SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Mac 2016

VIRAL SKIM PERKHDMATAN PALSU - CUEPACS

 Berita Harian
 28/3/2016














Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

KUALA LUMPUR: Pekeliling mengenai penambahbaikan lebih 250 skim perkhidmatan awam hanya akan diumumkan awal bulan depan. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata ia akan diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Katanya, mesej yang viral menerusi WhatApps mengenai penambahbaikan dan pemansuhan beberapa skim perkhidmatan membabitkan penjawat awam adalah tidak benar. "Saya minta semua penjawat awam tunggu sehingga perkara itu diumumkan.

 Segala mesej atau maklumat yang disampaikan sehingga viral di WhatApps oleh individu amat tidak bertanggungjawab. "Tindakan tidak beretika dengan menyebarkan mesej terbabit mampu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penjawat awam. Perkara ini sering berlaku, jadi saya harap mereka (penjawat awam) bersabar sehingga pekeliling keluar," katanya kepada ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Beliau mengulas mengenai mesej berangkai yang viral di WhatApps, antaranya lain menyentuh soal pemansuhan dan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam. Mengulas lanjut, Azih berkata, CUEPACS kali terakhir bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 14 Mac lalu bagi membincangkan penambahbaikan lebih 250 skim perkhidmatan untuk kebaikan penjawat aw

23 Mac 2016

JUJUR DALAM PEKERJAAN - CUEPACS

Bernama
22/3/2016



KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Penjawat awam perlu melaksanakan pekerjaan secara jujur dan telus serta menjauhi perbuatan rasuah, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Beliau berkata mereka tidak sepatutnya menggunakan alasan gaji yang tidak mencukupi untuk menerima rasuah kerana kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap golongan itu.

"Walaupun menghadapi kesusahan dari segi kewangan, kita tidak boleh mengambil jalan pintas dengan menerima rasuah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, sebagai penjawat awam yang berhemah, mereka perlu mempunyai integriti diri yang tinggi dan mengelakkan dari bersifat tamak.

"Sifat tamak merupakan antara faktor yang boleh mempengaruhi seseorang individu itu terlibat dalam gejala yang tidak bermoral itu," katanya menyentuh kes penyelewengan dan ketirisan wang kerajaan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu, sehingga kerajaan kerugian lebih RM100 juta.

Tambahnya, jika setiap orang (penjawat awam) berpegang kepada prinsip dan nilai keagamaan, perkara sedemikian tidak akan berlaku.

"CUEPACS berterima kasih kepada kerajan kerana walaupun kos sara hidup semakin meningkat dan keadaan ekonomi yang kurang baik, namun kerajaan tetap melaksanakan kenaikan gaji bagi penjawat awam," kata Azih.

-- BERNAMA

22 Mac 2016

CUEPACS MAHU P.PINANG BINA LEBIH BANYAK RUMAH HARGA BERPATUTAN

Bernama
21/3/2016



Datuk Azih Muda


GEORGE TOWN, 21 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan DAP Pulau Pinang membina lebih banyak rumah mampu milik dengan harga yang berpatutan untuk penjawat awam di negeri ini.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata harga rumah yang berpatutan seharusnya menjadi pertimbangan utama oleh kerajaan negeri kerana kebanyakan penjawat awam tidak mampu membeli rumah berharga RM400,000.

"Harapan kami supaya akhirnya ada rumah penjawat awam dapat dibina di negeri Pulau Pinang ini termasuk rumah-rumah lain yang boleh dan mampu dibeli pada harga berpatutan. Rumah yang berharga RM400,000 tak mampu dibeli oleh penjawat awam.

"Gaji sedia ada dengan kos sara hidup yang semakin meningkat termasuk perbelanjaan pendidikan anak-anak, sewa utiliti, logistik, nurseri memang tak mampu beli rumah harga RM400,000. Penjawat awam dalam kumpulan pelaksana mampu beli rumah berharga antara RM90,000 ke RM150,000," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat perkhidmatan awam dan isu-isu semasa bersama lebih 200 penjawat awam Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini Isnin.

Azih berkata kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan-badan bukan kerajaan perlu bekerjasama untuk membantu penjawat awam memiliki kediaman mereka sendiri dengan menambah bilangan rumah mampu milik pada harga yang berpatutan dan munasabah.

"Kami mahukan penjawat awam ini bukanlah selama-lamanya tinggal di kuarters atau rumah sewa. Kami mahu mereka juga sebelum bersara memiliki sekurang-kurangnya satu rumah kediaman mereka sendiri mengikut kemampuan mereka," katanya.

Sementara itu, Azih menyeru kerajaan untuk mempertimbang semula keputusan mengurangkan bekalan pakaian seragam kepada penjawat awam yang beruniform daripada tiga set setiap tahun kepada dua yang digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan bertajuk 'Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan' baru-baru ini.

Beliau berkata keputusan itu tidak wajar kerana mereka yang berkhidmat dalam bidang penguatkuasaan terdedah kepada tugas-tugas yang berisiko dan mencabar.

"Cuepacs merayu supaya perkara ini diberi pertimbangan semula dan dilepaskan daripada garis panduan ini dengan mengekalkan tiga set setiap tahun. Dua pasang untuk setahun bayangkanlah nak basuh, nak pakai kemudian basuh lagi. Kami bercadang supaya tiga pasang ini ditambah kepada empat pasang dan bukan dikurangkan," katanya.

Pekeliling Perbendaharaan oleh Kementerian Kewangan setebal 11 muka surat itu yang berkuat kuasa pada 1 Mac lalu, menggariskan 14 garis panduan, termasuk arahan kepada semua agensi untuk mengurangkan bilangan pakaian seragam daripada tiga set setiap tahun kepada dua.

Dalam pada itu, beliau berharap Kementerian Kewangan tidak mengasingkan Cuepacs untuk dipanggil berunding sebelum mengeluarkan sebarang pindaan terhadap Pekeliling Perbendaharaan yang melibatkan penjawat awam supaya keputusan yang diambil tidak memberi kesan kepada mereka.

Di IPOH, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meningkatkan jadual penyiraman pokok supaya tanaman di sekitar bandar ini kekal hidup dan segar berikutan cuaca panas akibat fenomena El Nino.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata jadual penyiraman pokok dan bunga di sekitar bandar raya ini ditingkatkan kepada dua kali setiap hari berbanding sekali sehari sebelum ini.

"(Penyiraman) ini termasuklah di stadium dan padang bola. Kita juga tumpukan di pesisir-pesisir jalan yang kita rasa mudah terbakar ekoran cuaca yang panas ketika ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

MBI juga mengarahkan anggota majlisnya untuk mengenal pasti kawasan yang dipercayai mudah terbakar terutamanya di kawasan rumput kering dan landskap seperti di bulatan jalan di bandar.

Zamri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau membuang puntung rokok di tepi lebuh raya yang boleh mengakibatkan kebakaran besar berpunca akibat rumput kering.

-- BERNAMA

19 Mac 2016

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2016

Media CUEPACS
19/3/2016


KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2016

NO SEBUTHARGA : BIL 1/2016                                      Tarikh :18 MAC 2016


KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………


Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.

1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 24 MAC 2016, tidak lewat dari jam 12.45 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No 1/2016

3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.

4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

5.       Sebutharga  hendaklah sah selama  30 HARI selepas itu.

6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.




BIL
PERKARA
HARGA SEUNIT
KUANTITI
JUMLAH HARGA

01





Membekal Baju Korporat dan mencetak logo CUEPACS di baju. Jenis kain Comb Cottons  warna merah (Pelbagai Saiz) :
                        Lelaki  : Wanita
                7XL :   1                
                6XL :   2 
                5XL :   8             3
                4XL :   10           4
                3XL :   90           43
                2XL :   270         86
                XL   :   570        158
                L     :   490        176
                M    :   138        130
                S     :   5           15
                XS   :                1
Catitan: Semua penender adalah dikehendaki untuk memberi contoh corak reka bentuk  Baju Korporat Comb Cottons warna merah dan warna tambahan bagi membentuk corak menarik dibenarkan (tidak di kembalikan)
  

2,200







Jumlah




Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………...............

……………………………………………………………………………………………………………...

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

Tandatangan dan cop penender             :……………………………………….

Alamat                   :………………………………………..

Tarikh :………………………………..                                        ……………………………………….

JANGAN TERLIBAT JATUHKAN KERAJAAN, NASIHAT CUEPACS

Sinar Harian
18/3/2016

JOHOR BAHRU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menasihatkan semua penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang himpunan menjatuhkan kerajaan. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Cuepacs menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.“Kita amat tidak bersetuju dengan cara-cara yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.
“Nasihat saya kepada penjawat awam supaya jangan ada penjawat awam terlibat sama. Kita berkhidmat dengan kerajaan, kita bukan terlibat dengan pihak politik,” katanya di sini, kelmarin.Azih berkata, Cuepacs mahu penjawat awam memberi tumpuan terhadap matlamat, kerjaya dan tugas masing-masing.
“Jangan terikut-ikut dengan sentimen tertentu sama ada hendak jatuhkan kerajaan, dengan adakan roadshow atau turun padang dan sebagainya. “Tunjukkan bahawa kita bekerja untuk pastikan ekonomi terus stabil, kerajaan terus mapan, mampu untuk beri kesejahteraan kepada rakyat. Itu lebih penting pada kita,” katanya.Azih berkata, Cuepacs tidak mampu memberikan pembelaan kepada mana-mana penjawat awam yang diambil tindakan tatatertib mengikut peruntukan Perintah Am Bab D.

17 Mac 2016

ANGGOTA CUEPACS DIMINTA TIDAK TERLIBAT PERHIMPUNAN 'DEKLARASI MAHATHIR'

Bernama
16/3/2016



JOHOR BAHARU, 16 Mac (Bernama) -- Anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) diminta supaya tidak terlibat dalam perhimpunan 'Deklarasi Mahathir' yang dijangka diadakan di Shah Alam, Selangor pada 27 Mac ini.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pihaknya menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sememangnya tidak bersetuju dengan perhimpunan itu.

"Kita tidak setuju dengan cara-cara yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan. Nasihat saya kepada penjawat awam, jangan ada dalam kalangan mereka terlibat sama.

"Kita berkhidmat dengan kerajaan dan bukannya terlibat dengan parti politik. Kita mahu penjawat awam ini tumpukan matlamat dan kerjaya kepada tugas mereka (dan) jangan terikut-ikut dengan sentimen tertentu seperti menjatuhkan kerajaan," katanya selepas menghadiri taklimat isu semasa oleh Cuepacs yang dihadiri kira-kira 200 penjawat awam di sini Rabu.

Azih berkata penjawat awam seharusnya sedar bahawa tugas mereka adalah untuk berkhidmat kepada kerajaan dan memastikan ekonomi negara stabil, sekaligus mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Beliau berkata sekiranya ada penjawat awam yang masih berdegil dan turut terlibat dalam perhimpunan itu, mereka akan berhadapan dengan risiko dibuang kerja di bawah tatatertib 4B.

-- BERNAMA

14 Mac 2016

KESATUAN MAJIKAN PERLU BANTU DAPATKAN PEKERJA ASING SEDIA ADA - MUSTAPA

Bernama
13/3/.2016


KOTA BAHARU, 13 Mac (Bernama) -- Kesatuan majikan diharap dapat membantu majikan yang ingin menggaji pekerja asing sedia ada yang tiada dokumen sah berikutan keputusan Kabinet menghentikan pengambilan baharu pekerja asing ke negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan kerajaan itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi mengelak terjejasnya sektor industri dan sektor lain yang memerlukan tenaga kerja.

"Mana-mana syarikat yang memerlukan pekerja asing perlu mendapatkannya daripada pekerja asing tanpa izin sedia ada yang akan 'diputihkan', harus ada komunikasi antara majikan dan pihak berkaitan supaya dalam tempoh peralihan ini apabila ada isu berbangkit tindakan sewajarnya boleh diambil," katanya.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kajian Pertengahan Penggal Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Sesi 2014-2017 di sini, hari ini yang turut dihadiri Presiden NUTP Hashim Adnan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memutuskan tidak akan mengambil pekerja asing baharu untuk dibawa masuk ke negara ini, berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata ketetapan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet Jumaat lepas itu tidak melibatkan sektor pembantu rumah dan mana-mana majikan yang mahu menggaji pekerja asing hendaklah mengambil pekerja sedia ada di negara ini termasuk mereka yang telah tamat tempoh visa pekerjaan.

Mustapa juga berkata majikan juga perlu memberi keutamaan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Sementara itu, Azih menyarankan kesatuan majikan membantu menyediakan pekerjaan kepada rakyat dengan tawaran gaji yang baik serta faedah lain.

Beliau juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah anggota Jabatan Imigresen yang kini seramai 13,000 orang bagi mengawal sempadan negara dengan lebih berkesan.

"Kalau kita mahukan sempadan yang luas ini tidak bolos, operasi sentiasa berkesan, bilangan anggota Imigresen perlu ditambah.

"Kita tidak boleh bergantung kepada agensi penguatkuasa yang lain di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) seperti Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) kerana Imigresen sendiri yang mempunyai kuasa ke atas perkara tersebut," katanya.

-- BERNAMA

09 Mac 2016

CUEPACS BANTAH PEMBEKUAN BARU JAWATAN SEKTOR AWAM


Bernama
7/3/2016



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah tindakan kerajaan membekukan pengambilan penjawat awam dengan tidak membenarkan pewujudan jawatan baharu berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata keputusan kerajaan yang diambil oleh Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Pekeliling Perbendaharaan bertajuk "Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan" membawa implikasi sosial dan ekonomi yang negatif kepada negara.
"Cuepacs tidak bersetuju tindakan MOF dan akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meminta perkara ini dikaji semula," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Perkhidmatan Awam anjuran Cuepacs Sarawak oleh Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin di Miri hari ini.
Azih berkata Cuepacs kecewa tindakan MOF yang membuat keputusan itu tanpa sebarang perbincangan dilakukan memandangkan impak negatif arahan tersebut lebih kepada kebajikan kakitangan bawahan dan bukan kakitangan atasan.
Beliau berkata impak sosial yang bakal dialami oleh negara ialah masalah pengangguran bakal meningkat terutama individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan sijil lain.
Azih berkata dari sudut ekonomi tindakan itu akan melambatkan lagi proses pemulihan ekonomi berikutan kekurangan kritikal kakitangan awam untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut jadual terutama jika ia melibatkan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
"Cuepacs meminta pegawai MOF yang bertugas di Putrajaya turun padang melihat sendiri keadaan di kawasan-kawasan tertentu di seluruh negara sebelum mengeluarkan garis panduan berkenaan," katanya.
Beliau berkata ada sesetengah kawasan, terutama sekali di luar bandar dan pedalaman, memerlukan petugas yang ramai kerana keluasan dan kedudukan geografi kawasan tempat berkhidmat seperti Sarawak dan Sabah.
"Saya bagi contoh kalau pejabat hanya ada seorang pembantu tadbir iaitu seorang wanita yang sarat mengandung, selepas melahirkan anak cuti tiga bulan, siapa yang menggantikannya dalam tempoh tiga bulan kalau tiada jawatan yang sama dengannya,sebab itu dalam keadaan tertentu jawatan baharu tidak boleh dibekukan kerana faktor tersebut," katanya.
Pekeliling Perbendaharaan setebal 11 muka surat itu, menggariskan 14 garis panduan, antaranya pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tiada implikasi kewangan tambahan.
Pekeliling itu juga mengarahkan pewujudan jawatan baharu bagi jawatan kritikal yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil negara, dilaksanakan dengan kawalan ketat.
Bagi konsep pindah butiran, ia mesti diberi keutamaan bagi projek-projek baharu yang telah siap seperti sekolah, hospital/ klinik, balai polis dan sebagainya untuk memastikan agihan penempatan pegawai dibuat berdasarkan fungsi/ kepakaran dan permintaan pelanggan
Pekeliling itu mengarahkan jawatan kosong yang tidak diisikan melebihi dua tahun, dimansuhkan.
"Kami juga tidak setuju mengenai perkara Elaun Lebih Masa yang semakin diperketatkan prosedur dalam pekeliling ini, akan menyukarkan kelicinan perjalanan tugasan berikutan kerenah birokrasi," katanya.
Azih berkata Cuepacs baru mendapat tahu mengenai pekeliling itu semalam setelah ia dimuat naik dalam laman web MOF.
- Bernama

08 Mac 2016

CUEPACS, ENOUGH WITH YOU SHENANIGANS ALREADY

Free Malaysia
8/3/2016
By TK Chua

When politicians engage in endless quarrels, policy issues go on autopilot. I am referring to the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) and its recent shenanigans.
First Cuepacs demanded PTPTN go slow when recovering loans from government servants. Then it defended the right of civil servants to borrow endlessly – from the government, banks, cooperatives and now even from Ah Long. They presented their arguments as if civil servants were the only ones having to confront the dilemma of insufficient income versus the high cost of living.
Now Cuepacs is protesting the freeze in new jobs in the civil service, arguing that the measure will have serious social and economic implications on the economy.
Since when did Cuepacs ever offer one good suggestion other than its myopic demands that are more about self-preservation?
Please grow up, Cuepacs. The government is not your uncle able to continue creating unlimited, meaningless jobs in the public sector. Yes, please get it right – many “jobs” in the public sector are not only unproductive, they are outright meaningless. They add nothing but disservice to the economy. Hence, by reducing the number of jobs in the public service, economic output may actually go up.
Having nearly two million civil servants in the public service is an indication that Malaysia is not a country facing a labour shortage. Yet we have allowed millions of foreign workers into the country to do the jobs we Malaysians should be doing. Tacitly, we have allowed the civil service to expand to absorb our unwanted workers.
Have we ever asked why the number of civil servants has continued to increase when we have privatisation, outsourcing and an increasing number of consultants? Just look at JKR (Public Works Department). In the past, this department was the lifeblood of government infrastructure development. It handled everything in-house such as maintaining roads, government vehicles, schools, hospitals and office buildings throughout the country. May I know what the department is doing now despite its increasing number of engineers and technicians with stratosphere grades?
The same applies to government hospitals. How many hospital services have been outsourced to private contractors with dire consequences? Have we not heard of lifts and air conditioning units in ICUs not working recently? Outsourcing, if not properly implemented, is a form of transferring inefficiency from government departments to private contractors with an added layer of corruption thrown in.
Then we have a stream of highly paid consultants, who are supposed to catapult us into a high income economy. But what earth-shattering policies and programmes have they come up with thus far? While consultants have a field day, the number of superscale officers in civil service has continued to increase at alarming rates.
Former senior government servants may be able to testify to this. In the past, major government policies and programmes, including the New Economic Policy, were formulated and drafted by government servants. Now may I know what senior government servants are doing each day other than farming out work to consultants, some of whom are still wet behind the ears?
Public service is an economic function. Public servants must do meaningful work, not just pretend to work. There is only so much “slack” an economy can take. I think we have reached the tipping point.
So stop the nonsense, Cuepacs – it is time to make the civil service lean and mean again.
TK Chua is an FMT reader.

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM TINGGAL DI KUARTERS TIDAK DIKENAKAN POTONGAN ITP

Bernama
7/3/2016



MIRI, 7 Mac (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda mahu pemotongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dihentikan sekiranya kerajaan tidak mampu menyelenggara kuarters tersebut.
"Saya cadangkan guna konsep sewa dengan kadar yang rendah. Ini lebih adil kerana ianya membolehkan penjawat awam menyelenggara sendiri kuarters dengan menggunakan wang ITP," katanya.

Beliau diminta mengulas rungutan penjawat awam di sini yang kuarters mereka duduki uzur dan tiada penyelenggaraan dibuat ekoran tiada peruntukan.

Azih berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan.

Penjawat awam kini menerima imbuhan ITP antara RM300 hingga RM3,000 bergantung kepada gred jawatan dan lokasi kediaman mereka, tetapi pada kadar 25 peratus bagi yang menduduki kuarters.



-- BERNAMA

07 Mac 2016

BEKAS PRESIDEN CUEPACS SERU PERKHIDMATAN AWAM LIPAT GANDAKAN USAHA BANGUNKAN NEGARA

Bernama
6/3/2016



KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Perkhidmatan awam, yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara ini, perlu melipatgandakan usahanya untuk mendorong rakyat ke arah menjayakan misi meningkatkan pembangunan negara, kata bekas presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) A. Ragunathan.
Beliau berkata, sebagai pihak yang bebas daripada politik, perkhidmatan awam juga perlu menunaikan tanggungjawabnya secara lebih berdedikasi dan ikhlas, lebih-lebih lagi dalam menghadapi keadaan yang mencabar ketika ini.

"Saya amat berharap serta berdoa agar negara kita yang indah ini akan terus maju dan mencapai matlamat yang diharapkan iaitu menjadi sebuah negara maju," kata veteran kesatuan sekerja itu kepada Bernama di sini Ahad.

Ragunathan, 80, yang berada di barisan hadapan dalam usaha memajukan perkhidmatan awam dari 1970-an hingga 1990-an, berkata setiap rakyat Malaysia perlu berpadu tenaga dan fikiran untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi dalam mengharungi suasana ekonomi yang mencabar ketika ini.

-- BERNAMA

05 Mac 2016

KPKT CADANG TUBUH AGENSI BAHARU KOODINASI PEMBINAAN PERUMAHAN RAKYAT, KUARTERS

Bernama
4/3/2016



Oleh Norhayati Mohd Akhir


KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam masa terdekat akan mencadangkan agar kerajaan menubuhkan agensi baharu bagi mengawal selia proses pembinaan perumahan meliputi perumahan rakyat dan kuarters penjawat awam di negara ini.


Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata agensi itu kelak berperanan mengkoordinasi tanggungjawab beberapa entiti seperti Perbadanan PR1MA Malaysia, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab membina perumahan kos rendah dan sederhana.


Selain itu katanya, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan mana-mana jabatan kerajaan lain yang menyediakan kuarters juga perlu berada di bawah seliaan agensi baharu itu.


"Kita ada banyak agensi. Kena kumpul kepada satu agensi untuk seliakan peranan tersebut. Perlu ada satu koordinasi sebab banyak jabatan yang jaga pasal perumahan rakyat termasuk kuarters," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Jumaat.


Abdul Rahman berkata demikian sebagai cadangan kepada persetujuan kerajaan meneliti semula Dasar Perumahan Negara terutama aspek harga hartanah yang dicadang ditentukan kerajaan dan bukan daripada aktiviti permintaan atau penawaran dalam pasaran.


Rabu lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh melakukan kawalan harga secara berhemah dengan mengambil kira beberapa elemen seperti lokasi dan jenis rumah.


Menurut Ahmad Zahid, keputusan itu munasabah bukan hanya untuk kepentingan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili 1.6 juta penjawat awam tetapi juga pembelaan untuk orang ramai.


Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata kementerian sememangnya mempunyai pelbagai agenda bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah khususnya penjawat awam di negara ini memiliki dan mendiami rumah sendiri.


Beliau berkata pihaknya bercadang mewujudkan bank tanah atau pembelian tanah menggunakan peruntukan kerajaan terlebih dahulu bagi membina perumahan rakyat sebelum membayar semula kepada kerajaan selepas projek terbabit siap dibina.


"Kami banyak bincang mengenai isu berkaitan perumahan rakyat. Kalau wujudkan bank tanah, nilai wang yang dipinjam daripada kerajaan untuk beli tanah tidak akan susut malah makin bertambah kerana harga hartanah tidak akan susut sama sekali," katanya.


Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata campur tangan kerajaan bagi memastikan harga rumah terkawal mampu mengelak spekulasi harga yang menjadi penghalang isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) untuk memiliki rumah pada harga berpatutan.


"Kami harap dasar baharu itu kelak membela nasib golongan tersebut. Memang kena ada campur tangan kerajaan kerana harga rumah melambung dengan mendadak sehingga penjawat awam tidak mampu untuk membeli rumah.
Ini penting untuk pastikan sistem penentuan harga rumah tidak hanya dikawal oleh pihak swasta sahaja," katanya.

Turut senada dengan Azih, Naib Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Siti Rahayu Zakaria berkata dasar perumahan yang diperkenal pada 2011 itu sememangnya perlu diteliti semula selaras peredaran masa serta keadaan ekonomi rakyat.

Katanya penelitian semula dasar itu berupaya memenuhi keperluan semasa bertepatan dengan paras pendapatan rakyat.


"Rumah merupakan keperluan asas yang tidak boleh lagi ditentukan oleh pasaran bebas. Keputusan kerajaan tepat pada masanya bagi meneliti semula harga rumah yang ditentukan pihak swasta dan syarikat perumahan.


"Kami tidak mahu istilah 'rumah mampu tengok' kekal sehingga ke generasi akan datang," katanya.

-- BERNAMA

04 Mac 2016

KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM TETAP DILAKSANAKAN 1 JULAI INI - KSN

Bernama
3/3/2016



Tan Sri Dr Ali Hamsa


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan tetap melaksanakan kenaikan satu tangga gaji bagi 1.4 juta penjawat awam pada 1 Julai ini seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2016, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,200 sebulan juga akan dilaksanakan pada tarikh sama.

"Kerajaan juga tidak akan berhentikan penjawat awam termasuk mereka yang dilantik secara kontrak," katanya semasa menutup Konvensyen Perumahan Penjawat Awam bertema 'Rumah Idaman Menjamin Kualiti Hidup' di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Ali berkata kesemua inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat terutamanya penjawat awam walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan amat turut mengambil berat dalam isu kebajikan mereka dengan melaksanakan program perumahan seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang diperkenal sejak 2013.

"Setakat ini, sebanyak 300 unit rumah berharga RM90,000 telah diluluskan untuk pembinaan, dan unit-unit ini dikhaskan kepada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,2000 sebulan.

"Namun, kerajaan akan kaji semula (perkara ini) agar lebih ramai penjawat awam dari golongan ini dapat memiliki rumah," katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak 48,695 unit PPA1M telah diluluskan dan sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Pada majlis itu, Azih menyerahkan senarai 15 resolusi kepada Ali untuk kerajaan mengkaji semula Dasar Perumahan Negara 2011.

Antara intipati resolusi itu, yang merupakan hasil perbincangan bersama antara Cuepacs dan ANGKASA, adalah memastikan semua penjawat awam khasnya kumpulan B40/M40 mampu memiliki rumah idaman bagi menjamin kualiti hidup.

Selain itu Cuepacs dan ANGKASA meminta kerajaan mengkaji semula Akta dan Peraturan Perumahan serta Akta Kanun Tanah Negara, mewujudkan bank tanah dan bank data perumahan negara.

03 Mac 2016

KERAJAAN DIMINTA BEKU TANAH DI PINGGIR BANDAR - JOHARI

Bernama
2/3/2016


KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kementerian Kewangan meminta kerajaan membekukan pemberian tanah kerajaan di pinggir bandar kepada syarikat swasta bagi pembangunan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pembangunan perumahan itu seharusnya diberikan kepada agensi berkaitan kerajaan seperti Perbadanan PR1MA Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Bhd.

"Kita kena tentukan sama ada tanah itu untuk masyarakat yang berpendapatan rendah, pertengahan atau tinggi. Yang berpendapatan tinggi tidak ada masalah bagi pembelian rumah.

"Yang penting sekarang, bagaimana kita menampung kehendak masyarakat bawahan dan pertengahan yang tidak mampu membeli rumah yang berharga lebih RM300,000," katanya kepada Bernama hari ini.

Johari berkata, pembangunan perumahan bagi golongan bawahan dan pertengahan memerlukan campur tangan kerajaan agar mereka berpeluang memiliki rumah.

"Hari ini, kalau graduan bergaji RM3,000 nak bayar rumah, 50 peratus sudah habis, berbanding dulu bayaran rumah hanya 10 peratus. Ini tidak memberi manfaat dari segi ekonomi kepada golongan muda," katanya.

Kerajaan hari ini telah bersetuju untuk meneliti semula Dasar Perumahan Negara, terutama berkaitan aspek harga hartanah yang dicadang ditentukan kerajaan, bukan semata-mata oleh aktiviti permintaan dan penawaran pasaran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan bank tanah adalah wajar bagi memperoleh tanah di kawasan strategik bagi projek perumahan penjawat awam pada masa depan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Cuepacs agar kerajaan mengkaji dan merombak semula Dasar Perumahan Negara.

Menurutnya, beliau akan membawa semua cadangan dan pandangan Cuepacs itu ke mesyuarat jemaah menteri minggu depan untuk dipertimbangkan.

-- BERNAMA

KERAJAAN SETUJU TELITI SEMULA DASAR PERUMHAN NEGARA - AHMAD ZAHID

Bernama
2/3/2016




Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) menelitii model Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 di sini Rabu


KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meneliti semula Dasar Perumahan Negara terutama berkaitan aspek harga hartanah itu yang dicadang ditentukan kerajaan, bukan semata-mata oleh aktiviti permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh melakukan kawalan harga secara berhemah dengan mengambil kira elemen-elemen tertentu seperti lokasi dan jenis rumah.

"Ini adalah munasabah bukan hanya untuk kepentingan (anggota) Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhdimatan Awam), tapi pembelaan untuk orang ramai juga walaupun mereka di luar bidang Cuepacs tetapi saya fikir Cuepacs mewakili 1.6 juta penjawat awam.

"Lontaran (cadangan) sedemikian bukan bertujuan menolak dasar kehendak pasaran tapi melihat harga yang meningkat dengan kadar segera yang tidak memberi kemampuan kepada bakal pembeli akan menyebabkan dasar pemilikan rumah gagal," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 di sini Rabu.

Terdahulu pada majlis itu, dalam ucapannya, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda mencadangkan agar kerajaan mengkaji dan merombak semula Dasar Perumahan Negara yang dilihat sudah tidak relevan terutama kepada penjawat awam untuk memiliki rumah.

Azih turut mengemukakan beberapa cadangan lain termasuk meminta campur tangan kerajaan dalam menentukan harga rumah dan mahu kerajaan menubuhkan bank tanah untuk membeli tanah di kawasan strategik untuk pembinaan perumahan penjawat awam pada masa akan datang.

Beliau turut mencadangkan kerajaan memansuhkan caj duti setem yang dikenakan kepada penjawat awam yang membeli rumah pertama menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.

Dalam ucapan perasmian majlis itu, Ahmad Zahid berkata adalah amat munasabah untuk kerajaan memberi respons terhadap semua cadangan daripada pihak Cuepacs demi kepentingan penjawat awam untuk memiliki rumah.

Katanya beliau sendiri akan membawa semua cadangan dan pandangan Cuepacs itu sebagai kertas nota ke mesyuarat jemaah menteri pada minggu depan untuk dipertimbangkan.

Mengulas lanjut mengenai cadangan itu, Ahmad Zahid berkata adalah wajar untuk menubuhkan bank tanah bertujuan memperoleh tanah-tanah di kawasan strategik bagi membina perumahan penjawat awam pada masa akan datang.

Langkah itu, katanya, juga bagi memenuhi azam kerajaan yang berhasrat memastikan 100 peratus penjawat awam dapat memiliki rumah sendiri sebelum bersara nanti.

"Dalam hal ini, apa yang disebut oleh Datuk Azih tadi bahawa Dasar Perumahan Negara kurang relevan pada masa sekarang, saya amat menyokong terutama berkaitan penjawat awam yang kurang mampu untuk membeli.

"Saya tidak mahu kumpulan B40 dan M40 dilihat sebagai pemakai kain singkat, tarik kain bahagian bawah nampak bahagian atas, tarik bahagian atas nampak bahagian bawah, jangan jadikan penjawat awam pemakai kain singkat," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid menggesa Jabatan Perumahan Negara segera mengambil tindakan terhadap 18 projek perumahan di bawah tanggungjawab jabatan itu yang terbengkalai di mana kebanyakannya telah dibeli penjawat awam termasuk anggota tentera.

Katanya, projek berkenaan termasuklah 12 daripadanya di Kelantan, terbengkalai, menyebabkan pembeli terbeban kerana terpaksa membayar ansuran pinjaman bagi rumah yang belum dapat diduduki dan perbelanjaan sewa rumah bagi kediaman semasa.

"Oleh demikian kita jangan meletakkan kesalahan ini kepada kerajaan tapi kita hendaklah menentukan pemaju perumahan telah gagal siapkan rumah berkenaan dan pembeli terbeban kerana terpaksa bayar kos pinjaman dan kos sewa rumah," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menggesa pembeli rumah projek terbengkalai berpakat beramai-ramai mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat pemaju yang gagal menyiapkan projek tersebut.

Konvensyen Perumahan Penjawat Awam dua hari anjuran Cuepacs dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) bermula hari ini dan disertai lebih 1,000 penjawat awam.

Bertemakan 'Rumah Idaman Menjamin Kualiti Hidup' ia bertujuan membincangkan isu-isu dan permasalahan serta cabaran berkaitan perumahan untuk penjawat awam dan mengemukakan resolusi penyelesaian kepada kerajaan.

-- BERNAMA