SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Januari 2011

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 6 TAHUN 2011 (PERATURAN DAN KADAR BEKALAN PAKAIAN SERAGAM)

Perbendaharaan Malaysia
1/1/2011



TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan baru berhubung
pembekalan pakaian seragam kepada penjawat awam.

LATAR BELAKANG

Pada masa ini, kelayakan pakaian seragam ditetapkan oleh Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5
Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan berkaitan. Peraturan bagi
membekalkan pakaian seragam pula ditetapkan di bawah Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2002 (PP Bil.6/2002). Selaras dengan keadaan
semasa, Perbendaharaan bersetuju supaya PP Bil.6/2002 disemak semula.

TAFSIRAN

Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya dalam Pekeliling ini, tafsiran
di bawah ini hendaklah diikuti:
“Pakaian Seragam” adalah bermaksud pakaian dan kelengkapan lain
yang dibekalkan kepada pegawai yang layak seperti yang ditetapkan
dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990, Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan
berkaitan serta pindaannya.

KEMUDAHAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM

4. Semua agensi hendaklah menguruskan bekalan pakaian seragam
kepada pegawai masing-masing pada setiap tahun mengikut prosedur
perolehan dan peraturan kewangan semasa yang ditetapkan.
5. Agensi boleh memilih untuk membekalkan pakaian seragam mengikut
kaedah yang ditetapkan seperti berikut:
i. agensi menguruskan pembekalan pakaian seragam yang siap
dijahit dari kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang
berkuat kuasa; atau
ii. agensi menguruskan pembekalan kain berkualiti dan perolehan
perkhidmatan jahitan secara berasingan yang diuruskan oleh
kementerian/jabatan mengikut prosedur perolehan yang berkuat
kuasa; atau
iii. agensi mendapatkan kain berkualiti mengikut prosedur
perolehan yang berkuat kuasa dan mengagihkan kepada
pegawai supaya pegawai menguruskan sendiri jahitan pakaian
berkenaan dan seterusnya pegawai akan membuat tuntutan
bayaran balik bayaran upah jahit yang disokong dengan resit
atas kadar maksimum seperti berikut:
Bil. Jenis Pakaian Kadar Maksimum
1. Baju Lengan Panjang/ Pendek RM100
2. Sehelai Seluar Panjang RM130
3. Sepasang Baju Kurung Wanita RM120
4. Overall RM150
5. Overcoat RM100
6. Bagi urusan perolehan pakaian seragam di perenggan (i) dan (ii), tiada
kadar yang khusus ditetapkan bagi perolehan pakaian siap dijahit, perolehan
kain dan upah jahit. Agensi boleh menguruskan pembekalan pakaian
seragam tersebut mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa tanpa
perlu memohon kelulusan Perbendaharaan, tertakluk kepada peruntukan
kewangan yang diluluskan.

KEMUDAHAN BEKALAN KASUT

7. Agensi boleh membekalkan kasut kepada pegawai mengikut pilihan
seperti berikut:
3
i. agensi menguruskan pembekalan kasut berdasarkan prosedur
perolehan kewangan yang berkuat kuasa mengikut bilangan
kelayakan pegawai di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7
Tahun 1990, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995
dan akta/peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya;
atau
ii. bagi pegawai yang layak dibekalkan dengan kasut/boot
keselamatan jenis kulit, agensi boleh membenarkan pegawai
membeli kasut dan seterusnya membuat tuntutan bayaran balik
yang disokong dengan resit bagi pembelian kasut mengikut
bilangan kelayakan pegawai tertakluk kepada kadar berikut:
(a) kasut kulit - maksimum RM150
sepasang; atau
(b) kasut/boot keselamatan
kulit
- maksimum RM250
sepasang.
8. Bagi pembekalan jenis kasut selain daripada di perenggan 7(ii) di atas,
agensi hendaklah mengikut tatacara prosedur perolehan yang sedang
berkuat kuasa.

KELENGKAPAN LAIN

9. Agensi boleh menyediakan kelengkapan lain berkaitan dengan pakaian
seragam pegawai mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa.
TANGGUNGJAWAB KETUA AGENSI
10. Ketua Agensi adalah bertanggungjawab memastikan perkara berikut:
i. peraturan yang ditetapkan berhubung kelayakan, kuantiti, reka
bentuk dan warna pakaian seragam sebagaimana yang
ditetapkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990,
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/
peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya dipatuhi
sepenuhnya;
ii. menentukan keperluan dan spesifikasi kasut adalah
bersesuaian dengan tugas pegawai;
iii. menyediakan garis panduan dalaman (sekiranya perlu) di
agensi bagi kadar perolehan bekalan kain dan upah jahit yang
sesuai sebagai satu bentuk kawalan dan untuk mengelakkan
pembaziran; dan
iv. memastikan peruntukan tahunan agensi adalah mencukupi bagi
menyediakarl pakaian seragam kepada pegawai pada setiap
tahun.

PEMAKAIAN PEKELlLlNG

11. Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awarn
Negeri, Badarl Berkanurl Persekutuan darl Pihak Berkuasa Tempatan
tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.

TARIKH KUAT KUASA

12. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

PEMBATALAN

13. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 6 Tahun 2002 adalah dibatalkan.

Untuk Keterangan lanjut ( sila klik disini )

69 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semak semula keperluan sebenar.Ada yang dapat kain uniform dijadikan langsir tingkap sahaja, kain yang dibekalkan tidak sesuai untuk dijadikan baju. Ada PA yang dibekalkan uniform tetapi teruja nak bergaya, dengan batiknya,kemejanya.Kalau ikut Pekeliling PA yg dibekalkan dengan uniform tidak dibenarkan memakai batik.Pakai je uniform yang ada!
Dapat kasut dijualkan kepada orang lain,sebab kualiti kasut tak sesuai dengan dia.
Dunia sekarang tak perlu bekalkan uniform lagi, semua PA kaya raya dah.Salah guna kemudahan yang diberi ada la!

Tanpa Nama berkata...

naseb baik dia tak suh letak logo satu israel@malaysia kat situ hehe

Pak Arab Tua berkata...

Bagi jubah pun boleh buat kain kapan....

Makin lama makin teruk, tahun 2010 je kainnya tebal nak mati, baik buat jubah doktor je.....

Dengar cerita dia charge satu jubah lebih kurang atau lagi mahal dari jubah kat luar....

Jubah kat luar kain lembut paling teruk RM 60....

Siapa yang ada share dalam pembekalan pakaian ni haaa????

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan dipermainkan & diperbodohkan!! Realitinya, duit yg puak2 ni dapat bukan digunakan untuk membuat uniform pun. Ambil borang cuti pastu pergi makan angin dengan duit tu. Tak percaya p siasat. Tiap2 tahun pakai uniform yang sama. Tak dak perubahan. Siap ada yang dah berangan2 nak "upgrade" cincin & gelang emas, sport rim dan mcm2 lagi.

Syed Abu Bakar Syakran berkata...

Puak2 siapa tu?

Orang Pakatan Rakyat ke?

Hak'ah la...wakakakkakakaka

Orang UMNO baik dan Alim...wakakakkakakakaa

Guru kencing beridi, ana murid kencing atas ketapi....

Tanpa Nama berkata...

Kadar Elaun Jahitan bertambah lagi,dulu sepasang RM100 sekarang RM230.Seorang 3 pasang = RM690Uniform tak buat pun.beli siap di kedai 1 pasang lagi jimat, baki boleh pergi melancong.Macamana orang nak hormat PA.CUEPACs tak boleh nak buat apa-apa ke? asyik minta bonos ngan naik gaji je,integriti PA macamana?

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu pertikaikan hak & keistimewaan PA...setiap thn weol wat uniform....Kalau ade yg xgune kain yg gov bg pown weol still bt jugak bj yg baru..mane ade pakai yg same...Ingat weol xtau nk jage imej ke...Always weol bt dulu uniform dgn duit sendiri sblm elaun jahit msk dlm akuan....Berdosa besar kalau fitnah memfitnah ni sayang oiii...

Tanpa Nama berkata...

org yg bercakap tu x menggunakan akal yg Allah beri. Kerajaan berikan uniform sbb itu adalah kelayakan untuk mereka demi pentadbiran awam. Sama ada mereka buat atau tidak uniform tersebut, terpulang kepada mereka... sbb lusuh atau tidak uniform yang dipakai adalah tanggungjawab masing-masing. berhentilah menabur fitnah.... kerana org yg suka memfitnah ni sebenarnya hatinya sudah busuk dan hidupnya sentiasa tiada ketenangan :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
saya dari kementerian pelajaran malaysia, Bahagian Perolehan Pengurusan Aset..
kami ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap unit pengurusan BPPA kami yang tidak mengikut pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2011, apabila kami menyuarakan di dalam mesyuarat tentang peruntukan yang baru. mereka seolah-olah tidak mengambil tahu dan malah memperbodohkan kami..
Kami berharap sangat pihak Tuan/Puan dapat membantu kami menyelesaikan kekusutan yang kami alami sekarang..

Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan,
Salam 1Malaysia
Dari kami Warga BPPA..

Assalamualaikum..

Tanpa Nama berkata...

dapat duit pun salah..complain sana sini ...x dapat duit punnnn salah complain jugak ...bersyukurlah dengan ape yang kita dapat..kalau kita duk negara lain jangan harap dapat macam ni...lu fikirlah sendiri

Tanpa Nama berkata...

jangan jadi bodoh, bukan marah sebab apa...
kalau time kerja mesti beruniform, kalau x pakai kita dituduh x ikut pekeliling..
bila peruntukan x mau plak ikut pekeliling, dah memang dasar unit khidmat pengurusan BPPA ni bukan baca pekeliling lepa baca pekeling pak dia kot...

Tanpa Nama berkata...

di Hospital Kuala lumpur elaun jahitan masih lg rm 100 untuk sepasang uniform...tahun ni peruntukan kain untuk uniform hanya 2psg uniform sahaja,kemana pergi lg peruntukan 1psg uniform itu????blh tlg siasat.....

Tanpa Nama berkata...

Tolong siasat di JBSWPKL kami dapat rasakan yang kami senasib dengan Kementerian Pelajaran. Apabila di suarakan dalam MBJ kami hanya dapat RM150 sahaja. Mana pergi peruntukan selebihnya sedangkan ianya telah dimasukkan dalam bajet tahunan dan diwartakan mengikut pekeliling perbendaharaan. Untuk makluman tahun lepas(2010) kami hanya dapat sepasang uniform sahaja tanpa kasut( RM180 ). Saya tertarik dengan pekeliling perkara 10 bahagian iv adalah berkaitan. Tapi pihak yang berwajib seperti tidak mengendahkan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

tahun lepas staff hospital kuala lumpur x dapat kain untuk uniform serta elaun jahitan.....keliru??ke mana kah duit tersebut pergi???

Tanpa Nama berkata...

Kami seperti HKL juga & dimaklumkan juge tdpt beberapa buah hosp yg lain turut tdk mdpat keistimewaan pbekalan kain uniform & elaun jahit sperti thn2 tdahulunya...Alasan yg diberikan kerana tiada pbekal kain...Bile gov bekal kain, baru dpt duit upah jahit......Tapi aku tak kisah, tak dpt duit & kain pun uniform baru still gak wat tiap2 thn...Cume Query mane perginye budget utk PA yg disediakan.....Harap diselidik....Terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

itu la nasib kakitangan awam..dapat kain dan kasut langsung tak berkualiti..yang menyedihkan lagi..kain untuk buat baju uniform pun kena tipu lagi...tidak sampai pun 3 meter...tapi kena tulis 3 meter...lagi la sadisnya..tahun lepas aku tak dapat pun penuh RM300 tu...kena potong lagi seratus...dapat RM200 jak..apa sangat laa RM200 tu?..nak beli seluar boxer pun mungkin tak cukup...

lisa berkata...

untuk tahun 2010, kain tak dapat , upah jahit pun tarak..... tahun lepas terpaksa beli kain sendiri 4 meter rm60....., upah jahit rm75..., 3 pasang da rm 405.belum kira dengan kos pergi hantar jahit lg...,

Tanpa Nama berkata...

komen yg kata PA kaya raya tu ckp pakai kpala lutut. klu kaya raya de la yg buat 2 - 3 kerja nk idup. korg tgk gaji pegawai mmg la tinggi.. tp gaji org bwh mcm kami ni xdak sapa nk amik port. dpt elaun uniform tu satu rahmat yg besar dh. klu suma PA boikot xmau kja br padan muka hangpa.

Tanpa Nama berkata...

dua tahun x da kain dibekalkan. so x da la elaun jahitan.saya terima munasabah tu. saya gunakan lebihan kain yang dibekalkan dahulu dan upah jahitan saya guna duit gaji sendiri.kepada saudara/saudari yg iri hati dgn kenaikan kadar upah jahitan, berpijak di dunia nyata.kami penjawat awam(kkm)x pernah salah guna kemudahan yang diberi.. tolong la jgn pandang hina dgn kami.. mana la tau suatu hari nanti anak atau cucu kamu sendiri yg akan menjawat jawatan awam(beruniform).

Tanpa Nama berkata...

"PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 6 TAHUN 2011 (PERATURAN DAN KADAR BEKALAN PAKAIAN SERAGAM)"
Adakah ini yang dinamakan "Janji Kerajaan Yang Hanya Tinggal Janji".
Bagi saya KERAJAAN tak perlu luluskan pekeliling ni kalau tak mampu... "Cakap Org Kita Pula Yang Lebih"...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..untung ada yg dah dpt duit elaun baju..kami di hospital permai sampai skrg tak dapat2.. uniform lama da naik lusuh..dengar2 ada plak hospital yg dpt rm690,ada hospital lain dpt rm300.tak tau mane yg betul...ntah lah..trima kseh..

Tanpa Nama berkata...

Komen x payah bayor mmg la cakap ikut suka hampa je,mai la krja ngan PA ni.x pun anak cucu hampa nnti krja ngan PA.lu kena batang hidung sndiri baru tau,ko orang bnyk sngt ke gaji PA ni?

Tanpa Nama berkata...

skrg ade setgh dr PA di tmpt aku btgs dah terima elaun jahit. tp pbyrannye seolah2 bperingkat2. ade yg dpt & ade yg blm. yg dpt pun ade yg dpt dlm RM600 & ade pulak yg hanya RM300? kenapa begitu??? walaupun aku dgr2 elaun jht utk thn lps kemungkinan dibyr tetapi kenapa tidak serentak dlm jumlah yg sama. hairan ? tlg jelaskan...

Tanpa Nama berkata...

walaupun kami( tak semua PA ) tak gunakan kain uniform atau kasut yang dibekal tapi kami tetap bertugas dengan beruniform dari kain / kasut yang dibeli sendiri tau bukannya dapat free..

Tanpa Nama berkata...

betul tu,siasat dulu sebelum cakap,sepatunya we all kena bersyukur apa yang telah dapat. swasta mane ade bg elaun uniform....sayang ooi, cubalah cari pahala jangan pulak cari dosa,,yee.

john berkata...

kat jb kita org dpt claim utk 2 psg jer. tempat lain dpt claim 3 pasang, ape cer...

Tanpa Nama berkata...

xfaham btol kenapa sampai sekarang kami di hospital ampang satu sen pun belum dapat elaun pakaian seragam padahal majoriti hospital dh dpt kot..cuma xselaras la,ada dpt 300, ada dpt 690.minta tolong siasat perkara ni.terima ksh.

Tanpa Nama berkata...

nie bukan nak buka bab pakaian sangat tuan cuepac, nie nak cerita bab makan, kebanyakan disekolah2 malaysia dia orang guna duit pelajar yang kerajaan bagi untuk pelajar ditaklik buat pakaian, jamuan makan, beli bender yang tak sepatutnya ikut peraturan. kesian kat Kerajaan dan kesian kat orang yang tak tahu sedang makan duit haram ,kiranya boleh pantau kalau masa banyak terluang yerk, isu besar nie kat sini tak kene tak pa, kalau kat akhirat nanti sapa nak jawab .

Tanpa Nama berkata...

Kami dari tahun lepas x dengar kabar berita elaun jahitan untuk kami, bila keluar pekeliling baru dah menggelabah!!! kami bkn nak banyak pun janji ada elaun jahit. dapat kain tak ada kualiti sekali basuh pudar,kepada semua pengurusan pentadbiran tolong ler jalankan tugas anda dengan amanah,bukan iri hati dan pentingkan kocek sendiri, fikir2kan ye wahai golongan pentdbiran. kami boleh tolong selesaikan segala kesilapan kamu di dunia ni, di akhirat NANTI PANDAI LAH JAWAB SENDIRI!!!!!!!!1

baik boleh jadi jahat berkata...

Alahai kami yang gaji kecil memang ler harap duit elaun jahit,yang gaji tak berapa besar tu......... asyik nak tukar kereta la, ubahsuai rumah ler,kita org dapat sekali setahun jer korang dapat tiap2 kali LO keluar, kami tak sibuk pun.itu lah staff yang kerja dengan ikhlasssssssssssss sampai ke pintu tuttttttttttttt INGAT ALLAH AKAN BALAS DI DUNIA DAN DI AKHIRAT amin..........

Tanpa Nama berkata...

Hospital Pulau Pinang masih ada staf yg tidak dapat elaun baju..dah 2 tahun dah..ape pon sabar sahaja la..management pon adoyaii~

Tanpa Nama berkata...

hospital seberang jaya tahun ini cuma dapat separuh sahaja elaun baju rm300 selebihnya rm390 hilang begitu saja sebab kata kerani tak boleh minta dah.macam mana tu?mana hak kami?
bila kami bersuara mereka kata bukannya kami ni buat baju buat apa bagi lebih2?
Cuepec boleh ke tolong siasat?
Macam mana setengah wad boleh dapat setengah wad tak dapat langsung?
tolong la siasat kalau betul anda perihatin tentang rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...

Tanpa Nama berkata...

staf pengurusan dan pentadbiran bersilih ganti baju. dari kain sampai ke upah semua byr sendiri. baju batik pun beli sendiri..hahaha..

ain adreanna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

bkn tdk berpuas hati cuma meminta hak kami sebagai penjawat awam dibahagian KKM..
kami dh dipinjamkan ke kebajikan tp kenapa kebajika masyarakat tidak memberi hak kami??
uniform dapat 2 pasang tp sy masih tdk mendapat uniform setelah setahun bekerja..1 pasang telah dipotong utk baju korporat tp rasanya baju 2 tidak diiktiraf tp mana pula peruntukan yg pembantu kebajikan dan juga unit pentadbiran dapat duit untuk beli baju korporat???
bila diminta hak kami dijawab tiada peruntukan..bila diusul ker jabatan atas..peruntukan sudah diberi cuma pentadbiran di institusi yang menyeleweng duit itu..macam mana nie?? kata kerja dikebajikan tp buat kerja tidak betul...tolong pantau utk maklumat

Tanpa Nama berkata...

Kami di klinik tengah sibok di siasat oleh SPDM pasal elaun jahitan nie,ada la beberapa orang kena panggil secara rambang..mengikut yg saya dengar tu elaun jahitan kena tuntut ikut bil sebenar,bukan nye pulun habis tu kelayakan dgn buat bil sendiri..so baca lah pekeliling di atas betul2 apa maksud .." tuntutan maksimum" bukan tuntutan palsu..tunggu je la diaorang datang ok.peace...

Tanpa Nama berkata...

Tahun lalu 2011, kebanyakan penjawat beruniform telah menuntut elaun jahitan sebanyak RM690.00 seperti yg telah diperuntukkan, dengan menggunakan resit walaupun sebenarnya upah jahitan uniform tidak mencapai RM 690.00,tetapi kenapa kakitangan KKM sahaja yang di selidik, sedangkan kebanyakan yang menuntut pun tidak dengan menggunakan resit yang sebenarnya....tolong bersikap adil kepada semua kakitangan, kami semua sama menggunakan uniform....bukan ka upah jahit itu menjadi peruntukkan kami? kenapa EPW tidak di pertikaikan? bukan semua yang menggunakan EPW utk menyewa rumah ....apa beza elaun jahitan dan elaun perumahan...kedua2nya pun disebut elaun....

Tanpa Nama berkata...

Kami anggota hospital sg buloh tidak menerima apa-apa elaun jahitan bg tahun 2011 dengan alasan kementerian tidak membekalkan kain. apabila ada yang melapor ke SPRM, Pengarah melenting di perhimpunan bulanan hospital..minta pihak berwajib, sila pantau..

staff teraniaya

Tanpa Nama berkata...

Kami anggota hospital sultan haji ahmad shah hanya menerima elaun jahitan rm 300 bg tahun 2011 dengan alasan dalam resit tulis macam itu sahaja sedangkan arahan siapa. Apabila ada yang melapor ke SPRM, Pengarah melenting ..tahun ini pun sama minta pihak berwajib, sila pantau..

Tanpa Nama berkata...

Skg elaun baju berapa ye.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum wbt...

Saya bekerja di salah satu agensi kerajaan di Johor. Dari pemerhatian saya di Jabatan ini, ramai PAP yang tidak menggunakan uniform. Saya agak kecewa dengan perkara ini, jika diikutkan pekeliling, bayaran yang diberikan adalah tinggi drpd harga tempahan yang dibuat. Tapi itu adalah hak mereka, jd memang mereka patut terima. Kasut yang diberikan pula, hanya suku drpd PAP jabatan sahaja yang menggunakannya, yang lain selesa bergerak menggunakan selipar (langsung tak mencerminkan imej yang kemas), ada juga yang hanya memberi kasutnya kepada cleaner atau kerani yang lain. Disini saya rasa, pihak jabatan perlu memainkan peranan yang tegas agar semua PAP mematuhi arahan penggunaan uniform yang dibekalkan. Saya faham tak semua PAP bersikap demikian, saya punya pengalaman kerja di Kementerian, tp disana saya dapati kebanyakan PAP mematuhi arahan, cuma sya x pasti kenapa di sini, PAP diberi kelonggaran. Sepatutnya mereka menggunakan dan menghargai bekalan uniform yang diberikan. Adalah baik jika ada satu pekeliling ttg penegasan penggunaan pakaian uniform ini atau jika ada yang melanggar peraturan, bolehlah uniform atau duit elaun ditarik balik. Selalunya PAP yang melanggar arahan ini adalah PAP perempuan, bolehlah jika anda memakai batik pada hari khamis atau jika ada perhimpunan bulanan, tp jika setiap hari anda memakai pakaian biasa, apa yang anda buat dengan duit elaun dan kain yang diberikan. Saya mohon maaf jika ada yang terasa hati, tp ini mmg benar2 berlaku, bila soal elaun kurang atau tidak diberikan, anda tuntut, tp jika telah diberikan, silalah jalankan tanggungjawab anda tanpa ENGKARAN ye...renung2kanlah

Tanpa Nama berkata...

pemandu tak ada nak komen ke? semua pa jer......

Tanpa Nama berkata...

Sy nak tanya.. untuk elaun kasut dlm pekeliling mengatakan boleh membuat tuntutan dengan membeli kasut dan claim bserta resit.. Knape di KTMP mngatakn kena tunjuk kasut baru bleh dpt duit.. dlm pekeliling takde pn suruh tunjuk kasut.. adakah smua jabatan kerajaan perlu kena tunjuk kasut.. bleh tak beritahu..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum & salam sejahtera.

saya bagi pihak staf (jururawat khasnya) hospital tengku ampuan rahimah juga ingin menyatakan rasa bingung dan tidak puas hati di atas perkara ini.

kami diberitahu di dalam pekeliling kami sepatutnya menerima seperti apa yg tertulis. tetapi dari tahun 2010-2012 kami masih belum mendapat elaun tersebut.

bila disuarakan kepada pihak JKNS, mereka mengatakan peruntukan sudah disampaikan tapi bila ditanya kepada pihak pengurusan/pentadbiran, pelbagai alasan diberikan. antaranya tunjuk resit, tunjuk kasut dan sebagainya.

apakah kami perlu lakukan dan kepada siapakah kami patut menyuarakan agar dapat diambil perhatian?

kebanyakan dari kami telah membeli kasut & uniform dengan gaji kami yang tak seberapa itu dengan harapan agar dibayar balik sepertimana yang dijanjikan dalam pekeliling melalui elaun2 tersebut.

sila ambil perhatian dalam masalah ini.

sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

lagi - lagi pasal elaun uniform dan kasut.... tak selesai - selesai jugak perkara nie..... hari berganti tahun ke tahun.... bagi saya mintak pengerusi membincangkan semula elaun uniform dan kasut dalam parlimen. biar mereka yang aturkan semuanya.... apa pun biar sama dan selaras agar pihak tertentu tidak mendapat keuntungan dengan mudah.... terutamanya pihak pengurusan yang tidak dapat elaun tersebut. dengkilah katakan... itulah sebabnya kami memilih untuk menjadi kakitangan beruniform yang dibekalkan pakaian serta elaun setiap tahun.... jika sesiapa yang inginkan elaun dan kemudahan itu... saya cadangkan agar mereka juga memilih karier kakitangan beruniform.... dengan itu tidak ada yang dengki mengenai elaun tersebut. perkara ini menjadi bualan dan keluhan semua kakitangan beruniform seluruh negara.... kami ingin meminta pengerusi mengambil tindakan yang drastik mengenai perkara ini... sekiranya susah sangat perkara ini... tariklah balik kemudahan ini... agar pihak tertentu berputih mata kerana mereka tidak dapat lagi menipu dengan mengaut keuntungan atas angin dengan mudah. walau bagaimanapun.... jangan salahkan kami kakitangan beruniform kerana tidak lagi memakai uniform.... bolehkah anda bayangkan perkara tersebut terjadi... sedihkan.... anda harus memperjuangkan apa yang patut diterima sebagai kakitangan beruniform...

Tanpa Nama berkata...

saya percaya dengan adanya elaun pakaian dan kasut yang tetap ianya akan mengembirakan keseluruhan kakitangan beruniform dan akan membalas dengan meningkat produktiviti kerja serta akan menjadikan kakitangan beruniform yang memakai uniform dengan seragam selaras dengan badan beruniform....

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Kami di Hospital Sandakan seperti didiskriminasi. Elaun jahitan mesti tunjuk resit dan dipertikaikan sedang pegawai mendapat Elaun perumahan tidak tunjuk resit, walhal mereka ini ada yang kongsi rumah, bayar RM200 tapi dapat elaun RM750, kalau pegawai pula RM1000, setiap bulan pula dapat. Adakah kerana mereka ini pegawai sehingga kebal dari persoalan?

Kami mohon juga CUEPACS membantu agar pembelian kasut kami beli dan tuntut, bukan lagi dibekalkan dengan kasut yang tidak senilai RM150

Terima kasih atas perhatian tuan.

Tanpa Nama berkata...

saya jururawat hari-hari tukar uniform.geli kalau pakai yang sama.macam rasa ada kuman-kuman melekat di uniform.kalau seminggu berapa helai.3 pasang setahun oklah.tapi masalahnya duit jahitan susah sangat nak bagi tu kenapa?.bukankah itu hak kami.kerajaan baik bagi kepada kami tapi siapa yang buat hal dalam perkara ini.kerajaan cubalah siasat

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama gak..
PKD petaling skunk nie lak sibuk wat siasatan pasal claim kasut...
bukan ke peruntukan untuk kasut 2 mmg ade untuk staff..??
nape nk check lg??
nk g kat setiap kdai tnye...
xphm la ngan atasan yg gler kuasa nie...
kasut lak kn tunjuk...
resit nk yg print...yg tulis2 konpem xnk...tkt kn kencing...
da bg resit..da tunjuk kasut...still xcaye...nk g cr kdai lak...bengong la mcm nie...klu th jd mcm nie...baek xyah claim...
pe pendapat korang??????????????

Tanpa Nama berkata...

aku yang bernama saya....

tak tau kenapa susah sgt nak claim duit baju...resit nakkan yang cam kedai 5 bintang..tp jahit cam haprak..kat 5 kali kasi otter.baik sarankan kerajaan bukak kedai jahit 1 malaysia khusus untuk jahit uniform kakitangan penjawat awam di seluruh negara, di setiap negeri dan setiap daerah. ataupun dimana2 ceruk yang ader penjawat awam yang beruniform.senang nak tempah dan upah jahit. sahih -sahih resit bj tak diragui... ramai antara kiter yang jahit kat orang perseorangan...ader yang tempah jahit kat kedai jahit baju kecil...asalkan sedap kiter pakai dan selesa. dah nama pun kedai kecik tak pun orang perseorangan, ader ke sediakan resit cam kat butik dan kedai 5 bintang tu...paling-paling pun resit biasa ngan cop nama kedai beserta alamat dan no phone...itu pun tak laku...awal2 lagi dah kena tendang.tapi tukang jahit sekarang tak macam dulu....depa lagi up to date pasal kenaikan elaun baju kiter ni....elaun naik bererti upah pun naik...orang kata selaras....cam harga minyak plak...ader plak blh pihak pengurusan bagitau nak guna duit peruntukan baju kakitangan untuk kegunaan agensi...kan peruntukan kerajaan dah bagi tiap2 tahun.penat dok buat perangkaan belanjawan setiap tahun.kalau tak dapat claim seperti yang di berikan, ke mana
plak duit tu pergi??????

Tanpa Nama berkata...

Pendapat saya tentang uniform ni senang je . Bagi elaun tetap untuk uniform dan kasut , mungkin bayaran untuk anggota dibuat pada awal tahun sekali, tengah tahun sekali . Bukan apa, sistem sekarang ni menyusahkan. Yang Bos nak pastikan anak buah nya betul-betul buat baju dan beli kasut.. tu yang minta resit ...tambah sekarang ni RM230 upah untuk jahit, sepatutnya claim upah jahit ikut sebenar. Ada staf tu upah RM85 ringgit je, tapi claim sampai maksimum 230. Yang jujur claim apa yang sebenar dan ni nampak tak adil...Juga nampak macam ada yang dapat dan ada yang tak dapat bekalan kain dan upah jahit. Ni X sepatutnya terjadi dan menggambarkan kelemahan pengurusan. Selalu masaalah kontrak pembekal juga kualiti kain.....so kesimpulan nya yang mudah x yah kontrak..kontrak... bagi je elaun tetap uniform dan kasut....biar individu uruskan uniform masing-masing, atau kalau ada syarikat yang nak jual kat kedai , macam jual uniform sekolah tu lagi senang....banyak urusan pentadbiran boleh dikurangkan...dan semua yang layak happy dan tak de yang berdosa kerana membuat tuntutan palsu

Tanpa Nama berkata...

yg saya paham PP 6/2011 tu berkenaan kadar bekalan pakaian seragam. kadar bayaran upah jahit pun kadar maksimum ja,bkn kadar yg wajib bayar. perkara 5 iii ada nyatakan agensi mendapatkan kain berkualiti mengikut prosedur
perolehan yang berkuat kuasa dan mengagihkan kepada
pegawai supaya pegawai menguruskan sendiri jahitan pakaian
berkenaan dan seterusnya pegawai akan membuat tuntutan
bayaran balik bayaran upah jahit yang disokong dengan resit
atas kadar maksimum seperti berikut:
Bil. Jenis Pakaian Kadar Maksimum
1. Baju Lengan Panjang/ Pendek RM100
2. Sehelai Seluar Panjang RM130
3. Sepasang Baju Kurung Wanita RM120
4. Overall RM150
5. Overcoat RM100
so staf kena pi jahit dulu kemudian baru tuntut balik bayaran upah jahit disokong dgn resit.
so mmg la kena tunjuk resit masa nak claim. tak plak sebut elaun tapi disebut bayaran balik upah jahit. belanja duit sendiri dulu baru claim. sama mcm konsep claim duit penginapan hotel. so bkn elaun la kan?

Tanpa Nama berkata...

Brape sebenarnyer elaun uniform jururawat???klu susah sgt msuk jer kt gaji?ni tak g buat uniform bg resit siap g soalselidik kt tukang jahit bila bt tuntutan dgn harga maksimum yg d tetapkn kita plk d beri surat yg menyatakan bt tuntutan palsu...yg sblm ni sy buat uniform guna duit gaji sendiri..hari2 basuh uniform...2 pasang klu dah hari2 basuh selama setahun...cuba pikir...klu staf pakai baju kuning dan lusuh....kata staf pengotor...

Tanpa Nama berkata...

bukan elaun tetapi tuntutan bayaran balik upah jahit. sefaham saya bayaran balik tu mmg kita/staf keluar duit dulu dan pejabat bayar balik berapa duit yg sebenar kita keluarkan utk upah jahit baju/uniform tu tak melebihi kadar maksimum yg ditetapkan oleh pekeliling. itu yg saya faham lah.

Tanpa Nama berkata...

di tempat kerja saya di sini, kami PA mengalami masalah besar. pejabat taknak bayar elaun jahitan kami! walaupun kami sudah memberikan resit jahitan kami daripada penjahit pakaian masing- masing, kami dipertikaikan untuk dibayar sebanyak yang kami tuntut. malah tuntutan jahitanm kami hendak dikurangkan oleh mereka pula. berhak kah mereka memotong wang tuntutan kami??? kerajaan telahpun memperuntukkan RM460 kadar maksimum upah jahitan bagi seorang PA, kenapa setelah kami menuntut, kami tidak dibayar sebanyak yang kami tuntut itu? bukankah kami mempunyai hak sebagai penjawat awam untuk dapat sebanyak itu???

Tanpa Nama berkata...

pendapat saya, kerajaan haruslah membayar elaun jahitan ini secara tetap setiap tahun mengikut kadar yang tetap kepada setiap kakitangan beruniform mengikut harga upah semasa. bayarlah elaun ini seperti elaun rumah iaitu secara tetap setiap tahun. ini kerana pihak pengurusan yang dengki boleh mengaut keuntungan atas angin sekiranya tuntutan elaun jahitan seperti sekarang ini masih diamalkan. mereka juga boleh memotong dengan tanpa belas kasihan elaun yang sepatutnya diperuntukkan kepada kakitangan beruniform.

bagi kakitangan beruniform yang berpangkat rendah, elaun jahitan ini sangat bermakna. pihak pengurusan sepatutnya tidak harus berkira atau cerewet sangat ataupun memotong pula dari kadar maksimum yang boleh dibayar kerajaan itu. kerajaan memperuntukkan sebanyak itu mengikut harga semasa tukang jahit, kalau murah sedikit dari kadar maksimum, pengurusan janganlah berniat busuk pula hendak memotong. inilah hak kami sebagai kakitangan beruniform. kalau nak ikutkan, 3 pasang baju tu tak cukup untuk setahun! hari- hari cuci dan pakai, ramai pula yang akan beli kain tambahan sendiri dan buat lagi uniform tambahan dengan duit sendiri. pengurusan patut faham juga situasi ini.

kasut pula, memang ramai kakitangan yang membeli sendiri kasut mereka kerana kasut yang dibekalkan selalunya tidak berkualiti. keras dan menyakitkan kaki.

harap kerajaan buatlah saja elaun jahitan dan kasut tu sebagai elaun tetap yang dibayar melalui gaji.

Tanpa Nama berkata...

Kaki tangan dari Memenanjung dan Sarawak bertugas di Sabah bermewah dengan Elaun rumah, yang diterima setiap bulan, walupun sewa rumah kongsi ramai- ramai. Bayar RM 200 sebulan, tapi terima RM 750 setiap bulan.

Kami kakitangan biasa dapat elaun jahitan setahun skali sahaja, kesian la kami, tolong la, beri sajak elaun jahitan itu, kami merayu ba..tolonglah...tolong...tolong...

Tanpa Nama berkata...

Ramai kakitangan awam di kementerian kesihatan malaysia hanya jahit pakaian seragam 1 pasang sahaja setahun dan ramai juga yang tidak jahit pun cuma beli yang dah siap. kemudian timbul pula isu kakitangan pakai uniform yang lusuh, tidak ikut spesifikasi sepertimana ditetapkan dan kasut yang macam jenis. Ini mencemarkan imej kakitangan kerajaan. memandangkan pekeliling peraturan dan kadar bekalan pakaian seragam bil.6 tahun 2011 ada menyatakan bahawa pihak jabatan boleh membekalkan pakaian yang telah dijahit, saya rasa ini adalah kaedah yang paling baik bagi menyeragamkan pakaian seragam dikalangan kakitangan awam di kementerian kesihatan. ini sekali gus dapat mengelakkan penyalahgunaan elaun yang diberi dan mengurangkan masalah disiplin berkait pakaian seragam. PDRM, tentera dan bomba boleh buat, tak kan Kementerian Kesihatan tidak boleh buat.

Tanpa Nama berkata...


"uniform pun kena tipu lagi...tidak sampai pun 3 meter...tapi kena tulis 3 meter"
Penulis: Jumaat, April 22, 2011 8:02:00 PTG

"..dengar2 ada plak hospital yg dpt rm690,ada hospital lain dpt rm300.tak tau mane yg betul...ntah lah..trima kseh..
Penulis: Khamis, Jun 02, 2011 4:19:00 PTG

"Elaun jahitan mesti tunjuk resit dan dipertikaikan.. Elaun perumahan tidak tunjuk resit kongsi rumah bayar RM200 dapat elaun RM750, kalau pegawai pula RM1000, setiap bulan pula dapat"
Penulis: Selasa, Mei 29, 2012 3:11:00 PTG

"elaun pakaian dan kasut yang tetap mengembirakan keseluruhan kakitangan beruniform dan akan membalas dengan meningkat produktiviti kerja"(tetap berunuform).
Penulis: Isnin, Mei 28, 2012 2:20:00 PG

"harap kerajaan buatlah saja elaun jahitan dan kasut tu sebagai elaun tetap yang dibayar melalui gaji."
Penulis: Isnin, September 17, 2012 8:18:00 PTG

"Kaki tangan dari Memenanjung dan Sarawak bertugas di Sabah bermewah dengan Elaun rumah, yang diterima setiap bulan, walupun sewa rumah kongsi ramai- ramai. Bayar RM 200 sebulan, tapi terima RM 750 setiap bulan."
Penulis: Khamis, November 01, 2012 4:48:00 PTG

Daripada aduan-aduan nampaknya
bahagian pengurusan bermasalah:
lambat bayar, potong elaun, kurangkan meter kain dan tidak bayarpun ada kemungkinan tidak adil.

PA:
tuntutan melebihi upah sebenar, salahguna elaun.

Nampaknya masalah ini mencapai tahap masalah peringkat kebangsaan samada pengurusan atau PA. Kewujudan SPRM di sebahagian tempat fokus kepada PA tetapi tidak pasti terhadap bahagian pengurusan termasuk peringkat pengurusan tertinggi.

Telus dan adil semua pihak amat penting dan perlu dilaksanakan itulah sepatutnya. Keprihatinan dan tindakan pantas kerajaan diharapkan dapat membuat keputusan yang sebaik mungkin.

Tanpa Nama berkata...

Kami belum dpt lg elaun jahitan...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama....

Betul ke Bahagian Kewangan JKNS/ KKM membenarkan Pengurusan Tertinggi PKD membuat MEMO DALAMAN sendiri untuk Elaun Jahitan ? kalau ikut jumlah maksimun, jumlah untuk pemandu bagi sepasang ialah 230, tapi di PKD Kuala Selangor telah menetapkan hanya 90 hingga 110 sahaja, saya ingin bertanya kepada CUEPACS dan PIHAK BERKAITAN, apakah sebenarnya yang berlaku, dan kenapa tiada keseragaman bayaran di kebanyakkan tempat? mengapa tidak di seragam kan sahaja bayaran tersebut? dan bagi bayaran kasut pula , kenapa perlu meminta resit bercetak? setahu saya pihak KKM tak pernah meletakkan syarat tersebut, sehingga PA merasa tertindas dengan karenah BIROKRASI PIHAK TERTINGGI PENGURUSAN, kesian kepada kerajaan yang telah meluluskan PERUNTUKAN, kerana hakikatnya PIHAK PENGURUSAN YANG BANYAK KARENAH terhadap orang bawahan seperti kami

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong dgn aduan diatas, hospital sultan abdul halim jugsberbuat sedemikian. Saya harap kita perlu sebarkan isu ini di laman facebook jika pihak atasan tidak mengambil sebarang tindakan. Orang ramai perlu tahu helah disebalik duit uniform. Ini bermakna kita membayar cukai utk hospital juga.

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan hospital tidak membayar bayaran uniform seperti mengikut pekeliling malahan menetapkan harga rm90 hingga 120 sahaja utk sepasang. Kami pihak bawahan selalu di tindas. Kami mohon jutaaan berterima kasih jika pihak atasan dapat menolong kami mengatasi masalah ini secepat mungkin dgn menghantar wakil ke setiap hospital utk membuat siasatan untuk mengetahui kerenah hospital.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga menyokong sepenuh dengan cadangan diatas. HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM mengambil elaun baju.....tolong siasat

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Ada soalan dan pendapat nk tanya:
1. adakah Warna uniform PA seluruh Malaysia adalah sama iaitu Kain Biru Tua dan Baju Biru Muda
2. Boleh atau tidak sesebuah Jabatan menentukan warna untuk keselesaan PA
3. Boleh tak diusulkan mengenai warna uniform sedia ada ditukar kepada warna yang lebih selesa dan menarik.
Saya seorang PA di sekolah, saya sering ditegur oleh pelajar, diorang selalu cakap "akak ni ketua pegawas sekolah mana?"
so saya berharap sangat agar dapatlah kiranya WARNA BAGI UNIFORM PEMABNTU AM PEJABAT DITUKAR untuk keselesaan dan maruah kami tidak dipermainkan oleh pelajr-pelajar.
Sekian Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

SPRM dah masuk ofis sy siasat claim elaun jahit palsu. semua dah kena ambil statement sampai ketua jabatan. dua kali SPRM masuk tahun. bil2 palsu dah dirampas. tunggu naik mahkamah ja. jadi kalau nak palsukan bil tu, pikir dalam2 berbaloi ke rm690 sekali ja setahun compare dgn gaji bulan2 nak sara anak bini sampai pencen? kalau dah kena tangkap, x sempat pencen. kalau sempat pencen dgn duit haram pun, berkatkah darah daging nak bawak masuk ke kubur?

Tanpa Nama berkata...

Dah dapat uniform n kasut dh syukur la..tuntutan adalah yg dibayar aka duit cash yg dikeluarkan dr poket sendiri bkn mengeluarkan resit palsu. Bila resit dikeluarkan tidak sama dgn cash yg kita keluarkan itu maknanya apa? menipu bukan?? takkan itu pun nak diajar...belajar dah tinggi2 semua x patut tak faham. bila perkara mcm ni SPRM dan sebgainya kami di bhgn kewangan yg jadi mangsa..disurcaj la apa la..korang yg kenyang kami yg merana..cuba fikirkan kami juga penjawat awam..wajib memakai batik setiap hari khamis..tp ada kami dpt peruntukan?? Setiap hari kami perlu bertukar baju..beli sendiri baju kerja..korang yg seragam ni semua free..elaun mcm2 ada..tu pun x pandai bersyukur..ttp juga nk menipu dgn duit tak seberapa tu..halal ke bila jd darah daging?? fikirkanlah...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fariz berkata...

Betul tu bro...pergigia kl pon sama...kedai semua dia siasat....klu semua dia black list...nak beli kat mana...pastu dia sediakan pembekal plk kat klinik....beli kasut...suruh beli dua pasang rm300..kasut tah ape ape tah....org dah kasit resit tu dah le....klim kite org bawah bawah ni...seringgit pon dorang kire...yg atas atas tu...tombol pintu pon clim...merana la kita pekerja bawahan ni....