SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Ogos 2011

PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN SECARA ON-LINE DI PORTAL SPPB PADA 2012

Bernama
18/8/2011


PUTRAJAYA, 17 Ogos (Bernama) -- Mulai tahun depan, penjawat awam yang memohon pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia perlu mengisi borang secara on-line (atas talian) menggunakan portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB).

Setiausaha BPP Datuk Shuib Md Yusop berkata melalui portal itu, mereka akan mendapat kelulusan secara bersyarat dengan serta merta apabila permohonan itu diisi dengan lengkap.

"SPPB ini mudah diisi. Ini merupakan salah satu inovasi yang dibina sendiri BPP tanpa menggunakan konsultan luar. Malah kita mampu menjimatkan lebih sejuta setahun wang kerajaan antaranya untuk kos mencetak borang penyata tahunan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal SPPB yang disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datuk Nozirah Bahari di sini Rabu.

Shuib berkata setelah menerima kelulusan bersyarat itu, pemohon boleh membuat pembayaran wang proses melalui perbankan internet berbanding sebelum ini yang menggunakan bayaran melalui wang pos atau 'bank draft'.

Peminjam seterusnya diberikan tempoh dua minggu untuk menghantar dokumen sokongan yang berkaitan untuk tujuan pemprosesan, dan apabila kelulusan sepenuhnya diperoleh, pemohon akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurutnya sebanyak 400 peminjam telah mengemukakan permohonan melalui portal itu sejak ia mula digunakan 10 Ogos lepas dan pihaknya mensasarkan lebih ramai penjawat awam akan menggunakannya selepas ini.

Melalui portal itu yang boleh dilayari melalui https://sppb.treasury.gov.my, peminjam juga boleh menyemak status bayaran balik, bayaran kemajuan, penghantaran hak milik, baki pinjaman, status permohonan dan penyata tahunan.

Setakat ini portal ini hanya boleh menampung sebanyak 1,000 peminjam sehari dan pihaknya memberi jaminan bahawa sistem ini selamat untuk digunakan kerana hanya boleh diakses oleh pemohon sahaja, kata beliau.

Katanya, BPP yang ditubuhkan pada 1970 menerima permohonan sebanyak 3,200 sebulan daripada penjawat awam dengan pemberian pinjaman antara tujuh hingga lapan bilion setahun.

-- BERNAMA

4 ulasan:

2bz4money berkata...

Paper less & Insourcing, tahniah atas usaha BPPP memperbaiki mutu perkhidmatan via IT serta mesra pelanggan. Namun diharapkan BPPP sentiasa bersedia dari aspek Helpdesk sekiranya berlaku masalah teknikal spt mana terjadi kpd HRMIS.

arsosor berkata...

Tahniah kepada Bahagian IT BPPP. Semakin ramai orang menggunakan IT, semakin kurang penggunaan kertas dan mengurangkan karenah birokrasi jabatan kerajaan

PakTeh berkata...

pinjaman perumahan kerajaan adalah yang terbaik, mudah dan termurah. berkongsi pandangan dengan saya jika anda masih kurang yakin...

Tanpa Nama berkata...

siapakah yang boleh menggunakan e-bayaran..iaitu melalui cimb atau maybank2u?..memandangkan e-bayaran telah diperkenalkan. .bolehkah saya membayar bayaran bulanan pinjaman melalui e-bayaran tanpa arahan potongan gaji..harap dapat jawab kemusykilan saya ini