SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Jun 2016

CUEPACS SAMBUT BAIK CUTI PELEPASAN KHAS

Utusan Malaysia
30/6/2016



KUALA LUMPUR 30 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik keputusan kerajaan memberi cuti pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai ini.
AZIH MUDA
AZIH MUDA
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, keputusan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda golongan pekerja sektor awam itu sejak seminggu lalu.
“Penyelesaian pantas bagi isu ini sangat penting kerana ia memberi kakitangan kerajaan membuat perancangan lebih rapi untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
“Malah ia tidak mengganggu emosi, prestasi dan fokus pekerja kerana terpaksa bekerja pada 8 Julai itu ketika orang lain seronok meraikan Hari Raya Aidilfitri.” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA 8 JULAI JIKA AIDILFITRI PADA 6 JULAI

Bernama
30/6/2016





Orang ramai yang merancang mendapatkan perkhidmatan kerajaan digalak mengunjungi jabatan dan agensi berkenaan sebelum cuti umun Hari Raya Aidilfitri- Gambar Hiasan
PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

"Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS.

"Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing," katanya.

Dalam 'Surat Edaran : JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (11)' yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pula menyatakan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai itu hanya terpakai kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri-negeri yang kelepasan mingguannya ialah pada hari Ahad.

"Pemberian pelepasan khas daripada bertugas ini hanya terpakai pada tahun ini sahaja dan tidak boleh dijadikan duluan bagi apa-apa tujuan di masa hadapan," menurut surat edaran yang dimuat naik di portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam itu.

Ia menyatakan tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan surat edaran itu pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

-- BERNAMA

25 Jun 2016

GOVT WILL CONSIDER CUEPACS' REQUEST FOR ' INFORMAL HOLIDAY'

NST
By AZURA ABAS
and HASHINI KAVISHTRI KANNAN
24 June 2016 @ 9:07 PM




PUTRAJAYA: The government will consider a request for an ‘informal holiday’ on July 8 - the third day of Hari Raya Aidilfitri - for public servants who are working on Friday.
Chief Secretary to the Government Tan Sri Ali Hamsa said he would bring up the request made by the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
"I will inform the prime minister of this; further discussions are needed on the feasibility of having the occasional holiday. Only then it will be brought to a formal setting (in cabinet).
"We just have to wait and see what will be decided on the matter," he told reporters today.
Earlier, Ali had met with Cuepacs president Datuk Azih Muda and other council members for a meeting and to break fast.
At the meeting, various issues were discussed including increasing the number of civil servants to ease the work burden of existing workers and resuming training courses that were shelved as a cost-cutting measure.
Ali gave his assurance that all proposals would be discussed and considered by the government.
He also urged civil servants to increase productivity and give proposals on how to measure productivity aside from relying solely on Key Performance Indicator (KPI) evaluation.
"The government will also look into ways how to address work stress including by those working in shifts.
"We will also look into the feasibility of giving allowances for those who are doing graveyard shifts.
"However, this will depend on the government's financial ability," he added.

The government will consider a request for an ‘informal holiday’ on July 8 - the third day of Hari Raya Aidilfitri - for public servants who are working on Friday. Chief Secretary to the Government Tan Sri Ali Hamsa said he would bring up the request made by the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. Pix by Mohd Fadli Hamzah

24 Jun 2016

KERAJAAN PERTTIMBANG CUTI PERISTIWA PADA 8 JULAI - ALI HAMSA

Bernama
24/6/2016



PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan menimbang menjadikan 8 Julai sebagai cuti peristiwa bagi negeri-negeri yang bekerja pada Jumaat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.

Bagaimanapun, katanya perkara itu perlu dibawa untuk rundingan pihak berkenaan terlebih.

"Saya tidak pasti sama ada jawapannya positif atau negatif. Sebelum ini, tidak pernah ada cuti peristiwa untuk penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas Ketua Setiausaha Negara Bersama Anggota Majlis Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, hari ini

CUTI RAYA KETIGA DIPERTIMBANGKAN - KSN

Berita Harian
Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my
24/6/2016



KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. - Foto Surianie Mohd Hanif PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbang permohonan penjawat awam yang mahu supaya tarikh 8 Julai ini iaitu hari Jumaat yang juga hari ketiga sambutan Aidilfitri dijadikan sebagai cuti peristiwa khas. Ketua Setiausaha Negara,
Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata permohonan yang disampaikan menerusi Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan. "Bagaimanapun perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan terbabit.

"Insya-Allah saya akan bawa perkara ini untuk dirundingkan, sebab kerajaan memang tidak pernah ada cuti peristiwa hanya untuk negeri yang kerja pada hari Jumaat," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Khas bersama Ahli Kongres CUEPACS di sini hari ini. Yang turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda. Sementara itu, Ali turut meminta CUEPACS supaya turut bersama memberi cadangan kepada kerajaan cara untuk meningkatkan hasil negara. "Sudah sampai masa untuk CUEPACS turut menjadi rakan bagi membantu memberi idea dan pandangan mereka. Ini satu cabaran bukan sahaja kepada CUEPACS tapi juga jabatan lain," katanya.


CUTI PERISTIWA HARI RAYA KETIGA DIPERTIMBANGKAN

Utusan Malaysia


PUTRAJAYA 24 Jun - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan penjawat awam agar Hari Raya Aidilfitri ketiga yang dijangka pada 8 Julai ini iaitu hari Jumaat diisytiharkan sebagai cuti peristiwa.
Dr. Ali Hamsa
ALI HAMSA
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, sehubungan itu kerajaan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat bersama peringkat tertinggi kerajaan yang akan datang.
Walau bagaimanapun katanya, perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan tersebut.
“Insya-Allah saya akan bawa perkara itu untuk dirundingkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada perjumpaan khas bersama ahli-ahli 
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) di sini hari ini. 

Terdahulu, permintaan itu telah dikemukakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda dalam ucapannya pada majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE

23 Jun 2016

JANGAN SEBARKAN RAHSIA KERAAN KEPADA PIHAK LUAR - TPM AHMAD ZAHID


Bernama
23/6/2016

PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan penjawat awam agar menjaga rahsia kerajaan daripada disebarkan kepada pihak luar sebagaimana janji yang dibuat ketika mula berkhidmat.

Katanya walaupun terdapat penguatkuasaan dari segi undang-undang bagi mengekang perkara itu daripada berlaku, individu itu sendiri haruslah mempunyai rasa bertanggungjawab pada diri sendiri dan menguatkuasakannya sendiri pada diri masing-masing.
"Kita mempunyai Akta Rahsia Rasmi tetapi itu hanya undang-undang, dan penguat kuasa yang sebenar adalah diri kita sendiri, " katanya.

Berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni Pada Bulan Ramadan serta jamuan berbuka puasa bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri di Seri Satria, di sini hari ini, Ahmad Zahid menekankan mengenai kepentingan menjaga rahsia selaras dengan sumpah yang dibuat para pegawai kerajaan dengan menggunakan nama Tuhan.

"Bagi yang beragama Islam, kita telah bersumpah dengan menggunakan nama Allah dan jika kita melanggar sumpah itu dikhuatiri akan mengundang laknat daripada Allah," katanya.

Pada majlis itu, seramai 100 anak-anak dari Pusat Tahfiz Al Taqwa, Sungai Buloh, Selangor serta golongan asnaf dan anak-anak Yatim, Paya Jaras, Sungai Buloh turut hadir bersama 1,200 tetamu yang lain.

-- BERNAMA

22 Jun 2016

PENJAWAT AWAM KEDAH TERIMA BANTUAN KHAS RM500 ESOK

Bernama
22/6/2016


GEORGE TOWN, 22 Jun (Bernama) -- Penjawat awam negeri Kedah akan menerima bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 bagi para pesaranya esok.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Datuk Shaiful Hazizi Zainol Abidin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri yang diadakan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, Rabu.

Ia dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang sedang dirawat di HPP, di Bilik Mesyuarat Unit Rawatan Rapi (ICU)...

16 Jun 2016

CUEPACS CADANG HARI BERSENAM TINGKAT KESIHATAN PENJAWAT AWAM

Bernama
15/6/2016



KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan hari bersenam untuk penjawat awam.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata ia boleh diadakan selama dua jam hanya dalam satu hari pada setiap minggu.

"Dalam tempoh lima hari bekerja, peruntukkan satu hari untuk bersenam selama dua jam agar penjawat awam betul-betul bersenam dan mengeluarkan peluh mereka," katanya kepada Bernama.....

14 Jun 2016

KOSPEN AKAN DIPERLUAS DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM - KSN

Bernama
13/6/2016



PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) -- Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) akan memperluaskan khidmatnya dalam kalangan penjawat awam sebagai usaha membantu menangani peningkatan masalah penyakit tidak berjangkit, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
"Perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan secara menyeluruh dengan kesemua kementerian, dan program ini dijangka akan mula dilaksana pada tahun ini," katanya.

Kospen mula diperkenalkan pada 2013 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memberi perkhidmatan saringan kesihatan percuma melibatkan masyarakat awam di peringkat komuniti.

-- BERNAMA

13 Jun 2016

HALF OF MALAYSIANS WHO HAVE DIABETES UNAWAVE THEY HAVE THE DISEASE

NST
By FAZLEENA AZIZ
13 June 2016 @ 2:03 PM
 
 
 
PUTRAJAYA: Half of Malaysians who have diabetes are unaware that they have the disease, says Health Minister Datuk Seri Dr S Subramaniam.He said said there is also an increase in the number of kidney patients in Malaysia, as such the dependency on hemodialysis treatment is also on the rise.He said the number of patients receiving dialysis treatment has more than doubled from 2005 to 2014, at 14,657 and 35,580 respectively.
 
The number of kidney failure patients seeking dialysis hemodialysis treatment in Malaysia has also increased from 563 individuals per one million of the population 2004 to 1,182 patients per one million of the population in 2014, he added.
The latest National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015, showed that 17.5 per cent of those aged 18 and above, or 3.5 million people have diabetes.“What bothers us is that half of those people with diabetes do not know they have it,” he said today.
 
He was speaking after witnessing a handover ceremony of a kidney dialysis machine and two hi-flow nasal cannulas to the Putrajaya Hospital today.The items were presented by Sun Life Malaysia (Sun Life Malaysia Assurance Berhad and Sun Life Malaysia Takaful Berhad) and Cuepacs.
 
It was handed over by Sun Life Financial, President and Chief Executive Officer Dean Connor and Cuepacs president Datuk Azih Muda.The contribution is aligned with Sun Life Financial’s commitment to diabetes awareness and prevention as well as promoting healthy living.The machines would also be distributed to government hospitals identified by the ministry to complement their existing supply of equipment for the benefit of more Malaysians. 
 
Connor said they were confident the contribution would go a long way in helping to strengthen health service delivery for Malaysians.“Sun Life is committed to slowing the advance of diabetes and its related complications by aiming to improve the health and wellness of our clients, employees and the community.
 
“Since we announced our commitment to diabetes in 2012, we’ve focused our support on diabetes awareness, prevention, care and research, with over USD13 million committed to date,” Connor said.
 
Azih said the equipment would also complement the existing machines at the hospital and go a long way in strengthening the health service delivery for the residents of Putrajaya.

RAMAI RAKYAT MALAYSIA MULA BERSENAM APABILA MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN

Bernama
13/6/2016

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) -- Kajian Kementerian Kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia hanya mula bersenam apabila menghadapi masaalah kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kebanyakan rakyat Malaysia mula melakukan aktiviti fizikal dan bersenam pada usia 40 hingga 50-an ekoran masalah kesihatan yang dihadapi akibat gaya hidup tidak sihat sebelum itu.

"Apabila doktor memaklumkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan menghidapi diabetes barulah individu berkenaan mula melakukan kegiatan fizikal seperti berjalan, berjoging dan sebagainya.

-- BERNAMA


11 Jun 2016

BANTUAN KHAS RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM NEGERI SABAH SEMPENA AIDILFITRI

Bernama
11/6/2016



KOTA KINABALU, 11 Jun (Bernama) -- Sejajar dengan keputusan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Sabah hari ini turut mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 untuk semua anggota perkhidmatan awam negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang mengumumkan bantuan itu dalam kenyataan di sini hari ini, berkata bayaran bantuan khas berkenaan akan dibuat secara serentak dengan bayaran gaji bulan ini.

"Pemberian bantuan khas kepada seramai 17,574 orang Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8.786 juta," katanya.

-- BERNAMA


 

CUEPACS AMAT HARGAI BANTUAN HARI RAYA

Utusan Malaysia
9/6/2016



PUTRAJAYA 9 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri.
AZIH MUDA


Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, bantuan khas yang akan diberikan kepada 1.6 juta orang penjawat awam itu akan banyak meringankan beban kewangan golongan berkenaan.
“Ini adalah satu pengiktirafan kepada penjawat awam dan saya berharap semua penjawat awam menerimanya dengan terbuka dan penuh tanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar selepas program taklimat CUEPACS di Kementerian Kewangan di sini hari ini. -

KERAJAAN KAJI SERAH OPERASI BAYARAN PENCEN KEPADA KWAP -

Bernama
10/6/2016



KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menyerahkan pengurusan operasi bayaran pencen kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebagai sebahagian daripada pelan untuk terus mengurangkan hutangnya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah berkata perbincangan mengenai perkara itu telah mencapai peringkat akhir.

"KWAP merupakan entiti yang akan membuat pembayaran pencen dalam jangka masa panjang, dan ini satu lagi perkara (selain pinjaman perumahan) yang kami sedang lihat dari segi saiz perkhidmatan awam.

-- BERNAMA

LLPSA UMUM PROGRAM SUKUK/BON PERTAMA BERNILAI RM25 BILION - IRWAN SIREGAR

Bernama
10/6/2016





KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengumumkan program sukuk/bon pertamanya bernilai RM25 bilion, terdiri daripada Program Kertas Komersial Islam/Nota Jangka Sederhana Islam (ICP/IMTN) dan Kertas Komersial Konvensional/Nota Jangka Sederhana (CP/MTN).

Program selama tiga tahun, akan diterbitkan oleh LPPSA bagi beberapa bahagian untuk membiayai pemberian pinjaman perumahan kepada penjawat awam, yang akan dijamin oleh kerajaan, kata Pengerusi LPPSA Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah.

"Kami menjangka terbitan pertama untuk program itu pada Julai dan sekitar RM7 bilion hingga RM10 bilion akan diterbitkan pada tahun ini, bergantung kepada penerimaan pasaran," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu di sini hari ini.

-- BERNAMA

HUTANG KERAJAAN PADA TAHAP BOLEH DITANGANI - NAJIB

Bernama
10/6/2016


KUALA KANGSAR, 10 Jun (Bernama) -- Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kedudukan hutang negara ketika ini masih berada pada tahap yang mampu ditangani oleh kerajaan.

"Jumlah hutang Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura lebih besar jika dibandingkan dengan pendapatan perkapita mereka," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kejatuhan harga getah 2016, di sini hari ini.

Pada Selasa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata sehingga akhir 2015, hutang kerajaan Persekutuan yang merangkumi hutang domestik dan hutang luar pesisir, mencatat RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Sehubungan itu, Najib meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak tertentu kononnya negara mempunyai hutang yang amat banyak.

"Pakai dan dengar apa yang Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) cakap. Semua cakap ekonomi negara di bawah Barisan Nasional (BN) diurus dengan baik," katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata pengurusan ekonomi yang cekap membolehkan kerajaan terus memberi pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat di sebalik kelembapan ekonomi global.

Beliau memberi contoh pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti memberi kebaikan kepada rakyat, termasuk pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, yang merupakan hasil daripada kutipan GST.

"Inilah sebabnya bila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) minta bantuan raya, kita dapat beri. Kalau tiada cukai macam mana kerajaan dapat bagi.

"Sistem ini (GST) bukan nak susahkan rakyat, tapi ia untuk kebaikan negara. Bila hasil bertambah, kita pulangkan balik kepada rakyat," kata Perdana Menteri.

GST dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

-- BERNAMA

09 Jun 2016

ILO : MALAYSIA RATIFIKASI KONVENSYEN BURUH ANTARABANGSA BERHUBUNG GAJI MINIMUM

Bernama
9/6/2016



Datuk Seri Richard Riot Jaem (Gambar fail Bernama)


PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan negara anggota ASEAN dan negara kelima di Asia yang meratifikasi Konvensyen Buruh Antarabangsa berhubung gaji minimum.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, yang mewakili Malaysia pada persidangan itu, dokumen berkenaan sudah diserahkan kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Persidangan Buruh Antarabangsa ke-105 di Geneva, Switzerland.

Dokumen ratifikasi tersebut diserahkan kepada Ketua Pengarah ILO Guy Ryder sebagai tanda ratifikasi Konvensyen Buruh Antarabangsa berhubung gaji minimum iaitu "Convention No 131: Minimum Wage Fixing Convention 1970 (C131)" , katanya.

"Konvensyen ini adalah instrumen antarabangsa yang menggariskan kaedah penetapan gaji minimum dan perkara berkaitan perlu dipatuhi oleh negara yang meratifikasi konvensyen ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Turut hadir pada konvensyen itu ialah Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N.Gopal Kishnam dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Lok Yim Pheng.

Menurut Riot, konvensyen itu merupakan suatu instrumen antarabangsa yang menggariskan kaedah penetapan gaji minimum dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara yang meratifikasi konvensyen ini.

Beliau berkata kerajaan Malaysia sebagai salah satu anggota ILO sebelum ini telah meratifikasi 16 Konvensyen ILO yang masih berkuat kuasa.

Katanya langkah itu adalah suatu tindakan positif Malaysia bagi menambah baik standard perburuhan negara berhubung setiap aspek pelaksanaan gaji minimum yang diperkenalkan sejak 2013.

"Ia juga bagi menunjukkan komitmen Malaysia di persada antarabanga untuk menambah baik dasar perburuhan negara khususnya berhubung peningkatan perlindungan sosial secara berterusan bagi kesejahteraan dan kebaikan golongan pekerja," katanya.

Mengulas lanjut, Riot berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dan konsultasi serta mendapatkan pandangan dengan pihak ILO dalam Majlis Perundingan Gaji Negara sebelum membuat keputusan meratifikasi Konvensyen Buruh Antarabangsa.

Katanya kerajaan berpendapat sistem dan struktur dasar gaji minimum negara sedia ada adalah selaras dengan keperluaan artikel-artikel di bawah Konvensyen Buruh Antarabangsa.

"Kerajaan berharap dengan ratifikasi ini, Malaysia akan dapat menambah baik pelaksanaan dasar gaji minimum sedia ada di negara ini selaras dengan hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," jelasnya.

Dalam pada itu, Riot turut menyeru para majikan supaya memberi sokongan padu terhadap dasar gaji minimum sebagai salah satu dasar intervensi negara bagi meningkatkan taraf hidup para pekerja terutamanya yang berada dalam kumpulan pendapatan rendah.

Katanya, kementerian akan mengadakan sesi pemakluman kepada semua pihak termasuk media mengenai ratifikasi Konvensyen ini dan keperluan pematuhan terhadap artikel-artikel di bawahnya oleh semua majikan.

Persidangan Buruh Antarbangsa berlangsung dari 6-9 Jun.

-- BERNAMA

08 Jun 2016

PENJAWAT AWAM NEGERI P.PINANG DAPAT BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA AIDILFITRI

Bernama
7/6/2016


GEORGE TOWN, 7 Jun (Bernama) -- Penjawat awam dalam perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak tiga perempat (3/4)gaji atau minimum RM700 sempena Aidilfitri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pemberian bantuan khas kewangan kepada 4,178 penjawat awam negeri itu melibatkan jumlah RM7.95 juta.

"Ia sebagai menghargai sumbangan dan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada perkhidmatan awam negeri serta mengambil kira kos inflasi dan peningkatan kos hidup yang ketara," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

NAJIB ANNOUNCES RM500 AIDILFITRI ASSISTANCE FOR CIVIL SERVANTS

Bernama
8/6/2016




Civil Servants (Bernama Picture)


KUALA LUMPUR, June 8 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today announced a RM500 special financial assistance for the 1.6 million civil servants in view of Aidilfitri, to be given on June 13.

He said in a statement that a RM250 special assistance would be given to the 743,000 government pensioners in appreciation of their service.

"The special assistance will be paid on June 13," he said, adding that it would involve a financial allocation of RM1 billion.

"The government hopes that the special financial assistance will help ease the financial burden of civil servants and pensioners as they prepare for Aidilfitri 2016," he said.

Najib also said that civil servants would enjoy an annual increment in their salary in July, which would involve a financial allocation of RM1.1 billion.

-- BERNAMA

BANTUAN KHAS RM500 UNTUK 1.6 JUTA PENJAWAT AWAM SEMPENA AIDILFITRI

Bernama
8/6/2016




Penjawat Awam - Gambar Hiasan
 
 
 
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

-- BERNAMA

TAK PERLU SEKAT PENJWAT AWAM GUNA INTERNET -ALI HAMSA

Bernama
8/6/2016




PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama)-- Tiada keperluan untuk menyekat akses kemudahan internet di kalangan penjawat awam dengan tujuan menghalang kebocoran maklumat kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Susulan pengumuman kerajaan Singapura untuk mengenakan sekatan kemudahan internet di pejabat kerajaan ke atas penjawat awam mereka bermula Mei tahun depan, beliau berkata isu kebocoran maklumat bukan lagi menjadi isu utama di negara ini.

Malah katanya menyekat penggunaan internet tidak secara keseluruhannya mampu menghalang kebocoran maklumat.

-- BERNAMA

07 Jun 2016

kERAJAAN KOMITED PASTIKAN HUTANG TIDAK LEBIH 66 PERATUS DARI KDNK

Bernama
7/6/2016


KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memastikan kedudukan hutang tidak melebihi paras berhemat 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, artikel yang disiarkan oleh Nikkei Asian Review pada 3 Jun 2016 berkaitan kedudukan hutang negara didapati tidak berasas.

"Sehingga akhir 2015, hutang Kerajaan Persekutuan yang merangkumi hutang domestik dan hutang luar pesisir mencatat RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada KDNK.

04 Jun 2016

KERAJAAN BELUM PUTUSKAN IMBUHAN PENJAWAT AWAM MENJELANG AIDILFITRI

Bernama
4/6/2016


PASIR PUTEH, 4 Jun (Bernama) -- Kerajaan belum membuat keputusan berhubung imbuhan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Julai depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kerajaan sedang meneliti pelbagai aspek terutama kedudukan kewangan sebelum membuat keputusan mengenainya.

"Sehingga hari ini tiada sebarang keputusan dibuat (berhubung pemberian imbuhan kepada kakitangan awam dan pesara)," katanya kepada pemberita pada majlis Program Transformasi Komuniti Bergerak Orang Kampung Selising yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Selising, Zulkifli Ali di sini, Sabtu.

03 Jun 2016

CUEPACS AKAN BERTEMU PM BINCANG BONUS RAYA

KOSMO
2/6/2016





Azih (depan, tiga dari kiri) dan Yim Pheng (depan, empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian penjawat awam selepas persidangan perwakilan tritahunan CUEPACS negeri di Kota Kinabalu semalam.



KOTA KINABALU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri nanti.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pertemuan itu diharap dapat memberikan keputusan positif dan berharap Perdana Menteri akan membuat pertimbangan sewajarnya.

WAKTU REHAT PENJAWAT AWAM DIKURANGKAN 30 MINIT BULAN RAMADAN - KSN

Bernama
2/6/2016

PUTRAJAYA, 2 Jun (Bernama) -- Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan waktu rehat penjawat awam selama setengah jam sepanjang bulan Ramadan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
"Langkah ini diambil bagi memberikan kemudahan kepada mereka untuk memanfaatkan bulan Ramadan yang mulia ini bagi menjalani tanggungjawab ibadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi melaksanakan perkara itu, Ali berkata kerajaan bersetuju untuk menambah Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) sedia ada di semua agensi kerajaan persekutuan.

Ali dalam kenyataan itu turut menyertakan panduan berhubung pelaksanaan WBB pada bulan Ramadan di negeri-negeri seperti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang yang Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat mingguan.

Waktu pejabat bagi negeri-negeri tersebut adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang manakala waktu rehat dari pukul 1.00 hingga 1.30 tengah hari (Isnin hingga Khamis) dan 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang (Jumaat).

Bagi negeri-negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak, Ali berkata WBB pada bulan Ramadan boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Katanya surat pekeliling itu akan dimuat naik ke Portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) http://www.jpa.gov.my oleh JPA

"Pelaksanaan pengurangan waktu rehat ini tidak akan menjejaskan aktiviti dan operasi sistem penyampaian perkhidmatan awam sepanjang bulan Ramadan kerana pelaksanaan ini tidak mengubah tempoh waktu bekerja penjawat awam sedia ada." katanya.

Ali turut berharap semua penjawat awam akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berdedikasi bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam sentiasa cekap dan berkesan dalam memenuhi jangkaan rakyat.

-- BERNAMA

CUEPACS IKRAR TERUS PERJUANGKAN HAK DAN KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM - AZIH

Bernama
3/6/2016


KUALA KANGSAR, 3 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berikrar untuk terus memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam temasuk mendapatkan kenaikan tangga gaji dan bonus.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata kerajaan perlu memberikan kenaikan gaji dan bonus selaras dengan bebanan yang ditanggung penjawat awam ketika ini.

"Walaupun adanya kenaikan gaji, namun ia sedikit dan tidak mencukupi bagi mereka yang mempunyai lebih tanggungjawab...jika kerajaan tidak memberi bantuan terutamanya untuk menghadapi Ramadan, ia akan memberi tekanan kepada penjawat awam," katanya kepada Bernama hari ini.

-- BERNAMA

02 Jun 2016

CUEPACS MAHU JUMPA PM ISU BONUS RAYA

Utusan Malaysia
2/6/2016
 



KOTA KINABALU 2 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan pemberian
bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri ini. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pertemuan itu dijangka diadakan dalam waktu terdekat ini.
Kami mohon diberi laluan berjumpa dengan Perdana Menteri dengan kadar segera bagi membolehkan perbincangan mengenai pemberian bonus raya sebulan gaji kepada penjawat awam.
Kami yakin pemberian ini bakal memberi rangsangan kepada produktiviti kerja para penjawat awam sekali gus membantu membuat persiapan menjelang Aidilfitri nanti," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan tritahunan CUEPACS negeri di sini hari ini. -

CUEPACS MAHU KERAJAAN KAJI SEMULA DASAR PENGIRAAN PENDAPATAN BAGI PINJAMAN RUMAH

Bernama
2/6/2016


KOTA KINABALU, 2 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengkaji semula dasar pengiraan pendapatan bagi pembiayaan pinjaman perumahan untuk memudahkan dan melayakkan penjawat awam membeli rumah.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata kajian semula itu termasuk mengambil kira elaun-elaun tetap sebagai sebahagian gaji dalam pengiraan pendapatan bagi pembiayaan perumahan sama ada melalui pinjaman kerajaan atau bank.

"Ini kerana, hari ini, hanya gaji pokok sahaja diambil kira dalam pengiraan pendapatan untuk membuat pinjaman rumah. (Ini akan menyebabkan) ramai penjawat awam tidak mampu untuk membeli rumah.

-- BERNAMA

CUEPACS AKAN BERTEMU PM BINCANG BONUS RAYA

KOSMO
2/6/2016





Azih (depan, tiga dari kiri) dan Yim Pheng (depan, empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian penjawat awam selepas persidangan perwakilan tritahunan CUEPACS negeri di Kota Kinabalu semalam.



KOTA KINABALU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri nanti.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pertemuan itu diharap dapat memberikan keputusan positif dan berharap Perdana Menteri akan membuat pertimbangan sewajarnya.

01 Jun 2016

CUEPACS RAYU BONUS SATU BULAN UNTUK PERSEDIAAN ADILFITRI

Berita Harian
31/5/2016


 KANGAR: CUEPACS merayu kerajaan memberi bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam bagi persediaan menyambut Aidilfitri Julai depan. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pemberian bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan berikutan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi.
"Permintaan ini diharapkan dapat ditunaikan kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya. "Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai," katanya selepas Persidangan CUEPACS Perlis, di sini, sebentar tadi. Azih juga berharap kerajaan negeri yang berkemampuan dapat memberi bonus kepada kakitangan menjelang Hari Raya. "Kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji ini tidak dapat ditunaikan. "Kami juga menyambut baik langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengumumkan pemberian bonus Hari Raya tiga per empat gaji untuk kakitangan kerajaan negeri itu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini," katanya

CUEPACS WANTS ONE MONTH RAYA BONUS FOR CIVIL SERVANTS

NST
31/5/2016

 

KANGAR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) is appealing to the Federal government to consider giving a one month bonus to civil servants for Hari Raya Aidilfitri.
Its president Datuk Azih Muda expressed his hope that the government could give due consideration to the request which was aimed at easing the burden of the staff in preparing for Ramadhan and Raya celebrations. “A one month bonus is apt if we take into account the top notch services given by the civil servants apart from the hike in prices of goods. “At the same time, we would like to welcome the move made by Penang government in announcing the three quarters of salary bonus for the upcoming Raya celebration slated on July 7. “For other states which could afford to increase the bonus amount, we encourage them to do so as soon as possible,” he told a press conference after opening the Perlis Cuepacs delegate meeting here today. 873 reads The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Azih Muda appealing to the Federal government to consider giving a one month bonus to civil servants for Hari Raya Aidilfitri. Azih hope that the government could give due consideration to the request which was aimed at easing the burden of the staff in preparing for Ramadhan and Raya celebrations. Pix by Hafizudin Safar

CUEPACS MOHON KERAJAAN PERTIMBANG BONUS RAYA SEBULAN GAJI

Bernama
31/5/2016


KANGAR, 31 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri nanti.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata pemberian itu sebagai suatu yang wajar dan menjadi keperluan, mengambil kira faktor sempena sambutan perayaan dan kenaikan harga barangan serta kos sara hidup yang kian meningkat pada masa sekarang.

-- BERNAMA

GST KINI SEMAKIN DITERIMA BAIK - PM NAJIB

Bernama
31/5/2016


PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) -- Walaupun dikritik hebat semasa dilaksanakan bermula 1 April tahun lepas, kini semakin ramai rakyat menerima baik pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana menyedari ia penyelamat ekonomi negara dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dilihat sebagai keputusan tidak popular kerajaan sehingga dijadikan senjata politik, beliau berkata pakar-pakar ekonomi berpendapat bahawa pelaksanaan GST merupakan langkah amat tepat kerajaan Malaysia.

Dengan ketidaktentuan ekonomi global dan tanpa pelaksanaan GST, Malaysia akan menghadapi krisis ekonomi yang amat serius seperti Greece, katanya.

-- BERNAMA