SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 September 2014

KAKITANGAN AWAM KELUAR MINUM PAGI

Utusan Malaysia
29/9/2014


KELMARIN saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan.Kerani tersebut menyuruh saya datang semula dalam pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggungjawabkan keluar minum dan akan pulang semula sekitar waktu itu. Ketika itu jam pukul 9.30 pagi.Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 pagi adalah waktu minum? 

Ini waktu kerja. Jika di kedai-kedai makan juga kita boleh perhatikan sekitar pukul 10 memang ramai yang berpakaian pejabat makan, minum dan bersembang di situ.Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat?Kami pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda juga mempunyai masa yang berharga.Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. 

CUEPACS pula jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya satu jam di tengah hari.
Azrinaz
Petaling Jaya

25 September 2014

Kenyataan Akhbar: "Penafian Jabatan Perkhidmatan Awam (Jpa) Mengenai Kakitangan Awam Terima Kenaikan Gaji Baru Mulai 1 Januari 2015

JPA
35/9/2014


PUTRAJAYA, 25 September 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang disiarkan melalui media-media sosial adalah tidak benar. Mohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita ini sekiranya ada menerimanya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Putrajaya
Tel: 03-88853830/3146
E-mail : komunikasi@jpa.gov.my

23 September 2014

MANSUH BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN DIBANTAH

Malaysiakini
23/9/2014

 

217  1  0

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang mengadakan satu perhimpunan bagi membantah pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) untuk penjawat awam.
  
Presidennya, Azih Muda berkata perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat sebelum pembentangan bajet pada 10 Oktober ini.
  
Beliau berkata pihaknya juga membantah cadangan BPP dijadikan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
  
"Kita bantah perkara ini seratus peratus, kalau di bawah bumbung berkanun, caj yang dikenakan kepada peminjam berpuluh-puluh perkara.
  
"Ia tidak mampu dibayar, mana kos nak pinjam bayar rumah sehingga RM7,000 ke RM8,000 itu belum dapat rumah, hendak bayar perjanjian, setem duti, caj guaman, dokumen dan berbagai-bagai perkara, bukan semudah itu," katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan penjawat awam Tawau di Auditorium Perpustakaan Tawau semalam.

Azih berkata BPP merupakan satu-satunya agensi yang menjaga kebajikan penjawat awam dan tidak keperluan untuk 'diganggu' serta 'ditukar ganti'.
  
Beliau juga meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus tertinggi kepada penjawat awam sebagai menghargai sumbangan dan peranan mereka selain kekangan hidup ketika ini.
  
Dalam pada itu, Cuepacs mencadangkan tiga perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, antaranya, semakan 171 skim yang sehingga kini belum diputuskan.
  
Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Persaraan atau kumpulan wang milik kerajaan membabitkan diri dalam pembinaan rumah penjawat awam seperti yang dilaksana di Singapura.
  
Beliau juga berharap kerajaan mempertimbang pemberian kelayakan elaun yang sekata kepada penjawat awam di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, terutama guru.

- Bernama

 

CUEPACS CADANG ADAKAN PERHIMPUNAN BANTAH ISU BPP

Bernama
22/9/2014



TAWAU, 22 Sep (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang mengadakan satu perhimpunan bagi membantah pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) untuk penjawat awam.

Presidennya, Azih Muda berkata perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat sebelum pembentangan bajet pada 10 Okt ini.

Beliau berkata pihaknya juga membantah cadangan BPP dijadikan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

"Kita bantah perkara ini seratus peratus, kalau di bawah bumbung berkanun, caj yang dikenakan kepada peminjam berpuluh-puluh perkara.

"Ia tidak mampu dibayar, mana kos nak pinjam bayar rumah sehingga RM7,000 ke RM8,000 itu belum dapat rumah, hendak bayar perjanjian, setem duti, caj guaman, dokumen dan berbagai-bagai perkara, bukan semudah itu," katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan penjawat awam Tawau di Auditorium Perpustakaan Tawau hari ini.

Azih berkata BPP merupakan satu-satunya agensi yang menjaga kebajikan penjawat awam dan tidak keperluan untuk 'diganggu' serta 'ditukar ganti'.

Beliau juga meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus tertinggi kepada penjawat awam sebagai menghargai sumbangan dan peranan mereka selain kekangan hidup ketika ini.

Dalam pada itu, Cuepacs mencadangkan tiga perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, antaranya, semakan 171 skim yang sehingga kini belum diputuskan.

Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Persaraan atau kumpulan wang milik kerajaan membabitkan diri dalam pembinaan rumah penjawat awam seperti yang dilaksana di Singapura.

Beliau juga berharap kerajaan mempertimbang pemberian kelayakan elaun yang sekata kepada penjawat awam di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, terutama guru.

-- BERNAMA

20 September 2014

JAWATAN TETAP: BERI PELUANG KAKITANGAN KONTRAK

Sinar
19/9/2014



KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyegerakan pelaksanaan skim perjawatan tetap bagi kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang membabitkan sejumlah 17,300 orang di seluruh negara.

Presiden Cuepacs Azih Muda berkata kakitangan terbabit perlu diberi peluang mengisi jawatan tetap seperti rakan lain yang berstatus tetap.

"Ini kerana skop tugasan mereka telah berubah bahkan lebih meluas berbanding kakitangan berstatus tetap. Justeru, kita minta kerajaan menyegerakan proses ini," katanya kepada Bernama selepas penutupan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS di sini hari ini.

Ketika ini, KEMAS mempunyai sejumlah 18,200 kakitangan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 900 berstatus tetap.

Azih berkata Cuepacs juga menuntut agar gred jawatan di semua peringkat pengurusan tertinggi KEMAS dan pentadbirannya diselaras semula, iaitu dari gred S17 hingga S22 ketika ini, ke gred S22 hingga S38.

"Ini meliputi jawatan seperti ketua penyelia kanan, penyelia pelbagai jurusan dan pemaju masyarakat," katanya sambil menambah kali terakhir perkara itu dilakukan ialah lebih 10 tahun lepas. - Bernama

BERI PELUANG KAKITANGAN KONTRAK ISU JAWATAN TETAP - CUEPACS

Bernama
19/9/2014


KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyegerakan pelaksanaan skim perjawatan tetap bagi kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang membabitkan sejumlah 17,300 orang di seluruh negara.
Presiden Cuepacs Azih Muda berkata kakitangan terbabit perlu diberi peluang mengisi jawatan tetap seperti rakan lain yang berstatus tetap.

"Ini kerana skop tugasan mereka telah berubah bahkan lebih meluas berbanding kakitangan berstatus tetap. Justeru, kita minta kerajaan menyegerakan proses ini," katanya kepada Bernama selepas penutupan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS di sini Jumaat.

Ketika ini, KEMAS mempunyai sejumlah 18,200 kakitangan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 900 berstatus tetap.

Azih berkata Cuepacs juga menuntut agar gred jawatan di semua peringkat pengurusan tertinggi KEMAS dan pentadbirannya diselaras semula, iaitu dari gred S17 hingga S22 ketika ini, ke gred S22 hingga S38.

"Ini meliputi jawatan seperti ketua penyelia kanan, penyelia pelbagai jurusan dan pemaju masyarakat," katanya sambil menambah kali terakhir perkara itu dilakukan ialah lebih 10 tahun lepas.

-- BERNAMA

19 September 2014

LAPAN AHLI JAWATANKUASA BEBAS MENGKAJI PENGURUSAN PEPERIKSAAN AWAM DI UMUM HARI INI



Berita Harian|
18/9/2016



KUALA LUMPUR: Lapan lagi Ahli Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam kendalian Lembaga Peperiksaan diumum pagi ini, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.Idris dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi berkata, ahli-ahli itu ialah

Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh;

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin;

Bekas Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Profesor Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin;

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi;

Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Datuk Johari Jamaluddin;

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab;

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri K Kumaran

dan Setiausaha Agung NUTP dan Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Peng
.
"Ahli-ahli Jawatankuasa Bebas terdiri daripada rakyat Malaysia yang berprofil tinggi, berpengalaman dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi, dan keselamatan.

LAPAN PAKAR KAJI PEPERIKSAAN AWAM

My Metro
18/9/2014
Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan senarai lapan ahli Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, lapan ahli jawatankuasa itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh, bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Professionalisme Keguruan) Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin, bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Datuk Johari Jamaluddin.



Menurutnya, ahli jawatankuasa seterusnya ialah Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri K Kumaran dan Setiausaha Agung NUTP merangkap Setiausaha Agung CUEPACS Lok Yim Peng.

"Ahli jawatankuasa bebas ini terdiri daripada individu berprofil tinggi, berpengalaman dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi dan keselamatan.
Foto

"Jawatankuasa ini akan mengkaji pengurusan peperiksaan UPSR dan akan memberi cadangan penambahbaikan dari segi operasi, tenaga kerja dan pengurusan yang perlu dilaksanakan," katanya dalam kenyataan diedarkan kepada pemberita pada Majlis Pra-Pelancaran MOCC di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi.

12 September 2014

POTONGAN GAJI: ANGKASA AMBIL SIKAP TERBUKA

Utusan Malaysia
11/9/2014



KUALA LUMPUR 11 Sept. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan proses pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam bagi pinjaman Bank Rakyat dan Bank Pengurusan akan membuat keputusan yang adil dan saksama.Presidennya, Datuk Abdul Fatah Abdullah (gambar) berkata, Angka­sa difahamkan pihak yang terlibat akan menyelesaikan isu berkenaan melalui proses perbincangan untuk mencapai satu keputusan yang konkrit.
"Kita yakin isu berkenaan akan di- selesaikan segera supaya tiada pihak yang ternanti-nanti. Angkasa memberi sokongan kepada pihak yang dipertanggungjawabkan, Angkasa mengambil langkah meletakkan keperca­yaan kepada pihak berkaitan."Saya difahamkan, pihak berkaitan isu itu akan mengadakan satu perbincangan. Perkara ini masih awal untuk dibuat kesimpulan. Kami pihak Angkasa sentiasa bersikap terbuka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Merdeka Angkasa 2014 di sini hari ini.Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Zaidon Asmuni.
Beliau mengulas mengenai gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini supaya Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis) tidak mengambil alih pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam bagi Bank Rakyat dan Bank Pengurusan daripada Angkasa.  Abdul Fatah dalam ucapannya memberitahu, Angkasa akan menyelitkan slot khas patriotisme dalam setiap seminar yang dikendalikan untuk koperasi bagi menyemai rasa cinta kepada negara selain menguatkan semangat kenegaraan dalam kalangan ahlinya.Beliau berkata, usaha itu untuk membantu kerajaan menyelesaikan isu-isu membabitkan segelintir rakyat yang semakin tidak menghormati perlembagaan dan institusi diraja.
"Kami menerapkan konsep patriotisme kerana koperasi disertai oleh pelbagai pihak, kami mengharapkan menerusi langkah ini Angkasa dapat memberi pendidikan semula kepada rakyat Malaysia yang mungkin terlupa dengan Rukun Negara dan Perlembagaan."Dalam masa sama, jika perkara ini turut diamalkan oleh semua pihak termasuk syarikat milik kerajaan (GLC), diyakini perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dipulihkan dan kestabilan negara dan ekonomi mencapai matlamat," katanya.Beliau dan Zaidon pada majlis tersebut turut menyaksikan acara pelepasan perarakan kenderaan patriotik yang disertai oleh ahli-ahli Angkasa.

10 September 2014

BANTAHAN CUBAAN AMBIL ALIH TUGAS, URUSAN POTONG GAJI


Utusan Malaysia
10/9/2014


KOTA KINABALU 9 Sept. - Jawatankuasa Perhubungan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) negeri menolak malah membantah sebarang cubaan mengambil alih tugas serta pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam dan badan berkanun daripada koperasi tersebut.Pengerusinya, Datuk Noraini Salleh berkata, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana sejak 1977, Angkasa telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik malah tiada satu sen wang pekerja diselewengkan.Menurutnya, urusan pemotongan gaji kakitangan awam dan badan berkanun dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, sekali gus tidak timbul masalah daripada orang ramai.
"Angkasa memiliki mekanisma dan kepakaran yang telus, amanah serta mempunyai pegawai yang cekap mengendalikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada golongan pekerja dengan sempurna."Sehubungan itu, tidak munasabah kerja-kerja yang dilaksanakan selama ini dengan baik oleh Angkasa terpaksa diberhentikan dan akan digantikan oleh pihak yang belum tentu memiliki keupayaan setanding dengan pihak pengurusan koperasi ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.Tambahnya, sesuatu yang malang sekiranya tindakan itu dibuat demi menyelamatkan segelintir pihak dan mengorbankan kepentingan majoriti.
Sehubungan itu jelasnya, Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri sependapat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menolak cadangan pihak tertentu yang mahu Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Bhd. (Moccis) mengambil alih pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam daripada Angkasa.
"Sekiranya tindakan ini dibuat demi menjaga kepentingan sebahagian pemegang saham, ini satu tindakan tidak berbaloi dan membe-lakangkan hak Angkasa yang telah berkhidmat dengan sempurna selama ini," katanya.

Jelasnya, pihak bertanggungjawab seharusnya bersifat berlapang dada dan lebih melihat kepentingan majoriti terutama kakitangan Angkasa yang akan terjejas akibat cadangan yang mahu dilaksanakan itu

SUARA HATI MAJLIS NEGARAWAN; SUARAHATI PENSYARAH IPTA......

Utusan Malaysia
10/9/2014


Oleh Zaini Hassan

Cadangan Majlis Negarawan Kebangsaan
"SIAPA DIA...!" kata Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz apabila merujuk serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinan negara.
Saya mengikuti video Nazri itu yang tersebar di alam maya sekarang ini. Ia sudah menjadi viral.
Ia viral atau bercambah kerana sama ada orang mahu melihat perangai Nazri atau pun sebaliknya. Itu saya tidak tahulah.
Tapi bagi saya, respons Nazri agak kasar bunyinya.
Anggaplah jika bapa kita memberi nasihat kepada kita - walau secara garang sekali pun - kita patut berdiam diri. Itulah resam adat orang kita. Jika tidak orang akan kata kurang ajar.
Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dia dikritik (bukan dise­rang) oleh Tun, cukup beradab sekali.
Malah dalam satu majlis, PM cuma berkata kepada para wartawan; "Itu isu dalaman parti dan biar UMNO yang selesaikan."
Itu tandanya dia menghormati orang tua.
Itulah pun cara kita apabila dimarahi atau ditegur oleh bapa, kita akan senyap. Walaupun kita tahu kritikan itu tidak betul dan boleh diperbahaskan. Jika nak mengadu kita bersuara kat ibu.
Sebenarnya hati orang tua cukup mudah terasa. Lebih-lebih lagi jika usia sudah lanjut.
Jika mereka memperkatakan sesuatu, ia datang dari hati dan akal yang luhur. Dalam usia 89 tahun apa lagi yang Tun mahu? Janganlah ada pula pihak-pihak yang mahu menjadi nasi tambah.
Ramai veteran UMNO akhirnya menyepikan diri setelah tidak aktif sebagai pemimpin parti atau pun sebagai pe­mimpin negara. Ada juga yang membawa diri dan berjauh hati. Kerana merasa mereka disisihkan.
Ada juga yang menongkah arus dan berpatah arang.
Mereka jangan dibiarkan sepi. Ajaklah berunding dengan mereka. Dengarlah kata-kata mereka.
Strukturkan mereka dalam Majlis Negarawan UMNO, yang berada di atas Majlis Tertinggi (MT). Atau namakannya Majlis Negarawan Kebangsaan.
Majlis ini boleh menjadi penasihat di masa yang amat diperlukan. Dan dalam keadaan tertentu, mereka boleh menjadi kata pemutus.
Biar mereka berada di strata itu sehingga ke akhir hayat, sama seperti sultan-sultan dalam Majlis Raja-Raja.
UMNO mempunyai ramai negarawan yang boleh diletakkan dalam majlis ini. Kita mempunyai dua mantan PM yang masih ada.
Jangan persia-siakan mereka. Jangan juga mempersia-siakan mantan TPM dan tokoh-tokoh negara yang lain.
Malah majlis ini juga boleh dianggotai oleh negarawan terdiri daripada MCA, MIC, Gerakan dan komponen, mahupun pembangkang yang lain.
Ingatlah semasa berlaku kegelisahan politik, kata-kata hikmah mereka mungkin menjangkaui akal dan pertimbangan kita sendiri.
Janganlah disisihkan mereka itu, apatahlah lagi menyanggah cakap mereka secara terbuka.
Saya yang hina ini cuma boleh cadangkan. Terpulanglah...
BAJET 2015: Najib Tun Razak amat peka...
INSTITUSI Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia telah melalui pelbagai proses perubahan yang cukup hebat.
Pertambahan bilangan universiti, baik universiti kerajaan atau swasta telah berjaya melonjakkan pencapaian dan kualiti IPT negara setanding dengan universiti di luar negara.
Namun, bagi memartabatkan profesion pensyarah universiti di Malaysia agar setanding dengan pensyarah universiti tersohor di negara maju, kerajaan hendaklah melaksanakan proses transformasi secara menyeluruh khususnya mengenai pembangunan sumber manusia di IPT awam (IPTA).
Hakikatnya, ketika ini profesion pensyarah masih ketinggalan dalam menikmati pengiktirafan dan skim ganjaran yang menarik walaupun negara sedang bergerak ke arah menjadi negara maju pada tahun 2020.
Membaca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof. Ir. Dr. Mohd. Idrus Mohd. Masirin baru-baru ini, saya berpendapat kerajaan yang merangka Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan Higher Education Blueprint 2013 (HEB2013) perlu mendengar dan berinteraksi dengan pensyarah universiti le­bih kerap agar dapat mengetahui keadaan mereka di institusi masing-masing.
Umum tahu bahawa PSPTN dan HEB2014 bertujuan menjana dan menambah bilangan knowledge workers yang berpendapatan tinggi, modal insan minda kelas pertama, menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab pendidikan tinggi antarabangsa. Seterusnya menjadikan universiti awam sebagai universiti bertaraf dunia (world class).
Tidak dapat dinafikan juga kerajaan serius untuk menjadikan IPTA sebagai World Class University dan menggesa semua IPTA meningkatkan kedudukan dalam International University Ranking serta akreditasi antarabangsa setanding dengan universiti tersohor di dunia.
Namun, adakah kebajikan dan suara hati staf akademik di IPTA dan universiti lain cukup didengari dan diambil tahu oleh kerajaan?
Sebagaimana suara hati dan kebajikan guru-guru serta penjawat awam lain yang acap kali diperjuangkan oleh NUTP dan CUEPACS?
Layarilah Internet dan bacalah ulasan dan kenyataan pelbagai wakil persatuan pegawai akademik IPTA di negara ini, transformasi pengajian tinggi negara telah mendesak semua pensyarah mesti mempunyai kelayakan tertinggi iaitu Ph.D bagi melonjakkan pencapaian IPTA ke arah merealisasikan hasrat yang diharapkan.
Namun pada masa ini, MAAC dan ahli gabungannya berpendapat pensyarah sebagai murabbi, ilmuan dan cendekiawan (ulul albab) tidak memiliki status yang setimpal.
Justeru, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula skim dan dasar pengajian tinggi agar pensyarah dapat diletakkan pada kedudukan yang tinggi supaya dapat mendorong mereka berperanan dengan lebih agresif, efektif dan progresif.
Hasil perbincangan saya dengan pihak MAAC, skim gaji pensyarah sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) tidak dapat menarik dan mengekalkan minat sumber manusia yang berbakat tinggi di IPTA.
Proses brain-drain di IPTA ke IPTS berlaku kerana tarikan ganjaran dan persekitaran bekerja di luar universiti.
Saya melihat sudah sampai masanya kerajaan melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan pensyarah dan felo kerana ia amat penting untuk mempe­ngaruhi produktiviti dan kecekapan staf akademik bagi menghasilkan graduan dan sumber manusia yang berkualiti, berpe­ngetahuan dan berketerampilan.
Saya difahamkan, berdasarkan ke­nya­taan akhbar MAAC tidak lama dahulu, mereka telah mengesyorkan kerajaan supaya beberapa elemen dan inisiatif dapat dimasukkan di dalam Belanjawan 2015 yang memberi penekanan kepada isu berkaitan Pembangunan Pengajian Tinggi Negara di IPTA. Ia meliputi:
* Mencadangkan penambahbaikan kepada skim penggajian pensyarah dan felo IPTA sedia ada dengan kenaikan gaji seperti yang dikemukakan.
* Mencadangkan insentif sebanyak RM3,000 sebulan kepada pensyarah yang memiliki Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dan yang setara dengannya bagi meningkatkan bilangan pemegang Ph.D daripada 14,000 orang kepada 40,000 orang menjelang tahun 2020 (berdasarkan unjuran MyBrain15 oleh kerajaan).
* Memasukkan elemen time-based bersekali dengan merit-based di dalam proses kenaikan pangkat pensyarah dan felo IPTA sebagai hybrid system.
* Memperuntukkan geran pe­nyelidik­an kepada setiap individu pensyarah sebanyak RM10,000 setahun sebagai pemangkin ke arah persediaan negara rakyat berminda dan berteknologi tinggi.
* Program MyBrain15 yang dilaksanakan pada ketika ini diteruskan bagi meningkatkan bilangan graduan sarjana (MyMaster) dan doktor falsafah (MyPhD) kerana program ini dijangka tamat pada 2015.
Kita sedar dalam usaha kerajaan me­ngawal bajet dan ingin berjimat cermat, permintaan pensyarah ini adalah perkara yang dikira memberi impak kewangan yang besar.
Tetapi, bayangkanlah impak masa hadapan yang akan diberikan oleh usaha pensyarah ini terhadap nasib anak bangsa dan negara.
Pelaksanaan inisiatif yang dicadangkan MAAC itu dijangka memberikan impak kepada pengiktirafan status pensyarah. Ia akan dapat meningkatkan motivasi pensyarah untuk memenuhi aspirasi negara.
Dengan skim yang terbaik, ia juga dapat menarik calon-calon berbakat (talented brain) manakala ahli profesional akan kekal di dalam skim IPTA bagi menyumbang kepada pembangunan modal insan bertaraf dunia.
Hasrat kerajaan untuk melahirkan k-workers (knowledged-workers) yang berwibawa akan meningkatkan produktiviti negara dan status Malaysia di kalangan negara elit serta maju di dunia.
Pengiktirafan kepakaran dalam kalang­an staf akademik di IPTA oleh masyarakat antarabangsa bermula dengan pengiktiraf­an oleh kerajaan dan komuniti setempat.
Oleh itu, ganjaran yang disediakan melalui skim perkhidmatan pensyarah dan felo akan mampu memotivasikan staf akademik menjadi specialist dan pakar rujuk yang berwibawa dan dihormati.
Pelaburan yang dilakukan mulai 2015 kelak akan membuahkan hasil pada 2020 yang pastinya dapat memacu Malaysia setanding dengan negara maju yang lain.
Bak kata pepatah, jika inginkan ikan yang besar, belilah bot yang besar, upah bilangan anak kapal yang ramai dan bijak serta belayarlah jauh ke tengah lautan ke­rana keberanian dan pelaburan yang bijak akan menjana keuntungan jangka panjang yang lumayan.
Semoga semua pensyarah universiti akan terus tabah mendidik anak bangsa. Walaupun suara mereka masih belum didengari, bersabarlah.
Pensyarah oh pensyarah.
Jasamu pasti sentiasa dikenangi oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan beribu malah berjuta siswazahmu.

BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN JADI BADAN BERKANUN

Utusan Malaysia
8/9/2014



PUTRAJAYA 8 Sept. - Kerajaan bercadang menjadikan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan sebagai sebuah badan berkanun bagi membolehkan sistem pengurusan yang le­bih sistematik dapat dihasilkan.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, cadangan penubuhan badan berkanun tersebut tertakluk kepada syarat Skim Pinjaman Perumahan dengan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati penjawat awam.
"Pada masa ini, Bahagian Pinjaman Perumahan dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan itu sedang menyediakan rang undang-undang penubuhan badan berkanun tersebut dan Skim Saraan Baharu untuk kakita­ngannya. "Perbincangan dijangka diadakan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) apabila rang undang-undang itu diluluskan," katanya yang mengulas bantahan CUEPACS mengenai pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tersebut.
Sebelum itu, Ahmad mengadakan mesyuarat tertutup bersama wakil Pergerakan Pemuda UMNO dan Suara Anak Muda 1Malaysia mengenai input Bajet 2015 di sini hari ini. Semalam, media melaporkan ura-ura Kementerian Kewangan mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan penjawat awam. Dalam pada itu, Ahmad berkata, kenyataan CUEPACS berhubung pemansuhan bahagian di kementerian tersebut adalah tidak tepat.Beliau menegaskan, kerajaan memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah badan berkanun tersebut tidak akan merugikan penjawat awam.

BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN DISARAN JADI BADAN BERKANUN

Bernama
8/9/2014


PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyarankan agar Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dijadikan sebuah badan berkanun.

Beliau berkata saranan itu tertakluk kepada syarat Skim Pinjaman Perumahan yang bakal diwujud dengan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati penjawat awam ketika ini.

"Pengurusan pinjaman perumahan di bawah badan berkanun tidak akan merugikan penjawat awam malah perkhidmatan (akan menjadi) lebih cekap dan berkesan," katanya mengulas laporan bantahan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung pemansuhan BPP.

Penggantian BPP dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan dibimbangi akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi mendapat kemudahan pinjaman perumahan sedia ada.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu wakil Pemuda Umno Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia berkaitan penyerahan memorandum kepada pihak kementerian mengenai Bajet 2015.

Ahmad berkata BPP bersama dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan itu sedang menyediakan Rang Undang-Undang Penubuhan Badan Berkanun Berkenaan Skim Saraan Baharu bagi kakitangannya.

Perbincangan dengan Cuepacs dijangka dilakukan apabila rang undang-undang itu diluluskan, katanya.

Mengulas pertemuan dengan wakil Pemuda Umno Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia, beliau berkata antara isu yang dibangkit ialah peningkatan kos dalam kalangan belia terutama di kawasan bandar termasuk kesukaran memiliki rumah, cara menangani kos sara hidup serta cadangan membina perumahan untuk belia di pinggir bandar.

"Kita telah menerima beribu input cadangan daripada pelbagai pihak untuk dimasuk ke dalam Bajet 2015, dan perkara itu akan diteliti satu persatu sebelum dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri pada 10 Okt nanti," katanya.

-- BERNAMA

03 September 2014

IKLAN JAWATAN KOSONG ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF)



KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457


IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

A.   PERIHAL JAWATAN :

Bil
Jawatan
Gred
Klasifikasi Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji
1
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
N27
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Sokongan
Tetap
P1T1 RM1361.14 - P1T26 RM3565.62

B. SYARAT LANTIKAN
1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
( Gaji Permulaan pada gred N27 : P1T1 )
ii)  Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T5 )
(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T6 ,)

(b) Syarat Kenaikan Pangkat secara Lantikan.

( i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian & Operasi ), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ), Pembantu Tadbir ( Kewangan ) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila :-

a) telah disahkan dalam perkhidmatan, atau
b) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i),
c) lulus peperiksaan khas.

c)         Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
d)         Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.


C : UMUR

1.         Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : PERMOHONAN

Resume yangg telah lengkap i hendaklah dihantar  kepada :-

Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Resume yang lengkap hendakl dihantar ke alamat di atas sebelum atau pada 17 September 2014. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

G : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.