SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Mei 2012

CUEPACS MINTA KERAJAAN NAIKKAN GRED 50,000 PEKERJA PERHUTANAN, PERTANIAN DAN TEKNIKAL

Bernama
31/5/2012


KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menimbang cadangan supaya menaikkan gred jawatan kira-kira 50,000 pekerja perhutanan, pertanian dan teknikal.

Setiausaha Agung CUEPACS Lok Yim Pheng berkata kesemua pekerja terbabit yang kini dalam gred G17, G22 dan G26 dicadang dinaikkan kepada gred G27, G32 dan G36 kerana mereka mempunyai kelayakan akademik dan sijil kemahiran.

Beliau berkata ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu melahirkan pekerja mahir ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Jadi pekerja yang ada kemahiran khas atau bertaraf antarabangsa perlu diberi pengiktirafan," katanya kepada Bernama.

Lok berkata cadangan mengenai penarafan gred tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Mac lepas.

-- BERNAMA

27 Mei 2012

KOS BERSALIN SWASTA MAHAL

Berita Harian
Oleh Faiza Zainudin dan Sazarina Shahrim
bhnews@bharian.com.my
2012/05/26

Kerajaan sedia kaji syor CUEPACS jika hospital beri diskaun

KUALA LUMPUR: Cadangan penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta akan menyebabkan negara menanggung beban kewangan tinggi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.Beliau berkata, kerajaan memberi subsidi sebanyak 98 peratus untuk penjagaan kesihatan dengan kos dibelanjakan membabitkan peruntukan sebanyak RM16 bilion.Peruntukan itu juga katanya, tidak mencukupi berikutan kos penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat pada setiap tahun.

“Kerajaan tidak mampu (peruntukan bersalin di hospital swasta) kerana kos bersalin di sana agak tinggi, beribu-ribu ringgit berbanding kos di hospital kerajaan yang kurang RM50. “Bagaimanapun kami bersedia mengkaji permintaan mereka (CUEPACS), sekiranya hospital swasta boleh beri harga yang rendah, tidak ada masalah, kalau kos sedia ada yang agak tinggi, memang kita tidak mampu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas permintaan CUEPACS kelmarin, yang mahu penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga. Tiga cadangan lain bagi menghargai sumbangan 630,000 penjawat wanita termasuk wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya, cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh dan cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat. Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata perkhidmatan bersalin di hospital kerajaan sudah banyak dipertingkatkan termasuk dari segi keselesaan yang turut membabitkan wad bukan kelas satu.

Di PUTRAJAYA, Tiong Lai berkata, kementerian itu mahu memastikan setiap hospital negeri mempunyai dua pakar pembedahan payu dara dan endokrin dalam tempoh tiga tahun lagi. Beliau berkata, ketika ini hanya beberapa negeri saja yang mempunyai kepakaran itu antara Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Katanya, ketika ini hanya terdapat 25 pakar pembedahan payu dara dan endokrin di seluruh negara.

Justeru, katanya, memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian itu dan Akademi Perubatan Malaysia (AMM) ditandatangani bagi membolehkan kursus pembedahan payu dara serta endokrin dilaksanakan di negara ini berdasarkan kepada latihan di Royal College of Surgeons, England. “Sebelum ini, kita menghantar pakar kita ke England untuk jalani kursus selama tiga tahun di sana tetapi dengan termeterainya MoU ini, latihan berkenaan boleh dijalankan di Malaysia dengan lebih ramai pakar dapat menjalani kursus terbabit.

“Dengan kursus ini, tahap pencapaian pakar dalam bidang pembedahan payu dara dan endokrin akan meningkat, sekali gus membolehkan lebih ramai pesakit mendapat rawatan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan MoU antara kementeriannya dan AAM, di sini semalam.

Kementerian Kesihatan diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Kamarul Zaman Md Isa manakala AMM diwakili Timbalan Master, Datuk Dr N Arumugam.

SYOR CUTI TANPA REKOD STAF AWAM WANITA


 Utusan Malaysia
26/5/2012


KOTA KINABALU 25 Mei - Penjawat awam wanita yang telah berkeluarga mungkin mendapat imbuhan baru apabila Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan mereka diberi cuti tanpa rekod 14 hari setahun.Presidennya, Datuk Omar Osman  berkata, mengambil kira banyak perkara yang terpaksa diuruskan oleh golongan tersebut, pihak kesatuan bersetuju mengusulkan perkara itu bagi dibincangkan dalam lembaga suruhanjaya.

Katanya, cuti tanpa rekod yang diberikan oleh kerajaan 14 hari setahun itu boleh dianggap sebagai satu lagi cara kerajaan menghargai sumbangan golongan penjawat awam wanita terhadap pembangunan negara."Cadangan itu dibuat atas dasar kebajikan dan menghargai sumbangan penjawat awam wanita yang telah berkeluarga kerana mereka banyak terlibat dalam menguruskan hal keluarga," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Perdana Penjawat Awam bersama Presiden CUEPACS di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Omar berkata, sejak cuti rehat dikurangkan pada 1 Januari 2009 dan waktu anjal berkhidmat golongan wanita ditamatkan, golongan wanita sering berhadapan dengan masalah kehabisan cuti.Menurutnya, mereka terpaksa menguruskan pelbagai masalah dan hal keluarga yang menyebabkan golongan tersebut habis cuti tahunan dengan lebih cepat berbanding lelaki.
Katanya, meskipun cuti umum sudah banyak di negara ini, ia dilihat masih tidak cukup untuk golongan tersebut kerana mereka turut dibebani dengan banyak tanggungjawab lain.
Sementara itu, kata Omar, cadangan lain yang akan dikemukakan kepada lembaga suruhanjaya adalah berhubung pengeluaran gratuiti lebih awal kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 atau 25 tahun.

Menurutnya, golongan tersebut dicadangkan boleh mengeluarkan pampasan kerja itu pada kadar 20 atau 25 peratus untuk kegunaan membaiki rumah, mengerjakan umrah dan menyambung pelajaran bagi diri sendiri atau ahli keluarga. Jelasnya, ia dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk mengurangkan kadar golongan penjawat awam yang berhutang.

RAMAI PENJAWAT AWAM TIDAK MAMPU MILIKI RUMAH SENDIRI - CUEPACS

Bernama
27/5/2012


MACHANG, 27 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

"Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya .

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lepas.

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB).

-- BERNAMA

500,000 PESARA DISARAN ANGGOTAI KELAB KESATUAN PESARA KERAJAAN

Bernama
27/5/2012



MACHANG, 26 Mei (Bernama) -- Kesemua 500,000 penjawat awam yang bersara daripada jawatan kerajaan disaran supaya menyertai kesatuan baru yang diwujudkan iaitu Kelab Kesatuan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) bagi membolehkan kesatuan itu membela nasib mereka.

Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Jaapar Mansor berkata kira-kira 300,000 daripada jumlah pesara itu terdiri daripada mereka yang berkhidmat dalam kumpulan pelaksana iaitu Gred 40 ke bawah.

"Dengan menjadi anggota kesatuan itu mereka dapat menjalankan aktiviti untuk menolong nasib masa depan selepas bersara dari pelbagai jawatan kerajaan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Himpunan Kasih Pesara Kerajaan/Badan Berkanun peringkat jajahan Machang di sini Sabtu.

Katanya walaupun terdapat ramai bekas penjawat awam yang bersara di seluruh negara dan menganggotai banyak kesatuan tetapi mereka tidak bergerak atas satu badan gabungan.

Beliau berkata antara tuntutan bekas penjawat awam ialah menseragamkan bayaran pencen untuk kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan pesara tentara atau polis.

-- BERNAMA

25 Mei 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG DI CUEPACS ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF / PEMBANTU TADBIR P/O)


IKLAN JAWATAN KOSONG
 ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF / PEMBANTU TADBIR P/O)


KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457


IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

A.   PERIHAL JAWATAN :

Bil
Jawatan
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
1
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
N27
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
P1T1 RM1361.14 - P1T26 RM3565.62

B. SYARAT LANTIKAN
1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
( Gaji Permulaan pada gred N27 : P1T1 )
ii)  Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T5 )
(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T6 ,)

(b) Syarat Kenaikan Pangkat secara Lantikan.

( i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian & Operasi ), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ), Pembantu Tadbir ( Kewangan ) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila :-
a) telah disahkan dalam perkhidmatan, atau
b) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i),
c) lulus peperiksaan khas.
c)         Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
d)         Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.


C : UMUR
1.         Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS, Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.
E : ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-

Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 31 Mei 2012. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

G : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

4 CADANGAN CUEPACS -HARGAI 630,000 PENJAWAT WANITA

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2012/05/25

  • Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga
  • Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya
  • Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh
  • Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat


KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.

Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya.

Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mereka perlu diberi kemudahan itu kerana hospital kerajaan selalu padat dan menjadi tumpuan semua peringkat rakyat serta pendatang asing.

“Ketika ini, penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos atau menggunakan polisi insurans peribadi. Kerajaan hanya menanggung sepenuhnya kos bersalin di hospital kerajaan.

“Penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia.

“Kini tidak ramai yang minat menambah bilangan anak kerana beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bersalin lebih daripada lima, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, CUEPACS meminta kerajaan memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan keluarga terdekat, berbanding sekarang hanya untuk urusan mewakili negara atau negeri dalam program tertentu seperti bidang sukan.

Omar berkata, semakan mendapati penjawat awam wanita lebih cepat menghabiskan cuti tahunan berbanding lelaki atas pelbagai urusan atau masalah keluarga, terutama mereka yang terpaksa menjaga anak sendirian kerana tinggal berjauhan dengan suami.

“Apabila cuti habis, mereka terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji bagi urusan kecemasan seperti anak sakit. Masalah ini menjadi keluhan ramai kakitangan wanita dan sering dibangkitkan dalam dialog kami.

“Oleh itu, amat wajar cuti tanpa rekod diperluaskan kepada urusan kecemasan membabitkan keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak, ibu bapa dan mentua dengan syarat cuti tahunan mereka sudah habis,” katanya.

Ketika ini, kakitangan awam mendapat cuti tahunan antara 20 hingga 30 hari bergantung kepada gred perjawatan mereka

21 Mei 2012

CUEPACS MINTA POLIS SERAH TIGA NAMA PENJAWAT AWAM TERBABIT PERHIMPUNAN 28 APRIL

Bernama
21/5/2012

KOTA BAHARU, 20 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta polis menyerahkan kepada mereka, tiga nama penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs ingin bertemu mereka dan menyelidik punca tiga individu berkenaan melibatkan diri dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

"...kita nak tahu apakah mereka terpedaya menyertainya dan juga sebab lain yang boleh membantu Cuepacs menangani perkara itu selepas ini," katanya yang ditemui pemberita selepas perasmian seminar kejururawatn sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Kelantan, di sini.

Omar berkata Cuepacs juga bersedia memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai peraturan yang mesti mereka patuhi selaku anggota perkhidmatan awam termasuk pembabitan dalam perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Beliau juga mengulangi bahawa Cuepacs tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang ditangkap dan didapati bersalah melibatkan diri dalam perhimpunan haram.

"Mereka yang ditahan perlu menanggung sendiri risiko kerana menyertai perhimpunan haram adalah di luar bidang kita untuk membantu mereka yang terbabit.

"Dalam peraturan juga jelas menyebut penjawat awam tidak boleh menyertai perhimpunan seperti itu kerana ia boleh mengancam keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata jika didapati bersalah, penjawat awam yang berkenaan boleh dibuang kerja.

-- BERNAMA

18 Mei 2012

KERAJAAN SEDIA TIMBANG BERI IMBUHAN KEPADA PENSYARAH - MUHYIDDIN

Bernama
17/5/2012
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedia menimbang untuk memberi imbuhan kepada pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Bagi tujuan itu, katanya, beliau akan menyemak semula situasi dan masalah yang dihadapi oleh para pensyarah dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Saya akan semak apakah kes gaji dan gred jawatan pensyarah telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). (Jika ada) apa respons JPA, saya tidak tahu."Tapi kalau dianggap perkara ini penting dan perlu diberi perhatian, kita percaya kita akan beri pertimbangan yang sewajarnya," katanya dalam sesi soal jawab dengan peserta pada majlis Wacana Intelek dan Acara (Wira) anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia di sini, Khamis.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau menyedari keluhan ramai pensyarah bahawa mereka tidak menerima imbuhan seperti yang dinikmati para guru. "Ada yang kata lebih baik jadi guru biasa sebab skim tidak setara. Kalau betul dan ada asasnya, kita harap kementerian (Pengajian Tinggi) boleh bawa dan kerajaan akan beri pertimbangan," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan ucaptama yang menerangkan perjalanan kesemua program transformasi negara dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada 2020 serta pencapaian program-program tersebut sehingga kini. Menjawab soalan lain berhubung sistem demokrasi, Muhyiddin berkata kerajaan lebih suka untuk menjelaskan sesuatu isu atau perkara kepada rakyat secara profesional berbanding mengadakan debat dengan pembangkang.

"Kerajaan tidak bertindak atas dasar emosi tapi rasional untuk jelaskan. Ada yang kata tak cukup penjelasan, maka adalah tanggapan yang kerajaan tak laksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat. Tapi, itu kita boleh perbaiki," katanya. Beliau menekankan apa yang penting adalah hubungan dengan rakyat agar mereka dapat sama-sama berbincang tentang sesuatu perkara.

Menyifatkan sistem demokrasi negara sebagai "terbatas berlandaskan Perlembagaan dan undang-undang negara", beliau berkata ia penting dalam memastikan Malaysia kekal aman. "Bukan kita tak sedia untuk berbahas tapi bila perbahasan dengan pembangkang ini mereka sudah tetapkan di fikiran... apa yang kita buat tak berfaedah. "Kita tak takut, tapi lebih baik kita buat secara rasional sebab sebahagian besar rakyat bersikap matang dan boleh menilai," katanya.

Pada majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan dua buah buku terbitan Wira iaitu Pemasaran Politik di Malaysia dan Malaysiaku.

-- BERNAMA

17 Mei 2012

CUEPACS , MTUC MAHU PM BAIKI KEBAJIKAN PEKERJA BADAN BERKANUN


Sinar Harian
17/5/2012


 Cuepacs, MTUC mahu PM baiki kebajikan pekerja badan berkanun
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
KUALA LUMPUR - Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjamin  kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut.

Ia akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.

"Kita memohon kepada kerajaan supaya mengkaji semula pengasingan itu supaya ia tidak ketinggalan dengan sektor awam dan masa depan pekerjanya terjamin selepas tamat perkhidmatan nanti," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja tujuh agensi berkenaan di Ibu pejabat Perkeso, di sini hari ini.

Omar berkata pihaknya turut berharap kerajaan tidak meminggirkan agensi-agensi itu dalam setiap penambahbaikan terhadap sektor awam.

Cuepacs juga berharap tujuh agensi itu akan mendapat pencen secara berkala, seperti yang telah dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), jika ia tidak boleh mendapat pencen sepertimana sektor awam.

Beliau meminta langkah itu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 pekerja sokongan, diselesaikan tahun ini setelah dikemukakan kepada kerajaan sejak 2009.

Mengenai nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan, Omar berkata, Cuepacs meminta kerajaan supaya tidak menamatkan tempoh perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada kekosongan jawatan untuk ditetapkan.

Cuepacs menerima banyak aduan daripada kakitangan kontrak bahawa kontrak mereka tidak disambung dan memohon jasa baik Perdana Menteri untuk menangani perkara itu dengan kadar segera.
Sementara itu, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan pada sidang media sama berkata, pihaknya akan meminta kerajaan mewujudkan satu mekanisme supaya ketujuh-tujuh badan berkanun itu mendapat faedah serupa, sama ada yang diperoleh oleh penjawat awam atau kakitangan swasta dan status mereka juga harus jelas.

Perkara itu masih belum mendapat maklum balas Perdana Menteri setelah ia dikemukakan bulan lepas.

"Kadang-kadang kita lihat faedah yang diperoleh kakitangan kerajaan, tidak semua kakitangan di badan berkanun dapat, dan pada masa yang sama, faedah-faedah yang diperoleh oleh sektor swasta juga mereka tidak dapat," katanya.

Mohd Khalid berkata, mereka juga tidak mempunyai saluran untuk membuat aduan jika berlaku pertikaian antara pihak pentadbiran badan berkanun dengan pekerja berbanding penjawat lain. - Bernama

PENJAWAT AWAM DALAM PDRM DIMINTA TINGKAT DAYA INOVASI

Bernama
16/5/2012


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bagi mewujudkan sistem penyampaian serta kualiti kerja yang lebih berkesan, pegawai awam dalam pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan daya inovasi dan kreativiti selaras dengan kehendak Program Tranformasi Kerajaan (GTP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penjawat awam yang berperanan membantu tugas pentadbiran kepolisan itu perlu mencari strategi baru melalui inovasi dan penambahbaikan secara berterusan, bagi menjamin pasukan terus relevan dalam gelombang cabaran hari ini dan masa akan datang.

"Saya meminta supaya budaya inovasi dalam perkhidmatan tidak dipandang remeh. Kita tidak boleh menganggap budaya inovasi dan kreativiti adalah untuk mereka yang berada dalam sektor swasta sahaja.

"Kita perlu memainkan peranan berterusan untuk meningkatkan produktiviti menggunakan sumber-sumber yang ada," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara 2012, di sini Rabu.

Ismail berkata PDRM memerlukan anggota awam yang berdisiplin dalam usaha mencapai mutu perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

LEBIH 3,000 ANGGOTA KESATUAN SEKERJA BERHIMPUN BERSAMA MUHYIDDIN SELASA DEPAN

Bernama
17 5/2012

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Lebih 3,000 anggota kesatuan sekerja seluruh negara akan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis perhimpunan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Baharu Selasa depan.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia Khamis, perhimpunan itu akan menyatukan anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), kesatuan kebangsaan daripada sektor awam dan swasta serta kesatuan dalaman daripada sektor swasta, awam dan berkanun.

"Perhimpunan ini merupakan salah satu wadah pertemuan antara kesatuan sekerja dan pemimpin negara bagi membantu membina kefahaman kesatuan mengenai peranan kesatuan sekerja dalam proses transformasi negara.

"Perhimpunan ini juga mengharapkan kesatuan sekerja dapat memainkan peranan menjayakan matlamat kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020," menurut kenyataan itu lagi.

Pada perhimpunan itu, Muhyiddin dijangka memperjelaskan dasar kerajaan kepada anggota kesatuan sekerja, selain menyediakan platform kepada pemimpin dan anggota kesatuan sekerja untuk menyuarakan pendapat, idea dan luahan hati mereka kepada kerajaan.



-- BERNAMA

16 Mei 2012

Avoid illegal gatherings, civil servants warned


Getting friendly: Ismail being greeted by police administrative and civilian staff members during the assembly at Police Academy in Cheras Wednesay.

The Star
16/5/2012
 

KUALA LUMPUR: Government 
servants who take part in illegal assemblies can be suspended or lose their jobs, says Cuepacs.
Its president Datuk Omar Osman said the Public Officers General Orders stipulated that civil servants could be liable for misconduct if they were found to have been involved.
“Cuepacs cannot help any civil servant if they are found to have taken part in illegal assemblies or other illegal activities. Once a civil servant has received a show cause letter for alleged misconduct, he has to justify his actions or face disciplinary action,” Omar said at the police administrative and civilian staff assembly at the Police Academy in Cheras yesterday.
He said any civil servant found guilty of misconduct could be demoted, suspended or sacked.
Meanwhile, Bernama reported that the Ex-Policemen's Association wanted both the Foreign and Higher Education ministries to single out those who had heckled and showed disrespect towards Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak during a meeting with Malaysians in London on Tuesday.
Its information chief Mohd Zainan Yunus said such behaviour had created a bad impression of Malaysia, affecting its image and reputation.
“Their actions, as depicted by two or three individuals, was very disrespectful and rude.
“It was certainly not appropriate and did not show respect to our Prime Minister. If the hecklers are found to be Malaysian students, their sponsorship should be withdrawn and they should be asked to return,” he said after handing over a memorandum demanding an apology from Bersih 3.0 organisers, the Bar Council and Opposition leaders over the rally.
During the event in London, which was attended by some 1,500 people, Najib was briefly interrupted by some spectators who shouted Bersih 3.0 slogans.

PENJAWAT AWAM TANGGUNG SENDIRI RISIKO SERTAI PERHIMPUNAN HARAM- CUEPACS

Bernama
16/5/2012


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam sebarang perhimpunan di kawasan yang dilarang kerana ia jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kesatuan itu tidak dapat membantu penjawat awam dalam isu membabitkan pelanggaran peraturan, meskipun ia berfungsi sebagai 'payung' yang menjaga kebajikan mereka.

"Sebagai penjawat awam, mereka tidak sepatutnya terlibat dalam mana-mana perhimpunan memandangkan mereka tertakluk di bawah Perintah Am Bab D.

"Sekiranya ini berlaku, mereka boleh diberi surat tunjuk sebab dan jika jawapan yang diberikan tidak jelas, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti diberi amaran, gantung kerja atau tindakan buang kerja bagi kes yang serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Negara 2012 di sini Rabu.

Omar berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan yang disokong pembangkang dan bertukar ganas di ibu negara, 28 April lepas.

-- BERNAMA

13 Mei 2012

NAJIB JAMIN KEBAJIKAN PEKERJA TERBELA

Berita Harian
Oleh Norfatimah Ahmad
12/5/2012


2012/05/13 SERDANG: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan terus menjaga kebajikan pekerja semua sektor di negara ini.

Keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, kata Perdana Menteri, bukan saja dapat menambah keuntungan syarikat, malah membantu memajukan negara ini. Sehubungan itu, beliau berkata, hubung kait antara pekerja, majikan dan kerajaan penting, malah menerusi kerjasama erat itu ia dapat meningkatkan produktiviti dan memastikan usaha mentransformasi negara ini berjalan lancar. “Saya yakin kerjasama ketiga-tiga pihak antara pekerja, majikan dan kerajaan, kita akan terus kukuh membentuk persefahaman dan kesepakatan jitu ke arah mewujudkan suasana serta perhubungan harmoni dan kondusif.

“Pekerja juga mampu berperanan sebagai nadi utama dalam menyuburkan konsep situasi menang-menang antara ketiga-tiga pihak terbabit tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak,” katanya pada perhimpunan Hari Pekerja 2012 di Dewan Serbaguna, Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) di sini, semalam.


Sambutan peringkat kebangsaan dengan tema, ‘Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi’ itu dihadiri kira-kira 12,000 pekerja pelbagai sektor. Turut diadakan Karnival Pekerjaan dan Latihan Kemahiran yang menawarkan 3,826 jawatan kosong membabitkan 35 syarikat.

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Timbalan Menteri, Senator Datuk Maznah Mazlan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah; Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman; Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Azman Shah Haron dan Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan.
Najib berkata, walaupun senario ekonomi global mengalami kejatuhan, tetapi berbeza di negara ini apabila Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus, sekali gus melangkaui jangkaan pakar analisis pelaburan.

“Pencapaian ini membawa kepada peningkatan pendapatan kepada pekerja apabila penjawat awam memperoleh kenaikan antara tujuh hingga 13 peratus, diikuti mutu hidup lebih baik, kemudahan kesihatan serta prasarana dan projek perumahan yang bertambah.

“Jika sektor awam dapat ganjaran, oleh itu pekerja sektor swasta perlu juga mengecapi kesejahteraan dengan kos hidup yang meningkat dan kita mulakan dengan pelbagai inisiatif seperti menggalakkan sektor swasta meningkatkan nilai tambah supaya lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata, mengikut definisi sejagat, Malaysia yang mempunyai hanya tiga peratus kadar pengangguran sudah mencapai tahap guna tenaga sepenuhnya.

Penggunaan teknologi tinggi, kata Perdana Menteri dapat memastikan peluang baru di luar negara di kenal pasti, sekali gus menjadi kekuatan untuk bersaing kerana mampu mencapai tahap produktiviti tinggi dan meningkatkan pendapatan pekerja.

Najib menamakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mencatat prestasi luar biasa dengan mengumpul hasil negara lebih RM23 bilion pada 2011 sebagai contoh terbaik untuk diteladani dari segi peningkatan produktiviti

KEBAJIKAN PEKERJA DIJAGA - NAJIB

Utusan Malaysia
Ribuan warga pekerja yang hadir pada Perhimpunan Hari Pekerja 2012 bertemakan
Pekerja Berinovatif Penggerak Tranformasi yang disempurnakan oleh 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat MAEPS
di Serdang, Selangor, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kebajikan pekerja akan menjadi falsafah dan agenda perjuangan kerajaan pada masa kini dan akan datang.
Beliau berkata, ia akan menjadi pegangan kerajaan bagi memastikan semua pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan meraih keuntungan.
''Kalau kita menjaga kebajikan pekerja, pekerja akan untung, syarikat untung malah kerajaan juga akan meraih keuntungan.
''Namun jika kita menekan kebajikan pekerja, syarikat tidak akan mendapat keuntungan tambahan, pekerja rugi, syarikat pun rugi dan negara juga akan rugi,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam amanatnya sempena Sambutan Hari Pekerja 2012 peringkat kebangsaan yang turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, dekat sini hari ini.
Lebih 10,000 pekerja menghadiri sambutan itu yang turut dihadiri oleh Ketua Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dan Presiden Kesatuan Kongres Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Khalid Atan.
Dalam pada itu, Najib mengingatkan semua pihak untuk meningkatkan produktiviti masing-masing selaras dengan kenaikan gaji.
Beliau mengambil contoh prestasi luar biasa yang dicatatkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memperlihatkan lonjakan tinggi dalam produktiviti.
''Jika kita lihat contoh tersebut, kita boleh bayar gaji lebih kepada jabatan dan agensi lain tanpa menjejaskan ekonomi tetapi kita kena tambah produktiviti,'' ujar beliau.
Beliau juga percaya hubungan baik dan persepakatan antara kerajaan, majikan dan pekerja yang wujud di negara ini sekarang akan memudahkan perjalanan untuk menjayakan transformasi negara.
"Saya penuh yakin dengan kerjasama ketiga-tiga pihak antara pekerja, majikan dan kerajaan maka kita akan terus kukuh membentuk persefahaman dan kesepakatan jitu ke arah mewujudkan suasana dan perhubungan harmoni dan kondusif,'' katanya.

MTUC DAN CUEPACS KENDALIKAN 10 KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA- NAJIB

Bernama
12/5/2012


SERDANG, 12 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak memberi satu lagi hadiah istimewa kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengendalikan 10 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

Perdana Menteri berkata kedua-dua organisasi yang menjadi tunjang utama produktiviti negara itu masing-masing akan mengendalikan lima kedai KR1M bagi mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi tersebut.

"Dalam membangunkan ekonomi negara, saya dengan sukacitanya mengumumkan 10 buah Kedai Rakyat 1Malaysia untuk dikendalikan oleh MTUC bagi sektor swasta dan dan CUEPACS bagi sektor awam," katanya ketika berucap memberikan amanat kepada lebih 12,000 warga kerja yang menghadiri perhimpunan Hari Pekerja 2012, di Taman Ekspo Pertanian Serdang, di sini, Sabtu.

Sebelum ini, kerajaan memberikan kenaikan gaji penjawat awam dari tujuh hingga 13 peratus dan menetapkan gaji minimum pekerja sektor swasta RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalannya Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Azman Shah Haron dan Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Dr Subramaniam yang menyambut baik pengumuman itu berkata usaha kerajaan itu mampu meringankan beban para pekerja terutamanya yang berpendapatan rendah dan sekaligus mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi itu.

Sementara itu, Omar yang ditemui selepas majlis itu berkata beliau agak terkejut dengan pengumuman itu.

Mohd Khalid pula berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasanya berhubung pengurusan KR1M.

-- BERNAMA

NAJIB MAHU KERJASAMA ANTARA PEKERJA, MAJIKAN DAN KERAJAAN DIPERKUKUHKAN

Bernama
12/5/2012

SERDANG, 12 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kerjasama erat antara pekerja, majikan dan kerajaan terus diperkukuhkan bagi meningkatkan produktiviti dan menjayakan agenda transformasi negara.

Perdana Menteri berkata aspek itu merupakan nadi utama dalam menyuburkan konsep situasi yang menguntungkan semua tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak.

"Saya penuh yakin dengan kerjasama ketiga-tiga pihak antara pekerja, majikan dan kerajaan maka kita akan terus kukuh membentuk persefahaman dan kesepakatan jitu ke arah mewujudkan suasana dan perhubungan harmoni dan kondusif," katanya pada perhimpunan Hari Pekerja 2012 yang diadakan di sini, Sabtu.

Najib berkata sekiranya ketiga-tiga pihak mempunyai hubungan yang cukup baik dan padu, sudah pasti usaha mentransformasi negara akan berjalan lancar.

Hadir bersama ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Azman Shah Haron dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan.

Najib berkata dalam ekonomi dunia yang tidak menentu dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat di kebanyakan negara, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus tahun lalu.

Katanya kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa persefahaman dan kesepakatan antara ketiga-tiga pihak.

Najib berkata ia juga memberikan keyakinan kepada kerajaan untuk berani melaksanakan pelbagai program dan pembaharuan termasuk, kenaikan gaji pekerja sektor awam dari tujuh hingga 13 peratus, gaji minimum pekerja sektor swasta RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

"Para pekerja dapat mengecapi tahap hidup yang lebih baik lagi, pendapatan yang lebih tinggi dan kemudahan-kemudahan yang lebih selesa kerana kita telah dapat mengurus pentadbiran negara serta membuktikan dasar-dasar yang telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang boleh dikatakan memberangsangkan dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu," katanya.

Menurutnya kerajaan juga berjaya mengawal kadar pengangguran di negara ini di bawah tiga peratus, iaitu suatu angka yang didefinisikan sebagai mencapai guna tenaga penuh.

Dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan semua pekerja dipelihara, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memberikan pelbagai inisiatif kepada sektor swasta seperti mana sektor awam untuk meningkatkan nilai tambah mereka dalam usaha melahirkan pekerja mahir dan berpendapatan tinggi.

"Ini amat penting kerana kita tidak boleh bersaing dengan aspek kos buruh yang rendah dalam negara ini. Kita mesti menambahkan daya saing negara kita, bukan melalui subsidi daripada kerajaan," katanya.

Katanya, syarikat dan organisasi perlu meningkatkan produktiviti dan daya saing dengan menggunakan segala kelebihan yang ada termasuk teknologi tinggi dan peluang perniagaan yang disediakan agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, beliau gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berjaya mengumpul pendapatan sebanyak RM23 bilion tahun lalu.

"Ini adalah contoh produktiviti mantap yang mana jabatan dan agensi lain perlu menambahkan produktiviti mereka. Dengan ini kita boleh membayar gaji yang lebih tanpa menjejaskan ekonomi negara," katanya.

Katanya tidak wajar mana-mana pihak menuntut peningkatan gaji tanpa meningkatkan produktiviti yang merupakan aspek penting dalam menentukan kejayaan dan kemajuan sesuatu organisasi mahupun negara.

"Kita kena faham bukan menuntut peningkatan gaji secara membuta tuli tetapi kita mesti meningkatkan produktiviti," katanya.

Najib berkata begitu juga dengan pemberian tambahan RM200 kepada pekerja estet milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), antaranya Sime Darby Plantation, sebagai insentif tambahan kepada pekerja tempatan dan ex-gratia kepada pekerja asing yang ternyata menambah produktivi syarikat itu sehingga 10 peratus.

"Ini yang dikatakan situasi menang-menang, pekerja pun untung, majikan pun untung. Ia harus diberi perhatian untuk menjadi model yang baik. Kalau pekerja rugi syarikat pun rugi, negara pun rugi. Situasi menang-menang ini adalah falsafah yang dipegang oleh kerajaan," katanya.

Sebagai menghargai sumbangan dan peranan MTUC dan Cuepacs terhadap produktiviti negara, Najib turut mengumumkan 10 Kedai Rakyat 1Malaysia, iaitu masing-masing lima kedai bagi organisasi berkenaan, untuk membantu menambah pendapatan serta meringankan beban kewangan.

-- BERNAMA

CUEPACS HARAP PERDANA MENTERI JELASKAN STATUS SURUHANJAYA KHAS SEMAK GAJI AWAM

Bernama
12/5/2012


KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat segera menjelaskan status penubuhan Suruhanjaya Khas bagi menyemak gaji penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata CUEPACS masih menantikan pelantikan anggota Suruhanjaya Khas itu, yang ditubuhkan selepas Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan pada 8 Mac lepas.

"Sempena sambutan Hari Pekerja 2012 di Taman Pameran Pertanian Malaysia di Serdang pada Sabtu, Cuepacs berharap mendapat perkhabaran gembira daripada Perdana Menteri mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti IPTA Malaysia (GAKUM) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini.

Penubuhan suruhanjaya khas itu diumumkan Najib pada perjumpaan khas dengan penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan beliau turut mengumumkan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) selepas pembatalan SBPA.

-- BERNAMA

10 Mei 2012

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM TIDAK HADIR BERTUGAS

Bernama
9/5/2012


KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Ketua jabatan dan penyelia hendaklah mengambil tindakan tatatertib dengan kadar segera terhadap penjawat awam yang didapati bersalah dalam kes ketidakhadiran bertugas.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), JPA tidak akan bertoleransi terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kes sedemikian kerana ia boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

Katanya ketua jabatan dan penyelia boleh mengambil tindakan dengan merujuk Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas, Buku Kerusi Bersawang dan Setitik Nila yang boleh diperoleh melalui portal rasmi JPA.

"Secara umum, purata penjawat awam yang terlibat dalam kes ketidakhadiran bertugas bagi tempoh 2006 hingga 2010, adalah sebanyak 0.08 peratus berbanding 1.4 juta penjawat awam.

Kenyataan itu turut menyebut JPA telah mengadakan pelbagai seminar, kolokium, sesi dialog, kursus dan taklimat bagi mewujudkan penglibatan ketua-ketua jabatan di peringkat agensi bagi mendapatkan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ketidakhadiran bertugas di kalangan penjawat awam.

-- BERNAMA

08 Mei 2012

UNMUR BERSARA KEMAS 60 TAHUN

Utusan Malaysia
KOTA MARUDU 7 Mei - Kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan saranan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dilanjutkan kepada 60 tahun berbanding 58 tahun pada masa ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.
"Pihak kementerian sudah mengemukakan rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan kita tunggu apa yang diputuskan untuk mereka meneruskan perkhidmatan lanjutan," katanya.
Mohd. Shafie berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis program mesra rakyat bersama beliau di Dewan Masyarakat Kota Marudu, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Sarapin Magana; ADUN Tandek, Anita Baranting dan ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail.
Semalam, CUEPACS menuntut kerajaan mencari penyelesaian segera berhubung tiga perkara yang membelenggu hampir 16,000 kakitangan Kemas di seluruh negara.
Presidennya, Datuk Omar Osman dilaporkan berkata, perkara itu antaranya ialah melanjutkan umur persaraan wajib mereka yang pada masa ini 58 kepada 60 tahun selaras dengan pelaksanaan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang baru.
Mohd. Shafie berkata, langkah itu amat wajar memandangkan pekerja berkenaan masih mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada kerajaan.
"Kita tahu mereka ini mempunyai keupayaan dan sudah kita latih sebelum ini dan sudah pasti ia akan memberi penambahan dari segi keupayaan kita kelak," katanya.

KEMENTERIAN SUDAH MAJUKAN CADANGAN LANJUT USIA BERSARA WARGA KEMAS - SHAFIE APDAL

Bernama
7/5/2012

KOTA MARUDU, 7 Mei (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata permohonan melanjutkan usia bersara kira-kira 16,000 tenaga kerja kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Sekarang kita tunggu keputusan JPA," katanya mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, di sini pada Isnin.

Pada Ahad, Omar dilapor berkata usia persaraan warga kerja kontrak Kemas wajar dinaikkan daripada 58 kepada 60 selaras dengan keputusan kerajaan menerusi Sistem Saraan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata pihaknya yakin warga kerja terbabit mampu berkhidmat untuk tempoh dua tahun lagi selepas mencapai usia 58 tahun.

Beliau juga percaya lanjutan umur bersara itu akan memperkukuhkan perkhidmatan Kemas di kawasan luar bandar.

-- BERNAMA

GAJI MINIMUM RM800 LEBIH TINGGI DARIPADA GAJI PENENGAH SEKARANG

Bernama
7/5/2012



KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Penetapan kadar gaji minimum RM800 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan adalah jauh lebih tinggi daripada gaji penengah pada masa kini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata pada masa kini, gaji penengah bagi Sabah dan Labuan adalah RM577 manakala di Sarawak RM738.

"Di Sabah umpamanya, penetapan gaji minimum RM800 adalah 39 peratus melebihi gaji penengah, ini bermakna tidak kurang 50 peratus pekerja di Sabah akan mendapat kenaikan gaji tidak kurang daripada 39 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Wacana Eksekutif Kementerian Sumber Manusia-Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) bertajuk `Pelaksanaan Gaji Minimum Pemangkin Negara Berpendapatan Tinggi' di sini hari ini.

Maznah berkata penetapan kadar gaji minimum bagi wilayah tersebut telah dipersetujui oleh wakil pekerja dan majikan setelah mengambil kira faktor-faktor berbeza di negeri-negeri tersebut.

Beliau berkata sekiranya gaji minimum ditetapkan pada kadar RM900, sama seperti di Semenanjung, dibimbangi majikan, khususnya majikan kecil di negeri-negeri tersebut menghadapi masalah untuk terus beroperasi atau terpaksa menutup operasi.

"Lonjakan RM900 itu satu kejutan kepada majikan dan ada implikasinya. Sekiranya ia berlaku pekerja akan kehilangan pekerjaan di mana akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah lain," katanya.

Baru-baru ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mengkaji semula gaji minimum yang baru ditetapkan kepada sektor swasta di Sabah dan Sarawak.

Mereka mencadangkan agar kerajaan menetapkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 kerana para pekerja di negeri-negeri tersebut berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Ketika mengumumkan kadar itu pada 30 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata penetapan kadar gaji minimum yang berbeza adalah untuk permulaan sahaja dan kerajaan berharap agar ia dapat diselaraskan kepada satu kadar di seluruh negara.

-- BERNAMA

CUEPACS MINTA SENARAI ANGGOTA SURUHANJAYA DIUMUM BULAN INI

Bernama
8/5/2012



PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) -- CUEPACS berharap agar Suruhanjaya Khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara, dapat ditubuhkan dalam bulan ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata sehingga kini kerajaan belum mengumumkan senarai anggota suruhanjaya itu, semasa pihaknya menerima pelbagai pertanyaan daripada anggota gabungan mengenainya. "Harapnya dalam tempoh terdekat ini, sebelum bulan sambutan Hari Pekerja ini berlalu, mohon jasa baik kerajaan agar dapat umumkan senarai nama anggota suruhanjaya itu," katanya dalam sidang media di pejabat Kepertama, Universiti Putra Malaysia di sini.

Beliau berkata kebanyakan anggota gabungan yang membuat pertanyaan adalah dari kalangan 23 kesatuan sekerja.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

-- BERNAMA

07 Mei 2012

CUEPACS MAHU NASIB 16,000 KAKITANGAN KEMAS DISELESAIKAN SEGERA

Berita Harian
6/5/2012


SEREMBAN: CUEPACS hari ini menuntut kerajaan mencari penyelesaian segera berhubung tiga perkara yang membelenggu hampir 16,000 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, perkara itu antaranya ialah melanjutkan umur persaraan wajib mereka yang pada masa ini 58 kepada 60 tahun selaras dengan pelaksaan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang baru. 

Omar berkata, beliau sudah maklumkan perkara ini kepada menteri berkenaan baru-baru ini dan berharap menteri itu dapat mengambil tindakan secepat mungkin.
"Mereka ini sudah berkhidmat lama dalam Kemas dan tidak ada pencen dan pinjaman perumahan, jadi mengapa mereka tidak boleh diberikan umur bersara sehingga 60 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan bersama Ahli Persatuan Keluarga KEMAS Malaysia di Paroi, di sini.

Omar berkata, pihaknya juga menuntut agar kesemua 200 kakitangan KEMAS yang diberhentikan sejak beberapa bulan lalu, selepas sampai had umur bersara wajib 58 tahun, diambil kembali dan disambung perkhidmatan mereka sehingga 60 tahun seperti kakitangan berstatus tetap. - BERNAMA

TOKOH KESATUAN SEKERJA

Utusan Malaysia
PERANAN kepimpinan kesatuan sekerja dalam era globalisasi amat mencabar kerana mereka bukan sahaja berjuang untuk meningkatkan kadar gaji dan kebajikan pekerja tempatan menerusi perundingan kolektif dengan majikan, malah juga bergiat bagi meningkatkan hak-hak pekerja di seluruh dunia.
Antara perjuangan hak pekerja yang sering ditekankan adalah supaya kerajaan menetapkan kadar upah minimum, menentukan jam bekerja maksimum dan memastikan keselamatan di tempat kerja.
Dalam membuat tuntutan berkenaan, pemimpin kesatuan sekerja sering diingatkan kerajaan bahawa mereka tidak boleh membuat tuntutan tidak munasabah sehingga menjejaskan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020.
Ketika kegawatan ekonomi seperti pada 1997, kepimpinan kesatuan sekerja juga sering diminta supaya tidak bertindakdi luar batasan apabila ada pekerja yang terpaksa dibuang kerja kerana kilang ditutup.
Berikut ialah tiga tokoh kesatuan sekerja yang telah berbakti kepada pekerja.
DATUK ZAINAL RAMPAK

ZAINAL berucap pada sambutan Hari Pekerja MTUC di Subang Jaya, Selangor pada 2001.
SIAPA tidak mengenali Zainal Rampak, 72, yang pernah menjadi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selama kira-kira 18 tahun.Anak jati Kampung Pinang, Tanjung Keling, Melaka ini mula dipilih sebagai Presiden MTUC pada 1986 ketika berusia 46 tahun dan memegang jawatan itu hingga usia 64 tahun pada 2004.Bapa kepada empat anak hasil perkahwinan dengan Datin Zainab Abdullah @ Szeto Swee Chun tidak lagi menyandang jawatan itu setelah kalah kepada Syed Shahir Syed Mohamud dengan perbezaan 47 undi.Beliau yang berpendidikan Sekolah Tinggi Melaka pernah menjadi penoreh getah, buruh di tapak pembinaan serta guru dan kemudian beralih untuk berkhidmat bersama Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pengangkutan (NUTW).Suaranya yang lantang memang digeruni. Pantang ada isu melibatkan kebajikan pekerjadi negara ini, beliau tidak akan berundur walau setapak untuk memperjuangkan hak pekerja yang bernaung di bawah payung MTUC.Di kalangan majikan, Zainal dianggap sebagai musuh sehingga beliau pernah menerima ugutan bunuh, sebaliknya golongan pekerja pula menyanjungnya seperti wira.

Ketika menjadi Presiden MTUC, antara isu yang sering diperjuangkan beliau adalah supaya ditetapkan gaji minimum.Dalam tempoh kepemimpinannya, MTUC mengalami dua corak perjuangan yang berbeza. Pertamanya, era ‘permusuhan’ dengan pihak kerajaan dari 1986 hingga 1994.Sepanjang tempoh itu, MTUC begitu kritis dan sentiasa menentang dasar kerajaan, khususnya yang mengutamakan kepentingan pihak pelabur dan majikan.Ketika itu, Zainal juga memperlihatkan kesungguhan menentang dasar kerajaan yang dikatakan antikesatuan dan tidak prihatin terhadap kepentingan golongan pekerja. Sikap keras dengan kerajaan adalah berikutan latar belakang Zainal yang sebelum itu pernah menjadi ahli DAP dan kemudian sebagai pemimpin Parti Melayu Semangat 46.

AHMAD NOR

BELIAU yang berasal dari Alor Setar, Kedah ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dari 1983 hingga 1986.Sebelum itu, beliau yang berkelulusan dari Kolej Sultan Abdul Hamid juga telah dipilih sebagai Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Kastam. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Presiden MTUC dari 1988 hingga 1990.Semasa memimpin CUEPACS, beliau dikenali sebagai seorang yang paling lantang memperjuangkan kebajikan kakitangan awam di negara ini dan tidak mudah bertolak ansur ketika mengadakan rundingan dengan kerajaan. Beliau juga ialah individu yang mempromosikan idea kerjasama antara kesatuan sekerja sektor swasta dan awam.
Ahmad yang terkenal dengan kebolehannya berpidato juga dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia dan mahukan layanan saksama kepada para pekerja. Beliau juga ialah individu yang bertanggungjawab merealisasikan pembinaan bangunan Wisma CUEPACS di Jalan Gajah, Kuala Lumpur.

Pada Mac 1986, beliau meletakkan jawatan sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia untuk menjadi ahli politik sepenuh masa dengan menyertai Parti Sosialis Demokratik (SDP) dan kemudiannya DAP.
Beliau pernah bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum 1986 tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).
Kemudian beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Gopeng 1987, tetapi tewas kepada Setiausaha Agung MCA ketika itu, Tan Sri Dr. Ting Chew Peh.
Dalam pilihan raya umum Malaysia 1990, beliau menang bertanding di Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang tetapi gagal mengekalkan kawasan itu pada 1995.
Beliau yang berkahwin dengan Mariam Bibie Ibrahim dan mempunyai lima anak meninggal dunia
di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2003 ketika berusia 60 tahun kerana kanser paru-paru.

DATUK OMAR OSMAN 

PRESIDEN CUEPACS sejak 2006 berasal dari Kampung Kundur, Rembau, Negeri Sembilan.
Omar, 62, yang berkelulusan Sekolah Menengah Vokasional Johor Bahru pernah berkhidmat sebagai guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Juruteknik Kanan, Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).Pada 2007, beliau yang berkahwin dengan Datin Rahida Abdul Malik dan mempunyai seorang anak mencatatkan sejarah apabila menjadi Presiden pertama yang menang tanpa bertanding sepanjang 30 tahun penubuhan CUEPACS.Sepanjang menjadi Presiden, antara isu yang diperjuangkan beliau adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan di kalangan kakitangan awam dengan meminta kerajaan menyediakan geran untuk tujuan latihan, skil dan pembangunan kerjaya. 

Turut diperjuangkan adalah pelanjutan umur bersara untuk kakitangan awam dan diserap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap.Kejayaan terbesar beliau adalah apabila berjaya mendesak kerajaan supaya memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilihat tidak adil.Sehubungan itu, semua 1.4 juta kakitangan awam kembali tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan termasuk kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.
Kerajaan juga menerima saranan CUEPACS supaya Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan daripada RM200 bagi kawasan B, manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150daripada RM100.