SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Januari 2011

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2011 KELAYAKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

JPA
11/1/2011



TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kelayakan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

LATAR BELAKANG
2. Kerajaan melalui Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10)
memberi penekanan terhadap usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah transformasi pendidikan
vokasional dan teknik serta Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
dipertanggungjawab untuk melahirkan lulusan aliran kemahiran bagi keperluan
industri khususnya. Namun begitu, sebagai mendokong inisiatif melahirkan lulusan
aliran kemahiran tersebut, perkhidmatan awam turut bertanggungjawab untuk
memastikan nilai pasaran mereka diiktiraf dengan membolehkan pelantikan ke
jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

DASAR BARU

Kerajaan mengambil maklum akan kepelbagaian kelayakan serta bidang SKM
yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama
adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam
pula, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang
yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil
kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang
tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan.
4. Pada masa ini kelayakan SKM Tahap 2 telah diperuntukkan sebagai salah satu
syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan
Vokasional, Tukang Masak, Penyelia Jurupakaian, Tukang K1, Tukang K2 dan
Tukang K3. Sebagai memperluaskan pasaran lulusan aliran kemahiran dalam
perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju supaya kelayakan SKM Tahap 3 turut
diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang
telah dikenal pasti bersesuaian. Senarai skim perkhidmatan tersebut adalah seperti
berikut:
(a) Pemeriksa Kereta Motor Gred A17;
(b) Ahli Muzik Gred B17;
(c) Ahli Fotografi Gred B17;
(d) Jurusolek Gred B17;
(e) Pengajar Kraf Gred E17;
(f) Pembantu Pegawai Latihan Gred E17;
(g) Juruteknik Komputer Gred FT17;
(h) Pembantu Perikanan Gred G17;
(i) Penyelia Rancangan Tanah Gred G17;
(j) Pelukis Pelan Gred J17;
(k) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17;
(l) Penyelia Jurupakaian Ged N17; dan
(m) Juruaudio Visual Gred N17.

Untuk Keterangan lanjut (sila Klik disini)

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sijil kejuruteraan Politeknik apa dah jadi...benda lain yg diminta tup tup benda lain yang keluar dulu..

Tanpa Nama berkata...

rasanya ini bukan benda baru..hanya graduan keluaran sijil kemahiran sahaja yang mengetahui perit getir tuk dapat menjawat dalam sektor awam berbanding lulusan poli yang lebih luas. terima kasih atas perlaksanaan ini.

Tanpa Nama berkata...

betul..tu....sijil politeknik apa cerita....lain yang diperjuangkan org lain pula yang dapat...lulusan sijil politeknik sepatutnya gread jawatan j27...sama seperti lepasan STPM yang mndpt jawatan gread 27....

Tanpa Nama berkata...

Bila lah sijil politeknik nak dapat gred j27/29...dah 14tahun tunggu ni...sijil poli kan setaraf STPM..

Tanpa Nama berkata...

sijil poli xlaku la tu...sebab tu SKM cm ktorang ni jerk yg dpt...kihkihkih...jgn marah ha...nnti kena jual...ekekeke

Tanpa Nama berkata...

hahaha...cuba tgk balik pekeliling tu...sijil skm paling tinggi tahap 3/4 pon still dibawah sijil Poly bro...sijil poly start tahun ke 9, sijil skm lg rendah bro

Tanpa Nama berkata...

Sangat menyedihkan...rugi saja bljr di politeknik tp sijilnya tak juga diguna...SKM jg yg naik ..bg laa peluang merasa nak pakai sijil poli

Tanpa Nama berkata...

saya lulusan diploma dari politeknik.sekarang ni hanya sebagai juruaudio visual n17.jika dalam skim jawatan, gaji permulaan juruaudio visual N17 ialah P1T2 tapi gaji permulaan saya P1T1, harap SPA atau JPA ambil berat dalam hal ini.lagi pun saya ada diploma kejuruteraan elektronik lebih tinggi dari sijil politeknik dan SKM...tq

Unknown berkata...

tidak kira gaji anda tinggi atau tidak ataupun kelayakan anda tinggi atau tidak, yang penting kita tanya dahulu pada diri kita adakah kita disini betul2 dh menimba ilmu yang cukup untuk dibawa bekalan ke akhirat nanti???kadang2 manusia ni lupa niat mereka sepatutnya..adakah kita bekerja ni hanyalah untuk gaji yang tinggi dan kelayakan yang tinggi walaupun ianya adalah penyumbang kepada kita..sedangkan kita lupa bila kita berilmu taraf kita lebih tinggi dari gaji n kelayakan yg kita ada...adakah kita ada ijazah kita x perlu nk kerja sbagai cleaner???ingt...org yang berjaya bukanlah orang yang bergaji tinggi ataupun kelayakannya yang tinggi..org yang berjaya adalah orang yang sentiasa berusaha mencari ilmunya..tidak kira dimana mana ilmu yang kita dpt yang penting membawa kebaikan bukan keburukan..

Tanpa Nama berkata...

aku xkesah sgt kelayakan poli ker skm ker ape ker...,yg aku kesahkan bila waran tukar ketua perkhidmatan ke jkr nak kluar ni.xlarat nak ulangalik kg jauh sgt...hehehe sori geng lari tajuk..

Tanpa Nama berkata...

pelajar lepasan SKM ade kemahiran nye
,pelajar lepasan poli lak ade kelebihan nye
kn
same

Tanpa Nama berkata...

lepasan skm dulu mane ade spm.coz x leh nk ambil kene bt pilihan..camner nk apply jawatan baru ..teuama yg bidang elektrik..tlg le jwp cuepacs

Tanpa Nama berkata...

sy ad SKM tahap 3 bidang juluelektrik tp x der SPM hanye ada SAP je..layak x apply jawatan baru ni...

Tanpa Nama berkata...

salam...saya harap cuepacs dapat menjadikan lulusan sijil politeknik dapat tempat di spa kerana, mcm xde bezanya jurusan politeknik tidak dapat hak yang sepatutnya,jika difikirkan sijil kejuruteraan politeknik mmg patut di naikkan grednya, dan saya berharap cuepac dpt meminta supaya Juruaudio Visual gred N17 di tukarkan ke gred J17, terima kasih....

mattestt berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Marzuki berkata...

Salam.
Saya adalah salah seorang dari Kaunselor Pembangunan Kemahiran yang ditauliahkan.

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana memperkasakan Pembangunan Kemahiran selaras Dasar Negara Industri 2020. Dan tahniah juga kepada calon pemengang LLPPKK, MLVK dan SKM kerana perit jerih mereka untuk bersama disektor awam dan pengiktirafan di sektor swasta telah tercapai.

Merujuk kepada ke Politeknik, saya juga adalah salah seorang pelajar Politeknik Kuantan dan Ungku Omar. Status akan datang semua politeknik tidak lagi mengeluarkan SIJIL mereka malah diteruskan dengan DIPLOMA dan Ijazah. Manakala peringkat SIJIL akan dikeluarkan oleh sekolah vokasional atau dikenali Kolej Vokasional.

So tidak perlu risau tentang dimana calon poli nak gantung sijil mereka kerana kerajaan telah menyiapkan Pelan Tindakan Pembangunan Kemahiran mengikut AKTA 652 Pembangunan Kemahiran.

Oleh itu sama - sama kita menyambut seruan ini demi kebaikan diri kita dan negara.

Kak Tijah berkata...

saya berpengalama diswasta selama 13 tahun sebagai pelukis pelan, sekarang saya sudah 4 tahun bekerja sebagai pelukis pelan jabatan kerajaan. Gaji saya masa masuk dulu cuma P1 T1, sekarang baru P1 T4, saya ada sijil kemahiran malaysia peringkat asas dan pertengahan (tak pasti tahap berapa). Bagai mana saya nak mohon supaya sijil skm saya ni boleh digunakan seperti pekeliling baru ini? gaji yg saya dapat sekarang hanya menggunakan sijil SPM saja. Tolonglah bantu saya.

Tanpa Nama berkata...

bila agaknya PT(P/O) nak naik gred jawatan lain semua dah sama dgn PT..kesianlah kami yg menjadi PT ni..tiada siapa nak amik tahu..walaupun kesatuan kami tak kuat sekurang2nya pandanglah kami yg membantu jika pegawai2 tiada di opis..harap maklum

Tanpa Nama berkata...

ceupacs, tolonglah kami gred N17 dan W17 ni..baru-baru ni gred NT17 telah dibuat rombakan oleh JPA dimana penolong pegawai tanah gred NT17 telah ditukar ke gred NT27...kenapa kami yg gred N17 dan W17 ni siap ada diploma dan ijazah tidak diberi kan insentif dan peluang sedangkan kawan saya dari gred NT17 yg naik ke NT27 itu hanya mempunyai SPM dan diserap sekali ke gred NT27...untunglah nasib mereka NT17 ke NT27 ini..tapi kami ini bagaimana pula?..kami bukannya cemburu, tapi kecik hati je..harapkan pembelaan..

Tanpa Nama berkata...

Sebagai kakitangan kerajaan sy bersyukur dapat bekerja di dalam sektor awam ni. tetapi..tak boleh ke diseragamkan je benda nii..atas alasan apa J17 dnaikkan ke J27. kalo sebab ada kelulusan okay dterima tapi cmne lak dgn 17 dr skim lain.. FT 17, N17 apa lg ek.. kalo SPM ok la 17. kalo ada sijil sepatutnya naik jgak la. sijil poli siap ada ISO lagi.. hairan betul. macam tak adil jee(mmg xadil). kenapa gred ni tak diberi berdasarkan kelulusan. kalo xnak bg naik jgn bagi naik suma.. xkira la skim apa pon. sy ada sorg kawan lulusan sijil politeknik. 7kali dah interview FT17. last2 dapat N17. lepas tu ada sorg lagi kawan SPM je dapat interview FT17.. trus dapat FT17..kenapa begini..hairan kan.. dimana silapnya..hmmm..

Tanpa Nama berkata...

tak kira semua skim FT,J,C,Q,W yang ada Sijil Politeknik di upgredkan gred 27.

Jikalau lantikan diploma gred 29.

Ah Long berkata...

Student poli pn ad prob jgk ek utk ke gov, biasanya student poli ni lebih mudak, hggakan jwtan pengajar vokasional yg sepatutnya di isi oleh graduan ciast pn korg sapu, sebelum korg ckp korg je berjuang utk menyamatarakan sijil2 korg tu, korg bt la kajian skit, Ciast 25 tahun keluarkan graduan dia, tahun 2007 baru jpa iktiraf.

Tanpa Nama berkata...

Sijil skm lebih pd praktikal ..diorang hendak cari calon yg boleh bt keje..lgpon hanya jawatan pembantu aje kn.jd jgn cemburu..biarkan la mereka..rezeki mereka...Ape nk dirisaukan.. klu takde sijil skm..bole dapatkan hanya ditempat kerja anda shaja. Tanpa perlu anda belajar dikolej mana2. Ni di namakan PPT pengiktirafan penilaian terdahulu..anda pergi ke jabatan pembangunan kemahiran dimana2 cawangan seluruh malaysia kemudian pengurusan mereka memberi penerangan. Slps itu anda laksanakan kerja yang diorang suruh buat.. dlm ms 2 bulan anda akan dianugerahkan sijil tahap 1 2 dan 3.. ikut kejendak anda..1 tahap bayaran cuma rm300 shaja. Pegawai mereka akan menilai kerja kita. Tp ikut bidang masing2..semua bidang ada.. selamat mencuba!