SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Mei 2020

Cuepacs urges govt to expedite replacement pay scheme for civil servants

MalayMail
31/5/2020


KUALA LUMPUR, May 31 —- The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has called on the government to expedite the implementation of early redemption of Accumulated Leave of GCR (Gantian Cuti Rehat) as announced in the 2020 Budget last year.
Its president Adnan Mat said the implementation of early redemption of GCR for up to 75 days as replacement pay would involve civil servants who have at least 15 years of service and it was originally scheduled to take effect on Jan 1, this year.
He said the government needed to expedite the amendments to the Pensions Regulations 1980 to enable the move to be implemented.
“We have voiced our concerns in the past, however, until now there is no news on the matter.“Cuepacs understands the constraints faced by the government due to the spread of the Covid-19 pandemic and the implementation of the Movement Control Order (MCO).
“However, about 70 to 80 per cent of civil servants in various departments and ministries have been working as usual during the period,” he said in a statement today.
He hoped that the matter would be resolved soon and not to be carried forward to next year as part of the new budget.
“Every promise or plan announced in the budget should be given due consideration,” he said. — Bernama 

14 Mei 2020

Kerja dari rumah: Elaun khas bantu tanggung kos utiliti - KSN

Berita Harian
14/5/2020



KUALA LUMPUR: Pemberian elaun khas kepada penjawat awam yang bekerja dari rumah, ialah antara insentif sesuai untuk membantu sektor awam mengadaptasi normal baharu dalam perkhidmatan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, berkata elaun khas itu bagi membantu penjawat awam menanggung sebahagian daripada kos utiliti mereka di rumah.
Beliau berkata, apabila bekerja dari rumah menjadi normal baharu, kerajaan dapat melakukan penjimatan dari segi kos utiliti kerana jumlah penjawat awam di pejabat berkurangan.KETUA Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali
"Kurangnya pegawai atau penjawat awam hadir ke pejabat dapat menjimatkan bil utiliti jabatan. Namun apabila penjawat awam berkhidmat dari rumah, mungkin kos utiliti mereka naik seperti kos elektrik.
"Dengan penjimatan di jabatan itu, kita boleh pertimbang untuk memberi elaun khas kepada penjawat awam yang berkhidmat dari rumah supaya mereka dapat memberi perkhidmatan lebih baik lagi.
"Ini naratif yang kita perlu fikir pada masa depan jika normal baharu perkhidmatan awam ini dapat diterima kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan #BicaraNaratif mengupas topik 'Norma Baharu Perkhidmatan Awam' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.
Perkhidmatan awam mengalami budaya kerja baharu atau normal baharu susulan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan COVID-19.
PKP yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu menyaksikan hampir keseluruhan urusan perkhidmatan awam ditangguhkan dan kerajaan terpaksa memperkenalkan cara kerja baharu, iaitu bekerja dari rumah bagi bidang tertentu.
Mohd Zuki berkata, penerapan normal baharu dalam perkhidmatan awam bagaimanapun tetap memerlukan sokongan ketua jabatan atau perkhidmatan yang berfikiran kreatif, fleksibel dan bersedia menerima perubahan.
Beliau berkata, setiap pembaharuan dan perubahan terhadap budaya kerja termasuk normal baharu perkhidmatan, perlu dimulakan pihak atasan, khususnya ketua jabatan atau ketua perkhidmatan.
"Kita perlu mengambil contoh Yang di-Pertuan Agong bersama Perdana Menteri menunjukkan amalan baik apabila mereka berbincang menggunakan sidang video.
"Ini contoh yang baik. Ketua jabatan perlu mengambil contoh daripada pemimpin tertinggi ini dan menjadi iktibar bagaimana mereka mengadaptasi perkara baharu dalam perkhidmatan.
"Yang mustahak, ketua jabatan boleh memikirkan bagaimana hendak memastikan normal baharu perkhidmatan awam boleh dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.
Beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya mengutamakan integriti dalam perkhidmatan bagi menjaga rahsia kerajaan, terutama yang membabitkan maklumat dan rahsia sulit.
"Jika kita berpegang kepada nilai integriti, insya-Allah perkara seperti kebocoran maklumat ke luar tidak akan berlaku.
"Penjawat awam perlu ingat aku janji yang ditandatangani apabila mula melapor diri berkhidmat dan bertugas. Kita ada janji kita, pegang konsep ini," katanya.
Katanya, jika penjawat awam berpegang teguh kepada nilai integriti, mereka juga akan bersikap amanah ketika berkhidmat seperti tidak melakukan kerja lain ketika bekerja dari rumah.
Dalam hal ini, beliau berkata, ketua jabatan atau perkhidmatan boleh mencari jalan bagi memastikan penjawat awam tidak culas ketika bekerja dari rumah.
"Mungkin perlu menyediakan sistem login masa bekerja dan memberi tugasan dalam tempoh tertentu serta perlu disiapkan dalam waktu tertentu," katanya.
Mohd Zuki turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru di seluruh negara yang akan menyambut perayaan itu, Sabtu ini.

06 Mei 2020

Home at work for most

The Star
Wednesday, 06 May 2020


PUTRAJAYA: Between 15% and 35% of civil servants are working in the office although the conditional movement control order that was enforced on May 4 allows government offices to resume full operation, says Public Service Department (PSD) director-general Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

He said this data showed that the actual work situation was not as described by certain people.
He cited several examples of the number of staff working in the office.

For the Energy and Natural Resources and Federal Territories ministries, the workforce is only 15%.
At the Housing and Local Government Ministry, the percentage of civil servants who returned to the office is 29%.

For the Transport Ministry, it is 27%, Home Ministry (38%), Defence Ministry (27.5%), Higher Education Ministry (35%) and Works Ministry (30%).

“The data shows that although government offices are now in full operation, the approach taken by department heads is to minimise the presence of staff in the office by asking most employees to work from home.

“The flexi-hour and work from home options are being practised at government offices to support continued efforts to curb the spread of Covid-19,” he said yesterday.

“While these working options are in practice, ministries and departments must ensure the government’s delivery system functions fully and that department heads are to use their discretion in managing their human resources.

“The PSD hopes that those dealing with government offices will adhere to the new normal by following guidelines that have been issued by the National Security Council, Health Ministry and the relevant ministry and departments,” said Khairul Adib.

On Monday, Cuepacs claimed that government offices in Putrajaya had more than 60% of staff working.

Its president Adnan Mat this was a cause for concern for Cuepacs because only a minimal number

of staff should be working in the office.

“Cuepacs wants department heads to restructure the work schedule and management so that more civil servants are working from home. Only those whose work is in line with efforts to revive the economy should be working from the office,” he said.

Adnan proposed that only those who were truly healthy be given office duties for now and those with illnesses such as diabetes and hypertension, and over 50 should work from home.

04 Mei 2020

Cuepacs terkejut 60 peratus penjawat awam masuk kerja hari ini




SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melahirkan rasa terkejut apabila mendapati kehadiran penjawat awam ke pejabat-pejabat kerajaan sekitar Putrajaya melebihi 60 peratus dalam satu tinjauan hari ini.
Presidennya, Adnan Mat berkata, keadaan itu menunjukkan ketua perkhidmatan dan ketua jabatan gagal mengawal pergerakan minimum penjawat awam.
Jelas beliau, pada ketika wabak Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya langkah terbaik adalah duduk di rumah dan bekerja dari rumah.
"Hal ini amat membimbangkan Cuepacs. Sepatutnya Ketua Jabatan hendaklah mengambil langkah awal dengan membuat pengiraan keperluan minimum keberadaan penjawat awam di pejabat.

"Walau bagaimanapun, Cuepacs difahamkan kehadiran yang ramai pada hari ini adalah untuk menyelesaikan 'back lock' kerja-kerja yang tertangguh disebabkan PKP diperkenalkan pada 18 Mac 2020 yang lalu.
"Cuepacs berharap agar Ketua Jabatan hendaklah membuat penyusunan semula supaya penjawat awam boleh bekerja dari rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adnan berkata, mereka yang berkait rapat dengan pengumuman Perdana Menteri bagi memulihkan sektor ekonomi dan membantu rakyat sahaja perlu bekerja.
"Cuepacs juga menyarankan mereka-mereka yang ditugaskan di pejabat hendaklah terdiri dari individu-individu yang benar-benar sihat.
"Penjawat awam kumpulan pelaksana yang didapati ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan mereka yang melebihi usia 50 tahun ke atas seharusnya bekerja dari rumah," ujar beliau.
Pada masa yang sama, katanya, ketua jabatan hendaklah menyenaraikan nama-nama kakitangan yang perlu hadir ke pejabat dan bukannya meletakkan secara pukal mengikut bahagian ataupun unit tersebut.
"Ini bertujuan supaya mereka-mereka yang telah dikenalpasti dan dinamakan sahaja hadir ke pejabat," jelas beliau.

Justeru itu, Cuepacs memohon kepada Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selaku agensi penggerak dan peneraju pemodenan pentadbiran serta pengurusan bagi perkhidmatan awam hendaklah bergerak aktif untuk melaksanakan garis panduan yang minimum yang perlu dilakukan oleh penjawat awam apabila bekerja dari rumah.
"Apakah kaedah kawalan dan kerahsiaan. Apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan dan keperluan kepada 'result base' sahaja," soal beliau.
Sehingga kini, Cuepacs kesal kerana tiada garis panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk penjawat awam bekerja dari rumah setelah 49 hari PKP ini dilaksanakan.
"Ini sepatutnya tidak berlaku sebagai sebuah agensi pemodenan sektor perkhidmatan awam. Mereka perlulah menyahut seruan kerajaan apabila bekerja dari rumah ini dilaksanakan," katanya.
Dalam pada itu, Cuepacs juga menyeru kepada rakyat supaya kekal patuh dan terus berdisiplin bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
"Tanggungjawab menjaga diri dan keluarga adalah daripada disiplin kita dan kita mesti melakukan kawalan kendiri demi keselamatan kita.
"Peluang yang diberi oleh kerajaan adalah utk rakyat kembali pulih dari segi ekonomi. Justeru itu, rakyat hendaklah membalas keyakinan kerajaan dengan kekal berdisiplin," jelasnya.