SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Mei 2010

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA NAFI PINDA TIGA AKTA BERKAITAN PEKERJA

Berita Harian
2010/05/11





SIBU: Kementerian Sumber Manusia menafikan membuat pindaan secara melulu terhadap tiga akta penting berkaitan pekerja sebagai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kementerian itu yang didakwa Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (Semenanjung Malaysia). Akta itu ialah pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Pekerjaan 1955.
Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata terlalu awal bagi kementerian itu untuk membincang dan membuat keputusan mengenai perkara berkenaan.
"Kita tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini (pindaan akta). Ia perlu dilakukan secara teratur. Kita sudah memberi taklimat mengenainya kepada Perdana Menteri. Setakat ini masih terlalu awal (diumumkan) dan hanya selepas perbincangan terperinci barulah keputusan dibuat. Tiada tempoh tertentu ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penempatan Pekerjaan 2010 di sini, semalam. Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (Semenanjung Malaysia) membantah tindakan Kementerian Sumber Manusia yang meletakkan tempoh singkat bagi menyelesaikan pindaan tiga akta penting berkaitan pekerja sebagai KPI kementerian. Kelmarin, Setiausaha Agung kesatuan itu, Datuk Zainal Rampak, menyatakan kebimbangan mengenai tindakan kementerian yang didakwa tergesa-gesa menyiapkan pindaan tiga akta itu. Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu mendesak pindaan akta berkenaan diteliti dan dibincangkan terlebih dulu menerusi Majlis Perundingan Bersama Kebangsaan yang diwujudkan antara majikan, kesatuan dan kementerian. Subramanian berkata, kementerian itu akan berbincang dengan kesatuan pekerja, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi lain berkaitan untuk menyelesaikan perkara itu. Justeru, beliau berkata, tiada sebab bagi kesatuan berkenaan bimbang mengenai pindaan tiga akta itu kerana mereka akan diberi peluang untuk membincangkannya sebelum kelulusan dibuat

Tiada ulasan: