SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 September 2014

LAPAN PAKAR KAJI PEPERIKSAAN AWAM

My Metro
18/9/2014
Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan senarai lapan ahli Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, lapan ahli jawatankuasa itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh, bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Professionalisme Keguruan) Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin, bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Datuk Johari Jamaluddin.



Menurutnya, ahli jawatankuasa seterusnya ialah Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri K Kumaran dan Setiausaha Agung NUTP merangkap Setiausaha Agung CUEPACS Lok Yim Peng.

"Ahli jawatankuasa bebas ini terdiri daripada individu berprofil tinggi, berpengalaman dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi dan keselamatan.
Foto

"Jawatankuasa ini akan mengkaji pengurusan peperiksaan UPSR dan akan memberi cadangan penambahbaikan dari segi operasi, tenaga kerja dan pengurusan yang perlu dilaksanakan," katanya dalam kenyataan diedarkan kepada pemberita pada Majlis Pra-Pelancaran MOCC di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi.

Tiada ulasan: