SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Januari 2015

DEFER TABLING EDUCATION BLUEPRINT IN CABINET - CUEPACS

Astrowani
26/5/2015



 KOTA KINABALU: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS) today called on the government to defer tabling in the Cabinet the Malaysia Education Blueprint (Higher Education) 2015-2025, saying the plan is focused only on academic staff. CUEPACS president Datuk Azih Muda said the plan did not take into account and had ignored the non-academic staff, which included administrative workers and implementer groups one and two at each institute of higher learning in Malaysia.

"What will they gain under the education blueprint? Will there be an increase in posts? What would be the career path? "What are the incentives they would get if their university is upgraded?" he told Bernama here after a meeting and seminar organised by a meeting of presidents and honorary secretaries of the Malaysian University Staff Unions (GAKUM) involving 93 participants from 20 public institutes of higher learning today. Azih said that before the plan was tabled in the Cabinet, it should first be presented to CUEPACS and GAKUM as it should be improved. He said the management of a successful institute of higher learning needed the cooperation of all parties.

26 Januari 2015

TANGGUH BENTANG PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI KABINET - CUEPACS


Bernama
26/1/2015




KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar pembentangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 di Kabinet ditangguhkan, ekoran hala tuju perancangan pelan itu hanya tertumpu kepada kakitangan akademik sahaja.

Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda pelan itu tidak mengambil kira dan mengabaikan perancangan hala tuju melibatkan kakitangan bukan akademik terdiri daripada penjawat pentadbir serta kumpulan pelaksana satu dan dua di setiap institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.

"Apakah faedah yang akan mereka (merujuk kepada kakitangan bukan akademik) peroleh di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan ini, adakah pertambahan perjawatan akan berlaku? Apakah laluan kerjaya akan berlaku? Apakah insentif yang akan diterima sekiranya lonjakan terhadap kedudukan universiti mereka berlaku?," katanya.

Beliau berkata kepada Bernama selepas mesyuarat dan Seminar Hala Tuju Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) melibatkan 93 peserta dari 20 IPTA, di sini hari ini.
Beliau menyarankan sebelum pelan itu dibentang ke Kabinet, adalah lebih baik pelan itu dibentang kepada CUEPACS dan GAKUM berikutan hala tuju pelan itu yang perlu ditambah baik.

"Kami mahu tahu lebih jelas peranan pelan itu, kami tidak puas hati..., saya fikir biarlah dasar dalam pelan digariskan setelah proses kematangan berlaku, kalau belum ada proses kematangan, semua pihak masih tidak jelas, lebih baik tangguhkan dulu pembentangan kepada kerajaan," katanya.

Pengurusan sesebuah IPT yang berjaya memerlukan kerjasama daripada semua komponen, peringkat bawahan sehingga ke peringkat atasan, kata Azih.

Jelas beliau lagi, terdapat beberapa perkara yang digariskan di bawah pelan itu tidak begitu jelas maksudnya.

"CUEPACS ingin menyatakan kami membantah aspirasi ekuiti dan kesatuan yang mahu meletakkan tahun 2025 agar kesatuan di bawah universiti ini dipantau dan dinilai oleh satu mekanisme lain.

"Kami bantah kerana kesatuan ini bukan ditubuhkan oleh universiti tetapi ditubuhkan oleh kakitangan yang berkhidmat di bawah Akta Kesatuan Sekerja, dan adakah penjawat universiti tidak dibenarkan berkesatuan?," katanya sambil menegaskan pelan itu perlu dibincangkan semula.

-- BERNAMA

23 Januari 2015

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KOPERAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2015

Media CUEPACS
23/1/2015




KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KOPERAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2015

NO SEBUTHARGA : BIL 1/2015                                      Tarikh : 20 Januari 2015


KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………


Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.

1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 04 Februari 2015, tidak lewat dari jam 12.45 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No 1/2014

3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.

4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

5.       Sebutharga  hendaklah sah selama  30 HARI selepas itu.

6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.



BIL
PERKARA
HARGA SEUNIT
KUANTITI
JUMLAH HARGA

01





Membekal Baju Koperat dan mencetak logo CUEPACS di baju. Jenis kain Comb Cottons  warna biru diraja (Royale Blue), (Pelbagai Saiz) : Lelaki  : Wanita
                5XL :   3             3
                4XL :   4             4
                3XL :   45          41
                2XL :   175        52
                XL   :   425        94
                L     :   402        73
                M    :   97          67
                S     :   5           10
Catitan: Semua penender adalah dikehendaki  untuk memberi contoh corak reka bentuk  Baju Koperat Comb Cottons warna biru Royale Blue dan warna tambahan bagi membentuk corak menarik dibenarkan (tidak di kembalikan)
  

1,500







Jumlah




Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............

……………………………………………………………………………………………………………...

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

Tandatangan dan cop penender             :……………………………………….

Alamat                   :………………………………………..

…………………………………………

Tarikh :………………………………..

22 Januari 2015

PENJAWAT AWAM JADI SASARAN KES PENIPUAN -PPIM

Bernama
22/1/2015


KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penjawat awam kini dilihat menjadi sasaran utama pihak tertentu dalam kes-kes penipuan melibatkan skim pinjaman perumahan dan perniagaan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata berdasarkan laporan yang diterima pihaknya, sebanyak 60 peratus mereka yang menjadi mangsa dalam kes sedemikian melibatkan penjawat awam.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan penjawat awam sebagai sasaran kerana golongan ini dilihat mudah mendapatkan pinjaman kewangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media Kempen Perangi Penipu di sini, pada Khamis.

Kempen Perangi Penipu yang akan berjalan sepanjang 2015 itu digerakkan oleh PPIM dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bertujuan menghakis gejala penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap pengguna.

Beliau berkata ramai penjawat awam yang terdiri daripada golongan muda turut menjadi mangsa penipuan pihak tertentu.

"Kita sedia maklum ramai yang berkeinginan tinggi untuk memiliki aset persendirian seperti rumah, kereta dan memulakan perniagaan tetapi perlulah berhati-hati dan menyemak latar belakang pihak berkaitan (pihak pemaju, pinjaman kredit) agar tidak mudah diperdaya," katanya.

--BERNAMA
MalaysiaKini
22/1/2015


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata "Kempen 2015: Perangi Penipu Pengguna" itu dilancarkan sebagai "isyarat" untuk memerangi penipu yang mengambil kesempatan susulan aduan pengguna mengenainya.

Bercakap dalam sidang medianya di pejabat PPIM hari ini, beliau merujuk 'penipu' itu antaranya peniaga, pemberi pinjaman, syarikat pelaburan, kontraktor perumahan dan syarikat jualan langsung (MLM).

"Jadi kita terima banyak aduan dan penipu-penipu di luar sana, suka menipu pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Maka sudah sampai masanya buat kempen dengan ahli Cuepacs yang ramai untuk kita hantar 'signal' yang jelas supaya kita tidak mahu lagi ditipu. Cukup. Enough is enough,” katanya.

Menyuara rasa sedih dengan situasi itu, Nadzim berkata hasil perbincangan dengan Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda, mereka bersetuju sebulat suara mengisytiharkan tahun ini sebagai "tahun memerangi penipu".

Nadzim berkata pihaknya mendapati pegawai kerajaan antara pihak yang menjadi sasaran untuk ditipu khusus dalam bentuk pinjaman kewangan.

"Ada gaji RM2,000, (tapi dijanjikan) dapat pinjaman sampai RM200,000. Janji pelaburan akhirnya tidak menjadi apa benda... Jadi tahun ini, kita akan perangi mereka," katanya.
 

PEKERJA LEBIH MASA PERLU ADA KELULUSAN KHAS

ABN News
21/1/2015



Datuk Azih Muda berharap penjimatan sebanyak lebih RM5 Bilion itu tidak menjejaskan soal bekerja lebih masa.
Datuk Azih Muda berharap penjimatan sebanyak lebih RM5 Bilion itu tidak menjejaskan soal bekerja lebih masa.

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menegaskan penjawat awam yang mahu bekerja lebih masa perlu mendapatkan kelulusan khas dari majikan terlebih dahulu. Selain itu, mereka yang mahu bertugas selepas tamat waktu bekerja perlu berada dalam kumpulan, bukan secara perseorangan. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah berkenaan adalah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
“Untuk pemasangan CCTV, CCTV ni benda dah berlaku, kita nak supaya ia tidak berlaku, jadi kita nak pastikan bahawa petugas yang nak bekerja sebelah petang dan lewat malam ni kita kena ada rekod dia,”katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang penjawat awam wanita yang berkerja lebih masa dipukul oleh  seorang pekerja lelaki di pejabatnya di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia di Putrajaya, baru -baru ini.

Suspek yang merupakan pekerja di bahagian penyelenggaraan kini direman selama tujuh hari bagi siasatan selanjutnya. Kes ini disiasat dibawah seksyen 326, kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Mengulas lanjut, Datuk Azih berkata, beliau  turut melawat mangsa di Hospital Putrajaya semalam. Wanita itu, katanya kini berada dalam keadaan trauman.
Justeru CUEPACS berharap pihak  bertanggungjawab dapat memberi pembelaan dan pampasan yang setimpal terhadap mangsa terbabit. “Pekerja yang dipukul ini masih berada dalam kontrak, pekerja ‘Contract for Service’, kita tak tau insurans mereka macam mana. Kita harap pihak kerajaan bantu mereka, dari segi kerugian sedikit sebanyak. Dan syarikat yang menggaji pekerja yang pukul ni kena bertanggungjawab penuh, tak boleh dia lepas tangan macam tu saja,”katanya.

Tegasnya, pengawasan yang lebih ketat merupakan antara elemen yang perlu dititik beratkan bagi memastikan faktor keselamatan pekerja lebih terjamin.

JANGAN SENTUH SOAL 'OVERTIME' - CUEPACS

ABN News
21 Jan 2015 08:21pm 


CUEPACS terima baik usulan Perdana Menteri mengenai beberapa langkah pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakukan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia semalam.
CUEPACS terima baik usulan Perdana Menteri mengenai beberapa langkah pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakukan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia semalam.

Oleh Ros Nazirah Mohd Daud (rosnazirah@abnxcess.com)
PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar penjimatan sebanyak lebih RM5 Billion yang akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus tidak memberi kesan terhadap mereka yang mahu bekerja lebih masa.
Presidennya, Datuk Azih Muda menjelaskan, penjawat awam yang bergaji rendah hanya bergantung kepada elaun bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan seharian yang semakin meningkat ketika ini.
“CUEPACS minta supaya jangan sentuh soal ‘overtime’ walaupun RM5 Billion atau RM6 Billion sekalipun, jangan lah potong ‘overtime’. Biarkan yang pekerja gaji rendah ni laksanakan kerja-kerja lebih masa seperti biasa,”katanya.Tambah beliau, perkara ini secara tidak langsung ia dilihat dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.“Bila dia (penjawat awam) dapat elaun, dia akan belanja dan secara tak langsung dia akan dapat menyumbang dalam pasaran,”katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa langkah pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakukan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia.Antaranya adalah penangguhan kenaikan kadar tarif elektrik, penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pemberian semula visa secara percuma kepada pelancong asing serta pengurangan harga bahan api.

21 Januari 2015

CUEPACS SARAN KOMPONEN KHAS

 My Metro
 22/1/2015

Kuala Lumpur: Kerajaan disarankan supaya mewujudkan satu komponen khusus bagi menangani masalah penipuan yang dilihat semakin berleluasa terutamanya membabitkan pemaju projek perumahan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, komponen itu penting untuk memikirkan langkah khusus yang boleh diambil dalam membanteras sindiket penipuan dan tidak bergantung kepada satu agensi saja.

“Jika kita lihat situasi terkini, kes penipuan ini umpama tiada penghujungnya. Tambah merumitkan, apabila ada agensi kerajaan yang saling menuding jari sesama sendiri. “Masalah sindiket penipuan ini tidak akan ada kesudahannya jika semua pihak mengamalkan prinsip menuding jari. Langkah terbaik adalah kerajaan wajar mewujudkan komponen atau badan khusus untuk melihat perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Pada masa sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut senada apabila menggesa kerajaan untuk memandang serius perkara terbabit.
Menurutnya, masalah penipuan itu mampu mengakibatkan masyarakat awam terbeban dengan hutang sekali gus diisytiharkan muflis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 1:45 PM



Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda bersama Ketua Aktivis PPIM dalam satu sidang akhbar, di sini, sebentar tadi.

Malaysia's 2015 NS training deferred

The Star/Asia News Network
21/1/2015



PUTRAJAYA - The National Service Training programme (PLKN) for 2015 has been suspended as part of cost-cutting measures, says Datuk Seri Najib Tun Razak. The Prime Minister, who announced revisions to Budget 2015 yesterday, said the suspension of the programme would save the nation RM400 million (S$148 million), adding: "This will also allow the programme to be re-examined and improved."Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said a discussion would be held to further enhance the programme.
"Next month, the Government will conduct a laboratory (discussion) involving all stakeholders, including parents, about reviewing the PLKN and its direction for the next 10 years," he said.
PLKN director-general Datuk Mohmed Asri Yusuf they would talk about matters related to administration such as standard operating procedures.
"We will discuss with the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) and we hope to implement our findings next year when training sessions resume," he said. The current intake since last December will be the last batch for the year. This training ends next month.

Hishammuddin said the positions of all stakeholders including PLKN centre operators, trainers and permanent employees would not be affected by the move.Cuepacs president Datuk Azih Muda hoped that none of the trainers and workers under the National Service would be terminated or given the option to take any voluntary separation scheme."We hope that they could be transferred temporarily to other relevant agencies or ministries as they have financial commitments," he said.
There are three intakes for PLKN involving 75,000 to 80,000 students every year. There are currently 32,000 trainers in the programme, which started in 2003.


CUEPACS: DON'T LET CUT'S AFFECT OVERTIME CLAIMS

The Star
21/1/2015 







We are worried that many lower-ranking civil servants will not get to make their overtime claims as most of them work after hours. — Datuk Azih Muda We are worried that many lower-ranking civil servants will not get to make their overtime claims as most of them work after hours. — Datuk Azih Muda



PETALING JAYA: Cuepacs hopes the Government’s move in reducing operating expenditure by RM5.5bil will not affect overtime claims filed by lower-ranking civil servants. Its president Datuk Azih Muda said many lower-ranking staff depended not just on their basic salary to live on, but on overtime claims to cope with the rising cost of living. “We are worried that many lower-ranking civil servants will not get to make their overtime claims as most of them work after hours,” Azih said in an interview yesterday.

Azih supported the Government’s decision to optimise outlays on supplies and services, especially overseas travel, events and functions and use of professional services which would result in savings of RM1.6bil. “This must be done continuously for years to come and they must identify which ones are not really beneficial to the Government.” The Government, he said, should look into integrating certain government agencies with ministries to avoid any overlapping of tasks to save more money. “There are some agencies that are doing the same job as the local council. “This can be removed or absorbed to another ministry,” Azih added. He also gave the thumbs up to the Government for coming up with measures to aid victims affected by the recent floods.

Azih noted that many were struggling to rebuild their lives, adding that the RM500mil Special Relief Facility for SME loan financing would give them a chance to jump start their livelihood. Cuepacs, said Azih, also welcomed the Bank Rakyat personal loan scheme of up to RM50,000 at a financing rate of 3.9%, with the loan repayment starting after six months, so that the victims could rebuild their damaged houses and property.

15 Januari 2015

MUHYIDDIN TERIMA MEMORANDUM KONVENSYEN PERPADUAN NASIONAL NGO


Bernama
15/1/2015


PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima memorandum Konvensyen Perpaduan Nasional daripada 12 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk dipertimbangkan dalam penggubalan Dasar Perpaduan Nasional.
Memorandum bertemakan 'Perpaduan Rakyat Malaysia: Teras Keamanan dan Kemakmuran Negara' itu diserahkan oleh Pengerusi Konvensyen Perpaduan Nasional Datuk Azih Muda di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di sini.

Ketika bercakap kepada pemberita, Azih, yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), berkata memorandum itu merupakan rumusan serta ketetapan yang dibuat semasa Konvensyen Perpaduan Nasional yang diadakan pada 23 Nov lalu di Kuala Lumpur dan dihadiri lebih daripada 320 NGO Melayu dan Islam.

Memorandum setebal 95 muka surat itu mengandungi 54 usul yang 19 daripadanya berkaitan politik, perlembagaan, undang-undang dan perlembagaan negara, 20 melibatkan usul ekonomi, tujuh usul berkaitan hal ehwal agama Islam, manakala selebihnya perkara-perkara lain.

Dokumen itu antara lain menggesa kerajaan mengkaji semula pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri selain mahu semua strategi, dasar, program dan undang-undang untuk memupuk, mengukuh serta meningkatkan perpaduan nasional mestilah berasaskan kepada hakikat bahawa Peribumi adalah bangsa teras di Malaysia.

Dari perspektif ekonomi pula, memorandum itu meminta kerajaan menubuhkan sebuah lembaga amanah bagi mengurus dan membangunkan Tanah Simpanan Melayu serta tanah adat di Semenanjung selain mahu bank-bank tempatan mengkaji kadar pinjaman bagi tanah berkenaan.

Memorandum itu juga menyarankan kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) agar ia menjadi mekanisme pemupukan, pengukuhan dan peningkatan patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda Malaysia.

Selain Azih, turut hadir pada majlis tersebut adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Zaini Ujang.

-- BERNAMA

12 Januari 2015

BANJIR: KSN MINTA KETUA JABATAN LAKUKAN PENGGILIRAN PETUGAS

Bernama
12/1/2015




 
Tan Sri Dr Ali Hamsa



PUTRAJAYA, 12 Jan (Bernama) -- Penjawat awam bertugas dalam operasi banjir perlu digilirkan untuk mengelakkan tekanan di kalangan petugas di kawasan terjejas banjir, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata ketua jabatan seperti daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia perlu melakukan penggiliran petugas ke kawasan terjejas banjir.

"Ramai antara mereka bertungkus lumus sehingga hari ini menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat sejak banjir bermula pada Disember," katanya, sambil menambah petugas terlibat perlu diberi ruang rehat secukupnya dan bertemu keluarga.

"Jadi saya ingin meminta ketua-ketua jabatan sekiranya belum melakukan rotation (penggiliran), adakanlah 'job rotation' bagi mengelakkan keletihan dan stres di kalangan petugas," kata Ali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan misi kedua sukarelawan pasca banjir Jabatan Perdana Menteri (JPM) seramai 450 orang ke Perak dan Pahang di dataran Masjid Putra, Putrajaya, Isnin.

Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Ali berkata penggiliran tugas itu juga harus dilakukan ketua-ketua jabatan terhadap petugas daripada beberapa agensi peringkat persekutuan, negeri dan daerah yang juga terlibat dalam misi bencana itu.

Beliau berkata langkah penggantian itu boleh dilaksanakan dengan mengambil penjawat awam daripada negeri-negeri lain bagi ditempatkan buat sementara waktu di kawasan yang dilanda banjir.

Dalam ucapan ringkasnya kepada para sukarelawan sebelum itu, Ali mahu mereka membuktikan slogan 'merakyatkan penjawat awam' bukan sekadar ungkapan dengan melaksanakan tugas sepenuh hati ketika membantu mangsa.

"Letakkanlah diri anda sendiri dalam keadaan mangsa, rasai perasaan mereka dan lakukanlah kerja sukarelawan ini sepenuh hati," katanya.

Misi sehingga Jumaat itu adalah kali kedua dihantar JPM, selepas misi pertama seramai 5,000 orang dilepaskan timbalan perdana menteri Isnin lepas.

--BERNAMA

10 Januari 2015

GAJI TAK MEMADAI

Harian Metro
Oleh Sofyan Rizal Ishak
sofyan.rizal@hmetro.com.my9/1/2015


Kuala Lumpur: Kadar kelayakan baru Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu dilihat baik untuk memudahkan kakitangan awam memiliki rumah namun ia tidak selari dengan gaji hakiki mereka ditambah pula dengan pasaran harga rumah tempatan yang sedang melambung tinggi pada masa kini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, keupayaan gaji kakitangan awam masa kini dilihat tidak mampu mencapai tahap kelayakan pinjaman yang sesuai dengan harga rumah semasa terutama jika lokasi kediaman terletak di kawasan bandar utama.
“Kerajaan perlu memastikan gaji kakitangan awam dan kadar kelayakan pinjaman selari dengan pasaran harga rumah semasa di samping mengawal kenaikan harga rumah supaya lebih ramai penjawat dan orang awam memiliki kediaman sendiri terutama ketika negara sedang berusaha mencapai taraf negara maju menjelang 2020,” katanya.
Beliau berkata, secara relatifnya kadar kelayakan baru itu dilihat baik untuk penjawat awam terutama ketika peningkatan harga rumah sejak kebelakangan ini di mana peningkatan itu sendiri datang daripada permintaan Cuepacs yang meminta kerajaan mengkaji balik kadar terbabit.
Menurutnya, kemudahan itu memang perkara positif buat penjawat awam cuma apa yang dibimbangkan adalah apabila terdapat sesetengah pihak akan menjadikan perkara ini sebagai satu perkara viral dan mengambil kesempatan daripada pelbagai aspek.
“Kami menyarankan kerajaan supaya mewujudkan dasar lebih kukuh untuk mengawal peningkatan harga rumah melalui pemilikan bank tanah di kawasan strategik, sekali gus membolehkan orang ramai termasuk penjawat awam memiliki kemudahan terbaik untuk membeli kediaman masing-masing,” katanya.

09 Januari 2015

PENIAGA PESISIR SUNGAI PAHANG YANG TERJEJAS BANJIR AKAN DBANTU - TPM

Bernama
8/1/2015

TEMERLOH, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan memberi bantuan jangka masa pendek dan panjang bagi membantu para peniaga di pesisir Sungai Pahang yang hilang mata pencarian akibat musibah banjir yang melanda daerah itu baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu, akan disegerakan agar para peniaga yang terjejas dapat memulakan aktiviti perniagaan dan membina semula kehidupan mereka.

"Saya sudah meninjau banyak tempat, kemusnahannya agak luar biasa dan ini adalah dugaan daripada Allah...dari sudut kerajaan kita tidak memandang rendah perkara ini.

"Bagi para peniaga ikan patin dan tilapia mungkin Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh bagi bantuan benih ikan...begitu juga agensi-agensi berkaitan seperti Tekun dan Amanah Ikhtiar boleh bagi pinjaman kepada mangsa banjir untuk memulakan semula perniagaan mereka yang terjejas," katanya semasa berucap pada majlis gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir di Taman Sri Lebak dekat sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau Puan Seri Noorainee Abd Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Muhyiddin turut menasihatkan agar mangsa banjir tabah menghadapi ujian ini.

"Kerajaan tidak akan mengambil ringan apa yang terjadi...dianggarkan 300,000 rakyat negara ini terjejas akibat bencana banjir yang melanda Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Perak dan Sabah.

"Ini jumlah yang paling besar dalam sejarah...Insya-Allah kita akan tangani masalah ini hingga selesai," katanya.

-- BERNAMA

08 Januari 2015

BANJIR : CUEPACS GESA MAJIKAN LANJUTKAN CUTI PEKERJA

 Utusan Malaysia
8 Jan 2015


TEMERLOH


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta majikan melulus atau melanjutkan cuti kepada kakitangan mereka yang menjadi mangsa anjir.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, hal demikian kerana pekerja terlibat memerlukan cuti dalam tempoh yang munasabah dan bersesuaian bagi menyelesaikan kesulitan pasca banjir.
Beliau berkata, berdasarkan kesan pasca banjir didapati para pekerja memerlukan lebih masa dan tenaga untuk membersihkan kediaman yang rosak dan dilitupi lumpur.
“Majikan wajar memberi peluang kepada kakitangan dan pekerja masing-masing melanjutkan cuti bagi membantu mereka memulihkan kehidupan,’’ katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dalam kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini hari ini
.
Azih berkata, senarai penjawat awam yang terlibat dengan banjir sedang dikumpulkan oleh jawatan kuasa khas kesatuan itu tetapi bancian awal mendapati jumlahnya adalah ramai.
“Banyak aduan daripada mangsa di seluruh negara yang sangat memerlukan bantuan mesin dan jentera bagi mengharungi peringkat pasca banjir,’’ ujar beliau. -

TEMERLOH 8 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta majikan melulus atau melanjutkan cuti kepada kakitangan mereka yang menjadi mangsa anjir.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, hal demikian kerana pekerja terlibat memerlukan cuti dalam tempoh yang munasabah dan bersesuaian bagi menyelesaikan kesulitan pasca banjir.
Beliau berkata, berdasarkan kesan pasca banjir didapati para pekerja memerlukan lebih masa dan tenaga untuk membersihkan kediaman yang rosak dan dilitupi lumpur.
“Majikan wajar memberi peluang kepada kakitangan dan pekerja masing-masing melanjutkan cuti bagi membantu mereka memulihkan kehidupan,’’ katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dalam kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini hari ini.
Azih berkata, senarai penjawat awam yang terlibat dengan banjir sedang dikumpulkan oleh jawatan kuasa khas kesatuan itu tetapi bancian awal mendapati jumlahnya adalah ramai.
“Banyak aduan daripada mangsa di seluruh negara yang sangat memerlukan bantuan mesin dan jentera bagi mengharungi peringkat pasca banjir,’’ ujar beliau. -
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/banjir-cuepacs-gesa-majikan-lanjutkan-cuti-pekerja-1.45839#sthash.LtqLS7Yd.dpuf

06 Januari 2015

KERAJAAN TAK AKAN POTONG GAJI PENJAWAT AWAM

Sinar Harian
6/1/2015


  • Shahidan Kassim Shahidan Kassim
1 / 1
SHAH ALAM - Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan  Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mengesyorkan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, dana bagi membantu mangsa banjir boleh dijalankan dengan mengutip derma bukan melalui kaedah pemotongan gaji penjawat awam.

"Saya tidak setuju. Mereka boleh kutip derma bukan paksa. Kerajaan tak akan potong," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Online, hari ini.

Semalam, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

"Kalau boleh sumbangan minima RM5 tetapi kalau lebih daripada itu, kita amat alu-alukan," katanya.

Azih berkata, Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk membeli peralatan sekolah termasuk pakaian seragam kepada pelajar yang terjejas dengan banjir.

"Masih ramai yang tiada baju sekolah, yang mana beli awal memang sudah rosak, nak beli untuk kali kedua duit pun sudah habis," katanya yang turut mencadangkan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditangguhkan.