SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Januari 2011

MINDA PENGARANG: PENILAIAN BARU MAMPU TINGKAT MOTIVASI KERJA PENJAWAT AWAM

Berita Harian
2011/01/21



SISTEM penilaian baru yang bakal diperkenalkan kerajaan bagi menilai prestasi kakitangan awam menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) diharap dapat mengatasi beberapa masalah yang timbul dalam pelaksanaan PTK sebelum ini. Kita percaya sistem penilaian baru itu yang akan dilaksanakan selepas pemansuhan PTK berkuat kuasa 1 Januari lalu dapat memuaskan hati semua pihak, terutama kakitangan awam. Kita mahu pelaksanaan sistem penilaian baru itu dapat menjamin hanya kakitangan awam yang benar-benar layak dan cemerlang mendapat kenaikan pangkat dan pergerakan gaji. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2011 Oktober lalu menyedari masalah yang wujud berikutan banyak rungutan berhubung PTK. Sebab itulah kerajaan memutuskan PTK tidak lagi diguna pakai dalam proses kenaikan pangkat dan jawatan bagi sektor perkhidmatan awam. Tentunya ramai kakitangan awam menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu kerana prestasi seseorang kakitangan awam itu sewajarnya dinilai daripada banyak aspek dan tidak berdasarkan peperiksaan PTK semata-mata.

Antara aspek yang perlu diambil kira termasuk pengalaman kerja, produktiviti, pencapaian individu dalam menyumbang kepada jabatan masing-masing serta kemampuan menjawab soalan peperiksaan berdasarkan bidang tugas hakiki. Kelmarin akhbar ini melaporkan, satu sistem penilaian baru akan diwujudkan bertujuan meningkatkan prestasi kakitangan awam serta keseluruhan sektor perkhidmatan awam di negara ini. Walaupun sistem penilaian baru itu belum diberi nama khusus, kita yakin ia dapat menilai kakitangan berdasarkan tugas hakiki, pengalaman dan keunikan jabatan antara aspek utama yang akan diambil kira, berbanding PTK.

Kita sedia maklum kaedah mengukur prestasi kakitangan awam menggunakan PTK sering dipersoal kakitangan awam sendiri. Sebahagian besar kakitangan yang mengguna pakai sistem itu mendakwa prestasi kerja mereka tidak dinilai dengan tepat, malah lebih buruk wujud pilih kasih. Menilai hanya berdasarkan jawapan yang diberi di atas kertas melalui PTK sama sekali gagal mencapai matlamat melahirkan kakitangan cemerlang, produktif dan memiliki integriti. Selain penyediaan soalan objektif, ada juga berbentuk subjektif yang dikatakan tiada kaitan langsung dengan tugas hakiki dan pengalaman bekerja kakitangan.

Keadaan itu, secara tidak langsung memberi tekanan kepada kakitangan awam, terutama yang kebanyakannya hampir mencecah usia persaraan untuk mentelaah sukatan pelajaran PTK, berbanding kakitangan muda. Berikutan itu, ada kakitangan yang terpaksa meninggalkan tugas mereka semata-mata mahu memberi tumpuan kepada peperiksaan dan keadaan itu menyebabkan produktiviti terjejas. Kepada kakitangan senior yang gagal PTK mereka akan kecewa, apatah lagi melihat kakitangan baru lebih muda lulus, dinaikkan pangkat dan menjadi ketua mereka, walaupun tiada pengalaman. Apa yang membimbangkan kita disebabkan tidak lulus PTK, ada kakitangan yang memprotes secara senyap dengan tidak bekerja bersungguh-sungguh. Berikutan itu, banyak pihak, terutama CUEPACS yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam mahu PTK dimansuhkan dan digantikan dengan kaedah lebih sesuai dalam menilai prestasi kakitangan awam. Kita harap prestasi kakitangan awam akan dinilai dengan seadil-adilnya menerusi sistem penilaian baru ini agar tidak ada lagi kelemahan yang boleh menjejaskan motivasi kakitangan awam melaksanakan tugas yang diamanahkan rakyat.

19 ulasan:

Once a PA berkata...

Dengan gaji PA yang secara relatifnya jauh lebih rendah berbanding dengan PA di negara jiran (yang dulunya sebahagian daripada Malaysia), apa sistem penilaian pun sama 2x5 saja. Individu yang betul betul berpotensi awal awal sudah berhijrah ke negara yang mampu menawarkan gaji lebih rumayan. Hanya yang bodoh, malas dan yang tunggu takdir tuhan sahaja akan kekal kerja sebagai PA Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi negara yang bonus pun tidak sanggup bagi....

Papa Gomo berkata...

seorang pemunya laman Facebook, “Suara Dari Bumi” pula di dalam mesej facebooknya pula mendakwa calon PAS di Tenang, Ustazah Normala Sudirman meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

- kita sebagai PA perlu percaya dan yakin hanya UMNO yg bersih, selamat, aman dan makmur. Lihatlah diatas, pemimpin PAS semuanya suka maksiat dan rasuah, x mcm pemimpin BN yg rata2nya amat mesra, menolak harta dan hidup sederhana,

- Awas, kamu semua akan dikerat tangan jika PAS menang

Tanpa Nama berkata...

Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran.

Markom menimbulkan kontroversi awal bulan ini apabila kegiatannya berkempen untuk BN di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube.

Ini yg salah ni tak faham antara kerajaan dan parti politik

Tanpa Nama berkata...

Apa Itu Kerajaan dan Perkhimatan Kerajaan dengan parti politik ???

Sebagai untuk berkongsi bersama
Saya pernah mengikuti lursus di Biro Tata Negara dalam kursus tersebut sebenarnya memang telah diterangkan denagan jelas akan erti kerajaan Demokrasi Berparlimen,

cuma sengaja diselitkan dengan elemen2 kepartian itu kerajaan yang boleh mengelirukan kefahaman antara parti dengan kerajaan, walaubagaimanapun saya telah dapat pengetahuan yg selas dalam beberapa saolan yg dapat memberi penjelasan yg sebenarnya.

sebab itulah diatara ramai lagi dikalangan penjawat awam yang masih kurang faham akan erti sebuah negara demokrasi berpalimen dan berpelembagaan.

Sebagai sebuah negera demokrasi telah jelas dinyatakan dalam perlembagaan artikle 10 antara lain disebutkan

warga negara Malaysia termasuklah kakitangan kerajaan bebas memilih dengan lain perkataan mereka berhak nak pilih parti politik yg mana mereka suka atau mereka berhak memilih calon mana yg bertanding dalam setiap pilihanraya.

kakitangan awam juga berhak nak menyertai mana2 parti politik dan sekiranya nak pegang jawatan dalam parti itu perlu mendapat kebenaran dan pengetahuan jabatan, supaya tidak timbul nanti sesuatu yg menyalahi guna kuasa dan sebagainya

Sementara kakitangan awam atau jabatan kerajaan hanyalah menjalan tugas dari kerajaan yg telah dibentuk tersebut dan perlu bersikap adil dalam sistem penyampaian dan perkhidmatan tanpa sebarang prejudis kepada rakyat awam dan kuasa eksekutif , jabatan dan kementerian dibawah tunggak urusan seri paduka baginda.

Sekiranya kerajaan yg dibentuk itu berubah ke parti yg lain yg memerintah mereka masih lagi berhak sebagai kakitangan awam dan menerima gaji dari kerajaan

Hasil kerajaan adalah hasil yg diperolehi dari semua kutipan cukai tak kira rakyat yg sokong parti mana sekalipun.Begitu juga hasil yg diperolehi dari anak2 syarikat kerajaan.

Dengan sebab itulah rakyat juga berhak mendapat perkhidmatan dari kerajaan tak kira kerajaan mana yg telah dibentuk unutk perintah, seperti perkhimatan kesihatan, keselamatan dan sebaginya

markiman berkata...

kami seluruh jentera Umno, MCA, MIC dan Gerakan kesal kerana calon Pas yg kononnya Ustazah Normala tak mahu bersalaman dengan lelaki.. ish, buruknya perangai. ni lah akibat jika kita sokong Pas. Seperti kata MB Dato Ghani Othman silap2 nnt hukum hudud akan dilaksnakan.

Kita PA wajib menolak PAS yg anti sosial ini. BN menjadikan Malaysia sudah jauh maju dr Laos, Kemboja, Timur Leste malahan Angola, apa lg yg PA mahukan?

Ustaz Nasir Bayan Baru berkata...

orang bn umno ni bukan beragama islam ke ya?

Tanpa Nama berkata...

Pengaliran wang haram yang amat tinggi di negara ini.


Pada 20 Januari lalu, sebuah pemerhati kewangan - Global Financial Integrity (GFI) - menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.

Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion

Tanpa Nama berkata...

hmmm....katalah apa korang nak kata fitnahlah apa korang nak fitnah....tetapi korang kena ingat setiap perkataan yang keluar dari mulut korang dan setiap perkataan yang korang taip akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH di akhirat nanti.Yang benar akan tetap menang dan yang bathil akan tetap kalah.Sesungguhnya ALLAH sama sekali tak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun.Bagi yang kafir tu kalau korang tak ucap dua kalimah syahadah korang akan kekal dalam neraka selama-lamanya.Hanya iman dan islam sahaja yang dapat menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat bukan undang-undang ciptaan manusia yang tak bersandarkan hukum asal yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa....

MAHA SUCI ALLAH DARI APA YANG MEREKA SEKUTUKAN..!!

Tanpa Nama berkata...

PAS & UMNO nie sama saja....dua-dua nak kuasa....aku yg penjawat awam nie terpaksa kena bodek bos untuk pergerakan gaji dan naik pangkat....bullshit betul....hutang pun susah, tak hutang pun susah....mohon DYMM Agong bubarkan semua parti politik di Malaysia termasuk UMNO & PAS...Daulat Tuanku!!!

Tanpa Nama berkata...

Pati politik semua sama, permainan kotor ha..... aku peduli apa.... yang aku peduli kerajaan asik nak tingkatkan kerja PA setiap hari, nak tingkatkan gaji seribu alasan kerajaan bagi, membazir duit rakyat no. 1, cakap semua juta2 ..

2bz4money berkata...

Apabila PA mula membudayakan politik di pejabat, alamatlah penyampaian perkhidmatan terjejas. Penilaian lebih kepada gaya berpolitik daripada penekanan prestasi. Akibatnya, transformasi hanya berkesan kepada fahaman politik tapi tidak kepada agenda asal ekonomi negara..

Tanpa Nama berkata...

markiman : dah nama pun ISLAM, boleh ker bersalaman jika bukan muhrim?? fikir2kan, selamat beramal..

Tanpa Nama berkata...

PA oh PA : tak cukup lagi dengan kenaikan pangkat secara automatik jika ada diploma tu?? jenis tak bersyukur betul la One a PA ni... kalau rasa negara jiran tu lebih baik, pegi la tukar kewarganegaraan tu...pegi sana...

Tanpa Nama berkata...

bab PTK ni, harap ianya lebih adil, tidak hanya tertumpu kepada golongan PTD sahaja, mudah je nk naik pangkat, nak naik gaji... biarlah adil utk semua...

Tanpa Nama berkata...

Apa kena mengena Islam dengan salam antara lelaki dan perempuan? Air semayang pun tak batal! Hanya Islam sempit ala PAS kata haram...!!!!

Tanpa Nama berkata...

Lu ckap banyak metul pasai lu tak tak faham itu Islam, kalau lu faham lu mesti tak tak cakap itu macam ma !, wa ingat lu belajar sama itu tok guru nik aziz lu jgn belajar itu umno punya olang dia juga tak tak faham itu islam manyak metol, dia olang itu agama pun manyak langar ma!, itu wang punya pasat dia ta tak kila punya, semua kasi hantam

Tanpa Nama berkata...

KLU X FAHAM ISLAM JANGAN KATA KEPADA ORANG ISLAM DAN HUKUM ISLAM

Tanpa Nama berkata...

To PAPA GOMO...

U ni org ISLAM ke bukan??

klu ISLAM maka jahanamlah kamu sebab mempermainan hukum HUDUD yang mana potong tangan klu bersalah i2 bkn hukum PAS tapi hukum ALLAH...