SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Jun 2012

KEMUKA TEGURAN, CADANGAN: SURUHANJAYA KHAS

Berita Harian
23/6/2012



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini meminta orang ramai mengemukakan teguran dan cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan awam.

Pengerusinya, Tun Zaki Tun Azmi, berkata cadangan atau teguran itu bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan, selain memperkasa modal insan perkhidmatan awam yang responsif kepada kehendak pelanggan.
"Kalau orang awam tidak berpuas hati dengan cara perkhidmatan awam, jabatan-jabatan atau kementerian-kementerian diuruskan dan dijalankan, mereka boleh membuat cadangan kepada suruhanjaya.
"Suruhanjaya sekarang memerlukan teguran daripada tiap-tiap individu untuk menambah baik perkhidmatan awam, contohnya daripada seseorang yang pergi hospital kerajaan kena tunggu tiga hingga empat jam untuk berjumpa doktor, lepas tu tunggu lagi dua hingga tiga jam untuk dapat ubat, seharian dia di hospital," katanya dalam temu bual eksklusif di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi suruhanjaya itu yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Zaki berkata, orang ramai boleh mengemukakan segala cadangan dan pandangan melalui e-mail sekretariat.skmtpa@jpa.gov.my, zaki.skmtpa@jpa.gov.my atau melayari http://docs.jpa.gov.my/skmtpa.

Zaki yang juga bekas Ketua Hakim Negara, berkata setiap aduan dan teguran yang diterima akan dimajukan kepadanya dan beliau sendiri akan meneliti dan menjawabnya.
Beliau berpendapat masalah kelewatan dalam urusan perkhidmatan awam boleh diperbaiki atau dikurangkan sekiranya penyampaian perkhidmatan lebih efisien.

Sehingga semalam, suruhanjaya berkenaan menerima sebanyak 751 aduan yang 99 peratus dibuat oleh penjawat awam mengenai isu gaji tidak mencukupi dan kenaikan pangkat.

"Masalah yang kita hadapi sekarang ialah banyak orang salah faham, mereka ini membuat aduan bahawa gaji tidak cukup, tak dapat naik pangkat. Gaji penting dalam perkhidmatan tetapi sasaran utama kita ialah menambah baik kualiti perkhidmatan awam.

"Kalau kita memperbaiki 'efficiency' kita mungkin boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan mungkin (kerajaan) tidak perlu menambah kakitangan," katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya itu akan membuat cadangan penambahbaikan berdasarkan segala pandangan dan teguran yang dikumpul dalam tempoh enam bulan dari Jun hingga Disember ini, yang akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan selanjutnya.

"Sama ada kerajaan mahu terima atau tidak (cadangan suruhanjaya), itu terpulang kepada kerajaan," katanya.

Suruhanjaya itu juga merancang untuk mengadakan 'roadshow' di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai mengemukakan cadangan mereka, katanya yang turut mencadangkan motto "Cepat dan Tepat" dalam urusan perkhidmatan awam.

"Dua perkataan itu seharusnya menggambarkan segala-galanya dalam perkhidmatan awam," katanya.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam itu yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac lalu.

Selain Zaki dan Ismail, suruhanjaya itu mempunyai lima anggota iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Hadenan A Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman. - BERNAMA

KHIDMAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM TAMAT 1 JULAI

Bernama
30/6/2012

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam akan tamat pada 1 Julai ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan Jumaat berkata Abu Bakar telah menyumbang kepada perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Seterusnya, beliau berkhidmat di beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Perdana Menteri.

Abu Bakar merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sebelum dilantik menyandang jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 1 Julai 2010.



-- BERNAMA

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PENGURUS ASRAMA DIBAWA KE SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
30/6/2012


SHAH ALAM, 29 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan cadangan penambahbaikan Skim Pengurus Asrama kepada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs berpendapat skim itu perlu dikaji dan ditambah baik berikutan tugas pengurus asrama di semua universiti di negara ini semakin mencabar dan berat.


Beliau berkata memorandum mengenai cadangan itu yang diserahkan oleh Pengerusi Majlis Perumahan Universiti-Universiti Malaysia (Mapum) Prof Dr Amir Hashim Mohd Kassim, meminta skim pengurus asrama dinaikkan daripada N44 kepada N48 hingga N54, wajar dipertimbangkan berikutan penambahan penutut di semua universiti di negara ini.


"Bidang kerja pengurus asrama juga tidak tertakluk kepada satu tugasan sahaja malah merangkumi kerja-kerja sebagai penasihat, pentadbir dan menjadi ibu bapa angkat kepada para penutut universiti di asrama tanpa mengira masa.


"Jika tiada kenaikan pangkat, mereka yang berpengalaman pasti akan tukar pekerjaan dan ini akan menyukarkan pihak pengurusan kerana terpaksa melatih pegawai baru," katanya pada sidang media selepas majlis taklimat berhubung isu dan skim gelaran jawatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sini, Jumaat.




-- BERNAMA

26 Jun 2012

MINDA PENGARANG: TRANSFORMASI PENTADBIRAN TUNTUT KERJASAMA SEMUA PENJAWAT AWAM

Berita Haraian
21/6/2012


DATUK Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru berkuat kuasa Ahad ini sudah pasti menarik perhatian seluruh kakitangan perkhidmatan awam. Beliau yang akan menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak Sabtu ini sudah menyatakan azamnya untuk menggunakan pendekatan turun padang mendekati anggota perkhidmatan awam, sekali gus mengeratkan hubungan, di samping mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat. Bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri itu juga dijangka meneruskan usaha meningkatkan keupayaan pelaksanaan dasar, projek dan sistem penyampaian kepada rakyat, selaras perkembangan semasa yang menuntut setiap pelaksanaan dasar dijayakan dengan sempurna. Pengalaman luas beliau sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sudah pasti dapat dimanfaatkan dalam sektor awam yang mempunyai 1.4 juta kakitangan. Sebagai jentera utama pelaksana dasar kerajaan, khidmat jabatan kerajaan dan kakitangan amat diharapkan bagi meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat. Pelantikan beliau juga diharap mampu memantapkan jentera pentadbiran, di samping penambahbaikan program yang dilaksanakan di bawah pentadbiran KSN sebelum ini dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Kakitangan awam memerlukan pemimpin dinamik dan sering turun padang bagi memahami masalah, sekali gus menyelesaikan segala halangan yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat. Hampir 28 juta rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi agar sektor awam terus berperanan menjayakan program transformasi yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dr Ali yang mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan sektor swasta sebelum ini membolehkan pentadbiran awam menerima pakai dan mengkaji budaya kerja sektor korporat di jabatan dan agensi kerajaan. Penambahbaikan khidmat sektor awam perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan negara berjaya mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Jika sebelum ini, beberapa rungutan dan kes terpencil membabitkan kelemahan pelaksanaan dasar, kehadiran tokoh berwibawa seperti Dr Ali tentunya akan membawa imej baru lebih positif. CUEPACS dalam reaksi segera turut menyokong pelantikan Dr Ali dengan harapan dapat memantapkan lagi sektor perkhidmatan awam, sekali gus menjayakan program transformasi nasional. Kerjasama pelbagai pihak di samping gandingan profesional dan pekerja sokongan jabatan kerajaan akan membentuk sistem pentadbiran yang lebih cekap dan berkesan. Akhirnya negara akan menikmati transformasi pentadbiran yang lebih dinamik. Tentunya Dr Ali tidak bersendirian untuk memajukan sektor awam.

25 Jun 2012

CUEPACS CADANG CUTI TANPA REKOD UNTUK PENJAWAT AWAM TUNAI UMRAH

Bernama
24/6/2012

LANGKAWI, 23 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian cuti tanpa rekod bagi penjawat awam menunaikan umrah.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan membuat usul rasmi kepada kerajaan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

"Bermula Januari 2009, cuti rehat penjawat awam dikurangkan dari 30 hari hingga 35 hari setahun kepada 17 hingga 25 hari. Penjawat awam hanya dibenar mengambil cuti tanpa rekod untuk aktiviti-aktiviti melibatkan negara atau negeri sahaja dan perlu mengambil cuti rehat atau tanpa gaji untuk menunaikan umrah.

"Ramai penjawat awam yang menunaikan umrah terpaksa menggunakan cuti rehat atau mengambil cuti tanpa gaji. Jadi kita minta kerajaan pertimbangkan semula penggunaan cuti tanpa rekod untuk tujuan itu," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau berkata cadangan itu wajar memandangkan kebanyakan penjawat awam, terutamanya wanita, banyak mengambil cuti rehat bagi menguruskan pelbagai perkara.

-- BERNAMA

23 Jun 2012

ORANG RAMAI DIMINTA KEMUKA TEGURAN DAN CADANGAN TAMBAHAN BAIK MUTU PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
Oleh Nurulhuda Che Das dan S Chandravathani
22/6/2012




KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam Jumaat meminta orang ramai mengemukakan teguran dan cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan awam.Pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi berkata cadangan atau teguran itu bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan, selain memperkasa modal insan perkhidmatan awam yang responsif kepada kehendak pelanggan."Kalau orang awam tidak berpuas hati dengan cara perkhidmatan awam, jabatan-jabatan atau kementerian-kementerian diuruskan dan dijalankan, mereka boleh membuat cadangan kepada suruhanjaya.

"Suruhanjaya sekarang memerlukan teguran daripada tiap-tiap individu untuk menambah baik perkhidmatan awam, contohnya daripada seseorang yang pergi hospital kerajaan kena tunggu tiga hingga empat jam untuk berjumpa doktor, lepas tu tunggu lagi dua hingga tiga jam untuk dapat ubat, seharian dia di hospital," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini JumaatTurut hadir Timbalan Pengerusi suruhanjaya itu yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.Zaki berkata orang ramai boleh mengemukakan segala cadangan dan pandangan melalui e-mail sekretariat.skmtpa@jpa.gov.my, zaki.skmtpa@jpa.gov.my atau melayari http://docs.jpa.gov.my/skmtpa.

Zaki, yang juga bekas Ketua Hakim Negara, berkata setiap aduan dan teguran yang diterima akan dimajukan kepadanya dan beliau sendiri akan meneliti dan menjawabnya.Beliau berpendapat masalah kelewatan dalam urusan perkhidmatan awam boleh diperbaiki atau dikurangkan sekiranya penyampaian perkhidmatan lebih efisien.Sehingga semalam, suruhanjaya berkenaan menerima sebanyak 751 aduan yang 99 peratus dibuat oleh penjawat awam mengenai isu gaji tidak mencukupi dan kenaikan pangkat, katanya.

"Masalah yang kita hadapi sekarang ialah banyak orang salah faham, mereka ini membuat aduan bahawa gaji tidak cukup, tak dapat naik pangkat. Gaji penting dalam perkhidmatan tetapi sasaran utama kita ialah menambah baik kualiti perkhidmatan awam."Kalau kita memperbaiki 'efficiency' kita mungkin boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan mungkin (kerajaan) tidak perlu menambah kakitangan," katanya.

Beliau berkata suruhanjaya itu akan membuat cadangan penambahbaikan berdasarkan segala pandangan dan teguran yang dikumpul dalam tempoh enam bulan dari Jun hingga Disember ini, yang akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan selanjutnya."Sama ada kerajaan mahu terima atau tidak (cadangan suruhanjaya), itu terpulang kepada kerajaan," katanya.

Suruhanjaya itu juga merancang untuk mengadakan 'roadshow' di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai mengemukakan cadangan mereka, katanya yang turut mencadangkan motto "Cepat dan Tepat" dalam urusan perkhidmatan awam."Dua perkataan itu seharusnya menggambarkan segala-galanya dalam perkhidmatan awam," katanya.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac lepas.

Selain Zaki dan Ismail, suruhanjaya itu mempunyai lima anggota iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.



-- BERNAMA

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DIGESA JALAN HUBUNGAN SECARA LANGSUNG DENGAN CUEPACS

Bernama
22/6/2012




GEORGE TOWN, 22 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Jumaat meluahkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan Pulau Pinang yang seolah-olah keberatan untuk menjalin hubungan dengan badan itu. Presidennya Datuk Omar Osman berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan pimpinan DAP itu tidak membabitkan Cuepacs dalam soal menjaga kepentingan penjawat awam di Pulau Pinang.

"Cuepacs negeri lain semua mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri mereka, termasuk di Selangor, Kelantan dan Kedah. Ada kerajaan negeri itu yang memberi sumbangan kepada Cuepacs negeri mereka. "Kita tak pandang parti mana memerintah, kita pandang yang mana kerajaan memerintah kita hormat...kerana penjawat awam ini yang menjalankan dasar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) cawangan Pulau Pinang, berkata usaha Cuepacs Pulau Pinang untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sering terhalang.



-- BERNAMA

22 Jun 2012

DR ALI SEDIA DENGAR KELUHAN PENJAWAT AWAM

Bernama
21/6/2012


KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Bakal Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata beliau bersedia mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi oleh penjawat awam serta akan cuba membantu menyelesaikannya. Beliau berkata langkah itu merupakan antara inisiatif yang akan diambil ketika turun padang dan pertemuan yang diadakan dengan pelbagai pihak daripada semua peringkat kelak.

"Saya akan berhubung dengan semua peringkat, daripada peringkat paling rendah hingga ke peringkat paling tinggi dan ia akan menjadi proses berterusan selain berhubung dengan Cuepacs, wakil pekerja dan lain-lain."Objektif kita ialah bagi meningkatkan mekanisme penyampaian dari semasa ke semasa dan memastikan rakyat mendapat manfaat daripada program dan dasar kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan surat cara pelantikan dan nota serah tugas Ketua Setiausaha Negara yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen.Selasa lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Dr Ali yang merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa, Ahad ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada Sabtu.Dr Ali berkata pertemuan dengan pihak media, industri dan badan bukan kerajaan akan turut diadakan bagi memastikan pandangan daripada pihak yang berkepentingan diperoleh bagi membantu pihaknya merancang dan melaksanakan usaha-usaha awal ke arah transformasi perkhidmatan awam.

-- BERNAMA

20 Jun 2012

PERLANTIKAN DR ALI HAMSA SEBAGAI KSN DIHARAP DAPAT MANTAPKAN HUBUNGAN PEKERJA DAN KERAJAAN

Bernama
20/6/2012



Pelantikan Dr Ali Hamsa Sebagai KSN Diharap Dapat Mantapkan Hubungan Pekerja Dengan Kerajaan
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap pelantikan Datuk Seri Dr Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru dapat memantapkan lagi sektor perkhidmatan awam negara sekaligus menjayakan program transformasi kerajaan.

Setiausaha Agung Cuepacs Lok Yim Pheng berkata kongres itu juga menyambut baik pelantikan Ali yang merupakan Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

"Kami harap dengan pelantikan ini hubungan antara pekerja dengan kerajaan akan bertambah baik dan harmoni," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata Cuepacs berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Ali dalam tempoh terdekat.

Pelantikan Ali sebagai KSN berkuatkuasa mulai 24 Jun 2012. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Lok turut mengucapkan penghargaan kepada Mohd Sidek di atas segala sumbangan beliau kepada sektor awam amnya serta kakitangan kerajaan khususnya.

-- BERNAMA

19 Jun 2012

CUEPACS HARAP KERAJAAN SERAP PEKERJA KONTRAK KE JAWATAN TETAP

Bernama
19/6/2012


TEMERLOH, 19 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat menyerapkan 60,000 kakitangan kontrak perkhidmatan awam ke jawatan tetap dan berpencen.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pelantikan ke jawatan tetap itu dilihat akan memberi jaminan masa depan kepada mereka selain dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam.

"Cuepacs berharap kerajaan dapat mengambil tindakan seberapa segera untuk menyerapkan mereka ini ke jawatan tetap," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Datuk Tariff Abdul Rahman menerusi Program Turun Padang bagi menyelami masalah anggota Cuepacs dan Kesatuan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULEA) di sini pada Selasa.

Mengenai program turun padang, Azih berkata pihaknya telah mengunjungi lebih 20 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di pantai timur bagi menyampaikan masej penting yang perlu dilaksana secara bersama antara pekerja dan majikan.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap Ketua Setiausaha Negara baru yang bakal menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan bersara pada 23 Jun ini, dapat meneruskan kerjasama yang baik dan erat dengan kesatuan itu.

-- BERNAMA

CUEPACS SAMBUT BAIK NAIK HAD UMUR PERSARAAN PEKERJA SWASTA

Bernama
19/6/2012


MUAR, 14 Jun (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman mengalu-alukan pembentangan cadangan menaikkan had umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 tahun di Dewan Rakyat, semalam.

Omar berkata cadangan itu jika diluluskan adalah selaras dengan keputusan kerajaan menaikkan had umur bersara kepada penjawat awam baru-baru ini.

"Ia juga akan meletakkan Malaysia setanding dengan negara Asia lain yang telah menaikkan had umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun,'' katanya kepada pemberita di bengkel Suruhanjaya Transformasi Perkhidmatan Awam, di sini, Khamis.

Beliau bagaimanapun mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu mekanisme bagi memantau pelaksanaan cadangan kenaikan had umur persaraan itu bagi mengelakkan adanya majikan yang mengambil kesempatan mengurangkan pekerja sewenang-wenangnya.

Menurut Omar, langkah itu penting kerana denda RM10,000 kepada syarikat besar yang memberhentikan pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun, boleh dianggap tidak begitu berat.



-- BERNAMA

11 Jun 2012

GAJI, PANGKAT SEBAB BUKAN MELAYU KURANG MINAT SERTAI SEKTOR AWAM - CUEPACS

Bernama
Oleh Soon Li Wei
10./6/2012


KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Gaji dan pangkat merupakan antara sebab utama mengapa bukan Melayu kurang berminat menyertai sektor awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Beliau berkata bukan Melayu khususnya kaum Cina mahukan gaji yang tinggi dan terus menjawat jawatan yang bertaraf pegawai bila menyertai sektor awam.

"Mereka ini (bukan Melayu) banyak berkelulusan tinggi yang nak terus dapat jawatan dan gaji tinggi.

"Mereka juga melihat sektor awam sebagai tempat yang agak terhad bagi mereka untuk kenaikan pangkat dan gaji," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas laporan berkaitan kurangnya penyertaan kaum Cina dalam sektor awam.

Sebuah akhbar berbahasa Mandarin, Oriental Daily pada Khamis lepas melaporkan memetik kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tan Sri Mahmood Adam bahawa lebih 1.12 juta permohonan sebagai penjawat awam diterima tahun lepas dan hanya 2.1 peratus terdiri daripada pemohon berbangsa Cina.

Osman berkata proses kenaikan pangkat yang mengambil masa yang lama turut menjadi punca bukan Melayu kurang berminat menceburi sektor awam.

"Misalnya, sesetengah daripada mereka yang merungut tidak diberi peluang dinaikkan pangkat walaupun sudah lebih daripada 10 tahun berkhidmat dan terpaksa mengambil peperiksaan serta menghadiri kursus yang banyak.

"Ini merupakan syarat untuk kenaikan pangkat sektor awam, mereka sepatutnya memahaminya dengan memberikan kerjasama mematuhi arahan yang telah ditetapkan dalam sektor awam dan bukannya melepaskan peluang begitu sahaja," katanya.

Beliau berkata faktor kurangnya minat bukan Melayu menyertai sektor awam boleh dilihat dengan jelas apabila bilangan pemohon bukan Melayu khususnya kaum Cina menyertai pasukan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sangat kecil.

"Malah, kita boleh lihat pada masa sekarang jarang sekali masyarakat Cina yang berkecimpung dalam pasukan beruniform kerana menganggap skop pekerjaan yang susah dan gaji yang sedikit," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tang Ah Chai berkata golongan Cina tidak berminat menyertai sektor awam kerana tidak memahami skop perkhidmatan dan mempunyai pandangan negatif terhadap sektor itu.

Beliau berkata kerajaan sering menggalakkan golongan bukan Melayu untuk menyertai sektor awam dengan pelbagai usaha seperti mengadakan ceramah kerjaya, pameran dan sebagainya tetapi masih tidak berkesan.

"Saya cadangkan adakan usaha untuk membawa mereka (bukan Melayu) melawat jabatan kerajaan di seluruh Malaysia terutamanya yang melibatkan pentadbiran kerajaan pusat di Putrajaya untuk mereka memahami skop perkhidmatan awam itu sendiri," katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata sejarah merupakan antara faktor bukan Melayu tidak berminat menyertai sektor awam.

Beliau berkata pada zaman penjajahan British lagi rakyat sudah dibahagikan pengkhususan pekerjaan mengikut kaum, iaitu Melayu memasuki sektor awam, Cina dengan kegiatan ekonomi dan India terlibat dengan pertanian serta perladangan.

"Apabila tradisi ini sudah dilanjutkan, maka mereka akan menganggap sektor awam ini hanya untuk golongan kaum Melayu sahaja. Masyarakat Cina lebih cenderung dalam bidang ekonomi.

"Mereka lebih berminat untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan ekonomi kerana sektor ini dapat menjana keuntungan dalam masa yang singkat".

-- BERNAMA

09 Jun 2012

Increase entry requirement for security guards

The News Straits Times
6/6/2012

KUALA LUMPUR: Cuepacs has called for a minimum qualification requirement of Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) for safety and security officers hired by public universities.

 
The public sector union body said the move was essential  as universities experience high traffic volume and as such, security officers would need a certain level of knowledge and command of English to be able to interact with the visitors effectively.“Security officers with SPM qualifications should be given grade KP17, which entitles them to a RM947 per month salary,” said Cuepacs president  Datuk Omar Osman.
 
He said with the proposal the Penilaian Menengah Rendah (PMR) requirement for guards in the KP11 and KP14 grades should be abolished.Omar also proposed for universities’ director of safety be placed in the KP54 grade instead of the current maximum KP48 grade for permanent staff and KP52 for contract staff.
 
 “Priority to fill the director of safety post should be given only to permanent and pensionable staff,” he said in a press conference after a two-day review of Public Universities Safety and Security Officers Scheme.Omar said there were about 4,000 security officers working in public universities nationwide and more than 10,000 security officers working for local authorities, federal, state and statutory bodies.He said other proposals made included changing the designation from  “assistant security officer” to “junior security officer”, for university management to provide five uniforms a year instead of three and monetary incentives for officers whose shifts is between midnight and 7am.
 
“They are sacrificing their normal resting time and their health will take a beating over a long period of time. They should be given extra incentives subject to the capacity of the government,” he said. The proposals at the two day meeting will be consolidated with other public service transformation proposals at a workshop from June 12 to 14 in Muar, Johor and will be submitted to a special commission of public service transformation and the Public Service Department.

BENARKAN PROJEK KEPADATAN TINGGI -REHDA

Utusan Malaysia
5/6/2012


KUALA LUMPUR 5 Jun - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) meminta kerajaan membenarkan tanah dibangunkan dengan kepadatan tinggi bagi menampung permintaan terhadap rumah yang semakin meningkat.Pengerusi REHDA Wilayah Persekutuan, NK Tong berkata, ia juga bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah yang semakin ketara berikutan penawarannya yang kurang serta persaingan untuk memiliki rumah terutamanya di kawasan bandar."Permintaan yang tinggi terutama terhadap rumah kos rendah berpunca daripada bilangan penduduk di bandar yang sentiasa meningkat saban tahun."Justeru, REHDA berharap kerajaan membantu menyelesaikan masalah ini dengan membenarkan mana-mana tanah dimajukan dengan kepadatan tinggi selain akses kepada kemudahan pengangkutan awam," katanya selepas sidang akhbar mengenai Persidangan Antarabangsa Keempat Bandar Raya Mapan Bertaraf Dunia 2012 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Lok Yim Pheng yang mendesak kerajaan dan pemaju perumahan bersama-sama membantu penjawat awam berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah tanpa membebankan mereka.Menurut NK Tong, harga rumah boleh menjadi lebih murah sekiranya terdapat lebih banyak unit rumah mampu milik atau kos rendah tersedia bagi memenuhi permintaan tersebut.Selain itu, katanya, krisis kewangan global dan kenaikan kos bagi bahan pembinaan serta harga sebidang tanah juga adalah antara faktor yang menyebabkan harga rumah menjadi tidak terkawal.

Mengulas mengenai persidangan bertemakan 'Bandar Untuk Rakyat' yang bakal berlangsung pada 25 September ini, NK Tong berkata, ia bertujuan membincangkan dan merancang proses transformasi bandar kepada bandar mapan dan lestari.Katanya, ia juga akan membuka ruang kepada lebih 500 delegasi seluruh dunia berkongsi cara membangunkan bandar supaya lebih mesra penduduk."Menariknya kali ini, kita menjemput pemenang anugerah Arkitek Danish iaitu Dr. Jan Gehl dari Denmark dan Alfonso Vegara dari Fundacion Metropoli Sepanyol berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam proses membangunkan bandar raya mesra penduduk seperti New York, London, Perth, Adelaide dan Auckland," katanya lagi.

TUBUH BADAN PANTAU HARGA RUMAH

Utusan Malaysia
6/6/2012

KUALA LUMPUR 5 Jun - Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desma) menggesa kerajaan menubuhkan satu badan khas untuk mengawal dan memantau harga rumah bagi membendung kenaikan mendadak sejak kebelakangan ini.Presidennya, Mohd. Fazil Abdullah berkata, badan khas itu akan bertindak menyelia harga rumah yang dibuat oleh syarikat perumahan sebelum ia diumumkan kepada pembeli.
''Wakil-wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan dicadang menganggotai badan itu untuk duduk berbincang terhadap kesesuaian harga rumah.''Cara ini merupakan jalan terbaik bagi membantu penjawat awam dan pekerja swasta yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah tanpa membebankan mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kesangsian Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ir. Idris Haron berhubung dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tentang kemampuan kakitangan kerajaan memiliki rumah sendiri.CUEPACS baru-baru ini mendakwa 60 peratus penjawat awam berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.Menurut Idris, SPNB selaku syarikat milik penuh kerajaan menyediakan banyak skim pemilikan rumah yang sesuai dengan kadar gaji penjawat awam tersebut.

PETUGAS GRED DS41 MAHU LANJUT PENGAJIAN

Berita Harian
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2012/06/04

KPT wajar perkenal skim khas untuk kakitangan lulusan SPM di universiti

MUNGKIN mustahil bagi guru lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diploma mendidik pelajar yang mengikuti program ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), namun tanpa disedari isu berkenaan wujud di negara ini.Ramai staf di bawah Gred DG41 di universiti menjadi tulang belakang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai pembantu makmal atau penolong pegawai untuk membantu pensyarah dan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) hanya berkelulusan SPM dan diploma.Seorang kakitangan KPT yang enggan namanya disiarkan berkata, biarpun ia isu terpencil namun keadaan itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mendiskriminasi golongan berjawatan rendah sekali gus menjejaskan sektor pengajian tinggi negara.

Sehubungan itu katanya, penjawat jawatan terbabit diberi peluang menyambung pengajian untuk meningkatkan akademik, jawatan dan kerjaya mereka sama seperti program pensiswazahan guru diamalkan Kementerian Pelajaran sebagai justifikasi melahirkan guru siswazah. Beliau berkata, mereka bukan mempersoalkan guru sekolah yang berjasa mendidik murid asas membaca, menulis dan mengira, namun ramai yang terlupa kakitangan rendah di IPTA ialah tulang belakang melahirkan insan berpendidikan tinggi bergelar doktor, prof dan jurutera.

Katanya, untuk membela penjawat awam terbabit, kerajaan menerusi KPT hendaklah memperkenalkan satu skim untuk staf bawahan universiti menyambung pengajian yang bersesuaian dengan jawatan mereka untuk memajukan kerjaya sejajar wawasan kerajaan melahirkan lebih ramai warga pendidik berkelayakan. "Kementerian perlu melihat perkara ini sebagai satu keperluan segera memerlukan satu dasar baru bagi menjaga kebajikan kakitangannya terutama membabitkan golongan yang menjadi tonggak kepada kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran.

CUEPACS MINTA KAJI GAJI PEMBANTU TADBIR

Berita Harian
Oleh Syed Azwan Syed Ali
2012/05/30

KUALA LUMPUR: CUEPACS mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42.

Cadangan itu bagi membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan.
CUEPACS juga mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan sistem saraan baru perjawatan awam yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Katanya, kajian gred kelompok kakitangan kerajaan itu perlu dilakukan sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.

“Cadangan sebenar (gred minimum) dibincang pada 12 hingga 14 Jun ini dalam bengkel semakan skim gred gaji penjawat awam anjuran CUEPACS di Muar, Johor.

“Cadangan dibawa kepada suruhanjaya yang akan diumumkan Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-16 Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan (KEPTAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Omar berkata, kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan.

“Gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula,” katanya.

Katanya, kenaikan gred bersepadu memberi mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa perlu merujuk kepada kelulusan akademik.

“Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak,” katanya.

08 Jun 2012

None from Sabah, Sarawak

Borneo Post
7/6/2012


William Ghani Bina

SIBU: Teachers unions unhappy East M’sia not represented in transformation commission.
The Joint Committee of Teachers Unions and Associations of Sabah and Sarawak yesterday voiced deep dissatisfaction that they had been sidelined from giving input on the study of the transformation of the civil service.“None of those appointed to the Special Commission to study the transformation of the civil service was from Sabah or Sarawak. And this is a glaring contradiction of the 1Malaysia spirit,” its chairman William Ghani Bina bemoaned.To this, Ghani suggested: “There should be at least one member from each state in the commission since locals are better aware of the ground situation and can give a more holistic input.”
He was compelled to speak out as many had called him to express their deep disappointment over the matter.

“I have been swarmed with calls and many asserted that under the 1Malaysia sun, input and view from East Malaysians must be sought to ensure a more balanced view for the study.
“Those from Sabah and Sarawak must not be sidelined and the appointment of committee members to the special commission must include those from the two states,” he reiterated.
Last Sunday, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan was quoted by Bernama to have said former chief justice Tun Zaki Azmi had been appointed chairman of the Special Commission to study the transformation of the civil service in a comprehensive and holistic manner.

The six committee members appointed to the commission were former Public Service Department director-general Tan Sri Ismail Adam, former education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, former auditor-general Tan Sri Dr Hadenan A Jalil, former deputy inspector-general of police Tan Sri Hussin Ismail, former army training commander Maj-Gen (R) Datuk Che Hasni Che Ahmad and Cuepacs president Datuk Omar Osman.According to Mohd Sidek, the commission is given a mandate to submit recommendations to the government in six months’ time.He added that they would be given due consideration based on the government’s financial capability.

Meanwhile, the commission will not only conduct a study on civil servants’ remuneration but ways to transform and redefine the public service for future needs as envisaged by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at a special gathering with civil servants in Putrajaya on Mar 8.

05 Jun 2012

ALIMUDDIN MAHU KONGSI PENGALAMAN TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
5/6/2012


KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mahu berkongsi pengalamannya selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam untuk menambah baik sektor itu terutamanya perkhidmatan perguruan.

Alimuddin, yang dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, berkata transformasi perkhidmatan awam negara banyak bergantung kepada kemajuan sektor perguruan kerana hampir satu per tiga daripada jumlah keseluruhan penjawat awam adalah guru.

"Pelantikan ini adalah satu penghormatan kepada saya dan saya akan memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk menjadikan perkhidmatan awam terutamanya perguruan lebih baik, produktif dan bertaraf dunia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan Pada Sabtu mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi sebagai Pengerusi dan enam anggota suruhanjaya khas, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Selain Alimuddin, lima lagi anggota suruhanjaya itu ialah bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac lepas.

-- BERNAMA

SKUAD PENGGUNA BANTU LINDUNGI PENGGUNA

Bernama
Oleh Nabilah Saleh
5/5/2012

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Sejak diperkenalkan pada 2001, Sukarelawan Pemantau Harga (SPH) yang turut dikenali sebagai Rakan Pengguna aktif memainkan peranan dan fungsi menjadi 'mata dan telinga' kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan mutu perkhidmatan.

Bagaimanapun, entah di mana silapnya, kementerian melihat penstrukturan Rakan Pengguna ini juga kurang mantap dan pelaksanaan aktiviti serta pendedahan mengenainya juga tidak menyeluruh.

Pendek kata, kewujudan Rakan Pengguna seolah-olah tidak disedari masyarakat umum.

Justeru melihat kepada permasalahan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengorak langkah dengan melakukan penjenamaan semula kumpulan ini dengan memberi nama baru iaitu Skuad Pengguna oleh Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

PENJENAMAAN SEMULA

Di bawah penjenamaan baru ini, Rakan Pengguna diberi suntikan serta nafas baru dari segi penstrukturan, imej dan sensitiviti sebagai satu langkah yang dapat menjadi pemangkin untuk menyemarakkan lagi penerapan ilmu kepenggunaan di kalangan masyarakat Malaysia.

Susulan penjenamaan baru itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan), Datin Mahani Tan Abdullah memberitahu Bernama bahawa, kementerian memang menaruh harapan tinggi terhadap Skuad Pengguna supaya dapat membantu kerajaan meningkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang melalui kerjasama dan sokongan orang ramai.

Memandangkan aktiviti penawaran dan permintaan dalam pasaran yang semakin meningkat tanpa kawalan, situasi ini telah membataskan keupayaan pihak penguatkuasa KPDNKK untuk 'turun padang' dan melaksanakan tugas mereka.

"Maka, di sinilah peranan ahli skuad untuk memberikan kerjasama sekaligus dapat mamantau mana-mana amalan aktiviti perniagaan yang tidak sihat. Ini secara tidak langsung dapat mendisiplinkan pihak peniaga juga."

"Selain bertindak sebagai pemberi maklumat mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan kepada kementerian, ahli skuad juga berperanan besar untuk menyebarkan maklumat mengenai isu-isu kepenggunaan kepada umum.

Lebih penting lagi, setiap ahli skuad juga berupaya untuk menjadi jurucakap bagi isu-isu berkaitan selain dapat menganjurkan program dan aktiviti kepenggunaan dalam komuniti masing-masing," katanya.

JALINAN KERJASAMA

Skuad Pengguna mempunyai anggota aktif seramai kira-kira 37,000 orang, kini mensasarkan untuk mencapai jumlah keanggotaan melebihi 50,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Menurut Mahani, melihat kepada pendekatan konsep 'serampang tiga mata' yang diambil oleh Skuad Pengguna selari dengan jalinan kerjasama yang dibuat bersama masyarakat peniaga, jumlah keanggotaan diharapkan dapat mencatat bilangan yang lebih tinggi daripada sasaran.

"Skuad Pengguna pada kali ini juga meluaskan fokus dan melibatkan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anggota Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan badan-badan peniaga seperti Perdasama dan jaringan pasaraya besar seperti Giant dan Jusco.

Strategi ini adalah sangat bersesuaian dan menepati Dasar Pengguna Negara yang mahukan pengguna Malaysia untuk mempunyai amalan kawalan kendiri, peniaga pula dengan amalan kawalselia kendiri dan Kerajaan selaku fasilitatornya, iaitu berperanan meningkatkan tahap perlindungan terhadap pengguna," jelas Mahani.

Contohnya, CUEPACS, badan ini yang dilaporkan terdiri daripada 1.5 juta anggota, sememangnya diharapkan dapat menambah seberapa ramai anggota Skuad Pengguna sedia ada.

"Tambahan pula, ahli Skuad Pengguna bukan sahaja berkhidmat dengan 'tangan kosong', sebaliknya banyak manfaat dan keistimewaan yang boleh diperoleh dengan keanggotaan mereka sebagai anggota Skuad," katanya yang mengakui kewujudan Skuad Pengguna hari ini adalah sangat relevan.

MANFAAT

Sebagai anggota berdaftar, Skuad Pengguna boleh menikmati pelbagai keistimewaan antaranya mendapat kemudahan potongan harga dan diskaun yang ditawarkan oleh premis perniagaan iaitu 36 Rakan Dagang yang mengambil bahagian dengan menggunakan Kad Skuad Pengguna.

"Melalui kad Skuad Pengguna yang akan diperoleh anggota sebaik sahaja mendaftar, mereka boleh mendapat potongan harga antara dua peratus hingga 20 peratus daripada jumlah nilai barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang digunakan," jelas Mahani.

Rakan dagang yang mengambil bahagian adalah panel yang dilantik oleh Bank Rakyat dan terdiri daripada kedai-kedai operasi yang terdapat di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Selain pemberian diskaun, anggota Skuad Pengguna juga menerima pengiktirafan kepada anggota terbaiknya yang banyak membantu serta memberi sumbangan kepada KPDNKK. Ia akan disampaikan sama ada di peringkat kebangsaan dan negeri," katanya.

Keistimewaan lain yang layak diterima oleh anggota skuad adalah peluang menyertai seminar dan bengkel anjuran KPDNKK, mengikuti kursus 'Training for Trainers' bagi tujuan latihan selain aktiviti kepenggunaan yang dikelolakan oleh pihak swasta dengan kerjasama kementerian.

GAYA HIDUP LESTARI

Tanpa sedar selain memainkan peranan sebagai 'mata dan telinga' kerajaan, tanggungjawab anggota Skuad Pengguna adalah sebenarnya jauh lebih besar dan penting.

Mahani berkata anggota skuad seharusnya menjadi pemangkin gaya hidup yang lestari iaitu ke arah corak penggunaan sumber alam secara optimum, kreatif dan berhemah.

"Apabila kita bercakap mengenai kepenggunaan lestari, pengguna harus ingat bahawa corak penggunaan sehari-hari kita memberi kesan secara tidak langsung kepada alam sekitar.

"Contohnya, permintaan tinggi terhadap penggunaan beg plastik sememangnya ada dan sentiasa meningkat disebabkan oleh banyak faktor. Pada masa yang sama, beg plastik yang banyak digunakan ini juga berpotensi untuk dibuang merata-rata oleh pengguna.

Walhal sekiranya beg-beg plastik ini dibuang atau teralir ke mana-mana sumber air misalnya laut, haiwan boleh terkesan seperti tercekik lalu mati akibat pencemaran ini. Ini berkemungkinan mengundang masalah kepupusan.

Saliran air seperti longkang juga boleh tersumbat dan seterusnya jika hujan turun dengan lebat, banjir boleh berlaku. Kalau beg plastik itu dibakar pula, ia akan menyebabkan udara tercemar dengan asap tebal," jelasnya.

Justeru melihat kepada contoh itu, Mahani menegaskan adalah penting untuk pengguna melakukan amalan lestari dalam memastikan kelangsungan alam sekitar sentiasa terpelihara untuk generasi akan datang.

"Bayangkan, betapa pentingnya tindakan kecil kita seperti Kempen 'No Plastic Bag Day' yang dilaksanakan sekarang (mengurangkan penggunaan beg plastik) dapat mengubah nasib anak cucu. Dalam pada itu, untuk melahirkan pengguna lestari, pendidikan tentang cara-cara kepenggunaan yang berhemah dan bijak perlu didedahkan kepada anggota skuad," katanya.

PENGGUNA BIJAK

Untuk mewujudkan ciri-ciri pengguna yang bijak dalam amalan kepenggunaan, pengguna haruslah 'celik' dan bertindak ikut rasional akal, selain bertanya atau membuat selidikan terlebih dahulu sebelum membeli atau menggunakan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan.

"Isu pembelian menerusi transaksi atas talian khususnya memerlukan pengguna untuk lebih waspada sebelum membuat keputusan untuk membeli. Misalnya kenalpasti dahulu dengan siapa mereka berurusniaga, adakah akaun transaksi yang digunakan adalah akaun milik peribadi seseorang atau bagaimana pula testimoni pembeli sebelumnya tentang produk yang dibeli menerusi laman web atau individu tertentu.

"Pihak KPDNKK menerima banyak aduan dan rungutan mengenai pengguna yang tertipu dengan konsep pembelian secara online. Apa yang kami boleh katakan, ia di luar kawalan pihak KPDNKK lebih-lebih lagi jika transaksi dibuat tanpa merujuk kepada pihak kami. Tetapi dalam apa keadaan pun, KPDNKK mengambil serius permasalahan ini dan pihak penguatkuasa kami dengan giatnya akan menyiasat dan menangkap mereka yang bersalah," kata Mahani.

Selain itu, bentuk aduan yang dibuat oleh pengguna dan ahli Skuad sama ada menerusi talian telefon, sistem pesanan ringkas (SMS), laman web mahupun ke kaunter KPDNKK, hendaklah dinyatakan secara lebih spesifik dan jelas butirannya.

"Pernyataan aduan yang lebih khusus dan spesifik adalah sangat penting untuk pihak KPDNKK melakukan tindakan susulan dengan pantas dan segera. Contohnya, sekira berlaku kekurangan bekalan di kawasan tertentu, nyatakan alamat kawasan itu dengan lebih tepat supaya pihak KPDNKK tidak perlu tercari-cari lokasi itu dan tindakan yang boleh dilakukan segera terpaksa ditangguh.

"Apa yang saya boleh kata, kebergantungan pihak KPDNKK untuk bertindak sama ada lambat atau cepat adalah tertakluk sepenuhnya kepada aduan yang kami terima. Tindakan lambat sememangnya merugikan rakyat atau pengguna sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk pengguna mahupun ahli Skuad bertindak bijak untuk menyatakan aduan dengan sejelas-jelasnya," kata beliau yang berharap Skuad Pengguna dapat menjadi medium penggerak bagi masyarakat memahami dan menterjemahkan ilmu kepenggunaan dalam kehidupan seharian.

PERANCANGAN

Mengenai perancangan seterusnya KPDNKK untuk Skuad Pengguna, Mahani berkata, walaupun pelaksanaan skuad ini masih baru, KPDNKK tetap meletakkan harapan yang jelas iaitu untuk melihat Skuad Pengguna ini menjadi medan bagi pengguna, peniaga dan Kerajaan untuk berganding bahu mewujudkan pasaran ekonomi dan sosial yang lebih kondusif untuk generasi pada masa akan datang.

"Walaupun ia nampak seperti sukar direalisasikan, KPDNKK tidak pernah berputus asa untuk mencari titik keseimbangan antara kehendak pengguna dan keuntungan peniaga. Elemen ini penting supaya kepuasan utiliti maksimum dapat dicapai," kata Mahani mengakhiri perbualan.

Orang ramai yang berminat mendaftar sebagai anggota Skuad Pengguna boleh layari laman web http://www.1pengguna.com/sp.

-- BERNAMA

02 Jun 2012

SPNB JAWAB DAKWAAN CUEPACS

Utusan Malaysia
1/6/2012
Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 31 Mei - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sangsi terhadap kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendakwa kira-kira 60 peratus penjawat awam berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron berkata, ini kerana SPNB selaku syarikat milik penuh kerajaan menyediakan banyak skim pemilikan rumah yang sesuai dengan kadar gaji penjawat awam tersebut.
''Kita ada banyak skim pemilikan rumah untuk pembeli yang bergaji di bawah RM3,000 sebulan di seluruh negara, termasuk di Lembah Klang.

''Malah, ada beberapa projek perumahan SPNB bagi golongan terbabit yang telah sudah siap untuk diduduki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pada Ahad lalu, Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mengulas lanjut, Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu menyarankan para penjawat awam terbabit menghubungi pihak SPNB jika berhasrat memiliki rumah sendiri. ''Skim Program Rumah Mampu Milik (RMM) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) khusus untuk memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang mampu dimiliki," katanya. Menurut Idris, keadaan itu kemungkinan disebabkan langkah kerajaan menyediakan kuarters yang mempunyai kemudahan sempurna untuk kakitangan awam.
Malah, tambahnya, ia juga disebabkan perancangan para penjawat awam yang mahu membina rumah apabila berpeluang berkhidmat di kampung halaman sendiri. ''Saya rasa ia bukan soal gaji semata-mata tetapi banyak faktor lain yang menjadi penyumbang," katanya.

TUN ZAKI AZMI DILANTIK PENGERUSI SURUHANJAYA KHAS KAJI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
2/6/2012

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata suruhanjaya itu mempunyai enam anggota iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam; bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

"Suruhanjaya diberi mandat untuk mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan," kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata perakuan-perakuan Suruhanjaya Khas ini akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

Mohd Sidek berkata Sekretariat Suruhanjaya Khas adalah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan awam.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac lepas.

Najib turut mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

-- BERNAMA

16,000 PETUGAS KEMAS BERUSIA 58 TAHUN DISAMBUNG KONTRAK


Berita Harian
1/6/2012

KUALA LIPIS: Seramai 16,000 pegawai dan petugas kontrak KEMAS berusia 58 tahun, disambung perkhidmatan mereka untuk dua tahun lagi, berkuatkuasa serta merta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan kontrak itu melalui surat yang dihantar kepada kementerian dua hari lalu. Katanya, KKLW membuat permohonan kepada JPA dua bulan lalu dan ia meluluskannya berdasarkan Skim Saraan Malaysia (SSM).
"Mereka yang disambung perkhidmatannya adalah dalam kalangan yang lama berkhidmat dengan Kemas dan mempunyai pengalaman dalam memajukan anak bangsa, masyarakat dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

"Penyambungan kontrak kakitangan terbabit adalah wajar dan bukan dibuat kerana politik atau pilihan raya seperti dakwaan pembangkang," katannya kepada pemberita selepas majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, Lipis di sini hari ini.

Shafie berkata, KEMAS memainkan peranan penting bukan sahaja mendidik anak-anak di bawah umur, malah ia secara tidak langsung membantu kerajaan bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, walaupun sebahagian besar guru dan petugas Kelas Taman Bimbingan Kanak Kanak (Tabika) Kemas berkelulusan tingkatan 5 dan 6, tetapi kerajaan berusaha meningkatkan tahap pendidikan.
Hingga kini, katanya, terdapat 3,000 petugas dan guru KEMAS berkelulusan Diploma dan mereka digalakkan meningkatkan kelulusan itu untuk jaminan masa depan apabila berhenti berkhidmat dengan Kemas.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa kerajaan memperuntuk RM18 juta bagi sumbangan dan mengenang jasa khidmat bakti kira-kira 6,000 bekas petugas Kemas di seluruh negara.

Pada majlis itu, Shafie turut meluluskan peruntukan hampir RM1 juta bagi pembinaan sebuah masjid di Kampung Gahai, menaik taraf jalan luar bandar Kampung Rabak ke Kampung Bertang, dewan orang ramai Kampung Bukit Kota, 10 buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin dan jambatan di Kampung Tengka Jeram ke Beletik. - BERNAMA

01 Jun 2012

MOHON KESATUAN GABUNGAN CUEPACS HADIR KEMPEN SKUAD PENGGUNA PADA 3 JUN 2012 DI TESCO SEMENYIH SELANGOR

Media Cuepacs
1/6/2012



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Y. Bhg. Datuk/Y. Bhg.
Dato'/Datin/Tuan/Puan,  
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.  
   
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan akan menganjurkan Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 (BPK2012) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:    
 


Tarikh      : 1 - 3 Jun 2012 (Jumaat - Ahad)   
Masa       : 10 pagi - 10 malam    
Tempat   : Perkarangan Tesco Semenyih, Selangor.   




3. BPK2012 adalah acara tahunan KPDNKK yang disambut bagi menghargai
pengguna, meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan kesedaran pengguna melalui pelbagai aktiviti menarik yang diadakan. Antaranya:

* Pameran Kepenggunaan  
* Pertandingan Dekorasi Buah-buahan Segar  
* Pertandingan Bercerita Kepenggunaan Kanak-kanak (Cerita Pengguna Cilik)    * Kuiz Pengguna  
* Pertandingan Consumer Hunt  
* Taklimat Keselamatan Topi Keledar dan Tali Keledar  
* Pertandingan Masakan Menu Sihat Peringkat Kebangsaan  
* Sketsa Kepenggunaan  
* Taklimat Keselamatan Tayar  
* Bengkel Keselamatan Jalan Raya bersama Wazi Abdul Hamid  
* Forum Perdana Kepenggunaan Islam (Tajuk: Berkat atau Berkarat) ahli panel
  terdiri dari Dr. Rubiah, Ustaz Amri, Ustaz Fauzi (RTM), Moderator Saudara
  Amin TV Al-Hijrah  
* Jelajah Berbasikal Kepenggunaan  
* Pertandingan Bola Sepak (5 sebelah)  
* Interaktif Pelajar bersama Angakasawan Negara (Pertandingan GeoCaching,
  Pencerapan matahari dan bulan)  
* Aktiviti Go Green, Demo membina helikopter daripada bahan-bahan terbuang  
* Pertandingan Mewarna Kanak-kanak  
* Taklimat Keselamatan Mainan Kanak-kanak  
* Malam Simfoni Pengguna (konsert bersama artis-artis terkenal antaranya
   Ramli Sarip, Nassier Wahab, Farhan, Bob, Erol (AF9), Lina (AF9) dan ramai  
   lagi  
* Motorshow  
* Pertandingan Paintball  
* Magika Pengguna  
* Cabutan hadiah untuk pengunjung bertuah
 
4.    
Bersama-sama ini dilampirkan poster BPK2012 untuk rujukan. Sehubungan
itu mohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan untuk menwar-warkan perkara ini kepada semua warga di kementerian, jabatan dan agensi YBhg.
Datuk/Dato'/Tuan/Puan.  

5. Kerjasama dan perhatian dari YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan didahului dengan
ucapan terima kasih.   
   

Sekian.  

"KUASA PENGGUNA: 1 PENGGUNA 1 SUARA"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

ZALINAH MOHD YUSOF
Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)
Seksyen Pembangunan Gerakan Kepenggunaan (G)
Bahagian Gerakan Kepenggunaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Tel: 03-8882 5975
Faks: 03-8882 5983
Email: zalinah@kpdnkk.gov.my
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
FORUM KEPENGGUNAAN ISLAM SEMPENA BULAN PENGGUNA KEBANGSAAN 2012

TAJUK FORUM: BERKAT ATAU BERKARAT

TARIKH: 1 JUN 2012

MASA: 9.00 MALAM

TEMPAT: PERKARANGAN TESCO SEMENYIH


Y.BHG. USTAZ FAUZI BIN MUSTAFA

Y.BHG. DR RUBIAH K. HAMZAH
Y.BHG. USTAZ MOHD AMRI BIN ABDULLAH

SAUDARA AMIN BIN IDRIS

_________________________________________________________________________________