SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Mei 2010

BERI IMBUHAN KENAIKAN PANGKAT BERGANTUNG PADA NILAI RASUAH - CUEPACS

Bernama
10/5/2010




KOTA BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Pegawai kerajaan yang menolak rasuah wajar dihargai melalui pemberian imbuhan yang lebih kekal dalam bentuk kenaikan pangkat dan bukan wang tunai, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman.Sambil menyifatkan pemberian imbuhan itu adalah satu usaha baik untuk menghargai keberanian pegawai kerajaan yang menolak rasuah, Omar bagaimanapun berkata, imbuhan kenaikan pangkat itu perlu diberi berdasarkan nilai atau jumlah sogokan rasuah yang ditawarkan."Cuepacs setuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nak bagi imbuhan dan kita bagi cadangan, beri imbuhan bukan dalam bentuk wang tunai tetapi kenaikan pangkat."Kenaikan pangkat itu pula tengok kepada apa bentuk rasuah dan berapa nilainya contoh RM300,000; itu satu jumlah yang besar yang membuktikan pegawai kerajaan yang menolak rasuah itu ada integriti yang tinggi, justeru itu perlunya dipertimbangkan kenaikan pangkat," katanya.Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan di sini pada Ahad.Omar berkata, memberi imbuhan kenaikan pangkat itu hanyalah satu cadangan manakala imbuhan lain bergantung kepada mekanisme yang ditetapkan SPRM sendiri.Dalam perkembangan lain Omar berkata Cuepacs meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempercepatkan kelulusan kenaikan skim gaji juruteknik yang berjumlah 45,000 orang di negara ini."Ini bagi menjamin produktiviti yang lebih baik. Kenaikan gred perlu kerana sudah 19 tahun (juruteknik) tidak mengalami kajian semula gred mereka," katanya.-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam... KAmi dari bahagian juruteknik amat berterima kasih kepada CUEPACS atas usul mempercepat kan kelulusan kenaikan skim gaji... Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

hairan jugak ya..juruteknik saja ke yang terima rasuah? kalau gitu SPRM kena siasat semua j/t di semua sektor la..yang pakai kereta besar dan mewah tu dulu..

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan gred perlu kerana sudah 19 tahun (juruteknik) tidak mengalami kajian semula gred mereka.Anak pun dah masuk Universiti dan bakal dapat gred 41..........

Tanpa Nama berkata...

Dah lah skim gaji tak naik, dah 19 tahun. Nak tumpang kenaikan gaji seluruh kakitangan awam pun tak merasa. malang lebai malang lah juruteknik-juruteknik di Malaysia nie............Ayah bangun dari tidur mu yang lena ......undilah.........

Tanpa Nama berkata...

kaji punya kaji dari ada gigi dah tinggal gusi , pencen tunggu mati...