SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 November 2009

KECUALI PINJAMAN PERUMAHAN BAGI PETUGAS SAKIT: CUEPACS

Bernama
23/11/2009


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan dapat mengecualikan bayaran pinjaman perumahan bagi penjawat awam yang sakit sewaktu dalam perkhidmatan. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata pada masa ini hanya mereka yang membuat pinjaman selepas 1 Ogos, 1995 tidak perlu membayar baki pinjaman sekiranya mereka tidak dapat berkhidmat kerana sakit. Tetapi bagi petugas yang membuat pinjaman sebelum tarikh berkenaan terpaksa meneruskan bayaran pinjaman kerana polisi insuran mereka hanya meliputi kematian dan kebakaran tetapi bukan hilang upaya kekal.
"Ini bermakna penjawat awam tidak perlu menjelaskan baki pinjaman sekiranya mereka meninggal dunia atau rumah mereka terbakar tetapi bukan sekiranya mereka hilang upaya untuk bekerja kerana sakit," katanya. Faktor itu menyebabkan kira-kira 50,000 petugas awam dipercayai kini menghadapi keadaan sukar. Cuepacs berharap Pekeliling Perbendaharaan 6/95 dipinda bagi membolehkan semua penjawat awam yang mengambil pinjaman perumahan dilindungi sekiranya mereka hilang upaya kekal tanpa tempoh matang, kata Ahmad Shah.
Sumber daripada industri insuran berkata adalah mudah bagi kerajaan untuk mengatasi masalah itu dengan hanya memeterai kontrak tambahan dengan syarikat insuran bagi memasukkan peruntukan liputan tambahan. Namun persoalannya siapakah yang harus menanggung kos premium tambahan, kerajaan atau penjawat awam. - Bernama

18 November 2009

JPA KAJI SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK

JPA
18/11/2009

JABATAN Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) merujuk kepada surat oleh Mahu Jawapan Positif bertajuk Juruteknik gred J17/22/26 hantar petisyen yang disiarkan dalam ruangan ini pada 16 November 2009.
Berikutan perubahan skop fungsi tugas, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 telah ditambah baik kepada NT27, NT32, NT36 dengan kelayakan masuk sijil dari politeknik/diploma.
Penambahbaikan skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah ini adalah dengan memansuhkan gred jawatan NT17, NT22 tetapi mengekalkan gred jawatan NT32, NT36 dengan diperuntukkan Gred NT27 bagi maksud lantikan di peringkat Kumpulan Sokongan berkelayakan sijil daripada politeknik/diploma. Kenaikan taraf ini menepati prinsip kadar upah untuk kerja dan kelayakan yang diperlukan.
Skim perkhidmatan Juruteknik Gred J17, J22, J26 juga sedang dikaji oleh JPA bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).
Kajian tersebut turut melibatkan penelitian kepada implikasi struktur Perkhidmatan Teknikal dan implikasi kepada skim-skim perkhidmatan yang setara (memperuntukkan syarat lantikan di peringkat sijil dalam bidang kejuruteraan atau perancang bandar dan wilayah dari politeknik tempatan atau universiti pengajian tinggi) seperti berikut:
Struktur Perkhidmatan Teknikal / Kelayakan Gred
l Jurutera / Ijazah J41
l Penolong Jurutera / Diploma J29
l Penolong Pegawai Seni Bina / Diploma J29
l Penolong Juruukur Bahan / Diploma J29
l Juruteknik / Sijil Politeknik J17
Skim Perkhidmatan Setara / Kelayakan Gred
l Juruteknik Perancang Bandar dan Desa / Sijil Politeknik J17
l Juruteknik Ukur / Sijil Politeknik J17
l Juruteknik Landskap / SIP / Sijil Politeknik J17
l Pembantu Pemeriksa Kilang / SPM / Sijil Politeknik J17
l Penguasa Bekalan Air / SPM /Sijil Politeknik J17
l Merinyu Tali Air / SPM / SIP / Sijil Politeknik J17
JPA secara berterusan menambah baik skim-skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sama ada dari segi keperluan perubahan syarat lantikan atau kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan perubahan skop fungsi tugas.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Jabatan Perkhidmatan Awam

17 November 2009

CUEPACS,SPRM BEKERJASAMA TINGKAT INTERGRITI PENJAWAT AWAM

Berita Harian
17/11/2009





SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan lebih banyak program bersama untuk meningkatkan tahap integriti dan menjauhi perbuatan rasuah di kalangan ahli penjawat awam. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata tahap kesedaran anggota penjawat awam mengenai bahayanya rasuah harus dipertingkatkan dari masa ke semasa sehingga akhirnya melahirkan anggota perkhidmatan awam yang membenci rasuah. "Justeru itu, kita wajar meneruskan apa juga usaha yang telah dan bakal kita laksanakan semoga suatu hari nanti tahap kesedaran ini akan mewujudkan anggota perkhidmatan awam dan masyarakat Malaysia yang benar-benar bebas dari jenayah rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas seminar pencegahan rasuah dan pemantapan integriti perkhidmatan awam anjuran bersama SPRM dan Cuepacs Cawangan Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, hari ini. Katanya, Cuepacs bukan saja memperjuangkan kenaikan gaji atau bonus dan kebajikan penjawat awam semata-mata tetapi juga memperjuangkan integriti dan masa depan mereka. - Bernama

SPRM TAHAN 605 ORANG DISYAKI RASUAH TAHUN LALU

Berita Harian
17/11/2009

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seramai 605 orang kerana disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah rasuah sepanjang tahun lalu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata daripada jumlah itu, seramai 323 orang atau 54 peratus adalah orang awam dan kakitangan swasta manakala 282 orang atau 46 peratus terdiri daripada pegawai kerajaan. "Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang amat besar dari segi pengukuran tahap kesedaran penjawat awam berhubung kesalahan jenayah rasuah ini," katanya dalam ucapan pada seminar pencegahan rasuah dan pemantapan integriti perkhidmatan awam anjuran bersama SPRM dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Cawangan Negeri Sembilan.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah SPRM (Bahagian Keselamatan), Datuk Ahmad Khusairi Yahaya. Majlis dirasmikan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan, yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, di sini, hari ini. Turut hadir ialah Presiden Cuepacs, Omar Osman; Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh; Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdullah Muhammad; dan Pengarah SPRM negeri, Zainul Darus.
Dalam erti kata lain, Ahmad Said berkata SPRM telah banyak menerima pelbagai aduan dan menjalankan siasatan ke atas orang awam dan pihak swasta yang terbabit rasuah khususnya kesalahan cubaan menyogok penjawat awam. Ahmad Said berkata, usaha kerajaan dan SPRM melaksanakan pelbagai program pendidikan pencegahan jenayah rasuah dan pengukuhan integriti sudah menampakkan kesan yang amat positif. Katanya, semakin ramai penjawat awam yang berani tampil melaporkan perbuatan penyogok mereka. "Usaha memerangi jenayah rasuah memerlukan perancangan dan pelaksanaan pelbagai dasar dan program secara sistematik dan berterusan. Tahap kesedaran masyarakat mengenai bahaya jenayah rasuah ini harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
"Kita perlu menangani persoalan integriti ini secara menyeluruh dengan menyuburkan semula nilai-nilai murni dalam segala tingkah dan tindakan kita," katanya. Seminar itu antara lain bertujuan memberikan pendedahan di kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Sembilan berhubung aspek perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan kesalahan jenayah rasuah. - Bernama

JURUTEKNIK GRED J17/22/26 HANTAR PETISYEN

Utusan Malaysia
17/1/2009




SEBAGAIMANA semua pihak telah sedia maklum, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 yang diedarkan baru-baru ini mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 terlebih dahulu tentulah disambut dengan begitu gembira oleh mereka yang terlibat.
Meneliti semula syarat-syarat yang ditetapkan untuk pelantikan ke NT27, didapati terdapat ketidakselarasan di antara pemegang sijil/diploma di dalam jurusan berkaitan.
Adalah menjadi satu kemusykilan mengapa JPA harus membeza-bezakan kelayakan pemegang sijil daripada politeknik, apa istimewa dan apa kurangnya kelulusan untuk sesetengah jawatan.
Sehubungan itu, kami yang menjawat jawatan sebagai juruteknik yang memiliki sijil serta diploma dalam bidang berkaitan memohon dan merayu supaya JPA, CUEPACS, atau badan berkaitan meneliti semula skim perkhidmatan kami atas sebab-sebab berikut:
Syarat lantikan untuk menjawat jawatan juruteknik gred J17, memerlukan kelayakan sijil daripada politeknik, sedangkan untuk NT17 hanya memerlukan kelulusan SPM dengan kredit dalam subjek Matematik sahaja.
Mengikut pekeliling terbaru yang diedarkan oleh JPA, syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah gred NT27 adalah memiliki sijil dalam bidang kejuruteraan berkaitan (sila rujuk pekeliling perkhidmatan bil 16 tahun 2009, syarat lantikan - di para 4) yang mana, ini adalah sama dengan kelayakan untuk lantikan bagi skim juruteknik gred J17.
Kebanyakan juruteknik gred J17, walaupun telah bekerja selama lebih daripada 10 tahun, malahan ada yang telah berkhidmat hampir 29 tahun, masih lagi di gred yang sama, dengan gaji akhir bertahun-tahun di P1 dan kalau bernasib baik mendapat anjakan di P3, sedangkan NT17 dengan kelulusan lantikan SPM diberi kelonggaran kenaikan pangkat ke NT27 dengan pengalaman kerja hanya selama 6 tahun sahaja.
Dengan penambahbaikan dan perubahan skim tersebut sudah tentulah gred NT27 berpeluang mendapat gaji/pangkat yang lebih tinggi. Adakah JPA yang membuat dasar terlepas pandang atau sengaja tidak ambil peduli, sehingga menyebabkan mereka berada di skim perkhidmatan yang berlainan kerugian?
Bukankah syarat-syarat kelulusan bagi menjawat jawatan berkenaan adalah sama. Kenapa dasar penambahbaikan yang diguna pakai untuk skim perkhidmatan NT17 tidak boleh digunakan untuk skim-skim perkhidmatan yang lainnya.
Mengapa berlakunya ketidakadilan di dalam dasar pelantikan kakitangan awam.
Persoalannya mengapa tidak diberi kelonggaran dengan dinaikkan pangkat secara lantikan atau diberi opsyen secara tukar lantik sebagaimana diberikan kepada kakitangan gred NT17 (seperti yang dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan bil. 16 2009, sila rujuk di para 6 - pelaksanaan).
Berkali-kali mengisi borang SPA 8, ada yang tidak pernah sekalipun dipanggil temuduga, dan kalau sekalipun dipanggil, boleh pula dibilang dengan jari berapa ramai yang mendapat peluang kenaikan pangkat.
Hampir keseluruhan juruteknik gred J17 telah pun memiliki diploma atau sedang menyambung pelajaran di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan masing-masing dan mempunyai pengalaman kerja lebih daripada 15 tahun, tapi sayangnya kebanyakannya masih bertugas sebagai juruteknik gred J17, sedangkan mereka yang di skim berlainan yang tidak mempunyai kelulusan atau pengalaman setara telah pun dianugerahkan “durian runtuh”.
Sekiranya JPA tidak perasan atau terlepas pandang, andai diteliti mereka di skim lain menikmati kenaikan gred di bawah SSB dan SSM dengan diberi penambahbaikan, tetapi skim perkhidmatan juruteknik diberi “penambahburukkan” pula dengan diturunkan gred.
Setelah menilai, menghitung dan mengkaji sebab-sebab tersebut di atas, kami yang berada di skim perkhidmatan juruteknik merasa amat-amat dipinggirkan dan telah menjadi mangsa keadaan seolah-olah tidak diambil peduli oleh pihak JPA dalam membuat dasar lantikan/ kenaikan pangkat. Adakah perkhidmatan kami tidak penting di dalam sektor perkhidmatan awam?
Lanjutan daripada itu juga, kami yang berada di skim perkhidmatan juruteknik gred J17/22/26, ingin menuntut dan merayu supaya JPA membuat semakan semula penggredan dan penjadualan semula tangga gaji agar ia lebih relevan dengan kelulusan, pengalaman serta keadaan ekonomi semasa seperti mana yang telah diberikan kepada skim perkhidmatan yang lain khususnya yang terbaru bagi skim perkhidmatan penolong pegawai tanah gred NT17/22/31/32/36 yang telah pun ditambahbaikan.

14 November 2009

KEPUTUSAN TIADA BONUS MUKTAMAD

Berita Harian
Oleh Anwar Hussin,
Faiza Zainudin dan Mohd Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my
14/11/2009



Cuepacs akur penjelasan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak dapat memberi bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam dan pesara perkhidmatan awam tahun ini berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman. Beliau berkata, pihaknya akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menjelaskan jika bonus tetap diberikan pada tahun ini, ia akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam dari sumber lain untuk membuat bayaran berkenaan.
Katanya, Cuepacs gembira dengan jaminan kerajaan untuk mempertimbang pemberian bonus jika keadaan ekonomi negara semakin pulih selain kesediaan untuk mengkaji pemberian tambahan bantuan khas kewangan RM500 dalam masa terdekat ini. "Kita tunggulah... yang penting semua anggota perkhidmatan awam dapat menjalankan tugas dengan baik, meningkatkan produktiviti dan menjaga imej perkhidmatan awam," katanya pada sidang media selepas mengadakan perbincangan secara tertutup bersama Najib di Parlimen semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan dan 135 pemimpin tertinggi kongres dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Mengulas bantuan khas kewangan tambahan sebanyak RM500, Omar berkata, pihaknya membuat tuntu-tan itu bagi kakitangan awam Gred Satu hingga 54 selain memohon kerajaan menghapuskan cukai pendapatan 30 peratus bagi kakitangan Gred Jusa. "Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri dan kami harap ada keputusan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Foto Media Cuepacs

MINDA PENGARANG: KAKITANGAN AWAM ELAK TUNTUT BONUS SETIAP TAHUN

Berita Harian
14/11/2009




KITA anggap isu bonus dua bulan gaji seperti dituntut Cuepacs selesai apabila Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan tertutup dengan pihak kesatuan terbabit kelmarin, memutuskan tiada pemberian bonus tahun ini berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. Tahun lalu, kerajaan terpaksa memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk membayar bonus kepada hampir 1.2 juta kakitangan awam itu. Inilah jumlah peruntukan setiap tahun andai bonus diberikan. Namun, kita puji pendirian Cuepacs kerana akur dengan keputusan Najib tidak memberi bonus tahun ini dan kita berharap kakitangan awam terus menjalankan tugas seperti biasa. Rasanya mungkin lebih rasional dan elok jika isu bonus tidak lagi ditimbulkan saban tahun menjelang pembentangan belanjawan yang memberi persepsi negatif bahawa kakitangan awam terlalu menuntut ganjaran, sedangkan isu perkhidmatan masih menghantui rakyat. Misalnya, mutu khidmat awam kian merosot sejak 2005 sehingga aduan bertambah tiga kali ganda tahun lalu, menjadikan 6,095 aduan diterima Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam. Kakitangan awam harus menerima hakikat bahawa nasib mereka lebih baik berbanding pekerja sektor swasta, dalam keadaan tertentu. Malah mereka tidak dibuang kerja, melainkan untuk kes disiplin, berbanding ribuan pekerja swasta diberhentikan kerana hambatan kegawatan ekonomi, berikutan banyak kilang dan syarikat ditutup hingga sekarang. Contohnya, sepanjang tahun lalu saja, pelbagai insentif diberi kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara. Selepas pengumuman mengenai lanjutan usia persaraan daripada 56 kepada 58 tahun pertengahan tahun lalu, elaun sara hidup (Cola) dan bonus turut diberi, selain kebenaran kepada kakitangan tertentu bekerja samHuruf condongbilan dalam kegawatan ekonomi. Kemudian, kerajaan mengumumkan beberapa lagi langkah memperkemaskan sektor awam. Misalnya, jika sebelum ini, ramai kakitangan awam yang menyertai skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluh kerana tidak mendapat faedah sama seperti dinikmati kakitangan kerajaan yang memilih opsyen pencen, mereka boleh menarik nafas lega kerana mulai awal tahun ini, kira-kira 40,000 kakitangan awam yang sebelum ini memilih skim KWSP boleh membuat pilihan semula sama ada kekal dalam skim KWSP atau pencen. Dengan pelaksanaan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan tambahan sehingga RM20 juta setahun bagi memenuhi keperluan kakitangan untuk memilih skim pencen. Kerajaan turut memberi ex-gratia kepada ibu bapa anggota bujang yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan. Namun, apabila keadaan ekonomi pulih nanti, kita harap Cuepacs jangan terus mengeluarkan kenyataan menuntut kembali bonus kerana itu janji kerajaan. Contohi sikap pekerja swasta yang sesetengahnya bertungkus lumus memastikan syarikat mencatat untung, kerana akhirnya mereka juga memperoleh ganjaran.

GAJI LAMBAT MASUK MEMBEBANKAN

Berita Harian
14/11/2009


SEBAGAI kakitangan kerajaan, saya bukan ingin meminta kerajaan memberi bonus, tetapi mengulas mengenai jarak tempoh pembayaran gaji membebankan kakitangan awam. Untuk makluman, pembayaran gaji kakitangan kerajaan kali terakhir adalah pada 8 Oktober lalu, manakala pembayaran gaji berikutnya adalah pada 25 November ini, iaitu hampir 50 hari jarak pembayaran.

Ramai merungut kerana menganggap November bulan paling gawat. Mana tidak, gaji pada 8 Oktober, manakala gaji yang berikutnya pada 25 November ini. Bagi yang berkedudukan tinggi, sudah tentu tidak merasai kesempitan yang dialami.

Namun kakitangan peringkat sokongan yang menerima gaji dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,600 cukup membebankan. Itu belum termasuk potongan pinjaman, perumahan, kuarters, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.Untuk pinjaman bank biasa hendaklah diselesaikan setiap awal bulan, sudah tentu mereka yang dapat gaji 8 Oktober lalu, harus membayar bil berganda, pinjaman dan sebagainya untuk mengelakkan masalah pembayaran lewat pada November.

Saya berharap Cuepacs, memberi tumpuan kepada masalah ini kerana ia menjejaskan kakitangan awam.

PEGAWAI GAWAT,

Putrajaya.

Di pejabat saya sendiri, ada di antara kakitangan terpaksa menjual telefon bimbit dan gadai emas untuk mendapatkan duit dan ada yang terpaksa mengambil cuti kerana kekurangan belanja untuk membeli minyak ke tempat kerja. Malah ada yang terpaksa meminjam dengan peminjam berlesen.

Kalau mengikut jadual gaji biasa, ada di kalangan kakitangan kerajaan yang berdepan `duit habis` pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan, inikan pula hampir tujuh minggu kakitangan kerajaan terpaksa menunggu untuk gaji yang berikutnya.

Saya berharap Cuepacs, memberi tumpuan kepada masalah ini kerana ia menjejaskan kakitangan awam dan mengelakkan ia berulang pada masa depan.



PEGAWAI GAWAT
Putrajaya

13 November 2009

MUKTAMAD TIADA BONUS

Harian Metro
’Oleh Maiamalina Mohamed
Aminmaiamalina@hmetro.com.my
13/11/2009




"MESRA...Najib diiringi Omar (dua dari kiri) ketika tiba untuk perbincangan, semalam."












KUALA LUMPUR: 'Muktamad, tiada bonus tahun ini'. Keputusan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ketika mesyuarat tertutup hampir sejam di bangunan Parlimen, semalam.Menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman, pihaknya akur kerajaan tidak dapat memberi bonus sebanyak dua bulan gaji sepertimana dituntut 1.2 juta kakitangan sektor awam dan pesara perkhidmatan berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.“Kami terima apabila Datuk Seri jelaskan sekira bonus tetap diberi tahun ini mengakibatkan kerajaan terpaksa meminjam daripada sumber lain untuk membuat bayaran bonus berkenaan.“Kita tunggulah...yang penting semua anggota perkhidmatan awam dapat menjalankan tugas dengan baik, meningkatkan produktiviti dan menjaga imej perkhidmatan awam,” katanya ketika ditemui selepas perbincangan terbabit di sini.
Meskipun tiada bonus, pertemuan itu tetap memberi berita gembira apabila Najib mempertimbangkan tuntutan kakitangan awam Gred Satu hingga 54 yang memohon bantuan khas kewangan tambahan RM500 selain penghapusan cukai pendapatan 30 peratus bagi Gred Jusa.
“Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri dan kami harap ada keputusandalam masa terdekat, dan untuk memberi bantuan khas RM500, akan menjadikan bantuan tahun ini RM1,000,” katanya.Cuepacs juga senang hati apabila Najib bersetuju me luluskan geran tahunan bernilai RM1 juta kepada kesatuan itu, bermula tahun depan.Najib turut mempertimbangkan menyerap jawatan 18,000 guru Tabika Kemas selaras perjawatan perkhidmatan awam lain.“Kami sudah serah memorandum kepada Perdana Menteri supaya guru Kemas dipertimbangkan sama dengan perkhidmatan awam lain selain minta kerajaan selaraskan semula kemudahan termasuk Perkeso, Lembaga Tabung Angkatan Tentara (LTAT), Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional (BSN), Perhebat dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,” katanya.

CUEPACS AKUR TIADA DUA BULAN BONUS

Bernama
13/11/2009





KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan."Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak."Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan Perdana Menteri di Parlimen di sini, hari ini.Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata Perdana Menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Okt lepas.Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan Perdana Menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar."Selepas Perdana Menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres.-- BERNAMA

CUEPACS ACCEPTS GOVERNMENT DECISION ON NOT GIVING BONUS

Bernama
13/11/2009





KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Cuepacs has accepted the government decision not to pay a bonus of two months' salary to the 1.2 million civil servants this year after getting clarification from Datuk Seri Najib Tun Razak Thursday.Its president, Omar Osman said the Prime Minister, however, gave an assurance that he would look into the payment of an additional bonus of RM500 in the near future if the economic situation permitted it."The Prime Minister also gave an assurance that he would consider the payment of the two months' bonus as requested by the congress if the country's economic situation recovered later."This matter is under consideration by the Prime Minister, but in the near future we hope there is an addition of RM500 for civil servants to receive RM1,000 in December," he told reporters after a meeting of about one hour with the Prime Minister at Parliament House, here Thursday.For civil servants with the rank of 'Jusa' and above, Omar said the Prime Minister also agreed to consider the request of the congress to allow an income tax reduction of up to 30 per cent.Omar said that at the meeting, Najib explained that the government might have to borrow from other sources if it were to meet the demand of the congress.Cuepacs had earlier requested that the government consider the payment of a bonus of two months' salary for civil servants in the tabling of the 2010 Budget on Oct 23.The government however announced that it would give a special payment of RM500 to government employees in grades 41-54 and its equivalent as well as government pensioners in DecemberAt the meeting, the Prime Minister also agreed to increase the annual grant to Cuepacs to RM1 million beginning next year, he said.Last year, Cuepacs received RM350,000 to carry out its activities.-- BERNAMA

12 November 2009

PRESIDEN CUEPACS AKAN JUMPA PM

Utusan Malaysia
07/11/2009 3:59pm





KUALA LUMPUR 7 Nov - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman hari ini berkata mahu bertemu Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi memohon penjelasan beliau berkaitan kenyataannya yang mengatakan CUEPACS tidak bermoral apabila menuntut bonus dua bulan gaji untuk kakitangan awam dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan menyuarat di pejabat CUEPACS hari ini yang dihadiri oleh wakil gabungan kesatuan itu dari seluruh negara seramai 130 orang.
- Utusan

SEKTOR AWAM PATUT LEBIH BERSYUKUR

Berita Harian
12/11/2009




SAYA sama sekali tidak bersetuju dengan penjawat awam diberi bonus ketika ekonomi masih gawat. Walaupun ekonomi meleset kerajaan tetap memberi pelbagai elaun kepada penjawat awam, mereka dijaga sampai akhir hayat dengan bayaran pencen yang lumayan. Kalau mati pun pencen masih diberi kepada isteri mereka. Pelbagai kemudahan mereka nikmati, kalau berdepan dengan masalah disiplin, jarang dibuang kerja sebaliknya dipindahkan ke tempat lain, namun kerja masih ada. Saya melihat ramai penjawat awam mendabik dada sebab layanan dan imbuhan yang banyak diberikan, hingga ada yang menjadi angkuh sehingga mereka memperlekehkan kami pekerja swasta. Pada era pemerintahan Tun Abdullah Badawi kenaikan gaji yang berlipat ganda diberikan dengan pelbagai kemudahan, elaun tinggi, apakah masih tidak mencukupi kepada penjawat awam. Apakah mereka tidak bersyukur, saya selalu berurusan dengan mereka malangnya perkhidmatan yang diberi amat mendukacitakan. Siapa kata kami pekerja insurans, bank, sektor kewangan lain diberi bonus tatkala ekonomi merudum. Tidakkah penjawat awam, ramai di kalangan kami dibuang kerja, sehingga setiap kali ekonomi merudum kami semua hidup dalam ketakutan.
Kami pekerja swasta sentiasa bertungkus lumus untuk menaikkan kewangan syarikat 'kerja siang dan malam memikirkan hari esok’. Kalau kami buat silap kami kena tanggung atau dibuang kerja. Betul kata Perdana Menteri, adalah tidak bermoral meminta bonus ketika ekonomi meleset, sedangkan kami pekerja swasta ada yang kena buang kerja, potong gaji, apatah lagi bonus jauh sekali. Kepada Cuepacs, janganlah kerana ingin mengekalkan populariti menyebabkan orang lain memandang serong terhadap penjawat awam. Memang benar penjawat awam memberi sumbangan kepada negara, tetapi penyumbang utama kepada ekonomi negara ialah sektor swasta, bukan kerajaan.


WARGA SWASTA,
Kuala Lumpur.

KAKITANGAN AWAM USAH TUNTUT BONUS KETIKA EKONOMI LEMBAB

Berita Harian
12/11/2009





SAYA ingin mengulas pandangan Mohamad dari Putrajaya yang disiarkan ruangan ini kelmarin mengenai bonus kepada kakitangan kerajaan. Penulis menyatakan penjawat awam berhak mendapat bonus berdasarkan; l Sebahagian besar tugas dan tanggungjawab kepada orang ramai berjaya dilaksanakan.
l Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) masih memberi bonus kepada kakitangan ketika suasana ekonomi sekarang. l Penjawat awam memainkan peranan yang cukup penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, mikro dan makro ekonomi. l Penjawat awam membayar cukai.
Berdasarkan kenyataan penulis di atas, saya berpendapat jika itu adalah isu untuk membolehkan penjawat awam mendapat bonus, ia adalah sangat lemah dan cetek. Bonus bukannya hak mutlak kakitangan. Tidak kira di mana atau apa pekerjaan seseorang itu. Ia adalah hak mutlak majikan. Adalah terkecuali kepada seseorang atau pertubuhan yang mempunyai ikatan kontrak yang memastikan bonus dibayar setiap tahun. Dalam kes penjawat awam, majikan adalah ketua kerajaan pemerintah. Dan secara tidak langsung dimiliki rakyat amnya. Jika rakyat sedang mengalami keperitan ekonomi, adakah wajar mereka meminta bonus tambahan yang sudah tentu menelan belanja yang bukan sedikit. Ini akan menyumbang kepada defisit negara. Penulis juga perlu berfikiran di mana institusi kerajaan bukannya satu institusi perniagaan. Kerajaan bukan peniaga yang menjana keuntungan. Bagaimana mekanisme pengiraan bonus boleh dibuat jika tidak berdasarkan keuntungan. Lebih-lebih lagi di dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini. Penulis juga usah terlupa akan keistimewaan yang diperoleh sebagai penjawat awam yang tidak didapati oleh kakitangan swasta mahupun GLC yang lain. Saya kira itu sudah menjadi bonus kepada khususnya kepada penulis dan kakitangan kerajaan yang lain amnya yang dibayar secara langsung dan tidak langsung.
Janganlah ‘diberi betis diminta paha; diberi paha dipijak kepala’. Perdana Menteri memberikan peruntukan tambahan untuk sebahagian penjawat awam yang mana sebahagian yang lain sudah menerimanya terlebih dulu sebelum pembentangan bajet baru-baru ini. Saya pastinya bukan kakitangan kerajaan. Ini tidak bermaksud untuk membangkang penulis secara terus cuma memberikan pandangan dari sisi sebagai rakyat yang sayangkan negara. Walaupun begitu saya ingin berterima-kasih kepada penulis dan rakan-rakan yang meningkatkan prestasi kerja serta melakukan tugas dengan baik. Dan ketahuilah, itu adalah tanggung-jawab dan amanah yang harus dipikul sebagai penjawat awam.
YUZALEE,
Kuala Lumpur

10 November 2009

PERTEMUAN AHLI MAJLIS KONGRES DENGAN YAB. PERDANA MENTERI

Media Cuepacs
10/11/2009



Pudu: Perjumpaan Ahli Majlis Kongres dengan YAB. Perdana Menteri akan diadakan pada 12 November 2009 jam 4.00 petang di Bangunan Parlimen . Satu pra-pertemuan akan diadakan kepada semua Ahli Majlis Kongres di Wisma Cuepacs pada jam 11.00 pagi . Selepas itu jam 2.00 petang Ahli Majlis Kongres akan di bawa dengan bas menuju ke Bangunan Parlimen. Semua Ahli Majlis Kongres lelaki di minta memakai baju kot dengan tali leher (tie) dan wanita memakai pakaian yang bersesuaian.

KERJA DARI RUMAH, SATU "TERAPI" BAGI STRES DI TEMPAT KERJA

Bernama
10/11/2009






Oleh Zulkiple IbrahimKUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Adakah bekerja dari rumah mendatangkan kebaikan atau keburukan terutama bagi pekerja sektor awam?Ini antara soalan yang muncul berikutan laporan berita baru-baru ini mengenai inisiatif Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mewujudkan Program Bekerja Dari Rumah bagi pelukis pelan yang terpilih bermula 1 Jan tahun depan.Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan berkata 35 pelukis pelan akan dipilih sebagai perintis bagi program percubaan tiga bulan dan keputusan sama ada kerajaan meneruskan atau tidak program itu bergantung pada tahap produktiviti yang dicapai semasa program itu dijalankan.Menurut Shaziman, program berkenaan akan ditamatkan jika didapati gagal meningkatkan produktiviti pelukis pelan yang terlibat.Reaksi positif menyusul di mana Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah itu.Bagi Cuepacs, langkah kerajaan mewujudkan program perintis itu boleh mengurangkan kesesakan di tempat kerja selain meringankan beban penjawat awam dari segi kos petrol serta masa yang diambil untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.Ia juga memberi peluang kepada penjawat awam mempunyai masa yang lebih dengan keluarga mereka.Presiden Cuepacs Omar Osman dilaporkan berkata program itu merupakan langkah yang bijak dan menyeru agar ia dipanjangkan meliputi kementerian dan agensi kerajaan yang lain.SATU JENIS TERAPISebenarnya konsep bekerja dari rumah sudah lama wujud dalam perkidmatan awam di negara ini, tetapi tanpa publisiti yang meluas, dan ia juga memberi kesan produktiviti yang amat positif.Ini satu situasi yang dialami sendiri penulis yang bertugas di sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Penulis yang juga merupakan seorang OKU (Orang Kurang Upaya) telah menikmati kemudahan itu sejak tahun 2007.Penulis diserang diabetis dan mengalami masalah vaskular (peredaran darah) kaki kanan kerana komplikasi penyakit itu. Beliau juga terpaksa menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu kerana kegagalan buah pinggang dan menjadi amat keletihan setelah menjalani setiap sesi rawatan itu.Pada tahun 2007, kaki kanan penulis dipotong di bawah paras lutut kerana ulser yang kronik dan ini memberi kesukaran bagi beliau untuk berjalan.Tetapi beliau tetap juga ke pejabat walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda.Ini telah menarik perhatian pihak pengurusan yang memahami keadaan penulis. Pihak pengurusan menggunakan budi bicara mereka dan membenarkan beliau bekerja dari rumah dengan menggunakan Internet kerana semua kerja beliau boleh disalurkan melalui komputer dan Internet.Mereka (majikan) juga meminjamkan sebuah komputer riba yang disambungkan terus kepada sistem komputer di pejabat.Langkah itu sebenarnya telah meningkatkan produktiviti kerja penulis, walaupun banyak masa yang beliau perlukan untuk rawatan dialisis, beliau sebenarnya mempunyai ruang dari segi masa yang lebih lama bila bekerja dari rumah jika dibandingkan dengan waktu bertugas di pejabat dengan hanya lapan jam.Ia juga lebih menjimatkan masa jika diambil kira perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.BAIK UNTUK PETUGAS OKU"Bekerja dari rumah amat bermakna bagi penjawat awam yang kurang upaya. jika penat, mereka boleh rehat. Mereka boleh menyelesaikan kerja walaupun pada waktu malam atau pagi," itulah pendapat aktivis sosial Fatimah Mansur.Kata beliau, bekerja dari rumah juga merupakan sebahagian daripada terapi bagi mengurangkan stres di tempat kerja untuk penjawat awam.Ia juga baik bagi penjawat awam yang kurang upaya disebabkan kemalangan atau berpenyakit kronik."Dengan ini kerajaan tetap mempunyai kepakaran atau kebolehan profesional dalam bidang-bidang tertentu. Tetapi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), adalah penting bagi kejayaan program sebegini," tambah beliau.BERTUGAS SECARA 'TERASING' ADALAH BAIKBagi Fatimah, bekerja dari rumah mungkin agak 'terasing' tetapi bekerja begini lebih baik."Bekerja berseorangan adalah baik kerana tiada gangguan apatah lagi jika anda mempunyai waktu yang suntuk (hada tempoh) dan memerlukan konsentrasi tinggi. Dengan bekerja di rumah anda boleh mempunyai situasi yang baik untuk mencapai objektif kerja anda".Kata beliau, penjawat awam yang terpaksa menjaga anak kecil atau anak yang sakit boleh cuba memohon dari pihak majikan agar dibenarkan bekerja dari rumah."Bagaimanapun bukan semua penjawat awam boleh bekerja dari rumah. Hanya mereka yang mempunyai tugas bersangkutan dengan kerja komputer yang disambungkan kepada Internet dan seterusnya kepada rangkaian sistem komputer di pejabat sesuai untuk program sebegini", tambah beliau.Dengan membenarkan penjawat awam bekerja dari rumah, kerajaan tidak akan kehilangan mereka yang mempunyai kepakaran atau dari kumpulan profesional yang terpaksa bersara awal kerana menjadi kurang upaya atau mengalami sakit kronik yang teruk."Kalau mereka yang pakar dalam bidang tertentu dikekalkan, sudah tentu ini akan mengekalkan kecekapan dalam perkhidmatan awam," tambah Fatimah.Menurut laporan akhbar 'The Nation' pada tahun lepas, kerajaan Thailand juga berura-ura mengadakan program yang serupa di bawah konsep 'e-ofis'.SEKTOR SWASTABagi pembekal barang perubatan Robert Lee, bekerja dari rumah memang satu perkara yang 'ideal' bagi beliau."Saya bekerja dari rumah dan tidak perlu bayar sewa yang tinggi untuk ruang pejabat serta tambahan kepada bayaran elektrik dan air. Dengan bekerja dari rumah, saya hanya perlu satu talian untuk faks dan juga satu talian tetap telefon selain daripada satu atau dua buah komputer yang ada sambungan Internet," kata Lee dari Bukit Rahman Putra dekat sini.Bagi penulis ini, bekerja dari rumah memang meningkatkan produktiviti beliau dan ini dibantu oleh kemudahan ICT yang wujud di negara ini."Kelebihan bekerja di rumah ialah anda mempunyai masa 24 jam untuk menyelesaikan tugas dan bebas untuk memilih masa bekerja. Wal hal bekerja di pejabat masanya agak ketat di mana seseorang hanya mempunyai lapan jam bagi menyelesaikan tugas beliau dan ini tidak cukup bagi menjadikan penjawat awam lebih produktif".-- BERNAMA

'MORALLY WRONG': YOU'RE A FINE ONE TO TELL US, BN

Malaysiakini
10/11/2009





It is with deep regret that it is noted that the government has not been kind to pensioners. While it has made some conciliatory payments to support workers in the civil service - which is a welcome move - sad to say the government has forgotten the pensioners .Cuepacs has proposed a two-month bonus to civil servants. Is it too much to expect the pensioners also to be considered for bonuses too? But our prime minister has put paid to the proposal by saying such a request is 'not moral'.Such irony coming from a Barisan Nasional government leader for the BN government has paid scant attention to principles and morality for the last 52 years. If it had, we would not be saddled with the RM24 billion Port Klang Free Zone scandal, the double tracking rail project (which can be classified as the PKFZ No 2) and the cases of Altantuya, Kugan, Teoh Beng Hock and the Lingam tape.Not to mention the immoral takeover of Perak, the incessant attempts to try and bring down the duly elected Pakatan Rakyat governments through illegal means and buying over tainted opposition representatives. Need I say more? The list is endless.The Barisan Nasional government is definitely not synonymous with moral principles. So dear prime minister, do yourself a favour and stop talking about morality.Further, he has shown himself to be completely out of touch with the rakyat or reality. In fact, all pensioners are having difficulty existing on the pensions most of us receive.Woe betide the pensioner who still has children to put through college or who falls sick. Pensioners living in Kuala Lumpur and other major urban areas have their problems compounded.The economic downturn has created another problem for us. Many of our children whom we put through college hoping they will get employed and contribute towards the family cannot find jobs. They are staying at home and are still dependant on us.These are just a few of the problems we pensioners are facing. I appeal to the government to get in touch with reality and consider our years of loyal service and pay us some goodwill payment.In Malaysia, it was reported in the media that those earning RM3,000 or below are considered to be living below the poverty line. Thus, most pensioners are living below the poverty line. Even those earning more than RM2,000 after paying for the children's education and other needs such as medical costs, housing loans or rent, and household expenses are forced to join the ranks of the impoverished.To add to our problems, the government continues to introduce new ways to further burden us. The recent budget brought us no relief but further difficulties such as the credit card tax and the need for yearly examination for cars of 15 years and more. ( I understand this move has been dropped. Only a government not in touch with the people's difficulty will introduce such a policy in the first place.) Most pensioners are incapable of buying new cars. All this talk of '1Malaysia' is nothing but a sham as far as we are concerned.There has been some talk of snap general elections. If this is true, it is a God-sent opportunity for us to use the ballot box to champion our cause. There is no more powerful tool for us to be heard. Pensioners do not forget how you have been treated. Say a big 'NO' to Barisan Nasional.

WORKING FROM HOME ' A THERAPY' FOR STREE AT WORK PLACE

Bernama
10/11/2009


By Zulkiple IbrahimKUALA LUMPUR, Nov 9 (Bernama) -- Is working from home beneficial or the otherwise for civil servants?That was a question posed by many in the wake of news reports that the Public Works Department planned to initiate a three-month Home Working Programme beginning Jan 1 next year.Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor announced that the programme would involve 35 draughtsmen and the selected individuals will go through a three-month trial period before the government decides whether or not to continue the programme.The programme will cease if productivity does not increase, Shaziman was reported as saying in the news reports.This drew positive response from the umbrella body for Malaysian civil servants, Cuepacs.The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Service welcomed the move and said it would ease congestion at the work place and reduce the burden on government employees in terms of petrol expenses and travel time.It also allows the civil servants to spend more time with their families.Cuepacs president Omar Osman said it was a wise move and has called for the programme to be extended to other ministries and government agencies.A FORM OF THERAPYActually working from home has already existed in the country's civil service for quite some time but without much publicity and the result is very positive.That is a testimony from this writer who is an employee of an agency under the Information Communication and Culture Ministry. He has been enjoying this facility since 2007.This writer is a diabetic and had developed vascular problems in his right leg as a complication of this disease. He has to undergo heamodialysis three times a week due to the failure of his kidneys and he became exhausted after each dialysis session.In 2007, he had his right leg amputated below the knee and this made him difficult to move around. Anyhow he still went to his office to work even on a wheelchair.His superior officers took notice of this problem and used their discretion to allow him some degree of flexibility in terms of working hours. They were understanding and kind enough to allow him to work from home using the Internet as all of his work is computer-based.They even lent him a laptop computer that is linked to his office's network system. Hence it is no surprise that despite the long hours that he needed for his dialysis sessions and other medical treatment, his productivity ever since he began working from home had doubled.By working from home, he is able to sort out his work schedule as he has 24 hours at his disposal instead of the eight-hour working period in the office. This does not take into account the hours spent on time taken to travel and return from the office.GOOD FOR 'DISABLED' CIVIL SERVANTS"Working at home meant a lot for disabled civil servants. If they are tired they can take a rest. They have the opportunity to work even at night or the wee hours of the morning," said social activist Fatimah Mansur.She said working from home would be like a therapy to reduce stress at the work place. Among those who are suitable for this concept are those who have disabilities due to accidents or are suffering from chronic diseases."But you need good information communication technology (ICT) to make this programme a success,", she said.WORKING ALONETo Fatimah Mansur, working from home can be isolating but sometimes isolation when working alone would do more good than harm."Isolation or working alone is good particularly when you have a deadline or a project that requires intense and specific concentration. By working at home, you can have this factor for conducive work environment," she said.She said civil servants who have to take care of their little or sick children can apply to their respective employers to work from home."However not everybody can work from home. This programme is only suitable for those whose work is based on the computers and linked to the Internet as well as the office's computer network".By allowing civil servants to work from home, the government would not lose those who are experts in their respective fields to premature retirement due to chronic diseases and other problems."If the experts in the respective fields are retained, then this definitely ensures efficiency in the public service," Fatimah said.A similar move was initiated in Thailand last year, according to a report in 'The Nation' where the Thai government was looking into the possibility of having civil servants work from home under the 'e-office' concept.PRIVATE SECTORTo medical equipment supplier Robert Lee, working from home is ideal for him."I work from my house hence I do not need to pay for the monthly rental on office space apart from the extra water and electricity bills. I only need a fax line and telephone line apart from one or two computers that have Internet links," said Lee of Bukit Rahman Putra near here.To this writer who is physically handicapped and found difficulty in mobility and locomotion, working from home definitely gives the boost in terms of productivity and he has the ICT facilities in the country to thank for."The beauty of working from home is that you have 24 hours a day and seven days a week to work where you have the flexibility of choosing your own working schedule. Working in the office is very rigid where one has only eight hours to perform and this is a limit to productivity".-- BERNAMA

TUNTUTAN BONUS BIAR SEPADAN MUTU KERJA

Berita Harian
10/11/2009




TIDAK habis-habis tuntutan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam diperjuangkan Kongres Kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sehingga kita bosan dan jelik. Sesudah gagal dengan Bajet 2010 dibentangkan Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan sebab tidak menyentuh pemberian bonus, sekarang presidennya diberitakan hendak berunding isu itu dengan Perdana Menteri pula. Penjawat awam sedar kegawatan ekonomi sehinggakan pemberian bonus itu tidak terungkai sekarang. Dalam apa keadaan sekalipun sama ada gawat atau makmur, penjawat awam patut memikirkan usaha dan tindakan bagi memperbaiki urus tadbir serta khidmat awam kepada masyarakat.
Mutu khidmat awam kian merosot sejak 2005 sehingga aduan bertambah tiga kali ganda tahun lalu, menjadikan 6,095 aduan diterima Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam. Antara aduan ketara ialah kelewatan, ketiadaan tindakan pegawai, keputusan tidak adil dan tidak berkualiti. Pastinya aduan itu berkait dengan salah guna kuasa, penyelewengan, salah laku dan kegagalan penguatkuasaan.
Pengaduan awam akan terus meningkat bukan perkara mustahil. Justeru, bagaimanakah iltizam ‘mendahulukan rakyat’ dan ‘mengutamakan pencapaian’ mampu dicapai? Sudah berulang kali pemimpin negara meminta penjawat awam membaiki mutu perkhidmatan, tetapi nampaknya nasihat itu seperti ‘mencurahkan air di daun keladi’. Khidmat nasihat yang dihulurkan kepada pembayar cukai sepatutnya dianggap amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh takwa, rendah diri, reda dan rela berlandaskan prinsip lebih mengutamakan kepentingan awam.

DR ILLIAS ZAIDI,
Kuala Lumpur.

09 November 2009

TINGKATKAN PERKHIDMATAN ATAU TERIMA KRITIKAN DI INTERNET - MUSA

Bernama
By:
Ramjit-->
9/11/2009





KOTA KINABALU, 9 Nov (Bernama) -- Penjawat awam perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada orang ramai atau berhadapan dengan risiko dikritik melalui internet, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.Beliau berkata orang ramai, terutama golongan muda kini lebih berpendidikan menyebabkan harapan mereka terhadap perkhidmatan awam adalah tinggi."Sekarang ini, ramai yang mempunyai akses kepada internet. Malah ada yang mempunyai laman web, blog dan facebook. Apa sahaja salah yang dibuat, walaupun kesalahan kecil, akan disiar di internet. Ia cepat tersebar."Jangan permainkan rakyat...hanya masa yang akan menentukan tindakan terhadap ketidakjujuran anda kepada rakyat," katanya ketika merasmikan persidangan pegawai-pegawai daerah Sabah ke-18 di sini Isnin.Musa berkata masih banyak tugas yang perlu dibuat bagi meningkatkan kehidupan rakyat, terutama di kawasan pedalaman.Sehubungan itu, beliau meminta pegawai daerah, sebagai barisan hadapan kerajaan, untuk menangani masalah di kawasan mereka dengan kadar segera dan melaksanakan projek pembangunan dengan berkesan."Kita tidak boleh lagi bazirkan masa. Apa sahaja projek yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, tolong laksanakan dengan segera sebelum kita bergerak ke Rancangan Malaysia Kesepuluh."Jika anda mempunyai masalah, maklumkan segera kepada Setiausaha Kerajaan negeri (Datuk Sukarti Wakiman) bagi membolehkan kami mencari jalan menyelesaikannya, atau beritahu saya," katanya.Musa berkata kerajaan Pusat komited untuk membantu rakyat di Sabah dan bersedia menambah peruntukan jika peruntukan sebelum ini tidak cukup.-- BERNAMA