SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Jun 2017

KSN AKAN JUMPA CUEPACS BINCANG PENAMBAHBAIKAN SEKTOR PENJAWAT AWAM

Bernama
Tarikh kemaskini: 29/06/2017
|

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan berjumpa pihak Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi membincangkan cadangan menambah baik sektor penjawat awam termasuk cadangan kongres berkenaan supaya gaji penjawat awam dan pencen pesara dinaikkan sehingga tiga peratus.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perjumpaan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Ali mengulas kenyataan Cuepacs sebelum ini yang dilapor mencadangkan supaya perkara berkenaan diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan dalam Bajet 2018.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan di KL Sentral dan laluan pejalan kaki baharu yang menghubungkan pusat sehenti pengangkutan rel awam itu dengan Stesen Transit Aliran Massa Muzium Negara, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut Ali menarik perhatian bahawa kerajaan telah memberi kenaikan tiga peratus secara automatik kepada penjawat awam yang telah mencapai tahap maksimum tangga gaji masing-masing, sejak dua tiga tahun lepas.

"Dulu penjawat awam apabila sampai ke had maksima gaji, kena tunggu naik pangkat (untuk naik gaji), tetapi sekarang memang dah automatik...kita laksana sejak 2014," katanya.

-- BERNAMA

22 Jun 2017

FreeMalaysiaToday
21/6/2017


PETALING JAYA: PKR vice-president Rafizi Ramli has called for the National Wage Consultative Council (NWCC) to be upgraded to an independent commission with wider powers to determine wage increases.

He said the NWCC was set up to tackle the minimum wage issue and, due to this limitation, it had been unable to resolve the wage distortions in the country.

“To ensure equitable wage increases that match the cost of living, we have to correct the distortions which are suppressing wages,” he said today at a media conference at Invoke Malaysia which was also carried live on Facebook.

He said he had forwarded his proposal to labour unions throughout the country and would discuss their feedback at a seminar which he would organise.

Rafizi quoted a report from international management consultancy Korn Ferry Hay Group which showed that Malaysia’s net wage hikes, after deducting rate of inflation, were among the lowest in Southeast Asia at 2%.

In contrast, the rate in Thailand was 5.9% and in Vietnam, 4.5%.

Rafizi said the present method of determining wage rises was ineffective because labour unions were viewed as below employers in status, resulting in the interests of employees not being prioritised.

“The employers have greater negotiating power in a situation where the unions’ influence is limited.

“If the negotiations had been effective, surely our wage increases would have been comparable to other countries in the region with economic standing equal to ours,” he said.

He referred to Cuepacs’ recent call to the government to give public employees a 3% salary hike in the 2018 Budget.

“Because of the unequal status, every year public employees are forced to beg the prime minister for a little salary increase, when it is actually their right,” he said.

Rafizi suggested the introduction of a policy to fix the rate of salary increases each year jointly by the government, employers and workers to ensure fairness for all parties.

Under this policy, he said, the net salary increases would be announced by all three parties who must abide by the decision.

“If it is made a law, then no worker will be left behind, whether in the public or private sectors,” he said.


terjemahan ke Bahasa Malaysia


PETALING JAYA: Naib presiden PKR Rafizi Ramli telah meminta Majlis Perundingan Upah Kebangsaan (NWCC) untuk dinaik taraf kepada suruhanjaya bebas dengan kuasa yang lebih luas untuk menentukan peningkatan gaji.

Beliau berkata NWCC ditubuhkan untuk menyelesaikan isu gaji minimum dan, disebabkan oleh had ini, ia tidak dapat menyelesaikan gangguan gaji di negara ini.

"Untuk memastikan kenaikan gaji yang saksama yang sepadan dengan kos sara hidup, kita perlu membetulkan gangguan yang menghalang upah," katanya pada sidang media di Invoke Malaysia yang turut dibawa secara langsung di Facebook.

Beliau berkata beliau telah mengemukakan usulnya untuk membuat kesatuan buruh di seluruh negara dan akan membincangkan maklum balas mereka pada seminar yang akan diadakannya.

Rafizi memetik laporan daripada konsultasi pengurusan antarabangsa Korn Ferry Hay Group yang menunjukkan kenaikan gaji bersih Malaysia, selepas menolak kadar inflasi, adalah antara yang terendah di Asia Tenggara pada 2%.

Sebaliknya, kadar di Thailand adalah 5.9% dan di Vietnam, 4.5%.

Rafizi berkata kaedah penentuan kenaikan gaji adalah tidak berkesan kerana kesatuan pekerja dilihat sebagai di bawah majikan dalam status, menyebabkan kepentingan pekerja tidak diberi keutamaan.

"Majikan mempunyai kuasa perundingan yang lebih besar dalam situasi di mana pengaruh kesatuan terhad.

"Sekiranya rundingan itu berkesan, pastinya kenaikan gaji kita akan setanding dengan negara-negara lain di rantau ini dengan kedudukan ekonomi sama dengan kita," katanya.

Beliau merujuk kepada panggilan Cuepacs baru-baru ini kepada kerajaan untuk memberi pekerja awam kenaikan gaji 3% dalam Belanjawan 2018.

"Kerana status yang tidak sama rata, pekerja awam setiap tahun dipaksa memohon perdana menteri untuk kenaikan gaji sedikit, apabila ia benar," katanya.

Rafizi mencadangkan pengenalan dasar untuk menetapkan kadar kenaikan gaji setiap tahun secara bersama oleh kerajaan, majikan dan pekerja untuk memastikan keadilan bagi semua pihak.

Di bawah dasar ini, beliau berkata kenaikan gaji bersih akan diumumkan oleh ketiga-tiga pihak yang mesti mematuhi keputusan itu.

"Jika ia dibuat undang-undang, maka tiada pekerja akan ditinggalkan, sama ada dalam sektor awam atau swasta," katanya.

21 Jun 2017

CUEPACS MOHON KENAIKAN 3 PERATUS GAJI ASAS PENJAWAT AWAM

Malaisiakini
21'6'2017

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus dalam Bajet 2018.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata jika diluluskan, kenaikan itu akan membantu meringankan beban 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.
"Kenaikan kos sara hidup meningkat sebanyak lapan peratus dan keadaan itu menjadi antara faktor penjawat awam berpendapatan rendah dibelenggu hutang.c"Sebab itu kita mahu cadangan kenaikan gaji ini diberi perhatian sewajarnya demi memberi kelegaan kepada penjawat awam terutamanya mereka yang berada ditahap gaji minima RM1,200 sebulan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan kongres kesatuan itu semalam.
Cuepacs turut menyarankan agar kerajaan mengkaji semula beberapa insentif seperti Elaun Perkhidmatan Awam (COLA), Elaun Kenderaan dan Elaun Wilayah yang tidak dikaji dan diperbaharui kadar bayarannya sejak sekian lama. "Ketika ini kadar elaun COLA yang diterima penjawat awam adalah berbeza-beza dan kita mahu ia dilihat semula dan diselaraskan pada pengumuman bajet akan datang," kata Azizh.
Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan kekesalan kerana Cuepacs tidak dijemput bagi menyertai sesi konsultasi bajet yang diadakan bersama-sama perdana menteri baru-baru ini, sekali gus ia tidak dapat menyuarakan pandangan kesatuan itu bagi pihak penjawat awam.
Katanya sebagai satu badan yang mewakili 1.6 juta penjawat awam, Cuepacs berharap dijemput bagi menyampaikan suara pihak yang diwakilinya.

CUEPACS MOHON KENAIKAN TIGA PERATUS GAJI ASAS PENJAWAT AWAM

Bernama
Tarikh kemaskini: 20/06/2017


PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus dalam Bajet 2018.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata jika diluluskan, kenaikan itu akan membantu meringankan beban 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.

"Kenaikan kos sara hidup meningkat sebanyak lapan peratus dan keadaan itu menjadi antara faktor penjawat awam berpendapatan rendah dibelenggu hutang.....

17 Jun 2017

ANGKASA, CUEPACS JALIN KERJASAMA STRATEGIK JAGA KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM' KAKITANGAN GLC

Bernama
Tarikh kemaskini: 17/06/2017



KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menjalin kerjasama strategik dalam usaha menjaga kebajikan 1.7 juta penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata kerjasama itu membolehkan pihaknya bersama Cuepacs mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu berkaitan golongan berkenaan untuk dibawa kepada pihak kerajaan.

"Kita akan lihat secara keseluruhan setiap masalah yang dihadapi penjawat awam dan kita akan mencari strategi untuk menyelesaikan perkara tersebut misalnya isu berkaitan kenaikan kos sara hidup dan beberapa perkara lain demi menjaga kepentingan mereka," katanya.....

03 Jun 2017

CUEPACS AKAN TERUS PERJUANG BONUS RAYA LEBIH RM500 TAHUN DEPAN

Bernama
3/6/2017



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai pengumuman bantuan khas sebanyak RM500 dibuat Perdana Menteri walaupun permintaan mereka pada asalnya adalah sekurang-kurangnya RM1,000.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs akan terus memperjuangkan usaha meningkatkan lagi bantuan khas berkenaan pada tahun-tahun akan datang.

"Cuepacs berterima kasih pada Perdana Menteri atas pengumuman bantuan khas RM500 walaupun Cuepacs sebelum ini telah merayu kepada kerajaan supaya memberikan bantuan khas sebanyak RM1,000, mungkin RM500 ini dapatlah sedikit menyelesaikan sedikit permasalahan kumpulan bawahan," katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.