SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Januari 2011

DESAK CUEPACS TANGGUH AKTIVITI

Harian Metro
27/1/2011



KUALA LUMPUR: Sepuluh kesatuan sekerja yang menghantar memorandum bantahan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) kerana mendakwa berlaku penyelewengan pada Konvensyen Cuepacs ke-25, mendesak agar Cuepacs menangguhkan sebarang aktiviti sementara menunggu hasil siasatan JHEKS.

Presiden Kesatuan Kakitangan Am Mardi, Ramli Omar berkata, sehingga kini keputusan belum diketahui dan Cuepacs seharusnya menangguhkan sebarang aktiviti bagi menghormati hasil siasatan itu kelak.


“Ini kerana sebarang keputusan yang dibuat JHEKS kelak akan menentukan kesahihan barisan kepemimpinan Cuepacs sekarang dan ini bermakna aktiviti yang dijalankan mungkin tidak sah dari segi perlembagaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau juga berharap JHEKS mengeluarkan arahan secara bertulis kepada Cuepacs untuk menangguhkan sebarang aktiviti serta-merta sehingga hasil siasatan diumumkan.


“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kami tidak mempunyai agenda tersembunyi dalam perkara ini dan bantahan yang dikemukakan semata-mata kerana pemilihan tempuh hari tidak dijalankan mengikut perlembagaan,” katanya.


Kumpulan kesatuan sekerja berkenaan mendakwa Konvensyen Cuepacs ke-25 pada 21 hingga 25 Disember lalu tidak sah kerana beberapa insiden dan pelaksanaan konvensyen yang didakwa tidak mematuhi perlembagaan, peraturan dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bergaduh lagi....?!!!

2bz4money berkata...

Rumah siap, pahat pun berbunyi..Tapi manakan pohon bergoyang kalau tak ditiup angin..

halim Jempol berkata...

akibat jika x bersatu dibawah BN. minta Cuepac sertai gabungan rakan BN, agar perjuangan menegakkan ketuanan melayu tidak berubah. Org PA yg sokong pas perlu diingatkan agar jgn menunjuk alim dgn memakai tudung dan kopiah di tempat kerja.

Tanpa Nama berkata...

Halim Jempol cakap tu memang betul sebab itulah wanita Umb no ramai tak pakai tudung supaya tak tunjuk alim kerana umb no memang parti fahaman sirkular (hal dunia politik tak ada hubungan dengan akhirat), dan UMb no parti perkauman, tapi perlu ingat bila mati nanti malaikat tak tanya apa bangsa kamu tapi akan tanya apa agama kamu.

Fahaman Islam yg betul agama meliputi keseluruhan kehidupan dari masuk ketandas keluar tandas sampai tidur dan memerintah negara hubungannya hidup didunia ini akan melibatkan perhitungan hingga ke akhirat kelak, waullah hu alam

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd penjawat awam! Makin ramai yg benci pada BN dan berpaling tadah kpd PKR. Guru2 mula sedar akan kebinasaan yang bakal dibuat oleh BN sekiranya kekal perintah negara. Selagi pompuan celaka Rosmah tu masih ada...jahanam duit rakyat dikerjakannya! Suami dayus sama laa jugak mcam presiden Cuepacs yg bacul!

Cucu Mat Kilau berkata...

Pi lahhhhhhhhh, cakap pandai, bagi memerintah beberapa tahun dah kucar kacir, haru biru. Ini macam ka mahu memerintah. Lihatlah sendiri kemakmuran dan keamanan yang kita kecami ini. Sampaikan berjuta pekerja asing mahu kerja di Malaysia. Sanggup gadai nyawa untuk datang ke Malaysia.
Hanya yang buta mata dan buta hati ajer yang merasa Malaysia ini teruk.
Sendiri mahu ingatlah.............
Kalau tak suka duk Malaysia pergi berambuslah, duduk di negara lain.

Janganlah jadi kuda tunggangan @ Penjilat jubo Bangsa asing yang ingin melihat Melayu Hilang kuasa di Tanah Air sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Pentadbir yg bijak tak perlu bawa pekerja asing yg begitu ramai akhirnya mecetuskan gejala yg kurang sihat dalam negara, petadbir atau pemerintah yg baik ia akan berlaku adil semua kekayan akan dikecapi bersama rakyat bukan hanya segelintir sahaja

Tanpa Nama berkata...

Cuba kita lihat bagaimana kerajaan Kelantan telah tidak mengenakan faedah bagi pinjaman perumahan kakitangan kerajaan, cuti kepada ibu bersalin 90 hari, keraja 5 hari semingu, dan banyak lagi telah pun diiukt oleh kerajaan pusat.

manaf Jeli berkata...

itu semua cadangan dari UMNO Kelantan sebenarnya, telah diciplak oleh PAS, x mungkin PAS memeikirkan kebajikan, hanya UMNO yang betul2 layak memerintah Kelantan.

Talib berkata...

saya mewakili semua PA memuji usaha gigih dan inisiatif Rosmah semasa di luar negara dalam membantu kerajaan mencari idea dan penyelesaian dalam memperbaiki kehidupan rakyat, sekaligus mempromosikan nama Malaysia kepada masyarakat luar. Hidup BN,

Tanpa Nama berkata...

Kesiannye Rosmah pulak yang kene kerja promosikan Malaysia pulak.. Mane la agaknye menteri2 yang dilantik PM? Sibuk berkempen je kot.. x wat keje ke..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pada rakyat Selangor yg bijak menetukan masa depan mereka, Ayer percuma, wang khairat kematian RM2,500, Sumbangan pendidikan utk anak2 ke IPT RM1,000,
dan sama2lah kita nantikan janji baru 100 hari akan hapuskan tol secara beperingkat2, RM500 tambahan pada guru2,bila tol dapat dihapuskan insallah harga barangan akan dapat dikawal kenaikannya,hapuskan rasuah, kajisemua kemasukan pekerja2 asing

Tanpa Nama berkata...

Bagimana pada mereka yg menyokong BN adakah masih dapat juga kebajikan2 dari kerajaan Selangor,

Jawabnya insallah selagi dia sebagai rakyat negeri Selangor mereka masih berhak mendapat kebajikan tersebut.

Ooh kalau benar begitu terynata inilah kerajaan yg benar2 perihatin akan kebajikan rakyat, negeri kaya dapat dikecapi oleh rakyat juga.

Tanpa Nama berkata...

bbz4money.... lu macam sesumpah la..

Tanpa Nama berkata...

SAYA CADANGKAN KAK ROSMAH DILANTIK JADI SENATOR..DAN JADI MENTERI..DIA SEORANG IDEALIS...KITA PERLUKAN SEORANG WANITA SEPERTI BELIAU..