SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Januari 2011

PENJAWAT AWAM DIMINTA AMALKAN ICT SEPENUHNYA

Bernama
1/1/2011




TUARAN, 30 Dis (Bernama) -- Sesetengah penjawat awam yang enggan menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam urusan kerja seharian akan membawa kerugian dari segi kos dan masa.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Muhammad Hatta Ab. Aziz berkata walaupun inisiatif perkhidmatan berteraskan teknologi ICT telah lama diperkenalkan dalam sektor awam, namun sehingga hari ini masih ada di kalangan penjawat awam yang enggan bergerak maju ke hadapan dan masih selesa di takuk lama.

"Budaya e-mel masih lagi menjadi pilihan kedua dalam perhubungan untuk melaksanakan sesuatu urusan bagi sesetengah jabatan...masih ada di antara kita yang enggan menerima surat yang dihantar melalui e-mel sebagai rasmi dan meminta untuk dihantar surat asal sama ada melalui faks ataupun pos.

"Ini bukan saja menyusahkan pihak-pihak yang terlibat, malah menambahkan kos. Amatlah rugi jika teknologi yang begitu canggih, yang mempercepatkan urusan dan mengurangkan kos, tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya," katanya semasa merasmikan Seminar ICT di kampus Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah di sini, Khamis.

Seminar itu yang diadakan setiap tahun sejak 2006 dengan kerjasama INTAN Sabah, MAMPU Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Perkhidmatan Komputer negeri Sabah dan Lembaga Koko Malaysia dengan tema 'Green IT' pada tahun ini.

Dalam pada itu, beliau memberi contoh lain kurangnya kepekaan penjawat awam terhadap konsep ICT Hijau seperti tidak menutup peralatan ICT selepas digunakan, serta mencetak dokumen yang kurang penting sesuka hati sehingga menyebabkan pembaziran dari segi kertas dan toner pencetak.

"Saya percaya walau secanggih teknologi yang dimiliki, faktor manusia yang mempunyai akal fikiran dan kemahiran menggunakan teknologi tersebut adalah penentu kepada sejauh mana kesan atau impak positif yang dapat diperoleh daripada teknologi tersebut," katanya.

Sektor awam, tegas Muhammad Hatta, harus berusaha mengikis pandangan rakyat bahawa perkhidmatan awam tidak cekap dan ketinggalan zaman.

"Kemajuan dan kecanggihan yang ada pada hari ini, tidak membenarkan kita untuk terus memberikan pelbagai alasan yang lemah atas ketidakcekapan," tegas beliau.



-- BERNAMA

11 ulasan:

Kuli Dawalla berkata...

Hahahhhaa...kalau bab FB, Twitter, PA memang dah biasa......memang dekat ngan ICT pon...

Tanpa Nama berkata...

Pasal FB ramai yg minat dgn ICT. Tapi bila suruh guna untuk melaksanakan tugas, hampeh. Banyak alasan.

Tak caya? Gi tanya cikgu kat sekolah. FB mereka semua ada akaun. Bila tanya ada gunakan untuk p&p, seribu macam alasan.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahahaha....gur lah paling ramai kat fb...depalah paling ramai suka bercerita segala masalah dan apa depa buat dalam kelambu...semua kerja depa di ceritakan kat fb...itu lah guru sekarang...hahahahaaa...

PA ICT berkata...

Bukan kami PA minat main FB twitter. Tapi banyak aplikasi kerajaan sangat tidak user-friendly. Macam baru-baru ini isi skt guna sistem HRMIS. banyak kelemahan.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju...HRMIS mcm HARAM!!!! Paksa soh buat SKT dlm HRMIS tp sistem mcm sial! Elok buat cara lama...ntah brapa juta habis nk bangunkan HRMIS. Tu la...padai saja arah itu ini, tp hakikatnya sistem tu sendiri yg belum perfect. Tu la kerja pegawai PTD! Yang tau cuma mengarah...buat projek masuk juta2 diaorg ni la jugak!! Yang banyak pelingkup duit kerajaan adalah golongan PTD. Duduk kat tempat pembangunan tp kerja HAMPEHHH...Banyak berlaku pembaziran dan penyelewengan!!! Dah 90% yg dpt jawatan PTD guna cable mak bapak kaum kerabat saja...mcm mana tak jadi HAPRAK!!! dah lingkupkan Kementerian ni, pindah pula ke Kementerian lain...mcm tu laa kitar hidup PTD sampai MAMPUS!

Tanpa Nama berkata...

aku pakai HRMIS ok jer...lagi senang dari pakai borang. lagi la kalau apply cuti,nak buat klaim,SKT,LNPT..alahai,senang jer ase..tak payah nak menyusahkan diri nak print2 bagai...

atau orang atas aku ni tak reti nak guna HRMIS...hehe tak reti nak pakai, nak salahkan sistem plak mcm haram

Tanpa Nama berkata...

ntah la,aku rasa mudah jer pakai HRMIS...selalu kalau yang menyalak2 tak suka HRMIS ni selalunya buta IT. cuma satu jer la HRMIS ni,slow kekadang tu..kalau leh kasi up la laju skt.

PejuangUmno70's berkata...

kontrak HRMIS itu dianugerahkan kepada ahli UMNO, eloklah kita jgn menghentamnya, kita mesti ingat jasa parti kepada kita

Tanpa Nama berkata...

hahaha...yg celik IT sgt tu jenih yg takde kerja! Dok ngadap PC dari kul 8am-5pm...!! HRMIS tu dah la lembab, nk loading pun slow sama laa mcm otak org yg create sistem HRMIS tu!!!

Tanpa Nama berkata...

ke komputer ngan internet ko tu lembab?atau ko yang tak reti pakai mouse..hehehehe org lain dok pakai elok je

Tanpa Nama berkata...

Kalau HRMIS laju macam FB barulah benar2 membantu guru lakukan transformasi ICT kalau setakat guna IE... mintak maaplah banyak2