SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2022 : KELESTARIAN PENDIGITALAN MENDEPANI CABARAN

17 Oktober 2020

CUEPACS minta kerajaan pertimbang kenaikan gaji dan bonus

 Awani
19/10/2020


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar gaji dan pemberian bonus secara bulanan kepada penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2021, bulan depan.

Presidennya Adnan Mat berkata permohonan tersebut berdasarkan situasi semasa negara dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Jika kita lihat pada ketika ini harga barangan dan perkhidmatan asas yang lain seperti makanan, minuman, kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan komunikasi telah menunjukkan sedikit peningkatan.
"Ini bermakna gaji juga perlu ditingkatkan selaras dengan peningkatan kos keperluan asas ini khususnya untuk seluruh penjawat awam dan mereka yang berada di luar sana," katanya ketika dihubungi Bernama TV, di sini, hari ini.
Katanya, CUEPACS juga berharap kerajaan mengumumkan bonus dalam bentuk gaji bulanan kepada penjawat awam dan bukannya bantuan khas kewangan sepertimana pada tahun-tahun sebelumnya sekali gus dapat membantu merancakkan ekonomi negara.
''Kali terakhir penjawat awam menerima bonus adalah pada tahun 2012 iaitu satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 dan selepas itu penjawat awam tidak lagi menerima bonus.
"Sebaliknya bantuan khas kewangan yang diterima tahun-tahun sebelum ini adalah sebanyak RM500 menjelang perayaan dan RM500 menjelang pembukaan sesi persekolahan awal tahun," katanya.
-- BERNAMA

09 Oktober 2020

Cuepacs urges closure of all schools with Covid cases

  NST
9/10/2020


KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has urged all schools with Covid-19 cases to be closed.

Its president, Adnan Mat, said institutions with new coronavirus cases have seen a steep decline in student attendance, as parents are wary of exposing their children to the infection.

He urged the schools to be temporarily closed to allow for necessary preventive measures to be taken.

"The closing of schools is necessary to identify close contacts, while reducing further transmission of the virus. Disinfection works can also be carried out efficiently.

"If the schools continue to operate with those with close contacts attending, we are worried the infection will get worse. Bear in mind that close contacts in schools are much greater," he said today.

Adnan said he recalled that Deputy Health Minister Datuk Dr Noor Azmi Ghazali had said that schools with Covid-19 cases among teachers, students or staff can be closed and have the Enhanced Movement Control Order (EMCO) imposed on them.

It is part of the standard operating procedures (SOP) outlined by the Health Ministry to curb the outbreak, he said.

"Our priority is to ensure the safety of the community and avoid Covid-19 infection," Adnan added.

Among schools reporting new Covid-19 cases are Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, which reported infections among students yesterday.