SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Disember 2012

PENJAWAT AWAM YANG MAHU OPSYEN KERAJAAN

Utusan Malaysia
12/12/2012



PENJAWAT AWAM TERANIAYA KAMI adalah penjawat awam yang mewakili tiga buah institut di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berjawatan tetap dan tertakluk di bawah skim pencen. Untuk pengetahuan ketiga-tiga institut ini iaitu Institut Genom Malaysia, Institut Agro-Bioteknologi dan Institut Farmaseutikal & Nutraseutikal Malaysia telah terlibat dengan pengkorporatan yang berstatus "Company Limited by Guarantee" (CLG) mulai 1 Januari ini.

Pengkorporatan ini disambut baik oleh pihak institut kerana ia memberi peluang kepada institut kami meningkatkan kecekapan dalam pengurusan dan perolehan seterusnya melancarkan proses penyelidikan. Bagaimanapun sebagai penjawat awam yang dilantik secara sah oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kami agak terkilan dan kecewa kerana tidak diberi pilihan untuk terus kekal dalam perkhidmatan awam. Kami dibersarakan secara paksa sedangkan kami masih lagi ingin meneruskan perkhidmatan di dalam sektor awam.

Kami telah merujuk masalah ini kepada pihak kementerian dan maklum balas yang diberikan tidak memihak kepada kami walhal kami sepatutnya diberi pilihan hak untuk terus berkhidmat di sektor awam melalui cara pertukaran ke agensi lain di bawah MOSTI. Isunya di sini adalah bukan niat kami untuk menentang dasar pengkorporatan ini tetapi hanyalah untuk mempertahankan hak untuk kekal sebagai penjawat awam. Kami telah pun menerima surat tawaran opsyen bertarikh 27 November 2012 dan mempunyai tempoh sebulan untuk memberikan jawapan. Sekiranya kami tidak menerima opsyen ini, kami akan diberhentikan kerja serta-merta sebagai kakitangan awam. Dalam hal ini, kami mahu bertanya di manakah hak kami sebagai penjawat awam yang masih mahu kekal berkhidmat di dalam kerajaan

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabar hadapi dugaan Alaah SWT. Pasti ada hikmahnya.

Tanpa Nama berkata...

Sabar

Tanpa Nama berkata...

Sabar lah..itulah hidup makan gaji.
mungkin ada hikmah

Bapa korang berkata...

OK. PELUANG UNTUK CEBURI SEKTOR LAIN YANG MUNGKIN LEBIH BAIK. HARAP BERSABAR...

Tanpa Nama berkata...

aku simpati pada nasib kau macam pekerja yang di swastakan dahulu, indah kabar dari rupa jer..
mana pegi tok omar, pembela nasib pekerja @ penjawat awam yang cakap berdegar-degar, taik melekap atas gelegar. kata pak kaduk...

Tanpa Nama berkata...

aku simpati pada nasib kau macam pekerja yang di swastakan dahulu, indah kabar dari rupa jer..
mana pegi tok omar, pembela nasib pekerja @ penjawat awam yang cakap berdegar-degar, taik melekap atas gelegar. kata pak kaduk...

Tanpa Nama berkata...

Memang tidak patutlah pihak yang memaksa untuk bersara. Kerajaan harus membuat tindakan drastik dan wajar untuk menangani masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

carik lawyer yang baik punya pahtu saman la balik kerajaan...dpt sorang 2/3 juta phtu pencen la...

Tanpa Nama berkata...

mamat SPA@CAPS LOCK da ke bulan tripnya...kakakakakakkakakakak

Tanpa Nama berkata...

harap adalar jalan penyelesaiannya untuk mereka..

Tanpa Nama berkata...

Harap pihak cuepacs dapat memperjuangkan nasib penjawat-penjawat awam di ketiga-tiga institut ini.

Tanpa Nama berkata...

Kami la penjawat awam yg teraniaya tu...

Tanpa Nama berkata...

Sabar banyak2 la,time minta kerja dulu pakai kabel sekarang ni minta tolong la pada kabel anda untuk bantu....kerja pak omaq dok ejas naik gaji saja yang lain dia xreti buat....

Tanpa Nama berkata...

mamat CAPS LOCK tu dah kerja ngan KERAjaan sebab tu dia bleh ckp xpakai otak....

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa nama 'Sabtu, Disember 15, 2012 11:37:00 PG'..kami x guna cabel la. Allah, doa & usaha, itu dah cukup. sekian

Tanpa Nama berkata...

lpas nih sume jabatan akan dikorporatkan & diswastakan.

yg xkompeten, keje malas, kuat ngular, kuat ngelat tuh siap sedia ler yer!!!

zaman malas & keje lembab dh berlalu!