Bernama
19/7/2012
19/7/2012
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia
(KUPEKMAS) merancang mengumpulkan lebih 400,000 bekas penjawat awam di
seluruh negara setiap tahun bagi meraikan Hari Pesara yang jatuh pada 19
Julai.
Presidennya Datuk Omar Osman yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berkata kelab itu akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang mampu memberi faedah kepada bekas penjawat awam itu.
"Apa yang penting pada hari itu kita mahu meraikan pesara penjawat awam bagi menghargai jasa mereka kepada negara," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Perhimpunan Perdana Pesara Kerajaan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.
Pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan setiap 19 Julai, Malaysia akan meraikan Hari Pesara sebagai menghargai jasa mereka penjawat awam dalam membantu membangunkan negara.
Omar berkata KUPEKMAS menyambut baik pengisytiharan Hari Pesara itu dan akan meneruskan usaha membela nasib pesara penjawat awam di negara ini.
-- BERNAMA