SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Januari 2013

Send more MOs to Kapit, Cuepacs urges govt

Borneo Post
17/1/2013

KAPIT: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has called on the government to immediately recruit and assign more medical officers (MOs) to Kapit Hospital.Cuepacs Malaysia deputy president Azih Muda announced this yesterday during a press conference after meeting with civil servants here.

“Cuepacs calls on the government and the relevant agency and ministry – Public Services Commission and the Ministry of Health Malaysia and the Sarawak Health Department – to immediately recruit and deploy more medical officers to Kapit Hospital in line with the government under Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s slogan 1Malaysia: People First, Performance Now,” he said.Azih said Cuepacs members here had complained that there are not enough MOs to look after the people’s needs.
“There are only six or seven MOs but there are more than 120,000 people. It is definitely not enough to provide for the healthcare of the people.“Can you imagine the very heavy responsibility of the MOs serving here? Cuepacs is concerned and we call on the government and the relevant agencies to act immediately,” he said.He added that Cuepacs hopes the government will announce a new salary scheme to replace the New Civil Service Remuneration Scheme (SBPA), which was rejected in 2011.Cuepacs met with civil servants to get their feedback on various issues faced by those serving in Kapit.
The congress also explained the status of current issues affecting civil servants.Among those present were Cuepacs Sarawak chairperson Cecilia Yong, Cuepacs Malaysia secretary Jaapar Mansor and Cuepacs Sarawak secretary Ahmad Malie.The session was attended by heads of all government departments and agencies.

17 Januari 2013

elaun tetap rumah panjawat awam naik kepada 480?

Bernama
16/2/2013


OMAR OSMAN... Presiden CUEPACS
   

MELAKA 17 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu."Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja.

"Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak di sini hari ini.Omar berkata, pihaknya juga memohon kerajaan segera mempertimbang dan meluluskan permohonan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus. - UTUSAN

PENURUNAN KES TATATERTIB BUKTI KRJAYAAN GTP MEMBABITKAN SEKTOR AWAM KATA CUEPACS

Bernama
17/1/2013


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpuas hati dengan penurunan sebanyak 6.96 peratus kepada 4,627 kes tatatertib melibatkan kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang dicatatkan pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata angka penurunan yang dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkaitan penjawat awam membuktikan bahawa Program Transformasi Kerajaan (GTP) membabitkan penjawat awam yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghasilkan kejayaan.


"Perdana Menteri ketika melancarkan GTP dulu telah menggesa sektor awam, sebagai pemimpin dalam program transformasi kerajaan ini, supaya menggunakan pendekatan berani dan langkah yang besar dalam melaksanakan setiap program," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.


Omar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam semalam bahawa kerajaan telah menyediakan garis panduan lengkap dalam memastikan kualiti penjawat awam di negara ini mencapai standard ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab secara profesional.


Penjawat awam memainkan peranan utama dalam menjayakan GTP dan antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah sistem penyampaian awam dan berusaha mengurangkan masalah rakyat, kata Omar.




-- BERNAMA

CUEPACS HARAP CADANGAN KEANIKAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN DILAKSANA

Bernama
17/1/2013



MELAKA, 17 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat berikutan lonjakan harga dan sewa rumah.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata ITP penjawat awam bagi gred 1 hingga 40 sebanyak RM180 tidak lagi relevan, ketika ini.

"Imbuhan tetap perumahan ini dah lama tidak disemak, hari ini kita (Cuepacs) pergi mana-mana memang ia menjadi rintihan utama kerana tidak ada lagi sewa rumah berharga RM180," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Angkatan Tentera Malaysia (Kesatria) di Kem Terendak di sini Khamis.

Beliau berkata Cuepacs telah membuat permohonan mengenai perkara itu sejak lima tahun lepas dengan mencadangkan imbuhan tetap perumahan diselaraskan kepada RM450.

Katanya jumlah tersebut juga sebenarnya tidak mencukupi namun ia boleh disifatkan sebagai subsidi oleh kerajaan dalam meringankan beban penjawat awam.



-- BERNAMA

Kira-kira 20 peratus pembantu am pejabat tidak pernah hadiri kursus: CUEPACS

Utusan Malaysia
16/1/2013



PUTRAJAYA: Kira-kira 20 peratus daripada 32,000 pembantu am pejabat bagi perkhidmatan awam di seluruh negara didapati tidak pernah menghadiri sebarang kursus walaupun sudah lebih 10 tahun bertugas.

Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng, berkata jumlah itu adalah hasil kajian yang dijalankan Kesatuan Pembantu Am Pejabat, Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia dari 2009 hingga 2011. 

Kes tatatertib penjawat awam terus menurun: SPA

Bernama
17/1/2013


MELAKA: Kerajaan menyediakan garis panduan lengkap berteraskan enam prinsip dalam memastikan kualiti penjawat awam di negara ini mencapai standard ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab secara profesional, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.Beliau berkata, langkah itu terbukti berkesan apabila kes tatatertib kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 6.96 peratus kepada 4,627 kes pada 2011 berbanding 2010.

Sambil menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kualiti penjawat awam tidak memuaskan, beliau berkata pelantikan penjawat awam dibuat berdasarkan prinsip cepat, tepat, integriti atau CTI dan produktiviti, kreativiti dan inovasi atau PCI.“Mungkin ada kakitangan awam di negara ini terlibat dengan masalah tatatertib dan ia adalah kes terpencil dan tidak seharusnya menjadi kambing hitam kepada keseluruhan penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Pengerusi-pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam ke-5 di sini semalam.

Persidangan itu yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bertujuan membincangkan pelbagai isu pengurusan dan tatatertib dalam perkhidmatan awam daripada aspek perundangan.Mengulas lanjut, Mahmood berkata daripada jumlah kes tatatertib itu, kumpulan perkhidmatan awam persekutuan mencatatkan pertambahan kes sebanyak 4.14 peratus manakala perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan, masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 75.5 peratus dan 59.6 peratus.Katanya dua kesalahan utama dicatatkan ialah pelanggaran tata kelakuan dan tidak hadir bertugas, masing-masing sebanyak 43 peratus dan 47 peratus daripada keseluruhan kes tatatertib direkodkan pada 2011.

“Statistik ini jelas menunjukkan peningkatan yang baik bagi sektor awam dan diharap prestasi itu dapat teruskan pada masa hadapan,” katanya. — Bernama Pada majlis itu, Mohd Ali turut melancarkan buku bertajuk “Bongkar: Komplikasi Kesilapan Lazim Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam” yang berperanan sebagai panduan kepada penjawat awam berhubung isu tatatertib. — Bernama

16 Januari 2013

HAMPIR 20 PERATUS PEMBANTU AM PEJABAT TIDAK PERNAH IKUTI KURSUS - CUEPACS

Bernama
16/1/2013



PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Hampir 20 peratus daripada 32,000 Pembantu Am Pejabat sektor awam di seluruh negara tidak pernah mengikuti sebarang kursus meskipun telah lama berkhidmat.

Fakta ini berdasarkan Data Kajian Hadir dan Tidak Hadir Kursus (2009-2011) yang dilakukan Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung Cuepacs Loke Yim Pheng, sepatutnya golongan itu diberi peluang mengikuti kursus sebagaimana penjawat lain.

"Peluang perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran mereka kerana sumbangan mereka juga penting kepada sesebuah jabatan, bukan hanya mereka yang berjawatan tinggi sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog bersama Pembantu Am Pejabat di sini Rabu.

Beliau berkata kajian turut mendapati ada di kalangan mereka telah berkhidmat hampir 10 tahun, tetapi tidak pernah berkursus sedangkan dalam perkhidmatan awam, penjawat diperlukan menghadiri kursus selama tujuh hari dalam setahun.



-- BERNAMA

CUEPACS SARAN SKIM INSURAN KHAS KEPADA PENJAWAT AWAM LAKUKAN OPERASI PENGUATKUASAAN

Bernama
16/1/2012


KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sedang meneliti dan mengkaji satu skim insurans khas untuk penjawat awam beruniform yang melakukan operasi penguatkuasaan di luar waktu pejabat.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata skim itu akan diusul kepada kerajaan dalam waktu terdekat bagi mengambil kira risiko yang dihadapi penjawat awam berkenaan.


"Saya lihat tugas anggota penguatkuasa yang melakukan operasi di luar waktu pejabat sering terdedah dengan risiko yang besar seperti ditimpa kemalangan dan sebagainya, jadi kita (CUEPACS) beranggapan wajar satu skim insurans khas diwujudkan untuk mereka ini," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di plaza tol Sungai Besi arah Seremban di sini Selasa malam.


-- BERNAMA

15 Januari 2013

KAJI BALIK KEPUTUSAN JUAL KUARTERS MPK - CUEPACS

Bernama
15/1/2012

KLANG, 15 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan negeri Selangor mengkaji semula keputusan menjual sebuah blok kuarters perumahan pekerja Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Bukit Tinggi di sini menerusi sistem tender terbuka.
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman, berkata ini kerana sistem itu tidak menjamin keadilan kepada 17 keluarga yang menghuni blok kuarters empat tingkat itu sejak 12 tahun lepas.

"CUEPACS membantah sekeras-kerasnya keputusan ini kerana penghuni kuarters sepatutnya diberi tawaran untuk membeli 17 unit kuarters itu terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan penghuni terbabit di MPK di sini Selasa.

Omar berkata keputusan kerajaan negeri menggunakan mekanisme sistem tender terbuka untuk menjual kuarters itu akan menyebabkan ada pihak nanti yang membuat tawaran tertinggi membeli kuarters itu dan sekaligus tidak menjamin keadilan kepada penghuni yang terdiri daripada penjawat awam kumpulan sokongan.

Omar berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.

-- BERNAMA

14 Januari 2013

PENJAWAT AWAM PEMACU CAPAI WAWASAN 2020 - MUHYIDDIN

Bernama
11/1/2013


KUANTAN, 11 Jan (Bernama) -- Peranan penjawat awam perlu diperkukuhkan lagi bagi memacu negara mencapai Wawasan 2020, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata penjawat awam selama ini telah memainkan peranan besar dalam meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang diiktiraf pelbagai pihak menerusi pelbagai kejayaan dikecapi.

"Pencapaian kita (dalam pelbagai bidang) adalah sesuatu yang luar biasa sebenarnya, ini adalah hasil kerjasama seluruh penjawat awam yang berganding bahu dengan kepimpinan negara untuk mencapai kemajuan yang dapat dibanggakan.

"Kita mahu peranan penjawat awam diperkukuhkan sebagai institusi penting dalam negara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas penjawat awam negeri dan persekutuan Pahang di sini, Jumaat.

Turut hadir bersama lebih 6,000 penjawat awam pada majlis itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Saffian Ismail.

Muhyiddin berkata gandingan mantap dan kerjasama erat penjawat awam bersama pihak swasta dan awam juga perlu diperkukuhkan lagi supaya negara akan lebih berdaya saing dan berinovatif.

Beliau berkata banyak kejayaan dikecapi negara hasil kerjasama padu antara penjawat awam, pihak swasta dan awam dan diiktiraf badan-badan dan negara luar.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata cabaran penjawat awam ketika ini juga jauh berbeza berbanding sejak awal mencapai kemerdekaan berikutan kehendak dan keperluan rakyat yang menagih perkhidmatan lebih efisien.

"Mereka (rakyat) tahu hak mereka bila berurusan dengan penjawat awam, dan ianya menuntut respons segera, kelewatan sesuatu perkara (dalam memberikan perkhidmatan) akan merugikan semua pihak.

"Apakah impak perkhidmatan kita, kelemahan dan kelewatan perlu ditangani, rakyat Malaysia kini lebih tahu, peka akan hak mereka, profil rakyat dan negara tidak seperti dahulu lagi," katanya.

Justeru itu, Muhyiddin berkata penjawat awam perlu memastikan khidmat mereka lebih cekap lagi.



-- BERNAMA

09 Januari 2013

NAJIB INGATKAN PENJAWAT AWAM SUPAYA FOKUS DAN PASTIKAN BELANJAWAN 2013 TERLAKSANA

Bernama
8/1/2013
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan penjawat awam supaya fokus dan memastikan Belanjawan 2013 terlaksana.

Perdana Menteri dalam mesej Twitter beliau Selasa, berkata ingatan itu disampaikannya ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

"Menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam. Saya beritahu penjawat awam supaya fokus & pastikan #Bajet2013 terlaksana," katanya.

Pada perjumpaan bulanan pertama tahun 2013 dengan petugas Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di Putrajaya semalam, Najib menggariskan tujuh tumpuan yang harus diutamakan penjawat awam bagi meneruskan kejayaan dan kecemerlangan negara.

Antaranya ialah melaksanakan Belanjawan 2013 dengan lancar mengikut jadual.



-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM PERLU LAKAR KEJAYAAN BAHARU - KSN

Bernama
9/1/2013


KANGAR, 8 Jan (Bernama) -- Penjawat awam perlu melakar kejayaan baharu dan berusaha menerajui perubahan sepanjang masa, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa Selasa.

Menurutnya, jika hanya bersandarkan kepada sejarah kejayaan silam tanpa gigih mencari kejayaan baru, budaya jumud akan timbul.

Berucap pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 4,000 penjawat awam Perlis di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Ulu Pauh dekat sini hari ini, Ali berkata antara kejayaan yang dicapai perkhidmatan awam ialah pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang membabitkan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan.

Katanya kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah NBOS telah berjaya mengurangkan kadar jenayah.

Mengenai pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, beliau mahu penjawat awam lebih peka dan bertanggungjawab dalam melaksanakan apa jua perkara yang diputuskan kerajaan.



-- BERNAMA

CUEPACS SASAR 80 PERATUS ANGGOTA DAFTAR SKUAD PENGGUNA

Bernama
9/1/2013


PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyasarkan 80 peratus daripada 1.4 juta anggotanya menyertai Skuad Pengguna.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata untuk itu, Cuepacs akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi kefahaman kepada anggotanya mengenai Skuad Pengguna dan menarik mereka menganggotai skuad tersebut.

Jika lebih ramai penjawat awam menyertainya, skuad ini akan lebih berkesan dalam memastikan peniaga menjaga etika serta tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim yang turut hadir, berkata penglibatan lebih ramai anggota masyarakat, khususnya penjawat awam akan memberi kesan positif kepada penubuhan skuad tersebut.

"Ia juga selari dengan amalan negara maju iaitu tiada campur tangan kerajaan sebaliknya pengguna dan peniaga saling pantau memantau antara satu sama lain," katanya.

Pada majlis itu, kira-kira 10,500 anggota Cuepacs Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor menerima kad Skuad Pengguna mereka.

Skuad Pengguna ditubuhkan pada 22 Mac 2012 dan setakat ini disertai kira-kira 80,000 anggota masyarakat pelbagai peringkat.

-- BERNAMA

07 Januari 2013

PM MAHU BAJET 2013 DILAKSANA DENGAN CEKAP DAN LANCAR

Sinar Harian
7 Januari 2013


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak


PUTRAJAYA -  Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menegaskan hala tuju penjawat awam untuk tahun ini mahu mereka memastikan Belanjawan 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar dengan memberi tumpuan kepada agenda transformasi negara yang memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata, sesuai dengan belanjawan (bertemakan 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati') sudah tentunya beliau mahukan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan dan penjawat awam memberi penekanan kepada pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Hala tuju yang berteraskan intipati Belanjawan 2103 ini akan secara langsung memberi suntikan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pengurusan eknomi yang baik, katanya pada perjumpaan bulanan pertama tahun 2013 dengan petugas Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata, ia merupakan hala tuju yang perlu diberi penekanan oleh semua penjawat awam, ke arah menjadikan 2013 sebagai tahun yang amat cemerlang dalam lipatan sejarah negara.

Perpaduan dan jati diri nasional perlu diperkukuh berpaksi kepada gagasan 1Malaysia, agar rakyat dari segenap lapisan masyarakat dapat merasakan bahawa kerajaan hari ini sememangnya dipimpin oleh sebuah kerajaan yang adil, saksama dan bersifat inklusif, katanya.
 
Menurut beliau, pertumbuhan baik ekonomi negara yang berterusan menuntut kepada pengurusan yang baik, agar dapat memastikan bahawa kekayaan negara diagih kepada seluruh rakyat, berasaskan kepada keadilan sosial.

"Dengan cara ini kita dapat tentukan bahawa kekayaan negara tidak tertumpu kepada peringkat atau kawasan tertentu sahaja, tetapi mesti dirasai oleh rakyat teramai," katanya.

Menyentuh pelaksanaaan agenda NBOS, Najib berkata, ia memerlukan kerjasama jabatan berlainan dalam menjayakan setiap projek secara bersepadu.

Selain itu Perdana Menteri ingin melihat penjawat awam di semua peringkat kementerian, mencapai sepenuhnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di samping meneruskan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan. 

"Sebagai warga penjawat awam, kita teruskan usaha penambahbaikan berdasarkan kepada tiga aspek yang pernah saya sebutkan sebelum ini, iaitu perkhidmatan yang cepat, tepat, berintegriti; pemikiran kreatif serta inovatif; dan penekanan kepada produktiviti.

"Tahun ini banyak inisiatif baru akan diperkenalkan, termasuk pelan pembangunan pendidikan yang akan dibentangkan secara muktamad, dan ini juga akan beri kesan besar kepada masa depan dan pembangunan modal insan negara," katanya. - Bernama

PERDANA MENTERI TEGASKAN HALA TUJU PENJAWAT AWAM 2013

Bernama
7/1/2013


PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menegaskan hala tuju penjawat awam untuk tahun ini mahu mereka memastikan Belanjawan 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar dengan memberi tumpuan kepada agenda transformasi negara yang memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata sesuai dengan belanjawan (bertemakan 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati') sudah tentunya beliau mahukan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan dan penjawat awam memberi penekanan kepada pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Hala tuju yang berteraskan intipati belanjawan 2103 ini akan secara langsung memberi suntikan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pengurusan eknomi yang baik, katanya pada perjumpaan bulanan pertama tahun 2013 dengan petugas Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata ia merupakan hala tuju yang perlu diberi penekanan oleh semua penjawat awam, ke arah menjadikan 2013 sebagai tahun yang amat cemerlang dalam lipatan sejarah negara.

Perpaduan dan jati diri nasional perlu diperkukuh berpaksi kepada gagasan 1Malaysia, agar rakyat dari segenap lapisan masyarakat dapat merasakan bahawa kerajaan hari ini sememangnya dipimpin oleh sebuah kerajaan yang adil, saksama dan bersifat inklusif, katanya.

Menurut beliau, pertumbuhan baik ekonomi negara yang berterusan menuntut kepada pengurusan yang baik, agar dapat memastikan bahawa kekayaan negara diagih kepada seluruh rakyat, berasaskan kepada keadilan sosial.

"Dengan cara ini kita dapat tentukan bahawa kekayaan negara tidak tertumpu kepada peringkat atau kawasan tertentu sahaja, tetapi mesti dirasai oleh rakyat teramai," katanya.

Menyentuh pelaksanaaan agenda NBOS, Najib berkata ia memerlukan kerjasama jabatan berlainan dalam menjayakan setiap projek secara bersepadu.

Selain itu Perdana Menteri ingin melihat penjawat awam di semua peringkat kementerian, mencapai sepenuhnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di samping meneruskan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan.

"Sebagai warga penjawat awam, kita teruskan usaha penambahbaikan berdasarkan kepada tiga aspek yang pernah saya sebutkan sebelum ini, iaitu perkhidmatan yang cepat, tepat, berintegriti; pemikiran kreatif serta inovatif; dan penekanan kepada produktiviti.

"Tahun ini banyak inisiatif baharu akan diperkenalkan, termasuk pelan pembangunan pendidikan yang akan dibentangkan secara muktamad, dan ini juga akan beri kesan besar kepada masa depan dan pembangunan modal insan negara," katanya.

-- BERNAMA

06 Januari 2013

KAJI GAJI MAKSIMUM

Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kadar kenaikan gaji penjawat awam yang mencapai tahap maksimum dinaikkan sebanyak lima hingga 10 peratus.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, peratusan kenaikan itu berdasarkan jumlah penjawat awam yang mencapai gaji maksimum tidak ramai iaitu kurang dari 300,000 orang.
''Kajian mengenai kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tahap maksimum ini sudah lama dinantikan mereka yang terlibat dan kami mengharapkan tahun 2013 akan memberikan berita baik kepada golongan tersebut.
''Namun, CUEPACS berharap mekanisme kenaikan itu tidak boleh dibuat secara pukul rata bagi memastikan keadilan kepada semua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Tambah Omar, pihaknya mencadangkan kenaikan sebanyak lima peratus diberikan kepada kumpulan pengurusan profesional dan 10 peratus bagi kumpulan pelaksana dalam gred satu hingga 40.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam yang mencapai tahap maksimum selaras dengan keperluan semasa dan peningkatan kadar inflasi.
Inisiatif itu, katanya, akan diteliti terlebih dahulu selepas pihaknya menerima laporan khas yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjelang pertengahan bulan ini.Kata beliau, selepas pihak JPA menerima laporan daripada suruhanjaya, mereka akan mengkaji penemuannya sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada kerajaan.

04 Januari 2013

KSN MINTA KETUA JABATAN TURUN PADANG SEKURANG-KURANGNYA SEBULAN SEKALI

Bernama
4/1/2013

SEREMBAN, 4 Jan (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengingatkan semua ketua jabatan dan agensi kerajaan supaya kerap turun padang agar dapat memahami keadaan persekitaran kerja penjawat awam dan masalah pelanggan di bawah jabatan masing-masing.

Beliau berkata usaha turun padang juga adalah kaedah yang lebih baik untuk melihat sendiri secara langsung keadaan dan kebajikan penjawat awam yang memberikan perkhidmatan.

"Saya berharap mulai tahun ini, semua ketua jabatan akan lebih kerap turun padang atau sekurang-kurangnya sebulan sekali," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan penjawat awam Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini, Jumaat.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Farida Mohd Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan.

Terdahulu, Ali bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kampung Lonek, Jempol, dekat sini.

Selepas itu, beliau mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hingga di sini dan kemudian membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.



-- BERNAMA

SEBUTHARGA - KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU T [T’SHIRT] UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2013



KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU T [T’SHIRT] UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2013

NO SEBUTHARGA : BIL 1/2013                                        Tarikh : 3 Januari 2013


KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………


Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.


1.       Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.       Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 18 Januari 2013, tidak lewat dari jam 04.00 petang. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No 1/2013

3.       Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.

4.       Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

5.       Sebutharga  hendaklah sah selama  30 HARI selepas itu.

6.       Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

03 Januari 2013

MOSTI JAWAB ISU 'OPSYEN KERAJAAN'

Utusan Malaysia
3/1/2012


KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi merujuk tulisan daripada Penjawat Awam Yang Teraniaya bertajuk Penjawat Awam Yang Mahu Opsyen Kerajaan dalam Utusan Malaysia pada 11 Disember 2012 dan kenyataan CUEPACS bertajuk CUEPACS Minta Tangguh dalam akhbar yang sama pada 12 Disember 2012
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) prihatin terhadap keluhan pegawai dan segala isu yang diutarakan akan dikaji sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, urusan opsyen akan ditangguhkan buat sementara waktu dan perjumpaan bersama pegawai tiga institut dan CUEPACS akan diadakan dalam masa terdekat.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

30 Disember 2012

CUEPACS MAHU KERAJAAN UMUM JADUAL GAJI SECEPAT MUNGKIN



Bernama
30/12/2012



KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Cuepacs Sabtu mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
Setiausaha Agung kongres itu Loke Yim Pheng berkata dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.

"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.

Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya.

-- BERNAMA