SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Mac 2016

JANGAN TERLIBAT JATUHKAN KERAJAAN, NASIHAT CUEPACS

Sinar Harian
18/3/2016

JOHOR BAHRU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menasihatkan semua penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang himpunan menjatuhkan kerajaan. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Cuepacs menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.“Kita amat tidak bersetuju dengan cara-cara yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.
“Nasihat saya kepada penjawat awam supaya jangan ada penjawat awam terlibat sama. Kita berkhidmat dengan kerajaan, kita bukan terlibat dengan pihak politik,” katanya di sini, kelmarin.Azih berkata, Cuepacs mahu penjawat awam memberi tumpuan terhadap matlamat, kerjaya dan tugas masing-masing.
“Jangan terikut-ikut dengan sentimen tertentu sama ada hendak jatuhkan kerajaan, dengan adakan roadshow atau turun padang dan sebagainya. “Tunjukkan bahawa kita bekerja untuk pastikan ekonomi terus stabil, kerajaan terus mapan, mampu untuk beri kesejahteraan kepada rakyat. Itu lebih penting pada kita,” katanya.Azih berkata, Cuepacs tidak mampu memberikan pembelaan kepada mana-mana penjawat awam yang diambil tindakan tatatertib mengikut peruntukan Perintah Am Bab D.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Bagaimana pula dengan golongan PTD yang datang ke surau surau dan masjid masjid untuk mengadakan tazkirah / kuliah tetapi sebaliknya memburukkan kerajaan pemerintah.

Ini yang wajar diambil perhatian oleh pihak tertentu bagi membendung keadaan ini dari berterusan.

Soal rahsia kerajaan juga wajib dijaga oleh PTD yang memberi kuliah / tazkirah.Bukan membiarkan sahaja.Ada PTD yang memberi kuliah mendedahkan rahsia kerajaan kepada jemaah surau dan masjid.

Sebagai contoh PTD dari kementerian pelajaran,PTD dari JAKIM,Mantan timbalan pesuruhjaya SPRM memberi kuliah sekitar SEPANG dengan mendedahkan kepada jemaah surau dan masjid.

Bukankah cara ini terdedahnya atau tersebarnya segala rahsia kerajaan yang sewajibnya dijaga oleh PTD iaitu pegawai tadbir dan diplomatik.

Mahmood Adam berkata...

takleh salahkan ptd sebab yang silap adalah kerajaan sendiri yang memberi muka dan menatang kumpulan 'little napoleon' ni macam minyak penuh. puak2 ni juga yang kawal perkhidmatan awam, duduk pada takhta tertinggi, buat pengambilan, buat dasar, buat kewangan dan sebagainya. apabila mereka jadi duri dalam daging, seharusnya mereka ini diberi keutamaan dalam "dasar pemisah" dahulu. ni sibuk nak cari salah kumpulan sokongan, walhal yang menyebabkan pentadbiran kerajaan huru hara kucar kacir adalah ptd dan suku sakatnya jua.