SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Januari 2011

JPA MINTA PEGAWAI AWAM BERI MAKLUM BALAS UJIAN GANTI PTK

Bernama
2/1/2011



KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta pegawai awam memberikan maklum balas kajian terhadap bentuk dan ciri penilaian kompetensi yang akan dibangun bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan tahun ini.

JPA menerusi laman sesawangnya berkata mereka boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang 'soal selidik pandangan Pegawai Awam terhadap Penilaian Kompetensi menggantikan PTK' dan memberi respons secara talian.

Borang berkenaan mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat responden, kaedah penilaian menggantikan PTK dan ciri-ciri penilaian baru, kata JPA.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa hari ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas, dan akan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima penjawat awam yang dijadual dilaksana Jun tahun ini.

-- BERNAMA

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam semua rakan2 PA..saya kira tindakan JPA mohon maklum balas/response mengenai ujian ganti PTK dari kita PA amatlah dialu2kan..tapi pada pandangan saya dan dari segi priority ianya wajarlah dibawa perbincangan dahulu dengan kesatuan yang mewakili kita..CUEPACS.. permasalahan mengenai PTK ini CUEPACS lebih arif, kerana Ajk yang ada merangkumi dan mewakili semua gred2 jawatan yang ada..mohon mencadang..tk

Tanpa Nama berkata...

tidak perlu sebarang kaedah penilaian lagi.semuanya tidak sesuai! tugas yang diamanahkan semuanya mencapai sasaran,malah melebihi sasaran yang ditetapkan.Lulus PTK,tetapi kerja macam hampeehh buat apa?
Ambilkira sahaja aspek-aspek berikut:
1.SKT dan KPI yang ditetapkan.
2.Tempoh kursus-kursus yang telah dihadiri.
3.pengalaman dan kemahiran dalam pelbagai bidang tugas.
4. tempoh perkhidmatan.
5.Semua jenis peperiksaan yang dilulusi.Contoh KPSL,ISAC dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau sistem yg selama ini tidak sesuai diguna pakai pd PA bagi m'gantikn PTK apa lagi kita gunakan saja pengalaman kerja PA siapa yg telah lama berkhidmat diutamakan naik pangkat dan gaji bagi mereka yg layak tidak melanggar tatatertib perkhidmatan awam saya rasa ini sangat sesuai utk PA. Bagi PA yg telah menunjukkan prestasi yg cermelang telah lulus peperiksaan yg diperkenalkan oleh jabatan seperti KPSL mempunyai Ijazah diberi peluang naik pangkat mereka bersesuaian dgn kelulusan tak payah banyak birokrasi buat temuduga dan apa2 lagi, hanya ketua jabatan masing2 yg memberikan maklumat kakitangan mereka dari semasa ke semasa melalui HARMIS yg telah diisi oleh PA itu hendaklah diberikan kpd SPA utk pemilihan kenaikan pangkat dan gaji.

Tanpa Nama berkata...

serapkan semua pegawai awam yg masih kontrak. ada prestasi dikalangan mereka lbh baik dan cemerlang drpd pegawai tetap yg bekerja mcm hampeh belagak hidung tinggi.

Tanpa Nama berkata...

sempat lagi budak kontrak atas aku ni...nak komen,komen jer la...yang poyo sgt tambah2 tu kejadah ape.

Rahman Nanyan berkata...

sistem kenaikan pangkat dan penilaian amat tidak adil, spatutnya keahlian Umno perlu diambilkira. Saya amat kesal kerana ada penyong parti lawan juga mendapat APC dan kenaikan pangkat. Ini mengecilkan hati ahli Umno yg bertungkuslumus memperjuangkan parti.

Kerajaan juga perlu mengarahkan SPRM utk menyiasat tindakan beberapa pegawai yang enggan menurut arahan ketua bahagian Umno.

Tanpa Nama berkata...

Elok lah sdra Rahman Nanyan. Saya sokong supaya semua ahli UMNO yg kerja kerajaan dinaikkan pangkat walau pun l_m__b, p_m_las dan asyik meninggalkan kerja kerana ada urusan parti. Macam tak faham pekeliling kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

PA kontrak tu kenapa merungut dah tahu jawatan tu kontrak kenapa minta kalau habis kontrak tentulah perkhidmatan anda ditamatkan mana ada kerajaan beri anda jawatan tu tetap jangan mimpilah kerajaan akan ambil kami dari kalangan ahli UMNO saja utk jawata tetap tu. PA kontrak bersedialah anda utk ditamatkan perkhidmatan anda.

Latip Boriba berkata...

kami amat yakin bahawa seluruh juruteknik kekal mendokong BN dan tidak percaya tohmahan pembangkang kononnya harga minyak mahal dan sebagainya. Itu fitnah dan cuba menggugat keutuhan kepimpinan UMNO yang nyata amat berjiwa rakyat dan beriman. Kami minta hanya ahli UMNO sahaja dibenarkan mengundi para pilihanraya akan datang

Tanpa Nama berkata...

Yang dah dekat nak bersara tak perlu lagi ujian atau penilaian..pangkat pun tak mau dah..yang penting teruskan kenaikan gaji tahunan tanpa disekat..kos sara hidup meningkat setiap tahun..maksimum dah 7 tahun gaji tak bertambah apa cerita..tu pasal la dok harap bonos setiap tahun..

Tanpa Nama berkata...

Ujian apa lagi nak pencen dah.
6 tahun dah reja gaji maksimum,
option 58 kena reja lagi 5 tahun,
bermakna 11 tahun reja tanpa kenaikan gaji.....kalo kilang kicap buat macam tu boleh la ngadu kat kerajaan.....nak option 55 tak dapat ganjaran nak ngadu kat sapa...

Tanpa Nama berkata...

cuepacs arif ke mewakili gred apa? Arif dari segi apa? Nak kata pendidikan semua tak pandai pun.. sebab tu susah nak menyakinkan kerajaan untuk membuat tuntutan.. Hak PA untuk memberi respond tentang ptk jangan harap kan cuepacs sebab nanti sebab diorang yang dicakap arif semua PA akan menderita...

Tanpa Nama berkata...

Pekerja yang berumur 50tahun keatas kebanyakannya dah maksimum.
Apa salahnya depa ni terus diberi
Kenaikan pangkat tanpa syarat untuk menyelesaikan masaalah gaji mati supaya dapat mengimbangi kos sara hidup yang meningkat setiap tahun.

PTS (PTK) PPD berkata...

bantulah kami semua yang telah ditamatkan kontrak selepas PTK dihapuskan. kerana kami semua menguruskan PTK untuk kakitangan dibawah kementerian pelajaran. kami juga membantu menguruskan peperiksaan stpm,muet,spm,pmr,upsr. kami bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Malaysia, sabah dan srawak.. contoh sperti sy mnghadapi masalah untuk bayar ptptn, yuran pengajian PJJ (degree),tanggung ibu bapa. pengalaman kami cukup banyak. ada juga antara kami sudah berkeluarga. tolonglah. kami dibawah agensi kerajaan iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia. drpd kami: bekas Pembantu Tadbir Sambilan N17 PEJABAT PELAJARAN DAERAH. kontrak kami ditamatkan pada 1/12/2010

Tanpa Nama berkata...

harap sistem yg akan mgantikan PTK nti akan mberi kelebihan kpd PA yg telah lama berkhidmat dlm kerajaan.hargai sumbangan kpd mereka2 yg selama ini kita anggap 'terlepas pandang'.mgenai kenaikan pangkat dan gaji,beri keutamaan kpd mereka yg mpunyai kelayakan akademik seperti diploma dan ke atas.dgn ini,PA yg baru dilantik yg hanya memiliki SPM dan sijil sudah tentu akan bercita2 untuk memiliki sekurang2nya diploma untuk kenaikan gaji dan pangkat.sudah tentu dapat menaiktarafkan nilai seseorang PA di masa akan datang..tak lupa juga kpd mereka yg telah melangsaikan hutang pinjaman pelajaran kerana dari situ kita dah nampak tanggungjawab dan amanah yg telah mereka laksanakan kpd kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

apa kata kalu lulus je PTK aras 3, terus je kekananan, tak payah tunggu kekosongan... sebab kalu kosong pun x banyak.kurang2 nilah harapan PA nak nambah pendptan sikit... buat je mcm polis 3 tahu je naik L/Kopral... PA dah usaha utk lulus.. jadi beri je peluang naik kekanan dan up gaji sikit... nak cecah gaji 2,000 pun punyalah lama... baru nak pendptan tinggi PA yg dok ada pun dah pencen...
Harap CUEPACS dan yg sewajarnya dpt mempertimbangkan harapan ini...