SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Mei 2010

KAKITANGAN AWAM PERLU UBAH SIKAP NEGATIF DEMI MANFAAT RAKYAT

Bernama
2010/05/31




SEJAK kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan kakitangan awam banyak dibicarakan. Bermula dari kakitangan sokongan hinggalah di kalangan pengurusan dan profesional. Terbaru, isu penipuan sijil sakit kakitangan awam. Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka dan memberikan pelbagai cadangan untuk mengatasi masalah ini.
Namun, bagi saya secara jujurnya hanya sikap kakitangan awam itu yang mampu mengubah situasi ini. Selagi ada sikap berasa selesa dengan kedudukan dan jaminan dalam perjawatan dipegang selagi itulah penipuan akan terus berlaku.
Sebelum isu penipuan sijil cuti sakit ini, kakitangan awam ada mengutarakan isu jadual gaji mereka melalui Cuepacs dan meminta kerajaan mengkaji semula pendapatan mereka. Alasan masih sama seperti tuntutan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu sebagai dorongan dan memberikan semangat kepada mereka untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Namun, apa yang pasti mutu perkhidmatan kakitangan awam masih lagi berada di takuk lama. Sebelum ini, mereka ada juga menuntut pelbagai insentif, dan apabila kerajaan memenuhi tuntutan mereka adakah ia berbaloi? Adakah mutu perkhidmatan kita dalam perkhidmatan awam meningkat? Saya tidak bermaksud untuk menyatakan tuntutan yang dibuat itu salah dan menuding kepada keseluruhan kakitangan awam, tetapi biarlah dengan apa yang kerajaan berikan berbaloi dan berkesan. Rakyat di negara ini juga sedia maklum bahawa mutu perkhidmatan kakitangan awam sememangnya masih tidak memuaskan kerana kita juga pernah berurusan dengan mereka. Dalam sebuah lagu Inggeris ada menyebut What you give, you get back. Sepatutnya kita semua perlu faham bahawa setiap yang kita berikan, kita akan mendapat kembali walau dalam apa bentuk sekalipun. Namun, kita dalam perkhidmatan awam sekarang sudah terbalik, kita ingin mendapatkan dulu baru kita memberi. Walhal apa yang kita berikan itu tidak setimpal dengan apa yang kita dapat. Tanya dan lihatlah sendiri di tempat bertugas kita berapa ramai antara kita apabila masuk waktu bekerja kita sudah berada di tempat duduk dan memegang pen untuk memulakan tugasan? Akhir sekali, saya berharap kita semua boleh bermuhasabah diri. Jika kita berasa kita teruk dengan tugasan kita, berbanding gaji dibayar ingatlah ada orang lebih teruk daripada kita di luar sana. Jujurlah dalam kehidupan dan pekerjaan kerana melalui kejujuran keberkatan rezeki akan datang dan membolehkan kita merasa cukup dengan apa yang kita terima.


JAI,
Bandar Jengka,
Pahang.

29 Mei 2010

PEMBEKUAN AMAH INDONESIA DITARIK BALIK LIMA MINGGU LAGI

Berita Harian
28/5/2010



PUTRAJAYA 27 Mei - Malaysia dan Indonesia akan memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung isu pembantu rumah dalam masa lima minggu lagi.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pindaan MoU sedia ada dijangka mengubah pendirian republik itu berhubung pembekuan penghantaran pembantu rumah warganya ke negara ini.
Katanya, MoU tersebut akan memberi tumpuan kepada isu pemberian cuti sehari seminggu, kebenaran memegang pasport sendiri serta bayaran gaji yang dipersetujui melalui rundingan antara majikan dengan pekerja yang akan dimasukkan dalam kontrak.
''Pindaan kepada MoU sedia ada ini merangkumi beberapa perubahan baru dan kita jangkakan akan ditandatangani dalam masa lima atau enam minggu lagi.
''Kita berharap selepas perjanjian ini ditandatangani, pembekuan terhadap kemasukan pembantu rumah akan dibatalkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di sini hari ini.
Pada 25 Jun tahun lalu, Jakarta mengeluarkan arahan pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berikutan banyak aduan mengenai pembantu rumah didera oleh majikan.
Bagaimanapun, Kuala Lumpur menjangkakan penggantungan sementara penghantaran pembantu rumah Indonesia ke negara ini akan ditarik balik berikutan hasil rundingan tahunan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada 18 Mei lalu.
Menerusi rundingan itu, kedua-dua negara mencapai persetujuan dalam pemberian cuti sehari seminggu serta kebenaran pembantu rumah memegang pasport mereka sendiri.
Dalam pada itu, Subramaniam berkata, kerajaan juga sedang mewujudkan beberapa dasar baru mengenai pekerja asing di negara ini menerusi beberapa cadangan yang dibuat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin.
''Jawatankuasa menerima hakikat bahawa negara masih memerlukan pekerja asing tetapi kita perlu mencari cara dan langkah untuk mengehadkan kepada satu jumlah yang munasabah dan menguruskan mereka secara lebih baik," katanya.
Mengenai mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, Subramaniam berkata, ahli jawatankuasa mesyuarat yang terdiri daripada wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersetuju meminda beberapa akta termasuk Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja supaya selari dengan kehendak semasa.
''Pindaan ini bertujuan memastikan negara setanding negara lain dalam mewujudkan peluang baru kepada rakyat di samping mewujudkan kerjaya berprestasi dan berpendapatan tinggi," katanya.
Mengenai isu keciciran pelajar cemerlang ke matrikulasi dan ketiadaan peluang mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Subramaniam berkata, kementerian akan berbincang dengan kementerian dan jabatan berkenaan untuk menyelesaikan isu terbabit.

SYOR KAKITANGAN AWAM LAHIR ANAK KEENAM DIBERI GAJI PENUH

Berita Harian
2010/05/29





SAYA ingin menyuarakan pandangan berhubung kebanyakan kakitangan awam mempunyai anak ramai. Apa yang ingin diperkatakan ialah mengenai cuti tanpa gaji yang terpaksa diambil kakitangan awam untuk bersalin kali keenam dan seterusnya. Dengan kos sara hidup terus meningkat, bilangan anak ramai serta tidak dibayar gaji untuk tempoh dua bulan amat memeritkan walaupun bukan itu yang diminta kerana anak anugerah Allah.
Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan mengambil berat serta meminda pekeliling agar dapat meringankan kakitangan yang mempunyai anak ramai supaya cuti bersalin bergaji penuh diberikan kepada mereka yang melahirkan anak keenam dan seterusnya.
Saya mencadangkan tidak perlu kaji cuti bersalin sehingga 90 hari, cukuplah dengan 60 hari yang dilaksanakan ketika ini. Apa guna diberi cuti bersalin sehingga 90 hari tapi tidak bergaji? Apa yang perlu diberi perhatian ialah nasib kakitangan awam tidak dibayar gaji bila melahirkan anak keenam dan seterusnya. Saya berharap kerajaan mengkaji semula perkara ini dan renungilah masalah kakitangan berpendapatan rendah dan mempunyai anak ramai. Perbelanjaan mengurus kian meningkat dan kami juga memerlukan pembelaan.

TAK SEMPAT BERSALIN,
Ipoh, Perak.

PERJUANGAN CUEPACS PATUT SAMA RATA

Berita Harian
2010/05/29



SAYA tertarik dengan luahan Wong Khoo Lai dari Kulai, Johor terhadap perjuangan Cuepacs berkaitan penjawat awam dalam kategori pengurusan dan profesional dalam ruangan ini. Pada pendapat saya, dalam keghairahan Cuepacs memperjuangkan nasib kumpulan sokongan satu dan dua, jangan dilupakan nasib kakitangan pengurusan dan profesional terutama gred 41 kerana kumpulan ini berada di tengah-tengah.
Dalam kenaikan gaji sebelum ini, kumpulan sokongan mendapat kenaikan antara 25 hingga 35 peratus, tetapi bagi gred 41 cuma 10 peratus.
Cuba bayangkan di saat penjawat awam kumpulan sokongan bergembira dengan kenaikan, kumpulan ini cuma berpuas hati dengan kenaikan RM160, sedangkan gred 36 dan 38 dapat kenaikan lebih. Bagi kami yang baru berkhidmat atau dinaikkan pangkat hanya bersyukur dengan apa yang kami dapat saja. Untuk makluman Cuepacs, kami di gred 41 tidak layak menuntut elaun lebih masa walaupun kami terpaksa bekerja lewat malam atau kelepasan am, berbanding kumpulan sokongan satu dan dua yang layak tuntut elaun lebih masa. Ada antara kami yang menyambung pelajaran bagi menambah kemahiran dan pengetahuan pada peringkat sarjana, namun apabila kami sudah menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah sarjana, gaji kami masih pada takuk lama. Sepatutnya, ada sedikit anjakan gaji sebagai ganjaran terhadap pengorbanan dilakukan. Kami korbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menambah ilmu untuk meningkatkan lagi mutu kerja. Cuepacs juga harus memperjuangkan kenaikan pangkat kumpulan pengurusan dan profesional ini sama rata tidak kira apa skim seperti pegawai tadbir dan diplomatik, doktor, cikgu yang kenaikan pangkat mereka sudah ditetapkan.


AMIRUL,
Bangsar,
Kuala Lumpur

BENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar dan Adli Shahar
2010/05/29


Kerajaan perlu tingkat penguatkuasaan elak peniaga ambil kesempatan


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak yang mewakili golongan masyarakat di negara ini termasuk kesatuan sekerja dan persatuan pengguna meminta kerajaan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi membendung kenaikan harga apabila subsidi dikurangkan secara berperingkat mulai tahun ini. Mereka berpendapat, langkah sedemikian untuk memastikan golongan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan melampaui batas atau bertindak menyorokkan bahan makanan seperti gula, tepung dan minyak masak.
Pemimpin persatuan pengguna yakin langkah pengurangan subsidi itu bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan menyeru rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam perkara ini.
Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata pihaknya amat berharap kerajaan akan meneliti pelbagai perkara selain mendapatkan pandangan banyak pihak sebelum mengurangkan subsidi secara berperingkat. “Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantapkan lagi aktiviti penguatkuasaan kerana kami risau sekiranya subsidi dikurangkan, ada peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga gula, tepung dan minyak masak. “Bilangan anggota penguat kuasa perlu ditambah di seluruh negara kerana peniaga bukannya kelompok kecil. Kementerian perlu memberi tumpuan serius kepada perkara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata rakyat perlu melihat secara positif pemansuhan subsidi itu kerana ia bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi negara pada masa akan datang. Mohd Yusof berkata, pihaknya amat berharap keuntungan yang diperoleh kerajaan menerusi pengurangan subsidi itu dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam. “Kami faham rakyat akan berasa beban dari segi kewangan sekiranya kerajaan memansuhkan subsidi itu tetapi orang ramai perlu melihat perkara ini sebagai satu langkah positif bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan negara selain mengelak negara muflis,” katanya. “Pengurangan subsidi ini juga banyak memberi kelebihan kepada rakyat dari segi kesihatan dan juga penjimatan tenaga elektrik. Contohnya, kita boleh mengurangkan pengambil gula secara berlebihan,” katanya. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata pihaknya menyokong penuh langkah kerajaan itu kerana berpendapat melalui pemansuhan subsidi, rakyat akan mula memberi tumpuan kepada kaedah berjimat-cermat tanpa membazirkan wang mereka. “Hasil penjimatan daripada subsidi itu, kerajaan boleh gunakan untuk membangunkan industri tenaga yang menggunakan sumber alternatif seperti tenaga hidro, solar dan angin kerana ia mampu menjimatkan elektrik,” katanya. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George, berkata peruntukan subsidi pada masa sekarang bukan saja disalurkan kepada
golongan sasaran yang berpendapatan rendah malam turut dinikmati semua lapisan masyarakat

TAK PERLU SIJIL CUTI SAKIT JIKA DOKTOR CUKUP - MTUC

Berita Harian
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2010/05/28





Cadangan wajar dilaksana sekiranya kebajikan pekerja terbela KUALA LUMPUR: Cadangan pekerja tidak perlu mengemukakan cuti sakit (MC), sebaliknya memaklumkan kepada majikan hanya akan dapat dilaksanakan jika negara mempunyai doktor mencukupi serta kebajikan dan pendapatan pekerja terbela.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamad, berkata sekiranya gaji pekerja di negara ini berada pada tahap maksimum maka cadangan berkenaan wajar dilaksanakan.
“Kita perlu melihat dari aspek doktor, apakah doktor yang ada hari ini mencukupi, seorang doktor nisbahnya untuk berapa ramai rakyat. Tahap perubatan di negara kita juga perlu berada pada tahap terbaik dan ini tidak bermakna hari ini kita tidak berada pada tahap yang baik. “Kalau kita masih berdepan dengan masalah penjagaan kesihatan, bagaimana kita mahu melaksanakannya. Kebajikan dan gaji pekerja juga mesti pada tahap sepatutnya barulah mereka boleh hidup tanpa tekanan dan kesihatan juga terjamin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sebelum ini, Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan kaedah di negara maju yang pekerja mereka tidak perlu mengemukakan MC sebaliknya memadai dengan hanya memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit. Presiden Kesatuan Sekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad, Abdul Razak Md Hassan, berkata cadangan itu boleh dilakukan jika sikap pekerja negara ini sama seperti negara maju. Abdul Razak berkata, negara boleh mengikut jejak langkah negara maju yang melaksanakan sistem berkenaan, namun perlu ada persediaan dan perubahan sikap terlebih dulu sebelum melaksanakannya. “Satu kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengadakan perbandingan antara kebaikan dan keburukan pelaksanaan sistem berkenaan, serta perbandingan sikap pekerja negara ini dan negara maju. “Juga satu definisi tepat mengenainya perlu ada, kita bimbang pelaksanaan cadangan itu terutama membabitkan bidang perkhidmatan akan menjejaskan produktiviti dan pendapatan syarikat. Bagaimanapun, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata cadangan terbabit boleh dilaksanakan sekiranya negara mempunyai mekanisme khusus bagi menyelaraskan sistem berkenaan. “Negara maju mereka sudah ada sistemnya yang tersendiri termasuk teknologi, bagi melaksanakannya kita perlu ada sistem hubungan antara majikan dengan pekerja dan hospital dengan majikan terlebih dulu,” katanya.

27 Mei 2010

PEMBEKUAN AMAH INDONESIA DITARIK BALIK LIMA MINGGU LAGI?

Utusan Malaysia
27/5/2010



PUTRAJAYA 27 Mei - Malaysia dan Indonesia akan memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung isu pembantu rumah dalam masa lima minggu lagi.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pindaan MoU sedia ada dijangka mengubah pendirian republik itu berhubung pembekuan penghantaran pembantu rumah warganya ke negara ini.
Katanya, MoU tersebut akan memberi tumpuan kepada isu pemberian cuti sehari seminggu, kebenaran memegang pasport sendiri serta bayaran gaji yang dipersetujui melalui rundingan antara majikan dengan pekerja yang akan dimasukkan dalam kontrak.
''Pindaan kepada MoU sedia ada ini merangkumi beberapa perubahan baru dan kita jangkakan akan ditandatangani dalam masa lima atau enam minggu lagi.
''Kita berharap selepas perjanjian ini ditandatangani, pembekuan terhadap kemasukan pembantu rumah akan dibatalkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di sini hari ini.
Pada 25 Jun tahun lalu, Jakarta mengeluarkan arahan pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berikutan banyak aduan mengenai pembantu rumah didera oleh majikan.
Bagaimanapun, Kuala Lumpur menjangkakan penggantungan sementara penghantaran pembantu rumah Indonesia ke negara ini akan ditarik balik berikutan hasil rundingan tahunan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada 18 Mei lalu.
Menerusi rundingan itu, kedua-dua negara mencapai persetujuan dalam pemberian cuti sehari seminggu serta kebenaran pembantu rumah memegang pasport mereka sendiri.
Dalam pada itu, Subramaniam berkata, kerajaan juga sedang mewujudkan beberapa dasar baru mengenai pekerja asing di negara ini menerusi beberapa cadangan yang dibuat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin.
''Jawatankuasa menerima hakikat bahawa negara masih memerlukan pekerja asing tetapi kita perlu mencari cara dan langkah untuk mengehadkan kepada satu jumlah yang munasabah dan menguruskan mereka secara lebih baik," katanya.
Mengenai mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, Subramaniam berkata, ahli jawatankuasa mesyuarat yang terdiri daripada wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersetuju meminda beberapa akta termasuk Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja supaya selari dengan kehendak semasa.
''Pindaan ini bertujuan memastikan negara setanding negara lain dalam mewujudkan peluang baru kepada rakyat di samping mewujudkan kerjaya berprestasi dan berpendapatan tinggi," katanya.
Mengenai isu keciciran pelajar cemerlang ke matrikulasi dan ketiadaan peluang mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Subramaniam berkata, kementerian akan berbincang dengan kementerian dan jabatan berkenaan untuk menyelesaikan isu terbabit.

KAKITANGAN SOKONGAN HARGAI PERJUANGAN CUEPACS

Berita Harian
2010/05/27




MERUJUK kepada surat pembaca oleh Wong Khoo Lai melahirkan ketidakpuasan hati beliau yang ketika ini Cuepacs sedang memperjuangkan kakitangan sokongan Satu dan Dua dalam kenaikan gaji. Buat pengetahuan pengadu, Cuepacs adalah kesatuan yang mewakili kakitangan sokongan saja. Cuepacs yang banyak memperjuangkan kebajikan kepada kakitangan seperti kami.
Tanpa Cuepacs apalah nasib kami. Untuk pengetahuan saudara, walaupun Cuepacs memperjuangkan kumpulan sokongan, kerajaan juga prihatin kumpulan profesional iaitu bonus, elaun dan sebagainya kerajaan beri juga seperti apa yang kumpulan sokongan dapat.
Walaupun Cuepacs mewakili kumpulan sokongan, yang mendapat faedahnya adalah semua kategori. Kerajaan kita amat prihatin kepada semua kakitangan. Saya mengharapkan pengadu dapat membaca atau membuka Laman Web Cuepacs berkaitan fungsi, peranan dan objektifnya.

AHLI CUEPACS,
Kuala Lumpur

SEMAKAN GAJI AWAM DINANTI

Berita Harian
2010/05/27



AKHBAR ini pada 20 Mei lalu, melaporkan kira-kira 600,000 kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua akan menerima durian runtuh apabila kerajaan bersedia menyemak tangga gaji membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun berdasarkan Model Ekonomi Baru (MEB). Perkara ini amat dipuji kerana nilai titik peluh dan daya usaha kakitangan kumpulan ini dapat dihargai. Harus juga diberi perhatian bahawa kakitangan kumpulan ini adalah tulang belakang kerajaan. Jika kita bandingkan gaji sekarang memang tidak memadai kerana jauh ketinggalan zaman.
Jika diikut taraf hidup sekarang, gaji kumpulan ini adalah jauh berbeza dan wujud jurang perbezaan ketara. Kita tidak menafikan bahawa kumpulan pengurusan dan profesional memang menikmati gaji setanding dengan taraf hidup sekarang, namun kami jauh ketinggalan.

Malah kumpulan ini menjadi nadi perkhidmatan awam. Ada juga pihak yang mengatakan gaji kumpulan ini adalah memadai mengikut taraf pendidikan mereka. Kita juga ingin meningkatkan taraf pendidikan masing-masing, namun gaji sekarang memang tidak memadai untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Di samping itu, pendidikan tinggi sekarang memang memerlukan kos tinggi. Jika keadaan sedemikian bagaimana kita hendak memajukan diri kita dengan gaji yang sangat minimum ini. Oleh itu, keputusan kerajaan untuk mengkaji kenaikan gaji kumpulan ini secara menyeluruh dan setiap aspek harus diambil kira. Keadaan ini akan membawa satu dimensi baru dalam perkhidmatan awam. Perjuangan Cuepacs harus dipuji dan dihargai atas keprihatinan mereka.

K SARAVANA KUMAR,
Ipoh, Perak.

TIDAK SETUJU

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah,
Faiza Zainudin, Zanariah Abdul Mutalib,
Adli Shahar dan Alzahrin
Aliasbhnews@bharian.com.my
2010/05/27




Maklum balas menerusi laman web Berita Harian mendapati majoriti menolak cadangan Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia pekerja tak perlu kemuka MC jika sakit untuk atasi penggunaan sijil sakit palsu. Antara alasan:

Beri lebih ruang pekerja menipu
Pekerja masih kurang disiplin
Tak semua majikan percaya pekerja

KUALA LUMPUR: Kesatuan sekerja dan persatuan pengguna memberi reaksi berbelah bahagi terhadap cadangan supaya pekerja tidak perlu mengemukakan sijil cuti sakit (MC) sebaliknya hanya perlu memaklumkan kepada majikan apabila sakit.Mereka berpendapat cadangan itu baik kerana dapat membantu mengurangkan pengambilan cuti sakit, memberi peluang kepada pekerja untuk sembuh dari penyakit yang dihidapi serta membantu majikan mengurangkan kos perubatan.Namun, pada masa yang sama mereka bimbang, jika dilaksanakan tanpa mekanisme yang berkesan, ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada produktiviti negara. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya menyokong cadangan untuk memansuhkan sijil cuti sakit itu, namun menyifatkan usaha itu hanya akan berjaya sekiranya mentaliti dan integriti penjawat awam dapat diubah terlebih dulu.Beliau berkata, pelaksanaan cadangan itu akan mengajar penjawat awam untuk menjadi lebih bertanggungjawab.“Ini perkara yang bagus tetapi perlu diperkemaskan terlebih dahulu dari segi integriti, mentaliti, cara bekerja dan banyak lagi. Kalau perkara ini dapat diperkemaskan tidak mustahil kita suatu hari nanti hanya dengan satu panggilan dah dapat cuti sakit,” katanya ketika dihubungi, semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah supaya kerajaan melaksanakan kaedah di negara maju yang pekerja mereka tidak perlu mengemukakan MC sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.Cadangan itu berikutan pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja dan membuat kerja sambilan lain.Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamad yakin jika kerajaan mempunyai mekanisme yang sesuai ia mampu dilaksanakan dengan berkesan seperti di negara maju walaupun mengambil masa yang lama.Beliau berkata, mekanisme itu perlulah mendapat persetujuan dan kepercayaan yang tinggi antara pihak majikan dan pekerja bagi memastikan sistem yang dilaksanakan itu menguntungkan kedua-dua pihak.“Ia perlukan persetujuan kerana secara kebiasaannya, majikan mahu pihak lain mengenal pasti sama ada pekerjanya benar-benar sakit atau tidak.“Buat masa ini, kita masih belum mencapai tahap untuk melaksanakan mekanisma itu kerana negara yang melaksanakannya sudah melalui pengalaman yang panjang dalam menguruskan hal-hal berkaitan,” katanya.Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuf Ismail, berkata sekiranya MC dimansuhkan, ia membantu menjimatkan kos perubatan majikan kerana tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk pekerja mereka mendapatkan MC.“Pekerja juga tidak perlu bersusah payah ke klinik, menunggu lama untuk berjumpa doktor sekadar untuk mendapat ubat sakit pening kepala dan surat MC. Masa itu lebih baik digunakan di rumah untuk berehat,” katanya.Presiden Gabungan Persatuan Pengguna (Fomca), Datuk N Marimuthu, berkata cadangan itu sekiranya dilaksanakan akan memburukkan lagi keadaan serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.“Dalam keadaan sekarang yang perlu bagi MC pun, mereka tidak segan silu ambil MC sepanjang masa, inikan pula kalau tidak perlu bagi MC,” katanya. “Belum sampai masanya kerajaan buat macam itu, nanti lagi ramai orang ponteng kerja,” katanya. Cuti tak lulus punca pekerja ambil MCKUALA LUMPUR: Kesukaran memperoleh kelulusan permohonan cuti tahunan daripada majikan adalah antara faktor utama pekerja menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, kata pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah.Beliau berkata, ini berikutan pihak majikan ada kecenderungan untuk meminta `1001 alasan’ daripada pekerja yang memohon cuti tahunan dan keberatan memberikan kelulusan.“Keadaan itu berlaku walaupun ada kala pekerja terbabit sudah menunjukkan pelbagai simptom gangguan atau pun kecelaruan emosi seperti prestasi kerja merosot, suka bersendirian, murung dan selalu sakit, tetapi diambil mudah oleh pihak majikan.“Majikan sepatutnya tidak meletakkan syarat terlalu ketat untuk meluluskan cuti tahunan kepada pekerja kerana hak itu memang sudah diperuntukkan kepada mereka. Bukan itu saja, pekerja juga sering kerugian apabila cuti tahunan `lebur’ begitu saja kerana tidak sempat mengambilnya dalam tempoh ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Isnin lalu, Cuepacs mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja.Bagaimanapun, akhbar semalam melaporkan bahawa pendedahan Cuepacs itu mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit.Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.Sementara itu, kerajaan menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM48 juta setahun akibat kemerosotan produktiviti kakitangan awam yang berhadapan tekanan hidup disebabkan bebanan hutang selepas tertipu dengan pelaburan skim cepat kaya.Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata produktiviti 50,000 kakitangan yang berhadapan masalah kewangan hanya berada pada tahap 20 peratus, tidak termasuk produktiviti mereka yang ponteng kerja pada tahap produktiviti sifar.“Jika 50,000 kakitangan kerajaan mendapat purata bayaran gaji RM1,000 sebulan, maknanya kerajaan menanggung kerugian RM4 juta sebulan iaitu 80 peratus daripada RM5 juta yang dibayar kepada kumpulan itu.“Jumlah itu adalah yang paling minimum, tidak termasuk kakitangan ponteng kerja kerana berdepan masalah kewangan atau mereka yang agresif iaitu melepaskan perasaan kepada organisasi dengan merosakkan aset atau menghasut rakan lain supaya tidak bekerja,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

FOMCA GESA KAJI SUBSIDI

Bernama
2010/05/27




PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi secara sistematik memandangkan ia `pembaziran’ besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran. Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah, berkata wang yang dijimatkan dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat.
Sambil memberi contoh gula, beliau berkata, kerajaan boleh memberi subsidi sebanyak RM3 sebulan berasaskan penggunaan purata tiga kilogram sebulan bagi setiap keluarga.
“Dengan enam juta keluarga dalam negara, ini menjadikan jumlah RM18 juta sebulan atau RM216 juta setahun, tetapi subsidi gula kini naik melambung ke RM1 bilion setahun. "Selebihnya adalah pembaziran dalam erti ia disalurkan kepada pekilang besar dan warga asing. "Pembaziran serupa dikesan pada produk makanan lain dan subsidi minyak," kata beliau. Selain menghapuskan subsidi, katanya, kerajaan hendaklah menentukan dana pembangunan digunakan dengan betul dan berkesan. Sementara itu, Cuepacs meminta kerajaan agar berhati-hati bila menghapus subsidi kerana ini menjejas kakitangan awam berpendapatan rendah. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kerajaan perlu menentukan golongan miskin tidak terbeban akibat harga yang tinggi, terutama bahan-bahan keperluan utama. – Bernama

26 Mei 2010

CUEPACS MINTA JPA KAJI KAEDAH PERTUKARAN KAKITANGAN AWAM

Berita Harian
2010/05/26



JOHOR BAHRU: Cuepacs meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji kaedah pertukaran membabitkan kakitangan awam terutama mereka yang sudah lama berkhidmat bagi mengelak sebarang masalah. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata isu pertukaran membabitkan antara agensi sejak empat bulan lalu perlu ditangani bagi mengelak pilih kasih terutama membabitkan pegawai atasan.
Beliau berkata, Cuepacs menerima aduan daripada kakitangan awam kanan yang berkhidmat cemerlang di sesuatu tempat tetapi dipindahkan ke tempat lain tanpa sebarang alasan.
“Semalam, saya menerima panggilan daripada kira-kira 30 kakitangan awam di sebuah kementerian yang akan dipindahkan ke kementerian atau agensi lain dengan kebanyakannya membabitkan kalangan kakitangan kanan dan akan bersara. “Kami tidak menentang pertukaran tetapi cara pertukaran berkenaan dibuat. Ingatkan pada awalnya, hanya kakitangan muda saja dipindahkan tapi kini dapati yang senior turut dipindahkan ke tempat lain termasuk ke daerah pedalaman,' katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) Johor ke-54 di sini, hari ini.

KERAJAAN ELOK PANTAU KLINIK POPULAR KELUARKAN SIJIL SAKIT

Berita Harian
2010/05/26



CUTI sakit kerap dijadikan alasan oleh segelintir kakitangan perkhidmatan awam mahupun swasta untuk ponteng kerja. Sijil cuti sakit boleh didapati dengan mudah di klinik tertentu ‘yang popular’ kerana mudah memberi cuti sakit. Dengan bertemu doktor dan minta dibekalkan pil vitamin atau pil sakit kepala, pelanggan boleh mendapat sijil cuti sakit. Sijil itu kemudian dikemukakan kepada ketua jabatan atau majikan untuk dijadikan alasan ketidakhadiran ke pejabat atau mengelak daripada melakukan tugasan luar daerah, menghadiri mesyuarat atau menyertai perkumpulan yang menyebabkan mereka meninggalkan keluarga. Apabila Cuepacs mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja maka dakwaan ini sangat serius dan perlu dicari kesahihan serta ditangani segera. Ponteng mencerminkan disiplin dan komitmen yang rendah. Perbuatan ini pun boleh dikategorikan sebagai menipu dan ada hukuman setimpal dalam perundangan sivil. Justeru, sistem buku log rekod perubatan dan rawatan kakitangan awam perlu diteliti semula. Ciri ketelusan pesakit dan profesional kedoktoran dalam buku itu mesti ditingkatkan. Apabila Cuepacs menyarankan gejala ini dipantau supaya tidak bertambah kronik, maknanya dakwaan kongres itu bukan kosong walaupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak menerima laporan mengenai peratusan kakitangannya yang ponteng menggunakan sijil sakit. Apapun, jentera perkhidmatan awam mesti lebih tangkas, cekap dan sistematik untuk melaksanakan proses program transformasi kerajaan untuk mengubah kerajaan dan memperbaharui fokus mengenai penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Apabila ada kakitangan tidak berdisiplin termasuk ponteng kerja, dikhuatiri pencapaian program transformasi ini terjejas. Pada masa sama, pengamal perubatan perlu berpegang teguh dengan etika dan profesionalisme kedoktoran mereka. Sijil cuti bukan barang jualan dan menjualnya pun menyalahi etika profesion mereka. Sijil itu hanya untuk yang memerlukan atau layak saja. Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pun melihat kegiatan ahlinya yang menyeleweng daripada landasan etika dengan menjual sijil cuti sakit. Mereka perlu menyokong usaha majikan atau ketua jabatan memantapkan sistem pengurusan kakitangannya. Bersubahat dengan kakitangan yang mahu ponteng, secara tidak langsung satu pengkhianatan kepada rakyat yang mendambakan khidmat mereka. Apabila kakitangan ponteng, kerajaan atau syarikat terpaksa menanggung kerugian wang ringgit selain nilai tugas yang tidak tertunai. Justeru, wajar kakitangan yang sakit dan mendakwa ‘sakit’ dipantau secara teliti. Kalau mereka benar-benar sakit, pemantauan itu antara lain bertujuan memberi mereka rawatan lebih sesuai. Jika ada yang mengemukakan sijil cuti sakit untuk ponteng, Pekeliling JPA ada menggariskan bentuk tindakan tatatertib yang boleh dikenakan termasuk turun pangkat atau dibuang kerja. Ketika sokongan seluruh tenaga perkhidmatan awam diperlukan untuk menjayakan program transformasi kerajaan, sepatutnya ruang untuk kakitangan yang tidak berdisiplin ini diisi orang lain yang ada kesungguhan.

MAMAT - 'KAUTIM' DENGAN DOKTOR

Berita Harian
2010/05/26


PENIPUAN sijil cuti sakit yang dikatakan dilakukan oleh kira-kira 45,000 penjawat awam, seperti didedahkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), kelmarin sememangnya sering berlaku. Ramai berbuat demikian walaupun sihat walafiat dan tidak ada sebab bercuti. Kadang-kadang, anak demam, emak pun minta sijil cuti sakit sekali
.

50,000 PENJAWAT AWAM KENA TIPU

Berita Harian
Oleh Kamarulzaidi Kamis dan S Anand Kumar
2010/05/26



Mangsa pinjam labur skim cepat kaya: Cuepacs


KUALA LUMPUR: Cuepacs mendakwa lebih 50,000 kakitangan awam yang melabur dalam skim cepat kaya sejak beberapa tahun lalu kini bukan saja terpaksa menanggung kerugian besar, malah ada yang mengalami tekanan hidup akibat berhutang. Ada segelintir kakitangan awam yang membuat pinjaman peribadi untuk tujuan pelaburan tetapi sukar membayar balik ansuran pinjaman. Lebih membimbangkan Cuepacs mendapat aduan ketua jabatan ada kakitangan awam kerap tidak hadir tugas kerana terpaksa membuat kerja sampingan sehingga lewat malam.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya mendapat maklumat, ramai anggota sektor awam yang membuat pinjaman peribadi RM10,000 hingga RM30,000 dengan membuat pembayaran melalui potongan gaji.
“Sebilangan besar mereka memilih potongan gaji sehingga RM600 kononnya boleh menghabiskan tempoh pinjaman dalam tempoh singkat kerana mendapat keuntungan lumayan hasil pelaburan mereka dalam skim berkenaan. “Mereka merasai keuntungan untuk tempoh setahun. Selepas itu, banyak menghadapi masalah apabila syarikat yang mereka labur mula lenyap atau memberhentikan operasi selepas diserbu pihak berkuasa. Ada antara kakitangan awam yang membuat pinjaman peribadi itu mempunyai tanggungan keluarga besar. Apabila pelaburan rugi besar, mereka hilang pendapatan tambahan,” katanya kepada Berita Harian. Berita Harian difahamkan kerajaan juga sudah mengeluarkan pekeliling kepada semua kakitangan awam supaya berhati-hati dan tidak menyertai skim cepat kaya atau pelaburan tidak sah dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah. Sementara itu, Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata bank pusat itu memandang serius mengenai perkara itu kerana sejak Januari tahun lalu, lapan kertas siasatan terhadap syarikat yang disyaki dibuka, membabitkan 150,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM300 juta. Berdasarkan statistik dari 2003 hingga 2008, Bank Negara sudah menyiasat 23 buah syarikat skim cepat kaya membabitkan jumlah pelabur melebihi 400,000, membabitkan kutipan melebihi RM1.5 bilion.

HAPUSKAN SUBSIDI SECARA SISTEMATIK

Bernama
26/5/2010




PETALING JAYA, 26 Mei (Bernama) -- Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi secara sistematik memandangkan ia "pembaziran" besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran.Setiausaha agungnya, Muhammad Shaani Abdullah, berkata wang yang dijimatkan dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat.Beliau menyentuh isu gula sebagai contoh."Subsidinya ialah RM3 sebulan berasaskan penggunaan purata tiga kg sebulan bagi setiap keluarga. Dengan enam juta keluarga dalam negara, ini menjadikan jumlah RM18 juta sebulan atau RM216 juta setahun, tetapi subsidi itu kini naik melambung ke RM1 bilion setahun."Selebihnya adalah pembaziran dalam erti ia disalurkan kepada pekilang besar dan warga asing."Pembaziran serupa dikesan pada produk makanan lain dan subsidi minyak," kata beliau.Selain menghapuskan subsidi, katanya, kerajaan hendaklah juga menentukan dana pembangunan digunakan dengan betul dan berkesan.Cuepacs, bagaimanapun, meminta kerajaan agar berhati-hati bila menghapus subsidi oleh kerana ini menjejas kakitangan awam berpendapatan rendah.Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata kerajaan perlu menentukan golongan miskin tidak terbeban akibat harga yang tinggi, terutama bahan-bahan keperluan utama.-- BERNAMA

NGO SOKONG PEMOTONGAN SUBSIDI SECARA BERPERINGKAT

Bernama
24/5/2010



KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Pemotongan subsidi secara berperingkat yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam masa terdekat ini adalah satu langkah yang tepat, kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Sha'ani Abdullah."Contohnya, jika jangka masa yang diambil untuk melaksanakan pemotongan subsidi ini adalah 10 tahun, maka kenaikan harga barangan boleh dinaikkan sedikit sahaja, tetapi jika jangka masa yang diambil lebih singkat, kenaikan harga barangan boleh melambung lebih tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai usaha kerajaan mendapatkan maklum balas orang ramai melalui hari terbuka rasionalisasi subsidi Khamis ini, berhubung usaha mengurangkan subsidi yang tidak dapat dielakkan yang akan dipotong secera berperingkat tahun ini.Selain itu, menurutnya pemberian subsidi yang membabitkan dua harga antara pengguna domestik dan industri menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan dan akhirnya menyebabkan perbelanjaan subsidi yang berlebihan oleh kerajaan."Nilai subsidi gula pada masa sekarang adalah sebanyak RM1 bilion dimana penggunaannya setiap tahun hanyalah sebanyak RM100 ke RM200 juta sahaja."Ini menunjukkan subsidi yang hanya diberikan untuk domestik telah digunakan juga oleh industri dan menyebabkan nilai subsidi yang tinggi perlu ditanggung kerajaan," katanya.Bagaimanapun, Sha'ani berkata jika pemotongan subsidi ini dijalankan, kerajaan perlu mewujudkan mekanisme-mekanisme yang bersesuaian untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah.Dalam pada itu, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk N. Siva Subramaniam juga berpendapat bahawa pemotongan subsidi gula dan petrol tidak dapat dielakkan.Katanya, rakyat yang mempunyai pendapat sendiri harus mengambil peluang untuk menyuarakan pendapat mereka di hari terbuka rasionalisasi subsidi pada Khamis ini di Dewan 4 dan 5 Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari pukul 9 pagi hingga 2 petang."Rakyat harus sedar, subsidi ini tidak akan kekal sehingga ke akhir hayat, pemberiannya adalah bertujuan untuk menolong rakyat, tetapi ianya juga mempunyai implikasi yang serius kepada kerajaan," katanya.Katanya, pemberian subsidi gula dan petrol yang diberikan kerajaan untuk membantu rakyat dalam menguruskan kewangan mereka sering diambil kesempatan oleh segelintir peniaga yang menyeludupnya ke negara jiran."Secara umumnya, harga barangan ini di negara-negara jiran adalah lebih tinggi, dan peniaga-peniaga yang mementingkan keuntungan sendiri menyeludup barangan yang telah disubsidi kerajaan dan menyebabkan tanggungan subsidi yang lebih tinggi dan mengurangkan stok rakyat sedia ada," katanya.Siva yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata, pemotongan subsidi ini juga akan dapat melatih rakyat supaya lebih berhati-hati dalam berbelanja dan juga menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat."Malaysia pada masa sekarang adalah negara yang ketiga mempunyai pesakit diabetes teramai dan pemotongan subsidi gula khususnya akan dapat membantu rakyat supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat," katanya.Menurutnya, sekarang sudah tiba masanya rakyat menerima hidup tanpa subsidi, dan mengamalkan hidup berjimat cermat."Kita akan mengusulkan kenaikan gaji pekerja sehubungan dengan kenaikan harga barangan nanti, jadi rakyat tidak perlu risau kerana perubahan seperti ini tetap akan berlaku," tambahnya.Sementara itu, presiden Persatuan Penasihat Pengguna-pengguna Malaysia, Varatharajoo Murugan berkata pengguna-pengguna tidak perlu risau kerana setiap langkah yang diambil oleh kerajaan mesti telah dikaji sebaik mungkin.Namun begitu, katanya, kerajaan haruslah memberikan penjelasan yang terbaik kepada rakyat supaya tiada masalah timbul di masa hadapan.Varatharajoo juga berpendapat kerajaan harus prihatin dan mengawal pemberian subsidi dengan lebih telus kerana terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap pemberian subsidi ini."Seperti keadaan sekarang dimana kekurangan gula berlaku di seluruh negara, namun terdapat segelintir pasar raya besar yang menjualnya secara besar-besaran, ini menimbulkan pelbagai keraguan terhadap rakyat," katanya.-- BERNAMA

DOKTOR SARAN TIDAK PERLU KEMUKA MC JIKA SAKIT

Berita Harian
2010/05/26




KUALA LUMPUR: Pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit? Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.
“Majikan di negara berkenaan meletakkan kepercayaan tinggi terhadap pekerja dan sistem yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu itu, ternyata berkesan dalam mengurangkan pengambilan cuti sakit.
"Sistem itu berjalan baik kerana majikan percaya kepada pekerja, tambahan pula ada mekanisme menilai prestasi pekerja. Kalau pekerja kerap mengambil cuti sakit atau banyak masalah peribadi lain, ia menjejaskan peluang kenaikan pangkat atau pemberian bonus. "Apa yang penting, perlu ada nilai kepercayaan antara pekerja dan majikan. Kalau kita tidak percaya kepada pekerja, mereka akan menipu lagi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mengguna pakai sistem itu untuk mengatasi masalah pekerja yang sering mengambil cuti sakit. Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja. Beliau berkata, ada juga segelintir kakitangan awam mengambil MC selepas melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Dr Molly tidak menolak kemungkinan wujud penipuan bagi mendapatkan MC, tetapi menganggapnya sebagai kes terpencil. “Kalau ini berlaku, ia perlu dilaporkan segera untuk siasatan, tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara ini. "Oleh itu, tidak adil untuk menyalahkan doktor yang memberi MC kerana bukan tugas doktor untuk membuktikan pesakit mereka menipu. Kalau mereka kata pening kepala keterlaluan, tidak boleh bekerja, apa boleh kami buat, sudah tentu saya bagi MC," katanya. Beliau berkata, MC dikeluarkan doktor perubatan bertauliah dan diperakui kerana doktor tidak boleh sewenang-wenangnya memberi cuti sakit tanpa pemeriksaan teliti.

25 Mei 2010

3 PERATUS KEMUKA SIJIL CUTI SAKIT PALSU

Utusan Malaysia
25/5/2010



PUTRAJAYA 24 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganggarkan hanya tiga peratus penjawat awam terlibat mengemukakan sijil cuti sakit palsu.
Presidennya, Omar Osman berkata, walaupun jumlah kes itu kecil, pihaknya tetap memandang serius kerana boleh mencemarkan imej dan status kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.
Menurutnya, mengemukakan sijil sakit palsu bertentangan dengan etika kakitangan awam yang sepatutnya memberikan perkhidmatan cemerlang dan berintegriti ketika bertugas.
"Kakitangan awam sepatutnya mengemukakan sijil cuti sakit sah yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang melayakkan penjawat awam mendapat kemudahan cuti sakit setelah dikemukakan kepada ketua jabatan.
"Kegagalan penjawat awam mengemukakan sijil cuti sakit yang sah menyebabkan tindakan buang kerja boleh diambil ke atas mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai amaran mengemukakan sijil sakit palsu selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan dan Presiden KPPJSM, Hamzah Masri.
Pertemuan kali pertama di antara kedua-dua pihak itu adalah untuk membincangkan dan menyelesaikan masalah beban tugas yang dihadapi oleh kakitangan JPJ.
Baru-baru ini, Pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA, Datuk Dr. Mohd. Azhar Yahaya berkata, tindakan buang kerja terhadap penjawat awam yang mengemukakan sijil cuti sakit palsu boleh diambil kerana melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4 (2)(f) dan (g), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Omar berkata, tindakan mengemukakan sijil cuti sakit palsu tersebut juga boleh menyebabkan penjawat awam kehilangan kelebihan yang dimiliki ketika bertugas dengan kerajaan.
"Sekiranya didapati bersalah, kemudahan menikmati wang persaraan dan beberapa kemudahan lain seperti pinjaman perumahan akan terhapus," katanya.

45,000 KAKITANGAN AWAM TIPU SIJIL CUTI SAKIT

Berita Harian
2010/05/25





PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja. Presidennya, Omar Osman, berkata ada juga segelintir kakitangan awam mengambil cuti sakit kerana melakukan kerja sampingan.
"Kita tidak menghalang mencari pendapatan tambahan, tetapi biarlah kerja sampingan itu tidak mengganggu tugas hingga menjejaskan produktiviti," katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau mahu perbuatan itu dipantau bagi mengelak ia bertambah kronik. Omar berkata, berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kakitangan yang didapati menggunakan sijil cuti sakit palsu, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti turun pangkat atau dibuang kerja. "Kita menyarankan Panel dan Pegawai Perubatan supaya memberi sijil cuti sakit kepada mereka yang betul-betul memerlukannya," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana jabatan mengenai peratus kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu. “Kita ada menghantar surat kepada jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu," katanya kepada Berita Harian.

TIGA PERATUS PENJAWAT AWAM PALSUKAN SIJIL CUTI SAKIT

Bernama
2010/05/24





PUTRAJAYA: Tiga peratus daripada kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Presidennya, Omar Osman, berkata kes berkenaan walaupun boleh dianggap terpencil tetapi perlu dipandang serius kerana ia boleh mencemarkan nama semua penjawat awam di negara ini.
Katanya, pemalsuan sijil cuti sakit bertentangan dengan etika kerja perkhidmatan awam yang tertakluk kepada kecemerlangan dan integriti dalam menjalankan tugas.
"Mereka sepatutnya memberikan sijil cuti sakit yang sah yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang membolehkan atau melayakkan mereka menikmati kemudahan cuti sakit oleh majikan. "Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dibuang kerja jika didapati bersalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di sini hari ini. Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan. Omar diminta mengulas mengenai pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberikan amaran terhadap kegiatan pemalsuan sijil cuti sakit oleh segelintir penjawat awam. Katanya, kegiatan seumpama itu boleh menyebabkan penjawat awam yang terbabit kehilangan segala kelebihan dan faedah yang diperolehi hasil berkhidmat dengan kerajaan. "Mereka yang dibuang kerja kerana perkara ini akan kehilangan peluang untuk menikmati wang persaraan, pinjaman perumahan dan beberapa kemudahan lain," katanya. Omar berkata, beliau percaya ada pihak terbabit dalam membekalkan sijil cuti sakit palsu yang menyamai sijil cuti sakit tulen daripada pegawai perubatan kerajaan atau swasta. "Gejala seperti ini perlu segera dibanteras supaya tidak terus menular dan menjadi budaya yang tidak sihat di kalangan penjawat awam," katanya. - Bernama

24 Mei 2010

CUEPACS TIDAK BELA SEMUA KATEGORI PENJAWAT AWAM

Berita Harian
2010/05/24




AKHBAR ini pada 20 Mei lalu, melaporkan kira-kira 600,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua akan menerima durian runtuh apabila kerajaan bersedia menyemak tangga gaji bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat perlu melepasi RM48,000 dan sebagai permulaan semakan gaji dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau berkata, ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500. Apakah sebenarnya hala tuju perjuangan Cuepacs. Saya rasa Cuepacs patut ditukar nama kepada ‘Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kategori Kumpulan Sokongan.’ Selama ini Cuepacs tidak mewakili semua kategori penjawat awam. Jika kumpulan sokongan menerima gaji minimum RM1,500, apakah gaji permulaan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan dinaikkan kepada RM3,000. Saya harap Presiden Cuepacs dapat menjawabnya.

WONG KHOO LA,
Kulai, Johor
.

CUEPACS MAHU 2 BULAN BONUS

Utusan Malaysia
23/5/2010



PULAU PINANG 22 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mempertimbangkan semula permintaannya untuk mendapatkan bonus dua bulan gaji dan memanjangkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari.
Presidennya, Omar Osman berkata, permintaan tersebut seharusnya diberikan perhatian berikutan keadaan ekonomi yang semakin pulih dan untuk mengurangkan beban kira-kira 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.
Jelas beliau, kedua-dua tuntutan tersebut terkandung di dalam kertas cadangan kesatuan yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tahun lalu tetapi tidak dapat dipertimbangkan berikutan krisis ekonomi.
"Kita sedar, tuntutan berkenaan tidak ditolak kerajaan tetapi tidak dapat dipenuhi apabila negara dilanda krisis ekonomi pada tahun lalu.
"Ceupacs amat memahami keadaan yang berlaku dan setuju ia ditangguh buat sementara tetapi tahun ini ekonomi negara semakin pulih dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan 10.1 peratus untuk suku pertama.
"Jadi, amat wajar kedua-dua cadangan ini terutama pemberian bonus disemak semula. Kita harap ia akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011 di Parlimen Oktober ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat kepada kira-kira 200 ahli Kesatuan Pembantu Tadbir Kesihatan Pulau Pinang di sini hari ini.
Minggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan ekonomi negara mencatat prestasi memberangsangkan dengan pertumbuhan 10.1 peratus dalam suku pertama tahun ini, berbanding 4.4 peratus bagi suku keempat tahun lalu.
Peningkatan itu adalah yang tertinggi sejak suku pertama 2000, iaitu ketika KDNK mencatat pertumbuhan 11.7 peratus.
Omar berkata, tuntutan tersebut adalah wajar untuk menambah kuasa beli, selain meningkatkan kebajikan kakitangan awam supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, produktif dan cemerlang.
"Untuk tujuan tersebut, saya telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk yang terbaru pada 5 April lalu bagi memastikan cadangan berkenaan dikaji semula dan dipertimbangkan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Omar berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh terhadap usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta kerajaan memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari.
Katanya, cadangan Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu perlu dilaksanakan segera berdasarkan tekanan dan bebanan hidup yang terpaksa dipikul oleh pekerja wanita ketika ini.
Jelas beliau, tempoh cuti bersalin yang tidak mencukupi selain cuti rehat yang sudah dikurangkan kepada 25 hari antara faktor yang menyukarkan pekerja wanita meluangkan masa bersama keluarga selain mencari kemudahan menjaga anak.
"Kami merasakan sudah tiba masa kerajaan memenuhi tuntutan supaya cuti itu ditambah. Jika tidak 90 hari, sekurang-kurangnya 80 hari kerana ia amat munasabah.
"Walaupun ada pekeliling menyatakan setiap agensi perlu menyediakan kemudahan menjaga anak, namun hanya 10 peratus agensi kerajaan yang melaksanakannya.
"Perkara ini memberikan tekanan kepada golongan pekerja bawahan yang kurang mampu," katanya

ABOUT 36,000 CIVIL SERVANTS GAVE FAKE MCs: CUEPACS

The Star
By NG CHENG YEE
24/5/2010
PUTRAJAYA: About 36,000 civil servants are estimated to have submitted fake medical chits (MCs) bearing the logos and addresses of legitimate hospitals so far, said Cuepacs president Omar Osman.
He said these MCs were sold by certain syndicates who had duplicated the MCs of government hospitals including Hospital Kuala Lumpur, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia and Hospital Putrajaya.
“We have been receiving complaints from government agencies and when we checked with these hospitals, the doctors who purportedly signed these MCs did not exist,” he told reporters after making a courtesy call on Road Transport Department director-general Datuk Solah Mat Hassan here on Monday.
He said some of these civil servants were found to be doing part-time jobs after their normal working hours.
“Some of them work until 2am, 3am and when they feel too tired the next day, they just buy one of these MCs and submit them to their department,” he said.
Omar warned all civil servants that they could lose their job if there was evidence to show that they had submitted fake MCs.
“They will be referred to the disciplinary board and risk losing their pension money.
“We hope to increase their awareness before such cases become a worrying trend,” he said.
However, he hoped government agencies would allow Cuepacs to provide counselling to these civil servants before taking action against them.
“We will give them counselling and advise but if they continue to do so, we will let their employers to take action against them,” he said.

23 Mei 2010

CUEPACS MINTA KERAJAAN KAJI PEMBERIAN BONUS DUA BULAN

Bernama
2010/05/22



GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih menaruh harapan kerajaan akan menimbang semula pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam selepas ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Presidennya, Omar Osman, berkata beliau berharap rayuan pemberian bonus itu akan dipertimbangkan tahun ini.
"Kami faham bahawa pada tahun lalu berikutan kegawatan ekonomi global, kerajaan terpaksa menolak permintaan itu tetapi kami berharap kerajaan akan menimbang semula permintaan kami tahun ini kerana ekonomi negara semakin pulih," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini
Beliau berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa ekonomi negara telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini, Cuepacs berharap permintaan bagi pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam akan dapat dipenuhi. Omar berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula cadangan memanjangkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari berbanding 60 hari ketika ini. "Tempoh 60 hari cuti bersalin sedia ada jelas tidak memadai kepada pekerja wanita kerana kebanyakan mereka cenderung mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak dan menguruskan hal-hal keluarga yang lain," katanya. Beliau berkata, kerajaan perlu menimbangkan cadangan itu dan walaupun ia telah dibentangkan banyak kali pada masa lalu, tiada sebarang keputusan dibuat sehingga hari ini. "Jika kerajaan fikir tempoh 90 hari terlalu lama, kita harap mereka akan dapat mencari alternatif yang lebih baik daripada tempoh 60 hari cuti bersalin sedia ada," katanya. Beliau juga menggesa kerajaan supaya mengkaji semula elaun perumahan sebanyak RM80 yang diberikan kepada penjawat awam. "Saya telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan menaikkan elaun perumahan kepada RM300 dan kami masih menanti maklum balas daripada mereka," katanya. - Bernama

21 Mei 2010

MINIMUM SALARY OF RM4,000 BY 2020

Borneo Post
by Lee Ya Yun
May 20, 2010, Thursday




KUCHING: The long term mission of the Congress of Union of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) is fighting for the minimum salary of RM4,000 for civil servants by 2020.


Its president Omar Osman yesterday said the amount was required in order to meet the government’s target to increase the per capita income of citizens to US$15,000 under the New Economic Model (NEM).
“The average salary for civil servants which is RM1,000 is really low and yet to reach the standard in developed countries as targeted by the government.
“If we want to achieve the US$15,000 standard, which is around RM45,000, each worker needs at least RM4,000 monthly salary,” he told reporters after a Labour Day celebration organised by the Defence Ministry’s Employees’ Union (Kesatria) Sarawak Branch at Mile 6, Jalan Penrissen.
Housing and Urban Development Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg officiated at the event.
Omar revealed that the union would submit a memorandum to the government to review the salary schemes in the public sector soon.
“The memorandum is ready.
“It just needs to be endorsed during the congress which will be held in Sarawak,” he said.
Among the requests are a review of the maximum salary scheme, review of salary schemes for different graduates and upgrade those with PMR certificates to SPM level, said Omar.
“The maximum salary scheme has affected about 35 per cent of the civil servants. Under the scheme, they cannot have any increment even though they have 10 or 15 years before retirement.
“This will influence their productivity and performance,” he said.
He pointed out that about 600,000 civil servants with PMR qualifications will benefit if the government agreed to upgrade them.
“As the economy improves, we expect the government to review our requests by the end of this year.
However, salary increments might take longer time to sort out – perhaps by the end of next year,” he said.

KEMENTERIAN RUNDING CUTI BERSALIN 90 HARI

Berita Harian
2010/05/21




KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Sumber Manusia akan memulakan kembali rundingan dengan pelbgai pihak berkaitan industri pekerjaan bagi memanjang tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata ia adalah kesinambungan daripada usaha kementerian empat tahun lalu yang mencadangkan cuti bersalin 84 hari bagi mewujudkan suasana pekerjaan yang mesra wanita dan keluarga.

GAJI 600,000 KAKITANGAN AWAM DISEMAK

Berita Harian
2010/05/20




KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500. “Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

20 Mei 2010

CUEPACS WANTS NAME CHANGE FOR 'SUPPORTING GROUP II' EMPLOYEES

The Star
20 May 2010



THE Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) wants the government to change the designation of 'Supporting Group II' civil servant to that of implementing officer.
Its national president Omas Osman said the designation was appropriate, adding: “We don't want those civil servants Grade 40 and below or those who possess a diploma and below to be called the supporting group.
“The Prime Minister has been briefed about this and he has agreed to bring the matter up to the Cabinet for endorsement,” he told reporters after the launching of the Civil Defence Ministry Employees' Union (Kesatria) Workers' Day celebration in Kuching yesterday.
He said a change in their designation would also enable the civil servants concerned to benefit more in terms of salary adjustments.
On another note, Omar said the salary increment would be the top agenda in the Cuepacs national congress council meeting in Sarawak next month.
“We will discuss in detail on salary increment like how many per cent should it be and what we expect in 10 years time. We have prepared our memorandum and it's just a matter of getting it endorsed by the congress,” he said.

19 Mei 2010

KELANTAN LAKSANAKAN CUTI KAKITANGAN WANITA BERSALIN 90 HARI

Berita Harian
2010/05/19





KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar, berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.
"Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan," katanya selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju melaksanakan peraturan itu, tetapi mengikut prosedur ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan. Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin. "Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam," katanya. Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia membabitkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit. Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya. "Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu," katanya. Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara. - Bernama

INSENTIF PEKERJA CEMERLANG TINGKAT MUTU KHIDMAT AWAM

Berita Harian
Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
2010/05/19




KETIKA berucap pada majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010, minggu lalu, Datuk Seri Najib Razak, memberi penekanan kepada perlunya masyarakat mengiktiraf prestasi luar biasa penjawat awam dan jabatan kerajaan. Pastinya ini berita gembira kepada lebih 1.2 juta penjawat awam yang begitu mendambakan pengiktirafan dan insentif sewajarnya selama ini. Kesungguhan Najib ternyata ada asas kerana sistem pengiktirafan dan penghargaan terhadap jabatan kerajaan mahupun penjawat awam secara individu setakat ini boleh dikatakan agak sempit dan semakin lapuk. Kita masih di takuk lama dalam soal pemberian ganjaran kepada penjawat awam.
Komitmen dan tekad Perdana Menteri sebenarnya selaras amalan di negara maju yang mengiktiraf kemampuan dan kemahiran luar biasa di samping ketinggian ilmu dimiliki pekerjanya. Biasanya gaji dan insentif eiterima setimpal kebolehan serta sumbangan masing-masing. Amalan ini berlaku dalam sektor swasta yang tidak terlalu terikat dengan prosedur. Majikan memberi peluang kenaikan pangkat dan gaji pekerja cemerlang di samping bonus tahunan menarik kepada semua pekerja jika prestasi syarikat cemerlang.
Perkara ini tidak berlaku dalam sektor awam yang masih terikat pelbagai prosedur yang tidak membolehkan seorang ketua menaikkan pangkat seseorang penjawat awam cemerlang dan berprestasi luar biasa apatah lagi memberi insentif dalam bentuk wang ataupun naik gaji. Penjawat awam secemerlang mana sekalipun tetap perlu menunggu kekosongan jawatan kenaikan pangkat untuk memohon. Mereka pula perlu berdepan persaingan hebat sesama rakan sejawat kerana bilangan jawatan kenaikan pangkat terhad berbanding ramainya jumlah pemohon. Ada perlu menunggu sehingga 15 tahun untuk naik pangkat ke gred lebih tinggi secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Akibatnya ramai yang cemerlang dan berprestasi luar biasa gagal mendapat pengiktirafan sewajarnya. Ditambah pula dengan kekangan membayar insentif kewangan secara tunai atau kenaikan gaji berdasarkan kecemerlangan kerja. Penjawat awam pada masa ini mengharapkan insentif kewangan berjumlah RM1,000 melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) setahun sekali yang turut terhad kepada jumlahnya. Isu pengiktirafan dan penghargaan adalah dua perkara yang cukup penting dalam konteks meningkatkan motivasi pekerja. Kedua-duanya dilihat masih boleh diperbaiki dalam sektor awam. Fenomena ini dikatakan antara punca profesional seperti doktor lebih cenderung bekerja di sektor swasta atau berhijrah ke negara yang menjanjikan ganjaran lebih lumayan. Jika berhasrat menjadikan perkhidmatan awam sebagai menarik, eksklusif dan jadi rebutan kalangan profesional maka kerajaan perlu melakukan transformasi drastik mengikut peredaran zaman dan tuntutan keperluan semasa. Oleh itu, tiba masanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memikirkan kaedah lebih sesuai untuk membuka lebih banyak peluang kenaikan pangkat tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan dan mencari jalan memberi insentif melalui kenaikan gaji ataupun bonus secara tetap kepada penjawat awam yang cemerlang dan luar biasa. Selain mempertimbangkan sedalam-dalamnya tuntutan Cuepacs supaya membuat semakan gaji secara menyeluruh, perkhidmatan awam dicadang mewujudkan skim insentif khas yang mungkin boleh dikenali sebagai Skim Insentif Pekerja Cemerlang bagi mengiktiraf penjawat awam dan jabatan kerajaan yang berprestasi cemerlang serta luar biasa. Skim ini perlu berbentuk skim yang lebih terbuka dari segi peraturan mahupun prosedur dengan memperuntukkan peluang kenaikan pangkat dan gaji secara terbuka pada bila-bila masa apabila seseorang penjawat awam didapati menunjukkan prestasi luar biasa dan membantu jabatan mencapai prestasi cemerlang. Penilaian pemberian insentif melalui skim khas ini boleh dibuat berdasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) staf dan jabatan berkenaan. Staf yang mencapai sasaran ataupun KPI ditetapkan dengan cemerlang, boleh terus diberi ganjaran dalam bentuk wang mahupun naik pangkat. JPA perlu memperluaskan sistem serupa yang diumumkan kepada guru; untuk penjawat awam lain. Melalui skim guru itu, semua pengetua, guru besar dan guru layak menerima wang ganjaran sehingga RM7,500 tiap seorang jika berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing mencapai sasaran KPI ditetapkan Kementerian Pelajaran. Penjawat awam lain wajar menikmati sistem seperti ini. Justeru, jabatan kerajaan banyak mempermudahkan urusan rakyat serta mendapat pengiktirafan dan pujian masyarakat diberi imbuhan setimpal. Keperluan mewujudkan skim ini juga kerana semakan gaji semata-mata masih tidak mampu mengiktiraf sepenuhnya sumbangan penjawat awam sepanjang masa.

17 Mei 2010

GAJI: CUEPACS SERAH CADANGAN KEPADA PM

Utusan Malaysia
16/5/2010





KUALA LUMPUR 15 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menghargai kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaikkan gaji penjawat awam yang rendah.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, satu kertas kerja khas yang mengandungi cadangan peratusan kenaikan gaji yang diharapkan kesatuan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri bulan depan.
''Kertas kerja itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri selepas Majlis Kongres CUEPACS mengadakan pertemuan dari 5 hingga 7 Jun ini di Sarawak bagi membincangkan mengenai peratusan kenaikan gaji yang akan dimohon.
''Kami harap kenaikan gaji ini akan melibatkan pelbagai sektor dan jawatan dalam perkhidmatan awam,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Najib berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji penjawat awam rendah dan yakin kerajaan yang diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara daripada RM22,400 kepada RM48,000 dalam tempoh 10 tahun.
Perdana Menteri bertekad meningkatkan pendapatan negara yang akan turut melibatkan penjawat awam bergaji minimum RM1,024 sebulan.
Menurut Omar, CUEPACS juga menyokong sepenuhnya cadangan Perdana Menteri untuk memberi ganjaran terhadap prestasi luar biasa yang ditunjukkan penjawat awam.
''Selain kenaikan gaji, cadangan Perdana Menteri itu dilihat mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan penjawat awam terutama mereka yang berkhidmat di barisan hadapan.
''Kami juga yakin pada tahun ini penjawat awam akan mendapat lebih manfaat berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik,'' katanya.

TEKAD NAIKKAN GAJI PEKERJA

Utusan Malaysia
Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
16/5/2010





PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji penjawat awam rendah dan yakin kerajaan diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara dari AS$7,000 (RM22,400) kepada AS$15,000 (RM48,000) dalam tempoh 10 tahun ini.
Tegas Perdana Menteri, meskipun amat mencabar, usaha merealitinya boleh dicapai.
Kata beliau, tekad untuk meningkatkan pendapatan negara itu akan turut melibatkan para penjawat awam yang memperoleh gaji minimum sekitar RM1,024.
''Saya tidak suka melihat penjawat awam bergaji rendah.
''Apabila saya dengar baru-baru ini pekerja pos dapat gaji di bawah garis kemiskinan, saya minta ia dikaji semula, naikkan dan insya-Allah, gaji mereka akan naik Julai ini dengan 15,000 orang dapat gaji baru," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman.
Omar baru-baru ini berkata, CUEPACS mahu kerajaan melakukan semakan semula gaji kakitangan awam, bukannya membuat penyelarasan gaji.
Menurutnya, CUEPACS tidak menuntut penyelarasan gaji sebaliknya mahu semakan gaji kakitangan awam membabitkan kenaikan antara 20 dan 40 peratus kepada 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.
CUEPACS, kata beliau, akan menolak sebarang cadangan untuk membuat penyelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 10 peratus kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah 400,000 kakitangan yang menerima gaji terlalu rendah iaitu antara RM480 dan RM690 sebulan.
Perdana Menteri berkata, konsep negara perlu berteraskan kepada modal insan jika mahu menjurus kepada ekonomi inovatif dan berpengetahuan.
''Kalau nak membangun, rakyat yang berpengetahuan tinggi mesti diberi gaji yang setimpal, ini termasuk penjawat-penjawat awam.
''Dengan ini akan berlaku anjakan di mana kita iktiraf dari segi kemampuan ilmu, kemahiran dan kebolehan supaya apa yang kita beri dari segi gaji dan kemudahan sama ada dalam sektor awam atau swasta biarlah setanding dengan negara-negara maju yang lain," katanya.
Kata beliau: ''Dalam aspek ini, kita akan lakukan dengan tingkatkan produktiviti. Produktiviti ini penting sejajar dengan semangat yang diberikan penjawat awam."

HADIAH UNTUK GURU

Berita Harian
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2010/05/16





KUALA LUMPUR: Lebih 20,000 guru, termasuk pengetua dan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) serta guru besar dijangka menikmati kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain yang akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena Hari Guru peringkat kebangsaan yang disambut di Kuantan, hari ini.
Selain itu, pelbagai insentif lain juga dijangka diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran termasuk langkah mengurangkan beban kerja yang selama ini ‘menghantui’ golongan ini. Sumber berkata, kenaikan pangkat yang membabitkan kategori DGA32 hingga DGA54 turut merangkumi pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, pejabat pelajaran daerah dan pensyarah Institut Pendidikan Guru.Katanya, ketika ini guru besar bukan siswazah di sekolah kurang murid kebanyakannya memegang gred DGA32 manakala guru besar di sekolah gred A, DGA34.“Bagi sekolah menengah, kebanyakan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) berada dalam gred DGA44 berbeza dengan PK Pentadbiran dalam gred DG48. Mungkin ada penyeragaman pangkat di antara mereka,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.Sumber itu berkata, Muhyiddin juga dijangka mengumumkan satu tawaran baru iaitu ganjaran kewangan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing. Selain itu katanya, ganjaran juga dijangka diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah. Bagaimanapun katanya, Muhyiddin akan memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara berkenaan ketika mengumumkannya.Sumber itu juga berkata, ganjaran yang diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru pula lebih kepada pencapaian dan prestasi yang dicapai sekolah mengikut ketetapan kementerian.Mengenai beban tugas guru yang diberikan perhatian serius oleh Muhyiddin, beberapa tindakan juga dijangka diambil. Antara bebanan yang dijangka dikurangkan ialah tugas perkeranian yang sebelum ini menjadi bebanan guru sehingga mengganggu tugas hakiki mereka iaitu pengajaran dan pembelajaran di kelas.Selain itu, katanya, kursus yang akan dihadiri guru juga akan diselaraskan supaya tidak berlaku pertindihan. Ini bagi mengelak guru yang sama mengikuti pelbagai jenis kursus yang dianjurkan.Sumber itu berkata, pembahagian tugas di sekolah juga akan diberi perhatian dengan mengagihkan tugas secara adil bagi mengelakkan bebanan tugas tertumpu kepada guru tertentu saja.Katanya, Muhyiddin juga dijangka mengumumkan ganjaran untuk mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman yang bakal dinikmati semua guru selain mengambil kira tempoh perkhidmatan mereka di kawasan berkenaan.“Ini bermakna guru yang lama berkhidmat di kawasan pedalaman kemungkinan berpeluang untuk mengajar di kawasan bandar begitu juga sebaliknya,” katanya.Sumber juga berkata, pengumuman Muhyiddin itu adalah antara 10 perkara yang dibincangkan kesatuan guru dengan Kementerian Pelajaran. Namun, atas dasar penjimatan, beberapa tuntutan tidak dapat dilaksanakan tahun ini. Katanya, kementerian tidak mungkin menaikkan elaun wilayah walaupun beberapa tuntutan mengenai perkara itu sudah dibangkitkan kesatuan guru beberapa kali.Sebelum ini, Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.Dasar itu, katanya akan mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar dari segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain.Ketika ini, ada 400,000 guru di seluruh negara, termasuk pengetua, guru besar, penolong kanan serta pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan pejabat pelajaran daerah.

16 Mei 2010

UTAMA KEBERKESANAN KERAJAAN

Berita Harian
2010/05/15




PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengajak penjawat awam menjadikan sasaran kerajaan yang berkesan sebagai tanggungjawab bersama dalam tempoh 10 tahun menjelang Wawasan 2020, bagi memastikan ia dapat memenuhi harapan dan jangkaan rakyat.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini, seluruh dunia tidak lagi bercakap mengenai saiz sesuatu jentera pentadbiran awam, sebaliknya menumpukan kepada keberkesanan kerajaan. “Soal kerajaan berkesan mesti menjadi tanggungjawab bersama. Dalam konteks hari ini, yang lebih tepat lagi ialah bukan sebab saiz, bukan soal besar atau kecil, tetapi soal keberkesanan (kerajaan) paling utama yang menjadi perhitungan kita,” katanya pada majlis Perhimpunan Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam. Majlis berkenaan anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dan Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Najib berkata, kerajaan berkesan ialah yang berupaya memenuhi jangkaan rakyat yang semakin tinggi, pada masa ini berikutan peningkatan tahap pendidikan mereka.

Justeru, katanya, penjawat awam perlu menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam tindakan sepanjang tempoh 10 tahun ini.
Sambil mengambil contoh perlumbaan maraton, Perdana Menteri berkata, tempoh 10 tahun ini adalah fasa akhir sebelum sampai ke garisan penamat yang memerlukan pelari memiliki momentum dan terus bertenaga untuk berjaya.

Beliau juga berkata, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB) adalah antara momentum yang disediakan kerajaan untuk memperkasakan transformasi.

Katanya, GTP adalah perincian untuk menjayakan transformasi sehingga berupaya membawa negara bersaing pada peringkat global dengan dibantu aspek kreativiti dan inovasi.

Najib juga berkata, kerajaan menyediakan hadiah luar biasa kepada jabatan yang berjaya mencetuskan inovasi pada Hari Inovasi kelak, iaitu daripada Ketua Pengarah hingga kakitangan bawahan.

“Saya tidak akan lupa sumbangan penjawat awam dan akan terus membantu... untung nasib penjawat awam akan sentiasa dijaga oleh kerajaan,” katanya.

15 Mei 2010

PM: TRANSFORMASI BESAR AKAN BERLAKU

Utusan Malaysia
15/5/2010



PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya transformasi besar akan berlaku di negara ini jika momentum ekonomi dan program transformasi kerajaan dapat dipupuk dan diperkukuhkan.
Perdana Menteri menegaskan, sebab itu tempoh 10 tahun akan datang ini memerlukan semua pihak terutama para penjawat awam menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam menggalas cabaran mencapai matlamat negara maju 2020.
Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia ketika ini belum mencapai peringkat kemantapan tetapi dalam perjalanan untuk merapati fasa akhir negara maju.
''Kita sudah dekat dengan garis penamat, kita kena pecut dan bukannya sudah habis angin... tercungap-cungap.
''Saya tidak mahu sesiapapun memperlekehkan Malaysia dan sedikit sebanyak apabila saya jumpa Presiden (Barack) Obama (baru-baru ini), saya tidak fikir dia bagi pertemuan dua hala dengan saya kalau dia tidak lihat Malaysia ini negara yang stabil dan berjaya.
''Dalam hal ini, kita perlu menjadi kerajaan yang berkesan supaya dapat mengisi jangkaan dan harapan rakyat yang semestinya semakin kritikal. Oleh itu tanda aras kita mesti global, kelas dunia dan bukan sekadar slogan," kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dan beberapa menteri Kabinet.
Dalam aspek ini, Perdana Menteri turut menjelaskan maksud kerajaan berkesan yang ingin dilihat oleh beliau berlaku iaitu berkesan pada peringkat makro (keseluruhan) dan berkesan dari segi memenuhi jangkaan dan harapan rakyat.
''Ini kerana dari sudut makro penting kerana kalau (kerajaan) tidak diuruskan dengan baik dan tepat, maka sesebuah negara boleh terjerumus dalam lembah yang tidak menentu dengan pelbagai masalah dalaman seperti rusuhan.
''Perkara ini (rusuhan) tidak terbatas di negara membangun tetapi juga berlaku di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang tidak sepatutnya terjadi seperti di Greece yang dibebani masalah hutang," katanya.
Kata beliau: ''Apabila kerajaan tidak diuruskan dengan baik, maka yang sengsara adalah rakyat dan pekerja.
''Sebab itu soal dalam menghasilkan kerajaan yang berkesan ini menjadi tanggungjawab bersama dan Alhamdulillah, berkat kerjasama bekerja sebagai satu pasukan, pertumbuhan ekonomi dalam suku pertama tahun ini melonjak kepada 10.1 peratus."
Menurut Perdana Menteri, pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu bukan kerana dasar fiskal, kewangan dan usaha kerajaan semata-mata tetapi juga disebabkan bantuan serta komitmen para penjawat awam.

PERKS FOR GOOD CIVIL SERVANTS

The Star
By MAZWIN NIK ANIS and FLORENCE A.SAMY
newsdesk@thestar.com.my
14/5/2010




PUTRAJAYA: Outstanding civil servants will be recognised, rewarded and their good work made known to the nation, said the Prime Minister.
“Good performance by government employees must, and will, be recognised. We are thinking of incentives and rewards for them,” added Datuk Seri Najib Tun Razak.
To ensure continuous development, civil servants need to constantly think on th
eir feet and find “out-of-the-box” solutions to settle issues.
“You will benefit too, and your interest will be well-looked after if the country prospers,” he said when addressing civil servants at a gathering organised by Cuepacs yesterday.
Najib urged the nation's 1.2mil civil servants to do the “sprint” with him by becoming an excellent, innovative and effective public sector as Malaysia enters the final 10-year in its bid to achieve developed nation status in 2020.
Words of encouragement: Najib addressing civil servants at the gathering in Putrajaya Friday. - Bernama
The Prime Minister said that while much had already been achieved, the coming 10 years were crucial and not the time for everyone, including civil servants, to take things easy.
“Like running in a marathon, we have entered the last lap of the race and we need to increase our momentum and do the sprint.”
Among those present were Cuepacs president Omar Osman, Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan and Public Service director-general Tan Sri Ismail Adam.
Najib added that the administration had put in place the Government Transformation Prog-ramme and the Economic Transformation Programme.
“I believe so far, we are on the right track as reflected in the 10.1% growth in the Gross Domestic Product (GDP) for the first quarter of 2010.
“Be mindful however, there is still much more to do to achieve our vision and we need to remain focused,” he added.
Meanwhile, Omar said work attitudes needed to be changed and civil servants should show more enthusiasm, dedication and interest towards their duty.
Speaking at the Malay Entrepreneur Convention organised by the Malay Chamber of Commerce Malaysia in Kuala Lumpur, Najib said there were simply too many Class F contractors at 30,000 - the most per capita worldwide.
It was time to move out of overcrowded fields and find new ones, he added.

TUKAR STATUS 95,000 KAKITANGAN

Harian Metro
15/5/2010





SERDANG: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu gelaran status Kumpulan Sokongan bagi penjawat awam ditukar kepada Kumpulan Pegawai Pelaksana supaya dapat membentuk budaya kerja lebih kreatif dan cemerlang.
Presidennya, Omar Osman berkata, tuntutan pihaknya itu selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) kerajaan dalam usaha memantapkan sektor perkhidmatan awam di negara ini.

Menurutnya, pada masa ini ada 95,000 penjawat awam daripada Kumpulan Sokongan membabitkan pelbagai tahap dan kelayakan.

“Kami hendak status gelaran Kumpulan Sokongan ditukar kerana Gred 1 hingga 40 dalam kumpulan ini mempunyai diploma ke bawah. Peringkat diploma ini kita tak boleh panggil kumpulan sokongan. “Kalau meletakkan seseorang itu kumpulan sokongan jadi pemikiran pekerja ini menganggap seolah-olah ada kerja buat, tak ada kerja tak buat, suruh buat, tak suruh tak buat. Jadi masih perlu diarah.

“Justeru, kami dalam perhimpunan Cuepacs (baru-baru ini) kami bersetuju hendak minta ditukar kepada Kumpulan Pegawai Pelaksana. Apabila pegawai pelaksana, diberi arahan kena laksana sampai selesai, tak ada lagi timbul sokongan,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Majlis perasmian sambutan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abdul Rahman, yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hadir sama Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk Dr Zainai Mohamed dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Aziz Deraman.

Sambutan yang julung kali diadakan Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia (Gakum) itu bertujuan meraikan kakitangan dan ahli persatuan sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu.

Omar yang juga Pengerusi Gakum, berkata perhimpunan terbabit penting kerana sejumlah 45,000 kakitangan awam dari Kumpulan Sokongan berada di IPTA. Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap perhimpunan akan datang turut mendapat bantuan daripada pihak kementerian supaya sambutannya lebih gemilang.


“Kami berharap semua pengurusan universiti menyokong aktiviti ini. Ini kerana ia selaras dengan pemikiran kreatif dan inovatif, malah kami tidak lari daripada konsep itu,” katanya. Beliau berkata, dalam menuju ke arah konsep itu, sekali gus mempertingkatkan kemahiran penjawat awam di IPTA, pihaknya berharap semua bahagian latihan universiti dapat memantapkan aspek latihan.

“Malah, semua penjawat perlu diberikan pemahaman lanjut kerana universiti adalah berlainan sedikit berbanding agensi lain,” katanya. Katanya, ketika ini sebanyak 16 IPTA mempunyai kesatuan dan bernaung di bawah Gakum, manakala empat universiti lagi belum berbuat demikian.

“Kita minta jasa baik pihak pengurusan supaya dapat membantu dalam hal ini untuk menubuhkan kesatuan,” katanya

14 Mei 2010

PENJAWAT AWAM PERLU TUNJUKKAN KEHEBATAN LUAR BIASA- NAJIB

Bernama
14/5/2010




PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Penjawat awam perlu menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam tindakan yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi merealisasikan Wawasan 2020.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana dalam tempoh tersebut akan menjadi penentu kepada kejayaan atau sebaliknya terhadap matlamat yang diimpikan itu."Jika dalam perlumbaan maraton, kita ini dah masuk last stretch, sebab 10 tahun saja lagi sebelum mencapai Wawasan 2020."Sebab itu, bila dalam maraton ini, kita dah dekat garis penamat ini, kita mesti pecut. Bukannya dah dekat dengan garis penamat, kita dah habis angin, tercungap-cungap."Tak boleh... 10 tahun akan datang ini adalah tahun di mana kita mesti menunjukkan kecergasan dan kehebatan yang luar biasa. Barulah kita berjaya," katanya dalam amanat pada majlis perhimpunan penjawat awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada hari Jumaat.Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.Najib berkata misi kerajaan kini ialah membuat perubahan besar dan penjawat awam perlu melaksanakan dua momentum yang telah digariskan iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru.Katanya langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk melahirkan kerajaan yang efektif yang dapat mengisi harapan dan jangkaan rakyat."Soal effective government mesti menjadi tanggungjawab kita bersama."Berkat kerjasama kita sebagai satu pasukan, pemulihan ekonomi negara dengan pengumuman saya telah buat semalam, suku pertama tahun ini, ekonomi kita melonjak 10.1 peratus. Satu peningkatan yang di luar jangkaan," katanya.Najib berkata sektor awam yang menunjukkan prestasi yang baik akan diberi pengiktirafan kerana berjaya membuat perubahan yang boleh dibanggakan."Seperti pejabat Imigresen yang boleh mengeluarkan pasport antarabangsa dalam tempoh 1 jam, kita iklankan, sebab ini satu perubahan yang kita mesti banggakan."Saya bangga apabila saya dengar sektor awam kita boleh menghasilkan kerja seperti ini, saya berasa bangga sangat. Saya berasa bangga bahawa kita ada di kalangan penjawat awam yang berprestasi dan mempunyai komitmen yang tinggi," katanya.Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu mengenal pasti agensi dalam sektor awam yang menunjukkan pencapaian luar biasa bagi diberi pengiktirafan sama ada diiklankan atau diberi ganjaran.Beliau berkata terdapat cadangan untuk memberi ganjaran yang luar biasa kepada pemenang anugerah inovasi perkhidmatan awam pada tahun ini."Luar biasa hadiahnya, semua akan dapat. Jika jabatan, daripada Ketua Pengarah sampai ke bawah, semua akan dapat, bukan ketua sahaja," katanya.Najib berkata dalam Model Ekonomi Baru, kerajaan menyasarkan pendapatan rakyat termasuk penjawat awam meningkat daripada purata USD7,000 kepada USD15,000 dalam tempoh 10 tahun.Justeru, Perdana Menteri berkata beliau tidak mahu melihat pendapatan penjawat awam berada di tahap yang rendah."Saya tidak akan lupa sumbangan penjawat awam dan akan terus membantu...untung nasib penjawat awam akan sentiasa dijaga oleh pihak kerajaan," katanya.Beliau berkata langkah dan perubahan yang dilakukan itu bagi memastikan tiada sesiapapun memperlekehkan Malaysia dan peluang beliau bertemu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama baru-baru ini menunjukkan bahawa kuasa besar itu mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin berjaya."Apabila saya dapat peluang berjumpa Barack Obama, jika dilihat Malaysia negara yang dianggap sebagai failing state, saya tidak fikir dia mengadakan bilateral dengan saya."Sebab saya mewakili Malaysia, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang dapat peluang bilateral dengan Presiden Barack Obama."... dan apabila saya dapat mengadakan bilateral, tidak bererti saya melutut kepada dia, seperti yang orang kata. No way, saya jumpa dia kerana saya mewakili negara yang berjaya dan semakin berjaya," katanya.-- BERNAMA

MAHYIDDIN MINTA PENJAWAT AWAM LAKSANA DASAR KERAJAAN BERLANDASKAN 1 MALAYSIA

Bernama
14/5/2010




SIBU, 14 Mei (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta penjawat awam supaya mengutamakan semangat 1Malaysia dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan termasuk yang digariskan dalam pelan transformasi kerajaan dengan lebih cekap dan berkesan.Timbalan Perdana Menteri berkata penjawat awam merupakan barisan pertama yang diberi tanggungjawab menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat berdasarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."Penambahbaikan dalam perkhidmatan sektor awam akan memastikan rakyat akan menikmati sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan cepat," katanya dalam satu pertemuan dengan penjawat awam negeri dan persekutuan di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.Muhyiddin juga mengingatkan penjawat awam supaya bersikap kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas mereka.Dalam satu acara lain, beliau menyampaikan geran kerajaan berjumlah RM1.12 juta untuk enam projek pembangunan umat Islam di sini.Daripada jumlah itu, RM500,000 adalah untuk Sekolah Rendah Agama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (Lakis), RM540,000 untuk empat projek melibatkan masjid dan surau dan RM80,000 untuk Perkim.Upacara penyampaian cek itu berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid An-Naim di sini. Turut bersolat di situ ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Pada majlis itu juga, Muhyiddin menyampaikan bantuan berjumlah RM365,000 yang diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk lapan sekolah kerajaan di sini.-- BERNAMA