SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2021 : PEKERJA TERAS, ,MENDEPANI CABARAN

31 Ogos 2021

Semua penjawat awam sewajarnya ambil suntikan vaksin Covid-19-Cuepacs

 Metro Harian


Kuala Lumpur: Penjawat awam disarankan mengambil suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat berjalan seperti biasa kerana mereka semua adalah petugas barisan hadapan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata, pihaknya mengambil maklum isu segelintir penjawat awam yang tidak mahu menerima vaksin.

"Cuepacs berpendirian teguh semua penjawat awam sewajarnya mengambil suntikan vaksin yang disarankan oleh kerajaan melalui Pick.

"Semua penjawat awam seharusnya sedar mereka semua perlu mendapatkan suntikan vaksin sekiranya mahu memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat berjalan seperti biasa.

"Mereka adalah barisan hadapan yang akan menjadi pemudah cara kepada rakyat dan sektor ekonomi," katanya hari ini.

Kata beliau, suntikan vaksin dapat mengelakkan seseorang yang dijangkiti dengan virus Covid-19 daripada menerima kesan yang lebih buruk selain mampu mengelakkan risiko kematian.

"Pengambilan vaksin juga mampu mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan mengurangkan risiko jangkitan.

"Kegagalan mengambil suntikan vaksin boleh mewujudkan persekitaran tempat kerja tidak selamat selain mendedahkan bahaya kepada orang awam yang lain," katanya.

Menurut Adnan, Cuepacs juga menggesa kerajaan untuk membentuk jawatankuasa khas bagi menilai dan mengkaji berkenaan undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 di Malaysia.

"Sekiranya jawatankuasa khas yang dibentuk ini memutuskan undang-undang mewajibkan vaksin ini boleh dilaksanakan, ia perlu digubal dengan segera bagi memastikan keberkesanan Pick.

"Jawatankuasa khas ini perlu memberi syor dan cadangan kepada kerajaan kerana banyak perkara perlu diteliti sebelum satu undang-undang boleh diwujudkan.

"Ini memandangkan, masih belum ada negara yang mewajibkan pengambilan vaksin termasuk WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)," katanya.

Kata Adnan, ketika ini ramai yang memberi pelbagai pandangan mengenai peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan bagi mengambil tindakan terhadap golongan pekerja yang tidak mahu divaksin.

Adnan berkata, perkara ini perlu ditangani segera oleh kerajaan bagi mengelakkan majikan mengambil tindakan berdasarkan andaian mereka sendiri ke atas pekerja yang tidak mahu mengambil vaksin.

"Cuepacs berpandangan, satu garis panduan perlu dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengelakkan majikan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka sendiri sedangkan masih tiada undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin.

"Garis panduan atau pekeliling yang jelas mengenai isu pengambilan vaksin dalam kalangan pekerja, termasuk penjawat awam, perlu dikeluarkan bagi memastikan mereka ini tidak ditindas kerana menolak untuk divaksin.

"Bagi perkhidmatan awam pula, kerajaan perlu mengeluarkan pekeliling khusus mengenai penjawat awam yang masih lagi tidak mengambil vaksin," katanya.

Adnan berkata, pekeliling itu perlu menyentuh dengan jelas apa tindakan dan pendekatan yang perlu dilakukan kepada penjawat awam dalam isu pengambilan vaksin.

"Tindakan terburu-buru ke atas kumpulan yang masih menolak vaksin hanya akan mendedahkan kerajaan kepada risiko tindakan undang-undang sekiranya garis panduan atau undang-undang jelas mengenai pengambilan vaksin belum dikuatkuasakan," katanya.

Adnan berkata, pada masa sama, kerajaan perlu memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan anti vaksin yang menyebarkan propaganda tidak benar di media sosial.

"Golongan anti vaksin ini boleh menjadi barah dan menggagalkan usaha kerajaan untuk keluar daripada permasalahan pandemik Covid-19.

"Justeru, golongan anti vaksin ini perlu dipantau dan diambil tindakan supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan menyampaikan maklumat tidak tepat," katanya.

Kata Adnan, Cuepacs percaya tidak semua mereka yang menolak vaksin adalah golongan anti vaksin, sebaliknya mereka ini mungkin masih belum yakin dengan keberkesanan vaksin.

"Dalam hal ini, kerajaan perlu pergiatkan lagi usaha memberi kesedaran untuk meningkatkan keyakinan rakyat bagi mengambil vaksin," katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Alif Anas Md Noor berkata, setiap guru perlu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan persekitaran pembelajaran di sekolah adalah selamat untuk pelajar.

"Kami risau sekiranya guru yang enggan divaksin ini tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka, ia akan memberikan beban tugasan tambahan kepada guru lain.

"Kita perlu akui, pembelajaran secara bersemuka lebih efektif berbanding atas talian, dan kita tidak mahu bebanan tugas berganda diberikan kepada guru yang sudah divaksin serta tidak adil kepada mereka," katanya.

Alif Anas berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu melakukan sesi kaunseling kepada guru yang enggan menerima vaksin untuk mengetahui setiap permasalahan berlaku.

Semalam, media melaporkan, 2,500 guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka bulan hadapan.

Bagaimanapun, semua guru berkenaan tetap perlu ke sekolah melakukan tugasan lain seperti biasa.

30 Ogos 2021

CUEPACS gesa ketua jabatan kenal pasti petugas tidak daftar vaksinasi

 Berita Harian
30 Ogos 2021


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa semua ketua jabatan supaya mengenal pasti petugas yang tidak mendaftar untuk vaksinasi atau masih belum menerima suntikan imunisasi COVID-19.

Presidennya, Adnan Mat, berkata proses mengenal pasti itu perlu dilakukan segera bagi membolehkan maklum balas diperoleh mengenai punca mereka belum mendaftar.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum 2.2 peratus penjawat awam masih tidak mendaftar bagi suntikan vaksin COVID-19, namun terlalu awal untuk membuat rumusan bahawa golongan itu menolak vaksinasi.

"Ada kemungkinan penjawat awam terbabit belum mendaftar kerana mempunyai alahan, mengandung atau keadaan kesihatan tidak mengizinkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Adnan berkata, ketua jabatan perlu mengadakan sesi pertemuan dengan petugas masing-masing, selepas proses mengenal pasti bagi mengetahui dan menyelesaikan permasalahan dihadapi mereka, sekali gus dapat menyampaikan maklumat berkaitan kebaikan vaksin.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga berharap kerajaan dapat menyegerakan proses vaksinasi individu telah mendaftar termasuk kira-kira 30,000 penjawat awam, yang masih belum memperoleh tarikh janji temu.

Dalam hal itu, katanya, CUEPACS melihat pelaksanaan pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di premis dan jabatan kerajaan, boleh menyelesaikan proses vaksinasi penjawat awam yang masih belum mendapat janji temu.

"Setiap jabatan mempunyai data kakitangan yang lengkap, dan proses vaksinasi boleh berjalan dengan lancar jika ia dilakukan di premis kerajaan, selain dapat mengelakkan kesesakan," katanya.

Adnan turut menasihati penjawat awam supaya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dan seterusnya memastikan persekitaran selamat di jabatan masing-masing.

Beliau menjelaskan, keengganan pihak tertentu untuk divaksin hanya akan mendedahkan risiko kepada rakan sekerja sehingga mewujudkan persekitaran tidak selamat di tempat kerja. – BERNAMA

Cuepacs gesa ketua jabatan kenal pasti penjawat awam tidak daftar vaksin

 Astrowani
30 Ogos 2021


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs), menggesa semua ketua jabatan mengenal pasti petugas yang tidak mendaftar atau masih belum menerima suntikan vaksin.
Presidennya Adnan Mat dalam kenyataan hari ini berkata, proses mengenal pasti itu perlu dilakukan segera, bagi membolehkan maklum balas diterima mengenai punca mereka masih belum mendaftar.

Katanya pihaknya mengambil maklum 2.2 peratus penjawat awam masih tidak mendaftar bagi suntikan vaksin COVID-19, namun terlalu awal untuk membuat rumusan golongan itu menolak vaksinasi
"Terdapat kemungkinan penjawat awam ini belum mendaftar kerana mempunyai alahan, mengandung, atau pun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan," menurut kenyataan itu.
Adnan berkata, ketua jabatan perlu mengadakan sesi pertemuan dengan petugas masing-masing, selepas proses mengenal pasti bagi mengetahui dan menyelesaikan permasalahan dihadapi petugas mereka, sekali gus dapat menyampaikan maklumat berkaitan kebaikan vaksin.
Sementara itu, pihaknya juga berharap kerajaan dapat menyegerakan proses vaksinasi bagi individu telah mendaftar termasuk 30,000 penjawat awam, yang masih belum memperoleh tarikh janji temu.
Dalam hal ini, Cuepacs melihat pelaksanaan PPV (pusat pemberian vaksin) bergerak ke premis dan jabatan kerajaan, boleh menyelesaikan proses vaksinasi 30,000 penjawat awam yang belum lagi mendapat janji temu.
"Setiap jabatan mempunyai data kakitangan yang lengkap dan proses ini boleh berjalan dengan lancar sekiranya, proses vaksinasi dilakukan di premis kerajaan, selain dapat mengelakkan kesesakan," katanya.
Adnan turut menasihati penjawat awam, untuk tidak mengabaikan tanggungjawab mereka menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dan seterusnya memastikan persekitaran selamat di jabatan masing-masing.
Jelasnya, keengganan pihak tertentu untuk divaksin hanya akan mendedahkan risiko kepada rakan sekerja, sehingga mewujudkan persekitaran tidak selamat di tempat kerja.
-- BERNAMA.

14 Ogos 2021

Penjawat awam perlu bersifat neutral: Cuepacs

 Sinar Harian
14 Ogos 2021


SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan ikrar penjawat awam perlu bersifat neutral dan tidak meletakkan kepentingan politik dalam setiap tindakan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, kesetiaan penjawat awam hanya kepada raja, negara dan kerajaan semasa, tidak kira apa yang berlaku dalam konteks perubahan pucuk kepimpinan kerajaan.

Menurut beliau, tugas penjawat awam adalah untuk memberi khidmat dan sokongan bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan berada pada tahap cemerlang.

“Penjawat awam adalah jentera kerajaan yang hanya melaksanakan tugasan melalui dasar-dasar semasa kerajaan secara profesional bagi memastikan ia dapat dicapai sebaik mungkin.

“Cuepacs berharap pemimpin kerajaan sentiasa memahami ikatan ini agar para penjawat awam tidak didakwa menyebelahi mana-mana pihak.

“Pemimpin dan penjawat awam perlu bersikap profesional untuk memastikan negara ini benar-benar menelusuri sistem demokrasi yang matang serta memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Adan Mat yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu meneruskan kecemerlangan pentadbiran kerajaan dalam memastikan negara berada di landasan yang lebih baik terutama dalam menguruskan pandemik Covid-19 dan ekonomi rakyat.

Cuepacs jelas beliau, akan memberikan komitmen penuh dalam memadu tenaga untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara.


09 Ogos 2021

Pentadbiran tak terjejas walau berlaku kemelut politik: Cuepacs

Sinar Harian
9/8/2021


SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memberi jaminan jentera pentadbiran kerajaan tidak akan terjejas dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat walaupun berlakunya kemelut politik ketika ini.

Presidennya, Adnan Mat berkata, sistem pentadbiran kerajaan pada dasarnya adalah terasing dengan sistem politik kepartian dan tidak akan terkesan dengan situasi semasa politik negara.