SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 September 2017

CUEPACS MINTA KERAJAAN PERTIMBANG INSENTIF DUA KENAIKAN GAJI

Bernama
Tarikh kemaskini: 30/09/2017


KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan insentif dua kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata inisiatif itu akan membantu meringankan beban penjawat awam yang berdepan kos sara hidup tinggi.

"Selain itu, Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula kadar elaun khidmat awam (bagi kumpulan paling rendah) yang kini sebanyak RM95. Kali terakhir elaun ini disemak adalah pada 2002.

"Sudah sampai masanya kerajaan menetapkan kadar minimum elaun ini sebanyak RM180. Ini cadangan Cuepacs," katanya pada sidang media, di sini malam ini.

Beliau berkata beberapa cadangan itu diharap diberi pertimbangan khusus menjelang Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (MAPPA XV) yang dijadual berlangsung pada 3 Okt ini.....

CUEPACS MINTA KERAJAAN PERTIMBANG TUNTUTAN

Bernama
Tarikh kemaskini: 29/09/2017


KEPALA BATAS, 29 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan dan tuntutan yang dikemukakannya demi memelihara kebajikan dan integriti penjawat awam.
Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata pihaknya menuntut kerajaan supaya mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam, elaun, bonus dan kenaikan gred untuk diumumkan pada pembentangan Bajet 2018.

"Kami menuntut semakan gaji dapat dibuat dengan mempertimbangkan kenaikan gaji tahunan, menyelaraskan beberapa elaun, bonus sebulan gaji dan tempoh kenaikan gred daripada 13 tahun kepada 10 tahun.

"Permohonan ini diharap dapat dipertimbangkan supaya penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik setanding dengan negara-negara maju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kali ke-14 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Malaysia di sini hari ini.

Katanya tuntutan itu juga seiring dengan hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan mutu perkhidmatan awam berkelas dunia dan pihaknya sangat berharap kerajaan dapat menunaikannya bagi memberi inspirasi kepada penjawat awam.....

19 September 2017

USUL CADANGAN WUJUD SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KESIHATAN

Bernama
18/9/2017


PUTRAJAYA, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menjaga hal ehwal kebajikan profesional kesihatan, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Perkara berkenaan pernah dibincangkan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengeluarkan para pengamal perubatan daripada tangga gaji penjawat awam dan mewujudkan satu suruhanjaya seperti pasukan polis dan tentera tetapi tidak mendapat sokongan dan kelulusan daripada kerajaan, katanya.

Beliau berkata dengan adanya badan itu, ia akan mempunyai skim penjawatan tersendiri serta berupaya menambah baik gaji anggota skim perkhidmatan kesihatan termasuk doktor berbanding kini yang mana penjawatan mereka tertakluk di bawah JPA.

"Kita sentiasa berusaha dari semasa ke semasa bagi memastikan skim perjawatan warga kementerian terbela sejajar menjamin kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat," katanya mengulas cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar skim dan struktur gaji profesional kesihatan disemak semula bagi mengelak masalah kehilangan tenaga mahir ke luar negara.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Aplikasi Malaysia Diagnosis Related Groups (MalaysianDRG) Versi Kedua di Institut Kanser Negara di sini hari ini, Dr Subramaniam berkata kementerian berharap semakan itu dapat dilaksanakan berikutan saranan Ahmad Zahid itu..

17 September 2017

JPA DISARAN KAJI TANGGA GAJI TENAGA PAKAR SEKTOR KESIHATAN - TPM

Bernama
16/9/2017


Tarikh kemaskini: 16/09/2017

BAGAN DATUK, 16 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta mengkaji semula tangga gaji tenaga pakar dalam sektor kesihatan bagi mengelakkan kehilangan khidmat golongan profesional ini berhijrah ke negara lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu perlu bagi mengelakkan kekurangan tenaga mahir dalam negara kerana pendapatan lumayan diberikan oleh luar negara berbanding di negara ini.

Jelas beliau, kerajaan telah membelanjakan begitu banyak wang untuk perbelanjaan latihan dan pendidikan lanjutan mereka sedangkan negara berkenaan tidak pun melabur untuk latihan kepakaran lanjutan bidang tertentu untuk rakyat mereka.

"Saya lihat sudah tiba masanya pihak JPA melihat skim dan struktur gaji profesional bidang berketrampilan utuk mengelakkan berlakunya masalah kehilangan tenaga kita ke luar Malaysia.

"Walaupun kita tahu ia melibatkan pelbagai sektor lain perkhidmatan awam, tetapi untuk bidang perubatan kita tak mahu kehilangan ke luar negara," katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti "Transformation With 1Smile Together" (TW1ST) Peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Program TW1ST bertujuan meningkatkan pengetahuan warga kolej komuniti tentang kepentingan amalan penjagaan kesihatan pergigian dan seterusnya menjadi ejen perubahan serta suri teladan kepada golongan belia lain.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berpendapat Malaysia berpotensi besar dalam pelancongan kesihatan yang digalakkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kerana kemudahan dan kos perkhidmatan yang dikenakan jauh lebih rendah berbanding negara lain dalam rantau Asia.

"Kemudahan hospital pakar (dalam negara) adalah sama piawaian dengan negara lain. Saya fikir Malaysia punyai potensi cukup tinggi dalam pelancongan kesihatan dan kekalkan tenaga pakar kita supaya boleh berikan pulangan," katanya.

Justeru itu, beliau meminta dan menyerahkan kepada kebijaksanaan ketua pengarah JPA untuk mengatasi masalah penghijrahan tenaga profesional bekerja di luar negara.



-- BERNAMA

08 September 2017

HIGH PAY ALONE WON'T WEED OUT CORRUPTION, GROUPS SAY

Malaymail
7/9/2017


PETALING JAYA, Sept 7 — Reviewing the salaries and welfare schemes of personnel in
enforcement agencies is not the only solution against corruption and power abuse. Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services Malaysia (Cuepacs) and a number of associations representing retired civil servants agreed that while raising salaries and benefits might reduce corruption, higher wages were not the ultimate solution.
Cuepacs secretary-general Adnan Mat said equally important was an individual’s integrity.
“Recent arrests and convictions by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) showed those in high-ranking positions with considerable salaries were also likely to engage in abuse of power and corruption,” Adnan told Malay Mail.

“This relates to an individual’s integrity and principles rather than how much they earn each month.”  Adnan was asked to comment on a statement by the MACC on Tuesday urging the government to review the salaries and welfare of personnel in enforcement agencies, including the police, as a means to stamp out bribery and corruption. The statement was issued in conjunction with the appointment of Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun as the new Inspector-General of Police.

Adnan said Cuepacs would continue to push for better salaries for all civil servants, as the cost of living had increased tremendously. “We have urged the government to review the current salary and welfare schemes, as what those in the sector are getting is insufficient against the rising cost of living,” he said.

Former Cuepacs secretary-general Datuk Lok Yim Pheng said enforcement agencies personnel should have their salaries reviewed because of the hazards of their profession. “They should get better wages as they work in critical sectors and are in high-risk positions enforcing the law and keeping the peace,” she said.

“However, they must be mindful of their responsibilities whether they get a pay raise or otherwise because corruption relates to self-discipline and integrity.” Retired Senior Police Officers Association vice-president Aziz Mohd Yusof said corruption was a dilemma no agency was immune to. “I believe having a strong religious and spiritual background goes a long way in preventing bribery,” he said. “However, the MACC should continue with its anti-graft campaign for the civil service, focusing on those who are especially starting out in their careers.”

Although some civil servants claimed they had resorted to accepting bribes because they were having trouble making ends meet, Mohd Yusof said, there was no excuse for them to commit the crime. “Our society should be mindful to not offer bribes to officers just to get things done. If we keep tempting them, this will lead to moral decay in our society,” he said.
Association of Former Customs Officers president Datuk Abd Rahman Manan said salaries as recent as five years ago were sufficient for civil servants, but not anymore.
“A review by the government would be opportune at this time,” he said.
“Nonetheless, officers should be mindful that if they get higher salaries with any associated benefits, they should also put in the work that is reflective of what they are being paid. It is the taxpayers who are paying their salaries.”