SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Disember 2014

CUEPACS MOHON PERCEPAT BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM

Utusan malaysia
29/12/2014



KUALA LUMPUR 29 Dis. - Bagi meringankan beban kewangan akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan agar mempercepat bayaran bonus penjawat awam kepada awal bulan Januari 2015. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, memandangkan keperluan sekolah yang dibeli oleh penjawat awam untuk anak-anak mereka musnah akibat banjir, bayaran bonus amat diperlukan golongan berkenaan bagi membuat persiapan awal persekolahan.
“Kami faham keprihatinan kerajaan melalui pengumuman bayaran awal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penangguhan permulaan sesi persekolahan, jadi CUEPACS harap kerajaan boleh mempertimbangkan juga bayaran (awal) bonus kepada penjawat awam.
“Jika bayaran bonus diawalkan, mungkin ibu bapa sempat membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak mereka,” katanya dalam sidang media di Wisma CUEPACS di sini hari ini Semasa membentangkan Bajet 2015 Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam dan ia dibayar bersama gaji Januari 2015.
Dalam pada itu, Azih berkata, CUEPACS bersama Yayasan Pekerja Malaysia akan turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam masa terdekat.
CUEPACS juga telah berbincang dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan beberapa doktor dan sebuah bas perubatan untuk membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri bagi mengelak penularan wabak berikutan banjir.
Katanya, setakat ini CUEPACS telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri untuk turut memberi bantuan seperti menjadi sukarelawan dan membersihkan rumah yang musnah akibat banjir.
Beliau turut meminta semua agensi kerajaan dan penjawat awam untuk tampil menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk makanan dan pakaian serta bantuan lain kepada mangsa banjir.
Yang turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pekerja Malaysia, Datuk Omar Osman. - Bernama
-

26 Disember 2014

TIDAK PERLU KAWAL HARGA RUMAH

Sinar Harian
26/11/2014


Dr Noor Azlan Ghazali
Dr Noor Azlan Ghazali
SHAH ALAM - Tidak perlu kawalan harga dalam menangani isu harga rumah yang melambung, kata Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.
Menurutnya, secara kasar kawalan harga dilihat sebagai satu kaedah bagus untuk menangani isu kenaikan harga rumah tetapi realitinya tidak.

"Untuk tempoh jangka masa panjang, kaedah itu (kawalan harga) sebenarnya lebih merugikan dan membebankan terutamanya kepada kerajaan.

"Saya tidak setuju dengan cara tersebut kerana terdapat banyak kaedah lain yang boleh digunapakai," katanya, kelmarin.

Beliau berkata, umpamanya aspek perancangan bandar serta sistem pengangkutan awam yang baik perlu dititikberatkan.

Menurutnya, kenaikan harga rumah berlaku disebabkan dua faktor iaitu permintaan tinggi dan kos tanah yang tinggi.

 Katanya, di Malaysia kebanyakan rakyat mahu tinggal di bandar dan apabila disebut bandar, semua tertumpu di Kuala Lumpur yang dilihat menyediakan pekerjaan.

"Sedangkan banyak lagi kawasan luar seperti Kajang dan Selayang yang boleh dibangunkan sebagai pusat pekerjaan.

"Jika di Jepun dan New York contohnya, kebanyakan rakyat tinggal jauh dari bandar yang perjalanannya mengambil masa satu jam. Tetapi mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang hebat, ia sekali gus meredakan isu kenaikan harga rumah serta pemusatan," katanya.  

Selain itu, kerajaan perlu menangani isu spekulator yang membeli rumah untuk dijadikan aset pelaburan.

"Kita boleh fokus cara atau bagaimana untuk mewujudkan suasana agar mereka kurang berminat untuk membeli rumah, contohnya kerajaan perkenalkan rumah dijual balik dalam tempoh beberapa tahun dengan cukai tinggi," katanya.

Mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda bahawa kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan jika kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah adalah sebagai isu yang berbeza.

"Ramai keliru maksud gelandangan kerana ia isu sosial dan tingkah laku.

"Di luar negara, kerajaan menyediakan rumah perlindungan kepada golongan gelandangan tetapi mereka memilih tinggal di jalanan kerana itu cara mereka meneruskan kehidupan," katanya.

25 Disember 2014

SEKTOR AWAM PERLU LAKUKAN TRANSFORMASI UNTUK HADAPI CABARAN - KSN

Bernama
25/11/2014


KUCHING, 25 Nov (Bernama) -- Sektor awam di negara ini, yang menghadapi cabaran berbeza daripada sedekad lepas, perlu melakukan perubahan, transformasi dan bersifat inovatif dari segi pendekatan agar tidak ketinggalan zaman, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata sejajar dengan itu, pelaksanaan transformasi dalam sektor awam menjadi fokus utama sejak beberapa tahun kebelakangan bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perubahan yang berlaku.

"Orang sering bertanya sama ada kita (sektor awam) masih relevan kerana perubahan menunjukkan kita perlu relevan sepanjang masa," katanya ketika merasmikan Persidangan Sektor Awam Sarawak 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata orang sekarang bijak menilai dan mahukan perkhidmatan yang cepat, cekap dan berkesan kos untuk memenuhi keperluan serta jangkaan mereka.

"Pada waktu yang sama, kemunculan media sosial memaksa kita berdepan dengan maklum balas positif dan negatif secara masa nyata, manakala jangkaan untuk mendapat respons tepat pada waktunya, walaupun bukan pada waktu itu juga, adalah lebih tinggi daripada sebelum ini.

"Di peringkat institusi pula, kita menghadapi kekangan fiskal yang mencabar kita untuk melipatgandakan perkhidmatan kepada rakyat dengan menggunakan sumber yang berkurangan," katanya.

Sejajar dengan itu, Ali menggesa semua penjawat awam supaya berani melakukan transformasi terhadap sektor awam dan tidak mengutamakan kenaikan gaji semata-mata, tetapi hasil yang besar dan lestari dalam bentuk perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai, peningkatan produktiviti dan kecekapan serta pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata Malaysia memiliki sektor awam yang kukuh, dinamik dan bingkas, yang mampu menggerakkan negara ini ke hadapan melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan sepanjang tahun hingga membolehkannya mencapai pertumbuhan besar serta berdaya saing di peringkat global.

"Kita perlu terus kurangkan kerenah birokrasi dan memperkenalkan pembaharuan yang boleh meningkatkan kecekapan, meminimumkan kos dan menambah produktiviti," katanya.

Ali memuji Perkhidmatan Awam Sarawak kerana mempunyai wawasan - 'Untuk Menjadi Perkhidmatan Awam Kelas Dunia', yang kata beliau agak sama dengan wawasan Kanada 'perkhidmatan awam kelas dunia yang bersedia berkhidmat kepada Kanada dan rakyatnya kini dan pada masa akan datang'.

Beliau berkata setakat ini tiada negeri lain di Malaysia mempunyai rancangan untuk melakukan transformasi terhadap perkhidmatan awam masing-masing.

-- BERNAMA

23 Disember 2014

SHARIFAH ZAHARAH KSU BAHARU KKMM - KSN


Bernama
22/12/2014



PUTRAJAYA, 22 Dis (Bernama) -- Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu mulai Isnin.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan Isnin berkata, Sharifah Zarah, 58, menggantikan Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

"Sharifah Zarah berpengalaman luas dalam bidang pembangunan sosial, sains dan teknologi, hubungan antarabangsa serta pengurusan sumber manusia.

"Saya berkeyakinan bahawa kelayakan, pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki beliau akan membolehkan beliau memimpin dan meneruskan kecemerlangan KKMM sebagai peneraju wadah komunikasi dan multimedia negara selaras dengan Agenda Transformasi Nasional," katanya.

Sharifah Zarah, berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Perancangan Sosial dari University of Leeds, United Kingdom; Ijazah Sarjana dalam bidang Sumber Manusia dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.

Beliau mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1981 dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 33 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang Sharifah Zarah ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan) di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perhubungan Antarabangsa KPWKM.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri/Penasihat Kedutaan Malaysia di New York; Pengarah Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Wanita (Hawa), Jabatan Perdana Menteri; Penolong Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Wanita, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat; Penolong Setiausaha, Unit Perkhidmatan Tentera, Bahagian Perkhidmatan, Kementerian Pertahanan dan Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

-- BERNAMA

22 Disember 2014

CUEPACS CALLS FOR 'LAND BONUS'

Bernama
21/12/2014


KUCHING: Congress of Unions of Employees in Public Service (Cuepacs) is requesting state governments to consider giving land to all government servants for them to build houses upon retirement.
Cuepacs president Datuk Azih Muda said while the majority of civil servants were serving for more than 30 years – some over 40 years – many received nothing in the end.
“So, as a token of appreciation to the government servants for their services, it would be most appreciated if state governments could consider giving land lots to us upon retirement.
“This would mean that the government will give 1.5 million land lots. They can do it by creating land banks but all we need to do is be united,” he said.
Azih stated this when speaking at Cuepacs Sarawak annual dinner here on Friday.
He said the justification for this was that a bigger section of the present civil servants could not even buy a house when the salaries they received were still low compared with the very high cost of living today.
He asserted that the salary of employees in the supporting Group I and II were only RM805 and RM820 respectively, well below the national poverty line of RM880.
“Therefore we are calling the government to improve and transform with urgency the 252 public service schemes in line with the increasing cost of living,” he added.
He cautioned that if all these could not be resolved, then many of them would be forced to “drink plain water” as they could not afford other drinks.
“These are only few of the challenges we are going to face in the years to come. Next year, which is the closing for the 10th Malaysian Plan, it will be more challenging for us in the civil service.
“So in order to face the challenges, the most important thing is for us to be united. If there is no unity among us I am afraid that our voice will not be heard and if we cannot fight for ourselves, no one will do it for us,” he disclosed.
However, in order to impress the government, he said they must serve with full commitment and integrity.
“We have to make sure that our Key Performance Index (KPI) is always up to mark and not below par if we want the government to meet our requests; or else the people out there who are our clients will be angry if the government gives anything that we want but our service is lousy,” he stated

21 Disember 2014

WUJUD KONSEP BANK TANAH BINA RUMAH MAMPU MILIK - CUEPACS

Berita harian
Sabtu, 20 Disember 2014 @ 4:29 PM








Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan konsep bank tanah khusus untuk pembinaan rumah mampu milik kepada penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Azih Muda.
"CUEPACS akan usulkan kepada kerajaan supaya rizabkan 1.5 juta lot tanah sebagai bank tanah khusus kepada penjawat awam. Ada penjawat awam yang berkhidmat sehingga 40 tahun (sebelum bersara) dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri... tetapi apa yang mereka perolehi? Justeru itu CUEPACS berpendapat permintaan ini boleh diberi pertimbangan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama anggota CUEPACS Sarawak, hari ini.
Dalam ucapan yang sama Azih turut menyarankan supaya kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,200 bagi membolehkan penjawat awam di peringkat rendah menikmati kehidupan yang lebih baik.
"Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I dan II ini masing-masing RM805 dan RM820 iaitu di bawah paras kemiskinan nasional yang ditetapkan pada RM880.
"Dalam tempoh lima tahun lagi, iaitu pada 2020 kerajaan berhasrat mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, apakah pendapatan pergajian penjawat awam ketika itu sesuai status negara maju?" soalnya. - BERNAMA

WUJUDKAN KONSEP BANK TANAH BINA RUMAH MAMPU MILIK UNTUK PENJAWAT AWAM - CUEPACS

Bernama
20/12/2014


KUCHING, 20 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan konsep bank tanah khusus untuk pembinaan rumah mampu milik kepada penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Azih Muda.
"Cuepacs akan usulkan kepada kerajaan supaya rizabkan 1.5 juta lot tanah sebagai bank tanah khusus kepada penjawat awam.

Ada penjawat awam yang berkhidmat sehingga 40 tahun (sebelum bersara) dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri...tetapi apa yang mereka perolehi? Justeru itu Cuepacs berpendapat permintaan ini boleh diberi pertimbangan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama anggota Cuepacs Sarawak, Sabtu.

Dalam ucapan yang sama Azih turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,200 bagi membolehkan penjawat awam di peringkat rendah menikmati kehidupan yang lebih baik.

"Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I dan II ini masing-masing RM805 dan RM820 iaitu di bawah paras kemiskinan nasional yang ditetapkan pada RM880.

"Dalam tempoh lima tahun lagi, iaitu pada 2020 kerajaan berhasrat mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, apakah pendapatan pergajian penjawat awam ketika itu sesuai status negara maju?" soalnya.

-- BERNAMA

20 Disember 2014

JPA JELAS LAPORAN '60 PERATUS CEO BADAN BERKANUN KURANG FAHAM TUGAS' KURANG TEPAT

Bernama
19/12/2014


 PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menjelaskan laporan media bertajuk '60 peratus CEO Badan Berkanun Kurang Faham Tugas' adalah kurang tepat, mengelirukan dan menimbulkan persepsi negatif.
JPA dalam satu kenyataan berkata Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA, Datuk Norzam Mohd Nor yang dipetik dalam laporan itu menafikan kenyataan bahawa 60 peratus CEO badan berkanun kurang faham tugas mereka.

"Sebaliknya (Norzam) hanya menasihatkan semua CEO atau Ketua Jabatan untuk sentiasa meneliti dan mengkaji semula fungsi serta hala tuju sebenar agensi agar sentiasa relevan dengan kehendak stakeholder dan perkembangan semasa," jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan JPA itu, fakta dalam laporan berkenaan yang mengatakan terdapat 738 badan berkanun juga tidak tepat, di mana jumlah tersebut adalah jumlah keseluruhan agensi sektor awam merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

-- BERNAMA

19 Disember 2014

PENJAWAT AWAM DIINGAT TIDAK SEBAR DOKUMEN KERJAAN DI LAMAN SOSIAL

Bernama
18/12/2014



KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Penjawat awam negara ini diingatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat dan dokumen kerajaan di laman sosial bagi menjamin keselamatan negara.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara tersebut tidak harus diambil ringan kerana ia membabitkan kedaulatan dan keamanan masyarakat negara ini.

"Sebagai penjawat awam kita diberi amanah dan kepercayaan yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing.

"Kita perlu patuh dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada," katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Badan Berkanun di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Khamis.

Persidangan bertemakan 'Cabaran dan Masa Depan Agensi Badan Berkanun' selama dua hari sehingga Jumaat itu dihadiri seramai 600 peserta daripada 100 agensi badan berkanun.

--BERNAMA

JOHOR NEGERI PERTAMA LUASKAN SKIM PERKESO KEPADA PENJAWAT AWAM KONTRAK, SEMENTARA.

Bernama
18/12/2014



JOHOR BAHARU, 18 Dis (Bernama) -- Johor muncul sebagai negeri pertama yang memperluas perlindungan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada penjawat awam bertaraf kontrak dan sementara, sejak ia dilaksanakan tahun lepas.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata sehingga kini, seramai 7,000 penjawat awam kontrak dan sementara melibatkan 92 agensi perkhidmatan awam di negeri ini sudah berdaftar sebagai pencarum.

"Perluasan perlindungan keselamatan sosial ini mencerminkan kepekaan kerajaan negeri terhadap kebajikan golongan berkenaan supaya sentiasa terbela.

"Malang tidak berbau dan tidak dapat dijangka, namun, apa yang boleh kita lakukan ialah persediaan terhadap sebarang kemungkinan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perluasan liputan Perkeso ke atas penjawat awam kerajaan Johor dan persekutuan bertaraf kontrak dan sementara di sini, Khamis.

Ismail berkata pelbagai faedah diperolehi golongan berkenaan menerusi perlindungan itu termasuk kelayakan pemeriksaan kesihatan percuma mulai tahun depan bagi mengesan penyakit tidak berjangkit bagi mereka yang mencapai umur 40 tahun.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan cek pembayaran caruman berjumlah RM2.15 juta bagi pihak kerajaan negeri kepada Perkeso sebagai bayaran caruman dari semua agensi awam negeri dan persekutuan di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed berkata pihaknya komited dengan perluasan perlindungan itu demi kesejahteraan penjawat awam.

Perkeso yang ditubuhkan sejak 43 tahun lepas akan terus meningkatkan pelbagai inisiatif demi menjamin landskap perlindungan keselamatan sosial terhadap pekerja negara ini, katanya.



-- BERNAMA

DEWAN NEGARA: KERAJAAN PERTIMBANG SEMAK KADAR ELAUN RUMAH PENJAWAT AWAM TAHUN DEPAN

Bernama
18/12/2014



KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan mempertimbang untuk menyemak semula kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) penjawat awam pada tahun hadapan, selepas kali terakhir imbuhan itu disemak pada 2005.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerajaan prihatin menjaga kebajikan penjawat awam dengan membuat semakan gaji dan elaun dari semasa ke semasa supaya ia sejajar dengan kos sara hidup.

"Pada tahun hadapan, kerajaan akan mempertimbang semula semakan kadar ITP ini sejajar dengan kos sara hidup semasa. Namun begitu, ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menaikkan elaun perumahan bagi penjawat awam di negara ini.

Shahidan berkata ITP ditentukan mengikut gred perkhidmatan pegawai, dan ia diberikan kepada penjawat awam yang tidak menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh kerajaan.

Semakan terakhir kadar ITP pada 1 Januari 2005 telah menetapkan kadar ITP bagi kumpulan pelaksana dinaikkan daripada RM135 kepada RM180 sebulan, katanya.



-- BERNAMA

11 Disember 2014

CUEPACS MOHON KERAJAAN PERCEPAT PENAMBAHBAIKAN 252 SKIM PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
11/12/201


KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon supaya kerajaan mempercepat penambahbaikan kesemua 252 skim perkhidmatan awam bagi membantu penjawat awam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ketika kerajaan berhasrat mencapai negara maju
berpendapatan tinggi menjelang 2020, namun pendapatan penjawat awam terutama bagi Kumpulan Pelaksana I dan II serta kumpulan menengah masih lagi rendah.

"Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I dan II ini masing-masing RM805 dan RM820 iaitu di bawah paras kemiskinan nasional yang ditetapkan pada RM880.

"Jadi penjawat awam merasa bimbang menjelang lima tahun akan datang ini, apakah pendapatan pergajian penjawat awam ini boleh melayani kehidupan kita dalam tempoh lima tahun lagi," katanya selepas menghadiri mesyuarat kongres berkenaan di sini, hari ini.

Azih berkata, sehingga kini kesatuan itu belum mendapat gambaran tarikh kuat kuasa pelaksanaan skim baharu berkenaan yang sepatutnya telahpun disiapkan pada awal tahun ini.

"Kalau ikut perundingan awal kita dengan kerajaan, skim ini sepatutnya bermula pada 2014, tapi 2015 sudah tinggal tidak beberapa hari lagi daripada sekarang.

"Hari ini bukan persoalan hendak memiliki rumah, persoalan sekarang bagaimana hendak menggunakan duit gaji untuk sara keluarga, makan minum dan pendidikan anak-anak," katanya.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,200 bagi membolehkan penjawat awam di peringkat rendah menikmati kehidupan yang lebih baik.

Dalam pada itu, Azih sekali lagi memohon agar kerajaan mempercepat pembayaran bonus sekurang-kurangnya pada minggu pertama Januari tahun hadapan bagi meringankan beban penjawat awam menjelang sesi persekolahan pada 2015.

"Harapan Cuepacs supaya walaupun kerajaan bercadang bayar pada Januari, minta bonus dibayar pada minggu pertama dan tidak dibayar bersama gaji, tapi dibayar lebih awal untuk membolehkan persediaan dibuat oleh ibu bapa untuk persekolahan anak-anak mereka," katanya.



-- BERNAMA

CUEPACS CADANGKAN TEMPOH WAJIB TUGAS PENGUAT KUASA

Utusan Malaysia

 


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewajibkan setiap agensi penguat kuasa tidak menempatkan seseorang pegawai atau anggota di satu-satu kawasan me­lebihi lima tahun.

Azih Muda
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah tersebut bertujuan mengelak mereka berasa ‘selesa’ di sesuatu tempat sehingga mendedahkan mereka kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Selain itu, kata beliau, setiap ketua unit penguat kuasa juga bertanggungjawab melakukan pemantauan bagi mengelakkan orang bawahan mereka seolah-olah mempunyai kuasa sendiri.
“Dasar penempatan tidak melebihi lima tahun ini wajib dilaksanakan memandangkan pada masa ini ada agensi tidak membuat pertukaran anggota mereka sehingga 20 tahun.
“Selain itu ketua perkhidmatan masing-masing mesti mengetahui keperluan dan pergerakan anak-anak buah mereka serta mengetahui masalah pekerja. Mereka juga mesti sentiasa berkomunikasi supaya mengwujudkan rasa hormat dan nilai-nilai integriti dalam diri agar tidak tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti rasuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh mencadangkan pembersihan anggota dalam agensi-agensi penguat kuasa perlu dilakukan bagi menghentikan gejala rasuah terutama di bahagian atau unit yang berisiko tinggi seperti di bahagian pelesenan iaitu bermula dengan pelaksanaan pemprofilan integriti dalam proses pengambilan anggota bagi agensi-agensi ber­kenaan.
Cadangan itu dibuat susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pindaan terhadap undang-undang sedia ada dilaksanakan bagi mengenakan tindak­an lebih berat kepada penerima dan pemberi rasuah.
Dalam pada itu, Azih berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah unit pemantauan untuk meneliti setiap dasar dan sistem penyampaian kerajaan yang dilihat lapuk dan tidak lagi relevan.
Katanya, kelambatan proses-proses tertentu dan kerenah birokrasi dalam sektor kerajaan perlu dibanteras secara keseluruhan kerana keadaan itu boleh mengundang kepada gejala rasuah.
Jelas beliau, penambahan pegawai di barisan hadapan mesti dilakukan sekiranya kaedah tersebut boleh mengurangkan tempoh menunggu dalam setiap permohonan dokumen-dokumen kerajaan.
“Rakyat tidak suka untuk menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan permohonan di mana-mana agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan mereka akan menyogok wang untuk mempercepatkan proses ini.
“Jadi, sekiranya perkara ini dapat dibendung melalui pemantauan unit berkenaan, gejala rasuah ini tidak mungkin akan berlaku,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tukar-setiap-lima-tahun-1.35172#sthash.HvONR2Rt.dpufetiap lima tahun

CUEPACS cadangkan tempoh wajib tugas penguat kuasa


 12  2 Google +0
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewajibkan setiap agensi penguat kuasa tidak menempatkan seseorang pegawai atau anggota di satu-satu kawasan me­lebihi lima tahun.

Azih Muda
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah tersebut bertujuan mengelak mereka berasa ‘selesa’ di sesuatu tempat sehingga mendedahkan mereka kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Selain itu, kata beliau, setiap ketua unit penguat kuasa juga bertanggungjawab melakukan pemantauan bagi mengelakkan orang bawahan mereka seolah-olah mempunyai kuasa sendiri.
“Dasar penempatan tidak melebihi lima tahun ini wajib dilaksanakan memandangkan pada masa ini ada agensi tidak membuat pertukaran anggota mereka sehingga 20 tahun.
“Selain itu ketua perkhidmatan masing-masing mesti mengetahui keperluan dan pergerakan anak-anak buah mereka serta mengetahui masalah pekerja. Mereka juga mesti sentiasa berkomunikasi supaya mengwujudkan rasa hormat dan nilai-nilai integriti dalam diri agar tidak tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti rasuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh mencadangkan pembersihan anggota dalam agensi-agensi penguat kuasa perlu dilakukan bagi menghentikan gejala rasuah terutama di bahagian atau unit yang berisiko tinggi seperti di bahagian pelesenan iaitu bermula dengan pelaksanaan pemprofilan integriti dalam proses pengambilan anggota bagi agensi-agensi ber­kenaan.
Cadangan itu dibuat susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pindaan terhadap undang-undang sedia ada dilaksanakan bagi mengenakan tindak­an lebih berat kepada penerima dan pemberi rasuah.
Dalam pada itu, Azih berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah unit pemantauan untuk meneliti setiap dasar dan sistem penyampaian kerajaan yang dilihat lapuk dan tidak lagi relevan.
Katanya, kelambatan proses-proses tertentu dan kerenah birokrasi dalam sektor kerajaan perlu dibanteras secara keseluruhan kerana keadaan itu boleh mengundang kepada gejala rasuah.
Jelas beliau, penambahan pegawai di barisan hadapan mesti dilakukan sekiranya kaedah tersebut boleh mengurangkan tempoh menunggu dalam setiap permohonan dokumen-dokumen kerajaan.
“Rakyat tidak suka untuk menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan permohonan di mana-mana agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan mereka akan menyogok wang untuk mempercepatkan proses ini.
“Jadi, sekiranya perkara ini dapat dibendung melalui pemantauan unit berkenaan, gejala rasuah ini tidak mungkin akan berlaku,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tukar-setiap-lima-tahun-1.35172#sthash.HvONR2Rt.dpuf

09 Disember 2014

TERENGGANU PERUNTUKAN KIRA-KIRA RM20 JUTA AGIH BONUS KEPADA 9,719 PENJAWAT AWAM NEGERI

Bernama
8/12/2014


KUALA TERENGGANU, 8 Dis (Bernama) -- Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500.

Berucap ketika membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13, di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan.

Katanya kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM20 juta kepada 9,719 kakitangan awam negeri bagi pemberian tersebut yang akan dibayar pada Januari tahun hadapan.

Terdahulu Kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan ketika membentangkan "Bajet 2015 pada 10 Okt lepas.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ahamd Razif menyifatkan Bajet 2015 ini bakal memberi manfaat menyeluruh kepada semua rakyat negeri meliputi isu kritikal seperti masalah perumahan, kemiskinan, keusahawanan, perkhidmatan, sukan, pendidikan, pembangunan, pertanian, pelancongan, ibu tunggal, malah kebajikan penarik beca dan pemandu bot penambang turut diambil kira.

Menurutnya kerajaan negeri juga prihatin dengan nasib pengayuh beca roda tiga yang membawa penumpang ke Pasar Kedai Payang serta pemandu bot penambang tradisional kerana mereka adalah antara mereka di barisan hadapan dan punyai peranan tersendiri dalam memajukan sektor pelancongan di negeri ini.

"Untuk itu, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM200 sebulan kepada mereka sebagai insentif dan ia akan diuruskan oleh Tourism Terengganu, katanya.

Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pelaksanaan program membina rumah baharu serta membaik pulih rumah dengan 1,300 penerima bakal menerima manfaatnya.

"Sebanyak RM43 juta juga diperuntukkan bagi menyiapkan 19 projek sambungan Rumah Mampu Milik dan kerajaan negeri menyediakan subsidi antara RM20,000 hingga RM73,000 bagi setiap unit rumah termasuk kos penyediaan infrastruktur dan kos tanah.

"Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menghapuskan faedah dalam bayaran bulanan pembelian rumah mampu milik dan melanjutkan tempoh bayaran sehingga 30 tahun dengan jumlah bayaran hanya RM189 bulanan," katanya.

Keutamaan diberi kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, belum memiliki rumah sendiri dan kuota 10 peratus turut disediakan untuk golongan belia yang belum berkahwin.

Selain itu, Ahmad Razif berkata sejumlah RM20.6 juta diperuntukkan bagi melonjakkan lagi sektor pertanian, RM17.3 juta untuk pengurusan sukan, RM10 juta untuk pembinaan litar motosikal di Gong Badak dan RM10 juta untuk membantu golongan ibu tunggal di negeri itu menjalankan perniagaan, manakala peniaga di kampung diperuntukkan RM5 juta iaitu pinjaman mudah.

"Bagi memperkasakan lagi golongan belia, kerajaan negeri bersetuju menaikkan insentif kepada persatuan belia yang aktif sebanyak RM5,000 berbanding RM2,000 sebelum ini manakala persatuan belia yang biasa, kekal menerima RM2,000 sebagai bantuan pentadbiran.

"Aspek kebersihan yang menjadi fokus utama Terengganu pula menerima peruntukan sebanyak RM60 juta manakala untuk mengatasi kejadian banjir kilat, sebanyak RM34 juta diperuntukkan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT) untuk kerja pembinaan dan penyelenggaraan perparitan," katanya.

-- BERNAMA

06 Disember 2014

DEWAN NEGERI: bONUS SETENGAH BULAN ATAU MINIMUM RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM N.SEMBILAN

Bernama
5/12/2014



SEREMBAN, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebagai menghargai sumbangan berterusan penjawat awam dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

"Bayaran ini akan dijelaskan pada 2 Jan 2015.

"Dengan insentif ini, saya amat berharap prestasi kakitangan awam negeri ini akan terus dipertingkat di samping memegang teguh prinsip integriti dalam setiap gerak kerja," katanya ketika berucap semasa membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, dalam usaha menggalakkan jabatan dan agensi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di tahap 'Sangat Baik' dalam tahun-tahun akan datang, kerajaan negeri memberikan insentif kewangan sebanyak RM10,000 kepada setiap jabatan dan agensi yang berjaya mencapai standard itu.

Mohamad berkata pada 2013, berdasarkan pemarkahan Jabatan Audit Negara ke atas 14 jabatan dan agensi kerajaan negeri, sembilan jabatan dan agensi berjaya mencapai tahap 'Sangat Baik' dengan markah yang diperoleh melebihi 90 peratus.

"Lima agensi lagi mencapai tahap 'Baik' dengan markah antara 84.2 peratus dan 89.9 peratus," katanya.

Jabatan dan agensi yang telah mencapai kejayaan pada tahap 'Sangat Baik' ialah Majlis Perbandaran Seremban, Pejabat Kewangan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Selain itu Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri Sembilan turut mencapai tahap 'Sangat Baik'.



-- BERNAMA

05 Disember 2014

KSN MINTA AGENSI PERKHIDMATAN AWAM TEKANKAN PEMBANGUNAN INOVASI SOSIAL


Bernama
5/12/2014


JOHOR BAHARU, 4 Dis (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini meminta agensi-agensi perkhidmatan awam di negara ini supaya terus memberi penekanan kepada aspek pembangunan inovasi sosial melalui makmal dan unit inovasi masing-masing.
Beliau berkata menerusi inovasi sosial, hasil pertumbuhan ekonomi negara yang bertunjangkan agenda transformasi negara, dapat diagihkan bagi memenuhi ekonomi keperluan rakyat.

"Inovasi sosial merujuk kepada konsep, idea dan strategi membawa kepada penambahbaikan sosial pelbagai lapisan masyarakat menerusi pendekatan inovatif.

"Ia merangkumi lapangan pendidikan, kesihatan awam dan pembangunan komuniti," katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam peringkat Kebangsaan Ke-31 di sini, Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Dalam pada itu, Ali mengajak penjawat awam supaya melakukan perubahan minda sekali gus meningkatkan daya kreativiti dan inovasi supaya sentiasa mempunyai fikiran minda kelas pertama.

Beliau berkata melalui daya pemikiran minda kelas pertama, mutu dan hasil kerja yang dihasilkan bukan sahaja setanding dengan ciptaan negara maju malah diyakini mampu membawa dimensi baharu kepada corak pemikiran masyarakat negara ini.

Menurutnya penjawat awam perlu terus relevan dalam meningkatkan mutu kualiti penyampaian perkhidmatan dengan memberi perhatian serius kepada pembangunan inovasi dan membudayakan elemen kreativiti secara berterusan.

"Penjawat awam bukan sahaja perlu berfikiran di luar kotak tetapi juga harus bertindak di luar kebiasaan dalam melahirkan idea kreatif melalui tindakan yang inovatif di masa-masa akan datang," katanya.

Mengenai KIK, Ali menyarankan kumpulan yang terlibat supaya terus berusaha dan aktif dalam mencipta serta melaksanakan projek KIK yang berkualiti dan berdaya saing seiring dengan keperluan dan tuntutan rakyat.



-- BERNAMA

03 Disember 2014

PENJAWAT AWAM DIGESA LAPOR KENAIKAN HARGA BARANG TIDAK MUNASABAH

Bernama
2/12/2014



JOHOR BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mahu 1.5 juta penjawat awam di negara ini melaporkan tindakan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April 2015 dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah.
Katanya usaha ini dapat membantu usaha kerajaan memastikan agar rakyat tidak dibebani dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi selain tidak berlaku ketirisan dalam sistem percukaian tersebut.

"Penjawat awam perlu memainkan peranan dengan membuat aduan sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #myGST4U Negeri Johor yang dianjurkan JPA di sini pada Selasa.

Sementara itu, katanya, JPA telah meluluskan lebih 400 jawatan penguat kuasa baharu sebagai persediaan kerajaan mengawal kenaikan harga barang.

Mohamad Zabidi berkata pertambahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu dibuat sebagai mengambil kira kepentingan rakyat yang bimbang akan kenaikan harga barang tanpa kawalan.

Beliau juga mahu agar penjawat awam memahami dan memberi perhatian kepada setiap perkara di dalam Bajet 2015 kerana mereka adalah pelaksana dasar bagi program yang digubal dan dirancang kerajaan.

Menurut beliau, sekiranya mereka menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, ia membawa kesan berganda yang boleh memberi impak besar kepada kefahaman dan pengetahuan mengenai dasar-dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

"Setakat ini, saya berpuas hati kerana rata-rata penjawat awam mempunyai pengetahuan yang baik berhubung CBP dan ini sememangnya akan membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya," katanya.

Mengenai program itu, beliau berkata, ia merupakan kali kelima selepas diadakan di Perak, Sabah, Kedah dan Perlis sebelum ini sebagai satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran penjawat awam berhubung pelaksanaan CBP.

-- BERNAMA

02 Disember 2014

PENJAWAT AWAM DIMINTA NILAI PRESTASI TUGAS SEPANJANG 2014

Bernama
1/12/2014


KANGAR, 1 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini meminta para penjawat awam di negeri ini menilai prestasi tugas mereka sepanjang tahun ini untuk dijadikan panduan dalam meneruskan tugas menjelang tahun baru 2015.
Beliau berkata jika berdasarkan penilaian mereka rasa tugas masih kurang memuaskan, mereka harus menanam tekad untuk meningkatkan lagi kualiti kerja.

Jika merasakan sudah baik harus dipertingkatkan lagi sebaik sahaja memasuki tahun baru tidak lama lagi, katanya.

Beliau berucap pada perhimpunan bulanan untuk kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan bagi sesi terakhir 2014.

Perhimpunan dihoskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis di Dewan Warisan di sini.

"Kita juga perlu membuat penilaian sejauh mana sumbangan kita kepada masyarakat dan negeri lebih-lebih lagi dalam memenuhi visi menjadikan Perlis Maju 2015," ujarnya.

Menteri Besar berkata, Perlis meletakkan 53 indikator untuk dibuat penilaian bagi mengisytiharkan Perlis Maju 2015.

Setakat ini 43 indikator sudah diperolehi dengan keyakinan akan memperolehi 47 atau 48 indikator menjelang tahun baru.

Katanya, pengukuran negeri maju bukan dilihat kepada terbinanya bangunan tinggi dan rumah batu di sana sini.

Tetapi banyak lagi penilaian lain diambil kira seperti kebersihan, keselamatan, ekonomi dan peningkatan pendapatan penduduk, kata beliau.

Sebelum itu, Pengarah Kastam Negeri, Datuk Mohd. Pudzi Man juga memberi jaminan JKDM Perlis turut membantu negeri ini dalam menjayakan Perlis Maju 2015 khusus dalam pungutan hasil di samping membantu menambah pendapatan negara.

Katanya, sasaran JKDM Perlis tahun ini mengutip hasil RM142 juta dan hingga semalam sebanyak RM122.4 juta jumlah kutipan hasil sudah diperolehi.



Diharapkan tempoh sebulan lagi jabatan akan mampu memenuhi sasaran dengan kebanyakan hasil dipungut di pusat pemeriksaan kastam Padang Besar, kata beliau.



-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM PERLU TURUT DIREMAJAKAN - SHAHIDAN

Bernama
1/12/2014



KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Konsep 'peremajaan' yang disebut dalam Perhimpunan Agung Umno perlu turut diterapkan dalam kalangan penjawat awam bagi memberi impak positif terhadap gerak kerja mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata konsep tersebut seharusnya turut diamalkan di peringkat anggota pelaksana dan bukan sekadar di peringkat pembuat dasar.

"Contohnya seorang renjer hutan berpangkat rendah. Dia ialah pegawai yang buat siasatan, masuk hutan dan sebagainya, tetapi selepas dia berumur dia mungkin tidak mampu lagi membuat kerja-kerja ketika umurnya masih muda.

"Jadi peremajaan itu mestilah diterapkan dalam kalangan anggota pelaksana," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas hasrat Umno seperti yang dinyatakan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri untuk melahirkan satu saf barisan generasi atau "Jil Umno' yang merupakan pewaris kepimpinan parti di masa depan.

Mengulas pengekalan Akta Hasutan, Shahidan mempersoal pihak yang mempertikaikannya walaupun ia bertujuan menjaga keharmonian negara.

"Kenapa orang sibuk persoalkan akta ini. Ia untuk selamatkan negara, orang yang tentang Akta Hasutan maksudnya menentang negara," katanya.

Beliau menambah akta itu penting dalam memastikan keharmonian kaum dan keamanan terus terpelihara.



-- BERNAMA