SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Mac 2012

KEDUDUKAN SIDEK, ABU BAKAR CETUS PERSOALAN

Utusan Malaysia
29/3/2012



PUTRAJAYA 28 Mac - Spekulasi bertiup kencang di Pusat Pentadbiran Persekutuan di sini berhubung kedudukan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam.

Mereka yang dimaksudkan ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Kedua-duanya dikaitkan dengan kontroversi dalam menggubal skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan bantahan banyak pihak sehingga akhirnya dibatalkan.

SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang kritikan terutama daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.

Abu Bakar ketika dihubungi hari ini tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.

SEMAK GRED PERKHIDMATAN AWAM

Utusan Malaysia
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my
29/3/2012


SHAH ALAM 28 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu suruhanjaya khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam agar turut menyemak semula gred perkhidmatan penjawat awam di semua peringkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, semakan semula itu perlu bagi memastikan semua penjawat awam di negara ini yang dianggarkan berjumlah 1.4 juta orang mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan mereka.

Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas itu, beliau menyatakan, pihaknya telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan CUEPACS untuk dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

"Selain menambah baik skim perkhidmatan awam, suruhanjaya khas itu turut perlu memberi tumpuan dan melakukan semakan semula gred perkhidmatan penjawat awam yang menimbulkan rasa tidak puas hati sebelum ini.

28 Mac 2012

CUEPACS MAHU SURUHANJAYA KHAS TURUT SEMAK SEMULA GRED PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM

Bernama
28/3/2012



SHAH ALAM, 28 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan Cuepacs sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.

-- BERNAMA

25 Mac 2012

CUEPACS MAHU NAMA ANGGOTA SURUHANJAYA DIUMUMKAN SEBELUM 31 MAC

Bernama
25/3/2012|


KOTA BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kongres itu mendapat banyak pertanyaan daripada anggota gabungannya yang mahu mengetahui individu yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya itu.

"Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.

"Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini," katanya kepada pemberita selepas seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia di sini, hari ini.

Seminar itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas.

Najib juga turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Mengulas perkara itu, Omar berkata Cuepacs juga telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.

"Cuepacs harap penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan segera dan esok akan diadakan mesyuarat penambahbaikan SSM ini dan jawatankuasa mesyuarat itu akan membuat laporan kepada pihak kerajaan selepas itu," katanya.

Omar berkata draf pekeliling mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diteliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin.

"Kita tidak mahu timbul lagi masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu menahu langsung dan ini yang akan kita pastikan tidak akan berlaku," katanya.

Beliau berkata Kelantan adalah negeri yang pertama diberikan taklimat oleh Cuepacs berhubung penambahbaikan SSM itu sebelum ke seluruh negara secara berperingkat.

-- BERNAMA

KERAJAN MAMPU TAMPUNG KENAIKAN GAJI 1.4JUTA PENJAWAT AWAM

Utusan Malaysia
25/03/2012 1:47pm
Oleh YULPISMAN ASLI



KOTA BHARU 25 Mac - Kerajaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung kenaikan gaji 1.4 juta penjawat awam berikutan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) antara lain melibatkan pelarasan gaji sehingga 13 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penambahbaikan SSM membuktikan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang merupakan kumpulan terpenting sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan.

"Ia melibatkan kos, implikasi kewangan yang tinggi, tetapi kita mampu menampung bukan sahaja kenaikan gaji, tetapi juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kosnya kira-kira RM2.6 bilion, kerana hasil meningkat dan peningkatan hasil itu dipulangkan kepada rakyat," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam dan Taklimat Penambahbaikan SSM anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kelantan di Dewan Utama Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini. - UTUSAN

24 Mac 2012

CUEPACS GESA JPA KELUAR PEKELILING

Berita Harian
2012/03/24


NILAI: CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling berhubung pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan depan.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tetapi pihaknya masih menunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.
“Selagi pekeliling belum keluar, semua agensi tidak boleh membuat kiraan gaji untuk membayar dan kita pekeliling itu mesti selesai hujung bulan ini,” katanya selepas menyampaikan wacana bertajuk ‘Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, semalam.

Pada 8 Mac lalu, Najib mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Omar berkata, jika JPA lewat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru, selain perlu membayar tunggakan gaji lebih tinggi pada masa depan.

Mengulas penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara yang turut diumumkan Perdana Menteri, Omar berkata, ia perlu disegerakan memandangkan pihaknya sudah bersedia dengan kertas kerja daripada 23 kesatuan sekerja bernaung di bawah CUEPACS. –BERNAMA

23 Mac 2012

SURAT HANTAR SURAT TAWARAN KEPADA 7,000 PEMOHON

Berita harian
2012/03/22



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah menghantar surat tawaran secara berperingkat kepada 7,000 pemohon jawatan sektor awam yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41, selepas pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 8 Mac lalu.

Pelantikan kepada pemohon yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41 sebelum ini ditangguhkan kerana kontroversi skim berkenaan.
Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata penyelesaian itu dilakukan sebaik saja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembatalan SBPA.
Katanya, sebelum ini SPA terpaksa menangguhkan pelantikan itu selepas kerajaan mengkaji semula SBPA dan mengarahkan pasukan petugas kajian semula itu mengemukakan laporan dalam tempoh tiga bulan iaitu sehingga April.

“Selepas kerajaan membatalkan SBPA pada 8 Mac lalu, kita mengeluarkan surat tawaran pelantikan kepada pegawai berkenaan secara berperingkat bagi membolehkan mereka melapor diri kepada jabatan masing-masing.

“Pada masa sama, SPA juga sedia menerima dan memproses permohonan baru daripada orang ramai bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan terbabit,” katanya selepas memperkenalkan barisan pemain Pasukan SPA FC yang akan menentang Kelantan dalam suku akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Beliau yang juga Presiden SPA FC berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pembatalan SBPA dan digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan menjejaskan proses pelantikan baru penjawat awam di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan ketika ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden SPA FC merangkap Timbalan Setiausaha SPA, Datuk Ramli Juhari dan Ketua Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil.

Semua permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan dibuat secara dalam talian menggunakan borang pendaftaran pekerjaan di sektor awam menerusi laman web rasmi SPA.

Bagaimanapun, selepas kerajaan memperkenalkan SBPA, pelantikan baru ke sektor awam ditangguhkan sementara.

CUEPACS MAHU JPA KELUARKAN SEGERA PEKELILING PELARASAN GAJI

Bernama
23/3/2012


NILAI, 23 Mac (Bernama) -- Cuepacs menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di sini hari ini.

Pada 8 Mac lepas , Najib mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Omar berkata jika JPA lambat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru selain perlu membayar tunggakan gaji yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang turut diumumkan Perdana Menteri, Omar berkata ia perlu disegerakan memandangkan pihaknya sudah bersedia dengan kertas kerja dari 23 kesatuan sekerja yang bernaung di bawah Cuepacs.

"Kita sudah ada semua kertas kerja dan memorandum yang diberikan kepada kita dari 23 agensi termasuk tentera dan polis. Kita sedang menunggu penubuhan suruhanjaya itu sahaja, kita mahu tahu siapa pengerusinya dan kita mahu dalam bulan ini ia sudah terbentuk.

"Jadi kita minta pejabat Ketua Setiausaha Negara mempercepatkan penubuhan suruhanjaya tersebut sebelum 31 Mac ini sebab April depan kita mahu bersidang," katanya.

Omar berkata Cuepacs berharap perbincangan bersama suruhanjaya itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan dan satu skim baru dapat diperkenalkan bagi menggantikan SSM yang kini hanya bersifat sementara.

Program Sumbangsaran Intelektual IPTA tersebut dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA dengan kerjasama Cuepacs bertujuan menambah baik sistem tadbir urus IPTA selain mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA.

Sebanyak 20 IPTA menghantar perwakilan persatuan dan kumpulan pegawai tadbir masing-masing pada program yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia di sini.

Pada majlis itu Omar menerima memorandum daripada Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA yang mengandungi saranan dan penambahbaikan skim perkhidmatan Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas seluruh IPTA.
-- BERNAMA

22 Mac 2012

RINTIHAN PENSYARAH PELATIH

Utusan Malaysia
PENSYARAH PELATIH
Kuala Lumpur
27/3/2012


Pertama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menunjukkan keprihatinan beliau kepada nasib penjawat awam dengan cuba memperkenalkan SBPA baru-baru ini. Namun, berikutan ketidakpuasan hati ramai penjawat awam yang lain, ia telah dimansuhkan. Coretan ini ditulis berikutan permasalahan yang kembali timbul ekoran pemansuhan tersebut.

Saya adalah pensyarah pelatih perubatan di salah sebuah universiti awam. Pensyarah pelatih perubatan adalah doktor yang telah menyertai universiti bagi menjalankan tugas sebagai doktor dan juga bakal pensyarah.

Coretan ini bertujuan untuk meluahkan rasa terkilan dengan situasi pensyarah pelatih perubatan yang masih belum selesai.

Walaupun doktor lain di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendapat pelarasan gaji sewajarnya sejak Mac 2010 selepas pengumuman Menteri Kesihatan, nasib doktor merangkap pensyarah pelatih perubatan di universiti masih belum disahkan. Kami masih belum mendapat sebarang pelarasan sewajarnya walaupun telah berkhidmat pada tempoh yang sama dengan rakan seperjuangan kami di Kementerian Kesihatan.

Keadaan ini membuatkan kami berasa terkilan, buntu dan merasa tidak dihargai, seolah-olah khidmat yang diberikan dianggap remeh. Jangan anggap kami tidak bersyukur kerana skim doktor dianggap terbaik berbanding semua skim dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM). Tetapi ini adalah hak kami kerana kami juga doktor yang berkhidmat dengan kerajaan. Kami juga memberikan khidmat yang sama sebagaimana doktor lain di KKM.

Kami cuma mengharapkan hak kami ditunaikan. Apa yang diharapkan hanyalah pelarasan setimpal dengan rakan seperjuangan yang berkhidmat untuk tempoh yang sama dengan kami. Sebarang penambahbaikan akan menjadi satu bonus kepada kami. Sekiranya kami dianggap tidak layak bergelar pensyarah kerana belum selesai pengajian ijazah sarjana, berilah kami gaji sebagai doktor kerana kami adalah doktor terlebih dahulu sebelum menyertai universiti.

Alasan bahawa kami tidak layak menerima pelarasan kerana tiada gred yang sesuai, kerana kami belum bergelar pensyarah ataupun kerana kami dalam proses mendapatkan ijazah, adalah tidak adil dan tidak munasabah.

Untuk makluman, doktor yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana kepakaran tetap perlu bekerja sepenuh masa seperti doktor di KKM. Yang membezakan kami cuma dikehendaki mengambil peperiksaan ijazah sarjana apabila tiba masa yang ditetapkan. Bagi kami, beban kerja bukanlah suatu isu kerana itu adalah tanggungjawab kami sebagai doktor.

Walaupun ramai beranggapan nasib kami akan berubah apabila menjadi pakar, realitinya adalah berbeza kerana tempoh pengajian tersebut adalah sama dengan doktor KKM yang menikmati time based promotion. Yang membezakan nanti adalah elaun kepakaran. Adakah kerana ini kami patut dinafikan hak kami selama tempoh pengajian kami sedangkan kami bekerja seperti mereka?

Kami telah dinafikan hak kami sejak Mac 2010 hingga kini Mac 2012. Cuba bayangkan betapa kami telah kerugian dari segi masa dan kewangan berikutan tiada tindakan daripada mana-mana pihak yang sepatutnya membantu kami.

Coretan ini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi itulah realitinya. Selama dua tahun ini, kami telah kehilangan hampir lebih RM1,000 sebulan di depan mata kami. Walaupun dibawa ke pihak bertanggungjawab, ia kelihatan seperti sama ada tiada tindakan atau tindakan yang dilakukan terlalu perlahan hinggakan sehingga kini masih tiada penyelesaian.

Bukan sahaja tiada pelarasan dilakukan dan dijanjikan, malah segala tunggakan gaji dan kerugian kami tidak pernah dijanjikan atau diutarakan walaupun telah meleret ke tahap ini.

Meskipun pernah pihak tertentu menyuarakan bahawa usaha sedang dibuat dan harap bersabar, kesabaran kami semakin pudar kerana telah dua tahun berlalu tanpa sebarang perkembangan. Malah kami dituduh tidak bersyukur dan mementingkan duit semata-mata. Ingatlah jika duit sahaja yang kami nampak dan pentingkan, kami tidak akan menjadi doktor malah tidak akan bertahan selama ini dalam kerajaan. Isu itu adalah lebih kepada hak sama rata dan keadilan yang kami inginkan.

Kemunculan SBPA membuka ruang bagi kami mengisi kerugian. Walaupun tiada tunggakan gaji kerugian kami yang lepas dijanjikan, ia memberi sinar harapan kepada kami untuk masa akan datang. Malangnya, kesemuanya tidak kesampaian.

Bagaikan malang menjadi pensyarah pelatih perubatan di universiti awam masa kini. Bukan sahaja peranan kami tidak diiktiraf malah hak kami dinafikan. Sekurang-kurangnya, jika tidak mahu membayar kami sebagai bakal pensyarah tetapi bayarlah kami sewajarnya sebagai doktor.

SKUAD PENGGUNA AMALAN PERNIAGAAN BAIK - ISMAIL SABRI

Utusan Malaysia
22/3./2012



KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini melancarkan Skuad Pengguna bagi memperkasakan peranan pengguna dan menggalakkan amalan perniagaan yang baik di kalangan peniaga.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skuad itu dipertingkatkan dari segi penstrukturan, imej dan keistimewaan kepada ahlinya untuk membantu kementerian memantau aktiviti perniagaan yang tidak beretika.

"Skuad ini merupakan penjenamaan semula daripada Rakan Pengguna yang dilancarkan pada 2001 yang tidak mempunyai struktur yang jelas selain tiada sebarang keistimewaan.

"Apabila berlaku krisis kekurangan barangan keperluan seperti gula, kita tidak nampak peranan yang dimainkan oleh Rakan Pengguna.

''Tetapi menerusi Skuad Pengguna ini, penyertaannya bukan sahaja di kalangan individu tetapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengguna dan bukan pengguna serta komuniti perniagaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skuad Pengguna di sini hari ini

MANGSA TUKAR TANPA BINCANG

Utusan Malaysia
22/3/2012


SAYA penjawat awam yang menjadi mangsa pertukaran secara pentadbiran. Saya tidak layak elaun tanggung kerja, sasaran kerja tahunan yang tinggi serta bebanan kerja yang tinggi kerana tidak mengambil kira pertukaran secara pentadbiran. Persoalan yang hendak ditimbulkan ialah:

Mengapa tidak ada perbincangan sebelum pertukaran itu dilakukan?

Mengapa pihak atasan hanya mengambil jalan mudah melakukan pertukaran secara pentadbiran tanpa mengambil kira kesan terhadap organisasi itu sendiri?

Adakah pihak atasan tidak sedar pertukaran secara pentadbiran mendatangkan ketidakadilan dan tidak mewujudkan situasi menang-menang kepada pekerja.

Saya berharap CUEPACS dan JPA memandang serius permasalahan ini. Saya juga berharap permasalahan yang saya hadapi ini akan menjadi rujukan atau panduan jika ingin melakukan sebarang pertukaran bindang pentadbiran pada masa akan datang.

21 Mac 2012

PM DIJANGKA UMUM GAJI MINIMUM MEI INI

Sinar Harian
21 Mac 2012





Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan kadar gaji minimum, yang dinanti-nantikan sejak tahun lalu, pada majlis sambutan Hari Pekerja Mei ini.

"Nantilah, saya umum... tengok Hari Pekerja," kata beliau hari ini.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, takrif berbeza diberikan oleh pihak majikan dan pekerja mengenai apa yang dimaksudkan dengan gaji minimum.

Pihak majikan mentakrifkannya gaji bulanan yang termasuk gaji pokok, elaun sara hidup (COLA) dan bayaran kerja lebih masa.

Bagaimanapun, interpretasi pihak pekerja pula mengenai gaji minumum bermakna hanya gaji asas tidak termasuk elaun-elaun lain yang diterima.

Pada pandangan pihak majikan, sekiranya gaji minimum ialah RM1,000, dengan itu gaji yang dibawa pulang oleh pekerja sepatutnya RM1,000, ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), manakala pekerja menjangkakan membawa pulang gaji bersih sekurang-kurangnya RM1,300, oleh kerana RM300 itu adalah elaun termasuk bayaran lebih masa jika ada.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan, memberitahu Bernama hari ini, sangatlah mustahak kerajaan memberi penjelasan mengenai perkara ini apabila mengumumkan dasar berkenaan nanti.

Khalid berkata, masih lagi terdapat banyak salah faham mengenai isu gaji minimum ini.

Khalid berharap kerajaan akan meluluskan minimum RM1,000 dengan bayaran COLA RM300.

Beliau berkata dasar berkenaan tidak akan membabitkan pekerja sedia ada yang sudahpun memperoleh pendapatan melebihi jumlah tersebut, Ia akan hanya membabitkan pekerja baru dan mereka yang mendapat gaji kurang daripada gaji minimum yang dicadangkan.

MTUC sudah memperjuangkan gaji asas ini sejak 1990.

Sementara itu naib presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata gaji minimum pengawal keselamatan masih lagi belum dipatuhi sepenuhnya oleh industri berkenaan.

Walaupun kerajaan telah meluluskan paras gaji minimum mereka mulai 15 Februari tahun lepas antara RM500 ke RM700 bergantung pada lokasi, golongan pekerja berkenaan masih lagi belum dibayar jumlah berkenaan, katanya.

Beliau menggesa Jabatan Tenaga Kerja meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan pengawal keselamatan dibayar gaji sepatutnya oleh pihak majikan mereka. - Bernama

SBPA : 36 PEGAWAI PREMIER SETUJU PULANGKAN KENAIKAN

Sinar Harian
20 Mac 2012


PUTRAJAYA - Kesemua 36 pegawai atasan kakitangan awam dalam Kategori Perkhidmatan Utama yang menerima gaji baru di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan, bersetuju untuk memulangkan ‘kenaikan’ yang diterima baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, ini berikutan pembatalan skim itu dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab, mereka telah bersetuju untuk memulangkan kenaikan itu (di bawah SBPA).

“Lebih daripada separuh telah kembalikan manakala yang lain tidak sempat kerana berada di seberang laut,” katanya kepada pemberita selepas majlis syarahan “Chief Secretary Annual Lecture Series: The Fifth Estate - A space for
Academia?” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa 36 pegawai atasan kakitangan awam telah menerima kenaikan gaji antara RM35,000 hingga RM60,000, di bawah SBPA.

SBPA diperkenalkan awal tahun ini telah mengundang keresahan dan tidak puas hati di kalangan penjawat awam, dan kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya skim itu dikaji semula.

Pada 8 Mac, Perdana Menteri mengumumkan pembatalan SBPA dan pengembalian kepada SSM yang ditambah baik.

Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji penambahbaikan SSM, Mohd Sidek berkata, ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Saya akan bincang dengan pihak-pihak yang tertentu dan akan umumkan,” katanya. - Bernama

20 Mac 2012

KEMENTERIAN SIASAT DAKWAAN GURU TAK DAPAT CUTI 90 HARI

Berita harian
20/3/2012



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan CUEPACS bahawa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor pendidikan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata isu itu tidak seharusnya timbul terutama di kalangan guru kerana peruntukkan cuti bersalin 90 hari adalah hak mereka dan ketua jabatan tidak boleh sewenang-wenangnya menolak atau memotong tempoh cuti berkenaan. “Isu ini tidak seharusnya timbul kerana apabila guru memohon cuti, pihak sekolah selalunya akan menyediakan guru ganti bagi meneruskan kerja mereka sepanjang tempoh cuti bersalin. “Kementerian akan menyiasat dakwaan CUEPACS itu bagi menentukan sama ada isu berkenaan benar-benar timbul,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng mendakwa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor perguruan dan kejururawatan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari seperti diperuntukkan.

Yim Pheng berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada guru dan jururawat yang mendakwa permohonan cuti bersalin mereka ditolak oleh ketua jabatan masing-masing.

CUEPACS kecewa dengan tindakan sedemikian kerana alasan yang sering diberikan oleh ketua jabatan ialah berlaku kekurangan tenaga kerja untuk menggantikan mereka bagi tempoh 90 hari.
Mohd Puad berkata, kementerian akan menghubungi CUEPACS bagi mendapatkan bukti mengenai dakwaan itu.

SUKAR DAPAT CUTI BERSALIN 90 HARI

Berita haruan Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2012/03/19


CUEPACS terima banyak aduan permohonan guru, jururawat ditolak

KUALA LUMPUR: CUEPACS mendakwa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor perguruan dan kejururawatan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari yang diperuntukkan. Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya secara berterusan menerima banyak aduan daripada guru dan jururawat yang mendakwa permohonan cuti bersalin mereka ditolak oleh ketua jabatan masing-masing. Beliau berkata, CUEPACS amat kecewa dengan tindakan sedemikian kerana alasan yang sering diberikan oleh ketua jabatan ialah berlaku kekurangan tenaga kerja untuk menggantikan mereka dalam tempoh 90 hari itu.

“CUEPACS mempunyai bukti dan kita bukannya membuat sebarang dakwaan..., ada di antara mereka yang memohon 90 hari cuti tetapi hanya mendapat kelulusan cuti 60 hari, alasan sering diberikan oleh ketua jabatan ialah berlaku kekurangan kakitangan untuk ganti mereka.

“Alasan seperti ini tidak boleh diterima kerana ia menafikan hak penjawat awam wanita memperoleh tempoh cuti bersalin yang diperuntukkan kepada mereka..., ada segelintir guru dan jururawat tertekan dengan perkara ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Yim Pheng berkata, CUEPACS baru-baru ini juga mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membincangkan perkara itu.
“Kita tidak bersetuju dengan tindakan segelintir ketua jabatan yang bertindak mengurangkan tempoh cuti bersalin sedangkan penjawat awam wanita berhak untuk mendapat 90 hari cuti bersalin.

“Oleh demikian, pada pertemuan bersama pihak kementerian itu kita ada membangkitkan perkara ini supaya tindakan sedemikian tidak berulang kembali lagi sehingga memberi tekanan kepada penjawat awam wanita,” katanya yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

17 Mac 2012

TEKNOLOGI BANTU URUS SISTEM PERJAWATAN

Berita Harian
Oleh Kamaruddin Mohd Said
2012/03/17




Kewujudan data saraan komprehensif selesai isu berkaitan penjawat awam

APABILA skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan pada 1 Januari lalu, banyak pihak menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka. Ini ialah kerana SBPA jelas memberikan lebih banyak ganjaran gaji kepada penjawat awam yang berada pada gred gaji tertinggi (kumpulan utama), berbanding mereka yang berada pada gred gaji sederhana dan rendah kumpulan pelaksana dan pengurusan. Hal ini terjadi kerana SBPA digubal tanpa membabitkan kesatuan pekerja perkhidmatan awam. Prinsip kedua yang terpancar ialah bahawa walaupun ada perbezaan pandangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan CUEPACS berkaitan formula SBPA ini, perbezaan pendapat ini disuarakan dengan penuh kesopanan.

CUEPACS mencadangkan supaya SBPA dikaji semula dan selepas menerima memorandum daripada CUEPACS dan ribuan komen serta aduan daripada penjawat awam, kerajaan menubuhkan kumpulan petugas yang diberi tanggungjawab meneliti semula cadangan SBPA itu.

Pendapatan penjawat awam dikira berdasarkan tiga perkara: jadual gaji matriks, jadual gaji minimum-maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan gred jawatan. Selain itu, Skim Saraan Malaysia (SSM) mengguna pakai konsep ‘anugerah perkhidmatan cemerlang’ dan ‘anjakan gaji’ sebagai ganjaran yang diberikan kepada penjawat awam berprestasi tinggi.

Sesungguhnya penjawat awam di Malaysia berada di bawah satu sistem pengurusan perjawatan yang kompleks. Ini ialah kerana skim perkhidmatan awam Malaysia mempunyai banyak ‘kumpulan perkhidmatan’, ‘klasifikasi perkhidmatan’ dan jadual ‘gred gaji’.

Oleh itu, sebarang skim saraan baru yang ingin dilaksanakan akan mengganggu, malah menggugat dinamik kedudukan penjawat awam dalam kumpulan perkhidmatan, klasifikasi perkhidmatan dan gred gaji ini.
Selain itu, dengan cara memberikan peratusan pelarasan gaji lebih tinggi kepada penjawat awam dalam kumpulan gred gaji 1 hingga 54, iaitu sebanyak 13 peratus daripada gaji sedia ada dan antara tujuh hingga sembilan peratus kepada kumpulan JUSA ke atas, kadar pelarasan gaji ini membayangkan penggunaan prinsip peratus kenaikan yang lebih bagi golongan berpendapatan rendah dan peratus kenaikan yang kurang bagi golongan berpendapatan tinggi.

Kadar kenaikan gaji tahunan bagi penjawat awam gred 1 hingga 54 ialah antara RM80 hingga RM320 setahun. Keputusan ini boleh dianggap mempunyai landasan prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi semua penjawat awam.

Tidak dapat dinafikan bahawa jurang gaji di kalangan penjawat awam ini akan wujud berterusan. Ini juga ialah kerana penentuan gred gaji dan kenaikan gaji tahunan dikira berdasarkan prinsip meritokrasi, terutama meritokrasi kelayakan akademik.

Maksudnya, semakin tinggi kelayakan akademik seseorang, semakin tinggilah gaji yang diberikan kepada kakitangan awam.

Prinsip ini diiktiraf oleh komuniti penjawat awam di Malaysia. Penjawat awam berkelayakan tinggi biasanya memperlihatkan keupayaan setimpal dengan kelayakan akademiknya.

Selain itu, penjawat awam berkelulusan tinggi ini juga perlu membayar kembali kos pengajian tinggi yang mereka tanggung. Oleh itu, kewajaran memberikan mereka kadar gaji lebih tinggi jarang sekali dipersoalkan.

Ada beberapa isu penting di kalangan penjawat awam yang memerlukan langkah penyelesaian jangka panjang, iaitu menerusi penubuhan suruhanjaya semakan skim perkhidmatan.

Satu daripada isu besar ini adalah berkaitan dengan kedudukan penjawat awam yang layak dinaikkan pangkat, tetapi jabatannya tidak mempunyai peruntukan jawatan bagi pangkat berkenaan.

Keadaan ini terjadi kerana jawatan dalam perkhidmatan awam mempunyai terlalu banyak ‘klasifikasi perjawatan’ yang bilangannya terhad. Oleh itu, bagi penjawat awam yang berhadapan dengan klasifikasi kekosongan jawatan untuk kenaikan pangkat akan terus terperangkap dalam sangkar jawatannya yang tidak mempunyai laluan kerjaya terbuka.

Hal ini menyukarkan urusan pengurusan sumber manusia di pelbagai peringkat dalam perkhidmatan awam.

Satu perkembangan positif yang akan membantu memperkemaskan pengurusan perjawatan awam di Malaysia ialah kewujudan sistem Selenggara Skim Perkhidmatan dan Fungsi yang dibangunkan oleh JPA baru-baru ini.

Di bawah sistem ini, pakar saraan mempunyai cara yang lebih cekap untuk menyelenggara gred gaji, termasuk menambah gred gaji baru atau mengemas kini serta menghapus gred gaji yang sedia ada, berdasarkan maklumat terkini dan tersepadu.

Dengan cara ini, setiap usaha untuk melaksanakan pelarasan gaji atau menggubal satu skim perkhidmatan, akan dibantu oleh kewujudan data saraan komprehensif.
Nampaknya, pengurusan sistem perjawatan dalam perkhidmatan awam yang kompleks ini memerlukan bantuan teknologi pengurusan maklumat yang canggih. Perkara berkaitan keadilan dan kesaksamaan bagi setiap orang penjawat awam juga akan dapat ditangani dengan menggunakan teknologi pengurusan maklumat yang canggih.

Penulis ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan ahli Majlis Profesor Negara

16 Mac 2012

LEBIH SEJUTA MOHON KERJA MELALUI SPA TAHUN LEPAS

Bernama
16/3/2012


SIBU, 15 Mac (Bernama) -- Lebih sejuta orang memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun lepas, kata Setiausahanya Datuk Lamien Sawiyo.

Daripada jumlah itu, 150,159 pemohon dipanggil untuk temu duga dengan 36,810 telah berjaya dan ditawarkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam, katanya pada perasmian pusat temu duga SPA di sini, Khamis.

Pusat itu, yang ketiga di negeri ini selepas Kuching dan Miri, akan digunakan untuk tujuan yang sama bagi mereka yang datang dari Bahagian Sibu, Kapit, Sarikei dan Mukah selain sebagai pusat peperiksaan bagi penjawat awam.

Di Sarawak, Lawien berkata 14,137 ditemu duga tahun lepas dan daripada jumlah itu 3,310 telah berjaya.

Beliau memberi jaminan bahawa SPA akan berlaku adil kepada semua pencari pekerjaan tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik atau negeri asal mereka semasa ditemu duga.



-- BERNAMA

15 Mac 2012

'WINDFALL' MUST BE RETURNED

The Sundaily
14 March 2012 - 09:19pm
Last updated on 15 March 2012 - 12:24pm
Michelle Chun


PETALING JAYA (March 14, 2012): Civil servants and pensioners who received a windfall in the form of substantial increases paid to them under the New Public Service Remuneration Scheme (SBPA), will have to return any excess now that the scheme has been scrapped.

“The government will reclaim any money which may have been disbursed under the SBPA,” Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim told theSun today.

“The scheme never took off, so the money needs to go back to the government,” he said.

It is learnt that pensioners had received “new pensions” for January and February, with those above Super Scale C getting as much as 30% more.

Lim said he could not confirm offhand if new rates under the scrapped SBPA had been paid out, and that an investigation would be conducted.

“In any case, if anybody did receive money under the SBPA, we will take it back,” he said. There are about 580,000 former civil servants who are receiving pensions.

The government scrapped the SBPA last week following a review ordered by Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak in the face of protests against the new scheme due to the stark salary difference between those in the Super Scale Grade (Jusa) and Premier grades numbering about 2,600 officers, and those in grades 54 and below.

Najib subsequently on March 8 announced the SBPA would be scrapped and the government would revert to the original Matrix Salary Schedule (SSM), albeit with some improvements.

In an immediate response, Cuepacs secretary-general Loke Yim Pheng said it would be right for the government to recover any money overpaid under the SBPA.

“It is fair enough that the government asks for the money to be returned, since the scheme was not officially implemented,” she said.

Loke, who is also National Union of the Teaching Profession (NUTP) secretary-general, commended the government for scrapping the SBPA and reverting to the SSM.

She said Cuepacs, which has been included in a special commission to be set up by the government to improve the SSM, will help to find a more permanent solution in the best interest of civil servants.

Loke said workers in the agricultural, technical and forestry sectors, numbering around 60,000, were unhappy with the scrapping of the SBPA, but efforts were being made to reach common ground.

“No arrangement can please everyone, but as long as it is favourable to the majority of civil servants, the scheme can move forward.

“We are not demanding equal pay but a fair distribution of wages. It must not create a huge gap between those in the highest positions and those in the lowest. That is our stand,” Loke said.

She said Cuepacs was of the view that civil servants should be paid wages reflective of productivity and complexity of their work.

Malaysian Government Pensioners Association president Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh said the association will meet the Pensions Department on March 20 to discuss issues related to the SBPA.

PM PERJELAS PROSES RANGKA SBPA

Berita harian
Oleh Meor Hisham Zulkifli, Zanariah Abdul Mutalib dan Sophia Ahmad
2012/03/14



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kerajaan tidak pernah memanggil CUEPACS untuk berbincang dalam merangka Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata, dalam proses merangka skim itu, kerajaan sudah mengadakan forum perbincangan bersama kongres berkenaan dan wakil persatuan melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
Selain itu, katanya, mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dan kerajaan turut menerima memorandum CUEPACS berhubung tuntutan tertentu, yang kesemuanya sudah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.
“Sepanjang 2011, 13 mesyuarat utama bersama CUEPACS diadakan merangkumi mesyuarat MBK, taklimat kepada ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dan siri perjumpaan bersama CUEPACS yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman (MoU) mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan CUEPACS yang ditandatangani pada 28 Disember lalu.

“CUEPACS menyenaraikan tujuh perkara di bawah SBPA untuk diteliti semula oleh kerajaan iaitu pemindahan mata gaji kurang adil, kekananan tidak diberi pengiktirafan, gaji maksimum, gred yang kekal dan tiada pergerakan, kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus, penukaran gelaran jawatan dan jurang gaji antara kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pelaksana, " katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang bertanya mengapa kerajaan daripada awal tidak memanggil CUEPACS untuk berbincang berhubung pelaksanaan skim SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan CUEPACS.

Perdana Menteri berkata, dengan pembatalan SBPA dan pengenalan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, sebahagian besar permasalahan yang dibangkitkan CUEPACS sudah dapat ditangani.
Menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mahukan kepastian terhadap 36 golongan premier yang sebelum ini dikatakan sudah menerima gaji di bawah SBPA, Perdana Menteri berkata: “Nampaknya ahli Yang Berhormat berkenaan (Mahfuz) nak jadi juara kepada 36 orang dan kita (kerajaan) nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam”.

Bagaimanapun, jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Mahfuz yang mula membuat kecoh dan menuntut jawapan lanjut daripada Perdana Menteri, yang kemudian dileraikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

SEGERAKAN PERSARAAN KSN - IBRAHIM

Utusan Malaysia
15/3/2012



KUALA LUMPUR 15 Mac - Seorang ahli Parlimen Bebas hari ini mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dengan menyegerakan persaraan mereka ekoran keputusan pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, langkah itu wajar kerana kedua-dua mereka itu bertanggungjawab sepenuhnya kepada setiap kontroversi yang berlaku apabila didapati sistem itu langsung tidak memberi keadilan kepada penjawat awam.

Beliau berkata, akibat daripada tindakan Mohd. Sidek dan Abu Bakar itu juga, kerajaan terpaksa menanggung malu dan terpaksa berhadapan dengan kemarahan kakitangan awam sehinggalah SBPA dibatalkan dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

PARLIMEN: PEMBATALAN SBPA : PEMBANGKANG MAHU DAPATKAN PUJIAN DISELAR

Bernama
15/3/2012



KUALA LUMPUR, 14 Mac (BERNAMA) -- Seorang anggota Parlimen Rabu menyelar wakil pembangkang yang cuba mendapatkan pujian daripada keputusan kerajaan membatalkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata 'kekurangan' dalam SBPA bukan hanya dikesan oleh pembangkang sahaja, sebaliknya turut disedari para penyokong kerajaan.

"Jangan menidakkan kepekaan kami sebab kami juga sedar sistem ini akan memudaratkan penjawat awam kerana itu kami menyokong tuntutan Cuepacs.

"Jangan ingat kami tidak boleh berfikir langsung, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedia mendengar pandangan sebab itu keputusan ini diambil," katanya ketika mencelah perbahasan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada persidangan Dewan Rakyat Rabu.

Azmin ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja mendakwa pembatalan SBPA merupakan hasil manifestasi suara rakyat khususnya penjawat awam yang diperjuangkan pakatan pembangkang.

-- BERNAMA

14 Mac 2012

NAJIB NAFI DAKWAAN KETEPIKAN CUEPACS KETIKA RANGKA SBPA

Berita Harian
2012/03/13



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa kerajaan tidak pernah memanggil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk berbincang dalam merangka Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, dalam proses merangka skim itu, kerajaan sudah mengadakan forum perbincangan bersama kongres berkenaan dan wakil persatuan melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
Di samping itu, jelasnya, mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tinggi kerajaan dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi CUEPACS dengan tuntutan-tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam kerangka SBPA.
Ia bagi menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengapa kerajaan tidak memanggil CUEPACS sebelum pelaksanaan SBPA di peringkat awal.

13 Mac 2012

SBPA: NAJIB NAFI TAK BINCANG DENGAN CUEPACS

Sinar Harian
13 Mac 2012



Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.

Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Januari
lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."

Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.

Perang mulut dihentikan apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masuk campur dan menegaskan mana-mana menteri boleh memilih untuk menjawab atau tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Jumaat lepas, sumber JPA memberitahu Bernama jabatan itu dijadual bermesyuarat minggu ini untuk mencari mekanisme yang bersesuaian bagi menyelesaikan isu penjawat awam dan pesara yang sudah memperoleh bayaran gaji dan pencen mengikut SBPA.

Pada 8 Mac, Najib mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus berkuatkuasa 1 Januari tahun ini. - Bernama

CUEPACS WANTS LOWER INTEREST FOR HOMEBUYERS IN EPF LOAN SCHEME

March 13, 2012



Cuepecs said it is “concerned” that the “high interest rate” would profit the SPV set up by the government instead of helping poor homebuyers who are also EPF members. — handsetformwork.com.my pic
KUALA LUMPUR, March 13 — Putrajaya must lower the proposed 6.5 per cent annual interest for homebuyers getting city flats under the new Employees’ Provident Fund (EPF) home loan scheme, says Cuepacs.

The country’s umbrella group representing government servants said it is “concerned” that the “high interest rate” would profit the special purpose vehicle (SPV) set up by the government instead of helping poor homebuyers who are also EPF members.

Cuepacs president Datuk Omar Osman told The Malaysian Insider that “6.5 per cent interest is too high. The purpose is not to make profits, it is to help them purchase low-cost homes.”

“These people are part of KWSP (EPF). The interest repayment rate should be between 3.5 to four per cent at the most. We do not want them to suffer having to repay such high rates.

“We hope that the high interest rate is not for the SPV involved to make a profit... we are concerned,” he added, referring to the special purpose vehicle linked to the Federal Territories Foundation.

The foundation’s scheme will be overseen by Federal Territories and Urban Well-being Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin and the firm will act as the middleman to grant home loans to potential home buyers. The EPF has been promised an annual return of 5.5 per cent for the money loaned to the scheme.

The federal opposition has, however, accused Barisan Nasional (BN) of abusing monies from the pension fund to hide its current debt levels under the guise of offering a purportedly “noble” housing loan to lower-income earners.

The foundation’s scheme will be overseen by Federal Territories and Urban Well-being Minister Raja Nong Chik. — file pic
Civil servants and private sector unions have said they were not consulted over the plan to utilise EPF funds.

Raja Nong Chik has declined to comment on the scheme or why federal funds could not be used for the project.

The EPF clarified last month it is in talks with a government agency to provide loans to city renters to buy homes but that the deal has not been inked.

It also said that the terms involve lending an initial sum of RM300 million to the federal government through the special purpose vehicle.

Another Putrajaya home ownership scheme for low-income earners has come to a grinding halt just a year after it was launched as banks are unwilling to risk loans with monthly repayments worth more than half the applicant’s salary.

The My First Home scheme launched by Datuk Seri Najib Razak in March 2011 offers 100 per cent financing to those aged below 35 and earning less than RM3,000 per month to purchase homes worth up to RM400,000.

But Chinese-language daily Sin Chew Daily reported earlier this month that a 30-year-loan for RM400,000 with a 4.3 per cent interest rate would require a monthly repayment of RM1,780.

Property prices in urban areas, such as Penang and Kuala Lumpur, rose by up to 40 per cent in 2010, fuelled by low interest rates and a surge in speculative buying, although prices slowed last year due to dampened sentiment from tightening measures such as a hike in the real property gains tax for early disposals.

Some reports have also estimated that property prices jumped from 5.9 times income in 1989 to 10.9 times in 2010. The Demographia International Housing Affordability Survey rates markets whose property prices are 5.1 times median income or more as “severely unaffordable”.

The HBA last year warned that an entire generation of young adults are at risk of being locked out of the property market due to runaway house prices.

PARLIMEN : KERAJAAN TELAH BINCANG DENGAN CUEPACS SEBELUM RANGKA SBPA: NAJIB

Bernama
13/3/2012



KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat pada Selasa bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.

Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Jan lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."

Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.

Perang mulut dihentikan apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masuk campur dan menegaskan mana-mana menteri boleh memilih untuk menjawab atau tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Jumaat lepas, sumber JPA memberitahu Bernama jabatan itu dijadual bermesyuarat minggu ini untuk mencari mekanisme yang bersesuaian bagi menyelesaikan isu penjawat awam dan pesara yang sudah memperoleh bayaran gaji dan pencen mengikut SBPA.

Pada 8 Mac, Najib mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus berkuatkuasa 1 Jan tahun ini.

-- BERNAMA

NAJIB DITCHED NEW GOVERMENT PAY SCHEME AS IT WENT OFF-TARGET

March 13, 2012




The PM told Parliament that his administration was forced to review the SBPA after it raised the ire of the civil service for only benefiting top government servants. — file pic
KUALA LUMPUR, March 13 — The controversial Public Service Remuneration Scheme (SBPA) was scrapped because it failed to meet the government’s commitment of a seven to 13 per cent raise across the entire civil service, Datuk Seri Najib Razak said today.

The Najib administration was forced to ditch the scheme last week after it raised the ire of the 1.4 million-strong civil service for only benefiting top government servants while the majority of the civil service was left with paltry salary hikes.

The prime minister told Parliament today this reason made him order a review of the SBPA just two weeks after it was introduced on January 1.

“In my Budget speech last October, I gave the government’s commitment based on the principle of a seven to 13 per cent salary hike and a raise in annual income of between RM80 and RM320.

“But when it was translated into action, it ran off from the decision that was made. That is why we took the decision to cancel SBPA and return to the commitment that I have made,” he said in response to Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib said on March 8 the existing Malaysian Remuneration System (SSM) would be kept with improvements while the salaries of the Chief Secretary to the Government and top-tier civil servants in the “Premier Service I” (Turus I) category would only be adjusted by seven per cent.

Civil servants in the management and professional groups and Grades 1 to 54, in turn, would see their salaries hiked by 13 per cent across the board, he said.

It was revealed recently that under the SBPA, the Chief Secretary would draw a salary of RM60,000 while those in the “Premier Service” category were to rake in RM36,000, a vast difference from those in the lower pay grades, some of whom were only given increments as low as RM1.70.

The revelation following the obvious disparity between the salaries of top civil servants and those in the lower grades had ignited anger and disapproval in the 1.4 million-strong civil service — a key vote bank for the ruling Barisan Nasional (BN) coalition — ahead of a general election that must be called by May 2013.

Although the scheme was scrapped on March 8, it raised questions about the internal processes within those in charge of the pay review and the Cabinet’s competency to digest beyond the headline figures presented to it when the entire wage scheme was being structured.

Najib also defended today the initial introduction of the SBPA, saying at least 13 meetings were held with the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) across 2011.

The BN chief said this led to a Memorandum of Understanding on the introduction of the new scheme being signed by the civil service union and the government on December 28 last year.

12 Mac 2012

Cuepacs S’wak lauds call for incentive to be paid as usual

BorneoPost
March 12, 2012, Monday



Ahmad Malie
SIBU: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) Sarawak Division lauded the call for Regional Incentive Payment or ‘Bayaran Insentif Wilayah’ (BIW) to be paid following the usual procedure.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had made the announcement that BIW would be paid according to the normal procedure, following cancellation of Public Service New Remuneration Scheme (SBPA).

Describing this as a piece of good news for civil servants in the state, the division’s secretary Ahmad Malie said with the payment of the incentive as before, this would uplift their morale.

“Under the SBPA, BIW is pegged based on the last drawn salary as on Dec 31 last year. This means that the state’s civil servants will not get to enjoy the increase in BIW based on the stated percentage (15 to 22.5 per cent based on basic salary) when it is pegged, causing dissatisfaction among them.

“Hence, the prime minister’s announcement is timely and would go a long way to help resolve their dissatisfaction,” he said yesterday.

He added that this showed the division’s struggle and Cuepacs’ effort at national level had been successful.

Last Thursday, Najib announced the cancellation of SBPA which will be replaced by an improved Malaysian Remuneration System (SSM).

Again lauding the announcement, Ahmad Malie said they were of the opinion that this was the best approach by the government to resolve the confusion and dissatisfaction among a high proportion of government servants towards SBPA.

“The abolishment also reflected the government’s sensitivity towards the concern of civil servants on SBPA and it is hoped that this will clear the confusion and ambiguity surrounding them all this while,” he said.

Amidst the positive development, the division appealed to the government to consider looking into other issues such as those reaching their ceiling scale who would not enjoy salary increment.

Ahmad Malie urged that civil servants under this category be given special salary review as a service incentive before giving the salary adjustment as announced.

He said they had also raised this issue with Cuepacs at a meeting in KL and urged that this be made one of the key agendas of Cuepacs at the national level in their discussion with the relevant authority.

ANGKAT IMEJ PERKHIDMATAN AWAM

Utusan Malaysia
NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
11/3/2012


TENGAH hari selepas pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan Khamis lalu, saya berkesempatan bersembang dengan tiga orang penjawat awam. Riak wajah mereka ceria. Rancak bertukar cerita sesekali disulami gurauan. Kata mereka, peniaga tentunya kumpulan paling gembira. Naik gaji maknanya ada peluang naikkan harga barang. Naik gaji ertinya kuasa membeli kalangan 1.4 juta penjawat awam bertambah. Luahan kata hati mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan 13 peratus itu adalah milik peniaga di luar sana. Di akhir perbualan, kami menyimpulkan tajuk perbualan - SBPA, baru bermula sudah berakhir.

SBPA memang sempat bermula. Perjalanan pelaksanaannya amat pantas. Akhir Januari lalu, kumpulan yang memilih SBPA telah pun dibayar gaji baru. Ketika Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membuat bantahan, sebahagian peruntukan kewangan telah pun berlegar kepada para penerimanya. Apabila SBPA dibatalkan, tentunya timbul persoalan perlukah ia dikembalikan. Penerima premier berjanji untuk memulangkan hak sementara itu. Khabarnya mereka sendiri terkejut melihat perubahan gaji yang amat ketara jumlahnya itu dan tidak keberatan mengembalikan kepada kerajaan lantaran memahami kedudukan kewangan negara.

Keterujaan lebih 1.4 juta kakitangan awam berkisar kepada soal imbuhan. SBPA disanggah kerana kenaikan gaji yang amat tidak setara sehingga mewujudkan senario dua darjat antara kumpulan sokongan dengan pengurusan terutamanya Jawatan Utama Sektor Awam dan Turus.

Saya pernah mengajukan perihal perkembangan perkhidmatan awam kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji. Biar pun tajuk temuramah ketika itu tertumpu kepada siri syarahan perdana Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim, soal peningkatan kualiti perkhidmatan awam tidak dilepaskan begitu sahaja.

Berulang kali Ahmad Sarji menekankan tentang kualiti penjawat awam yang menjadi penentu mutu perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Beliau bercakap soal ketegasan dan rasa hormat terhadap perkhidmatan awam yang perlu dipelihara. Sebolehnya jangan ada ruang untuk kegagalan, pada masa yang sama laluan terhadap penambahbaikan mesti sentiasa terbuka.

Perkhidmatan awam bukan semata-mata gaji dan imbuhan. Komitmen, cekap, ikhlas, jujur umpama warna pelangi yang saling melengkapi. Hilang satu warna bukan pelangi namanya. Jaluran pelangi tidak akan sempurna jika satu warna hilang atau tercicir. Begitu juga dalam perkhidmatan awam, apabila ciri-ciri yang menjadi darah daging penjawat awam tercicir maka tanggungjawab tidak akan dapat disempurnakan. Sebab itu apabila bercakap tentang perkhidmatan awam, bukan hanya soal gaji. Bukan berapa peratusan pelarasan, bukan juga siapa dan apa yang mereka peroleh semata-mata. Hakikatnya perkhidmatan awam yang ramai anggotanya amat eksklusif sehinggakan martabatnya perlu dipelihara. Jika ada rungutan atau aduan tentang kecacatan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam maka martabatnya jatuh.

Dalam erti kata lain perkhidmatan awam mesti bernafas seiring dengan arus kemajuan dan pembangunan. Kepesatan negara menuntut pemain-pemain di dalam perkhidmatan awam bergerak pantas, bersifat responsif, peka kepada tuntutan semasa, kreatif, inovatif dan pelbagai lagi. Pembaharuan demi pembaharuan menjadikan sektor awam hidup tanpa ada tarikh luputnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menekankan tentang peri penting penjawat awam beralih dari tradisi birokrasi. Memperkatakan tentang sektor awam maka istilah paling popular atau sinonim adalah birokrasi dan hierarki yang merimaskan.

Perkara itu pernah diakui bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dalam kesempatan menemui beliau akhir tahun lepas. Beliau melahirkan rasa pelik tentang birokrasi keterlaluan - sekeping surat pekeliling akan turun naik dari ketua jabatan ke pengarah, ketua pengarah, ketua setiausaha yang kemudiannya turun semula mengikut carta aliran sebelum boleh dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan.

Prosedur ketat dan lapisan hierarki yang keterlaluan melambatkan proses penyampaian maklumat sehingga tindakan segera tidak dapat dilaksanakan tentunya mematikan keberkesanan penyampaian awam.

Fleksibel

Untuk membolehkan malar segarnya sektor awam sebagaimana pihak korporat dan swasta maka tentunya segala amalan ketat mesti diubah menjadi lebih fleksibel supaya dapat memenuhi tuntutan yang sentiasa berubah terutamanya dalam keadaan di luar jangka. Contoh paling mudah kesesakan jalan raya luar biasa di bandar raya Kuala Lumpur kelmarin. Kejadian itu cukup untuk semua pihak mengukur sejauh mana cekap, responsif dan fleksibelnya perkhidmatan awam di negara ini yang mana kakitangannya baru saja menerima berita gembira 13 peratus pelarasan gaji. Sejauh mana kreatif serta inovatifnya jabatan terlibat dalam menangani kesesakan yang menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan. Perkhidmatan awam bukan sekadar melaksanakan kerja-kerja di pejabat. Biar pun perkhidmatan di kaunter awam diakui semakin meningkat namun dalam menangani keadaan di luar jangka yang melibatkan sektor awam, kelemahan masih ketara.

Perubahan sektor awam supaya lebih kreatif, responsif dan pelbagai lagi itu bertujuan mewujudkan sebuah jentera pentadbiran yang lebih kemas dengan saiz anggota yang sesuai. Jangan pula umpama tikus membaiki labu, apabila perubahan yang dibuat hanya mengisi ruang-ruang yang sebenarnya tidak diperlukan dan akhirnya menambah birokrasi dan hierarki. Dalam sektor awam menuju fleksibiliti, mereka kembali kepada tradisi yang akan membunuh kecekapan sektor awam itu sendiri. Seperkara lagi yang sering menimbulkan rajuk kakitangan awam apabila jawatan baru diwujudkan, yang mengisinya adalah orang luar. Kewujudan kategori premier dalam SBPA amat jelas menjurus ke situ apabila jawatan itu turut dibuka kepada orang luar seolah-olah menafikan kebolehan penjawat awam itu sendiri.

Ingatlah kepada piagam pelanggan yang menghiasi dinding-dinding di jabatan awam. Setiap sen yang diperoleh baik menerusi Sistem Saraan Baru, Sistem Saraan Malaysia mahu pun SBPA yang hanya sebulan usianya perlu berlandaskan mutu perkhidmatan kakitangan awam dalam menyampaikan perkhidmatan masing-masing.

Pembatalan SBPA perlu disusuli dengan penambahbaikan mindset penjawat awam sejajar dengan peranan sebenar sektor awam yang hakikatnya sangat penting jika mahu dibandingkan dengan sektor-sektor lain yang agak terhad fungsinya.

Paling penting setiap perubahan yang hendak diperkenalkan mesti benar-benar difahami dan menjalani proses perbincangan berterusan. Sebelum sesuatu dasar dapat dilaksanakan terutama jika melibatkan keseluruhan penjawat awam maka beri penerangan dan buka ruang untuk maklum balas. Jangan nanti terjadi seperti mana pelaksanaan SBPA yang prosesnya berlangsung secara senyap dan sulit tetapi pantas sehingga akhirnya apabila tembelang pecah baunya tidak dapat ditahan. Tentunya ada yang tidak betul dalam perjalanan SBPA sehinggakan bantahan terhadap pelaksanaannya tidak dapat ditahan membawa kepada pembatalan Khamis lalu.

Sememangnya diakui perkhidmatan awam di negara ini sentiasa menjalani proses penambahbaikan. Perjalanan itu tidak sepatutnya berhenti, lantaran masih banyak kelemahan yang perlu diperhalusi dan diperbaiki. Namun perlu diberi perhatian bahawa memperkenalkan pembaharuan bukannya trial and error. Kesannya amat besar sehingga mampu membunuh integriti perkhidmatan awam dan tidak mudah dipulihkan dalam masa yang singkat.

MASA TERBAIK BUBAR PARLIMEN

Berita Harian
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2012/03/11


Sokongan rakyat terhadap Kerajaan BN kian melonjak

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengambil tempat berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat hasil pelbagai program transformasi. Sehubungan itu beberapa penganalisis berpendapat waktu terbaik untuk mengadakan PRU-13 penghujung Mei atau awal Jun depan dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk keselesaan petugas pilihan raya membuat persiapan di sekolah yang dijadikan pusat mengundi.
Penganalisis politik, Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata, Perdana Menteri tidak harus melengahkan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat bagi memastikan momentum sokongan kepada kerajaan pimpinannya tidak merudum selepas mencapai kemuncak sokongan rakyat ketika ini.

Beliau berkata, dengan peningkatan sokongan rakyat sehingga 69 peratus berikutan pelbagai insentif dan penambahbaikan dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, tidak mustahil tarikh ‘keramat’ itu akan umum dalam masa terdekat.

“Jika tidak dilaksanakan, dikhuatiri momentum yang sedang memuncak itu akan kembali ‘suam’, sekali gus mendatangkan risiko kepada pentadbiran Najib pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kaji selidik terbaru Merdeka Center mendapati kadar sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib meningkat 10 peratus kepada 69 peratus selepas berjaya memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kajian mendapati Perdana Menteri mendapat sokongan kuat di kalangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, dengan empat per lima komuniti India dan 74 peratus masyarakat Melayu turut memberikan Najib sokongan.

Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula yakin sokongan terhadap Najib akan terus meningkat apabila penjawat awam mula merasai faedah daripada penambahbaikan Skim Saraan Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, katanya, Perdana Menteri tidak seharus menunggu lebih lama untuk merasai peningkatan sokongan yang lebih tinggi kerana ia akan mendedahkan kerajaan kepada risiko.

“Dalam konteks politik Malaysia, bukannya ideologi parti yang penting tetapi parti mana yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat dalam bentuk praktikal dan mampu dirasai dalam masa terdekat,” katanya.

TUBUH SURUHANJAYA KHAS: CUEPACS

Berita Harian
2012/03/10




OMAR (kanan) ketika majlis taklimat bersama PDRM Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, semalam. - Foto BERNAMA
OMAR (kanan) ketika majlis taklimat bersama PDRM Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, semalam. - Foto BERNAMA


MELAKA TENGAH: CUEPACS berharap kerajaan dapat mempercepatkan penubuhan suruhanjaya khas bagi melaksanakan penambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang kini diguna pakai semula bagi menggantikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu bagi membolehkan mereka yang terbabit dalam suruhanjaya berkenaan mengambil perhatian perkara masih belum diperjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin. “Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh suruhanjaya penambahbaikan itu termasuk hal berkaitan isu gaji maksimum kakitangan yang lama berkhidmat. “Ini kerana, selepas menerima kenaikan 13 peratus, gaji mereka akan menjadi maksimum semula,” katanya selepas menyampaikan taklimat kepada kakitangan perkhidmatan awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.

Program itu antara lain memperjelaskan secara terperinci mengenai pelarasan gaji dan Elaun Sara Hidup (COLA) seperti diumumkan Perdana Menteri di Putrajaya, kelmarin.

Najib yang juga Menteri Kewangan kelmarin mengumumkan pembatalan sistem SBPA dan mengembalikan semula SSM yang ditambah baik.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, selain pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.

Mengulas lanjut, Omar berkata, CUEPACS akan memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran kepada kakitangan yang tidak memilih opsyen saraan 60 tahun, supaya berpeluang menandatanganinya semula.

SBPA: TERIMA KASIH

Utusan Malaysia
11/3/2012




WALAUPUN Awang bukan kakitangan awam tetapi cukup lega dengan pengumuman Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak, Khamis lalu.

Hal yang kelihatan kusut dapat dileraikan. Pokok permasalahan iaitu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi, dibatalkan.

SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang bantahan banyak pihak terutama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Penjawat kategori rendah merasakan ketidakadilan dalam cara skim itu digubal. Ramai juga kalangan yang berjawatan tinggi dan sederhana merungut atas pelbagai sebab.

Awang melihat pembatalan tersebut sebagai langkah berani Najib yang responsif kepada suara kakitangan awam.

Pembatalan itu juga boleh dilihat sebagai mesej jelas kepada beberapa pegawai kanan terutama Ketua Setiausaha Negara, Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Abu Bakar Abdullah yang terlibat menggubal SBPA.

Awang setuju dengan saranan Perkasa bahawa mereka sepatutnya bertanggungjawab atas permasalahan yang timbul. Setidak-tidaknya mereka memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya kakitangan awam. Sekadar berbuat demikian kepada Perdana Menteri, jika ada, tidak memadai. Kesilapan dan kecuaian yang mereka lakukan telah menjejaskan imej kerajaan.

Jika Najib tidak segera campur tangan dan mengambil kira maklum balas banyak pihak, isu tersebut pasti meletus bagai gunung berapi.

Apa pun, pengumuman Najib membawa khabar gembira buat 1.4 juta kakitangan awam. Sebahagian besar tuntutan CUEPACS dipenuhi. Dengan pembatalan SBPA, kerajaan mengekalkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, kenaikan elaun sara hidup (COLA) dan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam bagi masa depan - amat bermakna. Ketika ramai penjawat awam bimbang dengan rancangan pembangkang khususnya DAP untuk mengecilkan saiz perkhidmatan sehingga separuh, Najib menjamin status quo malah memberikan harapan baru. Keyakinan beliau kepada penjawat awam bukan sedikit.

Berdasarkan penyelidikan rambang Awang menerusi Internet, Malaysia merupakan negara paling komited melakukan penambahbaikan imbuhan buat kakitangan awam.

Ternyata kerajaan amat menghargai peranan dan jasa penjawat awam. Ia bukan sekadar penghargaan menerusi ucapan dan kata-kata, malah lebih daripada itu. Syukur.

Najib dan maaf

SELAIN membatalkan SBPA, ada lagi perkara lebih besar yang Perdana Menteri, lakukan.

Awang teruja apabila Mohd. Najib Tun Razak tampil di khalayak ramai memohon maaf kepada rakyat atas sebarang kesilapan lalu bagi pihak Barisan Nasional (BN).

Kejutan itu dilakukan oleh beliau pada perjumpaan bersama rakyat di Kuala Ketil, Baling, Kedah baru-baru ini.

Jarang seorang Perdana Menteri dan pemimpin sebuah parti pemerintah memohon maaf atas perihal lampau. ‘‘Kita (BN) minta maaf atas kesilapan kita dulu,’’ katanya. Bukan itu sahaja, beliau berjanji untuk memperbaiki daripada kesilapan dan membetulkannya dengan memberi perkhidmatan terbaik.

Sebagai pemimpin semasa, beliau memilih untuk mengambil tanggungjawab itu di bahunya. Awang melihat ia satu lagi keberanian politik Najib.

Terlintas Awang kepada satu petikan kata-kata Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain pada era 1950-an. Beliau menyifatkan keberanian sebagai “the first of human qualities, because it guarantees all the others.’’ (Topik The Choice is yours dalam buku Make Yourself Unforgettable terbitan Dale Carnegie).

Apa yang beliau lakukan itu membuktikan Najib mendekati rakyat dalam erti kata sebenar. Jika beliau tidak memohon maaf, juga bukan isu besar. Sepanjang 54 tahun BN memerintah, sudah tentu ada kepincangan dan kelemahan tetapi keseluruhannya terlalu banyak jasa, kebaikan dan manfaat buat rakyat dan negara. Namun Najib merendah diri kepada rakyat dan akur BN perlukan pembetulan.

Pemimpin mempunyai banyak pilihan termasuk gaya kepimpinan yang mahu diterapkan. Najib memilih untuk berada dalam apa yang dianggap sebagai class act. Budiman dan berjiwa besar.

Sayap politik

AWANG tertanya-tanya mengapa Majlis Peguam tidak berminat membela Ahli Parlimen Sabak Bernam (BN), Abdul Rahman Bakri yang dijatuhi hukuman penjara dan denda atas tuduhan rasuah membabitkan tuntutan palsu, baru-baru ini.

Pada hal, kes tersebut hampir sama dengan siasatan terhadap mendiang Teoh Beng Hock, yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beng Hock adalah Setiausaha Politik kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah daripada parti DAP. Difahamkan siasatan kes tersebut mampu membongkar penyelewengan lebih besar membabitkan beberapa pemimpin pembangkang di Selangor.

DAP telah bertindak mengalihkan perhatian daripada isu pokok iaitu siasatan sebenar, dengan mempolitikkan kematian Beng Hock secara luar biasa. Malangnya, Majlis Peguam mengambil pendirian memihak kepada parti tersebut.

Dalam kes pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan menipu Jemaah Menteri berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Majlis Peguam juga tidak teruja membela beliau. Mungkin Liong Sik adalah tokoh MCA, bukan DAP.

Awang melihat semakin banyak petunjuk bahawa Majlis Peguam telah diresapi fahaman politik pembangkang terutama DAP. Badan guaman itu umpama sayap kepada pakatan pembangkang. Maka elok jika lambang DAP dipaparkan sama di ibu pejabat Majlis Peguam.

Semua masih ingat Majlis Peguam menyokong secara terbuka Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Malah sehinggakan tidak mahu pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Majlis Peguam sendiri menafikan hak keadilan rakyat biasa. Tiada badan guaman lain di dunia yang bersikap seperti itu.

Majlis Peguam turut terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram Bersih bersama pembangkang selain program mempromosi seks bebas golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Sesungguhnya, badan guaman itu sudah hilang kewibawaan. Awang pernah sebut dan ingin ulangi. Jika diberi pilihan untuk percaya kepada Majlis Peguam atau kumpulan ah long, tidak ragu Awang memilih yang kedua.

Majlis Peguam sudah tidak hirau soal kewibawaan kerana ia mempunyai agenda lebih besar. Waspadalah, tindak tunduk golongan yang penuh muslihat. Jangan lupa, ancaman kini muncul dalam banyak bentuk. Ada yang berselindung di sebalik topeng profesionalisme, hak asasi dan demokrasi. Penyangak jenis ini lebih berbahaya.

Tanya saja...

Dalam ruangan ini, minggu lalu, Awang melontarkan pertanyaan mengapa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berdiam terhadap satu rakaman perbualan beliau bersama seorang wanita, yang didedahkan dalam blog.

Setakat ini, beliau terus membisu walaupun ramai terutama orang muda teruja menanti reaksinya. Apakah rakaman itu benar? Tiada penjelasan dikeluarkan sama ada daripada Mat Sabu mahupun ibu pejabat Pas.

Awang tidak pasti sama ada tindakan berdiam diri itu mendapat arahan Presiden Pas, Hadi Awang mahupun Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Seperti yang dinyatakan minggu lalu, Mat Sabu wajar tampil untuk mempertahankan diri dan membersihkan namanya. Ini kerana blog berkenaan mendakwa ia sebagai rakaman skandal beliau bersama wanita berkenaan. Ia dakwaan yang serius. Awang percaya Mat Sabu tidak takut untuk menjawab persoalan ini sebagaimana aksinya laksana panglima ketika berceramah.

Ambil iktibar

Marah, bosan dan kecewa. Itulah reaksi warga kota terhadap kesesakan luar biasa jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan sekitarnya, kelmarin.

Puluhan ribu pemandu kenderaan terkandas beberapa jam sehingga malam. Implikasinya besar daripada emosi rakyat, imej Malaysia hinggalah kepada produktiviti negara. Tidak pernah terjadi kesesakan seburuk itu. Penutupan terowong SMART, beberapa kemalangan melibatkan kenderaan berat, kerja-kerja pembaikan di atas jalan dan menjelang cuti sekolah - adalah antara punca.

Awang bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi ia cukup untuk menuntut perhatian pihak berkuasa.

Ambillah pengajaran. Kesesakan hari itu tidak ditangani dengan berkesan. Pihak manakah yang sebenarnya bertanggungjawab? Siapakah yang sepatutnya memanggil sidang media untuk makluman kepada orang ramai dan banyak lagi pertanyaan. Awang lihat seolah-olah tiada integrasi dalam menangani aliran lalu lintas terutama dari segi usaha pre-emtif dan ketika terjadi banjir dan kemalangan kenderaan berat.

Adalah dicadangkan agar kerajaan tidak membina terowong laluan seperti SMART pada masa depan. Peranan dwifungsi untuk mengurangkan kesesakan dan mengawal banjir, tidak berkesan. Tiada elemen stabiliti kepada pengguna jalan raya terutama pada musim hujan. Ketidaktentuan aliran trafik bukan penyelesaian yang baik. Adalah lebih sesuai jika dibina lebuh raya laluan atas. Bagi menangani banjir pula, bina sahaja lebih banyak kolam tadahan. Ia lebih praktikal dan menjimatkan.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT