SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Disember 2012

PROSES PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM MESTI BERTERUSAN, TIDAK STATIK - ALI HAMSA

Bernama
Daripada Ahmad Shukran Shaharudin
30/11/2012



MADINAH, 30 Nov (Bernama) -- Malaysia Juamaat memberitahu satu forum antarabangsa di sini bahawa penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam seharusnya menjadi proses berterusan tanpa henti, walaupun selepas sasaran kemajuanya tercapai.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata penjawat awam perlu memikirkan kemajuan seterusnya yang boleh mereka lakukan bukannya mengekalkan semua yang mungkin dibuat bagi memenuhi keperluan rakyat.

"Mereka (pegawai penjawat awam) perlu berfikir di luar daripada kotak tentang perkara yang akan mereka lakukan seterusnya untuk bergerak ke hadapan dan bukannya mengatakan bahawa mereka telah melakukan segala yang mungkin," katanya pada forum ketika berkongsi pengalaman Malaysia pada sesi bertemu pemimpin e-kerajaan di Madinah yang hadiri, kira-kira 100 orang, di sini.

Ali berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk 'The Malaysian Public-Private Partnership (PPP) Experience - Live Case on a Successful Malaysian PPP Model' pada forum anjuran Institut Madinah bagi Kepimpinan dan Keusahawanan (MILE).

Memberi contoh proses untuk memperoleh pasport Malaysia, beliau berkata Jabatan Imigresen boleh memproses permohonan tersebut dan menyerahkan pasport kepada pemohon dalam tempoh sejam berbanding, beberapa bulan sebelum ini.

"Dalam kes ini, selepas ini mungkin, pasport tamat tempoh boleh diperbaharui dengan mudah dan dihantar ke rumah, keesokan harinya," katanya.

Ali juga memberitahu para peserta bahawa perkongsian awam-swasta terbukti penting dalam banyak aspek pembangunan negara, selaras dengan wawasan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang maju, menjelang 2020.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MILE Dr Mohamed Moustafa Mahmoud berkata kerajaan hari ini mencari platform yang kukuh untuk mencipta semula dirinya dan digalak untuk mengubah daripada paradigma birokrasi tradisi.

"Tempat ini menekankan pemiawaian, penjabatan dan kecekapan kos operasi," katanya sambil menambah bahawa paradigma e-kerajaan memberi tumpuan kepada kerjasama pembangunan rangkaian yang diselaras, kerjasama luaran dan perkhidamtan pelanggan.

Dr Mohamed berkata minat yang semakin meningkat dalam e-kerajaan meletakkan tuntutan tentang bagaimana kerajaan boleh meningkatkan penerimaan dan penggunaan perkhidmatan kerajaan oleh rakyat.

"E-kerajaan menjadi penting, berikutan potensinya untuk mengurangkan kos dan meningkatkan perkhidmatan, berbanding kaedah alternatif tradisional (daripada perkhidmatan)," katanya.



-- BERNAMA

20 ulasan:

IT Penggerak Negara berkata...

FIRST!!!

Tanpa Nama berkata...

yang statik hanya PTD dan kuncu-kuncu nya.

sektor glc dan swasta memanipulasikan sumber manusia dengan baik dengan menaiktaraf kakitangan bukan eksekutif mereka yang mempunyai kelulusan tinggi ke peringkat eksekutif.

tapi perkhidmatan awam masih menggunapakai cara ortodoks: dengan mengambil budak mentah baru, kroni, yang menggunakan kabel, anak datuk itu ini, yang ada kabel spa, dengan pelbagai jenis alasan mengarut bagi mengelakkan dari mengambil dari kalangan kumpulan sokongan.

Tanpa Nama berkata...

yg dok main 1st 2nd 3rd tuh mmg bangang!

Tanpa Nama berkata...

Mereka mcm xde kerja lain tapi asyik mengadap komputer 24 jam. Memang bangang pun!!!! Manusia mcm2 ada......

Tanpa Nama berkata...

bukan bangang ja, benggap lagi

Tanpa Nama berkata...

ALASAN KERANA NAK MENJAGA MASA DEPAN BANGSA & NEGARA...TAPI KALAU DI TAPIS MENGENYANG ORG TERTENTU...RASUAH, SALAH GUNA KUASA DAN TIADA KEADILAN ..BLEH DI LIHAT WAKTU PEMBERIAN INSENTIF...HANYA PA TERTENTU CIKGU, POLIS & TENTERA...APA DAH JADI!!!!!!

PENCACA berkata...

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno yakin merampas kesemua empat negeri dipimpin Pakatan Rakyat (PR) dan merebut kembali majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya akan datang, dirangsang oleh kepercayaan yang kuat bahawa langkah reformis dilakukan Najib, berjaya menyebabkan pengundi Malaysia merasa kagum.
Beberapa pemimpin memberitahu The Malaysian Insider, Umno sudah bersedia sepenuhnya untuk ke medan pertempuran, setelah empat tahun menjalani transformasi intensif dari pentadbiran parti itu untuk pemikiran lebih tiga juta ahli.

Tanpa Nama berkata...

percepatkanya kajian dan laporan itu, jangan tunggu sehingga tarikh lupus, kalau boleh laksanakan sebelum tarikh yang dicadangkan, baru itu namanya kerja cepat, tepat dan pantas sebagaimana tuntutan KSN agar dapat laksanakan dasar kerajaan dengan segera. Kami pun akan turut segara laksanakan dengan mana-mana dasar kerajaan dengan segera.

Tanpa Nama berkata...

Pihak atasan (PTD) juga suka buat kerja bertangguh2 dan riuh sekampung TAPI tak fikir PA peringkat bawahan pun dpt menilai cara mereka kerja. Setakat ini byk janji blm ditunaikan. PA bawahan marah tau........

Tanpa Nama berkata...

Adalah dipohon agar elaun perumahan, elaun khidmat awam dan elaun tanggungjawab dikaji pd tahun 2013. Jika elaun2 dpt dinaikkan maka bonus xperlu diberi sebab kenaikan elaun memberi impak jangka panjang berbanding bonus yg diberi secara one off. Setuju tak PA semua?????? So sama2lah kita pejuangkan sampai dpt.

Tanpa Nama berkata...

Tk setuju, aku nak dua2 lah.....

Tanpa Nama berkata...

Umno dah sedia untuk bertempur tp PM blum sedia lagi....

Tanpa Nama berkata...

Org tamak selalu rugi.... Negara kita bukan negara maju/kaya.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Adalah dipohon agar elaun perumahan, elaun khidmat awam dan elaun tanggungjawab dikaji pd tahun 2013. Jika elaun2 dpt dinaikkan maka bonus xperlu diberi sebab kenaikan elaun memberi impak jangka panjang berbanding bonus yg diberi secara one off. Setuju tak PA semua?????? So sama2lah kita pejuangkan sampai dpt.

Isnin, Disember 03, 2012 1:15:00 PTG


-----------------------------

jangan harap. kalau elaun dinaikkan setinggi mana pun, percayalah hujung tahun mesti ramai yang masih menyalak mintak bonus. sebab itu memang dah sikap kelas ke-3 rakyat malaysia.

sebenarnya apabila semuanya selalu tak cukup, ukur baju badan sendiri dulu, kaji balik cara perbelanjaan diri tu. bukannya asyik jadi peminta sedekah saja.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Pihak atasan (PTD) juga suka buat kerja bertangguh2 dan riuh sekampung TAPI tak fikir PA peringkat bawahan pun dpt menilai cara mereka kerja. Setakat ini byk janji blm ditunaikan. PA bawahan marah tau........

Isnin, Disember 03, 2012 12:53:00 PTG


------------------------------

patut PTK 360 tu disegerakan pelaksanaannya. bukan setakat PTK saja yang 360, tapi LNPT pun 360 juga. barulah baik yang atas mahupun yang bawah akan mendapat penilaian yang saksama.

Tanpa Nama berkata...

Sapo kata pulak org tamak selalu rugi....
Selalu untung la pak cik...... Tengok najib..kayo
Tengok mahadhir n keluarga dio.. Kayo
Tengok taib mahmud n keluarga dyo....kayo
Tengok yg besor2, habis harta negara disapu..Tetap kqyo rayo. Hutng negra brtimbun2
Kito ni miskin, tk tamak,duk berebut seratus duo, tp kecoh satu dunio... Selalu rugi..

Tanpa Nama berkata...

BETOI KATA AWAK TU..TAPI ELAUN-ELAUN MESTI BERI SEBELUM PILIHANRAYA..BIOR DIA ORG KAYO RAYO..NANTI DITIMPA HARTO...

Tanpa Nama berkata...

Minta sedekah? Demo ni kelas ke 4 ko kelas ke 5.....

Tanpa Nama berkata...

j17 ke j27/29

Tanpa Nama berkata...

j17 SPM ke J17
j17 Sijil Poli ke j27
j17 Diploma ke j29