SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 November 2008

SENTRAL: CUEPACS MINTA PENSWASTAAN JBANS DITANGGUH

Petikan Berita Harian
4/11/2008

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa Kerajaan Negeri Sembilan menangguhkan cadangan penswastaan atau pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) daripada 1 Disember kepada 31 Disember ini. Presidennya, Omar Osman, berkata gesaan itu dibuat kerana ramai kakitangan JBANS sama ada pekerja tetap, kontrak dan sambilan masih tidak memahami opsyen yang ditawarkan kepada mereka berkaitan cadangan itu. Beliau berkata, selain berkaitan skim perkhidmatan yang kurang jelas, istilah antara cadangan penswastaan dan pengkorporatan itu menimbulkan kekeliruan kerana kerajaan negeri menjelaskan JBANS hanya dikorporatkan dan bukannya diswastakan.
"Saya difahamkan oleh kakitangan JBANS melalui kesatuan sekerja yang menghadiri taklimat oleh pegawai kerajaan negeri, jabatan itu akan diswastakan sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu saya, ia hanya dikorporatkan. "Jadi, kakitangan keliru antara dua istilah itu, selain ada syarat perkhidmatan yang dinyatakan dalam opsyen yang ditawarkan kepada mereka tidak memberi keadilan, bukan saja dari segi gaji dan elaun yang diterima berkurangan, malah dalam aspek tertentu boleh menjejaskan masa depan mereka," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis taklimat dan dialog dengan kakitangan JBANS berhubung cadangan kerajaan negeri itu di Dewan PJ Perdana, Paroi, dekat sini yang turut dihadiri Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Sembilan (KPPKNS), Roslee Zakaria.
Omar berkata, pihaknya bersama KPPKNS akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar bagi mendapatkan penjelasan mengenai kaedah terbaik dan adil kepada kakitangan JBANS yang terbabit dalam pelaksanaan cadangan itu.

Tiada ulasan: