SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 November 2008

CUEPACS PERTAHAN NASIB 50,000 KAKITANGAN KONTRAK - PRESIDEN

Harakahdaily
Muhammad Yusri Amin Thu
Nov 06, 08 .2008



KOTA BHARU, 6 Nov (Hrkh) - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memastikan 50,000 kakitangan yang berkhidmat secara kontrak di jabatan kerajaan tidak diberhentikan secara sewenang-wenang.
Presidennya, Omar Osman berkata, bagi mencapai tujuan itu tindakan proaktif akan diambil bagi memastikan setiap kakitangan terbabit terus dibela.
"Pendirian CUEPACS dalam perkara ini adalah jelas kerana kami yakin kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan mereka.
"Seramai 50,000 kakitangan kontrak di Malaysia sekarang di mana perkhidmatan mereka disambungkan dari setahun ke setahun," katanya pada persidangan media di sebuah hotel di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menyertai forum bertajuk Career of Laboratory Sciences Personnels pada Persidangan Kebangsaan Sains Makmal Perubatan Kali Ke-2 anjuran Persatuan Sains Makmal Perubatan Universiti Sains Malaysia (AMeLS).
Omar berharap mana-mana kakitangan kontrak yang diberhentikan melaporkan kepada CUEPACS secepat mungkin.
"Sekiranya ada kakitangan kontrak diberhentikan atau mendapat surat pemberhentian, mereka akan dipanggil semula setelah melaporkan kepada CUEPACS.
"Kini ada antara pekerja kontrak yang menerima surat dan tidak disambungkan menjelang akhir tahun ini. Di antara mereka ada yang sudah diberhentikan atas alasan prestasi dan produktiviti pekerja berkenaan," katanya.
CUEPACS juga mencadangkan supaya kakitangan kontrak berkenaan dikekalkan sebagai pekerja kontrak untuk selama-lamanya dan tidak diserapkan sebagai kakitangan tetap.
Mengulas mengenai masalah dihadapi pembantu makmal, beliau berkata kumpulan kakitangan tersebut hendaklah diberi peluang kenaikan pangkat.
"Namun pembantu makmal di hospital tidak sama dengan Pembantu Makmal sekolah, bahkan mereka mestilah dijadikan sebagai juruteknologi," katanya.
Beliau juga mencadangkan juruteknologi makmal hendaklah diwujudkan jawatan tertinggi sehingga ke peringkat pensyarah.
Katanya, terdapat 200 kakitangan Juruteknik Makmal di seluruh Malaysia yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diploma.
Omar juga berkata, setiap anggota perkhidamtan awam yang akan melangkah ke alam persaraan,mestilah ada anjakan kenaikan pangkat.
Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi CUEPACS Kelantan merangkap Naib Presiden CUEPACS Malaysia, Shamsuddin Mohd Noor. - mj

Tiada ulasan: