SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Ogos 2013

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN BEG DAN PERALATAN BAGI KEGUNAAN KONVENSYEN TRITAHUNAN CUEPACS KALI KE 26 SESI 2013-2016

Media CUEPACS
30/8/2013




KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN                  
KERJA-KERJA BEKALAN BEG DAN PERALATAN BAGI KEGUNAAN KONVENSYEN TRITAHUNAN CUEPACS KALI KE 26 SESI 2013-2016

NO SEBUTHARGA : BIL 5/2013                             Tarikh : 30 Ogos 2013


KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………



Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.


1.            Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.           Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 02 september 2013, mulai jam 11.30 pagi secara perbentangan.

3.            Semua penender hendaklah hadir dengan sendiri bersama contoh barangan yang hendak di bekalkan, membentangkan dan seterusnya meletakkan harga tawaran dalam borang tender. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No.5/2013 dan diserahkan semasa perbentangan.

4.           Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Wisma CUEPACS Jalan Gajah, off Jalan Yew Pudu atau suatu alamat yang akan ditentukan kelak oleh CUEPACS (Kuala Lumpur/Selangor).

5.            Penender yang Berjaya hendaklah menghantar barangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh CUEPACS sebelum konvensyen.

6.            Jawatankuasa setuju terima sebutharga tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga tertinggi, terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

7.            Sebutharga  hendaklah sah selama  90 HARI selepas itu.

8.            Semua perbekalan  peralatan hendaklah di cetak dengan logo CUEPACS dan di tulis KONVENSYEN TRI TAHUNAN CUEPACS KE 26 atau suatu perkataan yang diarah cetak oleh CUEPACS.

9.            Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

BIL
PERKARA
KUANTITI
HARGA PUKAL (RM)
01
Beg Konvensyen
Bentuk di tentukan oleh pembekal


1500 unit

02
Ball Pen

1500 unit

03
Buku nota saiz A5
Tebal 50 muka surat

1500 unit
04
Key Chain

1500 unit
05
JUMLAH SEBUTHARGA



Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............

……………………………………………………………………………………………………………...

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

 [ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

Tandatangan dan cop pembekal             :……………………………………….

Alamat / No Tel                :………………………………………..

…………………………………………

…………………………………………
Tarikh :………………………………..



ANGKASA MAHU JUMPA PM BERHUBUNG TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN PERIBADI


Bernama
30/8/2013

PETALING JAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berharap dapat mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tempoh pembayaran balik pinjaman peribadi sebelum pembentangan Bajet 2014 pada 26 Okt ini.
Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada perdana menteri bagi tujuan berkenaan dan masih menunggu jawapan daripada Pejabat Perdana Menteri.

Katanya, antara perkara yang mahu dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah mengenai permohonan supaya tempoh pembayaran balik pinjaman peribadi dipanjangkan daripada 10 ke 15 tahun untuk penjawat awam.

"Perjumpaan dengan perdana menteri turut dipersetujui oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jalur Gemilang gergasi dan kempen kibar Jalur Gemilang di ibu pejabat Angkasa di sini Jumaat.

Pada 5 Julai lepas, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengumumkan bank pusat itu menetapkan tempoh maksimum bayaran balik pinjaman peribadi selama 10 tahun manakala 35 tahun bagi pembiayaan pembelian rumah untuk penjawat awam.

Langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini yang berada pada paras 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

-- BERNAMA

27 Ogos 2013

CUEPACS RAYU KERAJAAN SEGERAKAN PENYERAPAN KAKITANGAN KONTRAK

Bernama
27/8/2013

 KANGAR, 26 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kerajaan supaya menyegerakan penyerapan kira-kira 45,000 kakitangan kontrak ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan mereka.Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata perkara itu boleh dilaksanakan berikutan jumlah kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam kini menjangkau angka 100,000.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dan dialog dengan kakitangan perkhidmatan awam anjuran Cuepacs Perlis di sini Isnin, beliau berharap perkara itu dapat direalisasikan menjelang akhir tahun depan.
Menurut Omar, adalah tidak adil jika pekerja kontrak yang berkhidmat begitu lama di jabatan kerajaan tidak diserap ke jawatan tetap walaupun berkali-kali menghadiri temu duga sedangkan orang luar yang langsung tiada pengalaman, dilihat lebih mudah menerima tawaran jawatan tetap.
"Ini menampakkan seolah-olah ada diskriminasi dalam perkhidmatan awam sedangkan kebanyakan kakitangan kontrak menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan," katanya pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail.
Beliau bimbang dengan masa depan kakitangan kontrak apabila perkhidmatan mereka ditamatkan setelah kekosongan jawatan tetap diisi oleh individu lain.
Omar juga berharap jabatan dan agensi yang mempunyai kakitangan kontrak memastikan kakitangan terbabit diberi caruman dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) supaya mereka boleh menuntut pampasan jika berlaku kemalangan.
Mengenai skim perumahan untuk kakitangan awam, beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri mencontohi Wilayah Persekutuan yang menyediakan rumah yang dijual pada harga serendah RM120,000 yang pembayarannya dibuat melalui potongan gaji.
Katanya kerajaan perlu memberi perhatian terhadap masalah perumahan kakitangan awam kerana lebih 30 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini belum mempunyai kediaman sendiri.
Beliau berkata Cuepacs juga sedang berbincang dengan kerajaan supaya menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan perkhidmatan awam daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus.


-- BERNAMA

23 Ogos 2013

SEBUTHARGA UNTUK KERJA-KERJA MENGECAT BAHAGIAN LUAR BANGUNAN 3 TINGKAT IBU PEJABAT CUEPACS KUALA LUMPUR TERMASUK PAGAR.

Tawaran seburharga:




Bil.
Huraian kerja
Unit
Kuantiti
Kadar Harga
(RM)
Jumlah
(RM)

1.






2.








3.





4.

5.

Mengikis ,mencuci ,menanggal dan membuang cat yang sedia ada dengan menggunakan peralatan yang sesuai seperti yang diluluskan oleh pegawai penguasa. 

a. Menyapu sealer pada permukaan yang perlu mengelakkan kebocoran.

b.Mengecat  semua permukaan dengan dua  lapisan cat  asas .
( Undercoat)

Mengecat semua permukaan dengan dua lapisan cat penyudah menggunakan cat Jotun yang berkualiti atau setara dengannya.

Mengecat pagar

Tempoh pelaksanan kerja selama  7 hari





















 





























Pukal


JUMLAH SEBUTHARGA






SEBUTHARGA UNTUK KERJA-KERJA MENGECAT BAHAGIAN LUAR BANGUNAN 3 TINGKATIBU PEJABAT CUEPACS KUALA LUMPUR  TERMASUK PAGAR.

Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Tempoh bekalan boleh dihantar : ………………………………………………………………………………………………
[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa – apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan. ]


Saya / Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas.
Nama penuh Pengurus                       : …………………………….....................................
Tandatangan dan cop Pembekal        : ……………………………………………………………….
Alamat / No telefon                            : ………………………………………………………………..
………………………………………………………………….
            ………………………………………………………………….

Tarikh  : ………………………………………………