SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 November 2008

CUEPACS SELAR KEMENTERIAN PELAJARAN

Sinar
11/11/2008
SHARIZANERNI NORRAMLAI MASJID TANAH – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyelar tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang didapati tidak memberi perhatian terhadap kenaikan pangkat jawatan Pembantu Tadbir (PT) dan Pembantu Am Rendah (PAR) di peringkat sekolah seluruh negara. :Presiden CUEPACS Malaysia, Omar Osman menegaskan, disebabkan CUEPACS mempunyai peranan sama dalam kesatuan sekerja itu, mereka memohon supaya pihak kementerian di bawah pimpinan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin mengkaji peranan kakitangan sokongan ini di peringkat kementeriannya. Katanya, CUEPACS mencadangkan kedua-dua jawatan ini di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dinaikkan kepada Pembantu Tadbir N17. :“Peranan mereka sekarang tidak sama seperti sebelum ini kerana sekolah mengalami penambahan dan kenaikan taraf tetapi kakitangan ini masih di takuk lama," katanya selepas Perjumpaan Badan Bertindak PT dan PAR bersama Presiden CUEPACS Malaysia di Auditorium Kolej Komuniti Alor Gajah, Masjid Tanah di sini, semalam. :Hadir sama, Pengerusi Bertindak Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah Negeri Melaka, Zulkifli Mat Yasin dan beberapa kakitangan PT dan PAR setiap daerah yang hadir. :Omar berkata, CUEPACS melihat berlaku ketidakadilan dan ketidaksaksamaan ke atas hak pekerja ini. Oleh demikian, sudah tiba masanya, jawatan ini di seluruh Malaysia dinaikkan kepada N17. :“Kemudian perbanyakkan jawatan kenaikan pangkat untuk N22, N26 dan seterusnya yang paling atas. :“Kalau sekadar perkembangan sekolah dipertingkatkan, kenaikan taraf sekolah bestari, guru cemerlang dan sebagainya dilihat kementerian, tetapi mengapa pula kakitangan pentadbiran sekolah tidak diambil perhatian sewajarnya," jelas Omar.

Tiada ulasan: