SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 November 2008

PT, PAR ANJUR BENGKEL TUNTUT PENJELASAN KENAIKAN TARAF

Sinar
11/11/2008
MASJID TANAH – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan satu bengkel berhubung kenaikan taraf kakitangan Pembantu Tadbir (PT) dan Pembantu Am Rendah (PAR) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selepas Aidiladha ini. Presiden CUEPACS Malaysia, Omar Osman berkata, sudah tiba masanya KPM memberi perhatian terhadap nasib kakitangan ini kerana bebanan tugas yang ditanggung mereka kian bertambah. Jelas beliau, terpulang kepada KPM sama ada mahukan Ketua Pengarah mahupun Menterinya sendiri hadir memberi penjelasan pada bengkel itu nanti. :“Jangan sampai kakitangan ini di seluruh Malaysia membuat keputusan yang di luar naungan Cuepacs," katanya. Beliau berkata sedemikian selepas Perjumpaan Badan Bertindak PT dan PAR bersama Presiden Cuepacs Malaysia di Auditorium Kolej Komuniti Alor Gajah, Masjid Tanah di sini, semalam. :Hadir sama, Pengerusi Bertindak Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah Negeri Melaka, Zulkifli Mat Yasin dan beberapa kakitangan PT dan PAR setiap daerah yang hadir. Tambah Omar, ini kerana mereka sudah terlalu tertekan berikutan terlalu ramai kakitangan yang berkhidmat puluhan tahun langsung tidak diberi kenaikan pangkat oleh pihak kementerian. :“Pada pandangan saya, adalah tidak wajar kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia diperlakukan sedemikian kerana kalau dilihat skop tugas kerja yang dibuat sekarang di sekolah, kini lebih banyak jika dibandingkan guru sekolah sendiri," jelasnya. CUEPACS berpendirian bahawa kakitangan Sokongan 1 & 2 ini di peringkat kementerian langsung tidak diambil berat. :“Kita harapkan supaya pihak KPM sendiri dapat berjumpa dengan CUEPACS untuk menangani masalah melibatkan kakitangan bagi kedua-dua jawatan ini," katanya. Sementara itu dalam satu sesi dialog ringkas semalam, seorang PT yang telah berkhidmat 13 tahun memberitahu dia masih tidak dinaikkan pangkat sedangkan beban tugas yang ditanggung bertambah.

Tiada ulasan: