SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Januari 2019

Cuepacs harap kesan menyeluruh NACP

AstroWani
29/1/2019


PUTRAJAYA: Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) diharap memberi kesan menyeluruh terutama kakitangan awam yang terlibat secara langsung dalam urusan projek dan kewangan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, NACP perlu disokong pelan integriti baru selain lebih baik dari sebelum ini.

"Mungkin pelan baru ini akan dapat memberi kesedaran jelas di samping meningkatkan tadbir urus yang lebih baik, good governance untuk elakkan perkara seumpama ini.

"Kedua, mungkin perkara yang berlaku ini dari sikap tamak yang ada kepada sesetengah mereka yang ada kuasa untuk cepat mendapat habuan mereka. Ini berlaku kerana ada pemberi dan ada penerima, selagi dua pihak ini wujud, maka isu yang berkaitan rasuah ini memang akan berlaku.

"Sebab itu penambahbaikan dalam prosedur operasi standard (SOP) ini perlu ada, supaya ia menjadi imbang semula kepada apa kita lakukan dalam tindakan tertentu terutama melibatkan urusan projek, urusan kewangan dan sebagainya," katanya semasa dihubungi di sini, pada Selasa.
Di dalam ucapan aluan majlis pelancaran NACP, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, penjawat awam adalah golongan yang berisiko tinggi terhadap rasuah, khususnya mereka yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan.

Jelas Dr Ismail, berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, didapati bahawa sebanyak 40 peratus daripada pesalah yang ditahan oleh SPRM dalam tempoh 2011 sehingga 2015 merupakan penjawat awam.

Sementara itu, kajian Persepsi Integriti Nasional (KPIN) mendedahkan bahawa penjawat awam juga kurang kefahaman mengenai rasuah, khususnya yang berkaitan dengan 10 kesalahan rasuah seperti yang terkandung dalam Akta SPRM 2009.

20 Januari 2019

Kenal pasti punca penjawat awam tertekan

My Metro
20/1/2019



KESATUAN Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengkaji penyebab tekanan kerja yang membelenggu penjawat awam.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, lebih 30 peratus dalam kalangan penjawat awam mengalami tekanan kerja dan perkara itu perlu dipandang serius.
“Kebimbangan kita apabila risiko tekanan ini berlaku kepada penjawat awam, ia boleh menyebabkan kemurungan dan akhirnya mereka tidak dapat memberikan produktiviti yang baik.
“Ia akan memberi kesan kepada tuntutan dan permintaan rakyat. CUEPACS mencadangkan kepada Bahagian Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan entiti berkaitan untuk mengkaji tahap tekanan semua peringkat penjawat awam sehingga ada yang bersara awal kerana tidak mampu lagi mendepani tekanan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bual Bicara bersama Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak di Sibu, semalam.
Katanya, punca tekanan perlu dikenal pasti agar kajian komprehensif dapat dijalankan bagi membantu pekerja itu untuk keluar dari beban tekanan mereka.
“Tekanan dihadapi ini antaranya disebabkan beban kerja kerana kakitangan yang bersara, berhenti, dipindah, tidak diganti dan tiada pengambilan baru dibuat.
“Beban kerja mereka masih perlu dilaksanakan contohnya sesuatu perkara harus siap dalam tempoh sejam, mereka masih perlu menyiapkannya dalam tempoh itu. Dulu kerja dilakukan lima petugas, sekarang hanya dibuat dua kakitangan,” katanya.
Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Sarawak yang memberi maklum balas positif dengan beberapa cadangan pihaknya.
Antaranya ialah cadangan memberi cuti tanpa rekod tujuh hari kepada penjawat awam negeri untuk melaksanakan aktiviti keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing.

08 Januari 2019

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2018

Berita CUEPACS
8/1/2019


KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM

PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]

(Pendaftaran No 195)



SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             



KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2018



NO SEBUTHARGA : BIL 1/2019                                     Tarikh : 08 JANUARI 2019




KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………


Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.



1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.



2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 22 JANUARI 2019, tidak lewat dari jam 12.45 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No 1/2019 



3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.



4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.



5.       Sebutharga  hendaklah sah selama  30 HARI selepas itu.



6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.









BIL
PERKARA
HARGA SEUNIT
KUANTITI
JUMLAH HARGA

01





Membekal Baju Korporat dan mencetak logo CUEPACS di baju. Jenis kain Comb Cottons  warna merah (Pelbagai Saiz) :
                        Lelaki  : Wanita
                7XL :   1                
                6XL :   2 
                5XL :   8             3
                4XL :   10           4
                3XL :   90           42
                2XL :   350        130
                XL   :   659        188
                L     :   536        175
                M    :   130        150
                S     :   6           15
                XS   :                1
Catitan: Semua penender adalah dikehendaki untuk memberi contoh corak reka bentuk  Baju Korporat Comb Cottons warna merah dan warna tambahan bagi membentuk corak menarik dibenarkan (tidak di kembalikan)
  

2,500





Jumlah



Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............



……………………………………………………………………………………………………………...



Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..



[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].



Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 



Nama penuh pengurus                 :……………………………………….



Tandatangan dan cop penender             :……………………………………….



Alamat                   :………………………………………..



Tarikh :………………………………..                                        ……………………………………….


Muat Turun Borang