SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 November 2008

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN MESYUARAT AGONG KESATUAN IMIGRESEN MALAYSIA

arhmn
Media CUEPACS
29/11/2008



Nilai: Kesatuan Kakitangan Imigresen telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung pada 29/11/2008 jam 8.00 malam di Hotel Alison Klana Bandar Baru nilai. Kehadiran ahli amat membanggakan dan turut hadir mantan Presiden dan Tim. Presiden kesatuan. Ucapan alu-alukan oleh Presiden Kesatuan Imigresen dan dikuti oleh taklimat isu semasa dan turut dirasmikan oleh Presiden CUEPACS oleh Tuan Hj. Omar Osman. Turut hadir mengiring presiden CUEPACS Puan Lok Yim Pheng Pengerusi MBK Am.

Aktiviti bergambar:





MINDA PENGARANG: KAKITANGAN AWAM PERLU LEBIH BERDEDIKASI SETIMPAL INSENTIF DIBERI

Berita Harian
29/11/2008



KAKITANGAN awam di negara ini sewajarnya bersyukur kerana kerajaan cukup prihatin terhadap nasib mereka. Sepanjang tahun ini saja, pelbagai insentif diberi kepada kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara. Selepas pengumuman mengenai lanjutan usia persaraan daripada 56 kepada 58 tahun pertengahan tahun ini, elaun sara hidup (Cola) dan bonus turut diberi, selain kebenaran kepada kakitangan tertentu bekerja sambilan dalam kegawatan ekonomi sekarang. Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan empat lagi langkah memperkemaskan sektor awam yang sudah pastinya dialu-alukan. Jika sebelum ini, ramai kakitangan awam yang menyertai skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluh kerana tidak mendapat faedah sama seperti dinikmati kakitangan kerajaan yang memilih opsyen pencen, kini mereka boleh menarik nafas lega. Mulai awal tahun depan, kira-kira 40,000 kakitangan awam yang sebelum ini memilih skim KWSP boleh membuat pilihan semula sama ada kekal dalam skim KWSP atau pencen. Dengan pelaksanaan itu, kerajaan dijangka terpaksa membelanjakan tambahan sehingga RM20 juta setahun bagi memenuhi keperluan kakitangan untuk memilih skim pencen. Kerajaan turut memberi ex-gratia kepada ibu bapa anggota bujang yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan. Selain itu, kerajaan juga bersetuju menambahbaik skim bagi pegawai hingga pembantu siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) serta pegawai kanan hingga konstabel polis bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan jenayah. Turut menikmati insentif ialah pegawai dan anggota lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bakal menerima kenaikan gaji 20 peratus. Kita berharap sikap prihatin kerajaan ini mendapat sokongan penuh kakitangan awam untuk bekerja lebih dedikasi bagi memenuhi hasrat negara dan rakyat. Kita tidak mahu mendengar lagi rungutan kakitangan kerajaan mengenai gaji dan insentif yang diterima. Sepatutnya mereka perlu berterima kasih berbanding kakitangan swasta yang tiada siapa membela, kecuali majikan yang turut perhatian terhadap kebajikan pekerja. Nasib pekerja sektor swasta memang tidak menentu berbanding kakitangan kerajaan yang dijamin tidak akan kehilangan kerja ketika ekonomi meleset. Justeru, semua 1.3 juta kakitangan sektor awam di seluruh negara harus bermuhasabah diri bahawa mereka ditatang bagai 'anak emas' oleh kerajaan. Oleh itu, tahap profesional mereka perlu turut meningkat selaras imbuhan dan insentif diberikan. Mereka perlu bekerja lebih dedikasi dan rajin dengan mengamalkan slogan mesra rakyat. Kita juga berharap panggilan telefon ke jabatan kerajaan terus dijawab, begitu juga layanan baik di semua kaunter yang berurusan dengan orang ramai. Kita berharap sudah sampai masanya, Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menimbangkan semula tuntutan terhadap kerajaan, sebaliknya melihat kembali sumbangan dan tanggungjawab diamanahkan kepada ahli kesatuan. Jangan sampai rakyat marah dan meluat dengan segala tuntutan yang hanya menguntungkan satu pihak saja, sedangkan rakyat tidak mendapat perkhidmatan dan layanan sewajarnya.

28 November 2008

CUEPACS TERIMA KEPUTUSAN TERUSKAN PTK

Bernama
By: Ramjit-->
28/11/2008


KUANTAN, 27 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menerima baik keputusan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) di kalangan kakitangan awam namun berharap kaedahnya ditambahbaikkan.Presidennya Omar Osman berkata, keputusan untuk mengekalkan PTK itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu perjumpaan bersama kongres itu semalam."KSN memaklumkan buat masa ini PTK akan terus dijalankan namun kita minta kaedah penilaian PTK perlu ditambahbaik pada masa hadapan supaya lebih adil kepada penjawat-penjawat awam terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan."Jadi kita menerima pandangan kerajaan yang menganggap PTK adalah kaedah terbaik penilaian buat masa ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu semasa CUEPACS di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini.Menurut Omar, antara penambahbaikan yang mungkin boleh dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ialah melaksanakan penilaian melalui kursus atau latihan tertentu."Saya harap kakitangan kerajaan boleh sabar, lagipun PTK bukanlah wajib iaitu siapa yang yakin boleh ambil peperiksaan itu, dia boleh ambil dan kalau tidak ambil pun ia tidak menjejaskan kenaikan gaji tahunan," katanya.Dalam pada itu, Omar berkata CUEPACS tidak berniat memboikot dan memansuhkan PTK."Sehingga kini tiada sepucuk surat pun kita berikan kepada pihak kerajaan yang menunjukkan CUEPACS mahu memansuhkan PTK," kata beliau.Beliau berkata, perkara memboikot PTK itu timbul apabila ada penjawat awam yang mengambil PTK dua atau tiga kali namun masih gagal sebelum mereka mengambil keputusan untuk memboikot PTK.-- BERNAMA

PAK LAH: CIVIL SERVANTS CAN GO BACK TO PENSION SCHEME

The Star
28/11/2008
By SIM LEOI LEOI

PUTRAJAYA: Some 40,000 civil servants, who had opted for the Employees Provident Fund, can now revert to the pension scheme.
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said these civil servants can exercise their option to revert to the pension scheme in January.
“Their decision will take effect from Feb 1, and they will be able to enjoy all the facilities currently entitled to pensioners, such as free medical treatment. Parents of civil servants, who have passed away and were single at that time, will also receive ex-gratia payments.
“These are some of the decisions that were made following a recent meeting by the Cabinet committee on appointments and salaries for civil servants,” he said in his speech before presenting the Public Sector Quality Awards at the Putrajaya International Convention Centre here yesterday.
Other decisions taken by the committee included upgrading the salary schemes for investigating officers under the Anti-Corruption Agency and for senior, low-ranking officers and constables in the police force, and a 20% increase in pay for maritime officers.
“All these decisions will be effective from Jan 1,” he said, adding that the Government would work out the actual amount of financial allocation involved in the upgrading and salary increase later.
Cuepacs welcomed the move to allow civil servants on the EPF scheme to opt for the pension scheme, said its secretary-general Ahmad Shah Mohamad Zain.
Last week, Cuepacs president Omar Osman complained that civil servants who opted for EPF scheme did not enjoy benefits such as free medical treatment in government hospitals and gratuity payments upon their retirement.
Earlier, Abdullah said he was glad to note from his dialogues with various business and non-governmental groups that the number of complaints involving public delivery of services had gone down.
“In the World Competitiveness Yearbook report for this year, Malaysia has managed to improve its ranking from 23rd last year to 19th this year. For the category of countries with more than 20 million population, we have also moved one place from 8th to 7th this year.
“Efforts to enhance our online access for government services have begun to bear fruit. In an analysis by Brown University, Malaysia’s online government services have improved from 25th place last year to 11th place,” he said.
However, Abdullah said award-winning government departments should ensure that they continue to maintain and improve on their standards.
“Selection of winners must be made according to high standards so that their win will not be disputed by anybody, which can then erode public confidence in our awards,” he said.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) won the Prime Minister’s Award for Quality at the event.
The five winners for the Public Service Innovation Award were the Dental Specialist Clinic in Kuching, Perak Irrigation and Drainage Department, Department of Survey and Mapping, Seremban Municipal Council and Mampu.

CUEPACS ACCEPTS GOVT'S DECISION ON PTK

Bernama
27/11/2008

KUANTAN, Nov 27 (Bernama) -- The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has accepted the government's decision to continue with the Competency Level Assessment (PTK) examination for civil servants.Cuepacs president Omar Osman said Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan had told the congress in a meeting Wednesday that PTK would stay for the time being.Nevertheless, Cuepacs would still push for improvements so that the civil servants especially those who had served the government long get a fairer deal, he said."So, we accept the government's view that PTK is the best assessment method at present," he told reporters after giving a briefing on current issues at Universiti Malaysia Pahang here Thursday.Last week, Omar was reported to have said that Cuepacs would launch a nationwide roadshow next month to explain to the civil servants the rationale behind the plan to boycott the PTK examination which is considered compulsory for civil servants aiming for promotions.On Thursday, he said: "I hope the government employees can be patient. Anyhow, PTK is not compulsory which means those who are confident can take the examination and if they don't, it would not affect their annual increment."He said Cuepacs had no intention to stage a boycott and abolish PTK.It was only hoping that the Public Service Department would improve several aspects of it by conducting courses or training, for example, to assess the civil servants' competency level, he said."To date, not a single letter we have written to the government which says Cuepacs wants to abolish PTK because we do not have any reasons why PTK should be boycotted or abolished," Omar said.He said the issue of boycotting PTK arose after there were civil servants who had failed the examination after two or three attempts and it was them who had decided to boycott PTK."Presently, there are departments that still implement PTK and to those who want to take the examination, I'm asking them to be really sure that they will pass," he said.-- BERNAMA

CUEPACS MENGALU-ALUKAN KEMUDAHAN MEMILIH SKIM PENCEN

Bernama
:
Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik langkah kerajaan membenarkan kakitangan awam yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyertai skim pencen mulai tahun depan.Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohamad Zain berkata lebih 45,000 kakitangan awam dalam skim KWSP akan mendapat faedah jika memilih skim pencen.Kakitangan kategori tersebut sebelum ini memilih skim KWSP semasa kali terakhir semakan gaji tetapi mendapati tindakan itu tidak menguntungkan dalam jangka masa panjang, katanya kepada Bernama di sini.Ahmad Shah berkata CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menerima cadangan mereka dalam perkara ini.Kongres telah memohon kemudahan itu untuk sekian lama dan bersyukur kerana akhirnya tertunai, katanya.Katanya CUEPACS kini menunggu surat pekeliling rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum menasihatkan semua ahli yang terbabit.Pengumuman mengenai opsyen kepada mereka yang dibawah skim KWSP untuk memilih skim pencen dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam di Putrajaya hari ini.Tempoh membuat pilihan itu adalah dari 1 Jan hingga 31 Jan 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Feb.Ahmad Shah berkata CUEPACS juga bangga bahawa bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan berkuatkuasa mulai 1 Jan depan.-- BERNAMA

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA KESATUAN KAKITANGAN MIDA (KKM)

arhmn
Media Cuepacs
28/11/2008



KL Sentral: Kesatuan Kakitangan MIDA (KKM) telah mengadakan mesyuarat luar biasa pada 28/11/2008 jam 3.00petang di Bangunan MIDA tingkat 12 KL Sentral. Kehadir ahli amat membanggakan. Ucapan alu-alukan oleh Presiden MIDA dan dikuti oleh taklimat isu semasa oleh Presiden CUEPACS oleh Tuan Hj. Omar Osman. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah MIDA Dato' Jalilah Baba. Turut hadir mengiring presiden CUEPACS Sdr. Ja'afar Mansor Pengerusi CUEPACS Wilayah.


Aktiviti bergambar:




27 November 2008

TAKLIMAT KESATUAN DAN ISU SEMASA BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

arhmn Media
Cuepacs
28/11/2008

Gambang Kuantan. 27/11/2008 Presiden Cuepacs telah mengadakan kunjungan ke Universiti Malaysia Pahang dan disambut oleh En. Mustaffa Ibrahim Pendaftar Universiti Malaysia Pahang dan Pegawai Kanan. Turut hadir seramai 12 orang terdiri dari Jawatan Kuasa Gakum dan Cuepacs . Majlis dimulakan dengan ucapan Pendaftar UMP kemudian taklimat ringkas oleh Tim. Setiausaha Agung III YM Ku Azmi Ku Ibrahim mengenai kesatuan sekerja. Setelah selesai taklimat kesatuan barulah Presiden Cuepacs berucap mengenai isu semasa. Isu semasa adalah mengenai skim-skim perkhidmatan, ptk, pemberian semula pegawai yang memilih skim KWSP ke Skim Pencen semula dan lain-lain.

Aktiviti Bergambar






TAKLIMAT ISU SEMASA ANJURAN ANULAE KUANTAN DENGAN KERJASAMA CUEPACS PAHANG DI MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN PAHANG

arhmn
Media Cuepacs
27/11//2008



Kuantan. Majlis taklimat isu semasa ini adalah anjuran ANULAE Pahang dengan kerjasama CUEPACS Pahang. Turut hadir sama KESATUAN gabungan CUEPACS. Majlis dimulakan dengan Ucapan Pengerusi ANULAE Pahang dan kemudian ucapan ringkas oleh Naib Presiden ANULAE En. Adnan Mat dan akhir sekali Ucapan Presiden CUEPACS Tuan Hj. Omar Osman mengenai isu semasa PTK, Skim Pertukaran KWSP, Skim Perkidmatan dan lain-lain lagi.



Aktiviti bergambar:



25 November 2008

PENGURANGAN SIMPANAN PEKERJA MAMPU JANA PERTUMBUHAN

Berita Harian
Oleh Nik Azman Nik Abdul Majid
nikazman@epu.gov.my
25/11/2008



Ramai tak faham manfaat langkah KWSP kurangkan kadar caruman daripada 11 kepada 8 peratus PADA 4 November lalu, kerajaan mengumumkan bahawa pekerja yang mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberi pilihan mengurangkan kadar caruman daripada 11 peratus kepada lapan peratus secara sukarela. Pengurangan tiga mata peratusan ini dibuat sebagai langkah sementara, iaitu mulai Januari 2009 hingga akhir 2010. Ia adalah langkah untuk mengurangkan beban pekerja dengan menambah pendapatan boleh guna berikutan paras harga barang dan perkhidmatan yang tinggi. Namun, ramai yang mempertikaikan langkah ini. Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpendapat bahawa langkah ini akan menjejaskan simpanan pencarum pada masa hadapan kerana jumlah caruman telah berkurangan. Ramai juga yang keliru apakah faedah sebenar langkah ini. Sehingga Oktober 2008, ada 12 juta ahli yang mencarum dengan KWSP dan daripada jumlah itu 5.6 juta adalah ahli aktif. Daripada jumlah ahli aktif, 4.6 juta atau 82 peratus berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah. Separuh daripada jumlah ini pula berpendapatan RM1,000 sebulan dan ke bawah. Lihat Jadual 1.
Jika pencarum memilih untuk mengurangkan kadar caruman, pendapatan boleh guna mereka akan bertambah. Umpamanya, bagi isi rumah yang berpendapatan RM750 sebulan, pendapatan boleh guna akan meningkat RM22.50 sebulan. Sementara itu, bagi isi rumah yang berpendapatan RM1,500 dan RM2,000 sebulan, pendapatan boleh guna akan bertambah masing-masing RM45 dan RM60 sebulan. Pertambahan pendapatan ini mungkin terlalu sedikit bagi sesetengah pihak. Apalah besar RM22.50 kepada mereka yang berpendapatan RM4,000 ke atas. Mahu beli separuh kek Secret Recipe pun tidak cukup, apa lagi belanja kawan di Starbucks! Namun, jumlah ini amat bermakna bagi golongan berpendapatan kecil. Sebenarnya, banyak barang keperluan yang boleh dibeli dengan wang tambahan ini, seperti di Jadual 2, 3 dan 4. Malah bagi mereka yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jumlah ini amat bermakna. Sebenarnya dengan RM22.50, RM45 atau RM60, mereka boleh membeli pelbagai barang keperluan seperti beras, tepung, gula, telur dan minyak masak walaupun dengan kuantiti yang kecil.
Di samping itu, pengurangan tiga mata peratusan ini dijangka mampu menjana pertambahan pendapatan boleh guna kira-kira RM4.8 bilion setahun pada peringkat nasional jika semua pencarum memilih caruman lapan peratus. Sebaliknya, jika 50 peratus daripada pencarum memilih berbuat demikian, jumlah pertambahan pendapatan boleh guna ialah RM2.4 bilion. Pencarum dapat menggunakan wang itu dan secara tidak langsung membantu menjana pertumbuhan ekonomi. Sekiranya keseluruhan jumlah RM2.4 bilion ini dibelanjakan, ia akan menambah RM2.3 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kerana berlaku kebocoran sebanyak RM0.1 bilion seperti import makanan. Dari segi kesan keseluruhan, KDNK dijangka meningkat 0.25 mata peratusan daripada pertumbuhan asas. Kenaikan KDNK ini disumbang oleh peningkatan penggunaan swasta (0.62 mata peratusan) dan pelaburan swasta (0.42 mata peratusan). Pada masa yang sama, ia dapat mewujudkan 3,000 peluang pekerjaan. Sebaliknya, jika pencarum memilih untuk mengekalkan kadar caruman mereka, aktiviti ekonomi tidak dapat ditingkatkan lagi seperti yang diharapkan. Dalam situasi sekarang, negara lebih terdedah kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan. Jika hal ini terjadi, sebilangan kecil pencarum boleh kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
Pengurangan kadar caruman ini bukanlah wajib. Kerajaan hanya memberi pilihan. Bagi mereka yang memilih untuk mengekalkan kadar caruman, mereka cuma perlu mengisi borang yang boleh didapati di laman web KWSP. Borang itu kemudian dikemukakan kepada majikan masing-masing tanpa perlu berurusan dengan pihak KWSP. Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan, berfikirlah dengan bijak. Pilihan ada di tangan anda. Andalah yang menentukan masa depan anda sendiri kerana anda mampu mengubahnya! Keputusan di tangan anda. Penulis ialah Pengarah Ekonomi Makro, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Beliau boleh dihubungi melalui email: nikazman@epu.gov.my

GURU DIMINTA RASIONAL ISU PTK

Berita Harian
25/11/2008


BANGI: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berharap golongan guru bersikap rasional dalam isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tidak sekadar membantah pelaksanaan tanpa sebarang cadangan penyelesaian. Tanpa PTK, beliau berkata, suatu mekanisme lain diperlukan untuk membuat penapisan dan penilaian terhadap kira-kira 380,000 guru di seluruh negara bagi menentukan peluang peningkatan dalam kerjaya mereka. “Sekiranya membantah semata-mata, tidak mencukupi dan tiada sebarang makna, ia mesti dengan alasan kukuh serta cadangan membina.
“Isu PTK ini setiap tahun bermusim akan berbangkit. Justeru, ia bukan satu perkara yang mengejutkan tetapi saya berharap semua (guru) bersikap rasional, bagaimana kita hendak mencari jalan penyelesaian kepada satu jumlah guru yang begitu besar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Nilai Murni Budaya Tradisional di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, semalam. Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengancam memboikot peperiksaan PTK yang didakwa banyak memberi tekanan kepada kakitangan awam, jika ia tidak dimansuhkan tahun depan. Hishammuddin berkata, bukan bidang kuasa beliau untuk membuat keputusan berhubung peperiksaan PTK bagi guru, tetapi pandangan golongan itu sentiasa diambil kira.
Mengenai undangan Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Koichiro Matsuura, menghadiri mesyuarat Pendidikan Untuk Semua (EFA) di Oslo, Norway, bulan depan, beliau yang juga Ahli Lembaga Eksekutif Unesco berkata, perbincangan itu penting bagi menghadapi bersama keadaan dunia yang dilanda pelbagai cabaran global kini. “Organisasi antarabangsa mesti bergabung kerana tidak mungkin negara tertentu mampu menanganinya secara persendirian,” katanya. Hishammuddin berkata, isu dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan dibawa untuk perbincangan dalam Umno dan juga Barisan Nasional (BN) bagi mendapat pertimbangan politik. Selain itu, katanya, beliau juga mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal yang meliputi pelbagai isu berkaitan sesi persekolahan seperti penjadualan, beg berat dan yuran, petang semalam.

HISHAMMUDDIN: PPSMI DAPAT DILAKSANA DENGAN BAIK

Utusan Malaysia
25/11/2008
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kementerian Pelajaran yakin Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dapat dilaksanakan dengan baik walaupun sentiasa menerima pandangan berbeza daripada pelbagai pihak.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian mengambil kira pendapat semua terutama pakar dalam soal pendidikan dan berharap ia akan dapat digunakan bagi mencari mekanisme terbaik untuk menjayakannya.
"Tidak mudah untuk kita menghadapi tekanan ini (pelaksanaan PPSMI). Setelah satu kohort ini kita terus mencari cara untuk menyesuaikan keadaan itu kepada pelajar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Kebudayaan Tradisional Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.
Hishammuddin diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung pelaksanaan PPSMI yang menerima pandangan berbeza daripada banyak pihak.
Mengenai tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk memboikot Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) terhadap guru-guru jika ia tidak dimansuhkan tahun depan, Hishammuddin berkata, semua pihak perlu rasional mencari penyelesaian terhadap perkara itu.
Katanya, walaupun kementerian tiada kuasa untuk menetapkan sebarang keputusan mengenai PTK untuk guru-guru, ia sentiasa mengemukakan cadangan kepada pihak bertanggungjawab demi menjaga kebajikan guru-guru di seluruh negara.

24 November 2008

PRESTASI MEROSOT, BATAL ANUGERAH: CUEPACS

Sinar
24/11/2008
KUALA LUMPUR - Anugerah Khidmat Cemerlang tidak perlu lagi diadakan di mana-mana agensi dan jabatan kerajaan jika benar kualiti perkhidmatan penjawat awam kini semakin merosot, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Omar Osman. Beliau berkata, anugerah yang diadakan setiap tahun itu menunjukkan kakitangan awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sehingga melayakkan mereka menerima anugerah. “Setiap jabatan menghantar laporan kepada kerajaan. Kita lihat laporan prestasi adalah baik dan cemerlang. Tetapi kalau benar-benar merosot, tidak perlu adakan anugerah khidmat cemerlang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam. Kelmarin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, kualiti perkhidmatan awam kian merosot kerana Biro Pengaduan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam menerima 6,059 aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan awam, sehingga September lepas. Pada tahun lepas, biro itu menerima 5,347 aduan, tahun 2006 (3,397 aduan), manakala 2,707 aduan dilaporkan pada tahun 2005 dan ia dijangka terus meningkat menjelang akhir tahun ini. Antara aduan yang sering dikemukakan ialah kelewatan, tiada tindakan oleh pegawai, keputusan yang dianggap tidak adil, perkhidmatan tidak berkualiti, salah guna kuasa, penyelewengan, salah laku dan kegagalan penguatkuasaan. Omar berkata, beliau juga mahukan laporan terperinci mengenai aduan itu sama ada ia mewakili semua jabatan dan agensi kerajaan atau melibatkan kumpulan tertentu sahaja dalam perkhidmatan awam. “Kalau betul merosot, kena lapor secara terperinci. Ini perlu dimaklumkan juga kepada pekerja supaya mereka boleh memperbaiki diri,” katanya. Sehubungan itu, Omar meminta jabatan kerajaan menganjurkan seminar, perjumpaan bulanan dan mengarahkan pekerja patuh kepada akur janji yang dibuat semasa mula berkhidmat. Beliau berkata, kakitangan awam harus membuat perubahan untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan sebarang kesulitan atau aduan perlu diselesaikan secepat mungkin.

22 November 2008

ISU KOYAK BORANG: CUEPACS BIDAS RAMASAMY

Utusan Malaysai
22/11/2008



KUALA LUMPUR 21 Nov. – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman percaya Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy sengaja menimbulkan isu berhubung dominasi kaum Melayu dalam perkhidmatan awam ekoran pelbagai penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap sektor tersebut.
Menurutnya, sektor awam pada hari ini menawarkan jaminan hidup yang lebih baik daripada segi gaji, pencen pesara dan juga usia persaraan yang telah dilanjutkan daripada 56 kepada 58 tahun.
‘‘Dengan penambahbaikan ganjaran untuk kakitangan awam maka ramai orang yang berminat untuk menyertai sektor ini dan kerana itu Ramasamy menimbulkan isu remeh tanpa memberikan sebarang bukti,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu sepatutnya mengemukakan aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung dakwaan beliau itu.
Menurutnya, setiap kementerian menyediakan kaunter khas pada Hari Bersama Pelanggan dan sebarang aduan boleh disalurkan kepada pegawai yang bertugas.
Omar berkata, Ramasamy bukan sahaja menyalahkan dasar kerajaan tetapi juga telah mempertikaikan kredibiliti anggota sektor awam apabila membuat dakwaan itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ramasamy berhubung dominasi orang Melayu dalam sektor awam dan sehingga kini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga gagal membuktikan terdapat pegawai kerajaan yang mengoyakkan permohonan daripada bukan Melayu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, Ramasamy cuba mencari publisiti murah dengan membuat dakwaan tidak berasas itu.
Katanya, dakwaan tersebut sengaja dibuat bagi menunjukkan kononnya beliau adalah pembela kaum bukan Melayu.
Beliau memberitahu, masyarakat bukan Melayu sendiri yang kurang berminat menyertai sektor awam seperti dalam bidang ketenteraan kerana sejak tahun 1969 lagi, kurang daripada 10 peratus kaum bukan Melayu menjadi tentera.
“Kerajaan memang mengalu-alukan penyertaan kaum bukan Melayu dalam sektor ketenteraan untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama tetapi sejak 1969 jumlah mereka yang memohon amat kurang,’’ katanya.
Menurutnya, kaum bukan Melayu mungkin hendak mengejar keselesaan hidup dan tidak mahu dikongkong dengan disiplin serta bertugas jauh daripada masyarakat.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Prof. Dr. Hasan Yusof berkata, kerajaan tidak langsung mengamalkan diskriminasi kaum dalam pemilihan anggota polis kerana ia terbuka kepada semua kaum.
‘‘Kaum bukan Melayu sebenarnya kurang tertarik dengan tawaran gaji di sektor awam berbanding sektor swasta dan juga bidang perniagaan.
‘‘Dakwaan Ramasamy bahawa sektor awam didominasi Melayu tidak tepat kerana permohonan jawatan dibuka kepada semua kaum dan sekiranya kaum bukan Melayu tidak berminat memohon, tiada siapa yang boleh dipersalahkan,’’ katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Abdullah berkata, dakwaan Ramasamy itu merupakan satu cara Kerajaan Pulau Pinang mentadbir negeri iaitu dengan memainkan isu-isu yang tidak mempunyai kebenarannya.
‘‘Mereka berani mengeluarkan kata-kata rambang tetapi berdalih apabila diminta mengemukakan bukti atas dakwaan mereka,” katanya.

NG0 SAMBUT BAIK PELAN TINDAKAN NEGARA 2008-2010

Utusan Malaysia
22/11/2008



KUALA LUMPUR 21 Nov. - Pelan Tindakan Negara 2008-2010 mengenai pengangguran yang dilancarkan kerajaan merupakan persediaan awal bagi menghadapi masalah tersebut pada masa depan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pelan itu sudah pasti akan menjadi wadah penting dalam membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan.
''Warga asing yang datang ke negara ini dengan tujuan mencari pekerjaan akan mendapatkannya melalui ejen masing-masing.
''Tetapi rakyat negara ini tidak mempunyai apa-apa ejen khas untuk menjamin dan mendapatkan pekerjaan mereka. Maka Pelan Tindakan Negara 2008-2010 adalah satu langkah yang wajar pada masa kini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Pelan Tindakan Negara 2008-2010 yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi membantu kerajaan memberi tumpuan mengatasi masalah pengangguran.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, kerajaan sepatutnya memperkenalkan pelan itu lebih awal untuk mengatasi masalah pengangguran negara ini.
''Jangan lakukan sesuatu selepas sesuatu hal sudah berlaku kerana negara mungkin akan menghadapi masalah akibat ketidaktentuan ekonomi global. Maka kita tidak boleh pandang ringan keadaan ini dan masalah pengangguran.
''Saya berharap kerajaan tidak akan tinggalkan pelan itu dalam kertas semata-mata malah harus melaksanakannya untuk memberi manfaat kepada rakyat dan negara,'' ujar beliau.
Dalam pada itu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim berkata, pada dasarnya negara terpaksa mencari pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah pengangguran ekoran ekonomi global yang kini berada dalam keadaan kompleks.
''Negara kita sudah pasti akan menerima impak dalam hal ini, maka pendekatan kerajaan dalam mengurangkan pendatang asing adalah satu langkah yang wajar dilaksanakan,'' katanya.

21 November 2008

GURU MELAYU SETUJU CUEPACS BOIKOT PTK

Utusan Malaysia
20/11/2008

KUANTAN 20 Nov. - Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB) menyokong tindakan yang bakal diambil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk memboikot Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) jika ia tidak dimansuhkan tahun depan.
Presiden KGGMB, Sabri Mohd. Arsad berkata, pemansuhan PTK itu wajar difikirkan kerana ia banyak memberi tekanan dan mengetepikan jasa guru yang rata-ratanya telah berkhidmat lama dalam bidang pendidikan.
Katanya, pelaksanaan PTK dilihat tidak adil dan tidak relevan lagi terutamanya kepada golongan guru berusia kerana tidak dapat memberi tumpuan dalam peperiksaan sekali gus boleh menjejaskan kualiti kerja masing-masing.
''Mereka yang berusia turut mendapat pengiktirafan cemerlang apabila menunjukkan prestasi yang baik dalam tugas sebelum ini, tetapi dengan adanya PTK, ia telah membantutkan peluang tertentu dalam perkhidmatan.
''Sebaliknya, penjawat awam di kalangan orang muda yang hanya menunjukkan prestasi cemerlang menerusi keputusan Aras 4 dalam kedua kertas peperiksaan berkenaan terus diberi anjakan gaji," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, guru muda misalnya mempunyai daya berfikir dan ingatan yang baik, tetapi tidak aktif di luar tugas dalam memberikan sumbangan kepada pelajar.
''Natijahnya, guru-guru muda ini memperoleh tangga gaji lebih tinggi yang mungkin sama dengan gaji dengan golongan senior dan penjawat awam yang berusia," katanya.
Katanya, KGGMB amat mengalu-alukan tindakan CUEPACS yang mendakwa akan memboikot peperiksaan PTK jika ia tidak dimansuhkan tahun depan.

20 November 2008

TIDAK PERLU ANUGERAH CEMERLANG JIKA PRESTASI KAKITANGAN AWAM MEROSOT

Bernama
By:
Ramjit
20/11/2008



KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Anugerah Khidmat Cemerlang tidak perlu lagi diadakan di mana-mana agensi dan jabatan kerajaan jika benar kualiti perkhidmatan penjawat awam kini semakin merosot, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.Beliau berkata anugerah yang diadakan setiap tahun itu menunjukkan kakitangan awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sehingga melayakkan mereka menerima anugerah."Setiap jabatan menghantar laporan kepada kerajaan. Kita lihat laporan prestasi adalah baik dan cemerlang. Tetapi kalau benar-benar merosot, tidak perlu adakan anugerah khidmat cemerlang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.Semalam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata kualiti perkhidmatan awam kian merosot kerana Biro Pengaduan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam menerima 6,059 aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan awam, sehingga September lepas.Pada tahun lepas biro itu menerima 5,347 aduan, tahun 2006 (3,397 aduan), manakala 2,707 aduan dilapor pada tahun 2005 dan ia dijangka terus meningkat menjelang akhir tahun ini.Antara aduan yang sering dikemuka ialah kelewatan, tiada tindakan oleh pegawai, keputusan yang dianggap tidak adil, perkhidmatan tidak berkualiti, salah guna kuasa, penyelewengan, salah laku dan kegagalan penguatkuasaan.Omar berkata beliau juga mahukan laporan terperinci mengenai aduan itu sama ada ia mewakili semua jabatan dan agensi kerajaan atau melibatkan kumpulan tertentu sahaja dalam perkhidmatan awam."Kalau betul merosot, kena lapor secara terperinci. Ini perlu dimaklumkan juga kepada pekerja supaya mereka boleh memperbaiki diri," katanya.Sehubungan itu Omar meminta jabatan kerajaan menganjurkan seminar, perjumpaan bulanan dan mengarahkan pekerja patuh kepada akur janji yang dibuat semasa mula berkhidmat.Beliau berkata kakitangan awam harus membuat perubahan untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan sebarang kesulitan atau aduan perlu diselesaikan secepat mungkin.-- BERNAMA

CUEPACS DESAK ROMBAK DASAR

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
20/11/2008




Usaha berikan sokongan moral kepada kakitangan kerajaan: Omar KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendesak kerajaan merombak semula beberapa dasar perkhidmatan awam, termasuk mengkaji semula sistem penawaran kerja secara kontrak dalam usaha memberi sokongan moral kepada kakitangan kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti kerja mereka. Presidennya, Omar Osman, berkata pihak kesatuan memohon supaya hampir 50,000 kakitangan awam yang kini berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan serta agensi kerajaan diberi status jawatan tetap. Katanya, rata-rata kakitangan berkenaan berkhidmat melebihi 15 tahun dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) wajar mengkaji balik perkara itu seterusnya menyerap mereka ke jawatan tetap.
"Hari ini kita bercakap soal integriti... soal sokongan moral kepada kakitangan awam... mengapa tidak kita serapkan kakitangan kontrak ini kepada jawatan tetap. Apabila keadaan ini berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian, itu yang menyebabkan mereka kecewa. "Ini juga sedikit sebanyak menjejaskan mutu perkhidmatan awam kerana apabila kontrak mereka tamat dan diganti dengan orang lain... pihak berkenaan pula tidak memahami apakah kerja yang belum diselesaikan sebelum ini... perlu bermula dari awal... ini akan mengambil masa yang panjang," katanya, semalam. Omar berkata demikian ketika ditanya mengenai mutu perkhidmatan penjawat awam di negara ini menjadi tanda tanya apabila Biro Pengaduan Awam dan JPA terus menerima banyak aduan orang ramai mengenai hasil kerja mereka.
Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata paling membimbangkan jumlah aduan itu terus meningkat hampir tiga kali ganda sejak 2005. "Begitu juga dengan isu peperiksaan PTK... kita hanya minta kerajaan memansuhkannya bukan bertindak mengugut kerajaan... ini semua antara luahan kakitangan awam... ini kadang-kala menyebabkan mereka kecewa," katanya. Omar juga berkata, jika benar kualiti perkhidmatan penjawat awam kini semakin merosot, anugerah khidmat cemerlang tidak perlu lagi diadakan kerana anugerah yang diadakan setiap tahun itu menunjukkan kakitangan awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

CUEPACS DIBIDAS BOIKOT PEPERIKSAAN PTK

Utusan Malaysia
20/11/2008

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Kementerian Sumber Manusia membidas Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kerana mencadangkan ahli-ahlinya supaya memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, cadangan itu tidak wajar dikemukakan kerana ia menyekat peluang untuk kakitangan awam mendapat kenaikan pangkat.
''CUEPACS tidak boleh menasihati ahli-ahlinya memboikot peperiksaan PTK sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan mengenainya malah tindakan tersebut dikhuatiri menjejaskan masa depan kakitangan awam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat dengan wakil Majlis Peguam, majikan dan kesatuan sekerja di sini hari ini.
Presiden CUEPACS, Omar Osman baru-baru ini berkata, pihaknya akan memboikot peperiksaan PTK jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih meneruskan peperiksaan itu pada tahun hadapan.
Menurut Omar, proses kenaikan pangkat kakitangan awam yang dinilai mengikut prestasi dan temu duga secara lisan oleh ketua jabatan lebih berkesan berbanding kaedah peperiksaan yang digunakan sekarang.
Subramaniam menjelaskan, CUEPACS boleh terus menyuarakan pandangan mereka terhadap peperiksaan PTK dan pada masa yang sama kerajaan akan mendengar serta mempertimbangkan cadangan yang baik.
Beliau berkata, selama ini kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada pandangan yang diutarakan oleh CUEPACS dalam usaha kongres itu membela nasib ahli-ahlinya.
''Ia terbukti apabila golongan kakitangan awam menerima kenaikan gaji sebanyak 40 peratus pada tahun lalu hasil tuntutan yang dikemukakan oleh CUEPACS," katanya.
''Peratusan kenaikan gaji itu juga disifatkan sebagai tertinggi dalam sejarah untuk kumpulan kakitangan awam tertentu di negara ini," katanya.
Mengenai mesyuarat hari ini, beliau berkata, ia bertujuan membincangkan pencapaian kerajaan dalam menyelesaikan isu- isu berkaitan perusahaan seperti penamatan kerja dan pertikaian.
''Kementerian melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan telah berjaya menyelesaikan lebih 3,225 kes perusahaan pada tahun ini,'' katanya.

CUEPACS: WHY THEN REWARD FAILURE?

NST
20/11/2008


KUALA LUMPUR: There is no need for government departments and agencies to present excellent service award if the quality of service among civil servants is dropping, said Cuepacs president Omar Osman.
He said the annual awards was to recognise civil servants who excelled. "Each department sends a performance report to the government. "We have seen that civil servants have been performing well. "But if it is true that the performance has been unsatisfactory, there is no need to give the excellent service awards."
Public Service director-general Tan Sri Ismail Adam was reported as saying that the quality of service among civil servants had been dropping, judging from the number of complaints received by the Public Complaints Bureau. The bureau received 6,059 complaints between January and September, 5,437 last year, 3,397 in 2006 and 2,707 in 2005. The complaints included delays, inaction, decisions which were deemed unfair, lack of service quality, abuse of power, misconduct and failure of enforcement.

19 November 2008

CUEPACS TIDAK GANJAK PENDIRIAN BOIKOT PTK

Berita Harian
19/11/2008


KUALA LUMPUR: Cuepacs yang tetap dengan pendiriannya untuk memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kini meminta kerajaan mengecualikannya kepada kakitangan awam yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun. Presidennya, Omar Osman, berkata tindakan memboikot PTK bukan keputusan individu tetapi diputuskan Majlis Kongres Cuepacs yang diwakili 120 gabungan di bawahnya, minggu lalu. Beliau mendakwa, selain kumpulan sokongan, pengurusan tertinggi, ketua jabatan dan ketua bahagian juga menulis surat kepada kesatuan menyatakan masalah mereka berhubung PTK.
“Kita bukan mengugut kerajaan tetapi menyampaikan rintihan pekerja. Mengapa perlu kenaikan pangkat dinilai melalui PTK. Itu sebab Cuepacs mahu ia dimansuhkan. “Sebagai contoh, seseorang kakitangan awam itu bekerja hampir 30 tahun dan ini tidak bermakna dia tidak cekap bekerja apabila gagal dalam PTK. “Kesatuan juga mendapat tahu mereka yang sudah lulus PTK masih belum mendapat kenaikan pangkat,” katanya, semalam.

18 November 2008

CUEPACS MULA KEMPEN BERGERAK BULAN DEPAN BAGI JELAS ISU PTK

Bernama
By: Ramjit-->


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan kempen bergerak di seluruh negara mulai bulan depan bagi menjelaskan kepada kakitangan awam mengenai rasional di sebalik rancangan memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).Presidennya Omar Osman berkata peperiksaan PTK yang tidak popular itu menjadi bahan perbalahan di kalangan kakitangan awam sejak ia diperkenalkan kerana peperiksaan itu tidak mencapai objektifnya.Semalam, beliau mengumumkan tindakan CUEPACS memboikot peperiksaan PTK jika ia tidak dimansuhkan tahun depan kerana tidak berpuas hati dengan respon dingin oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap isu itu.Peperiksaan PTK itu wajib diduduki oleh kakitangan awam yang ingin dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.Bagaimanapun, Omar berkata amalan itu tidak menjamin calon yang lulus peperiksaan PTK dinaikan pangkat kerana ia bergantung kepada kekosongan jawatan.Kajian rambang Bernama telah mengesahkan dakwaan Omar bahawa tidak ada kepastian calon yang lulus peperiksaan PTK akan dinaikkan pangkat.Seorang pegawai kerajaan, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata beliau telah lulus peperiksaan PTK dua tahun lepas dan masih menunggu peluang untuk dinaikkan pangkat."Hakikatnya, paling mengecewakan pegawai bawahan saya telah dinaikkan pangkat dan kini menikmati skim gred gaji yang tinggi manakala tanggungjawab dan bebanan kerja saya semakin berat," katanya.Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan (NUTP), sebagai ahli terbesar dalam CUEPACS, berkata rancangan CUEPACS untuk memboikot peperiksaan PTK sepatutnya sebagai langkah terakhir.Walaupun bersetuju bahawa PTK tidak mencapai objektif yang diinginkan, setiausaha agungnya Lok Yim Pheng berkata kaedah pilihan perlu dicadangkan terlebih dahulu sebelum rancangan memboikot digalakkan.Katanya NUTP akan mengadakan sesi sumbang saran secepat mungkin untuk mencari alternatif baru.Dalam pada itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Bernama (KPPB) menyokong tuntutan CUEPACS agar PTK dimansuhkan."CUEPACS melakukan tindakan yang betul bagi menjaga kepentingan kakitangan kerajaan. Kami berpendapat kerajaan perlu duduk dengan wakil-wakil kakitangan awam untuk mencari penyelesaian yang sesuai dalam isu ini," kata Yang Dipertua KPPB, Minggu Simon Lhasa, di sini.Dalam kenyataannya, beliau berkata terdapat banyak kelemahan dalam pelaksanaan peperiksaan PTK serta menjejaskan moral pekerja awam dalam kumpulan rendah.Katanya rancangan memansuhkan peperiksaan PTK dapat menjimatkan wang kerajaan kerana setiap tahun berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk tujuan kursus, mengadakan peperiksaan dan mengupah konsultan luar, katanya.-- BERNAMA

CUEPACS, JPA PERLU CARI PENYELESAIAN ISU PEPERIKSAAN PTK

Berita Harian
18/11/2008

KETIKA Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengancam memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), kerajaan pula tetap bertegas tidak akan memansuhkan peperiksaan yang diperkenalkan kepada kakitangan awam sejak 2002 itu. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, menegaskan kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan Cuepacs untuk memansuhkan sepenuhnya PTK dan mahu kepemimpinan tertinggi kesatuan berkenaan berhenti membuat sebarang ugutan. Presiden Cuepacs, Omar Osman yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam baru-baru ini memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan sistem itu atau tidak. PTK ialah komponen Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang antara lain bertujuan menilai prestasi kerja kakitangan awam, termasuk menentukan kewajaran kenaikan pangkat, diperkenalkan pada 1 November 2002. Oleh kerana kedua-dua pihak bertegas dengan pendirian masing-masing, adalah lebih elok Cuepacs dan JPA terus berunding bagi merungkai segala permasalahan. Dalam rundingan itu nanti, Cuepacs boleh menyuarakan mengapa PTK tidak perlu dengan memberi butiran terperinci atau bahagian mana dalam PTK yang dikatakan tidak sesuai, manakala JPA pula hendaklah memberi sebab dan alasan lebih lanjut mengapa PTK tidak boleh dimansuhkan. Kita berpendapat tindakan untuk memulaukan PTK tahun depan kurang bijak, kecualilah segala saluran untuk merungkai masalah itu menemui jalan buntu, tetapi Ismail kelmarin menegaskan kerajaan sentiasa sedia membuka pintu rundingan bagi sebarang usaha memperbaiki sistem peperiksaan itu. Sebenarnya, Cuepacs sebelum ini sudah beberapa kali membangkitkan perkara berkenaan dan pihak JPA juga sudah melakukan beberapa penambahbaikan demi kebaikan anggota sektor awam. Pihak JPA menyatakan PTK adalah satu daripada mekanisme yang penting dalam menentukan kemampuan pegawai perkhidmatan awam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sempurna serta menilai prestasi kerja seseorang kakitangan awam. Mungkin apa yang tidak disukai pihak kesatuan ialah berkaitan kandungan peperiksaan itu sendiri dan JPA mungkin perlu mengubahsuainya mengikut keperluan kerjaya seseorang kakitangan awam. Cuepacs mendakwa PTK wajar dimansuh kerana soalan disediakan tidak menjurus kepada kerja dilakukan kakitangan sehingga menyebabkan ramai gagal selain tiada jaminan kenaikan gaji dan pangkat walaupun selepas lulus PTK. Jika pekerjaan seseorang itu ialah juruteknik, soalan khusus sepatutnya hanya mengenai pekerjaan itu. Berdasarkan hakikat itu, keseluruhan PTK perlu dirombak untuk diubahsuai berdasarkan keperluan kerjaya seseorang kakitangan awam, yang sepatutnya tidak dibebankan dengan terpaksa membaca pekeliling tertentu semata-mata untuk lulus PTK atau mungkin ada sistem penilaian baru yang lebih komprehensif serta tidak membebankan kakitangan untuk menggantikan PTK. Semua ini perlu dibincang lanjut antara Cuepacs dan JPA.

CUEPACS KESAL DITUDUH MENGUGUT

Berita Harian
18/11/2008


SINTOK: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kesal kerana dituduh mengugut berhubung isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan kerajaan. Presiden Ceupacs, Omar Osman, berkata Cuepacs tidak berniat mengugut apabila berkata ia akan memboikot PTK jika peperiksaan itu diteruskan juga tahun depan. “Apa yang disuarakan di Kota Kinabalu itu adalah keputusan kongres yang diluahkan oleh pegawai gred 17 hingga 44,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dilaporkan sebagai berkata kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan Cuepacs untuk memansuhkan sepenuhnya PTK dan mahu kepemimpinan tertinggi kesatuan itu berhenti membuat sebarang ugutan. Kesatuan Kakitangan Universiti Utara Malaysia (KESKA UUM) hari ini turut menyokong tindakan yang bakal diambil oleh Cuepacs. “Kenyataan presiden Cuepacs itu bukan ugutan tetapi merupakan suara hati kira-kira 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.
“Keputusan itu dicapai selepas perbahasan hangat selain Ceupacs sendiri telah mempejuangkan selama lima tahun supaya PTK digantikan dengan mekanisma penilaian kakitangan yang lain,” kata Setiausaha Kehormat KESKA UUM, Samsudin Oli Mohamed. - Bernama

BOIKOT PTK JEJAS PELUANG NAIK PANGKAT

Berita Harian
18/11/2008


KUALA LUMPUR: Peluang kenaikan pangkat dan masa depan kakitangan sektor awam akan terjejas sekiranya Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan kerajaan meneruskan hasratnya untuk memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Berikutan itu, Cuepacs digesa memikirkan semula keputusan awalnya itu sebelum memboikot peperiksaan berkenaan sekiranya kerajaan tidak memansuhkannya, tahun depan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata walaupun Cuepacs berhak untuk memberi pandangan dan cadangan mengenai perkara membabitkan kepentingan ahlinya, kesatuan juga perlu menitikberatkan masa depan kakitangan sektor awam.
“Cuepacs tidak seharusnya mengancam mahu memboikot PTK sekiranya ia tidak dimansuhkan pada tahun depan... ini akan hanya menjejaskan masa depan ahlinya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), wakil kesatuan dan beberapa agensi kerajaan berkaitan pekerja di sini, semalam. Sabtu lalu, Cuepacs mengancam untuk memboikot PTK jika kerajaan tidak memansuhkannya mulai tahun depan kerana mendakwa peperiksaan itu banyak memberi tekanan kepada anggota sektor awam. Presidennya, Omar Osman memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan sistem itu atau tidak.
Dalam reaksinya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata kerajaan tidak akan memansuhkan peperiksaan itu dan meminta Cuepacs berhenti mengugut kerajaan berhubung isu PTK. Subramaniam berkata, Cuepacs harus terus mengadakan perbincangan dengan JPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berhubung isu PTK dan bukannya menasihatkan ahlinya supaya jangan menduduki peperiksaan itu. “Teruskan perbincangan untuk mendapatkan jalan penyelesaian berhubung isu yang dibangkitkan,” katanya.

PEMANTAUAN HARGA BARANG DIPERKETAT BENDUNG KENAIKAN

Utusan Malaysia
18/11/2008


KOTA KINABALU 17 Nov. - Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah akan melakukan pemantauan lebih ketat di premis perniagaan di negeri ini bagi memastikan peniaga tidak terus menaikkan harga barang.
Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, ini kerana terdapat para peniaga yang masih mengambil kesempatan menaikkan harga barang meskipun harga minyak sudah beberapa kali diturunkan oleh kerajaan.
"Kita akan mempergiatkan pemeriksaan supaya tanda harga dipasang bagi membantu pengguna membuat pilihan. Kita juga akan pastikan semua alat sukat yang digunakan mematuhi peraturan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab semasa membahaskan usul belanjawan 2009 Negeri Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke-13 di sini hari ini.
Azizah menjawab soalan lisan Datuk Liew Tech Chan (Bebas-Likas) yang menanyakan langkah pihak kementerian untuk membendung masalah kenaikan harga barang di Sabah.
Jumaat lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bercadang mengadakan perhimpunan pada bulan depan di ibu negara, bagi memboikot peniaga yang masih enggan menurunkan harga barang.
Pada masa yang sama, Azizah, berkata, usaha mendidik pengguna akan diteruskan dan sasaran utama ialah pelajar sekolah, penuntut institut pengajian tinggi dan orang ramai.
Beliau memberitahu, sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini, beberapa barang naik antaranya barang basah, buah-buahan tempatan dan import, makanan laut, sayuran, telur dan 16 barang kering.
Bagi barang basah seperti ayam bersih super, katanya, meningkat 12.5 peratus manakala dada ayam (14.46 peratus) dan daging kerbau (20 peratus).
Selain itu, enam jenis buah-buahan tempatan, katanya, purata kenaikan ialah 35 peratus, makanan laut (13 peratus), 20 jenis sayuran (11 peratus) dan telur (1.56 peratus).
"Barang-barang kering pula yang terbahagi kepada 16 jenis iaitu bawang, cili kering, ikan bilis dan lain-lain, ia sudah meningkat sehingga 27 peratus," ujarnya.
Azizah berkata, pada masa yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri juga mempunyai kuasa yang terhad dalam mengawal kenaikan harga barang.
Beliau berkata, dalam mengatasi masalah kenaikan harga barang yang disebabkan kos pengangkutan, kerajaan memperkenalkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
"Di bawah sistem ini sebanyak 20 kenderaan layak mendapat SKDS dengan harga RM1.43 sen seliter. Di Sabah, permohonan SKDS hanya mendapat sambutan selepas kerajaan menaikkan harga diesel pada 4 Jun lalu," katanya.

PM BIDAS PENIAGA ENGGAN TURUNKAN HARGA BARANG

Utusan Malaysia
Daripada Zaini Hassan
18/11/2008


TASHKHENT (Uzbekistan) 17 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas sikap peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak empat kali.
“Saya tidak suka dengar bila harga barang tidak mahu turun walaupun minyak sudah empat kali turun (tidak termasuk penurunan yang berkuat kuasa esok), seolah-olah mereka nak cari untung besar,” tegas Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Uzbekistan mengulas langkah kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak lima kali sejak Ogos lalu termasuk penurunan 15 sen, berkuat kuasa esok.
Dalam pada itu, Abdullah berkata, langkah beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mahu memboikot peniaga yang menjual barang dengan harga mahal walaupun harga minyak telah turun adalah wajar.
“Persatuan pengguna memainkan peranan besar. Jangan asyik marah kerajaan bila harga minyak naik tapi bila turun haruslah bantu kerajaan turunkan harga barang juga,” katanya.
Beliau mahu NGO berkaitan pengguna memainkan peranan lebih aktif berbincang dengan wakil-wakil peniaga untuk menurunkan harga barang.
Sabtu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan memboikot para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan beberapa kali.
Perhimpunan itu akan diadakan di ibu negara pada Disember ini dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Mengulas lanjut pengumuman penurunan harga minyak hari ini, Abdullah berkata, langkah itu membuktikan kerajaan patuh kepada janjinya untuk berbuat demikian apabila harga minyak di pasaran turun.
“Kerajaan sudah berjanji kepada rakyat apabila harga minyak di pasaran turun kita akan turunkan harga dan kita akan terus pantau harga minyak ini,” jelasnya.
– Utusan

BOIKOT PENIAGA BUKAN LANGKAH BERKESAN

Utusan Malaysia
18/11/2008

Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk menganjurkan perhimpunan bagi memboikot peniaga yang liat atau masih berdegil tidak menurunkan harga barangan bukanlah satu tindakan yang berkesan.
Meskipun pakatan ini mempunyai kekuatan keahlian hampir empat juta orang seperti yang dilaporkan oleh media, tetapi ia bukanlah satu jaminan yang boleh dijadikan kayu pengukur.
Jika sebelum ini terdapat pelbagai aktiviti boikot, mogok serta perhimpunan dianjurkan oleh mereka, persoalannya apakah ia membuahkan hasil seperti yang dihajatkan. Apakah ia satu tindakan yang betul dan tepat.
Sekiranya diteliti rantaian perniagaan sama ada yang berniaga runcit dan pasar raya besar, apakah wajar pembekal terakhir dihukum? Dari pengilang atau pembuat pihak yang pertama menerima barangan siap ialah pengedaran yang sah atau pengimport mahupun pengeksport. Selepas itu barangan tersebut akan berpindah ke gudang milik pemborong utama dan beralih lagi kepada pemborong atau pembekal kawasan akhirnya barulah sampai kepada peniaga runcit di kawasan taman mahupun kampung kita.
Jika disiasat daripada peruncit ikan bilis ini, mereka akan mendakwa pemborong atau pembekal yang akan menaikkan harga barang. Apakah ini benar atau alasan untuk melepaskan diri. Hal ini perlu kita berikan perhatian.
Hal yang sama juga berlaku kepada hasil barangan pertanian yang diusahakan oleh pekebun kecil atau petani di negara ini. Harga di kebun bagi sebiji kelapa mungkin tidak melebihi lima puluh sen sebiji, akan tetapi kini sebiji kelapa parut mencecah harga RM1.50 sen sebiji. Siapa yang harus kita boikot?
Saranan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) supaya kita mengenal pasti tahap mana dan apa puncanya harga barangan tidak boleh diturunkan satu langkah yang lebih bijak daripada memboikot. Setelah diteliti punca dan sebabnya barulah kita boleh mengubati penyakit.
Seperkara yang menarik, dalam Kempen Pengguna Kebangsaan ialah menganjurkan perhimpunan yang bertujuan mendesak serta memberikan kesedaran kepada para perniaga supaya akur dengan saranan kerajaan untuk menurunkan harga barang adalah tidak munasabah.
Adalah lebih baik, jika empat juta ahli gabungan penganjur ini bertindak melakukan tinjauan harga di pasaran serta membuat perbandingan di kawasan mereka terlebih dahulu dan melancarkan boikot pada peniaga yang menjual harga barangan yang mahal.
Satu lagi persoalan yang harus kita fikirkan bersama, sejauh mana kita secara individu mampu memilih serta memanjat setiap kedai dan pasar raya untuk memastikan kita benar-benar mendapat harga yang murah atau murah mengikut pandangan kita sendiri. Apakah kita hanya mendengar cerita mulut dari orang lain bahawa sesebuah kedai itu murah maka kita berduyun-duyun ke sana.
Oleh demikian, Persatuan Pengguna- Pengguna Prihatin Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencadangkan agar setiap dari kita melakukan tinjauan di kedai atau pasar yang berdekatan dengan kita dan bandingkan dengan rakan-rakan di tempat kerja, apakah peniaga mengikut harga siling atau yang mana lebih murah. Ia adalah tindakan segera yang lebih efektif jika dibandingkan dengan berhimpun dan memboikat tanpa usul periksa.
Selain itu, kempen pendidikan secara berkumpulan dan edaran bahan risalah yang memuatkan maklumat tentang harga barangan lebih efektif dari segi kos dan keberkesanannya.
Walaupun, kesedaran dan tindak mula individu itu lebih penting daripada menghimpun berjuta-juta orang bercakap dengan penuh semangat serta berkobar-kobar dan selepas dari itu semua orang pulang tanpa sebarang tindakan mula. Kos penganjuran juga harus difikirkan dalam keadaan yang tidak menentu ini.

MOHAMAD ASRI SHAFII
Persatuan Pengguna-Pengguna Prihatin Selangor,WP Kuala Lumpur dan Putrajaya

KESATUAN ANGGAP PTK MEMBAZIR, TIADA FAEDAH

Sinar
18/11/2008


KUALA LUMPUR - Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia menyokong penuh langkah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tahun depan. Presidennya Hamzah Masri berkata sebagai anggota gabungan Cuepacs, kesatuan itu sudah membincangkan perkara berkenaan dan menyampaikan maklum balas daripada anggota pada persidangan Cuepacs kebangsaan untuk menyatakan pendirian mereka. “Kami berpendapat PTK tidak memberi faedah dan mengakibatkan banyak pembaziran semasa melaksanakannya. Malah kebanyakan pegawai yang sudah lulus peperiksaan sekalipun sukar naik pangkat. “Mereka (yang sudah lulus peperiksaan PTK) masih tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat. Ada kalanya tarikh peperiksaan yang berubah-ubah juga mengganggu persediaan mereka yang mahu mengambil peperiksaan,” katanya kepada Bernama di sini semalam. Hamzah berkata cadangan untuk sistem penilaian yang lebih baik juga sudah dikemukakan oleh Cuepacs kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan meminta jabatan itu mengemukakan jawapan hingga 31 Disember depan. Semalam Presiden Cuepacs Omar Osman dipetik sebagai berkata Cuepacs akan memboikot PTK jika ia tidak dimansuhkan tahun depan dan mahu proses kenaikan pangkat dinilai mengikut prestasi kerja dan temu duga secara lisan oleh ketua jabatan. Katanya, kaedah itu lebih adil berbanding peperiksaan PTK yang diamalkan sekarang kerana ia memberi tekanan kepada kakitangan awam.

TIMUR: KESATUAN GURU SOKONG SYOR CUEPACS BOIKOT PTK

Berita Harian
Oleh Amir Hamzah Nordin
bhnews@bharian.com.my
18/11/2008


Peperiksaan beri tekanan kepada kakitangan awam berusiaRAUB: Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB) bersetuju tindakan yang bakal diambil oleh Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk memboikot Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) jika ia tidak dimansuhkan tahun hadapan. Presidennya, Sabri Mohd Arsad, berkata PTK memang memberi tekanan kepada kakitangan awam terutama kepada golongan yang berusia dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang tugas masing-masing.
"Malah kakitangan awam ini (yang berusia) turut mendapat pengiktirafan cemerlang dalam tugas sebelum ini serta turut menunjukkan prestasi yang baik dan sentiasa berada di tahap tinggi. "Berbanding golongan muda yang hanya menunjukkan prestasi cemerlang di atas kertas peperiksaan dan selepas mendapat keputusan Aras 4 kedua-dua kertas maka mereka mendapat anjakan gaji," katanya. Katanya, cara itu tidak adil bagi golongan veteran yang mengakui tidak dapat memberi tumpuan dalam peperiksaan seterusnya menjejaskan mutu kerja masing-masing.
"Sebaliknya, golongan guru muda yang masih segar minda dan tidak melakukan banyak perkara di luar kelas dapat memberi tumpuan kepada peperiksaan untuk memperolehi keputusan cemerlang. "Keputusan itu membolehkan mereka mendapat tangga gaji yang lebih tinggi dan mungkin dapat merapatkan jurang gaji dengan golongan senior," katanya kepada Berita Harian. Sabri berpendapat PTK harus dimansuhkan bagi menjaga kekananan seseorang pegawai itu untuk terus bertugas dengan cemerlang dan berkualiti," katanya. Sementara itu, katanya tempoh perkhidmatan seseorang guru lulusan lepasan diploma pada gred DGA29, DGA32 dan DGA34 dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah turut dijaga kebajikan mereka.
"Ada guru lepasan diploma mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan sebelum menyahut seruan kerajaan melanjutkan pelajaran menjadi mangsa keadaan. "Mereka bukan sahaja menerima gaji yang rendah berbanding rakan seangkatan yang tidak melanjutkan pelajaran, malah terus ketinggalan dalam tawaran kenaikan pangkat dalam perkhidmatan," katanya. Menurutnya, guru lepasan diploma yang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah menjadi golongan guru muda di gred DG41 dan terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapat gred DG44, dan sesetengahnya tidak sempat menerima tawaran kerana bersara. "Sebaliknya, guru yang tidak melanjutkan pelajaran terus mendapat pembelaan dari segi perjawatan dan menikmati gaji yang lebih tinggi," katanya. Sehubungan itu, Sabri mencadangkan semua guru yang melebihi 10 tahun perkhidmatan sebelum memiliki ijazah dinaikkan gred DG44 secara otomatik selepas disahkan dalam jawatan bagi mengelak berlaku perasaan tidak puas hati. "Jika ini tidak dilaksanakan, ia akan menjejaskan hasrat kementerian melahirkan lebih ramai guru sekolah rendah berijazah," katanya.

17 November 2008

CUEPACS' BOYCOTT THREAT SLAMMED

NST
17/11/2008

KUANTAN: Cuepacs' threat to boycott the efficiency level assessment (PTK) examination is improper as it can affect the promotional process of civil servants, said Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam.
He said it should, instead, continue talks with the Public Service Department and Public Services Commission while waiting for the government to make a decision."Cuepacs has provided its views on the matter ... it will have to wait for the government to decide," Subramaniam, who is also MIC secretary-general, said at a MIC rebranding seminar here yesterday.A local daily reported yesterday that the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service wanted to boycott the PTK if it was not abolished next year because it puts a lot of pressure on civil servants.Its president, Omar Osman, was reported to have given the PSD until Dec 31 to decide whether to continue with the system or scrap it.
He wanted the promotion process to be done by evaluating the work performance of civil servants and through interviews by heads of department.Bernama reports that the Peninsular Malaysia Road Transport Officers Union has pledged its full support for Cuepacs' call to boycott the PTK next year.It quoted union president Hamzah Masri as saying: "The PTK process results in a lot of wastage and even officers who pass have difficulty gaining promotion."

PTK MEMBAZIR DAN TIADA FAEDAH, KATA KESATUAN

Bernama
By: Ramjit-->
17/11/2008

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia menyokong penuh langkah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tahun depan.Presidennya Hamzah Masri berkata sebagai anggota gabungan Cuepacs, kesatuan itu sudah membincangkan perkara berkenaan dan menyampaikan maklum balas daripada anggota pada persidangan Cuepacs kebangsaan untuk menyatakan pendirian mereka."Kami berpendapat PTK tidak memberi faedah dan mengakibatkan banyak pembaziran semasa melaksanakannya. Malah kebanyakan pegawai yang sudah lulus peperiksaan sekalipun sukar naik pangkat."Mereka (yang sudah lulus peperiksaan PTK) masih tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat. Ada kalanya tarikh peperiksaan yang berubah-ubah juga mengganggu persediaan mereka yang mahu mengambil peperiksaan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.Hamzah berkata cadangan untuk sistem penilaian yang lebih baik juga sudah dikemukakan oleh Cuepacs kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan meminta jabatan itu mengemukakan jawapan hingga 31 Dis depan.Semalam presiden Cuepacs Omar Osman dipetik sebagai berkata Cuepacs akan memboikot PTK jika ia tidak dimansuhkan tahun depan dan mahu proses kenaikan pangkat dinilai mengikut prestasi kerja dan temuduga secara lisan oleh ketua jabatan.Katanya, kaedah itu lebih adil berbanding peperiksaan PTK yang diamalkan sekarang kerana ia memberi tekanan kepada kakitangan awam.-- BERNAMA Sila Klik Disini Sedutan TV

PTK TETAP DITERUSKAN

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
17/11/2008



Kerajaan mahu Cuepacs berhenti buat ugutanKUALA LUMPUR: Kerajaan bertegas tidak akan memansuhkan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang diperkenalkan kepada kakitangan awam sejak 2002, walaupun Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengancam memboikotnya jika ia terus dilaksanakan tahun depan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, menegaskan kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan Cuepacs untuk memansuhkan sepenuhnya PTK dan mahu kepemimpinan tertinggi kesatuan berkenaan berhenti membuat sebarang ugutan.
Katanya, tindakan Cuepacs yang mahu supaya semua kakitangan awam memboikot PTK jika ia tidak dimansuhkan mulai tahun depan adalah langkah yang tidak bijak kerana kerajaan sentiasa sedia membuka pintu rundingan bagi sebarang usaha memperbaiki sistem peperiksaan itu. "Keputusan Cuepacs berhubung PTK adalah langkah kurang bijak kerana kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa mahu menambah baik peperiksaan itu. Cuepacs sebelum ini beberapa kali sudah membangkitkan perkara ini dan kita juga sudah melakukan beberapa penambahbaikan. "Kita lakukan semua ini demi kebaikan anggota sektor awam. Kini sekali lagi mereka (Cuepacs) membangkitkan perkara yang sama dan ia sebenarnya bukan satu keputusan yang bijak," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
Kelmarin, Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam mengancam untuk memboikot PTK jika kerajaan tidak memansuhkannya mulai tahun depan kerana mendakwa peperiksaan itu banyak memberi tekanan kepada anggota perkhidmatan awam. Presidennya, Omar Osman dilaporkan sebagai berkata, Cuepacs memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan sistem itu atau tidak. Dalam pada itu, laman web JPA berkata, PTK adalah satu daripada mekanisme yang penting dalam menentukan kemampuan pegawai perkhidmatan awam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sempurna. PTK yang antara lain bertujuan menilai prestasi kerja kakitangan awam termasuk menentukan kewajaran kenaikan pangkat, diperkenalkan pada 1 November 2002 menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.
Ismail berkata, peperiksaan berkenaan tidak boleh dimansuhkan dengan sewenang-wenangnya kerana ia adalah elemen utama yang diperkenalkan bagi menilai prestasi kerja seseorang kakitangan awam. "Saya percaya semua organisasi sebenarnya mempunyai cara tertentu untuk menilai kerja setiap kakitangannya. Sebagai contoh, anda sebagai wartawan pun... saya pasti kerja anda juga dinilai oleh pengarang anda. "Begitu juga dalam perkhidmatan awam. Kita ada PTK untuk menilai prestasi kerja kakitangan awam," katanya. Ditanya jika pihaknya sedia untuk terus berbincang dengan Cuepacs berhubung isu PTK, Ismail berkata: "berapa kali kita mahu mengadakan perbincangan.... ini sudah menjadi cerita lama. Kita hanya boleh membuat penambahbaikan tetapi tidak akan memansuhkannya sama sekali," katanya.

PTK: CUEPACS ANJUR SIRI JELAJAH

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar dan Nahar Tajri
bhnews@bharian.com.my
17/11/2008

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara menemui ahlinya bagi memberi penerangan mengenai pendirian kesatuan berhubung peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zain, berkata Cuepacs akan berbuat demikian jika kerajaan tetap dengan keputusannya tidak mahu memansuhkan peperiksaan itu. Ahmad Shah berkata, pihaknya tidak berniat mengugut kerajaan berhubung PTK tetapi Cuepacs sudah memperjuangkan isu itu selama lima tahun selepas mendapati sistem berunsurkan peperiksaan tidak lagi relevan dalam mengukur prestasi kerja kakitangan awam.
“Sudah lima tahun kita memperjuangkan isu PTK, dan pendirian kita tetap iaitu meminta supaya ia dimansuhkan. Kita berpendapat prestasi kakitangan kerajaan tidak seharusnya dinilai melalui sistem peperiksaan. “Segelintir pekerja awam sudah lama berkhidmat dan wajar mendapat kenaikan pangkat tetapi PTK menjadi penghalang kepada mereka malah ia sering dilihat sebagai banyak memberi tekanan kepada mereka,” katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam. Kelmarin, Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam mengancam memboikot peperiksaan PTK yang didakwa banyak memberi tekanan kepada anggota kerajaan, jika ia tidak dimansuhkan tahun depan.

GUNA KUASA PENGGUNA PAKSA PENIAGA TURUN BARANG

Utusan Malaysia
17/11/2008
KERAP benar kita bercakap tentang tindakan memboikot peniaga yang liat menurunkan harga barang. Biar pun tindakan itu wajar dilaksanakan, namun sehingga kini sukar untuk kita melihat sejauh mana pengguna bersedia memberikan kerjasama.
Hakikatnya, kedegilan peniaga menurunkan harga barangan keperluan adalah didorong oleh sikap pengguna itu sendiri.
Pengguna terus membayar harga yang ditetapkan dan jika ada pun rungutan hanya setelah barangan tersebut bertukar tangan. Sikap seumpama itu menyebabkan para peniaga bermaharajalela menetapkan harga sesedap rasa kerana mengetahui pengguna akan terus membeli.
Sebab itu harga barangan yang dinaikkan ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak berbulan-bulan lalu masih kekal hingga ke hari ini biar pun harga minyak telah diturunkan beberapa kali.
Logiknya para peniaga tidak akan menjual barangan keperluan dengan harga yang tinggi jika tiada pembeli yang sanggup membayar. Lebih daripada itu, ada pengguna yang langsung tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk membuat perbandingan harga dan menganggap semua barangan dijual pada harga yang sama.
Begitu juga tidak ramai pengguna yang bersedia untuk memboikot para peniaga dengan alasan barangan yang dibeli adalah keperluan asas.
Kata mereka jika tindakan memboikot peniaga dilaksanakan, apa pula yang pengguna hendak makan atau pakai.
Sebab itu apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ingin menganjurkan perhimpunan memboikot para peniaga yang degil, satu perkara yang mesti diberi perhatian ialah memastikan cadangan tersebut mendapat sambutan.
CUEPACS, persatuan pengguna dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sepakat untuk melancarkan tindakan pemboikotan harus tahu bahawa tugas tersebut tidak mudah.
Tugas 'mengajar' golongan peniaga tamak tidak akan berjaya hanya dengan menganjurkan perhimpunan dan melaungkan desakan supaya harga barangan keperluan diturunkan pada kadar munasabah.
Paling penting ialah memastikan pengguna di negara ini yang sebahagian besarnya merupakan ahli CUEPACS tahu akan peranan serta tanggungjawab mereka. Bukan setakat itu mereka juga mesti menggunakan kuasa pengguna sepenuhnya dan bukannya menyerahkan leher untuk disembelih oleh peniaga yang mengambil kesempatan daripada sikap pengguna itu sendiri.
Pengguna mesti disedarkan bahawa hanya mereka yang mempunyai kuasa untuk memastikan para peniaga menurunkan harga barangan keperluan.
Oleh itu, perhimpunan untuk memboikot para peniaga bulan depan mesti dijadikan titik kesedaran di kalangan pengguna di negara ini untuk menjadi lebih bijak menggunakan kuasa yang ada pada mereka.
Tidak ada gunanya jika kerajaan bersungguh- sungguh ingin meringankan beban rakyat tetapi rakyat sendiri membiarkan hak mereka diperlekehkan oleh peniaga tamak.

NGO BERSATU BOIKOT PENIAGA LIAT TURUN HARGA BARANG

Utusan Malaysia
Oleh NORILA DAUD danJUNAIDI LADJANA
16/11/2008


KUALA LUMPUR 15 Nov. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menganjurkan satu perhimpunan memboikot para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan beberapa kali.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, perhimpunan itu akan diadakan di ibu negara pada Disember ini dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
‘‘Para peniaga yang enggan menurunkan harga barang akan diboikot, ini kerana harga minyak sudah beberapa kali diturunkan tetapi harga barang masih sama di paras ketika kenaikan harga minyak dulu.
“Ini sememangnya tidak adil bagi pengguna dan sewajarnya peniaga wajib menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak semasa seperti yang diumumkan oleh kerajaan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat Perkhidmatan Kakitangan Awam dan Isu Semasa di Auditorium Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu semalam.
CUEPACS dianggotai oleh kira-kira 1.2 juta ahli, MBM seramai 3.5 juta manakala FOMCA yang merangkumi 11 gabungan mempunyai 11,000 ahli,
Omar berkata, perhimpunan tersebut adalah bagi mendesak serta memberi kesedaran kepada para peniaga supaya akur dengan saranan kerajaan menurunkan harga barangan.
Menurutnya, kenaikan harga barang bukan sahaja dirasai penduduk bandar tetapi juga di luar bandar dan antara alasan mereka ialah kos pengangkutan serta harga borong masih mahal.
Pada masa sama katanya, pengguna juga perlu bijak menggunakan kuasa mereka bagi memberi pengajaran kepada para peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.
Sementara itu, Exco MBM (Bahagian Kepenggunaan), Irmohizam Ibrahim ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, tujuan NGO itu bergabung adalah untuk mendidik dan menyedarkan pengguna tentang hak dan peranan mereka.
Menurutnya, Kempen Konsumer Kebangsaan yang akan dilancarkan itu bukan bertujuan menjejaskan ekonomi negara malahan bertindak selaras dengan seruan kerajaan yang mahu peniaga menurunkan harga barang.
“Sekiranya peniaga masih berdegil sehingga Disember ini, maka badan ini akan mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan drastik ke atas peniaga terbabit,’’ katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berpendapat, syarikat-syarikat pengeluar barangan, makanan dan bahan mentah yang besar sebenarnya yang mengawal harga barang di pasaran.
Menurutnya, pengguna kini boleh membandingkan harga-harga barang yang murah di beberapa pasar raya dan memboikot barangan yang tidak langsung berganjak daripada harga ketika minyak naik dahulu.
Tujuan NGO itu bergabung katanya, ialah untuk membentuk badan pendesak kepada para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang.
Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman bagaimanapun berpendapat, sebelum NGO berkenaan membuat tindakan tersebut, mereka sepatutnya mengenal pasti di peringkat mana dan punca harga barang tidak boleh diturunkan.
“Siapa sebenarnya yang patut diboikot sama ada pengimport, peruncit atau pemborong kerana dikhuatiri ada pihak-pihak yang turut menjadi mangsa kepada tindakan boikot itu,” katanya.

CUEPACS BOIKOT PTK JIKA TIDAK DIMANSUH 2009

Utusan Malaysia
15/11/2008

KOTA KINABALU 15 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memansuhkan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Presidennya, Omar Osman berkata, proses kenaikan pangkat kakitangan awam yang dinilai mengikut prestasi dan temu duga secara lisan oleh ketua jabatan lebih berkesan berbanding kaedah peperiksaan yang digunakan sekarang.
''CUEPACS akan memboikot peperiksaan PTK jika ia tidak dimansuhkan tahun depan dan kita memberi tempoh hingga 31 Disember ini kepada JPA untuk membuat keputusan, sama ada meneruskan sistem itu atau sebaliknya.
''Justeru, kami mahu proses kenaikan pangkat dinilai mengikut prestasi kerja dan temu duga secara lisan oleh ketua jabatan,'' katanya pada sidang akhbar selepas persidangan CUEPACS peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Omar berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan JPA mengenai kaedah peperiksaan PTK yang baru untuk kakitangan awam Kumpulan Sokongan Satu (Gred 17 hingga 40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) sebelum ini.
Selain itu, katanya, perbincangan yang sama juga sudah diadakan untuk kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua (Gred 1 hingga 16).
Tambah beliau, perbincangan kedua-dua pihak tertumpu kepada pemansuhan peperiksaan PTK dan jika ia tidak diterima, CUEPACS mahu kaedah baru iaitu kenaikan pangkat mengikut prestasi kerja dilaksanakan.
Katanya, kaedah itu lebih adil berbanding peperiksaan PTK yang diamalkan sekarang kerana ia memberi tekanan kepada kakitangan awam.
Dalam pada itu, Omar berkata, CUEPACS mahu Elaun Kos Sara Hidup (COLA) diselaraskan di seluruh negara.
Menurutnya, ketiadaan elaun COLA bagi kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau kawasan terpencil di negeri masing- masing menimbulkan ketidakpuasan hati mereka terhadap JPA.
Katanya, walaupun isu berkenaan sering disuarakan oleh kakitangan kedua-dua negeri itu, tetapi tidak mendapat layanan JPA dan menyebabkan mereka berasa dianaktirikan oleh kerajaan Pusat.
''Kami juga mahu imbuhan tetap perumahan antara RM180 hingga RM230 yang dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Mei 2007, dilaksanakan pada tahun depan," ujarnya.

15 November 2008

CUEPACS SABAH DIMINTA TINGKAT KUALITI KEPIMPINAN

Utusan Malaysia
15/11/2008

KOTA KINABALU 14 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Cawangan Sabah diminta meningkatkan kualiti kepimpinan bagi membolehkan menjadi sebuah badan yang benar-benar dapat membela nasib dan kebajikan ahli.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, badan tersebut perlu mencontohi keupayaan CUEPACS Pusat yang dilihat dapat menyuarakan hak-hak pekerja dalam sektor awam dengan berkesan.
"Saya berharap CUEPACS Sabah mengikut jejak langkah ini, walaupun saya sedar badan ini tidak pernah mengambil tindakan drastik terhadap kerajaan negeri, jabatan atau agensi-agensi tempat mereka berkhidmat.
"Ini adalah tugas mereka dan segala tuntutan serta tindakan yang diambil oleh CUEPACS terhadap kerajaan adalah demi kebaikan dan faedah ahli-ahlinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Bina Ummah Bagi Pemimpin CUEPACS dan Kesatuan Gabungan, di sini malam tadi.
Seminar tiga hari itu dianjurkan bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah dan CUEPACS. Hadir sama, Presiden CUEPACS, Omar Osman dan Pengerusi CUEPACS Sabah, Pengiran Anak Pengiran Mubin.
Menurut Yahya, CUEPACS hari ini dihormati bukan sahaja di kalangan penjawat awam tetapi juga di kalangan peniaga, pengilang dan pelabur.
"Oleh itu, imej CUEPACS yang saya rasa pada tahap ini cukup membanggakan kerajaan dan ia perlu dipertahankan dan dipertingkatkan lagi.
"Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa bekerjasama dan menghormati kesatuan-kesatuan sekerja," katanya.
Sementara itu, katanya, anggota sektor awam perlu terus meningkatkan lagi kualiti dan integriti perkhidmatan supaya dapat memenuhi harapan dan kehendak rakyat yang merupakan pelanggan kepada kerajaan.
"Rakyat kini sudah pandai menilai sumbangan dan perkhidmatan kita dan mereka mahu yang terbaik, cepat dan berkesan.
"Oleh itu, Kita perlu melakukan anjakan paradigma supaya selaras dengan hasrat kerajaan dan pucuk pimpinan negara yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam sebarang tindakannya," katanya.
Yahya berkata, Seminar Bina Ummah itu diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bukan sahaja di kalangan pemimpin CUEPACS tetapi juga pemimpin kesatuan sekerja gabungan yang lain.
"Sudah tentu, jika kepimpinan sesuatu organisasi itu mantap, berkualiti dan berintegriti, maka hasilnya ialah ahli-ahli akan ikut serta dan sentiasa mengamalkan prinsip kepimpinan yang sama.
"Apa lagi mereka terdiri daripada anggota sektor awam, maka kesan kebaikan akan dirasai oleh anggota sektor awam dalam jabatan atau agensi di mana mereka berkhidmat termasuk juga di Sabah," katanya.
Tambahnya, pimpinan kesatuan sekerja turut diingatkan supaya sentiasa menyelesaikan sebarang isu berbangkit melalui perundingan.

CUEPACS: SERAP PEKERJA BERSTATUS KONTRAK

Utusan Malaysia
15/11/2008

KOTA KINABALU 14 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyerap kira-kira 50,000 pekerja di seluruh negara yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap menjelang 2010 .
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, langkah itu adil dan setimpal bagi membolehkan mereka turut mendapat kemudahan pencen apabila telah menamatkan perkhidmatan.
Beliau berkata, CUEPACS tidak mahu kakitangan kerajaan berstatus kontrak ini terus diamalkan dalam keadaan negara ini sudah pun 50 tahun merdeka dan isu ini akan dikemuka kepada kerajaan untuk dibincangkan.
"Kita juga tidak mahu melihat kakitangan berstatus kontrak ini, ada yang diberhentikan selepas 15 tahun atau lebih berkhidmat dalam sesuatu jawatan ekoran gagal ujian penilaian prestasi.
"Ini kerana satu punca pekerja-pekerja berstatus kontrak tidak memberi perkhidmatan yang terbaik ialah kerana menganggap mereka bukan kakitangan yang sebenar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat Perkhidmatan Kakitangan Awam dan Isu Semasa di Auditorium Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini hari ini.
Katanya, perkhidmatan di sektor awam tidak akan berkesan jika kerja secara kontrak masih diteruskan contohnya dengan menukar pekerja berpengalaman selama 10 tahun dengan kakitangan baru.
Menurutnya, CUEPACS mengambil berat masalah pekerja seperti ini lebih-lebih lagi mereka yang berumur melebihi 40 tahun kerana adalah sukar bagi mereka mendapat pekerjaan di tempat lain.
"Mereka mempunyai banyak tanggungan yang perlu dibayar seperti pinjaman perumahan, kereta, di samping perlu menanggung kos hidup keluarga masing-masing," katanya.
Lebih malang lagi, katanya, ada antara mereka yang sudah berkhidmat selama 20 tahun tetapi tidak mendapat kemudahan bukan sahaja pencen tetapi perubatan, sagu hati dan sebagainya.
"Di Jabatan Kemajuan Masyarakat sahaja ada 14,000 kakitangan bertaraf kontrak, manakala di Sarawak ada 4,000 pekerja kontrak yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun tetapi masih belum diserap ke jawatan tetap,'' katanya.
Beliau berkata, ada kakitangan bukan sahaja terdiri daripada mereka yang berjawatan rendah tetapi ada juga yang memegang jawatan bertaraf pegawai kanan sesuatu jabatan.

TUDUHAN MELULU - CUEPACS

Utusan Malaysia
15/11/2008

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy bahawa UMNO sebagai punca berlakunya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam merupakan tuduhan melulu.
Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut memandangkan CUEPACS sebelum ini pernah membuat kajian mengenai masalah itu dan mendapati ia bukan berpunca daripada parti pemerintah atau pun UMNO sendiri.
Katanya, masalah tersebut berlaku disebabkan sektor kerajaan hanya mampu menawarkan pembayaran gaji yang rendah berbanding sektor swasta.
''Kita tidak bersetuju UMNO dipersalahkan, ini kerana berdasarkan tinjauan CUEPACS mendapati orang bukan Melayu lebih berminat bekerja dengan sektor swasta atau pun berniaga sendiri kerana pendapatannya lebih lumayan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Ramasamy mengatakan bahawa ketidakseimbangan pekerja perkhidmatan awam di Pulau Pinang adalah berpunca dari rejim lama kerajaan Barisan Nasional (BN) dan dasar yang diamalkan UMNO.
Bagaimanapun, Ramasamy tidak menafikan ada banyak punca lain menyebabkan perkara itu berlaku, namun faktor dominan yang menentukan arah tuju politik negara didominasi oleh parti itu.
Dalam pada itu, Omar turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menerima sebarang aduan daripada mana-mana individu mengenai surat permohonan bukan Melayu telah dikoyak oleh ketua jabatan.
Beliau berkata, proses permohonan dan pengambilan pekerja di dalam sektor awam diurus dengan baik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.
''JPA merupakan satu badan bebas yang bertanggungjawab melakukan penilaian sama ada pemohon benar-benar layak untuk mengisi jawatan yang dipohon atau pun sebaliknya.
''Malah setakat ini, CUEPACS tidak pernah menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak yang mendakwa borang permohonan mereka dikoyak,'' tegasnya.
Beliau memberitahu, pihaknya mendapati setelah kerajaan memutuskan untuk menaikkan gaji kakitangan awam pada tahun lalu, ada berlaku sedikit peningkatan terhadap bilangan pemohon bukan Melayu.
Namun begitu, katanya, jumlah permohonan daripada bukan Melayu masih lagi kecil jika dibandingkan dengan orang Melayu walaupun terdapat peningkatan dari segi bilangannya.