SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2022 : KELESTARIAN PENDIGITALAN MENDEPANI CABARAN

31 Mac 2021

Amalan BDR wajar diteruskan -Cuepacs

 Kosmo
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
31 Mac 2021, 5:53 pm


PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menasihatkan semua majikan di sektor swasta tidak terburu-buru memulakan operasi pada kapasiti 100 peratus walaupun kebenaran telah diberikan oleh kerajaan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, segala pertimbangan perlu diberikan perhatian terutama daripada sudut kemampuan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, sebelum ini segala SOP yang ditetapkan dilihat gagal dipatuhi sehingga mengakibatkan tercetusnya kluster ditempat kerja.

“Begitu juga di sektor awam, setiap ketua jabatan perlu menguruskan operasi dan sumber manusia dengan sebaiknya.

“Penggunaan tenaga yang optimum di pejabat tanpa kehadiran penuh sudah pasti tidak akan menjejaskan operasi perkhidmatan awam selain mampu mengelakkan risiko jangkitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adnan, amalan bekerja dari rumah (BDR) tidak akan menggangu sistem penyampaian perkhidmatan awam dan swasta sekiranya ia disusun dengan sebaik mungkin.

Jelas beliau, amalan BDR ini wajar diteruskan sehingga negara benar-benar bebas daripada penularan Covid-19.

“Implikasi pembatalan BDR ini cukup besar dan tidak dapat dijangka memandangkan kes jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi.

“Kita tidak boleh mengambil risiko walaupun dengan kehadiran vaksin kerana jumlah mereka yang menerima suntikan tersebut masih lagi rendah,” ujarnya.-K! ONLINE

26 Mac 2021

Contract medical officers deserve increment that commensurates with new positions: Cuepacs

 The SunDaily

26 MAR 2021 / 10:25 H


PETALING JAYA: Getting a promotion without the requisite salary increment is not only unfair and unjust but is also demotivating.he fact that contract medical officers are the ones being given such a raw deal reflects badly on the country’s treatment of its frontliners in the Covid-19 war.

Expressing this view, Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) secretary-general Abdul Rahman Mohd Nordin said this could also have a negative impact on productivity.



He was commenting on a recent report that most of the 22,000 contract medical officers who had been moved up from the UD41 to UD43 scale were not getting the salary in line with their new pay grade.

“This is strange. It should not happen in the first place, especially at a time when the nation depends heavily on these medical frontliners,” Abdul Rahman told theSun.

“The doctors deserve an increment that commensurate with their new position. Steps should be taken soon to address this,” he added.

Galen Centre for Health and Social Policy chief executive officer Azrul Mohd Khalib described the move as “peculiar”.

He said there are circumstances when contract officers are promoted instead of permanent staff, particularly when there are not enough permanent staff with the requisite qualifications to fill those vacant positions.

Abdul Rahman Mohd Nordin
Azrul said the anomaly could have risen because the salary of some of these UD41 contract medical officers had reached a level equivalent with that of a UD43 officer’s salary.

He said this could have been an administrative decision to put the contract medical officers in the same grade as their permanent counterparts, given that they were already receiving the same salaries.

However, Azrul said that if it is not clearly explained, it will cause disgruntlement among the officers and this could demoralise the whole medical team.

“The government has to work out a plan to retain healthcare workers and to do this, it has to make it attractive enough for them to remain in the service.”

Malaysian Medical Association (MMA) president Datuk Dr M. Subramaniam gave an assurance MMA is already working with the Health Ministry to resolve the matter.

15 Mac 2021

Segerakan pelaksanaan GCR - CUEPACS

 Berita Harian
14 Mac 2021


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menggesa kerajaan menyegerakan pelaksanaan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai seperti diumum pada Belanjawan 2020.

CUEPACS sebelum ini menyuarakan gesaan serupa kepada kerajaan pada Februari tahun 2020 tetapi mendakwa sehingga kini GCR masih belum diberikan kepada penjawat awam.


Presidennya, Adnan Mat berkata, pindaan ke atas peraturan yang berkaitan dalam Peraturan-Peraturan Pencen 1980 juga perlu disegerakan bagi membolehkan pelaksanaan itu dilakukan.

Katanya, seperti rakyat lain yang terkesan akibat pandemik COVID-19, penjawat awam juga tidak terlepas daripada merasai perkara itu, walaupun gaji mereka tidak terjejas

"Ini kerana kebanyakan pasangan penjawat awam pekerja di sektor atau berniaga kecil-kecilan yang mungkin sudah dibuang kerja dan terjejas pendapatan akibat tidak boleh berniaga.

"Kos belanja sara hidup yang selama ini dikongsi secara bersama terpaksa dipikul sendiri oleh penjawat awam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020, GCR sepatutnya boleh dituntut pada 1 Januari 2020, tetapi tiada sebarang pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan perkara berkenaan.

Namun, Julai lalu, kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula cadangan penebusan GCR selama 75 hari kepada wang tunai bagi penjawat yang berkhidmat selama 15 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kajian semula itu wajar kerana penebusan awal GCR ketika dalam perkhidmatan tidak menguntungkan penjawat awam.

Adnan menambah, kebanyakan penjawat awam yang layak menebus GCR sudah berkhidmat lebih 15 tahun, manakala anak mereka mungkin ramai dan sudah dewasa sekali gus memerlukan perbelanjaan lebih tinggi.

"Ini fasa memerlukan perbelanjaan lebih besar apabila ada anak mahu melanjutkan pengajian ke kolej dan universiti. Soal memberikan keuntungan atau kerugian kepada penjawat awam jika GCR ini ditebus awal adalah perkara kedua.

"Perkara pertama berkaitan kelangsungan hidup yang perlu diteruskan ketika ini berbanding selepas usia persaraan. Jangan dilihat penjawat awam dalam konteks individu tetapi lihat dalam konteks isi rumah yang turut terkesan dengan pandemik," katanya.

Beliau berkata, seperti pemberian pengeluaran i-Sinar kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa syarat, CUEPACS berharap kerajaan dapat memberi khabar gembira kepada penjawat awam dalam hal penebusan awal GCR ini.

Katanya, penebusan GCR yang sepatutnya dilaksana dalam Belanjawan 2020 dilihat seperti tiada ertinya buat penjawat awam walaupun ia diletakkan dalam rangka perbelanjaan pada tahun lalu.

"Kajian semula itu mahu dilakukan hanya kerana ia dianggap tidak menguntungkan penjawat awam kerana formula pengiraan penebusan awal GCR berasaskan gaji semasa penjawat awam.

"Jumlah diterima menerusi penebusan awal semasa perkhidmatan dikatakan jauh lebih rendah berbanding ketika bersara kerana gaji diterima ketika bersara lebih tinggi.

"Selepas pengumuman itu, pelaksanaan GCR dibiarkan tergantung hingga menimbulkan pertanyaan kepada penjawat awam," katanya

Semak semula Sistem Saraan Malaysia – CUEPACS

 Kosmo
14 Mac 2021


IPOH: Kajian secara serius perlu dilakukan bagi menyemak semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) agar hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan penyampaian sektor awam dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

SSM telah dilaksanakan dalam perkhidmatan awam sejak November 2002 bagi menambah baik skim saraan tetapi sehingga kini ia tidak pernah dikaji atau ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, sudah tiba masanya bagi kerajaan mengkaji semula skim sedia ada itu bagi memenuhi keperluan ekonomi dan kos sara hidup semasa.

Menurut beliau, kajian semula SSM ini perlu dilakukan dengan kadar segera memandangkan skim tersebut digubal berdasarkan keadaan ekonomi dan sara hidup pada tahun 2002.

“Dalam tempoh 19 tahun ini kita telah berhadapan dengan pelbagai kos kenaikan sara hidup termasuk harga rumah yang begitu mendadak.

“Ketika ini gaji permulaan sektor kerajaan adalah sebanyak RM1,200 tanpa mengambil kira lain-lain elaun dan ia masih jauh di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara iaitu RM2,208,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada Persidangan Perwakilan Tri Tahunan Kesatuan Pekerja Rendah Awam negeri Perak di sini hari ini.

Menurut Adnan, gesaan Cuepacs agar kerajaan mengkaji semula SSM ini tidak bermaksud mahu kerajaan melaksanakan perubahan itu segera tetapi sebagai langkah awal untuk pentaksiran baharu.

“Antara perkara yang perlu diberi penekanan dalam SSM baharu ini adalah penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan.

“Cuepacs bersedia untuk mengadakan rundingan dan perbincangan dengan kerajaan dalam menyemak dan memperbaharui semula SSM,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

10 Mac 2021

Sokong cadangan kerja dari rumah jaga ahli keluarga sakit

Sinar Harian
9 Mac 2021


SHAH ALAM - Kesatuan sekerja dan majikan menyokong cadangan untuk melaksanakan kemudahan bekerja dari rumah (BDR) bagi pekerja yang menjaga ahli keluarga uzur dan sakit serta menyokong isteri menjaga anak yang baru lahir.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, cadangan BDR merupakan perkara positif yang boleh diguna pakai terutama kepada pasangan yang sama-sama bekerja.Menerusi BDR, katanya, pasangan ataupun pekerja dapat melakukan tanggungjawab bersama pasangan mereka.

“Ini amat penting kepada pasangan yang meninggal dunia. Maknanya keseluruhan kehidupan keluarga akan berubah apabila salah seorang meninggal dunia. Bererti juga tanggungjawab telahpun terbeban pada satu pihak yang telah ditinggalkan.


“Mungkin juga pasangan ini telah kehilangan pendapatan isi rumah kerana ketiadaan pasangan yang sebelum ini saling sokong menyokong dalam penjagaan rumah tangga termasuk dari segi perbelanjaan isi rumah,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Adnan berkata, cadangan BDR membolehkan mereka mengurus secara terus dari rumah dan pada masa sama boleh melakukan kerja tanpa menjejaskan produktiviti.

Justeru, beliau berharap perkara tersebut boleh dikaji secara serius dan Ceupacs sedia membantu serta menyokong cadangan itu.Sementara itu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mencadangkan agar kerajaan menyediakan insentif khas kepada majikan serta pekerja sebelum memulakan BDR.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, insentif yang dicadangkan tersebut ialah berkaitan dengan kemudahan pekerja seperti capaian internet, komputer riba dan sebagainya.

Menurutnya, mereka yang melangsungkan BDR perlu mendapat persekitaran kerja yang sama semasa di pejabat.“Insentif yang lebih baik boleh diberikan daripada kerajaan, majikan kepada pekerja. Sekarang BDR boleh dibuat di mana sahaja termasuk dari dapur, ruang makan dan juga bilik tidur.

“Saya rasa lebih elok kalau siapkan tempat yang lebih bersesuaian supaya apabila ia masuk ke kawasan kerja, mereka akan mendapat situasi yang sama.“Kawasan kerja ini harus penuhi aspek ditetapkan. Bermakna dari segi peralatan, tempat duduk dan sebagainya supaya pekerja tidak hadapi masalah kesihatan dan keselamatan bila bekerja,” ujarnya.

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata, BDR boleh dilakukan bagi pekerja sektor swasta yang terlibat dengan tugasan pentadbiran dan sokongan.Menurutnya, sektor operasi swasta memerlukan pekerja untuk bekerja di kawasan lapangan.

“Kalau kerja di sektor swasta terlibat tugasan sokongan mungkin boleh dipertimbangkan untuk kerja di rumah. Namun bukan dari sektor operasi.

“Untuk sektor operasi, saya tidak setuju. Ini kerana tidak boleh kerja dari rumah sebab tenaga kerja diperlukan di tempat kerja. Mustahil untuk kerja dari rumah, contohnya pembinaan, perkilangan,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan arahan tersebut mungkin lebih berpihak kepada penjawat awam dan juga mereka yang bekerja dalam bahagian pentadbiran dan sokongan.


© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Bekerja dari rumah: Majikan perlu sediakan kemudahan lengkap - Cuepacs

 Astrowani
9 Mac 2021


KUALA LUMPUR: Kerajaan dan majikan swasta perlu menyediakan kemudahan seperti internet dan komputer riba, bagi menjayakan cadangan bekerja dari rumah (BDR) seperti yang diutarakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata, kemudahan dan persekitaran seperti yang dinikmati oleh pekerja yang bekerja di pejabat perlu disediakan, bagi menjayakan konsep BDR berkenaan bagi memastikan hasil dan produktiviti dapat dicapai.

"Tiada gunanya jika kita melaksanakan konsep BDR, jika hasil atau produktiviti yang kita harapkan tidak dapat dicapai akibat persekitaran kerja yang tidak sesuai, kerana akhirnya pekerja yang dipersalahkan kerana tidak mencapai produktiviti yang ditetapkan.
Sekiranya konsep ini mahu diperkenalkan pada masa akan datang, ia perlu dirangka dengan pendekatan yang menyeluruh, agar tidak menjadi sia-sia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam Muhyiddin dilaporkan telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM), untuk menilai cadangan memperluas kemudahan BDR untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh, bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak baharu lahir.
Menyifatkan cadangan berkenaan sebagai memberi sinar baharu kepada golongan wanita, Adnan turut menyeru agar JPA dan KSM membuat penilaian segera terhadap cadangan berkenaan.
Tambah Adnan, langkah berkenaan dapat meningkatkan produktiviti negara dengan penglibatan lebih ramai wanita, dalam pasaran buruh.
"Berdasarkan statistik semasa, jumlah penyertaan tenaga buruh melibatkan golongan wanita hanya mencatatkan sekitar 55.3 peratus, berbanding 80.7 peratus golongan lelaki dan ini satu jurang yang sangat besar," katanya.
-- BERNAMA

09 Mac 2021

Provide internet and laptops to those working from home - Cuepacs

 Bernama

9/3/2021


The Congress of Union of Employees in the Public and Civil Services Malaysia (Cuepacs) has urged the government and private sector employers to provide facilities such as internet access and laptops to staff who work from home.Its president, Adnan Mat, said facilities similar to what employees enjoy at the workplace should be provided for them at home to ensure that the work-from-home arrangement (WFH) produces the desired outcome and productivity.“It is pointless for us to implement the WFH concept if...

06 Mac 2021

Pastikan ambil perlindungan insurans rumah – CUEPACS

 Utusan Malaysia
5 Januari 2021


KUANTAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan penjawat awam yang membeli rumah sama ada melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau bank komersial mengambil perlindungan insurans tambahan termasuk harta benda.

Presidennya, Adnan Mat berkata, mereka perlu menilai semula keseluruhan polisi yang ada agar perlindungan yang diperolehi turut meliputi keseluruhan isi rumah.
ADNAN Mat (tengah) dan  Setiausaha Agung (kiri)  meninjau dua buah rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Gambang Damai, Kuantan, 5 Januari lalu.
Adnan Mat Presiden (tengah) dan Abdul Rahman Mohd Nordin Setiausaha Agung meninjau dua buah rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Gambang Damai, Kuantan, 5 Januari lalu.

Menurutnya, sebelum ini jika berlaku sebarang musibah seperti bencana atau malapetaka insurans takaful rumah tidak memberi perlindungan kepada barangan yang ada di dalam rumah.

“Dengan itu, jika ada penjawat awam selepas ini yang membuat pembelian atau pinjaman perumahan baharu perlulah meneliti keseluruhan polisi.

“Ini supaya apa yang berlaku dengan rumah mereka itu, perlindungan juga bukan sahaja meliputi dinding, struktur bangunan bumbung seperti tiang, syiling dan sebagainya tetapi termasuk barangannya.

“Jika tidak ada perlindungan semestinya harta benda hangus begitu sahaja, sekiranya dengan mengambil insurans perlindungan tambahan mereka juga dapat memperoleh kos-kos yang telah digunakan atau pelaburan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Sumbangan Banjir CUEPACS, di sini hari ini.

Seramai 530 orang mangsa banjir yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara terdiri daripada penjawat awam seluruh Pahang dan merupakan ahli kesatuan CUEPACS  telah menerima sumbangan banjir yang melanda Januari lalu.

Sementara itu, Adnan berkata, pihaknya turut mencadangkan Bank Negara serta Kementerian Kewangan mewajibkan syarikat insurans di Malaysia memasukkan terus perlindungan akibat kerosakan banjir dalam polisi semasa pembelian rumah.

“CUEPACS terus melihat kepada keperluan ini kerana setiap tahun musibah seperti banjir ini pasti berlaku dan menjadi masalah buat pemilik rumah yang tidak memiliki perlindungan tambahan untuk kediaman. 

“Bagaimanapun ia tidak boleh menjadi alasan untuk pihak insurans menaikkan premium insurans ini. Tidak semua mampu untuk membeli perlindungan tambahan untuk kediaman masing-masing dan jika ia dimasukkan dalam perlindungan, sudah tentu dapat meringankan beban rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE