SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Oktober 2013

TINDAKAN KE ATASA MAJIKAN GAGAL LAKSANA GAJI MINIMUM

Bernama
1/10/2013



KUALA LUMPUR 1 Okt. - Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem berkata, sebarang tindakan terhadap majikan yang gagal melaksanakan Dasar Gaji Minimum akan ditentukan, pada 1 Jan tahun depan.
"Kita tunggu sehingga selesai pelaksanaan sepenuhnya dahulu sebelum kita mula tentukan bentuk tindakan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kolektif ke-11 antara Genting Malaysia Berhad dan Genting Malaysia Berhad Workers Union di sini hari ini.
Beliau berkata, Majlis Perundingan Gaji Negara pada masa ini, yang dibantu Jawatankuasa Teknikal Perundingan, sedang membuat kajian tentang permohonan penangguhan yang dikemukakan beberapa majikan.
"Majikan yang memohon penangguhan, kita akan teliti. Jika alasan boleh diterima, kita akan benarkan (penangguhan), jika tidak kita akan tolak," katanya.
Riot juga berkata, bagi majikan yang tidak membuat sebarang permohonan untuk penangguhan, ia dianggap sebagai telah sedia menerima dan melaksanakan dasar tersebut.
Menyentuh mengenai perjanjian kolektif antara Genting Malaysia Berhad dan persatuan pekerja syarikat itu yang melibatkan hampir 7,000 pekerja hotel Genting Malaysia Berhad, Riot berkata, di bawah perjanjian tersebut, mereka akan dibayar gaji berdasarkan struktur gaji minimum setelah pelaksanaan gaji tersebut ditangguh selama sembilan bulan, sehingga semalam (30 September).
"Majikan dan wakil kesatuan bersetuju untuk mengambil pendekatan sistem 'clean wages' di mana caj perkhidmatan akan distrukturkan sebagai sebahagian gaji minimum yang memberi kesan positif jangka panjang kepada golongan pekerja," katanya.
Beliau berkata, ini dapat dilihat dari aspek pembayaran lebih tinggi bagi kerja lebih masa, kerja waktu cuti umum, bonus tahunan, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kadar premium untuk insurans kemalangan serta faedah lain.
Malah kesatuan sekerja Genting Malaysia Berhad turut mengadakan referendum di kalangan anggotanya untuk mendapat pandangan mereka sebelum bersetuju dengan sistem gaji minimum itu, tambahnya.
Dasar Gaji Minimum yang dilancarkan kerajaan pada 1 Januari lepas melalui Perintah Gaji Minimum 2012 menghendaki majikan membayar gaji pokok RM900 bagi Semenanjung dan RM800 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Dasar berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Hari Buruh 1 Mei 2012 dengan kadar gaji minimum sektor swasta di Semenanjung ditetapkan RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
Kadar gaji minimum itu telah dilaksanakan pada 1 Januari lepas, namun kerajaan telah membenarkan penangguhan pelaksanaannya bagi sektor perhotelan, sehingga 30 September 2013. - BERNAMA

7 ulasan:

First berkata...

First?

Tanpa Nama berkata...

second?

Tanpa Nama berkata...

Yela kat ajensi kerajaan pun takleh nak kawal ini kan pula pihak swasta luar. kat tempat saya gaji minimu pekerja syarikat yang menjalankan kontrak pembersihan dan keselamatan tidak dapat pun gaji minimum yang dicadangkan. malahan gaji yang dimasukkan dalam kontrak tu pun bukan diorang ikut. bayar bawah daripada yang ditetapkan dalam kontrak. gaji rm600 sebulan cukup ke zaman sekarang. kerajaan kena pastikan yg dalam agensi kontrak ni patuh arahan dulu.

Tanpa Nama berkata...

I number Four

Tanpa Nama berkata...

kakitgan awm pun yg kontrak lg teruk d bt ole majikan sampai gaji 3 bulan x d kluarkn,klo pkeja bru x apa la fhm jg,tp ne pekeja lama yg btugas lbh 20 thun,apa majikn angap ktaorg ne x makan ka,jln keja nik keta free,blnja skola ank2 free jg ka..klo smua free x pa la,..smua 2 kena byr tau...tpksa tebalkn muka pnjam duit dgn ahli keluarga.sampai.ahli keluarga pun bosan da tguk muka.gji x keluar 1 hal yg srius jg..

Ketua Pegawai Khidmat Tadbir berkata...

BUKTI MENGAPA PT(P/O)TONGGAK JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN. TANPA KAMI, PEGAWAI PUN X DPT BUAT APA2 KEPUTUSAN!

DAH LAMA SABAR, ORG MAIN PANGGIL NAMA JE. BILA DAH DINAIKTARAF KEPADA PEGAWAI DENGAN GRED, GAJI DAN ELAUN PEGAWAI, BARULAH ADA RESPEK DAN PANGGIL ENCIK ATAU PUAN.

HARAP KERAJAAN TIMBANG ELAUN BAJU KORPORAT ATAU KOT DAN TALI LEHER SESUAI DENGAN GRED N STATUS BARU KAMI.

TERIMA KASIH.
KETUA PEGAWAI KHIDMAT TADBIR

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CUEPACSmintajawatanpembantutadbirdiganti/Article

CUEPACS minta jawatan pembantu tadbir diganti
2013/10/03 - 18:31:16 PM Cetak Emel Kawan

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir yang secara tidak langsung boleh meningkatkan gred seramai 65,000 penyandang jawatan itu di seluruh negara.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penyandang jawatan itu merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-11 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Cuepacs telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.

Beliau berharap JPA dapat memberi pertimbangan dan respons sewajarnya atas permohonan itu sebelum tarikh konvensyen tahunan Cuepacs selama tiga hari mulai 17 Disember ini bagi membolehkan keputusan yang positif atas cadangan itu dimaklumkan pula kepada seluruh kakitangan berkenaan.

"Lebih diharapkan agar perkara ini dapat diketahui semasa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan bajet negara pada 25 Oktober akan datang," katanya.

Omar berkata Cuepacs juga turut mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelulusan pinjaman perumahan kepada kakitangan perkhidmatan awam mengikut harga rumah, bukan mengikut tangga gaji mereka dengan kadar faedahnya dikurangkan kepada satu peratus berbanding empat peratus sekarang.

Langkah itu dapat mengurangkan bebanan kakitangan awam yang membeli rumah berikutan harga rumah yang semakin meningkat, katanya.
Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau berkata Cuepacs amat terkejut dengan laporan itu kerana ia meletakkan imej negatif kakitangan perkhidmatan awam yang lemah menjalankan tugas sehingga membazirkan wang kerajaan.

Sehubungan itu beliau berharap segala kelemahan oleh sebarang agensi sebagaimana yang didedahkan dalam laporan berkenaan dapat diperbetulkan segera supaya perkara itu tidak berulang dalam laporan tahun 2013 akan datang. - BERNAMA

Badark berkata...

Saya adalah seorang Pekerja Luar Pantai, baru-baru saya telah Meletakan JAWATAN sebagai Offshore Drilling Materialman darill salah satu Agensi Pekerjaan. Masalah saya ialah masih tidak menerima Pendapatan (Gaji) Terakhir dari Agensi tersebut, telah berlanjutan lebih dari Satu (1) bulan sekarang. Bilehkah tindakan Undang-Undang diambil keatas Agensi ini.... MINTA PENCERAHAN DAN NASIHAT. Terima Kasih.