan tinggi ente semakin tunduk merendah diri bak resmi padi, tapi ente ambil resmi ayam jantan, dahlah bekokok semakin mendada tapi juboq penuh tahi....

Kepada CUEPACS, tengok2lah nasib kakitangan kontrak di Jabatan Agama, Majlis Agama.....kerja banyak, tanggung jawab besar tapi status kontrak diberi....

Begitu juga guru2 agama Negeri Johor.....mereka bersusah payah mendidik anak bangsa Melayu Muslim yang bermacam2 kerenah......

Belalah nasib mereka juga......jangan mereka diketepikan........

mereka juga manusia yang punya keluarga dan keinginan.......mereka bukannya wali yang mana setiap kali lepas solat ada terselit note RM 50........atau boleh berjalan atas air, atau boleh tukarkan air jadik minyak Honda Cub......

Mereka juga manusia...

PTD utara berkata...

g mampus la sama kontrak, selalu curi tulang..harap UMNO jangan layan tuntutan diorg ni dan yang pasti UMNO takkan layan sbb diorg ni x berguna sangat pada negara...hidup UMNO

Tanpa Nama berkata...

hahaha...ayat PTD utara dah menunjukkan tahap kecerdikan akal dia..

saudara PTD utara...kenapa la ada lg manusia bebal mcm awak...apa yg PTD bleh buat untuk bantu UMNO..nak berkempen pun tak bleh...ada berani kita sama2 turun DUN tenang..kempen sesama untuk UMNO...duduk barisan depan sekali masa penamaan calon..jgn lari bila berhadapan dengan pembangkang..ada berani?kalau berani kita sama2 turun...setakat menyalak dlm ni kononnya menyokong UMNO tak guna bro...tunjukkan melalui tenaga...

aku org UMNO,no ahli pun ada..nak ker..nak aku bleh bg ko..aku bukan jenis pakai CUFFLING punya kaki,so aku berani turun untuk bersama2 ahli UMNO yg lain berkempen..bukan setakat menyalak dlm blog...mengatakan PTD menyokong UMNO...

Penjawat Awam Kontrak..BLADE..

Pak Arab Tua berkata...

PTD Utara yang bodoh!

Siapa curi tulang?

Kalau bangsa tahu mengarah macam nilah....

Enta ingat JPA ni bapak enta yang punya?

Kalau enta tahu mengarah tapi tak tahu hormat orang patut sangat enta kena FUCK OFF...

Tanpa Nama berkata...

PTD.....Tolong jgn berlagak.....kalau masuk pun guna kable........baik tak payah nak show off.......klu aku jadi ko,aku lebih baik berdiam diri dan bersimpati........jgnla nak cakap ko dapat PTD sebab ko memang berkebolehan......igt semua org tak tahu

Tanpa Nama berkata...

Rish2 berlagak nye PTD asam garam ngn PTD utara..sekali tuhan tarik balik rezeki ko tu padan lah muka masa tu barulah nk ingt time ada keje elok..Kalau nk ikt kan PTD nie mmg bukan semua blh harap.bila dapat minit dari bos je terus bg ank buah keje tanpa soal selidik lepas 2 berlagak nk kwn ngn sama level je tambah ngn mengarah lagi..kepada PTD yg berlagak nie ko ingt org PKS/SAMBILAN ni dok goyang kaki je ke tak wat keje padahal yg smbilan ni lagi byk wat kje lpas2 keje dah 3 4 tahun tp wat lah interview utk serap tetap padahal kat opis aku keje nie ada je jawatan ksong apalah salah serap jekan tp kedekut sgt..x taulah nak cakap ape??

Tanpa Nama berkata...

Biar la yang dah hebat seperti PTD mkn byk garam dan PTD utara terus menyalak dengan laungan kebanggaannya. Saya mungkin nak bagi pandangan yang mungkin boleh dijadikan panduan. Mmg betul orang mcm saya ni memohon jwtn dan jelas dgn terma yang ada dalam perjanjian semasa menandatangai surat kontrak. Oleh kerana dah disambungkan kontrak selama 5 tahun mesti ada satu pengharapan untuk dapat jawatan tetap. Jelas dengan kekangan kewangan dan ekonomi malaysia yang tak stabil menyukarkan permohonan insan yang hina mcm saya ni untuk mendpt jawatan tetap.

Cuba kita jgn fikir esok atau lusa. Apa kata kalau Cuepacs memikirkan perancangan dalam masa 5 atau 10 tahun dengan kaedah seperti berikut:

1. Cadangkan kepada kerajaan supaya menutup semua tawaran pekerjaan status kontrak dan sambilan di seluruh negara.

2. Oleh kerana terlalu ramai pekerja kontrak yang ada terutamanya di sektor pendidikan seperti di UPM. mungkin kaedah penyelarasan di setiap jabatan perlu ada. penyusunan yang sistematik mungkin dapat membentuk satu carta organisasi yang lebih efektik.. dari kita buang staf dan bila tidak mencukupi kita ambil balik.

3. staf kontrak yang sedia ada di tetapkan berperingkat berdasarkan SKT dan penilaian serta prosedur pengambilan seperti biasa. proses Interviu dan lain-lain (staf kontrak sahaja) dan disitulah ada penyusunan penempatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan keupayaan kami. Jika seseorang tidak berjaya barulah mereka boleh dinilai sebagai tidak layak dan notis pemberhentian mungkin dinyatakan sehingga tamat kontrak staf tersebut (mungkin ada cadangan lain yang lebih sesuai).

proses ini mungkin mengambil masa yang lama dan byk kerja yang perlu dilakukan.. tapi ia lebih sistematik dah terperinci (kalau unsur KABEL besar dapat dibendung)

Terima kasih.

Bagi Cadangan lebih baik dari menyalak....

Tanpa Nama berkata...

orang biasa :

Wahai orang yang menggelarkan nama ptd tu..tolong la berfikiran terbuka dan bukan menghina dan mencemuh..kalau tak tak relevan lah perkataan "diplomatik" ..ptut nya kita sama-sama pikirkan cara penyelesaian dan sistem rekruit yang lebih efektif untuk mengelakkan post kontrak samaada :contract for service" or contract of services dikurangkan..

Tujuan kita sama untuk berkhidmat untuk negara,bangsa dan..jangan claim manusia adalah sama pada pandangan anda..(malas bla bla bla)..yang malas tu mmg ptut la kene brenti kalau yang bagus bukankah merugikan negara dari segi kewangan negara nak rekrut orang lain yang zero..

Tolong lah encik ptd..jangan memalukan ptd2 lain ...behave ur self n ur word..attitude tu yang paling important ok...kalo saya bos awak saya da suggest pengurusan turnkan awak jadi kontrak..

N41 (Kontrak) berkata...

jujurnya ulasan pegawai PTD berdua ini menunjukkan betapa tidak matangnya fikiran anda berdua. mengaku lebih mkn garam, tp garam tu mungkin racun. tidak boleh saya bayangkan jika bertugas sesama anda berdua. Tidak perlu dihina kami yang kontrak, sedikit 'empathy' dari anda sudah memadai dan bukan caci. Jangan ingat kami tidak membuat kerja spt anda. Beban tugas saya jika dieserahkan kepada anda berdua belum tentu dapat anda selesaikan dengan baik.. satu lagi, pekerja kontrak ni semua penyokong pembangkang ke??tolong tulis berdasarkan fakta..rendahnya tahap pemikiran anda berdua..saya simpati

PTD berkata...

Pertamanya saya ingin memohon maaf kpd yg tersentuh atau terasa dgn komen PTD's sebelum ini..

Sepertinya itu adalah pandangan individu ataupun komentar bersifat provokasi hanya untuk memperburukan sesuai Skim itu.

Kini Kerajaan melalui SBPA dh membuat perubahan..mna2 skim, sesiapa saja boleh memohon untuk mengisi jawatan tinggi kerajaan..asalkan anda layak..tidak semestinya PTD.

Jadi marilah kita muhasabah diri, perbaiki diri untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.Tidak perlu menghina sesiapa, sama ada kontrak atau tetap semuanya penting kepda negara.

Tanpa Nama berkata...

Memang kami tahu, pkerja kontrak kena fhm dgn syarat2 awal yg dberi, dibuang jika xperlu. Tp kerajaan kenalah pandang dr segi pengalaman plak. Dah 9thn keja d unit pntadbiran, kenapa xambik je masuk tetap?

tiada nama berkata...

salam,

Kenapa dalam pekeliling perkhidmatan bil 1/2012 kenaikan gaji, hanya layak kepada pekerja tetap, pekerja sambilan,pekerja kontrak (contract of service) dan guru sandaran. mcm mana nasib pekerja Contract For service?? bukankan mereka juga bekerja di dalam kerajaan? apalah nasib mereka sekeluarga. tambahan lagi kontrak ini tiada diperuntukkan caruman KWSP..

Tanpa Nama berkata...

Tolong CUEPACS semak semula samaada kakitangan Contract For service layak menerima kenaikan gaji seperti yang diumumkan oleh PM. Kami pun berkhidmat untuk kerajaan, jika kakitangan sementara layak menerima kenaikan gaji ini, kenapa kami ini tidak layak pula. Minta Dato perjuangkan hak kami.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya hanya GSTT yang diserap. Bagaimana dengan nasib pekerja kontrak yang lain? Tiada pembelaan sewajarnya.

Tanpa Nama berkata...

Dah tahun 2013 tapi tiada tindakan. Berbeza dengan GSTT, nasib mereka terbela. Mereka diserap ke jawatan tetap.