SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Oktober 2009

CUEPACS TUNTUT 2 BULAN BONUS

Bernama
16/10/2009 8:45pm



KUALA LUMPUR 16 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.
Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.
Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari ini.
Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.
"Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.
— BERNAMA

16 Oktober 2009

KES TATATERTIB PENJAWAT AWAM MENINGKAT 36.2 PERATUS

Utusan Malaysia
16/10/2009



SEREMBAN 15 Okt. - Kes-kes tatatertib melibatkan penjawat awam atas pelbagai salah laku meningkat sebanyak 36.2 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sejumlah 3,383 kes tatatertib direkodkan pada tahun lalu berbanding 2,159 kes pada 2007.
"Perkhidmatan awam negeri mencatatkan pertambahan paling tinggi iaitu 57.62 peratus, pihak berkuasa tempatan (PBT), 30 peratus dan perkhidmatan awam Persekutuan 27.43 peratus," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Ke-4 Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Malaysia di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri.
Pada sidang akhbar selepas itu, Mohd. Sidek menjelaskan, kes-kes tersebut membabit pelbagai salah laku seperti tidak hadir bertugas yang melibatkan semua kumpulan anggota awam.
Katanya, senario itu memberi gambaran bahawa tahap integriti dan disiplin penjawat awam semakin menurun.
"Peningkatan kes tersebut boleh ditangani oleh kesedaran meluas di kalangan ketua jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melanggar peraturan," tambahnya.

HUBUNGAN INTIN KERAJAAN-PENJAWAT AWAM PENTING - NAJIB

Utusan Malaysia
14/10/2009 3:24pm





PUTRAJAYA 14 Okt. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan intim antara sektor pentadbiran dan penjawat awam merupakan ramuan yang sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang berjaya.
Berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, beliau berkata, sejarah negara telah membuktikan bahawa kejayaan yang dikecapi selama ini adalah hasil tautan erat kedua-dua pihak itu.
"Kalau kita imbas kembali sejarah negara, kita berjaya kerana mengekalkan hubungan intim antara satu sama lain,” katanya.
Najib berkata, sektor perkhidmatan awam selama ini sentiasa membantu menterjemahkan dasar kerajaan sekaligus menentukan setiap agenda kerajaan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
"Semoga hubungan istimewa ini dapat dipertahankan kerana lebih banyak cabaran harus dihadapi dengan segala kemampuan dan kekuatan yang kita ada,” katanya. - Bernama

12 Oktober 2009

SEMAK SEMULA PENCEN 2 SEKTOR AWAM

Berita Harian
12/10/2009

BARU-BARU ini, kerajaan menaikkan pencen persaraan kakitangan awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun iaitu sebanyak RM250. Timbul persoalan pula, bagaimana dengan mereka yang berkhidmat dalam dua sektor awam iaitu berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia selama 16 tahun dan kemudiannya menyambung tugas sebagai kakitangan awam lain untuk satu tempoh perkhidmatan. Adakah mereka tidak layak untuk menerima bayaran pencen sebagai bekas angkatan tentera? Kami berharap dengan transformasi pentadbiran dan kepemimpinan khususnya dalam Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, ia tidak akan mengabaikan kebajikan golongan kami sebagai bekas tentera.
BEKAS TENTERA '88,
Pontian, Johor

GAJI PENSYARAH LULUSAN SARJANA SAMA GRED GURU SEKOLAH RENDAH

Berita Harian
12/10/2009



SAYA berharap paparan ini mendapat perhatian serius Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Awam berhubung masalah dihadapi segelintir pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Baru-baru ini saya bertemu dengan tiga rakan yang sama-sama memasuki maktab perguruan pada 1980-an dan kini menjadi guru. Rakan saya 'A' seorang guru yang mengajar Tingkatan Enam di Pantai Timur menerima gaji gred DG48. Rakan saya 'B', seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Ipoh juga sedang menikmati gaji DG48. Malangnya, saya sebagai pensyarah di IPTA amat sedih kerana menerima gaji DS45 yang jauh lebih rendah daripada dua sahabat saya itu. Mendengar cerita rakan saya itu, saya hanya menelan air liur dan tersenyum apabila mereka berkata, "Lainlah gaji pensyarah universiti, kalau kita yang duduk di sekolah ini dapat gaji DG48, pensyarah universiti lebih lagilah." Saya hanya tersenyum pahit.
Sebagai bekas guru yang berkhidmat selama 20 tahun di sekolah, kini saya memilih menjadi pensyarah di universiti tempatan. Lima tahun bertugas di universiti dengan pengalaman bekerja di sekolah selama 15 tahun. Rakan saya yang mengajar di sekolah menerima kenaikan gred gaji daripada gred DG41 ke DG44 atau DG48, jika mengajar Tingkatan Enam dalam tempoh 10 tahun perkhidmatan. Malah, ada yang lebih baik menerima gred gaji DG52 atau DG48 jika meneruskan perkhidmatan di IPG. Penstrukturan semula gaji guru di sekolah Kementerian Pelajaran beberapa tahun lalu menjadikan profesion perguruan benar-benar menarik. Nasib indah itu tidak berlaku kepada diri saya, iaitu seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana. Hari ini, gred gaji saya masih berada di gred DS45 dengan gaji pokok jauh lebih rendah daripada guru sekolah rendah yang berkelulusan diploma perguruan, apatah lagi jika dibandingkan dengan gred rakan yang mengajar di sekolah menengah yang menikmati gred DG44 atau DG48.
Untuk pengetahuan, gaji saya sebagai pensyarah pada hari ini ialah sama dengan gaji guru DG32 (P1T16) yang berkhidmat di sekolah rendah atau guru DG41 (P1T10) sedangkan saya sudah berkhidmat selama 20 tahun sebagai kakitangan kerajaan. Saya pernah berbincang hal ini dengan pendaftar universiti tempat saya bertugas. Jawapan yang diberi amat menyedihkan kerana sistem gred gaji IPTA ialah DS45, DS52 untuk calon PhD dan seterusnya. Lebih malang lagi apabila saya dimaklumkan jika saya ingin mendapat gaji setaraf dengan guru (rakan DG44 atau DG48), saya diminta supaya meletak jawatan sebagai pensyarah universiti dan kembali semula bertugas sebagai guru di sekolah. Saya menelan sindiran dan cabaran itu dengan rasa keinsafan yang mendalam kerana pegawai pendaftar itu bergred DN44. Di universiti, saya terpaksa berdepan dengan KPI yang menuntut saya melahirkan graduan sarjana dan ijazah pertama, menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa, menerbitkan buku, membentangkan kertas kerja, menjadi pakar rujuk sosial kepada media atau masyarakat dan macam-macam lagi tugas yang melambangkan status pensyarah universiti awam.
Berbanding tugas guru di sekolah, dengan gaji lumayan mereka hanya berdepan situasi pengajaran dan pembelajaran, tugas kurikulum atau aktiviti yang bagi saya tidak seberat tugas seorang pensyarah universiti. Apa yang saya harapkan ialah, pihak kementerian dapat menstruktur semula gaji pensyarah berkelulusan sarjana yang pernah bertugas sebagai guru seperti saya. Tugas dan beban pensyarah universiti hari ini kian berat dan runcing. Hal ini dibebankan lagi dengan status 'Universiti Penyelidikan (RU)' yang memaksa pensyarah menghasilkan satu penyelidikan bagi menentukan prestasi kerja tahunan. Bagi pensyarah yang sedang menyiapkan PhD dan tidak mendapat cuti belajar kerana faktor kekurangan kakitangan, ia kian membebankan.


PENSYARAH SARJANA MALANG,
Kuala Lumpur.

08 Oktober 2009

PERKHIDMATAN AWAM SASAR ADUAN SIFAR

Utusan Malaysia
7/10/2009


PUTRAJAYA 6 Okt. - Sektor perkhidmatan awam menyasarkan sifar aduan dalam usaha meningkatkan mutu sistem penyampaiannya kepada rakyat.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, kakitangan sektor itu perlu melihat semula undang-undang, peraturan, prosedur dan cara untuk mengubah birokrasi daripada yang menyusahkan rakyat kepada menyenangkan atau memudahkan.
''Kakitangan awam tidak harus berasa selesa dengan tahap perkhidmatan sekarang ini dan harus mencari jalan untuk memperbaiki dan menambah baik sistem penyampaian," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Seminar Pengurusan Aduan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, imej dan prestasi sektor awam boleh dinilai menerusi media massa apabila orang ramai lebih memilih untuk melontarkan aduan melalui saluran tersebut.
''Media menjadi salah satu perantaraan dan saluran komunikasi untuk mempromosi dan meningkatkan imej agensi kerajaan yang boleh membantu ke arah mencapai matlamat itu," katanya.
Tambah beliau, kakitangan sektor awam perlu sentiasa meletakkan diri sebagai pelanggan sekali gus dapat mengetahui keperluan dan kehendak sebenar orang ramai.
Pada majlis berasingan di Shah Alam, Mohd. Sidek berharap media tempatan tidak terlalu memberi tumpuan kepada perkara-perkara negatif sehingga boleh memberi kesan terhadap pembangunan serta karakter rakyat.
Menurut beliau, media kini merupakan sebahagian daripada komponen terpenting dalam mendidik rakyat selain menjadi sumber maklumat sehingga boleh mempengaruhi pemikiran dan pandangan rakyat terhadap sesuatu bidang atau isu.
''Setiap pagi, semua orang akan merujuk media untuk mengetahui maklumat serta perkara yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Syarahan Tahunan Ketua Setiausaha Negara (KSN) 2009 di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

PENJAWAT AWAM PERLU KERJA KERAS CAPAI SIFAR ADUAN, KATA KSN

Utusan Malaysia
06/10/2009 8:38pm





PUTRAJAYA 6 Okt. — Penjawat awam perlu berusaha untuk mencapai sifar aduan meskipun menghadapi pelbagai cabaran bagi menepati sasaran itu, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Katanya, penjawat awam perlu cuba sedaya mungkin untuk mempermudahakan sistem urusan perkhidmatan dengan pelanggan bagi mencapai sifar aduan.
“Penjawat awam tidak boleh berpuas hati dengan tahap pencapaian perkhidmatan mereka sekarang. Mereka perlu sentiasa melihat kembali cara untuk memperbaiki tahap perkhidmatan masing-masing,” katanya semasa berucap menutup Seminar Pengurusan Pengaduan Awam di sini hari ini.
Menurut Mohd.Sidek, beliau memahami cabaran yang dihadapi penjawat awam dalam menangani pelbagai aduan daripada masyarakat khususnya yang disiarkan dalam media massa.
“Media adalah perantara untuk mempromosikan imej jabatan dan agensi kerajaan kepada masyarakat negara ini serta rakyat luar negara,” katanya. - Bernama

07 Oktober 2009

CUEPACS : HAVE SAME BENEFIT SCHEME FOR ALL

The Star
6/10/2009



SKUALA LUMPUR: Cuepacs wants the Government to come up with a standard benefit scheme that provides better welfare for employees in the seven statutory bodies in the country.
Congress president Omar Osman said, currently, different statutory bodies have different scales for salary increment and medical benefits, among others.
“The Government has done a lot to improve the public sector’s welfare,” he said. “We want it to be extended to the statutory bodies as well.
“When they no longer serve the agency, they should get the kind of compensation that would guarantee their future,” he said during a press conference at the Inland Revenue Board office here, yesterday.

05 Oktober 2009

CUEPACS MINTA SELARAS KEMUDAHAN KAKITANGAN 7 BADAN BERKANUN

Berita Harian
5/10/2009



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menimbangkan untuk menyelaras kemudahan lebih 60,000 kakitangan tujuh badan berkanun supaya kebajikan mereka terjamin. Presidennya, Omar Osman, berkata pada masa ini, kemudahan serta kebajikan kakitangan ketujuh-tujuh agensi berkenaan berbeza sedangkan mereka juga penjawat awam. Beliau berkata, perbezaan kemudahan itu termasuk kenaikan gaji dan pangkat, pampasan perkhidmatan dan perubatan.
Tujuh badan berkanun berkenaan ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Hal Ehwal Tentera (Perhebat), Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). "Pada masa ini, kemudahan ketujuh-tujuh agensi ini berbeza bergantung kepada keputusan lembaga eksekutif masing-masing. Sepatutnya kemudahan dan kebajikan mereka diselaraskan kerana mereka juga penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu, beliau menghadiri taklimat dan majlis penyerahan memorandum bagi mengkaji semula kemudahan dan caruman KWSP penjawat awam ketujuh-tujuh badan berkanun berkenaan di sini.
Mengulas lanjut, Omar berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memperhalusi cadangan tersebut sebelum membentangkannya kepada kerajaan tidak lama lagi. "Kita akan semak cadangan tersebut dan berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) pada November ini," katanya. Beliau berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan untuk menimbangkan supaya caruman KWSP bagi kakitangan ketujuh-tujuh badan berkenaan dinaikkan. Beliau berkata, kenaikan itu wajar kerana mereka yang berkhidmat dengan tujuh agensi tersebut sekarang, tidak mendapat kemudahan pencen.
"Pada masa ini caruman bagi ketujuh-tujuh agensi berkenaan adalah sama dengan penjawat awam lain iaitu 11 peratus bagi pekerja manakala 12 peratus majikan dan jumlah ini terlalu kecil. "Oleh kerana mereka tidak menikmati kemudahan pencen, kita cadangkan caruman daripada majikan dinaikkan antara 16 dan 18 peratus supaya kehidupan mereka selepas bersara terjamin," katanya. Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs akan mengadakan mesyuarat kongres 16 Okt ini dan antara perkara yang akan dibincangkan ialah mengenai pembayaran bonus dan kenaikan pangkat penjawat awam mengikut tempoh perkhidmatan. - Bernama



CUEPACS: PENSION MORE BENEFICIAL THAN EPF

Malaysian Insider
By Shazwan Mustafa Kamal
5/10/2009

KUALA LUMPUR, Oct 5 — Cuepacs president Omar Osman said civil servants stand to lose more under the current Employees Provident Fund (EPF) scheme.
That is why Cuepacs, together with the workers’ unions in seven government agencies, will be submitting a memorandum to the prime minister in an effort to ensure the welfare of these civil servants after they retire.
“We are pushing the government to look at the current status of government employees who have been allotted separate retirement plans from other government agencies,” he said referring to the seven government bodies.
There are about 60,000 employees in the seven agencies. They are Socso, the, EPF, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tabung Haji, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (KEBAT), Bank Simpanan National and the Inland Revenue Board.
These agencies have been accorded different retirement schemes from other government bodies because they “have been given the task of managing and handling the country’s finances.”
“We want our workers’ welfare guaranteed. Even though these bodies are separate, there should be equal benefits for them, and sadly the benefits are not the same,” explained Omar.
He said that under the EPF formula, the future of these workers is not guaranteed after they reach the retirement age of 58 unlike other government employees.
Instead of handing over a lump sum of money, a pension-based model would be more conducive and realistic as they would then be able to get a steady income every month, and would be able to use their money wisely.
“Getting RM300,000 won’t be worth anything in the year 2020. Even now, everything is so expensive, people end up spending everything they have instead of saving,” he added.
According to Omar, Cuepacs has also 10 more issues which it will be taking up with the prime minister.
Among these is a call to reduce the housing loan interest for civil servants from four per cent to one per cent.
“We are like barking dogs. We will bark until they hear us.”
The barking has apparently received the attention of Datuk Seri Najib Razak, as Omar has stated that he has personally met with the prime minister regarding the matter and that he is aware of the situation.
He also expressed confidence in Najib‘s administration, saying that the 60,000 affected workers will always remain loyal to the ruling government.

03 Oktober 2009

MASIH RAMAI PENJAWAT AWAM YANG BELUM DAPAT KENAIKAN PANGKAT KUP (TIME-BASED)

Media CUEPACS
2/10/2009


Kuala Lumpur: Ucapan aluan presiden Cuepacs Omar Osman memaklumkan semasa musim hari raya kemalangan yang berlaku hampir melibat 40% penjawat awam. Peratus ini boleh dikatakan tinggi dari tahun yang lepas. Oleh itu diharap tahun kemalangan pada musim perayaan dapat dikurangkan. Ramai penjawat awam masih lagi belum menerima kenaikan pangkat time-based (KUP) di beberapa negeri. Cuepacs telah menerima aduan dari penjawat awam seluruh malaysia. Selain itu Cuepacs akan mengadakan Jamuan Hari Raya pada 16 Oktober 2009 di Dewan Dr. Siti Hasmah Rumah Puspanita, Jalan Hose, Kuala Lumpur. Tetamu VIP yang akan datang adalah Perdana Menteri, Menteri, JPA dan Ketua-ketua Jabatan. Setiap Kesatuan gabungan Cuepacs akan menghantar 5-10 orang. Mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs telah diadakan pada 2 Oktober 2009 di Wisma Cuepacs Kuala Lumpur.



PENJAWAT AWAM DAPAT PELARASAN GAJI 6 KALI

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
3/9/2009




KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah memberi pelarasan gaji sebanyak enam kali kepada kakitangan awam dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007.

Menurut kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semalam, pelarasan gaji berkenaan diberikan setiap tiga hingga lima tahun, iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Dalam konteks ini, katanya, setiap pemberian kenaikan gaji sektor awam dibuat dengan mengambil kira keperluan semasa dan kemampuan kewangan kerajaan.



“Kenaikan gaji tahunan (KGT) pegawai perkhidmatan awam secara keseluruhannya ialah antara tiga peratus hingga enam peratus daripada gaji pokok.

“Tahun ini, kerajaan sudah mengumumkan kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP) kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang sudah berkhidmat selama 15 tahun dan lebih.

“Ini turut memberi peluang untuk menikmati gaji pada gred kenaikan pangkat yang lebih tinggi berbanding gaji pada gred jawatan asal,” menurut kenyataan itu.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melakukan semakan gaji 1.2 juta kakitangan awam setiap lima tahun sekali bagi membolehkan penyelarasan dibuat berdasarkan kos sara hidup semasa.

Ini berikutan semakan gaji terbaru yang dilakukan kerajaan pada 1 Julai 2007 dibuat selepas tempoh 25 tahun dan gaji yang diperoleh dengan kadar kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus itu hanya mampu menampung kos sara hidup mereka sehingga tahun depan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pegawai perkhidmatan awam, sekali gus menegaskan dakwaan bahawa semakan gaji terbaru yang dilakukan pada 1 Julai 2007 dibuat selepas 25 tahun, adalah tidak tepat.

Selain itu, katanya, konsep saraan dalam perkhidmatan awam adalah menyeluruh dan bukan saja meliputi upah atau gaji bagi kerja dilakukan, tetapi merangkumi pelbagai pemberian elaun serta kemudahan lain yang boleh dinikmati pegawai dan juga keluarga mereka.

“Ini termasuk imbuhan tetap, imbuhan tetap perumahan, bantuan sara hidup, kemudahan perubatan, kemudahan cuti, kemudahan perumahan dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

“Oleh itu, pendapatan minimum pegawai perkhidmatan awam tidak wajar diukur dari segi gaji pokok saja tetapi perlu mengambil kira pemberian elaun serta kemudahan lain yang disediakan oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.

02 Oktober 2009

750,000 PENJAWAT AWAM DAPAT BONUS TABUNG HAJI

Berita Harian
2/10/2009

KUALA LUMPUR: Dianggarkan 750,000 penjawat awam daripada keseluruhan 4.7 juta pendeposit Tabung Haji turut menerima manfaat daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu mengenai bayaran bonus awal 2.25 peratus bagi separuh tahun pertama 2009, Isnin ini. Presiden Cuepacs, Omar Osman ketika dihubungi semalam berkata, 85 hingga 90 peratus penjawat awam mempunyai simpanan di Tabung Haji yang kebanyakan daripada mereka menyimpan untuk menunaikan ibadat haji. Semalam, akhbar melaporkan, Najib ketika mengumumkannya semalam berkata, bonus awal separuh tahun yang membabitkan RM465 juta itu pertama kali dibayar oleh Tabung Haji, sekali gus mencerminkan kekukuhan kewangan Tabung Haji.
Penjawat awam, Noor Fariza Abu Bakar, 27, berkata, ibu bapanya membuka akaun Tabung Haji untuknya sejak beliau berumur enam tahun sebagai persediaan untuk menunaikan Rukun Islam kelima selain sebagai simpanan. “Bonus berkenaan secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah simpanan sedia ada. Saya tidak akan mengeluarkannya untuk sebarang urusan kurang perlu, biarlah (simpanan itu) terus meningkat,” katanya ketika ditemui Berita Harian, sema-lam. Pengurus Jualan, Norazila Yeob, 42, menyarankan Tabung Haji untuk terus mencari lokasi pelaburan berpotensi kerana ia secara tidak langsung akan memberikan pulangan lebih baik sekali gus memberi manfaat kepada pendepositnya.

30 September 2009

BE OPEN TO QUESTIONING, CIVIL SERVANTS URGED

The Star
By LESTER KONG
30/9/2009




PETALING JAYA: Civil servants should be open to being questioned over public funds, such as the inquiry by the state government’s Select Committee on Competency, Account-ability and Transparency (Selcat).
Several heads of non-governmental organisations (NGO) have also called for more public accounting of civil servants when it comes to the way taxpayers’ funds are handled and to investigate alleged wrongdoings.
Transparency International Malaysia president Datuk Paul Low said having third-party committee members independent of the state executive council was also a good idea.
“It is all right for Selcat to hold their questioning publicly but it should not be a witch-hunt,” he told The Star yesterday.
“Doing it publicly is meant to find out the truth and instill accountability.”
Selangor PAS commissioner and executive councillor Datuk Dr Hasan Ali recently called for Selcat to be revamped, saying its investigative techniques degraded the dignity of those being questioned.
Subsequently, Dr Hasan came under fire from his Pakatan Rakyat colleagues in the state, and has been told by the Mentri Besar, the Selangor palace and his own party members to explain his comments.
Cuepacs president Omar Osman said Selcat had to remember to adhere to the state government’s General Orders, which provide for how the state should react to suspected wrongdoings among civil servants.
“Yes, Selcat has the authority to investigate misuse of public funds and wrongdoings among civil servants.
“But it must also abide by the General Orders in a way that does not tarnish the image of the civil service,” he added.
Face-saving was a trivial issue compared to upholding accountability and the duty of a public servant, said Fomca secretary-general Muhd Sha’ani Abdullah.
“If the public servant fails in his duties to advise his political masters, it’s more detrimental to the state government than not getting respect,” he said.
Muhd Sha’ani said similar to a court hearing, public servants should not expect special treatment when Selcat questioned them.
Suhakam vice-chairman Tan Sri Simon Sipaun said he did not see what rationale or reasoning there was for the senior civil servants to complain to Dr Hasan that they were being questioned “harshly”.
“What is harsh to one person is not to another person. It is all very subjective. Civil servants should know their duties and responsibilities as good and responsible servants of the public,” he said.
Meanwhile, Gerakan Youth expressed shock that DAP secretary-general Lim Guan Eng had not commented on whether disciplinary action should be taken against Dr Hasan.
Youth chief Lim Si Pin said Lim’s silence was like “sweeping their fallout under the carpet”.
“Rightfully, Guan Eng should come out to defend his party colleague Teng (Chang Khim),” he said in a statement yesterday.

29 September 2009

CUEPACS SYOR GAJI AWAM DISEMAK SETIAP 5 TAHUN

Berita Harian
Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
29/9/2009


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melakukan semakan gaji 1.2 juta kakitangan awam setiap lima tahun sekali bagi membolehkan penyelarasan dibuat berdasarkan kos sara hidup semasa.

Semakan gaji terbaru yang dilakukan kerajaan pada 1 Julai 2007 dibuat selepas tempoh 25 tahun dan gaji yang diperoleh dengan kadar kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus itu hanya mampu menampung kos sara hidup mereka sehingga tahun depan.

Pada masa ini, kakitangan awam khasnya bagi kumpulan sokongan hanya menikmati kenaikan gaji tahunan antara RM30 hingga RM70 setahun.

Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sudah menghantar memorandum kepada kerajaan berhubung perkara itu sebelum ini, malah Majlis Jawatankuasa Kerja Semakan Gaji Anggota Sektor Awam yang diwujudkan pihaknya akan mengatur perbincangan dan menghantar satu lagi memorandum terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kegagalan melakukan semakan gaji yang perlu dilakukan tahun depan, bakal menjadikan kira-kira 200,000 daripada 600,000 kakitangan awam kumpulan sokongan dua berada dalam kategori rakyat termiskin dengan purata pendapatan keseluruhan kira-kira RM1,100 sebulan.

"Sudah tiba masanya gaji kakitangan awam disemak setiap lima tahun sekali dan jika formula itu dilaksanakan, ia mampu menyeimbangkan pendapatan mereka dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.

"Sebenarnya, gaji diperoleh kakitangan awam sejak 2007 hanya mampu menampung kehidupan mereka sehingga tahun depan dan semakan gaji wajar dilakukan semula pada 2011," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Omar berkata, gaji asas bagi pekerja kumpulan sokongan dua yang memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ialah RM647 sebulan dan mereka mampu memperoleh purata RM1,100 sebulan selepas ditambah dengan elaun termasuk bagi perkhidmatan dan cola.

Beliau berkata, kehidupan di kota besar dengan kos sara hidup tinggi menyebabkan sebahagian besar kakitangan awam melakukan kerja sampingan.

"Unjuran peratusan kenaikan gaji dicadang dalam semakan itu akan dirujuk kepada perunding supaya kadarnya bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa," katanya.

28 September 2009

GURU KAFA NEGERI SEMBILAN MISKIN TEGAR

Utusan Malaysia
28/9/2009

SAYA salah seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Negeri Sembilan (NS), ingin melahirkan rasa sedih di atas apa yang berlaku kepada kami yang hanya mendapat elaun bukan gaji sebanyak RM500 sebulan.
Bagi kami di NS, sudah berapa kali disajikan dengan cerita kenaikan tetapi sampai sekarang masih tiada apa-apa berita.
Pada awal tahun, penyelia Kafa telah memberi jaminan jika Kafa Wilayah Persekutuan mendapat kenaikan elaun maka kami di Negeri Sembilan mungkin akan mengikut jejak yang sama.
Kemudian pertengahan tahun, kami diberitahu bahawa Jakim akan menyemak elaun kami dan daripada pihak Cuepacs pun ada mencadangkan agar guru Kafa dijadikan jawatan tetap.
Tetapi apa yang amat menyedihkan sampailah surat ini ditulis, semua khabar itu umpama mainan politik sahaja.
Apakah kami yang lulusan agama ni tidak layak untuk menikmati kemudahan seperti kakitangan awam yang lain.
Cubalah pembaca sekalian mencongak apa yang kami boleh buat dengan elaun RM500 itu?
Tidak cukup sampai hujung bulan pun, kami termasuk dalam kategori rakyat termiskin.
Memanglah kami mengajar hanya 10 jam seminggu tetapi sepenuh masa di dalam kelas walaupun ada pertukaran kelas.
Tidak seperti guru KPM yang mengajar sebelah pagi walaupun 6 jam di sekolah bukan sepenuh masa ada kelas, sekurang-kurangnya mereka ada masa untuk berehat.
Hari ini kakitangan sokongan mendapat duit raya sebanyak RM500 walaupun gaji mereka hampir RM1,000 sebulan.
Guru Kafa mahu merasa duit raya, nampaknya tidak adalah.
Alasan yang selalu diberi biarlah kita ini bekerja kerana Allah.
Maaflah andai surat ini mengganggu JAKIM, JAINS dan sesiapa yang terlibat, tetapi inilah luahan rasa hati kami guru-guru KAP yang sekadar bergantung kepada elaun RM500 untuk hidup.

BAYARAN INSENTIF BITK PEMBANTU TADBIR GRED W17 TIDAK SEPADAN

Berita Harian
28/9/2009




SAYA seorang kakitangan kerajaan, ingin berkongsi pendapat dengan semua pembaca. Luahan ini ditujukan khas kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Cuepacs.

Untuk perhatian, kami Pembantu Tadbir Gred W17 dan N17 yang membuat kerja kewangan hanya memperoleh Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) sebanyak RM40 sejak 1999 sehingga kini, sedangkan tugas kami sangat berat sebagai nadi bagi kemajuan negara.

Bagi menarik minat Pembantu Tadbir gred N9 ketika itu supaya memilih opsyen pertukaran gred dari N9 ke gred W17 yang disebut sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan), kerajaan menawarkan insentif BITK. Bayaran BITK bermula pada 1 Mei 1999 dengan kadar RM40 sebulan kepada semua pegawai kumpulan sokongan gred 17 sehingga gred 22.



Untuk meningkatkan jumlah insentif BITK ini, semua pegawai yang menjalankan tugas bidang kewangan dikehendaki menduduki peperiksaan yang tahap kesukaran penilaiannya sangat tinggi. Selepas lulus peperiksaan berkenaan barulah bayaran insentif kewangan itu dinaikkan kepada RM80 sebulan.

Sejak tahun lalu, kerajaan memperkenalkan sistem ‘star ranking’ kepada semua kementerian. Oleh demikian, mana-mana Ketua Setiausaha (KSU) kementerian/jabatan yang prestasi pengurusan kewangannya kurang memuaskan, pegawai berkenaan tidak disahkan dalam jawatan.

Sejak 1999, tiada kajian semula dilakukan ke atas kadar bayaran BITK ini. Tambahan pula sekarang ini, semua sistem perakaunan ditukar daripada sistem BAS (Branch Accounting System) kepada sistem GFMAS (Government Financial And Management Accounting System) dengan tempoh bayaran yang dulunya mengambil masa 30 hari, sekarang sudah dipendekkan kepada 14 hari.

Difahamkan pada masa akan datang Jabatan Akauntan Negara (JAN) memaklumkan segala pembayaran dipendekkan selama lima hari saja iaitu tiga hari di Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dan dua hari di JAN dan semua PTJ sekarang terpaksa menyimpan sendiri semua baucar yang dibuat pembayaran dan tidak lagi perlu di hantar ke JAN seperti amalan dulu.

Perbezaan gaji di antara Pembantu Tadbir gred N17 dengan Pembantu Tadbir gred W17 cuma RM1.05 tetapi beban kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Pembantu Tadbir gred W17 adalah lebih mencabar.

Selain beban tugas, mereka juga perlu mematuhi tempoh masa menyediakan kerja mengikut waktu ditetapkan atau tamat tempoh yang sangat ketat. Atas keperluan memenuhi tempoh ditetapkan ini, Pembantu Tadbir W17 juga sering kali terpaksa mengorbankan masa yang sepatutnya diperuntukkan bersama-sama keluarga untuk melakukan kerja kewangan selepas waktu pejabat atau hari cuti mingguan.

Peperiksaan BITK yang mengandungi 40 soalan amat sukar dilepasi kerana graf untuk lulus terlalu tinggi, ibarat tidak boleh salah walaupun satu soalan.

Bagi pegawai perempuan yang bercuti bersalin, pembayaran BITK akan diberhentikan dan kadangkala terpaksa membuat pembayaran balik manakala bagi elaun lain contohnya Elaun Pembantu Khas, ia akan tetap dibayar walaupun pegawai berkenaan bercuti bersalin.

LUAHAN HATI,

Insan Terabai.

25 September 2009

MASALAH SAMPAH DI ALOR SETAR SELESAI NOVEMBER DEPAN

Bernama
25/9/2009




ALOR SETAR, 24 Sept (Bernama) -- Masalah longgokkan sampah terutama di kawasan perumahan di sekitar bandaraya ini, dijangka selesai selepas syarikat swasta mengambil alih kerja-kerja mengangkut sisa buangan November depan.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, masalah berkenaan masih tidak dapat diselesaikan, kerana syarikat yang sepatutnya mengambil alih tugas daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), terpaksa menangguhkan kerja mereka sejak 1 Sept lalu."Sepatutnya mereka (syarikat swasta) sudah angkut sampah, tapi terpaksa tangguh, sebab sebelum ini ada desakan daripada Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) supaya disemak semula terma-terma berkaitan nasib pekerja MBAS sekiranya kerja mengangkut sampah diswastakan."Sekarang lori-lori mereka sudah sampai, masalah ini kena selesai betul-betul supaya tidak jadi masalah berlarutan dan kita harap ia selesai pada November ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, di sini Khamis.Terdapat laporan media bahawa bandar raya Alor Setar semakin kotor kerana terdapat banyak longgokan sampah yang tidak diangkut sehingga menyebabkan bau busuk.Menurut Azizan, masalah berkenaan bukanlah perkara baru dan ia dijangka dapat diselesaikan selepas kerja mengangkut sisa buangan itu diambil alih pihak swasta.-- BERNAMA

17 September 2009

KAKITANGAN AWAM PR DAPAT BONUS RAYA

Sinar
17/9/2009



SHAH ALAM - Kakitangan awam di tiga negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) mendapat ‘durian runtuh’ apabila Kerajaan Negeri masing-masing mengumumkan pemberian bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menariknya, habuan sebanyak RM500 kepada setiap kakitangan kumpulan sokongan di Selangor dan Kedah dibayar secara sekaligus, sementara kakitangan di Pulau Pinang menerima pembayaran dua kali secara ansuran. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM4.38 juta bagi bantuan khas kewangan bagi 2009 kepada seluruh kakitangan perkhidmatan awam untuk kumpulan sokongan di negeri ini. “Kita telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas ini kepada semua kakitangan perkhidmatan awam dalam kumpulan sokongan di Selangor. “Setiap mereka akan diberikan RM500 bagi meringankan beban sempena perayaan hari raya ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam. Abdul Khalid berkata, hampir 9,000 kakitangan akan mendapat bantuan berkenaan dan daripada jumlah berkenaan, seramai 7,588 kakitangan tetap, 952 kontrak serta 230 kakitangan sambilan akan menerima bantuan tersebut. “Bantuan berkenaan akan diberikan sepenuhnya sebelum hari raya ini. Ini berbeza apa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mana mereka dibayar dua peringkat yang mana RM250 sebelum raya dan selebihnya dibayar selepas raya,” katanya. Di ALOR SETAR, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.65 juta untuk membayar bonus berkenaan, RM2.47 juta kepada kaki tangan berjawatan tetap dan selebihnya kepada kakitangan kontrak, sementara dan sambilan. Katanya, ganjaran ini diterima 5,300 pekerja di mana 4,950 adalah kakitangan tetap dan 350 adalah kakitangan kontrak, sementara dan sambilan. “Semua pekerja kumpulan sokongan sama ada berjawatan tetap, sementara atau kontrak akan menerima bonus ini. Kita harap bayaran bonus ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri ini,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam. Sementara itu di PULAU PINANG, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan bayaran khas RM500 kepada 3,299 pegawai kumpulan sokongan negeri itu tetapi bayaran khas itu dibuat dengan dua ansuran. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, arahan pembayaran RM500 ini akan dikeluarkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan semua agensi Kerajaan Negeri. Katanya, pembayaran pertama RM250 akan dilakukan hari ini bagi membolehkan wang itu digunakan untuk menyambut Aidilfitri manakala bakinya dibayar akhir Disember. “Bayaran ini akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM1,649,500 dan gaji juga akan dibayar lebih awal untuk dua bulan ini untuk menyambut dua perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Deepavali,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2009 di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.

14 September 2009

GIVE BONUS TO PENSIONERS, TOO

The Star
14/9/2009



AT THIS time of year, civil servants are anxiously waiting for the announcement of bonus in the Budget and of late, Cuepacs has urged the Government to give a month’s bonus to serving employees but as usual pensioners are left out.
I agree with Cuepacs that civil servants are facing difficulties in meeting their daily household expenses. But it must be made known that pensioners are facing an even harder time. They cannot be expected to live on fresh air and sunshine.
As such, it would be very much appreciated if the Government could also give a month’s bonus to pensioners.

PENSIONER,
Prai.