SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Oktober 2013

PENJAWAT AWAM PERLU KREATIF TANGANI CABARAN DUNIA - MUHYIDDIN

Utusan Malaysia
1/10/2013

PUTRAJAYA 1 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjawat awam mesti berani mencari penyelesaian yang strategik dan kreatif dalam mendepani cabaran melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada negara.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, cabaran utama kepada penjawat awam hari ini ialah meningkatkan produktiviti dan kapasiti dengan menggunakan sumber terhad sama ada dari segi peruntukan kewangan dan sumber manusia.
Beliau berkata, saranan itu sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu membudayakan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam bagi memastikan kecemerlangan jentera perkhidmatan awam dapat diteruskan dan dipertingkatkan.
"Kita perlu bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai dan mengubah tanggapan 'bekerja seperti biasa' kerana pendekatan itu akan menyebabkan negara terus ketinggalan dalam kemajuan dunia hari ini.
"Budaya kerja secara sendirian, cemburu dengan jabatan lain dan terlalu melindungi perlulah dielakkan. Semua jentera pentadbiran awam perlu saling bekerjasama bagi mengurangkan birokrasi serta berganding bahu menyelesaikan secara strategik dan efektif," katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013 di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Selain itu, beliau turut melancarkan buku Menelusuri 100 tahun Institusi Ketua Setiausaha Negara.
Terdahulu, Ali berkata, mulai tahun ini Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan memperkenalkan satu kategori anugerah baharu iaitu Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang mempunyai rekod kecemerlangan luar biasa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
"Pingat ini dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui Status Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri majlis rasmi,'' katanya.
Sementara itu penerima PPC, Pegawai Pembangunan Masyarakat, L. Gandesan berkata, anugerah itu menjadi pencetus semangat kepadanya untuk terus berkhidmat dengan lebih baik.
"Saya rasa bertuah kerana menjadi antara penjawat pertama terpilih menerima PPC," katanya.
Juruaudit Jabatan Akauntan Negara, Dr. Mariah Ahmad yang turut menerima anugerah itu berkata, PPC merupakan usaha kerajaan untuk membentuk warga penjawat awam yang lebih kreatif dan inovasi pada masa depan.
Bagi Penolong Pegawai Perpustakaan, Laili Cheong Abdullah, PPC akan merancakkan lagi persaingan sihat dalam kalangan penjawat awam memandangkan anugerah itu merupakan kategori terbaharu dalam menghargai sumbangan dan kecemerlangan para penjawat awam setiap tahun.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NO 1 :)

Tanpa Nama berkata...

I pun nak jugak Nombor 2 pun jadilah yeaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

KIMAK betul la Si No 1 dan Si No 2 nih....takde keroje lain ke.....???

Amran Pekida berkata...

TPM terbaik. bukti anak Johor sentiasa terbaik. jauh beza dengan kelantan yg ntah ape2 tu. dah la derhaka pada negara dengan x undi BN. Sah nak jadi ejen Thailand dan singapore nak porak perandakan negara.

Barisan Nasional namamu sentiasa mekar di kalangan rakyat yang sayangkan sunnah

Ketua Pegawai Khidmat Tadbir berkata...

BUKTI MENGAPA PT(P/O)TONGGAK JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN. TANPA KAMI, PEGAWAI PUN X DPT BUAT APA2 KEPUTUSAN!

DAH LAMA SABAR, ORG MAIN PANGGIL NAMA JE. BILA DAH DINAIKTARAF KEPADA PEGAWAI DENGAN GRED, GAJI DAN ELAUN PEGAWAI, BARULAH ADA RESPEK DAN PANGGIL ENCIK ATAU PUAN.

HARAP KERAJAAN TIMBANG ELAUN BAJU KORPORAT ATAU KOT DAN TALI LEHER SESUAI DENGAN GRED N STATUS BARU KAMI.

TERIMA KASIH.
KETUA PEGAWAI KHIDMAT TADBIR

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CUEPACSmintajawatanpembantutadbirdiganti/Article

CUEPACS minta jawatan pembantu tadbir diganti
2013/10/03 - 18:31:16 PM Cetak Emel Kawan

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir yang secara tidak langsung boleh meningkatkan gred seramai 65,000 penyandang jawatan itu di seluruh negara.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penyandang jawatan itu merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-11 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Cuepacs telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.

Beliau berharap JPA dapat memberi pertimbangan dan respons sewajarnya atas permohonan itu sebelum tarikh konvensyen tahunan Cuepacs selama tiga hari mulai 17 Disember ini bagi membolehkan keputusan yang positif atas cadangan itu dimaklumkan pula kepada seluruh kakitangan berkenaan.

"Lebih diharapkan agar perkara ini dapat diketahui semasa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan bajet negara pada 25 Oktober akan datang," katanya.

Omar berkata Cuepacs juga turut mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelulusan pinjaman perumahan kepada kakitangan perkhidmatan awam mengikut harga rumah, bukan mengikut tangga gaji mereka dengan kadar faedahnya dikurangkan kepada satu peratus berbanding empat peratus sekarang.

Langkah itu dapat mengurangkan bebanan kakitangan awam yang membeli rumah berikutan harga rumah yang semakin meningkat, katanya.
Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau berkata Cuepacs amat terkejut dengan laporan itu kerana ia meletakkan imej negatif kakitangan perkhidmatan awam yang lemah menjalankan tugas sehingga membazirkan wang kerajaan.

Sehubungan itu beliau berharap segala kelemahan oleh sebarang agensi sebagaimana yang didedahkan dalam laporan berkenaan dapat diperbetulkan segera supaya perkara itu tidak berulang dalam laporan tahun 2013 akan datang. - BERNAMA

Unknown berkata...

penjawat awam kena kreatif....jgn xreti kira harga jam...xreti kira harga scanner a4 xreti kira belanja kpop....menurut perintah....menteri mmg dah cukup kreatif sampai ketirisan demi ketirisan yg dilaporkan oleh audit...heeeheh....apakan daya kita penjawat awam si pelaksana...si perancang dan pengarah....herm hermm hermmm

Tanpa Nama berkata...

Nak kreatif apa ke bendanye... klu duit dlm kocek lepas gaji tinggal Rm2.50.

Tanpa Nama berkata...

Kreatif kalau tidak ada keupayaan atau modal pun tak guna. Ceupacs dan kerajaan akhir2 ni amat kreatif buat pelbagai cadangan utk kebaikan rakyat tetapi berapa banyak yg dpt diselesaikan? Rakyat khususnya golongan miskin semakin hari semakin tertekan hidup mereka. Gaji naik, tapi harga minyak dan barangan juga naik; apa dah jadi?

Tanpa Nama berkata...

sedapnya amran pekida berkata....ckp mcm org yg bodoh dan x tau ape2 pasal isu semasa...klw org bodoh,mmg bercakap dengan kaki...bukan guna otak...kelantan dan johor ada beza???mmg ada beza...kelantan derhaka,sbb tu la hutang dah selesai dan pembangunan makin naik...johor maju,sbb tu la hutang makin bertambah dan bnyak tanah dijual pada warga singapore..pastu duk ckp kelantan agen singapore...bodoh amran pekida ni...ckp pakai lutut..
nk ckp skit ni, kreatif nk tangani cabaran duni???hebat kan statement tue..tp fkir la logik..contohnya la pasal kenaikan barang skrg ni...cuba bgi idea, cmne nk jadi kreatif klw harga gula naik..katakanlah harga gula 2.50..adakah gula pada org kaya dijual pada harga 2.50 dan pada org miskin gula dijual seringgit ker???fkir la logik...pstu klw korg ada anak,ank korang tau ke harga gula naik ke x???budak2 klw dah nk,dia nk jugak...so celah mane nk kreatif nya..???

Tanpa Nama berkata...

ceh kalau dah pt tu ikutlah kelulusan awok...ni nak title pegawai...ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

zaman dah berubah...byk sekarang ni PT dah ada stpm,diploma dan ijazah...jgn cakap sedap mulut jeee

Tanpa Nama berkata...

Nak berkhidmat untuk negara, perjawatan nama apa pun tak apa. Janji ikhlas dan kuat bekerja untuk rakyat. Dalam kubur malaikat bukan tanya pangkat apa.