SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 November 2010

CUEPACS BINCANG ISU TIADA BONUS

Utusan Malaysia
17/11/2010



KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membentangkan isu tiada bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam dalam Bajet 2011 pada mesyuarat khas kongres itu Selasa ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, pada mesyuarat itu beliau dijangka menerima maklum balas daripada semua peringkat ahli kongres di seluruh negara.

Beliau berkata, menerusi maklum balas itu, pihaknya akan berbincang dan membuat analisis mengenai apakah kesan ke atas penjawat awam ekoran ketiadaan bonus tersebut.

"Setakat ini, kita menerima beberapa maklum balas awal daripada penjawat awam dan rata-ratanya menunjukkan reaksi kecewa.

"Kongres bimbang, kekecewaan itu akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi komited dengan kerja mereka dan sekali gus boleh mengakibatkan ekonomi merudum semula,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penjelasan Perdana Menteri berhubung kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM3.1 bilion.

Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak.

Omar berkata, pihaknya akur jika RM3.1 bilion untuk 1.2 juta kakitangan awam akan membebankan kerajaan, namun sekurang-kurangnya kerajaan wajar memberi setengah bulan gaji iaitu ia hanya melibatkan RM1.5 bilion sahaja.

Beliau memberitahu, wang bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan itu tidak mencukupi untuk kakitangan awam khususnya yang mempunyai lebih daripada seorang anak tetapi untuk pesara ia sudah memadai.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, pengumuman tiada bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini tidak menepati hasrat penjawat awam.

Menurut beliau, berdasarkan keadaan ekonomi negara pada tahun 2010 yang semakin pulih sepatutnya kerajaan mampu memberikan bonus kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan.

''Sekurang-kurangnya sebahagian besar wang bonus itu dapat digunakan oleh penjawat awam pada akhir tahun untuk menyelesaikan pembiayaan anak-anak yang kini semakin membebankan.

''Kita tidak memperlekehkan wang bantuan khas itu tetapi ia masih tidak mencukupi khususnya penjawat awam yang mempunyai anak lebih daripada dua orang,'' jelasnya.

16 November 2010

KAKITANGAN AWAM BUKAN LUBUK EMAS

HKH
Mohd `Adlan
16/11/2010



Bekerja sebagai penjawat awam merupakan impian emas ramai orang kerana faktor kestabilan pendapatan bulanan dan faedah-faedah yang diterima berbanding kerjaya dalam bidang swasta atau bekerja sendiri. Gaji bulanan yang tetap dianggap sebagai satu jaminan untuk kehidupan yang sejahtera. Justeru, ramai ibu bapa berharap agar anak-anak mereka dapat menjadi polis, tentera, pegawai kerajaan, atau sekurang-kurangnya kerani di mana-mana jabatan.

Namun, sesetengah pihak yang panjang akal melihat hal ini sebagai satu kesempatan untuk menjana pendapatan mereka dengan cara tersendiri, atau untuk mengaut keuntungan seolah-olah penjawat awam adalah lubuk emas. Hal ini dapat dilihat apabila banyak golongan terutama yang berorientasikan perniagaan menyasarkan penjawat awam sebagai pasaran utama mereka. Bermula dengan pelbagai syarikat insurans, pinjaman peribadi, ah long, pakej percutian, alatan komputer dan telefon bimbit, serta tidak ketinggalan aksesori kenderaan. Banyak daripada mereka menjadikan penjawat awam sebagai pelanggan nombor satu mereka.

Benar, banyak transaksi boleh berlaku dengan hanya menggunakan skim 'potong gaji' atau skim ansuran. Namun, kita dapat melihat ramai penjawat awam yang merungut kerana berasa terperdaya dengan produk yang tidak berkualiti, lebih mahal daripada harga sebenar di pasaran, khidmat pascajualan yang tidak memuaskan dan kemudian di hujung bulan, mereka merungut kerana lebih banyak hutang berbanding pendapatan bulanan.

Lebih teruk apabila penjawat awam ini mengambil sikap melulu dalam membeli sesuatu produk atau perkhidmatan tanpa membuat kajian kualiti terhadap produk atau perkhidmatan tersebut. Ini ditambah dengan sikap sesetengah daripada mereka yang membeli dengan alasan 'kerana boleh berhutang' walaupun produk tersebut bukan keperluan mereka.

Saya menyeru kepada pihak yang terlibat dalam memanipulasi penjawat awam ini agar berhenti daripada menjadikan kakitangan awam sebagai lubuk emas mereka. Berniagalah dengan adil dan tawarkanlah produk atau perkhidmatan yang benar-benar berkualiti, bukan semata-mata untuk keuntungan peribadi.

Para penjawat awam pula hendaklah tidak sewenang-wenang membuat sebarang 'hutang' atau pembelian produk dan perkhidmatan yang bukan keperluan mereka. Banyak saluran boleh digunakan oleh penjawat awam untuk mendapatkan nasihat atau pandangan kedua sebelum membeli sesuatu. Sekurang-kurangnya, mereka boleh merujuk kepada majikan masing-masing, atau lebih baik, mencari maklumat lanjut daripada Persatuan Pengguna atau di Internet.

Mohd `Adlan,

Lahad Datu, Sabah.


ISU COLA PATUT DIUTAMAKAN BERBANDING DENGAN BONUS

Metro
16/11/2010




KUALA LUMPUR: “Kongres Kesatuan Kakitangan Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) seharusnya lebih fokus memperjuangkan kenaikan elaun bantuan sara hidup (Cola) berbanding bonus dua bulan,” kata penjawat awam yang hanya ingin dikenali sebagai Anuar, 38.

Anuar yang bertugas sebagai pembantu am di Bukit Kayu Hitam berkata, dia menerima Cola RM100 sebulan dan mengakui bantuan itu tidak mencukupi kerana kos taraf hidup semakin meningkat.


“Pada pandangan saya, bonus dua bulan itu tidak adil terutama bagi penjawat awam gred rendah berbanding pegawai tinggi yang menerima ‘durian runtuh’ berikutan gaji lebih tinggi.

“Jika Cola ditingkatkan adalah lebih baik kerana bantuan berkenaan diberi sama rata, malah berpanjangan untuk beberapa tempoh sebelum kerajaan melakukan perubahan masa depan.


“Sememangnya pembayaran Cola dilakukan mengikut kawasan berkhidmat, jika ia tidak ditingkatkan, sewajarnya diselaraskan seluruh negara kerana kos taraf hidup di bandar dan luar bandar adalah sama,” katanya yang berkhidmat hampir 10 tahun dalam sektor awam, ketika dihubungi, semalam.


Katanya, dia tidak menafikan bersyukur dengan pengumuman bantuan RM500 oleh kerajaan dan ia dianggap adil, sama rata serta memenuhi konsep 1Malaysia.

Sementara itu, penjawat awam, Kamarunniza Abu Kasim, 33, bersetuju jika elaun Cola diberi penekanan berbanding bonus.


Dia yang bekerja di Taiping dan menerima Cola RM200 sebulan menganggap bayaran berkenaan tidak mencukupi terutama bagi individu berkeluarga besar.

Kamarunniza dan Anuar antara rakan Harian Metro (Member IM) yang menyatakan cadangan mengenai Cola menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) di ruang IMLapor (halaman 21A), semalam. Ketika dihubungi, mereka berharap Cuepacs memperjuangkan isu kenaikan elaun itu bagi membantu penjawat awam seluruh negara.


Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman menafikan pihaknya terlepas pandang isu Cola.


Katanya, Cuepacs sentiasa memahami kebajikan dan keperluan penjawat awam, malah isu Cola antara agenda penting yang diperjuangkan.


Katanya, beliau juga mengharapkan kenaikan Cola apabila pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini, namun tetap gembira apabila bantuan turut diumumkan.


Katanya, wajar kerajaan menyelaraskan elaun Cola bagi semua penjawat awam kepada RM300 yang sebelum ini berjumlah RM100 bagi luar bandar, RM200 (peringkat negeri) dan RM300 (bandar).

MB: JADIKAN PEKERJAAN SEBAGAI IBADAH

Utusan Malaysia
16/11/2010




KUALA PILAH 15 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) mengingatkan semua penjawat awam, khususnya yang beragama Islam supaya menjadikan pekerjaan itu satu ibadah agar ia mendapat keberkatan.

Katanya, apabila ciri itu menjadi amalan, maka tidak akan berlakulah penyelewengan dalam kerja yang diamanahkan sehingga boleh membawa kemudaratan dalam diri sendiri.

''Dalam pekerjaan ini kita haruslah mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Kalau pekerjaan dianggap satu ibadah, maka tidak berlakulah tabiat 'curi tulang', mahupun melakukan pekerjaan lain, selain tugas yang diamanahkan," katanya di Johol, dekat sini hari ini.

Mohamad bercakap demikian ketika berucap pada majlis Seminar Profesionalisme Keguruan dan Adat Perpatih bagi guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Kelas Agama Petang (KAP) seluruh negeri di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Johol, dekat sini hari ini.

Katanya, penjawat awam yang beragama Islam harus membetulkan niat dalam melakukan pekerjaan itu kerana niat yang baik, bersih serta tulus kerana Allah, akan mendapat keredaan daripadanya.

Pada majlis itu juga, Mohamad turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya tidak bersikap apologetik mahupun defensif dalam memperjuangkan hak beragama ini.

''Sepatutnya umat Islam harus berani ke hadapan mempertahankan haknya daripada ditindas, serta mengemukakan pendapat dan pandangan dalam banyak isu antarabangsa dan agama ini.

''Kita tidak harus merasa rendah diri, mahupun terlalu membela diri setiap kali menerima ancaman daripada musuh Islam, sedangkan kita merupakan 'khairul ummah' iaitu umat yang terbaik daripada segalanya," kata Mohamad.

Sementara itu, pada majlis yang dihadiri lebih 500 guru pendidikan agama Islam itu, Mohamad menasihatkan mereka supaya menjadikan agenda pendidikan sebagai teras membentuk jati diri dan ketakwaan di kalangan anak didik mereka.

''Kita mahu melihat lebih ramai anak-anak yang dilahirkan melalui pendidikan Islam ini menjadi insan berketerampilan dalam semua aspek pendidikan.

''Sebagai contoh, jika mereka lahir kelak sebagai doktor, kita mahu doktor itu mempunyai pendidikan Islam yang baik dan mampu menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah yang tulus kerana Allah swt," katanya.

Mohamad mahu golongan pendidik memastikan supaya anak didik mereka menjadi insan yang cerdik dalam ilmu agamanya kerana mereka adalah calon yang akan mengisi pelbagai jawatan besar di peringkat negeri dan persekutuan suatu hari kelak.

''Negeri Sembilan akan melahirkan insan berilmu itu. Kita akan menjadi penyumbang besar kepada kekosongan itu kelak. Sebab itulah, kita serius menjadikan negeri ini sebagai Lembah Ilmu.

''Tidak mustahil suatu hati nanti Negeri Sembilan akan menjadi lubuk para cendekiawan dan golongan intelektual di mana pada masa yang sama turut mempunyai insan diisi jiwanya dengan ketakwaan," kata Mohamad.

13 November 2010

PROJEK MEWAH BOLEH, BANTU PENJAWAT AWAM TAK BOLEH

FreeMalaysia Today
12/11/2010
Oleh Muda Mohd Noor



PARLIMEN KUALA LUMPUR: Seorang tokoh pembangkang hari ini menyelar keputusan kerajaan tidak memberikan elaun khas kepada penjawat awam tetapi sebaliknya mampu berbelanja mewah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, untuk membantu penjawat awam kerajaan selalu menggunakan hujah masalah kewangan tapi pada masa yang sama, kerajaan sanggup berbelanja besar untuk projek-projek lain.

"Kos untuk ubahsuai dan membina bangunan tambahan di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sahaja kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak RM65 juta.

"Rumah ini dibina pada 1997 atau 1mahfuz999 dengan kos R24 juta. Ketika pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kos ubahsuai ialah RM6 juta.

"Apa keperluan kehidupan Perdana Menteri untuk keluarga yang tidak sebesar mana tapi mempunyai rumah sebesar itu?," soal beliau ketika sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pusara RM140,000 bagi orang sudah mati?

Beliau mengulas jawaban Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam dewan semalam bahawa kerajaan tidak mampu memberi elaun khas kepada pejawat awam kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, mereka hanya menerima RM500 sahaja seorang bagi meringankan beban kehidupan.

Mahfuz juga mengulas mengenai cadangan kerajaan membina Pusara Warisan berdekatan Tugu Negara untuk golongan kenamaan yang bernilai RM70 juta.

"Jika pusara itu untuk 500 orang bermakna seorang menelan belanja RM140,000. Sama dengan harga sebuah rumah rakyat, jadi apa perlunya orang yang sudah mati untuk mempunyai pusara seperti itu," katanya.

USAH MERUNGUT CUTI TAK CUKUP

Berita Harian
12/11/2010




MERUJUK surat yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 10 November lalu oleh 'Guru Biasa' bertajuk 'Guru tidak dapat nikmati cuti panjang persekolahan'.

Saya tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan kerana cuti yang di- nikmati semua guru ketika ini adalah lebih panjang dan baik berbanding penjawat awam lain.
Penjawat awam lain yang bekerja lebih teruk daripada guru seperti polis, bomba dan askar bekerja mengikut syif yang ditetapkan dan sekiranya sedang bercuti walaupun cuti mingguan jika berlaku hal kecemasan mereka akan dipanggil bertugas.
Mereka terpaksa bertugas demi negara sehinggakan cuti mereka dibekukan untuk hal tertentu. Guru sepatutnya lebih bersyukur kerana mendapat cuti panjang walaupun seminggu. Sama ada rasional atau tidak sesuatu kerja itu dengan tugas kita, sepatutnya kita tidak boleh merungut berikutan gaji diberi adalah berdasarkan gaji sebulan termasuk hari kelepasan am, cuti rehat juga cuti mingguan.

GUEST 24,
Kuala Lumpur.

12 November 2010

KAJI SEMULA BANTUAN SARA HIDUP BERDASAR KEMAMPUAN

Utusan Malaysia
11/11/2010



JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada tulisan bertajuk CUEPACS Mohon Selaras Kadar COLA yang disiarkan di ruangan ini pada 2 November 2010.
Bantuan Sara Hidup (BSH) diberi bertujuan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan penjawat awam berikutan peningkatan kos sara hidup. Elemen yang diambil kira dalam penetapan BSH bukan sahaja melibatkan kos makanan tetapi turut mengambil kira perbelanjaan utama yang lain iaitu perumahan, pengangkutan, bayaran tol, minyak dan sebagainya.

Kadar BSH ketika ini dibayar mengikut kawasan berdasarkan definisi sempadan perbandaran/ status Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkuatkuasa 1 Januari 2006. Ia perlu memenuhi kriteria tertentu berdasarkan Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (Household Expenditure Survevy (HES) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setiap lima tahun. Laporan HES bagi tahun 2004/2005 jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan di kawasan bandar adalah jauh lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.

Kadar BSH telah ditetapkan mengikut prinsip berdasarkan Laporan HES Tahun 2004/2005 dan jabatan ini berpendirian bahawa prinsip dan kadar BSH sedia ada perlu dikekalkan. Kadar BSH telah dinaikkan pada 1 Julai 2007.

Bagaimanapun, pendapatan kadar BSH akan dikaji semula setelah Laporan HES bagi tahun 2009/2010 diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan berdasarkan keperluan dan kemampuan kerajaan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

KERAJAAN PENTING UBAH SUAI KEDIAMAN PM DARI NAIKKAN COLA

Harakah
Hazayani Zakaria
11/11/2010




KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional."Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu.

Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara."Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam."Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam."Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100.

Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat."Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.

11 November 2010

PENJAWAT AWAM MANGSA BANJIR BOLEH TUNTUT INSURANS

Bernama
11/11/2010




KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kedah dan Perlis daripada kalangan penjawat awam yang mempunyai pinjaman perumahan dinasihat supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam kepada panel insurans masing-masing.

Perbendaharaan Malaysia, dalam kenyataan hari ini, menyatakan tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan iaitu dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa banjir dan tangki air pecah. Menurut kenyataan itu, kecederaan orang awam iaitu pihak ketiga akibat kemalangan dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami dan kehilangan pendapatan sewa rumah kerana tiada penyewa dalam tempoh rumah dibaiki atau enam bulan yang mana terdahulu juga boleh dituntut.
"Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan bersama dokumen yang perlu dilengkapkan bagi prosedur tuntutan," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat dan bantuan mengenai tuntutan, mangsa diminta terus berhubung dengan panel insurans yang melindungi pinjaman masing-masing.

Panel insurans itu ialah Etika Insurans dan Takaful cawangan Kangar (04-9761106); cawangan Alor Setar (04-7315440); cawangan Sungai Petani (04-422643); CIMB AVIVA cawangan Utara di Pulau Pinang (04-2288018); atau talian terus 03-26928188; Takaful Malaysia cawangan Alor Setar (04-7334722); cawangan Sungai Petani (04-4214510); Pusat Khidmat Pelanggan di Kuala Lumpur (Encik Nor Arisfazlee Saat-1300-8-TAKAFUL (8252385) atau email csu@takaful-malaysia.com.my.

Bagi Takaful Ikhlas di Putrajaya, mangsa banjir boleh menghubungi Roslina Daud (03-88903100) atau Mohd Farhey Mohamad Taufik di Sungai Petani (04-4228100).
Bahagian Pinjaman Perumahan meminta mangsa yang terbabit segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web www.bpp.treasury.gov.my. - BERNAMA

10 November 2010

CUTI BERSALIN : JANGAN DISKRIMINASI PEKERJA SWASTA, KATA KESATUAN

The Malaysia Insider
10/11/2010




Rajasekaran
KUALA LUMPUR, 9 Nov — Pekerja-pekerja sektor swasta tidak wajar didiskriminasi daripada turut menikmati cuti bersalin 90 hari, gesa pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang berpendapat kerajaan tidak harus mengehadkan kemudahan itu kepada sektor awam.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) G Rajasekaran berkata, oleh kerana kerajaan telah memutuskan untuk memperuntukkan cuti bersalin 90 hari kepada kakitangan awam, maka adalah wajar Akta Kerja dipinda bagi membolehkan ia dipanjangkan meliputi sektor swasta.

“MTUC menyambut baik langkah kerajaan menyediakan cuti bersalin kepada kakitangan wanita sektor awam, tetapi kami melihat seolah-olah pekerja-pekerja sektor swasta yang merupakan sebahagian besar tenaga kerja negara ini dianaktirikan.

“Tidak harus ada diskriminasi dalam soal ini, seolah-olah pekerja swasta adalah pekerja kelas kedua,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dalam mengumumkan Bajet 2011 bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita.

“Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan.

“Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini,” katanya.

Najib berkata kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Cuti bersalin merupakan sebahagian tuntutan kesatuan sekerja sejak dua tahun lalu.

Menurut Rajasekaran, MTUC telah pun menghantar memorandum dua bulan lalu meminta Kementerian Sumber Manusia agar meminda Akta Kerja untuk menyediakan peruntukan cuti bersalin 90 hari.

“Dalam memorandum itu, kami meminta agar Rang Undang-undang Kerja ditangguhkan daripada dibentangkan di Parlimen dan dimasukkan perkara-perkara baru termasuk soal cuti bersalin,” katanya.

Awal bulan lalu, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan Dewan Rakyat bahawa ia menarik balik rang undang-undang itu daripada bacaan kali kedua.

Pada Ogos lalu, salah satu anggota gabungan MTUC, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mengumumkan bahawa sektor perbankan telah bersetuju untuk melaksanakan kemudahan cuti bersalin mulai perjanjian kolektif yang ditandatangani baru-baru ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung NUBE J. Solomon memberitahu, kerajaan perlu komited dengan memastikan kemudahan cuti bersalin diperluaskan kepada kepada pekerja-pekerja sektor swasta yang lain.

“Jika kerajaan boleh memberikan kepada kakitangan wanita awam, mengapa tidak ia tidak boleh diberikan kepada pekerja-pekerja sektor swasta,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut berpendapat Akta Kerja perlu dipinda dalam hal ini memandangkan pekerja swasta mewakili sejumlah besar tenaga kerja iaitu sekitar 10 juta orang.

“Daripada ini separuh adalah wanita, yang sebahagiannya besarnya telah berkahwin,” katanya lagi.

“Melainkan akta ini dipinda, majikan sektor swasta tidak akan patuh dan amalkannya. Tidak adil swasta ketinggalan dalam soal ini,” kata Solomon lagi.

Sebelum ini, tiga kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Selangor dan Kelantan juga telah mengumumkan mereka akan melaksanakan cuti bersalin 90 hari mulai tahun depan berbanding 60 hari sekarang.

Kelantan sebelum ini merintis pemberian cuti bersalin kepada kakitangan wanita negeri ini daripada 42 hari kepada 60 hari.

09 November 2010

Best Bloated Bureaucracy to Bleed Bolehland to Bankruptcyl

Malaysia Today
9/11/2010



Deputy PM Muhyiddin Yassin believes that the BN is "back in business". The buoyant “Malaysian-second” in Bolehland, said that BN’s future is bright and the Opposition better not underestimate them!

Bolstered by two big by-election victories he even boldly declares that the bureaucrats in Bolehland are “the best civil servants in the world”! The civil servant “have done a lot, but the people want better”.

The Deputy PM was at his ironic best: "The people do not want rhetoric. The era for rhetoric has long gone. The era where the government knows all, like what the prime minister has said, has long gone.”

(Strange, but it is APCO (the international communications firm which Najib is paying a bomb to spruce up his image and lobby for support in Washington) which feels that Malaysia is just another backward hole where Government knows best and press freedom is a figment of the imagination (Malaysian Chronicle)!)

Yes, the rakyat knows best Muhyiddin and we fully agree with you that the civil service in Bolehland is the “best in the world” in the following ways:

Best Bloated Civil Service

· With 1.3 million civil servants to a population of 26 million, Malaysia has one of the highest civil servants-to-population ratio in the world by the Organisation for Economic Cooperation and Development standards.

· In 2009, Malaysia’s civil servants-to-population ratio was highest in Asia Pacific. Her ratio was 4.68%, compared to Indonesia’s 1.79%, Korea’s 1.85% and
Thailand’s 2.06% all of which have less than half our ratio.

· In 2009, Singapore had a total of 60,000 civil servants, i.e., 1.5% of the total population. Hong Kong had 160,000 out of a population of 7 million (2.3%). Taiwan
(population of 23 million) was served by only 528,000 (2.3%).

Best way to bleed a budget dry

· “…much of the budget (2011) continues to go into operating a bloated civil service. As much as three quarters of the national budget is spent on paying salaries
and other benefits to over 1.3 million civil servants.

· “This means that of every dollar spent in the budget, 75 sen goes towards manning the civil service, leaving little left to carry out development work that can benefit
the country’s population.

· “There is clearly something fundamentally wrong in the way the country’s budget is being spent when so much of the allocation goes to paying for a sector that is
generally regarded as unproductive and standing in the way of efficiency.” – Dr Lim Teck Ghee, Director of the Centre for Public Policy Studies

· A post-2011 Budget dialogue highlighted the massive amount (35% of the total RM162.8 billion operating expenditure) to be spent on emoluments, pensions and
gratuities of civil servants. A panelist, Ministry of Finance budget division director Datuk Dr Rahamat Bivi Yusuff admitted that there is a need to trim the civil service
to reduce the budget deficit.

· In a public forum held in Sept this year Umno Youth chief Khairy Jamaluddin admitted that there is an over-inflated civil service and that the government will need
to make tough but necessary changes in the next five or 10 years to reduce the numbers.

· “We are now spending more than RM41 bil a year – that’s a billion more than the market capitalisations of Khazanah Nasional and Telekom Nasional – to
upkeep our 1.15 million civil servants. It’s a whopping cost, especially so when juxtaposed against the 1.14mil Malaysians who pay income tax. (There are 10.5
million employed citizens in the country, of whom 6.4 million are registered taxpayers, but actual contributions come from only 1.14 mil). – The Star, 7 May 2009

Best way to bankrupt this nation

· Whilst it is the growing trend of many countries to reduce their civil service, Malaysia, the PM’s Department in particular, has done the opposite. It more than doubled its number of civil servants from 21,000 to 43,554 this year. In stark contrast, the White House employs only 1,888 staff.

· The White House’s budget is US$394 million for 2011. The PM’s Department has been allocated a whopping RM18.14 billion for the year 2011, almost double the RM10.2 billion this year.

· “Pemandu, which stands for Performance, Management and Delivery Unit, was set up last year under the Najib administration as one of the pillars in his Government Transformation Plan… is a massive drain on resources. In a span of two months, just to pay 50 consultants, the government spent RM20 million."

· "If the civil service is consuming a big budget under the Prime Minister's Department, it is because the other agencies of the civil service are not functioning. That's why Najib consolidates everything under his department." – Ong Kian Ming, political analyst

Best contradiction of 1Malaysia

· As at 31 December 2009, the racial breakdown of the Malaysian civil service comprising 1,247,894 employees was as follows: Malay (78.2%); Other Bumiputras (7.7%); Chinese (5.8%), Indian (4.0%); and Others (4.2%).

· “This is the worst multi-racial composition of the government service, with the lowest Chinese and Indian representation in the public service in Malaysia’s 53-year history. This is clearly seen from the three sets of comparative figures of the racial breakdown of the civil service before the NEP 1971 and as at December 2009 – Malays (60.80% and 78.2%); Chinese (20.2% and 5.8%); Indians (17.4% and 4.0%); and Others (1.6% and 4.2%).

· “It is clear that the Government is setting the worst example of a 1Malaysia Government.” –Vivian Kuan, in Loyar Burok’s Blog (8 Nov 2010).

Best in corruption

· Last year two out of five civil servants were deemed corrupt by Cuepacs. It was described as a worrying trend that needed to be tackled urgently.

· Cuepacs President Omar Osman revealed that a total of 418,200 or 41% of the 1.2 million civil servants in the country were suspected to be involved in corruption last year (Bernama, 02.06.10). It caused Lim Kit Siang to remark that “the MACC is a big flop as it did not even arrest 0.1% of the corrupt civil servants last year”.

· Malaysians generally consider political parties and civil service to be the most corrupt groups, and the government's anti-corruption drive to be ineffective, the 2009 Global Corruption Barometer (GCB) report revealed (The Sun, 03.06.09)

Best “dumping ground”

Finally, Muyhiddin should ponder on the wisdom of Sakmongkol AK47, the pen-name of Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, a former state assemblyman of Pahang who is a member of Umno.

“Government service shouldn’t be treated as a dumping ground for academic rejects and mediocre material. Let’s demand a certain high standard and ensure we bring in talent that supports that demand for high standards.

“What has the government done to improve the efficiency and competence of government servants? There isn’t really competition there if the service is dominated by one race. There isn’t sufficient quality if the entry-level qualifications are so-so.

“Yet each year, to placate civil servants, the PM will appear on TV to say, we honour our civil servants because they have done a good job, blah blah. Which is not entirely true. The service is slow, the quality of officers is questionable.

“Those people talking about the GTP have not talked openly about the issue of talent in the civil service and in government. If we don’t open up our civil service, it will atrophy. It is a simple observation of experience. If we don’t open up and cultivate competition to get into government service, we get what ails our service now – little Napoleonism – the imposition of pettiness by mediocre talent that fouls up the delivery service.”

So there you have it Muhyiddin -- the world's best bureaucratic behemoth and blunder to burden the people of Bolehland and bleed the country dry! And believe it or not its by a government who boasts about " People First, Performance Now". Little wonder that we are the world's best example of a country with growing similarities with Greece where 10% of its population are government servants and is reputed to be the most corrupt nation in the Eurozone!

But Umno likes Muhyiddin's make-believe. It will guarantee them votes in the next General Elections, which must be close at hand. Civil servants are made to believe that Umno is their (political) paymaster and they owe Umno. The party's leaders would do or say anything to convince the government servant of this, even praising them as "the best civil servants in the world"!

08 November 2010

DEWAN RAKYAT: PENOLONG PENGARAH BTN WILAYAH PERSEKUTUAN DIGANTUNG TUGAS - NAZRI

Bernama
8/11/2010



KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Penolong Pengarah Biro Tatanegara Wilayah Persekutuan Hamim Husin telah digantung tugas berkuatkuasa 6 Okt lepas selain diberikan amaran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam satu majlis anjuran Puteri Umno pada 27 Sept lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selain Hamim, dua lagi penjawat awam turut dikenakan tindakan iaitu pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor dan pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah berkaitan tindakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

"Kedua-dua pegawai telah digantung daripada menjalankan tugas, dan masing-masing ditempatkan di Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Kedah berkuatkuasa 23 Ogos lepas," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini Isnin.

Mohamed Nazri bagaimanapun tidak menyatakan tempoh penggantungan daripada menjalankan tugas ketiga-tiga penjawat awam itu semasa menjawab pertanyaan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang ingin tahu jumlah pegawai kerajaan yang diambil tindakan tatatertib kerana menyentuh isu perkauman di Malaysia.

Menyentuh kes pengetua di Johor, katanya prosiding tatatertib telah diambil berdasarkan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 dengan surat pertuduhan telah dikemukakan kepada pengetua itu untuk membuat representasi membela diri dalam tempoh 21 hari.

"Setelah pegawai mengemukakan representasi bertulis, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan Satu akan bersidang dan memutuskan hukuman tatatertib terhadap pegawai jika didapati bersalah," katanya.

Mohamed Nazri berkata kerajaan amat komited untuk membendung perbuatan itu dan memberi jaminan akan mengenakan siasatan dan mengambil tindakan kepada pegawai-pegawai terlibat berasaskan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

Dalam pada itu, beliau berkata penjawat awam yang terlepas cakap atau celupar tidak boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tidak mempunyai niat untuk menghasut.

"Tapi dalam keadaan yang berlaku hari ini mereka tiada niat untuk menghasut, tapi mereka telah celupar bercakap sesuatu yang tidak sepatutnya mereka kata," katanya menjawab soalan tambahan Wee sama ada kerajaan berhasrat mengenakan tindakan lebih tegas termasuk menggunakan Akta ISA kepada penjawat awam yang melakukan kesalahan sedemikian.

Mohamed Nazri juga berkata kerajaan hanya boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang dibenarkan untuk menghukum penjawat awam.

"Ini bukan bermakna bahawa kerajaan tidak mahu ambil tindakan lebih. Cuma peraturan itu tidak membenarkan kita mengambil tindakan lebih daripada apa yang telah kita ambil," kata beliau.



-- BERNAMA

06 November 2010

AHLI POLITIK, PENJAWAT AWAM PENTING UNTUK CAPAI WAWASAN NEGARA

Bernama
3/11/2010



KUALA LUMPUR 2 Nov. - Hubungan antara penjawat awam dan ahli politik dalam urus tadbir demokratik adalah penting dalam menggalakkan satu persefahaman dan kerjasama yang lebih besar untuk menerajui pencapaian wawasan negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kedua-dua kumpulan perlu sebagai cara rakan tulen bagi menjadikan sektor awam lebih cekap dan berkesan untuk mencapai hasratnya.
"Seruan untuk pertimbangan khas bagi peranan dan fungsi kepimpinan dalam sektor awam. Sudah tiba masanya untuk meletakkan penjelasan terhadap setiap peranan (antara ahli politik dan fungsi kepimpinan dalam sektor awam)," katanya pada ucaptama Simposium Pembangunan Kepimpinan Membantu Hala Tuju Akan Datang, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Richard Riot Jaem.
Anifah berkata, bagaimanapun penjelasan kedua-duanya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan di mana ahli politik menjadi lebih profesional dalam pentadbiran dan penjawat awam menjadi lebih mengetahui mengenai politik.
Di Malaysia dan banyak negara katanya, kegagalan pelaksanaan merupakan masalah politik yang jelas yang dihadapi kerajaan.
Beliau berkata, ramai yang memikirkan bahawa penyelesaian bagi sesebuah kerajaan tidak baik ialah dengan menyerahkan aktivitinya kepada sektor swasta yang akan melaksanakannya lebih cemerlang tetapi ini tidak perlu kerana kerajaan mempunyai peranan lebih besar untuk dimainkan.
Anifah berkata, dalam menyahut keperluan untuk rakyat berubah, ia juga mengenai masa untuk kerajaan mempertimbangkan perubahan agar perkhidmatan awam kekal relevan dan memudahkan pertumbuhan ekonomi dan keseluruhan pembangunan negara.
"Salah satu cara untuk melengkapkan diri kita untuk masa hadapan yang tidak menentu dan dalam mengendalikan respons yang kompleks dan meningkat ialah dengan mengadakan modal insan yang betul," kata beliau.
Simposium tiga hari itu dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) dan Sekretariat Komanwel (ComSec) dihadiri kira-kira 30 peserta dari seluruh dunia. - BERNAMA

JAWATAN KSN BUKAN HANYA KEPADA PTD

Utusan Malaysia
2/11/2010




KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) tidak terhad kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sebaliknya merupakan jawatan khas di bawah Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, jawatan KSN boleh diisi oleh pegawai dari mana-mana skim perkhidmatan atas perakuan Perdana Menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Ia bukan jawatan naik pangkat. Secara umumnya, pelantikan ke jawatan-jawatan strategik seperti ini dibuat dengan mengambil kira kepakaran, prestasi, pengalaman dan daya kepimpinan pegawai.
"Ia turut mengambil kira kepentingan negara dan perkhidmatan awam keseluruhannya," katanya sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2011 peringkat Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai jawatan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, Mohamed Nazri berkata, pelantikannya berdasarkan pelan kerjaya yang teliti serta terancang selain dinilai melalui daya kepimpinan, pengalaman dan prestasi kerja yang cemerlang serta kesesuaian penempatan.
Katanya, penilaian yang dilaksanakan adalah relevan dengan kehendak 'pemegang saham' dan tuntutan masyarakat yang mengharapkan agar sistem penyampaian perkhidmatan awam mengalami satu lonjakan tambah nilai dan fleksibel di arena globalisasi.
"Berasaskan konsep 'orang yang betul untuk tugas yang sepatutnya dan nilai untuk wang', Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan kaedah pinjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap bagi pegawai-pegawai daripada pelbagai skim perkhidmatan untuk mengisi jawatan strategik sehingga ke peringkat ketua jabatan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sehingga 25 Oktober lalu, seramai 516 penjawat awam wanita dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Gred Khas.
Katanya, jumlah itu tidak termasuk perkhidmatan polis, tentera, kerajaan negeri, badan-badan berkanun Persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata, seramai tujuh penjawat awam wanita berada dalam kategori Turus III, diikuti JUSA A (13), Khas A (8), JUSA B 46, Khas B (54) JUSA C (177) dan Khas C (211).
"Seramai 115 daripada mereka adalah PTD manakala 401 lagi bukan PTD," katanya.

ELAK BUDAYA ROBOT - NAJIB

Utusan Malaysia
1/1/2010



PUTRAJAYA 1 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kakitangan awam menjauhi 'budaya automasi' atau bersikap seperti robot sebaliknya berfikiran kritis dan konstruktif semasa bekerja.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sejajar dengan usaha transformasi penyelesaian secara kreatif dan inovatif.

Justeru, kata beliau, semua ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan perlu secara berterusan membudayakan inovasi di dalam persekitaran kerja dan berusaha melakukan yang terbaik.

''Saya mahu melihat keberkesanan satu mekanisme yang boleh menggalakkan setiap warga kementerian berkongsi idea-idea kreatif dan bernas bagi memudahkan tugasan seharian supaya lebih efisien dan efektif.

''Keadaan ini seharusnya memberikan impak yang positif kepada perkhidmatan kerajaan sekali gus membawa kepada kepuasan rakyat," katanya ketika berucap semasa sambutan Hari Inovasi Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Najib berkata, proses membudayakan inovasi bukan hanya memfokus kepada ruang yang sempit melibatkan penghasilan kerja semata-mata sebaliknya perlu dilihat daripada pelbagai aspek kerja seorang penjawat awam.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan membudayakan inovasi, kementerian tersebut dapat meningkatkan lagi daya saing dan nilai tambah terhadap penghasilannya.

05 November 2010

HANYA DUA JAM UNTUK LULUS PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MULAI TAHUN TAHUN DEPAN

Bernama
5/11/2010




KOTA KINABALU, 4 Nov (Bernama) -- Bermula tahun depan, kelulusan permohonan pinjaman perumahan pada kalangan penjawat awam dijangka hanya mengambil masa dua jam, apabila e-Borang dilaksanakan sepenuhya.

Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia Datuk Shuib Md Yusop berkata pelaksanaan e-Borang itu yang dijadual awal tahun depan, bertujuan memendekkan tempoh menunggu yang kadang-kala mengambil masa lebih daripada 14 hari.

"Jika dulu, kelulusan pinjaman perumahan mengambil masa 14 hari atau lebih lama, tapi hari ini sangat cepat, permohonan boleh diluluskan pada masa satu hari iaitu anda hantar hari ini, esok dah dapat kelulusan.

"Kita cadang mungkin tahun depan kita boleh luluskan (pinjaman perumahan) dalam masa dua jam saja, bila semua sedia dilaksana dan semua pemohon akan menggunakan e-Borang iaitu secara talian dan bukan lagi secara fizikal," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang sebelum itu melancarkan e-Borang pinjaman perumahan peringkat negeri Sabah, berkata perkhidmatan tersebut telah dilancarkan di Semenanjung pada 2 Ogos lepas dan akan dilancarkan di Sarawak dalam masa terdekat.

Katanya semasa tempoh peralihan ini, pemohon masih boleh menggunakan borang fizikal namun mereka digalakkan menggunakan e-Borang yang boleh dimuat turun melalui laman web BPP.

"Ketika ini dokumen-dokumen sokongan masih perlu dihantar secara manual (ke pejabat BPP), tapi mungkin tahun depan kita perkenalkan hantar secara talian melalui 'imaging'," kata beliau.

Shuib berkata pelaksanaan e-Borang juga dijangka mengatasi kelewatan memproses kelulusan pinjaman yang turut menjejaskan pembayaran, sekali gus menyebabkan peminjam dikenakan denda lewat.

Selain itu katanya, e-Borang juga mengurangkan kesilapan kerana pemohon sendiri yang mengisi borang tersebut serta boleh menyemak semula sebelum dihantar.

-- BERNAMA

03 November 2010

PEMBERIAN BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM BUKAN SATU KEMESTIAN

Berita Harian
2010/11/03



MERUJUK surat oleh 'Layak Dihargai, Kuala Lumpur' dalam ruangan ini baru-baru ini, saya bersependapat dengan beliau bahawa pemberian bonus sepatutnya hanya untuk mereka yang menjalankan tugas dan amanah dengan baik serta cemerlang. Ia harus bersifat subjektif dan bukan kemestian kepada seluruh kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang.

Namun, setinggi tahniah kepada Presiden CUEPACS, Omar Osman kerana menjalankan kerjanya dengan baik sebagai satu daripada tugas utamanya meminta bonus dan kenaikan gaji daripada kerajaan setiap tahun. Alasan yang cukup sinonim agar dapat ‘memberikan suntikan semangat selain meringankan beban kakitangan awam’.

Secara logik dan praktikal sejauh manakah suntikan semangat itu berkesan dan memenuhi matlamat? Mengapa dan sampai bila, beban serta masalah kakitangan awam perlu ditanggung kerajaan? Bukankah mereka semua menerima imbuhan yakni gaji yang berpatutan dengan taraf jawatan serta pendidikan masing-masing. Perlu difahami secara tidak langsung pemberian bonus ini umpama ‘subsidi’ tunai tambahan kepada kakitangan awam selain pelbagai kemudahan disedia dan diberikan. Belajarlah hidup ‘berdikari’ dan memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan sewajarnya. Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang, jika kita sendiri tidak berusaha menambahkannya.

Pada saya tindakan berterusan mendesak kerajaan agar diberikan juga bonus, bukan langkah yang bijak. Ia dilihat lebih kepada tindakan berkepentingan sendiri. Kerajaan sudah menjelaskan dengan baik mengapa tidak boleh diberikan bonus. Sepatutnya semua kakitangan awam memahami dan menerimanya dengan baik. Namun, atas keprihatinan kerajaan ada juga ‘sagu hati’ dan insentif lain diberikan. Janganlah nanti dikatakan tidak tahu berterima kasih. Sepatutnya, semua pihak bersyukur dan bukan terus mendesak dan mencari kesalahan pihak lain. Jika berdasarkan alasan itu, bukan semua kakitangan awam layak dan patut menerima bonus. Saya menyokong penuh pemberian bonus, tetapi ia harus diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar layak. Mungkin boleh diguna pakai formula daripada swasta. Hanya kakitangan awam yang terbukti kuat bekerja dan rajin demi kemajuan, pembangunan dan keuntungan jabatan layak diberikan bonus.

PEGAWAI KANAN 44,
Selangor

01 November 2010

CUEPACS TUNTUT DIBERI DUA BULAN GAJI

Sinar Harian
1/11/2010




SUNGAI PETANI - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam. Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya melalui Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs yang diadakan pada 8 Oktober lalu, telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai perkara itu. Menurutnya, dalam memorandum itu, Cuepacs menggesa kerajaan memberikan bonus sekurang-kurangnya setengah bulan mahupun RM500 jika tidak mampu untuk memberikan dua bulan gaji.
“Tuntutan bonus dua bulan gaji ini diperjuangkan Cuepacs sejak tahun lalu, namun kita kecewa kerana dalam Bajet 2011, hanya bonus RM500 diberi kepada kakitangan awam dan pesara. “Oleh itu saya meletakkan sedikit harapan agar kerajaan menilai kembali pemberian bonus, jika tidak mampu dua bulan gaji ataupun sebulan, sekurang-kurangnya setengah bulan gaji, tambahan pula selepas musim perayaan sebegini,” katanya ketika sidang media sempena Majlis Perjumpaan Presiden Cuepacs bersama Anggota Sektor Awam Kuala Muda di Ruang Legar SP Plaza, di sini, semalam. Omar berkata, kehadirannya bertemu anggota sektor awam daerah ini juga untuk memberikan penjelasan kepada ahli bahawa Cuepacs tidak akan berdiam diri mengenai tuntutan itu.
Dalam perkembangan sama, Omar berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat membina sistem baru yang lebih baik pada Julai 2011 setelah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan. “Setelah PTK dimansuhkan, kita berharap menjelang Julai 2011, satu sistem baru menggantikan PTK lebih baik, adil dan saksama bagi memudahkan penjawat awam dalam proses kenaikan pangkat. “Selain itu, kita turut memperjuangkan elaun sara hidup iaitu Cola agar sama rata diberikan, tidak mengikut zon seperti sebelumnya iaitu secara adil diberikan RM300 kepada semua penjawat awam setiap zon,” katanya. Menurutnya, Cuepacs juga memperjuangkan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) daripada RM180 kepada RM300 dan tuntutan Skim Gaji Baru berlandaskan modal insan yang berpendapatan tinggi.

PM DINASIHAT BEREHAT

Berita Harian
1/11/2010



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada BERNAMA menyatakan Najib mula berasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

“Setibanya di Subang (Selangor) hari ini (semalam), beliau menunjukkan ada tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik,” katanya. Katanya, doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

BERI IBU BERSALIN REHAT SECUKUPNYA

Utusan Malaysia
Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
12/8/2010
Gambar JEFFRI IRAN

Tempoh cuti bersalin ditambah menjadi 90 hari kerana ia akan memberi lebih faedah kepada kedua-dua pihak iaitu ibu dan majikan. - Gambar hiasan




Beberapa negara maju dan membangun di dunia seperti Jepun, Norway dan Singapura menetapkan bahawa pekerja wanita yang melahirkan anak, secara automatik akan diberi cuti bersalin daripada tugasan pejabat paling kurang selama 120 hari atau empat bulan.

Manakala negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Laos, kerajaannya membenarkan seseorang kakitangan wanita bersalin bercuti selama 90 hari.

Pemberian tempoh itu selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 102 dan 103 yang menetapkan tempoh cuti bersalin bagi setiap kakitangan wanita mestilah tidak kurang dari 12 minggu atau 84 hari.

Manakala Konvensyen ILO 183 menetapkan tempoh cuti bersalin tidak kurang daripada 14 minggu (98 hari), di mana 6 minggu merupakan cuti yang wajib diberikan selepas kelahiran.

Namun di Malaysia (kecuali Selangor dan Terengganu) memberikan tempoh cuti bersalin 60 hari. Ia menjadi isu yang dipertikaikan kerana jangka masa itu dianggap tidak mencukupi untuk ibu bersalin pulih sepenuhnya sebelum kembali bekerja.

Selangor dan Terengganu memperuntukkan tempoh cuti bersalin sehingga 90 hari kepada kakitangan wanita di negeri itu.

Selain Malaysia, mengikut Indeks Kompetitif Global (GCI), empat negara lain yang masih memberikan cuti bersalin kurang 12 minggu adalah Hong Kong, Taiwan, Qatar dan Arab Saudi.

Tempoh 60 hari dikatakan terlalu singkat kepada ibu yang baru bersalin untuk menguruskan bayi dan kembali cergas bagi memulakan rutin di tempat kerja.

Kakitangan wanita menuntut tempoh cuti bersalin ditambah menjadi 90 hari kerana ia akan memberi lebih faedah kepada kedua-dua pihak iaitu ibu dan majikan.

Isu ini sering menjadi perdebatan di kalangan kakitangan wanita dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sehingga beberapa cadangan berhubungnya sudah dikemukakan sejak bertahun-tahun lalu.

Justeru, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diketuai Menterinya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya mengambil langkah drastik bagi membantu kakitangan wanita diberi tambahan cuti bersalin.

Pada Sesi Konsultatif Mengenai Inisiatif Bagi Mewujudkan Keseimbangan Antara Kerjaya dan Keluarga Di Tempat Kerja yang dianjurkan di KPWKM isu itu sekali lagi telah dibincangkan secara serius.

Perbincangan yang dibuat bersama wakil beberapa NGO dan majikan tempatan itu bertujuan mendapatkan idea serta maklum balas mereka berhubung rasionalnya penambahan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Antara NGO yang menyertai perbincangan itu adalah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), Persatuan Penasihat & Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM), Pertubuhan Pembangunan Remaja Malaysia (PAREMA) dan Majlis Peguam Malaysia.

Pada sesi itu, Setiausaha Agong Kehormat Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Dr. Husna Sulaiman berkata, cuti 90 hari amat penting kepada wanita bersalin namun ia memerlukan sokongan pihak tertentu.

“Cuti 90 hari membolehkan ibu dan anak menyesuaikan diri antara satu sama lain namun tempoh itu tidak mencukupi kepada ibu yang menyusukan anak.

“Bagi memastikan ibu dapat terus menyusukan anak, majikan perlu menyokong dengan menyediakan kelonggaran atau kemudahan menyusukan anak kepada mereka.

“Manakala suami juga perlu menyokong dengan bersama-sama menjalankan tanggungjawab menjaga bayi dan urusan rumah tangga apabila kelapangan supaya tempoh 90 hari mencukupi kepada isteri yang baru melahirkan anak untuk bercuti sebelum memulakan kerja,” ujarnya.

Dalam pada itu Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim), Datin Seri Ismalina Ismail pula mengatakan, penambahan cuti bersalin sehingga 90 hari adalah sesuatu yang penting.

Tegasnya, Mapim bersetuju cuti bersalin kepada wanita ditambah daripada 60 hari ke 90 hari kerana ia memberi peluang kepada ibu untuk menyusukan anak dan mencari pengasuh dengan baik.

Bagaimanapun, Mapim menganggap pemberian itu perlu disokong dengan penglibatan ahli keluarga terutama suami kerana tanpa sokongan ini, tempoh cuti banyak mana sekalipun tidak akan pernah mencukupi.

“Janganlah jadi suami yang bila anak pertama dan kedua, tempoh cuti bersalin tujuh hari yang diberikan kepada mereka digunakan sebaik mungkin untuk menjaga anak, namun bila masuk anak ketiga, mereka menghabiskan cuti itu dengan membuat aktiviti luar seperti memancing.

“Penglibatan kaum keluarga terutama suami untuk membantu menguruskan keluarga akan memberi kesan lebih baik kepada isteri dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada bayi serta berehat,” tambahnya.

Selain itu, beberapa wakil NGO yang menyertai sesi berkenaan sepakat menyatakan bahawa bagi seseorang ibu, tempoh cuti bersalin yang lebih lama dapat dimanfaatkan untuk menyusukan bayi serta mengeratkan hubungan antara anak dan ibu.

Dengan tempoh itu juga, ibu pastinya lebih lega untuk meninggalkan anak kepada jagaan pengasuh kerana apabila tamat cuti bersalin, anak sudah berusia tiga bulan.

Tempoh cuti sehingga 90 hari yang didambakan itu mampu memberikan wanita yang baru bersalin rehat mencukupi dan mengembalikan tenaga selepas melalui detik sukar melahirkan anak.

Kesihatan yang sempurna daripada segi mental dan fizikal membolehkan mereka menjalankan tugasan di tempat kerja dengan baik dan membantu majikan meningkatkan produktiviti.

Selepas memulakan tugasan, kebarangkalian untuk seseorang wanita itu mengambil cuti sakit juga adalah kurang dan ia pastinya menjimatkan kos perubatan majikan.